Pages

Memaparkan catatan dengan label hj shaari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hj shaari. Papar semua catatan

Khamis, 25 September 2014

MANA YANG DIKATAKAN SYARIAAT?

MANA YANG DIKATAKAN SYARIAAT?
Apakah yang dikatakan syariaat Allah?. 
ia adalah yang sama sekali kita tidak boleh tinggal?.

Syariaat Allah itu, adalah termasuk rukun yang tidak boleh kita tinggal!!!
Adapun rukun syariaat dalam sembahyang yang 13 itu, kita boleh tinggalkan seandainya kita uzur. Sedangkan syariaat Allah yang sebenar-benar syariat itu, tidak boleh sekali-kali kita ditinggalkan walaupun uzur, walau mati sekalipun!.
Kita boleh tinggalkan rukun berdiri, jika kita tidak ada kaki, kita boleh tinggalkan takbir, kiranya tangan kita putus, kita boleh tidak lafaz ayat-ayat suci, kiranya mulut kita tersumbat dan kita tidak perlu rukuk, kiranya kita sakit pinggang, kita tidak perlu sujud, kiranya kita sakit. Cukup sembahyang dengan cara duduk, cara baring dan boleh sahaja dikerjakan dalam hati. Itulah yang dikatakan perbuatan syariaat (syariaat sembahyang). Mana yang dikatakan syariaat Alah?.
Syariaat Allah, bukan berdiri, bukan rukuk dan bukan pula sujud!. Mana syariaat Allah?.
Tuan-tuan terlupa dan ter Alpa yang kita sekarang dan selama ini, telah jauh meninggalkan syariaat Allah……………………..
Sebenar-benar syariaat Allah itu, adalah roh (rohlah syariaat Allah). Ada pun tubuh badan kita itu, adalah perbuatan syariaat (perbuatan roh).
roh adalah bertujuan bagi menyatakan Allah manakala jasad pula, adalah bertujuan bagi menyatakan roh!.
Syariaat itu roh dan perbuatan syariaat itu, adalah jasad.

Syariaat bukan jasad, jasad kita itu, adalah perbuatan syariaat (perbuatan roh), rohlah sebenar2 syariaat Allah!
Roh itu umpama garam dan Allah itu umpama masin. mana mungkin masin dan garam berpisah. Mana mungkin Allah dengan syariaatnya berpisah.

Selasa, 20 Mei 2014

Bagaimanakah Cara Percaya kepada Rukun Iman.

Bagaimanakah Cara Percaya kepada Rukun Iman.


Serba Sedikit Tentang Percaya Kepada Rukun Iman.
Apakah maksud percaya kepada Allah.
Percaya kepada Allah itu, biarlah sampai kepada tahap tidak dikeranakan dengan suatu kerana. Tidak disebabkan dengan suatu sebab dan tidak disabitkan dengan suatu sabit!.
Percaya kepada Allah itu, hendaklah tidak dengan beralasan. Kerana Allah itu, adalah Allah. Yang nyata Allah, yang ghaib Allah, yang zahir Allah, yang batin Allah, yang awal Allah dan yang akhirpun Allah. Segala-galanya Allah, kenapa masih tak terlihat Allah……….
Tidak ada ruang untuk wujud (ada), ujud (menjadikan) dan mujud (dijadikan) sifat makhuk. Tidak ada ruang diantara awal dan akhir itu, ditengah-tengahnya adanya kita!.
Percayalah bahawasanya Allah itu, terang yang wajahNya lebih terang dari cahaya matahari. Dekat mata putih dengan mata hitam, lebih dekat lagi Allah. Nyatanya ibu bapa kita, sesungguhnya Allah itu lebih nyata dari kedua ibu bapa kita. Kenapa tak terlihat?.
Mengenal, melihat, memandang atau menatap wajah Allah itu, hendaklah denngan nyata- senyata nyatanya!. Tanpa terselindung oleh sesuatu. Allah bukan sesuatu tetapi zahir pada tiap sesuatu!.
Allah tidak ada hijab, tidak ada dinding dan tidak ada tabir, yang boleh menghalang kita dari menilik, menatap, memandang atau melihatNya!. Sebab yang menjadi terhijabnya kita dari tertilik Allah  itu, adalah kerana kita masih mengadakan “sifat keakuan”.
Percaya kepada Allah itu, hendaklah sampai sehingga kepada tahap tidak ada dalil. Kerana segala-galanya itu, adalah wujudnya Allah. La maujud Bilhaqqki Illalah.

Apakah maksud atau beriman kepada Al-Quran.
Maksud beriman kepada Al-Quran itu, adalah hendaklah kita mendahului Allah berbanding diri kita. Quraan itu adalah kalam Allah. Kalam Allah itu, adalah perkataan Allah.  Bermaknanya disini, hendaklah kita mendahului kata-kata atau ketetapan Allah, berbanding kata kita atau ketetapan akal kita!.  Bilamana kita beriman kepada Al-Quran, bermakna kita dikehendaki mendahului ketetapan Allah, berbanding ketetapan ketetapan yang kita tetapkan!.
Apa yang terjadi atas kita itu, hendaklah kita tahu yang bahawasanya ketetapan kata Allah itu, telah mendahului kejadian apa yang berlaku. Sebelum kita rugi dalam perniagaan, sebelum kita putus kasih, sebelum bercerai atau sebelum  kita mati itu, sesungguhnya Allah sudah merugikan kita sebelum kita rugi.  Sebelum kita putus tunang, putus kasih atau bercerai itu, sesungguhnya kita telah diputus atau telah diceraikan oleh Allah mendahului putus atau bercerainya kita. Sebelum kita lahir atau sebelum kita mati, ketetapan Allah itu, telah mendahului kita. Sebenarnya sebelum kita lahir, Allah dan lahirkan kita dalam ilmuNya.
Sebelum kita mati, sesungguhnya ita itu telah dimatikan Allah, dalam ilmuNya. Sebelum kita masuk syurga atau neraga itu, sesungguhnya Allah sudah terlebih dahulu memasukkan kita kedalam neraka atau syurga!.
Kata-kata Allah itu, sesungguhnya telah medahulu kata-kata, niat atau kehendak kita!. Maka redha dan ikhlaslah dalam menerima segala cubaan atau musyibah yang berlaku. Beriman kepada  Al-Quraan itu, adalah mendahulu kata-kata Allah berbanding kata-kata kita!. Mendahului ketetapan Allah sebelumnya, berbanding apa yang berlaku.
Mana sebenar-benar Al-Quran?.
Yang kita sebut itu suara atau bunyi suara yang keluarnya dari bibir mulut. Yang kita baca itu, adalah berupa suratan atau berupa tulisan (dari dakwat) yang tertulis diatas yang berupa kertas.
Sedangkan Al-Quraan itu, adalah kalam Allah, bahasa Allah, kata-kata Allah, ucapan Allah dan suara Allah. Yang tidak berhuruf, tidak bersuara, tidak berjirim da tidak berjisim.
Adapun yang kita baca itu, adalah berupa kertas yang bertulilsan dengan dakwat. Dibakar hangus, direndam basah, ditanam dalam, digantung tinggi dan ditembak tembus. Sedangkan kata-kata Allah itu adalah berupa bahasa percakapan allah yang tidak samadengan suara bibir mulut kita?.
Jika Quran itu, bukan seperti suara bibir, bukan seperti tulisan atas kertas, dimanakah kata-kata Allah yang bernama Quran?.
Yang kita sebut itu, suara yang keluarnya dari anggota bibir, adapun kata-kata Allah itu, tidak sebagaimana suara bibir!. Yang kita baca itu, adalah kertas, sedangkan kata-kata Allah itu, tidak seperti kertas!. Manakah yang dikatakan sebenar-benar Al-Quran (sebenar-benar kata-kata Allah). Atau dalam bahasa mudah, Al-Quran itu, adalah percakapan Alah. Adapun percakapan Allah itu, bukan sebagai petuturan bibir mulut. dimana Al-Quran.
Al-Quran atau kata-kata Allah itu, adalah “KUN” . dari perkataan kun itulah, makanya terjadinya sekalian Alam.
Oleh itu,  sekalian Alam inilah “KUN” Allah, kata-kata Allah atau Al-Quran.

