Pages

Selasa, 29 April 2014

Dari Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Ust. Hj Toyyib Al-Makki

moga dipanjangkan umur dan kesihatan..Aaminnn..
Teringat kata-kata Raff'z Ahmad yg berbunyi :
Kebiasaannya kalau jumpa org alim dan 
para solihin,kita hanya bercakap perihal 
berkat mereka..

Ya bukan.?
Geng & Rakan sekalian percayalah pada 
mereka ada lg yg lebih berharga,minta la 
benda tersebut..

1. Ilmu
2. Nasihat / Kata Hikmah
3. Amalan Bekalan Taqwa 
4. Rasa Insaf dan tawakal

Inilah beliau Ulama’ Solihin Al-Arif Billah 
Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki,

Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan 
beliau ke Makkah sejak British jejak tanah 
melayu sehingga sekarang .. Selama di 
Makkah , beliau sempat menuntut ilmu 
dgn Masyeikh Makkah yang terkenal 
antaranya:

-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki
-Syeikh Hassan Masyath..Dll

*Antara rakan seguru beliau d Makkah 
adalah:

-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll

Di Mekah beliau di kenali dengan nama ‘Hj 
Tayyib Roti’ kerana beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun..
Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang 
bakal beliau beri bertepatan dengan 
peribadi orang yg meminta nasihat. . 
Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau.

Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh 
kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan 
keras dan sekapit simen lama sebagai 
bantal.. Beliau seorang yang menegakkan 
kebenaran .. Oleh sebab itu setengah orang 
kampung tidak menyukai beliau tapi sangat 
disukai,dihormati dan terkenal di Makkah..

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu 
dan ketemu dengan beliau ialah Habib 
Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu 
Al Banjari Al Makki & ramai lg ulama 
muktabbar yg lain datang utk mereka 
membuat rujukan serta bertukar pendapat..

Sahabatku Semua.. Ulama Solihin ini telah 
lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah 
Taala boleh menjemputnya ke Raudhah .. 
Selagi masih ada peluang .. selagi masih 
ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi 
beliau .. peluklah beliau seerat eratnya .. 
Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan 
kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan 
sebuah permata ummah ini ..

Wallahualam ..
Kali pertama bertemu dgn ulama ini,mmg benarlah kata org beliau seorang yg sentiasa menegakkan kebenaran serta tidak putus di bibirnya mengajak sesiapa shj yg menziarahinya utk betapa pentingnya mengenal Allah dan Nabi Muhammad dgn sebenarnya dan beliau sgt menekankan cara beriman dgn betul sekaligus selamat bila diamalkan setiap org mukmin yg akn menyerahkan amanah Allah bila tiba masa nya nanti spt beriman kpd Allah & beriman kpd Muhammad,langkah selamat ke syurga,amalan yg menyelamatkan org mukmin ketika dlm kubur,dan byk lg,yg pasti hakikat beriman kpd Al-Quran & As-Sunnah menjadi amalan..
Disini ada beberapa nasihat & amalan yg beliau kongsikan kpd sy yg sempat sy kongsikan kpd semua sahabat,semoga bermanfaat utk kita dunia akhirat,inshaallah..
Barang siapa yg amal Zatul Nur Haq iaitu 
'Subhanallah - Alhamdullilah - Allahuakhbar' 
yang mana tiap-tiap satunya sebanyak 33x 
mcm biasa kita duk buat kan tapi wajib 
sunnah selepas ni mesti diperkemaskan 
dgn tambahan ayat "Lailahailallah al malikul 
haqqul mubin muhammadurrasullulah 
sodikul wa'dil amin" 100x 
Allah Taala janji brg siapa amalkan ini,masa 
kita duduk dlm kubur Allah Taala buka Pintu 
Syurga terus dipancar ke dlm kubur sampai 
kita terasa mcm duk dlm Istana Raja lalu 
Allah Azza Wajalla kirimkan teman bidadari 
dari syurga & menyuruh Malaikat supaya 
hamparkan makanan minuman sebagai 
hidangan kita di dlm kubur,mesti diingat 
perkara yg kita takutkan selain disoaljawab 
MungkarNakir adalah kelaparan lg 
kehausan baik sama ada org mukmin atau 
tidak,keduanya tetap merasai seandainya 
tertinggal amalan ini ketika hidup di dunia 
akan tawaran Allah ini,Mashaallah Allah Itu 
Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

(Diambil dari Hadith Saidina Ali terus dari 
Rasullulah SAW & Hadith Tarmizi)

