Pages

Rabu, 30 April 2014

lmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Melewati Hayalan Akal!

Ilmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Melewati Hayalan Akal!

Konsep ilmu ketuhanan orang arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah konsep ilmu yang melewati hayalan akal atau mengatasi kenyataan akal. Konsep ilmu ketuhanan para-para arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah berlandaskan hanya dengan satu jalan, satu konsep, satu kaedah dan satu cara, iaitu jalan fana’, jalan baqa’ dan jalan berserah diri kepada Allah Taala. Berkonsepkan “hanya Allah yang wujud, hanya Allah yang ujud dan hanya Allah yang maujud”.

Kenyataan atau pendapat ahad itu, bukan berlandas atau bukan berkonsepkan kepada konsep hulul atau konsep wahdatul wujud!. Konsep ilmu makrifat itu, adalah konsep mengEsakan Allah Taala. Konsep mengEsakan Allah Taala itu, adalah konsep yang tidak berdalil kepada sebarang konsep dan konsep yang tidak pergantungan kepada dalil akal!. Allah itu, adalah Allah. Allah yang tidak ada seumpama, tidak seumapama sebagaimana yang difikir oleh akal, oleh angan-angan atau hayalan.

Makrifat itu, adalah konsep yang sudah tengelam dalam lautan makrifat kepada Allah!. Iaitu konsep yang menengelamkan diri dalam lautan ahadiah (ahad atau Esa). Iaitu suatu konsep yang semestinya tidak difahami oleh akal!. Konsep yang melewati hayalan atau melewati keyataan akal!. Untuk memahaminya hendaklah tuan-tuan ceburkan diri tuan-tuan kedalam kolam air makrifatullah!.

Ilmu Makrifat Bukan Konsep Yang DiBuat-Buat!
(Tetapi Dari Ilmu Rasulullah Dan Iman Ghazali Sendiri)

Pendapat, pegangan, pengakuan serta fahaman ilmu makrifat itu, sesungguhnya bukan dibuat-buat atau diada-adakan tetapi ianya, adalah datangnya dari Baginda Rasulullah dan disambung oleh para sahabat dan Iman Al-Ghazali sendiri. Namun tidak ramai yang mendalami, menyelami dan memahaminya!. Konsep ini, adalah satu-satunya konsep yang boleh menunjang tauhid kedalam qalbu para arifin billah, sebagaimana iman Ghazali sendiri. Inilah makam tauhid, makam ilmu rasa dan makam ilmu para arifin billah terdahulu!. Yang menjadi pegangan, pangakuan dan yang menyebabkan menunjangnya keyakinan tauhid kepada Allah Taala. Ilmu makrifat itu, merupakan inti tertinggi para ulamak arifin billah terdahulu. Yang mana sesungguhnya tidak sedikitpun menjadi percangahan atau berlawanan dengan konsep Ahli Sunnah Waljamaah!.

Hanya bagi yang tidak arif dengan ilmu makrifat sahaja yang memandang bahawa ilmu makrifat itu, salah atau sesat!. Sedangkan hanya melalui ilmu makrifat sahajalah sat-satunya ilmu yang boleh membawa, mengarah dan menghala hati-hati kita kepada arah mengEsakan Allah Taala. Inilah konsep dan inilah ilmu yang dibawa oleh Baginda Rasulullah, semasa mula-mula Baginda berpindah dari Kota Makkah ke Kota Madinah!. Iaitu konsep ilmu tauhid atau konsep ilmu megEsakan Allah Taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.