Apakah maksud beriman kepada Rasul.
Rasul itu ertinya pesuruh manakala pesuruh itu pula, adalah orang yang kena suruh. Adapun maksud beriman kepada Rasul itu, adalah mendahului kena suruh daripada yang menyuruh.
Maknanya disini bahawa sebelum kita melakukan sesuatu, sebenarnya kita telah melakukan sesuatu mengikut kehendak yang menyuruh, yang menyuruh itu, seungguhnya telah mendahului sebelum segala sesuatu sampai kepada yang kena suruh!.
Kita kena percaya dan penuh yakin bahawa sebelum segalanya sesuatu itu berlaku atau terjadi, sesungguhnya perlakuan dan kejadian itu, sesungguhnya telah pun berlaku dan telahpun siap terjadi sebelumnya!.
Setelah kita yakin dan penuh percaya kepada rasul (beriman kepada Rasul),  maka hendaklah kita taat, patuh  dan mengikut serta mematuhi apa sahaja yang telah dahulu ditetapkan sebelumnya. Ingatlah bahawsanya kita ini, orang yang kena suruh (pesuruh), kita ini kuli dan kita ini hanyalah hamba sahaya yang fakir, yang hanya menurut sahaja apa perintah atau kehendak yang telah ditetapkan!.
Jika diberi sakit, maka sakitlah kita, jjika diberi miskin, maka miskinlah kita, jika diberi musyibah, maka azablah kita dan jika diberi mati,maka matilah kita. selaku yang kena suruh, hendaklah kita patuh kepada apa yang ditetapkan atas kita.
Bilamana kita percaya kepada pesuruh (yang kena suruh), kita tidak boleh lagi mengeluh atau merungut dari apa yang telah ditetap dan yang telah ditakdirkan oleh Allah atas kita!.
Apakah maksud percaya kepada Malaikat
Untuk mengenal malaikat, hendaklah terlebih dahulu kita tahu akan tugas-tugasnya. Setelah kita kenal dan tahu akan tugasnya, barulah kita boleh kenal dan tahu siapa itu Malikat sebenarnya.  Seumpama tugas bagi pasukan bomba. Pasukan bomba adalah dengan tugas-tugas pemadam api. Pasukan polis pula menangkap pencuri dan pasukan ambulan pula menyelamat orang sakit dan sebagainya. Dengan mengenal tugas, maka kita akan kenal tuannya.
Begitu juga Malaikat. Bilamana kita kenal tugas malaikat, maka sudah tentu kita akan kenal siapa tuannya.
Tugas Malaikat Jibrail itu, adalah menurunkan wahyu. Malaikat Jibrail itu, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah merupakan “akal, fikiran atau otak”. Yang tugas menanggung pemikiran atau menerima tugasan memikir sebagaimana tugas Jibrail yang menurun wahyu. Jibrail itu, jika dikiaskan peda diri kita adalah “akal”!.
Malaikat Izrafil itu, tugasnya meniup serunai sanggkala. Serunai Malaikat Izrafil itu,  jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (serunai), anggota “mulut” yang mengeluar suara dari kedua bibir mulut.
Malaikat Mikail pula tugasnya menurunkan hujan. Malaikat Mikail, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (hujan) “mata” yang menurunkan air mata.
Manakala Malaikat Izrail pula, tugasnya adalah menaik nyawa. Malaikat Izrail, jika dikiaskan kepada diri kita, ianya adalah berupa (naik turun nafas) “hidung” yang menurun dan menaikkan nafas.
Dari itu, kenallah kita akan siapa itu kiasan kepada para Malaikat!. Segalanya ada tafsiannya pada diri kita!.
Apakah maksud percaya kepada Qahda dan Qadar
Percaya kepada Qhada dan Qadar itu, adalah percaya kepada untung baik dan untung buruk. Segalanyanya baik dan buruk itu, sesungguhnya adalah datangnya dari Allah Taala.
Bilamana sesuatu itu datangnya daripada Allah Taala, maka segalanya itu akan kelihatan baik dan akan jadi segala-galanya cantik!.
Jika kereta kita kena langgar, kehilangan wang, kehilangan nyawa anak isteri sekalipun, kita kena percaya bahawa tiada suatu gerak sekalipun sebesar zarah, melainkan datangnya gerak itu biar sebesar zarah sekalipun, itu sesunggunya adalah datangnya dari kehendak dan keizinan Allah Taala.
Terimalah samaada baik atau buruk, kerana baik dan buruk itu, sesunguhnya adalah datangnya dari anuggerah dan kurniaan Allah. Bilamana datangnya dari kurniaan atau anugerah Allah, sealanya akan menjadi nikmat.
Drp hj shaari tanggal 1 hb mei. jam 3.20 pagi bersamaan hari rabu. Amin

Dimanakah Yang Dikatakan Rumah Allah?

Dimanakah Yang Dikatakan Rumah Allah?


Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Tujuan besar kita menunaikan fardhu haji, adalah bertujuan untuk sampai kerumah Allah (Baitullah).
Tujuan besar kita menghadapkan hati kita kepada Kiblat, adalah bertujuan supaya tertuju kepada rumah Allah (Baitullah).
Barang siapa yang berjaya sampai kerumah Allah, akan bersih dosanya, suci putih hatinya dan terampun dosanya menjadi seperti bayi yang baru lahir.
Sayangnya tahukah kita dimana Rumah Allah?. Apakah rumah Allah itu diperbuat dari batu?. Apakah rumah Allah pernah terbakar?.. Apakah batu Hajaratul Aswat dirumah Allah itu pernah dicuri berpuloh tahun oleh tentera Rom?. 
Apakah rumah Allah pernah dilanda banjir. Apakah rumah Allah itu pernah runtuh. Apakah rumah Allah itu, harus ada kelambu. Orang buat rumah, mereka mendiami rumahnya, apakah Allah membuat rumah tidak didiamiNya?.
Ya Allah ya Tuhan ku, apakah ertinya semua ini?. Tidak pandaikah Engkau menjaga rumah Mu sendiri, ya Allah?. Sehingga mengharap makhluk manusia yang menjaganya?. Manusia buat rumah tetapi pandai menjaganya sendiri, apakah Engkau yang Maha Berkuasa, tidak tahu dan tidak ppandai menjaga rumah Mu ya Allah?.
Perkara-perkara ini atau elemen-elemen ini semua, adalah menjadi satu bahan bukti kepada ita yang mahu berfikir, dimanakah sebenarnya rumah Mu ya Allah?.
Ada pula terdapat dalam ayat suci Al-Quraan yang mengatakan bahawa ” Qalbu Mukmin Baitullah”. Qalbu mukminlah sebenar-benar rumah Mu. Yang mana satukah rumah mu yang sebenar ya Allah?…………………………..
Jika iapun qalbu mukmin itu sebenar-benar rumah Mu, dimanakah qalbu?. Setahu kita, qalbu itu bukan berada didalam dada dan tidak juga berada diluar dada?. Dimanakah qalbu dan dimanakah rumah Allah?……………………………..
Mari kita sama-sama mencarinya. Saya ingin tahu jawapan dari tuan-tuan, selaku peminat ilmu makrifat Tok Kenali!

Mari Mengakhiri Zaman Jahiliyah

Mari Mengakhiri Zaman Jahiliyah
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimah yang dirahmati Allah sekalian. Ramai yang mengambarkan jahiliyan itu, adalah mereka-mereka yang menganut agama sebelum Islam. Sebut sahaja jahiliyah, fikiran kita telah membayangkan zaman sebelum Rasulullah!. Tahukah kita, bagaimana amalan orang-orang jahiliyah?
Soal: Bagaimanakah contoh orang jahiliah?
Jawab: Contoh orang zaman jahiliyah, orang zaman jahiliah itu, adalah orang yang amalannya tidak disertai Allah. Segala yang  dilakukannya adalah bertujuan untuk selain Allah!. Seumpama sekadar untuk menyembah sifat, menyembah nama, menyembah perbuatan dan menyembah zat!.
Soal: Bagaimana contoh orang yang menyembah sifat?
Jawab: Contoh orang  yang meyembah sifat itu,  adalah orang-orang yang  meyembah makhluk yang bersifat (meyembah sifat makhluk).  Seumpama lihat pokok besar, busut besar, batu besar, mereka meyangka itulah Tuhan!. Maka disembahnya pokok, busut, batu dan sebagainya!. Sedangkan pokok, busut, batu dan sebagainya itu, adalah sifat yang bersifat!.
Kita tuduh yang orang jahiliyah itu menyembah sifat, sedangkan tanpa kita sedar yang kita juga menyembah sifat?. Jika boleh saya bertanya, semasa tuan-tuan sembahyang, tuan-tuan menghadap kemana?, jika bukan menghadap Kaabah?. Sedangkan Kaabah itu sifat!, Baitullah itu, sifat dan Hajaratul aswat itu, sifat!. 
Tidakkah tuan-tuan menghadap atau meyembah sifat?. Kaabah (baitullah) itu, adalah rumah Allah. Tidakkah rumah itu sifat?. Sekarang, apa bezanya orang jahiliah dengan kita?.Cuba jawap pertanyaan saya dengan jujur?……………………
Orang jahiliyah menyembah kepada sembahan yang bersifat, sedangkan tanpa kita sedari, kita juga sembah kepada perkara yang bersifat, iaitu Kaabah atau Baitullah. Sedangkan Kaabah atau Baitullah itu, adalah sifat!.
Sekiranya tuan-tuan mendakwa atau mengaku yang tuan-tuan tidak menyembah Kaabah atau tidak menyembah Baitullah, saya ingin bertanya dan saya ingin ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan sidang pembaca yang budiman sekalian,  apakah yang tuan hadap?. Jawab pertanyaan saya, apakah yang tuan hadap?……………………….Jika tidak kepada Kaabah!
Sekiranya tuan-tuan mengaku yang tuan-tuan tidak menyembah Kaabah tetapi tuan-tuan mendakwa yang tuan-tuan menyembah Allah. Ingin saya bertanya kepada tuan-tuan atau ingin saya ajukan pertanyaan kepada tuan-tuan, kiranya tuan-tuan menyembah Allah,
1) Jika kita kata, kita menghadap Allah, jika kita menghadap Allah, kenapa perlu menghadap Kaabah (Baitullah)?. Sedangkan Allah itu, ada dimana-mana?. Jika Allah itu ada dimana-mana, kenapa sampai perlu menghadap Kaabah. Tidakkah Kaabah itu sifat?………………..
Soalan ini, jangan pula disalah erti atau disalah tafsir! (terutama golongan yang berilmu feqah). Saya bukan mengemukakan soalan ini, untuk mengajak tuan-tuan supaya jangan menghadap kiblat, Saya ingin mengajak tuan-tuan, supaya belajar sesuatu ilmu itu, jangan setakat peringkat tahu sahaja, saya ingin mengajak tuan-uan supaya sampai kepada peringkat mengenal!.
2) Kiranya kita kata, kita memyembah Allah dan bukannya meyembah Kaabah,  sekali lagi ingin saya ajukan pertanyaan, mana Allah?. Jika tuan-tuan mendakwa dan mengaku menyembah Allah dan bukan menyembah Kaabah, mana Allah?…………
Apakah Allah itu hanya ada pada sudut Kaabah sahaja yang menyebabkan kita kena hadap kepada Kaabah?. Apakah Allah itu tidak ada pada sudut-sudut yang lain?. Setahu kita, apa yang kita pelajari selama ini, Allah itu tidak bertempat!. Jika Allah tidak bertempat, kenapa perlu hadap kepada Kaabah, tidakkah Kaabah itu hanya sekadar sifat, apakah kita juga meyembah sifat sebagaimana orang jahiliyah?. Cuba jawab?…………….
Pertanyaan saya ini, bukan bertujuan untuk meyesatkan tuan-tuan atau untuk mengeliruan tuan-tuan. Pertanyaan saya ini, adalah semata-mata bertujuan bagi membuka minda dan bagi memantapkan keyakinan terhadap setiap  ilmu yang kita pelajari. 
Supaya kita benar-benar faham, benar-benar mengerti dan benar-benar tahu dengan apa yang kita ucap. Bukan sekadar ucap semata-mata!.
Beriman kepada Allah, beriman kepada kaabah, beriman kepada baitullah (rumah Allah) dan beriman kepada kiblat itu, hendaklah beriman dengan penuh yakin. Yakin dengan seyakin yakinnya. 
Dari ilmu yang kita pelajari itu, hendaklah kita yakin, yakin seyakin yakinnya!, barulahkita itu, tidak dituduh sama jahil dengan orang jahiliah!. Kita tuduh orang jahiliah itu jahil, sedangkan tanpa kita sedari, sebenarnya kita itu, lebih 67 kali jahil berbanding orang yang benar jahiliyah!.
Kita hanya tahu sebut, sebut itu dan sebut ini, sedangkan apa yang kita sebut itu, kita sendiripun tidak tahu dan kita sendiripun tidak  yakin!. Itu bermakana taraf kita dengan taraf orang jahiliyah itu, adalah “sama”. Sama-sama jahiliah, (maaf ya kiranya bahasa saya itu, agak terkasar sedikit). 
Kasarnya bahasa saya itu, adalah semata-mata bertujuan untuk membuka atau mencelekkan mata tuan-tuan yang selama ini tertutup (buta)!. Sebenarnya kita selama ini, hanya menyembah sifat, sebagai mana orang jahiliah!.
Soal: Bagaimana contoh orang yang menyembah nama?.
Jawab: Contoh orang yang meyembah nama itu, adalah orang yang meyembah nama makhluk. Seumpama orang yang memuja jin (nama jin), sedang bayang jin pun mereka tidak nampak, apa lagi rupa paras jin. 
Memuja Syeikh Abdul Kadir Jailani, sedangkan muka dan rupa paras Syeikh Abdul Kadir Jailani pun mereka tidak pernah lihat, meraka hanya kenal nama sahaja. Meyembah hantu, jembalang, iblis, memuja ibu duit, memuja toto, magnem,  4 dijit nombor ekor. 
Memuja keris pusaka, disanggkakan keris lembing itu keramat, sedangkan keramatnya keris lembing itu, belum pernah kita lihat, hanya tahu dari ceria atas cerita. Memuja jimat, tanggkal, pelaris dan sebagainya.
Begitu juga kita sekarang ini, kita sekarang ini dikatakan menyembah Allah, sedangkan Allah yang kita sembah itu, adalah hanya sekadar nama pangil-panggilan!. Mana tuan yang empunya nama?

