Pages

Ahad, 28 September 2014

UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID DAN MAKRIFATULLAH.


SALAH SATU JALAN DAN CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENCAPAI KEPADA IKTIQAD TAUHID DAN MAKRIFATULLAH.

Sememangnya Allah telah menjelaskan didalam firmannya 

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Penjelasannya untuk mencapai kepada iktiqad Tauhid dan makrifatullah, Allah telah menjelaskan bahawa didalam Al-Quran terdapat jalan dan pelbagai cara dan kaedahnya....

Salah satu daripada kaedahnya seperti fitman Allah...

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 41)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 42)

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

25.Surah Al-Furqān (Verse 58)

وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Allah telah menjelaskan didalam firmannya

57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ddalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya. Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..

BAGAIMANAKAH CARA NAK MENGAPLIKASIKAN AKAN FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Kedalam kehidupan seharian kita supaya dapat merasakan Yang Awal itu adalah Allah, Yang Akhir itu adalah Allah, Yang zahir itu adalah Allah dan Yanh batin itu adalah Allah...

Sekarang ini kita telah berada didunia ini, bolehkah kita merasa akan keberadaan diri kita sendiri..?

Jika boleh, cuba tenggelamkan rasa perasaan kita kedalam rasa kita sedang merasa keberadaan diri, tumpukan rasa perasaan kita kepada rasa ada itu dengan sebulat-bulat tumpuan.

Setelah rasa perasaan telah tertumpu sebulat-bulat tumpuan kepada rasa ada yang sedang dirasa itu, maka pada masa rasa perasaan sedang tertumpu kepada rasa ada yang sedang dirasa itu, sebutlah Allah sebanyak-banyaknya tanpa putus-putus...

Untuk mengetahui bagaimanakah iktiqad tauhid yang akan terhasil dari praktik sebegini, Lakukanlah praktikal ini secara istiqomah dan rasailah sendiri apa yang akan diberi rasa oleh Allah...

BIARLAH RASA YANG SEDANG TERASA ITU YANG MENCERITAKAN KEPADA RASA PERASAAN YANG SEDANG DIRASA ITU...

JANGAN PUTUSKAN ATAU ASINGKAN DIANTARA RASA YANG SEDANG DIRASA DENGAN SEPENUH TUMPUAN ITU DENGAN SENTIASA SEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA , BIAR BERJALAN SERENTAK TANPA PERLU DIFIKIR-FIKIRKAN.... 

BERJALAN SEIRING DIANTARA RASA YANG SEDANG DIRASA (contoh rasa ada), DENGAN SEBULAT TUMPUAN KEPADA RASA ITU DENGAN MENYEBUT-NYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA TANPA HENTI...

RASALAH ADA SIFAT ASMA' DAN AFA'AL ALLAH YANG SEDANG DIRASA DAN TUMPUKAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA APA YANG SEDANG DIRASA SEKARANG INI, DIDALAM MASA YANG SAMA LAKUKAN PENGAKUAN YANG ADA, SIFAT, ASMA', DAN PERBUATAN YANG SEDANG DIRASA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN ITU ADALAH ADA, SIFAT, ASMA' DAN AFA'AL ALLAH DENGAN HANYA MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..

PRAKTIKAL SEPERTI DIATAS ADALAH BERDASARKAN KEPADA FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.