Pages

Jumaat, 1 Ogos 2014

KEPATUHAN DAN KESETIAAN KEPADA GURU(MURSYID) SALAH SATU DISIPLIN


KEPATUHAN DAN KESETIAAN KEPADA GURU(MURSYID) SALAH SATU DISIPLIN

Seorang yg ingin menjadi benar,patuh dan setia kpd guru selama tidak berada dalam kemungkaran dan dosa adalah satu keperluan.

Mengagungkan(menghormati)guru mursyid dengan cara mentaati perintahnya dalam soal kebaikan adalah salah satu syarat kepada ikhwan mendapatkan ilmu yang berkat dan mamfaat sebagai petunjuk menjadi orang benar.

Justeru mencari keredhaan guru adalah salah satu keperluan utama,maka murid yang bijaksana mengambil sikap menjauhi percakapan, perlakuan dan perbuatan yang menjadikan gurunya keciwa baik semasa majlis pembelajaran ilmu atau diluar majlis pengajaran gurunya.

Sayyidina Ali kr. Yang diberi gelaran oleh Rasulullah s.a.w."Babul ilmu"(pintu ilmu)patuh kepada guru dengan sangat luar biasa.Sayyidina Ali kr.pernah berkata:

"AKU ADALAH HAMBA ORANG YANG MENGAJARKU(WALAUPUN)SATU HURUF;JIKA DIA MAHU,DIA BOLEH MENJUALKU;JIKA DIA MAHU,DIA BOLEH MENJADIKANKU HAMBA;JIKA DIA MAHU DIA BOLEH MEMBEBASKANKU".
(Syeikh Zarnuji,Hamisy Syarah Ta'imul Muta'allim:Al-Hadayah:16).

Dalam sebuah sya'ir Sayyidina Ali kr:

Terjemahan:
"Aku melihat hak yang paling tinggi adalah haknya guru.
Dan hak yang paling wajib untuk menjaganya bagi setiap orang Islam.
Sesungguhnya telah nyata agar diberi hadiah kepadanya satu kemuliaan,
Kerana mengajar satu huruf sebanyak seribu dirham".
(Al-hidayah ms:16-17).

INI adalah senandung Sayyidina Ali kr.yang mengajar agar seseorang menghormati dan mentaati dan berbakti kpd guru sepenuhnya selama gurunya tidak menyuruh perkara yang di larang agama.Jika perkara yang dilarang agama di suruhnya maka wajiblah tidak melaksanakan yang diperintahnya.

Guru mursyid sebenarnya adalah jalan(thoriq)yang menghubungkan seseorang(penuntut@salik)kepada Allah SWT.Andaikata jika ada guru yang jelas mengkhianati muridnya dalam perkara harta benda dan pengajarannya atau suruhannya dan mempunyai kedudukan sebagai jalan(Thoriq)yang menghubong muridnya kepada Syaitan atau Neraka maka guru itu sudah tidak layak lagi menjadi guru maka perintahnya tidak perlu ditaati oleh sang murid malah lebih baik meninggalkannya untuk keselamatan agama dan moral dan daripada ancaman murka Allah dan azab Neraka.

Wabillahi taufiq walhifayah.
Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.