Burung Wajib Akan Pulang Dengan Sangkarnya!

Burung Wajib Akan Pulang Dengan Sangkarnya! 

Jam 4.21 pagi pada 25hb Mei


Disaat sahabat-sahabat sedang nyenyak dibuai dengan mimpi dalam tidur yang indah, ketahuilah oleh mu wahai sahabat-sahabat ku, bahawasanya dari kejauhan Taiping Perak, aku sedang menemani tidur tuan-tuan dengan dendangan lagu-lagu qalbu.
Dalam tidur yang resah memikirkan diri sahabat-sahabat yang masih kosong, mata ku di tongkat oleh doa kalian. Berbekalkan  dengan doa kalian itu, rohani ku memberontak untuk mendodaikan tidur tuan-tuan dengan ilmu makrifat Tok Kenali. Moga-moga dengan dendangan lagu qalbu dari hatiku yang sudah mati dan kosong ini, dapat menghiburkan jiwa gersang tuan-tuan dengan cucuran air nurani dari telaga Allah.
Selagi  jasad ku diberi kesempatan waktu oleh Allah, selagi itu juga akan ku luahkan segala intipati ilmu yang ada di dalam dada buat kalian!, mengarang dan terus mengarang. Semoga  lagu jiwa yang aku dendangkan ini, membuat tuan-tuan dan sahabat-sahabat beroleh ilmu.
Tuan-tuan dan puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Hidup di dunia ini, tidaklah lama. Pejam celik-pejam celik, umur kita 30an. Pejam celik-pejam celik, umur kita 40an dan pejam celik-pejam celik umur kita 50an dan seterusnya menghampiri  saat-saat kematian.
Masa di dunia, roh kita ditemani jasad!. Setelah mati kelak, kemana perginya jasad kita. Apakah jasad selamanya akan berpisah dengan jasad?. Tidak mungkin waktu datang kita bersama, bila tiba saat mati jasad bercerai dari roh?. Hendaknya kalian tahu bahawa bilamana datang bersama, pulangpun hendaklah bersama. Tidak mungkin burung meningggalkkan sangkar dan tidak mungkin keris tinggalkan sarong!.
Dalam pengajian ilmu makrifat, setiap orang yang menuntut ilmu makrifatullah (mengenal Allah), roh tidak sekali-kali membenarkan jasad tinggal besendirian atau berkeseorangan didalam tanah!. Pulangnya kita kelak, bukan kembali “kerahmatul tanah”, adapun kepulangan kita adalah bertujuan kembali “kerahmatullah”  (kepangkuan Allah) dan bukannya kerahmatul tanah atau kerahmatul bumi!.
Orang makrifat, tidak sekali-kali akan meninggalkkan jasadnya keseorangan didalam bumi. Datang bersama, pasti matipun akan bersama. Burung keramat lagi sakti, pasti tidak akan sekali–kali membiarkan sangkarnya terbiar dimakan cacing!. Inilah janji burung (ruh) yang mengenal makrifatullah kepada sangkarnya.
Barang siapa yang tidak mahu jasadnya dimakan cacing, dimamah kala jengking dan tidak mahu diri dan jasadnya bersoal jawab dengan Mungkar dan Nankir, dipersilakkan tuan-tuan mengenall Allah!. Barang siapa yang dirinya mengenal Allah sudah dengan pasti, burung akan terbang dengan sangkar-sangkarnya sekali, menemuai Allah Azawalla!.
Asal kita itu, adalah dari kampung “rahmat Allah”, maka sekembalinya kita kelak, hendaklah juga pulang kerahmatullah dan hendaklah juga pulang  kerahmat Allah. Kampung kita bukan tanah dan bukan bumi. Kita berasal dari kampong rahmat, mari kita sama-sama kembali juga ke kampung rahmat!. Itulah kampung asal kita, iaitu kampung “rahmat Allah”!.
Alam bumi atau alam dunia ini, adalah alam persinggahan sementara, alam transit atau alam binasa yang tidak kekal. Buat apa nak duduk dialam yang tidak kenal, kenapa tidak sahaja kita kembali balik ke kampong asal kita, yang kekal tidak binasa?. Dunia ini binasa!.
Guru-guru terdahulu, selalu menaruh amanat atau selalu berpesan kepada anak-anak muridnya, agar menggali semula kuburnya. Jika didapati jasadnya masih didalam alam kubur, dipersilakan kencing atas kuburnnya!. 
Begitulah apa yang berlaku kepada  jasad-jasad Tuan Guru Haji Ahmad Al- Fatani, Tuan Guru Tok Selehong, Tuan Guru Mohd Yusof Cik Wook dan ramai lagi para guru-guru kita terdahulu.
Orang yang sampai kepada peringkat makam ilmu makrifatullah (mengenal Allah) itu, jasadnnya bukan didalam bumi. Roh dan jasadnya adalah milik Allah semasa didunia lagi. 
Dari alam dunia lagi, kita ini sesungguhnya telah mati dan dialam dunia lagi kita ini berserah diri, menyerah diri dan telah mengembalikan diri kepada Allah sedari didunia dan telah menjadi milk Allah sedari dulu sampai sekarang dan sampai bila-bila!.
Jika kita mengenal Allah semasa masih di dunia, dimasa alam kubur esok, Mungkar dan Nangkir, tidak akan sekali-kali berani untuk datang menyoal tubuh kita!.  Sebabnya adalah kerana, diri atau tubuh atau anggota kita ini, telah menjadi hak milik kepunyaan Allah!. 
Bilamana kita sudah kepunyaan Allah sedari didunia lagi, tidak sekali-kali berani akan Mungar dan Nangkir datang menyoal kita!. Barang yang sudah kembali menjadi hak milik Allah, tidak sekali-kali berani makhluk mempersoalkannya?. Yang selalu mereka soal dan mereka seksa iu, adalah bilaman bernama Mamat bin Jusuh atau Dollah bin Mat Noor. 
Selagi kita bergelar Muhamad bin Muhamad, saya pasti dengan pasti sepasti pastinya, sekalipun kita berjumpa mungkar dan Nangkir, bukan mereka yang bertanya atau menyoal kita, malahan kita yang akan menyoal mereka.
Contoh atau seumpama!.
Bilamana Mungkar dan Nangkir datang bertanya kepada kita ” Ma Robbuka” (siapakah Tuhan engkau). Maka jawablah dengan terang dan jelas. Tidakkah Tuhan aku dan Tuhan engkau itu sama!. Bertanya lagi Malaikat Mungkar dan Nankir kepada kita. Siapakah Tuhan engkau, hendaklah kita jawablah dengan terang dan jelas, sesungguhnya Allah lebih mengetahui dari apa yang kita tidak tahu!. Allah telah lebih dahulu tahu dari apa yang Mungkar dan Nangkir belum tahu!. Apa yang Mungkar dan Nangkir nak tahu, nak soal atau nak tanya itu, sesugguhnya Allah sudah terlebih tahu?.
Sedari mula kita dijadikan Allah, Allah sudah sedia tahu, apa yang akan kita jawab. Kerana apa yang akan kita jawab itu, adalah jawapan yang sudah sedia ada dalam ilmu Allah sedari azali!. Yang hendak bertanya itupun ilmu Allah dan yang hendak ditanyapun ilmu Allah, Bilamana diri kita sudah tidak ada (mati), siapa yang hendak tanya siapa?. Yang menyoalpun Dia dan yang hendak disoal pun Dia. Dia seDia  Dianya Dia……………………………
Setelah segalanya tidak ada, jika segalanya sudah tidak ada, siapa yang bersifat ada?. Yang bersifat ada itu siapa, cuba jawab?……………………….makhluk  itu bersifat dengan sifat muhadas iaitu (bersifat bahru), barang yanng  bersifat baharu itu tetap dan pasti binasa, jika makhluk binasa, yang bersifat kekal itu siapa, cuba jawab?…………….
Tidakkah yang bersifat kekal itu Allah. Bilamana Allah yang berifat kekal, bererti makhluk bersifat binasa, setelah binasanya makhluk, siapa lagi yang nak soal siapa?
Jam kereta saya menunjukkan pukul 6.10 pagi. Saya sekarang sedang duduk mengarang dalam kereta. Nak sewa hotel semuanya penuh kerana musim perayaan, ramai orang pulang bercuti, jadi hotek semua penuh, kenalah tidur dalam kereta. 
Panas dalam kereta tidak payah dicerita lagi, semua orang tahu. Nak buka tingkap takut  sang nyamuk masuk, nak tutup semua cermin, nanti panas, nak buka ekon kereta, takut injin panas, Maalumlah kereta buuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuruk! (amboi panjangnya hruf  “u”). jadi dudukklah dalam kereta, biarpun panas.

