Pages

Khamis, 8 Mei 2014

Belajar Mengenal Allah Melalui Ikan Laut!

Belajar Mengenal Allah Melalui Ikan Laut!

Syukur kepada Allah Taala, kerana masih diberi kesempatan, untuk sy terus berkaria.

Bermula dari 28hb Dec sehingga 27 hb Jan, sy berada di kota Indonisia. Sy berada di Indoniasia, tinggalkan anak isteri, bukan bertujuan untuk berlibur atau makan angin, tetapi datangnya saya ke kota Indonisia ini, adalah bertujuan bagi menyiapkan kitab ke 3 Tok Kenali Kelantan.

Bersama dua orang sahabat dari Indonisia, saya mentelaah tulisan yang ada, diperbaiki mana-mana yang kurang baik!. Dibilik yang berukuran sekadar 10 x 12 kaki, kami bersama-sama mentelah dan berbincang, ayat-ayat yang tidak mengelirukan pembaca.

Buat kitab itu, bukan mudah sebagaimana buat buku novel. Salah sepatah, sudah cukup untuk mensyirikan pembaca. Penulis kena lengkap dengan fakta yang sama sekali tidak bercanggah dengan sunnah dan Al-Quraan.

Adapun pada hari ini, tanggal 30hb Dec, jam Indonisia menunjukkan pukul 10.42 pagi, saya megambil kesempatan sedikit waktu, untuk bercoloteh dengan para peminat blog saya, sekurang-kurangnya mengurangkan ketegangan (stress) yang membebani fikiran kami-kami disini.

Tuan-tuan dan puan sekalian, sebelum saya mengajar tuan-tuan cara-cara mengenal diri dan cara-cara menyerah dan mematikan diri sendiri, ingin sy ajukan satu persoalan.

Kenapa ikan sekian lama yang berada didalam lautan, tidak akan masin?. Kenapa?………………Sedangkan…………………

Apakah pelajaran yang dapat kita kutib melalui kiasan ikan dilautan masin?.

Cuba tuan-tuan perhatikan baik-baik ikan didalam lautan masin, kenapa ikannya tidak masin, biarpun bertahun-tahun berendam dalam lautan masin?. Untuk menjadikan ikan itu masin, hendaklah “dimatikannya” terlebih dahulu. Setelah ikan itu mati, barulah ikan itu masin dan barulah masin itu dapat meresap kedalam tubuhnya!.

Begitu juga dengan diri kita, untuk menyatakan Allah itu nyata, hendaklah kita matikan terlebih dahulu akan diri kita!. Setelah diri kita mati, barulah Allah (masin) itu nyata atas diri kita!.

Makhluk, selagi bernama makhluk dan selagi bersifat makhluk, kita tidak akan dapat sama sekali untuk menyatakan Allah!. Sebagaimana ikan tidak dapat untuk menyatakan masin, selagi ikannya belum mati, sebegitu juga diri kita!. Setelah ikan itu mati, barulah masin dapat menyatakan dirinya!. Selagi ikan tidak mati, biarpun bertahun ikan berendam dalam lautan masin, masin tetap tidak akan dapat menghadirkan dirinya!. Manakala setelah ikan itu mati, barulah masin boleh megambil tempat!

Begitu juga dengan diri kita, Selagi kita tidak matikan diri kita sebelum kita mati, sesungguhnya kita tidak akan dapat sama sekali untuk nyatakan Allah, biarpun Allah itu sudah sedia nyata sedari sediakala!. Untuk menyatakan Allah itu, hendaklah terlebih dahulu, kita matikan diri kita sebagaimana perumpamaan ikan dilautan masin!. Hidup tidak boleh untuk menyataka masin!, hanya mati sahaja yang dapat menyatakan masinnya ikan!

Untuk menyatakan Allah, hendaklah diri kita itu, dimatikan terlebih dahulu. Setelah diri kita dimatikan, disitulah baru dikatakan hidup yang akan tidak ada mati-matinya lagi!. Yang tiada mati itu, adalah merujuk kepada hanya Allah, setelah kita nyata kepada diri yang tidak mati (iaitu Allah), maka itulah tandanya ikan sudah berjumpa masin!. Tandanya makhluk sudah berjumpa Allah!

Selagi bersifat dan selagi bernama makhluk, kita sama sekali tidak boleh dan tidak layak untuk menyatakan Allah. Setelah kita mati (mati sebelum mati), barulah Allah itu nyata senyata-nyatanya!. Setelah kita tidak lagi bersifat makhluk (tidak lagi bersifat ikan), barulah masin dan barulah Allah itu dapat dinyatakan……………Untuk itu, mari kita sama-sama matikan diri sebelum mati, sebagaimana ikan menyatakan masin!. Hanya mati sahaja yang boleh menyatakan Allah…………………….. Selagi tidak mati diri, selagi itulah Allah tidak akan dapat untuk dinyatakan!

