“Sifat malu itu tidaklah mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan ” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sumber sifat malu adalah muraqabatullah (rasa dekat dgn Allah). Sifat itu hadir ketika kita merasa bahawa kita sentiasa di bawah pantauan Allah swt. Dengan kata lain, ketika kita dalam keadaan ihsan, sifat malu ada dalam diri kita.
Apa itu ihsan? “Engkau menyembah Allah seakan melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu,” begitu jawapan Rasulullah saw. atas pertanyaan Jibril tentang ihsan.
Wanita yang beriman adalah wanita yang memiliki sifat malu. Menundukkan pandangan juga sebahagian dari rasa malu. Sebab, mata memiliki sejuta bahasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.