Erti Perkatan Zat Allah

Erti Perkatan Zat Allah


Erti atau makna pekataan “zat” itu, adalah bermaksud “suatu perkara yang tiada iktibar” “ suatu perkara yang tidak dapat dijangkau oleh akal”. Bukannya bererti perkataan “zat Allah itu, bermaksud Allah itu ada zat, Allah tidak ada zat. 

Perkataan zat Allah yang selalu kita sebut-sebut itu,  bukan bererti Allah itu, ada roh, bukan bererti Allah itu, ada sesuatu didalam diriNya dan bukan bererti Allah itu, ada megandungi sesuatu dalam tubuhnya. Dalam diri Allah itu, tidak ada sesuatu, tidak ada sifat, tidak ada nama, tidak ada afaal dan tidak ada zat. Allah itu, adalah Allah.
Adapun pemakaian perkataan “zat” oleh sesetengah ulamak atau oleh sesetengah pengarang-pengarang itu, adalah bagi mengambarkan bahawa Allah itu, tidak ada iktibar, tidak dapat dijangkau oleh akal, tidak dapat difikir oleh otak, tidak dapat dibayagkan oleh kata-kata dan sebagainya, itulah maksud, erti dan makna kepada perkataan “zat Allah” dan bukannya bilamana disebut perkataan  “zat Allah”, ianya bererti Allah itu ada zat. Ingat itu……………………………..
Ramai yang tidak faham erti perkataan zat. Kita boleh sebut perkataan zat tetapi jangan pula tersalah tafsir dan jangan pula tersalah erti. Allah itu adalah Allah, tidak ada sesuatu yang berdamping denganNya. Allah berdiri dengan sendirinya, tanpa didatangi, ditumpangi, disertai, diwakili atau dijelmakan oleh bayangan zat!. 
Apakah Allah itu masih memerlukan zat untuk Dia hidup atau apakah Allah itu masih berkehendakkan kepada sesuatu yang lain bagi menghidupkanNya. Itu makanya Tok Kenali, jarang menggunakan bahasa zat Allah, kebimbangan tersalah faham dan tersalah erti. Itulah makanya saya tidak mahu menggunakan bahasa atau perkataan zat Allah (perkara yang tiada iktibar). 
Sekali lagi saya perkatakan disini bahawa, perkataan zat itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti “TIDAK ADA IKTIBAR!…………………… daripada hj shaari

Mana Yang Dikatakan Syariaat?

Mana Yang Dikatakan Syariaat?