Selagi kita boleh menyatakan diri kita itu, masih ada dan masih sidup, selagi itulah kita tidak akan sekali-kali dapat untuk menyatakan Allah. Untuk menyatakan Allah, hendaklah kita tidak lagi menyatakan diri!. Setelah tidak lagi nyata akan diri sendiri, barulah Allah itu dapat kita nyatakan senyata-nyatanya!

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Sebenar-benarnya, jika kita belajar ilmu makrifat dengan lebih dalam, mendalam dan belajar makrifat dengan lebih tinggi, kita sama sekali tidak boleh lagi dan sudah tidak layak lagi sama sekali untuk “menyata atau untuk menzahirkan Allah”. Allah itu, tidak perlu dan tidak boleh lagi untuk dinyata-nyatakan. Kerana apa kita tidak perlu untuk menyata dan tidak perlu untuk menzahirkan Allah?. Kerana Allah itu, sememangnya sudah sedia nyata dan sudah sedia terzahir!

Siapa kita untuk menyatakan Allah. Jika kita boleh menyatakan Allah dan boleh menzahirkan Allah, bererti kita lebih besar dari Allah!. Untuk menyatakan diri sendiripun tidak mampu, apa lagi untuk menyata, menghadir atau menzahirkan Allah!. Sesungguhnya Allah itu sudah sedia terzahir dan sudah sedia ternyata, bilamana kita mati sebelum mati!

Jika kita berhajat untuk menyata atau untuk memperzahirkan Allah, bererti ikan belum mati dan bererti diri belum mati!. Jika ikan belum mati, bagaimana masin boleh nyatakan sifat masinnya ketubuh ikan?. !. Masin boleh nyata setelah ikan mati. Jadi berbalik kepada diri kita, setelah kita mati barulah Allah itu nyata. Selagi kita hidup, Allah tidak akan dapat kita nyatakan. Setelah kita mati, barulah Allah itu hidup dengan nyata!

Bilamana kita mati, kita tidak lagi berhajat kepada nyata!. Kerana nyata itu sememannya sudah nyata!. Nyatanya Allah itu, bilamana kita hidup, setelah kita mati, kita tidak lagi perlu kepada nyata, kerana nyatanya Allah itu, sudah sememenngnya nyata!. Setelah mati, apalagi yang hendak dinyatakan lagi, kerana segalanya sudah sedia nyata sebelum mati!

Untuk menyatakan yang sedia nyata itu, hendaklah terlebih dahulu mati!. Setelah mati, barulah yang nyata itu benar-benar nyata!. Yang tidak perlu lagi kepada keyataan. Kita tidak perlu lagi kepada dalil untuk menyatakan Allah!. Allah telah nyatakan diriNya sendiri!. Allahh tidak perlu kepada makhluk manusia untuk menyatakan diriNya!

Siapa kita untuk meyatakan Allah?. Kita tidak berkuasa untuk menyatakan Allah. Allah menyatakan diriNya sendiri, setelah tidak adanya diri kita. Yang bersifat ada itu, pastinya Allah, maka Allahlah yang berdaya untuk mengada dan untuk menyatakan diriNya sendiri. Kita sama sekali tidak boleh untuk menzahir atau untuk menyatakan Allah, kerana diri kita sudah tidak ada. Setelah diri kita tidak ada, itulah yang dikatakan yang benar-benar bersifat ada itu, adalah hanya Allah Taala!.

mari kita sambung sedikit lagi,

Selagi kita masih kelihatan yang diri kita itu hidup, tentunya kita tidak akan dapat untuk menyatakan yang Allah itu hidup!. Seumpama ikan hidup yang belum bertemu mati, kiranya ikan masih hidup, selagi itulah belum bertemu ia dengan masin!. Seumpama ketulan garam. Selagi garam masih berketul, selagi itulah ianya tidak dipanggil masin. Sedangkan yang hendak kita beli itu masin. Saya inbertanya kepada tuan-tuan semua, pernahkah kita dengar orang minta beli masin?. Selalu kita dengar orang beli garam, tidak ada orang beli masin, sedangkan yang hendak dirasa itu masinnya bukan garamnya.

Adatak pernah kita dengar oranng mengatakan masinnya garam, selalu kita dengar, masinnya ikan, masinnya lauk, masinya budu, masinnya sayur dan sebagainya. Tidak pernah kita dengar orang mengatakan masinya garam. Yang kita beli itu adalah berkehendak kepada masin, bukan garamnya.

Begitu juga minyak wangi. Minyak wangi itu air. Namuin tidak pernah kita dengar orang nak beli air, tentunya kita selalu dengar orang nak beli minyak wangi. Tidak pernah kita dengar nak wangi satu botol, yang kita selalu dengar itu, nak minyak wangi satu botol!

Begitu juga dengan diri kita. Yang hendak kita beli itu Allah, bukan nya diri. Tetapi kita sebut matikan diri, sedangkan matikan diri itu, yang hendak kita lihat itu, adalah Allah. Tetapi kita sebut perkataan matikkan diri. Sebenarnya tidak ada istilah mataikan diri. Mana mungkin orang hidup boleh mati sesuka hati. Tetapi bahasa matikan diri itu, adalah merujuk kepada menyatakan Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.