Pages

Ahad, 28 September 2014

AUWALUDDIN MAKRIFATULLAH

AUWALUDDIN MAKRIFATULLAH

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:"Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Didalam memahami firman Allah seperti ayat diatas kita perlu memahami akan maksud yang tersurat dan yang tersirat

1. Mengeluarkan anak-anak Adam dari tulang belakang mereka maksudnya didalam proses Allah ingin memperkenalkan diri dari perbendaharaannya yang tersembunyi (zatnya semata-mata), sampai kepada mertabat keempat didalam mertabat tujuh (iaitu pada alam bapa), Allah telah menyatakan dirinya didalam bentuk dan nama yang dipanggil sebagai anak Adam, lagi sekali Allah telah menerangkan kepada kita bahawa pada masa ini Allah telah pun memberi peringatan kepada anak adam itu (bahawa ada kamu itu bukanlah menunjukkan ada kamu sendiri tetapi sedarlah bahawa ada kamu itu sedang menerangkan adanya aku) didalam bentuk pertanyaan bukankah Aku ini tuhan kamu?

2. Maksud kepada soalan ini ialah fahamkah kamu bahawasanya segala sifat, nama dan perbuatan yang ternyata pada kamu itu bukan milik kamu sendiri tetapi sebenarnya segala sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada kamu itu hanyalah milik AKU (Allah),

3. Maka zuriat anak Adam memahami akan keadaan ini dan mengaku akan kebenaran ini dengan jawapan bahkan engkaulah tuhan kami. Dengan membawa maksud bahawa segala sifat, nama dan perbuatan yang ternyata pada zuriat Anak Adam itu adalah milik Allah sendiri, Anak Adam ini tidak memiliki apa-apa hanya sekadar menyatakan wujudnya Allah yang dipanggil sebagai tuhan..

Dalam perkara mengenal diri ini kita selalu menggunakan 4 ungkapan untuk menyelaraskan kefahaman mengikut tauhid yang sebenar iaitu

1. "Awal ugama mengenal Allah" tidak dikatakan seseorang itu berugama sebelum ia berpegang dengan iman, islam, tauhid dan makrifat... Maksud seseorang yang berugama ialah mereka-mereka yang sentiasa berpegang teguh kepada 4 perkara seperti yang tersebut iaitu iman, islam, tauhid dan makrifat....

Sebelum dapat berpegang dengan ugama (iman, islam tauhid dan makrifat seperti yang dikehendaki oleh Allah dan rasulnya "sesungguhnya agama yang diterima Allah hanyalah Islam" iaitu orang-orang yang sentiasa berserah diri kepada Allah (muhlisin)...

Tidaklah akan sempurna ugama seseorang jika belum lagi mengenal Allah kerana ada ungkapan yang kita wajib memahami dengan sebenar faham iaitu "Awal ugama mengenal Allah" ungkapan ini memberi makna kepada kita sebelum kita dapat menyerahkan diri (Islam) kepada Allah, terlebih dahulu kita wajib mengenal Allah. Jika kita tidak mengenal Allah, bagaimana kita nak berserah diri secara total kepada Allah (muhlisin)..

2. Dalam hal mengenal diri, ada pula ungkapan yang kita wajib memahami dengan sebenar-benar faham iaitu "barang siapa mengenal dirinya, kenallah akan tuhanNya, barang siapa mengenal tuhannya, binasalah jasadnya"

3. Disamping itu ada juga ungkapan yang selalu digunakan oleh pera 'Arifibillah dari dulu sehingga kehari ini iaitu "Mautu Khobla anta mautu -matikan diri kamu sebelum mati"

4. Untuk kesempurnaan faham kepada mengenal tuhan kita tidak boleh tinggal kepada ungkapan "Ariftu robbi bi robbi" Aku kenal tuhanku dengan tuhan ku supaya fahaman kita tidak bercampur dengan syirik yang tersembunyi, supaya tidak terlahir didalam fahaman dan pegangan kita bahawa diri kita yang mengenal Allah, kerana sebenarnya hanya Allah sahaja yang mengenal Allah.

Setelah dapat memahami dari segi ilmu yang sepatutnya difahami dengan sewajarnya dari bimbingan seseorang yang telah dapat menyelami segala makna ketiga-tiga ungkapan diatas melalui perjalanan kerohanian mereka...

Setiap seorang dari individu itu juga wajib menjalani perjalanan kerohanian mereka sendiri, setelah dapat menjalani perjalanan kerohanian dan dapat merasai sendiri seperti apa yang diperkatakan oleh ketiga tiga ungkapan itu secara terus tanpa ada lagi perbezaan diantara ucapan kita dengan pegangan kita..

Contoh kita kata "Laa ilaha illallah" Tiada Nyata hanya Allah , kita juga betul-betul dapat merasai keadaan Tiada Nyata hanya Allah pada badan diri sendiri dan pada sekalian alam ini..

Tidaklah sesuatu kebenaran itu ternyata kebenarannya selagi badan diri kita belum lagi dapat merasai sendiri akan keadaan itu..

Kepada para sahabat semua, laluillah sendiri jalan yang lurus yang telah tersedia ada pada setiap badan diri kita sendiri dan rasailah sendiri, itu adalah sebaik-baiknya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.