Apakah yang dikatakan syariaat Allah, yang sama sekali tidak boleh  kita tinggal?. Syariaat Allah itu, adalah termasuk rukun yang tidak boleh kita tinggal!.
Adapun rukun syariaat dalam sembahyang yang 13 itu, kita boleh tinggalkan kiranya kita uzur. Sedangkan syariaat Allah yang sebenar-benar syariat itu, tidak boleh sekali-kali kita tinggalkan walaupun uzur, walau mati sekalipun!.
Kita boleh tinggalkan rukun berdiri, jika kita tidak ada kaki, kita boleh tinggalkan takbir, kiranyaa tangan kita putus, kita boleh tidak lafaz ayat-ayat suci, kiranya mulut kita tersumbat dan kita tidak perlu rukuk, kiranya kita sakit pinggang, kita tidak perlu sujud, kiranya kita sakit. Cukup sembahyang dengan cara duduk, cara baring dan boleh saja dikerjakan dalam hati. Itulah yang dikatakan perbuatan syariaat (syariaat sembahyang). Mana yang dikatakan syariaat Alah?.
Syariaat Allah, bukan berdiri, bukan rukud dan bukan sujud!. Mana syariaat Allah?.
Tuan-tuan terlupa dan teralpa yang kita sekarang dan selama ini, telah jauh meninggalkan syariaat Allah……………………..
Saya buka persoalan ini, untuk pebincangan. Saya akan jawab kiranya ada sambutan dari pembaca blog!. amin drp hj shaari

Hijab itu sendiri adalah Allah


Hijab itu sendiri adalah Allah


Tuan-tuan dan puan-puan, muslimin serta muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Sebagaimana yang kita ketahui umum, bahawa Allah itu tidak sedikitpun terhijab, terdinding, Allah tidak ada tembok pemisah, tidak ada tirai , tidak ada penghadang dari kita memandang, menilik, melihat atau menatap Nya.

Allah itu bukan sesuatu, sungguhpun Allah itu bukan sesuatu, namun Allah zahir pada tiap-tiap sesuatu. Bagaimana mungkin Allah itu terhijab oleh sesuatu, sedangkan Allah itu, zahir pada tiap-tiap sesuatu!. Kenapa sehingga kita tidak terlihat atau terpandang Allah pada tiap-tiap sesuatu?. Tidakkah terangnya cahaya matahari itu dikala teriknya, terang lagi wajah dan rupa Allah. Tidakkah dekatnya mata putih dengan mata hitam dan dekatnya urat lehir dengan nyawa, sesungguhnya dekat lagi Allah dan wajahNya. Bagaimana munkin Allah itu tidak kelihatan?. Adalah menjadi suatu perkara mustahil, bilamana Allah tidak dapat dilihat!.

Allah itu halus, sungguhpun Allah itu teramat halus, tetapi Ianya adalah teramat terang dan teramat nyata!. Sehalus manapun Allah itu, ianya tetap akan dapat dilihat, dipandang dan ditilik oleh pandangan mata. Sungguhpun Allah itu teramat-amat halus, namun mata tetap akan terlihat Allah!. Biarpun mata zahir tertutup, tercabut, tercuungkil keluar atau sebagaimana buta sekalipun, rupa dan wajah Allah akan tetap dapat kita lihat dan dapat kita padang!.

wajah Allah beserta rupaNYa itu, akan tetap dapat dilihat, dipandang dan akan tetap dapat ditilik oleh pandangan. Allah itu terang, terangnya Allah itu sehingga tidak sedikitpun terlindung oleh pandangan mata (mahupun mata kasar). Dengan hanya melalui pandangan pancaindera mata kasar pun, Allah itu akan terlihat, tertilik, terpandang dan ternampak, apa lagi denngan mata halus (mata basyirah).

Allah itu, akan dapat ditilik, dilihat dan dipandang, sungguhun mata dipejam, apa lagi bilamana kita membuka mata!. Allah sedikitpun tidak terlindung, tertutup atau terhijab oleh kelopak mata, diketika kita memejam mata, apa lagi diketika kita membuka mata.

Allah tidak ada hijab dan tidak ada dinding untuk menghalang kita dari memandangNya!. Walau sekalipun orang itu dari kalangan orang-orang yang buta sifat mata zahirnya. Allah akan terkelihatan walaupun tanpa biji mata. Senang dan mudahnya untuk melihat Allah itu, sehingga tidak memerlukan kepada adanya biji mata. 

Tanpa adanya biji mata sekalipun, kita akan tetap dapat melihat Allah!. Melihat dan memandang Allah itu, adalah pekara mudah dan perkara senang. Sekalipun mata dipejam, Allah akan tetap ternyata pada sekalian pandangan.

Allah tidak ada hijab (dinding). Sebab apa Allah itu tidak ada hijab?. Allah itu tidak ada hijab, sebabnya adalah kerana “HIJAB ITU SENDIRI, ADALAH ALLAH”.  Mana mungkin Allah tidak terlihat atau tidak terpandang, sedangkan “hijab itu sendiri adalah Allah”!. 

Begitulah terang, begitulah jelas dan begitulah dekatnya Allah, kenapa masih tidak terpandang Allah?. Selagi tebal hijab, selagi itulah terangnya Allah (lagi tebal hijab, lagi terang Allah dan lagi tebal hijab, lagi terang Allah!). Allah itu tidak terhijab oleh sesuatu!. Tidak ada sesuatu yang boleh menghijab Allah.

Jika  ada sesuatu yang boleh menutup, mendinding atau menghijab Allah, bererti sesuatu itu lebih tinggi dan lebih berkuasa dari Allah. Untuk itu, ketahuilah olehmu bahawa denngan sesungguhnya, tidak ada sesuatu makhluk yang boleh menutup, menghijab atau mendinding Allah dari terpandang, terlihat atau dari ternampak oleh pandangan kita!.

Tidak ada sebab untuk dibuat alasan dan tidak ada alasan untuk dibuat sebab, kenapa Allah tidak terlihat atau tidak terpanang mata!. Tidak ada kerana dengan suatu kerana untuk tidak terpandang Allah!.

Dimanapun jua kamu hadapkan muka mu, disitu juga kita akan tetap tertilik Allah!. Tidak ada ruang untuk tidak terpandang Allah. Lagi kita letakkan tembok batu, dinding kayu, kain tirai, kain tabir atau menghadangnya dengan kain langsir atau hijab pemisah yang paling tebal sekalipun, tidak akan sekali-kali memisahkan kita dari terlihat Allah.

Lagi kita letakkan hijab atau kita letak tembok penghadang dihadapan mata kita, lagi terang terlihat Allah. Lagi tebal hijab kita letak dihadapan mata, lagi  jelas terpandang Allah dan lagi nyata  tertilik Allah. Ketahuilah olehmu wahai sekalian pembaca yang budiaman sekalian.

Sesunggguhnya tidak ada ruang untuk kita supaya tidak terpandang, terlihat atau tertilik Allah. Hadanglah penglihatan kita itu dengan tujuh bukit bukau, gunung ganang atau jarakkanlah diri kita dengan tujuh lautan sekalipun, namun tidak sedikitpun memisahkan dari mata kita memandang wajah dan rupa Allah!. KERANA HIJAB ITU SENDIRI, ADALAH ALLAH.

