Mengenal Allah Itu, Sehingga Tidak Lagi Perlu Adanya Dalil!
Untuk mengenal atau untuk ingat kepada kedua Ibu dan ayah kita, apakah perlu lagi kepada saksi atau dalil?. Begitu juga dengan ilmu mengenal Allah. Orang yang benar-benar mengenal Allah itu, adalah orang yang tidak lagi perlu kepada dalil!. Allah itu, adalah Allah.
Kata Tok’ Kenali lagi, untuk ingat kepada Allah itu, sekiranya masih ada saksi, bersaksi dan masih ada yang meyaksi, itu adalah peringkat mereka yang masih berkira-kira untuk ingat. Berkira-kira untuk ingat kepada Allah itu, adalah tanda tidak ingat dan belum ingat!.
Masih dalam perkiraan nak ingat. Perkataan nak ingat itu, adalah tandanya belum ingat dan tandanya tidak ingat. Sebenar-benar ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat kepada makhluk. Ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat kepada perkiraan, tidak lagi ingat kepada sangka-sangka dan setelah tidak ingat lagi kepada dalil itu dan dalil ini.
Sekali pandang, bahasa seni makrifat Tok’ Kenali itu, kita akan menuduh yang bahawasanya bahasa itu, adalah bahasa yang tidak masuk atau tidak boleh diterima akal!. Sebaliknya seni makrifat Tok’ Kenali itu penuh sarat dengan ilmu yang tersirat, penuh makna, penuh pengertian dan penuh terjemahan.
Kata Tok’ Kenali itu, adalah kata yang sebenar-sebenar kata. Kata yang penuh membawa maksud. Seni makrifat itulah yang membawa ramai anak muridnya duduk dalam keadaan asyik. Asyik dengan Allah, setelah tidak lagi asyik kepada keberadaan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.