(Perihal Perkara Tentang Solat Wajib & Solat Sunat)
Tegas kata-kata beliau :
Kena fhm molek yg Solat wajib 5 waktu tu amanah wajib beriman kpd Haq Allah,amanah solat beriman kita dgn Haq Nabi Muhammad nak letak tang mana?! Padahal Rukun Iman tiap-tiap perkara rukun WAJIB kena buat! 
Dalil Hadith Nabi ada mengatakan "soluu kamaroitu mursolli" 
Nih bila amal ikut mcm sunat wudhu,ramai org percaya yg depa duk 'sebut' solat sunat tu buat tak pa kalo tak buat pun tak pa,padahal tiap-tiap 
amal sebenar menunjukan ianya adlh WAJIB!! 
Kita hari ni tidak,kita kata SUNAT,kena 
faham betul dan teliti benda ni bkn ikutan 
kepercayaan semata-mata yg depa duk 
percaya tu,SUNAT ini IKTIBAR dlm 
menunaikan HAK kita dengan Allah Taala 
tapi sekarang ni kita dlm memahami 
keutamaan HAK Nabi Muhammad ni??

Ini bukan SUNAT!
Ini nama dia SUNNAH!! 
Ingat tiap-tiap Sunnah Nabi barang siapa 
tak ikut jahanam ugama!sebab apa? Sebab 
Nabi ni harapkan Allah Taala sebenar-benar tiada kita lebih dr Baginda,makna kita mesti ikut beriman utk dia dan sama mcm dia,makna barang siapa tak buat serupa HAK 
NABI jadi serupa dia macam tak buat HAK 
Allah Taala,berat tuh,jadi hari ni sy sudah perjelas..

Para Sahabat serta orang dulu percaya-
percaya sungguh! Kalo buat ikut taat betul! 
Orang lani mulut jaa kata percaya Nabi 
Muhammad!tapi tak ikut betul!depa ingat 
depa faham dah cara sebenar akan 
perkhabaran ikutan Nabi tapi sebenarnya 
depa sangat rugi atas apa yg depa percaya tu,sikit saja,kena perbetulkan balik iktikad iman kita tu..nyatakan yg sebenarnya bagaimana dan dimana mau letak Haq beriman kita kpd yg perintah beriman dan yg menyuruh beriman!

Hanya kerana disebabkan 
pemahaman salah kita pasal ni habis rosak 
dunia hari ni,rosak dunia islam..
Semuanya sb apa?sb nya utamakan gi hafal 
ABC,sanggup tinggalkan Islam,sanggup 
kamu semua tinggalkan ALIF BA TA?!
ketika kamu menafikan apa yg sy ckp ni,secara 
sedar atau tidak kamu semua telah 
melakukannya dgn keutamaan kpd ABC 
sekaligus meninggalkan huruf Al-Quran serta keharusan As-
Sunnah,sebenarnya awal asas pendidikan ini lah yg plg penting sekali bila seorang bayi yg dilahirkan dari ibubapa islam harus utama diajar kepada sang zuriat mereka kerana drpd ALIF sampai YAA itu adlh dari 'Nur-Haq' Al-Quran!
Barulah anak-anak & keturunan para manusia islam ini kenal serta tidak alpa dan main-main akan akuan beriman kepada Allah SWT,Nabi Muhammad & Agama Islam..
Sekali gus mereka tidak akan sesat,punah dan rosak macam sekarang ni..

Sekarang depa kena tanggung di atas apa yg ibubapa datuk moyang depa sendiri ingkar utk lakukan,tengok keturunan depa skrg,masing-masing saling mengejar,berlumba,tak tahu apa2 dan lemas dengan kehendak kehidupan depa yg depa sangka itu baik untuk depa..
Kasihanlah kat depa,anak2 dan diri kita ni,mau cakap apa nanti depan Allah?!?
Semua ni sebab apa??depa duk 'tiun' pada ABC sampai masuk sekolah tinggi sb mau sangat masuk 
universiti..sebab apa depa buat mcm 
ni??sb depa ingat baca ABC ni mudah sket 
cari duit mudah dapat kerja kerajaan dan 
manakala itu secara tak langsung depa 
tolak tepi letak sebelah Allah Taala serta kudrat dan iradat,
Allah taala ni seakan depa lupa akan segala 
ketentuan dan kehendak segala gerak untuk 
mencapai impian cita depa adalah HAK MILIK ALLAH YG MUTLAK!!!

Tapi depa semua rela lebihkan 
pengharapan pada MENTERI,lebihkan 
TUAN PEMILIK tempat kerja,lebihkan DUIT,
rela lebihkan ABC sekaligus tinggalkan asas 
Al-Quran yakni ALIF BA TA,Dengar & Ingat! inilah punca plg utama rosak islam secara total!!