Kerana hijab itulah Allah!……………………………………………….
Baik dengan mata halus, sekalipun dengan mata, Allah itu tidak sedikitpun terlindung dari pandangan!. Begitulah terang, jelas dan nyatanya Allah itu. Allah itu nyata senyata nyatanya. Allah itu tarang, seterang terangnya dan Allah itu jelas, sejelas jelasnya.

Diketika kita sedang melihat, tidakkah yang besifat melihat itu sendiri adalah sifat Allah?.  Bilamana perkara “melihat” itu sendiri adalah sifat Allah, mana mungkin Allah terhijab oleh sesuatu!. Sedangkan melihat itu sendiri adalah sifat Allah!, mana mungkin Allah itu akan terhijab oleh sesuatu!. Tidak mungkin, tidak mungkin, tidak mungkin……………………………………. dan tidak mungkin Allah terhiijab, tidak mungkin Allah terdinding dan tidak mungkin Allah terlindung!. Kenapa kamu tidak melihat?…………………………………sila jawab pertanyaan saya. Disaat ini, dimasa ini dan diketika ini, saya mahu tuan-tuan ajukan pertanyaan itu kepada diri tuan-tuan sendiri!. Sekarang ajukan petanyaan.

Apakah jawapan tuan-tuan dan puan-puan memihak kepada tidak atau belum?. Jika tidak dan jika belum, kenapa, kenapa dan kenapa?………………………………………………

Bilamana mata bertemu penglihatan atau bilamana sifat bertemu sifat, itulah tanda orang makrifat, itulah yang dikatakan tilikan makrifat!.  Bilamana ditilik dengan tilikan makrifat, tidaklah yang dilihat itu, adalah juga yang melihat!. Tidakkah yang ditilik itu, adalah juga yang menilik.  Sudah tidak ada yang lain lagi selain Allah!. 

Mana mungkin Allah itu tidak kelihatan, sedangkan yang bersifat melihat itu sendiri, adalah Allah!. Inilah yang dikatakan wajah bertemu wajah!. Bilamana wajah bertemu wajah, maka Allahlah yang tertilik oleh segenap pandangan!. Itulah makanya ulamak-ulamak terdahulu meyimpulkan bahawasanya Allah itu tidak ada hijab, “kerana yang menghijab itu sendiri adalah Allah!”.

Saya teringgat pantun Tok Kenali yang diceritakan oleh ayahda Mohd Yuusof Cik Wook;
PUCUK PAKU SAYURPUN PAKU, DIMASAK OLEH ULAMAK SEBERANG,
TENGOKLAH AKU DAN TILIKLAH AKU, AKU BERADA DITEMPAT TERANG.

Jika Allah boleh terhijab, terlindung atau terdinding hanya dengan kulit kelopak mata yang nipis itu, alangkah lemahnya Allah!. Apalah sangat tebalnya kulit kelopak mata, jika dibandinkan dengan kuasa Allah!. Kenapa kulit kelopak mata sahaja, boleh sampai menghijab Allah?.  

Jika ditoreh dengan kuku pun kulitnya boleh terkoyak, belum lagi ditoreh dengan pisau, masakan Allah Yang Maha Besar itu, boleh terlindung hanya dengan kulit kelopak mata yang berupa daging yang nipis?. Cuba tuan-tuan jawab?…………………………………………..

Sesunggguhnya yang menghijabkan kita dengan Allah itu, adalah kebodohan sifat diri kita sendiri!. Diri yang   “booooooooooooooooooooooodoh” sahaja yang tidak nampak Allah!.

Bagi mereka-mereka yang makrifatulah (mengenal Allah), sebenar dan sesungguuhnya Allah itu, tidak ada hijab. Lagi kita adakan hijab, lagi ternampak Allah, lagi kita adakan dinding, lagi terpandang Allah dan lagi kita adakan penghadang, sesunggguhnya lagi tertilik Allah!. 

Tidak ada alasan, tidak ada ruang, tidak ada sebab dan tidak ada penyebab untuk tidak tertilik Allah!. Kerana alasan itu Allah, ruang itulah Allah, sebab itulah Allah dan penyebab itulah Allah. Lebih tepat lagi, bolehlah disimpulkan bahawa “Allah itu adalah segala-galanya dan segala-galanya itu, adalah Allah”.

Allah itu, adalah Allah. Maka tidak ada ruang lain lagi untuk mengisi ruang, melainkan Allah. Allah menempatkan diriNya Allah, sehingga tidak ada ruang lagi untuk sifat-sifat lain memasuki dicelah-celah antara keduanya!.  Sudah tidak ada ruang lagi untuk diisi oleh selain Allah!. Wujud, ujud dan maujudnya diri Allah itu, sehingga tidak ada tempat dan tidak ada ruang lain lagi untuk yang lain selain Allah. Melainkan engkaulah engkau, ya Allah. Tidak ada yang lain selain diri mu ya Allah.

Segala dan segenap ruang penglihatan ku ya Allah, hanya engkaulah yang ku pandang, hanya engkaulah yang ku lihat dan hanya engkaulah yang ku  tilik ya Allah……………………….

Seumpama terbukanya mata kita diketika mula-mula bangkit dari tidur. Yang mula-mula kita nampak ialah dinding atau tembok simen. Bagaimanakah caranya untuk kita merlihat Allah dikala tertilik tembok simen?……………………………………………….Dan bagaimana caranya untuk memandang hijab itu adalah Allah?………………………………………………..
Tunggu jawapannya di dalam kitab keluaran ketiga yang tiidak berapa minggu lagi…………………………………………….

Amin

Mengenal Allah Itu, Sehingga Tidak Lagi Perlu Adanya Dalil!

Mengenal Allah Itu, Sehingga Tidak Lagi Perlu Adanya Dalil!


Mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak perlu lagi kepada dalil!, tidak perlu kepada saksi atau peyaksian . Kiranya masih perlu kepada dalil atau saksi, bererti kita belum benar-benar mengenal Allah. 

Untuk mengenal atau untuk ingat kepada kedua Ibu dan ayah kita, apakah perlu lagi kepada saksi atau dalil?. Begitu juga dengan ilmu mengenal Allah. Orang yang benar-benar mengenal Allah itu, adalah orang yang tidak lagi perlu kepada dalil!. Allah itu, adalah Allah.

Kata Tok’ Kenali lagi, untuk ingat kepada Allah itu, sekiranya masih ada saksi, bersaksi dan masih ada yang meyaksi, itu adalah peringkat mereka yang masih berkira-kira untuk ingat. Berkira-kira untuk ingat kepada Allah itu, adalah tanda tidak ingat dan belum ingat!. 

