APAKAH PEGERTIAN KARIN (KORIN)
Didalam blog saya, ada sahabat-sahabat menyebuat soal karin atau kata orang Kelantan dengan sebutan korin. Siapakah korin itu?.
Katanya korin itu, adalah makhluk halus. Ada yang mendakwa bahawa setiap surah Al-Quraan itu, ada korin dan penjaganya masing-masing. Ada yang mendakwa bahawa Al- Fatihan itu dijaga oleh korin tertentu, ayat Kursi, oleh korin lain pula. Katanya disetiap ayat itu, ada penjaga atau penunggunya sendiri!.
Ada sesetengahnya mendakwa bahawa ada korin yang menjaga baik dan ada korin yang menjaga jahat. Ada korin Islam dan ada korin kafir dan berbagai-bagai lagi tafsiran kepada korin.Siapakah korin?.
Ada pula yang mengatakan bahawa Kaabah juga ada korin yang menjaganya. Kiranya Kaabah ada penunggu atau penjaganya, kenapa pada suatu hari Kaabah terbakar, kaabah pernah runtuh dilanda banjir dan kenapa masih juga batu Hajaratul Aswad itu, pernah dicuri oleh tentera rom?. Tidak cukup kuatkah korin menjaga Kaabah sehingga boleh kalah dengan api dan banjir?, Cuba jawab pertanyaan saya. Jika Quraan ada korin, kenapa juga masih ada orang yang salah guna, dan masih ada orang yagn boleh bakar atau kencing atas Al-Quraan?……………
Tidak cukupkah lagi Allah menjaga ayat-ayatnya?. Apakah Allah memerlukan pembantu?……… Tidakkah kita belajar sifat dua puloh mengatakan “kiamuhu Binafsih” (Berdirinya Allah itu, dengan sendiri), tanpa perlu kepada pembantu?. Cuba
jawab……………..
Disini, sukalah saya menyedut beberapa tulisan daripada beberapa peminat blog, untuk dijadikan kayu pengukur dan dijadikan perbandingan!
Submitted on 2012/12/29 at 10:25 am
Salam, mohon maaf seribu kemaafan dan jikalau pendpt sy ini tidak menyenangkan, dan sy berharap Tn. Hj. Shaari tegurlah sy dan ajarilah sy, memang benar setiap manusia diutus oleh Allah SWT mahluk yakni Qarin… pun begitu sy tidaklah mengkaji sedlmnya tentang Qarin ini walaupun ada sy terbaca kisah2 qarin ini, sbb sejak sy ingin mencari Allah SWT sy tidak ingin mahluk2 ghaib mendekati sy atau mengajar sy samada baik mahupun jahat.
Yg sy harapan hanya Allah SWT, sy tidak mahu ada perantaraan diantara sy dgn Allah SWT… sbb itu jikalau sy bertemu guru yg melibatkan Qarin…sy akan menjauhi diri…mohon maaf ya… sy tidak ingin belajar… bagi sy apabila Allah SWT yg memberi bimbingan … Qarin tidak diperlukan lagi….
Cukuplah Allah SWT kerana Dialah tujuan ku dan Dialah yg aku Mahu, makanya sy mahu Allah SWT yg mengajar sy demi utk bertemu dan melihat wajahnya di akhirat nanti …sbb waktu sy takut tesesat dan tersalah pilih jalan… sungguhpun Nabi SWT ada mengatakan sehinggakan Qarinnya diislamkannya dan mengajaknya kearah kebaikan sahaja… bagi sy ada rahasia yg tersembunyi disebalik bicara Nabi SWT tentang Qarin yg perlu kita cari…. sesungguhnya setelah memahami ilmu…. ……
MATI SEBELUM MATI….FANAKAN DIRI.. menyerahkan diri secara muthlak kepada Allah SWT, maka memang benarlah apa yg cari selamainya ini, hanya Allah SWT yg membimbing sy sudah terbukti.. ilmu ini telah membawa sy menyingkap rahasia yg Allah SWT sembunyikan dari mahluknya.
Dan sy bersyukur kpd Allah SWT memberi kelebihan kpd sy utk melihat secara Khasyaf … siapakah mahluk- mahluk ciptaan Allah SWT.. itu… mohon maaf …dgn apa yg sy tulis ini… dan syukur teramat bersyukurnya sy kerana Allah SWT temukan sy dgn blog Tn. Hj. Shaari… dan bertemunya secara life di Sandakan baru2 ini… maka dptlah sy lebih memahami akan ilmu ini… amin…YA ALLAH KERANA MU AKU HIDUP…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.