Sy sebak dan hiba melihat keadaan ini 
kerana ianya adlh bermula dari KERAJAAN 
kita sendiri yg MENANAM FAHAMAN 
MENIPU dan 100% berjaya mengikut 
telunjuk PENJAJAH BRITISH! 
Apa depa tipu yg pertama ialah depa ikut 
cara kafir yg mahu melihat wajah islam kena 
telanjang tanpa depa org kafir suruh,tipu kedua 
dia bagi ke Rakyat Islam ilmu org kafir,Tipu 
yg ketiga kalo tak pandai ABC nak kerja tak 
payah,Alif Ba Ta depa buat sampai 
tak da harga utk kerja,Kerajaan org islam
kita sendiri hari ini sdg melaksanakannya!!
depa jajah org melayu lebih dr penjajah inggeris!

"Huh!bila sy dgr akn kata2 yg beliau lontarkan,terlintas dlm pemahaman benak hati sy,syeikh ni org pas ke?!?maklumlah pe'el org kita bila dgr kritikan hebat terhadap suatu pihak di malaysia ni,tapi oh tidak,sbnrnya tdk sama sekali,beliau jauh malah tdk ada langsung fahaman Politik barat yg secara tak sedar sdg diamalkan oleh Pihak Kerajaan dan Pembangkang,baik umno atau pas dll,sempat sy bertanya umno dan pas parti mana yg betul?"
Beliau jawab dua-dua tak betul,tapi bkn sy ckp semua org2 nya tak betul,ada yg tujuan betul tp hanya utk perkembangan kesatuan islam itu sendiri dan perkembangan ummah islam yg bersifat sementara,yg pasti depa kt dlm tu yg berdiri di atas Haq Allah Muhammad pasti tinggalkan parti depa tu kelak,kerna semua ni bkn kita org islam punya,ini depa org kafir reka utk pecah perintah kan kita org islam,percayalah wahai sahabat semua hati serta pemikiran beliau berada jauh di sudut jarang2 org melayu islam kita kt malaysia ni ada,tak percaya?lg indah kalo anda semua jumpa sendiri 


Sempat lg sy bercanda dgn beliau kalo semua tk betul yg mana nanti betul?!tegas beliau,yg beriman kpd Allah & Muhammad secara Mutlak dan di benderanya ada tertulis kalimah 'Laa illa ha illallah Muhammadur rasullullah'!
Tegas beliau,bkn sy kata bkn sy reka cerita nih tapi Nabi Muhammad Rasullullah yg kata! Mashaallah!

Mari kita ketahui,perjelaskan,iktiraf,iktikad,berikrar serta beriman kpd Allah & Nabi Muhammad dgn amalan harian..
Ini bkn apa untuk perkara plg berat bg org mukmin utk beriman supaya sentiasa tdk putus dlm isytiqomah :
HARI JUMAAT - YA ALLAH 1000x
HARI SABTU - LA ILA HA ILLALLAH 1000x
HARI AHAD - YA HAYYUM YA QOYYUM 1000x
HARI ISNIN - LA HAW LAWALA QUWWATA'ILA BILLAH 1000x
HARI SELASA - Selawat NABI 1000x
HARI RABU - ASTAUGHFIRULLAHAL'AZIM 1000x
HARI KHAMIS - SUBHANAROBBIYAL ALA WABIHAMDI 1000x

"Akhir kata pertemuan kami,beliau 
menyuruh sy rapatkan pendengaran lalu 
dengan suara perlahan beliau 
mengukapkan nasihat seakan memahami 
isi kehidupan yg sy sdg alami"

Pesan Beliau -
"Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yg kita 
minta,kadang2 Allag tak bagi sb Allah tahu 
kita tak layak dgn apa yg kita minta tapi 
percayalah bukan Allah tak bagi terus,Allah 
akan ganti dgn yg sesuai sementara Allah 
akan bagi juga apa yg kita minta itu bila tiba 
waktu ketika kita mampu memikulnya nanti,
kadang2 juga Allah tak bagi sb Allah teringin 
(rindu) nak dengar suara rintihan awk 
merayu kat Dia,kadang2 Allah tak bagi sb 
Allah takut kita lupa diri akan tetapi pesan 
tokwan teruskanlah meminta sb kita 
HAMBA - NYA"

Dari Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru 
Ust. Hj Toyyib Al-Makki

Kepada Teh Muhammad NazrulHisham Hj.Esmail & Para Saudara Teman Bersama..
ALLAHUAKHBAR!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.