Masih dalam perkiraan nak ingat. Perkataan nak ingat itu, adalah tandanya belum ingat dan tandanya tidak ingat. Sebenar-benar ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat kepada makhluk. Ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat kepada perkiraan, tidak lagi ingat kepada sangka-sangka dan setelah tidak ingat lagi kepada dalil itu dan dalil ini.

Sekali pandang, bahasa seni makrifat Tok’ Kenali itu, kita akan menuduh yang bahawasanya bahasa itu, adalah bahasa yang tidak masuk atau tidak boleh diterima akal!. Sebaliknya seni makrifat Tok’ Kenali itu penuh sarat dengan ilmu yang tersirat, penuh makna, penuh pengertian dan penuh terjemahan. 

Kata Tok’ Kenali itu, adalah kata yang sebenar-sebenar kata. Kata yang penuh membawa maksud. Seni makrifat itulah yang membawa ramai anak muridnya duduk dalam keadaan asyik. Asyik dengan Allah, setelah tidak lagi asyik kepada keberadaan diri.

Hadis Makrifat!

Hadis Makrifat!


Dikesempatan yang sempit dan terbatas ini, ingin saya kemukakan satu lagi Hadis. Hadis ini, adalah ubat kepada hati mereka yang makrifat kepada Allah Taala.
“Bertanya sahabat kepada Baginda Rasulullah, apakah amal yang paling afdhal ya Rasulullah?. Sabda Rasulullah, “makrifatullah”. Bertanya lagi sahabat kepada baginda Rasulullah, “Amal apakah yang terlebih afdhal pahalanya ya Rasulullah?. 
Jawab Baginda Rasulullah, “makrifatullah”. Bertanya lagi para sahabat, bertanya buat kali ketiga oleh sahabat itu, bukan lagi sekadar betanya tetapi membangkang!. “kami bertanya dari segi amal, kenapa engkau menjawab dari segi ilmu ya Rasulullah?. Menjawab baginda Rasulullah, “sedikit beramal denngan mengenal Allah (makrifatullah) itu, terlebih menafaat (terlebih afdhal). manakala banyak beramal dengan tidak makrifatullah (mengenal Allah)tiada menafaat (tiada afdhal)”.
Amal ibadah termasuk solat itu, hanya akan berfaedah, bermenafaat dan akan menjadi afdhal, sekiranya kita mengenal Allah!.
Sekali lagi saya ingin tuan-tuan tanya kepada diri sendiri, apakah kita sudah mengenal Allah?.Sekiranya bersolat atau beramal tanpa mengenal Allah itu apakah hukumnya, tuan–tuan jawablah sendiri……………………
Surah Al-Ma’un : 4
“Maka celaka bagi orang-orang yang solat, dimana lalai dalam solatnya”.
Daripada Hj. Shaari

Sebenar-Benar Air Sembahyang Yang Sah?

Tuan-tuan yang dirahmati Alah sekallian, sudah agak lama saya tidak berkaria. Sememangnya tuan-tuan menunggu-nunggu buah butir dari pohon makrifat Tok Kenali!.

Dikesempatan ini, ingin saya maklumkan kepada tuan, cara-cara megambil air sembahyang yang sah. Disini sukalah saya menukilkan secebis Hadis, buat tatapan dan buat renungan kita bersama.

“Barang siapa yang mengingati Allah diketika berwudhu, nescaya dicucikan Allah akan tubuhnya secara keseluruhan dan barang siapa yang tidak mengingati Allah, nescaya tidak disucikan Allah dari tubuhnya selain kena air sahaja”.

Cuba tuan-tuan renung-renungkan Hadis diatas!. Ukur kepada diri tuan-tuan sendiri. Apakah tuan-tuan sudah dapat mencapai kepada tahap ingat kepada Allah semasa megambil air sembahyang?. Untuk ingat kepada Allah semasa megambil air wudhu, hendaklah terlebih dahulu mengignat dan mengenal Allah sebelum berwudhu!. Barulah kita boleh ingat Allah dalam berwuhdu!.

Wudhu itu umpama benih dan solat itu umpama pohon. Tidak dapat hidup pohon kiranya tidak hidup benih. Benih itu, adalah seumppama tapak bagi sebuah bangunan!.

Sekarang, dimasa ini, saat ini dan dihari ini, saya minta tuan-tuan semua
(pembaca kitab Tok kenali dan pembaca blog ini), saya mahu tuan–tuan dan puan-puan bertanya kepada diri sendiri. Apakah selama hidup kita ini, kita ingat Allah semasa berwudhu?.

Jika tidak ingat Allah semasa berwudhu, apalah ertinya wudhu?, tuan-tuan jawablah sendiri!…………………………………

Carilah Air Mutlak
Untuk itu, ambillah air sembahyang dengan menggunakan air yang mutlak. Cucur anggota jasad dengan air yang mutlak sambil ingat kepada Allah.

Barang siapa yang badan bertuan nasib beruntung yang dapat menemui Air mutlak, dengan sendirinya ingatan ingat kepada Allah itu, akan datang serentak besrta air sembahyang.

Air mutlak itu sendiri yang akan ingat kepada Allah!. Bukan setakat akal yang akan ingat kepada Allah diketika megambil air sembahyang, sesungguhnya air mutlak itu sendiri yang akan ingat kepada Allah!.

Bilamana kita cucurkan jasad atau tubuh badan kita dengan menggunakan air mutlak, jasad atau tubuh badan kita nantinya akan bersih zahir dan batin. Air mutlak adalah air yang dapat meresap kedalam darah daging, tulang belulangn sampai kepada jantung kalbu dan akan membersih sehinggga kepada najis. Najis yang dalam perut akan menjai bersih, barang siapa yang dapat berjumpa dengan air yang mutlak!.

Air sembahyang dengan mengunakana air yang mutlak, sesungguhnya air mutlak itu sendiri yang akan mengigatkan kita kepada Allah, diketika kita megambil wudhu!. Bukan sahaja kita yang ingat kepada Allah, malahan yang ingat kepada Allah itu, adalah air mutlak.

Air mutlak dengan perkara ingat kepada Allah itu, adalah seumpama masin dengan garam dan seumpama gula dengan manis dan seumpama bayang dengan yanng empunya bayang. Ianya bergabung serentak dan sekali. Jumpa dengan air mutlak, menandakan tuan-tuan jumpa dengan perkara ingat kepada Allah. Kerana air mutlak itu sendiri, adalah air ingat kepada Allah!.

Air mutlak itu, adalah air yang datangnya daripada hati nurani. Bilamana hati nurani mencurahkan air makrifatnya keatas tangan atau jasad kita, ianya akan menjadikan seluruh jasad kita ingat kepada Allah!.

Permasalahanya disini, tuan-tuan tidak tahu untuk mencari, menimbul atau memancutkan air mutlak bagi membasahi jasad!.

Carilah air mutlak, kerana air mutlak itu, boleh mengingatkan kita kepada Allah diketika berwudhu!

Daripada Hj. Shaari