FANAFILLAH DAN BAQO'BILLAH
Fana'fillah - binasa selain daripada Allah - hasil dari menafikan segala sifat ketuhanan kepada selain daripada Allah.
Baqobillah - kekal Allah semata-mata - hasil mengisbatkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada Allah...
Huraian diatas berdasarkan kepada ilmu. Menampakkan fana'fillah dan boqo'billah adalah dua hal yang berasingan diantara satu sama lain..
Manakala hasil daripada praktikal kedua-dua hal iaitu fanafillah dan baqobillah terhasil melalui satu perlakuan sahaja iaitu dengan mengadakan pengakuan yang segala sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat Allah sendiri..
Dengan mengaku segala sifat yang wajib bagi Allah yang sedang dirasai oleh rasa perasaan itu adalah sifat Allah secara automatik berlaku penafian bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah dan sedang mengaku iaitu merasai dengan rasa perasaan bahawa segala sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat Allah sendiri bermakna kita sedang mengisbatkan sifat yang wajib bagi Allah kepada Allah sendiri...
MENGAKU ATAU SEDANG MERASAI SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH ADALAH SIFAT ALLAH MEMBAWA MAKNA SEDANG MENAFIKAN SEGALA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI DAN SELAIN DARI ALLAH DAN DIDALAM MASA YANG SAMA SEDANG MENGISBATKAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH KEPADA ALLAH...
INI ADALAH HURAIAN HASIL DARIPADA PRAKTIKAL...
CARA PERLAKSANAAN PENGAKUAN MENGIKUT FIRMAN ALLAH
33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 41)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 42)
وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
25.Surah Al-Furqān (Verse 58)
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا
Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya;
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
SEBUTLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA SAMBIL RASA PERASAAN SEDANG MERASAI SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN..
CONTOH:-
SEBUTLAH ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA SAMBIL RASA PERASAAN SEDANG MERASAI ADA ALLAH DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN....
DARI SEGI HURAIAN KITA PERLU MENGAKU YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH...
DARI SEGI SEMASA MELAKUKAN PRAKTIKAL PENGAKUAN YANG ALLAH ITU ADALAH ALLAH AKAN BERLAKU DENGAN SENDIRI APABILA MELAKSANAKAN DENGAN CARA TANG TERTENTU....
FIRMAN ALLAH
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ALLAH TELAH MENEGASKAN TERDAPAT PELBAGAI CARA YANG BOLEH DIJALANKAN DAN SUDAHPUN TERMAKTUB DIDALAM AL-QURAN...
IKUT DAN BAWALAH MANA-MANA CARA, JANGAN TAKSUB DENGAN CARA YANG KITA LAKUKAN SAHAJA.
MAKSUDNYA BERANGGAPAN HANYA DENGAN CARA YANG KITA SENDIRI LAKSANAKAN SAHAJA YANG BENAR, CARA ORANG LAIN TIDAK BENAR...
LAKUKANLAH PRAKTIKAL MELALUI MANA-MANA CARA YANG SEDIA TERMAKTUB DIDALAM AL-QURAN..
MUDAH-MUDAHAN ALLAH AKAN MEMBUKA HIDAYAH DAN PETUNJUK SEHINGGA SAMPAI KEPADA ALLAH YANG MERASAKAN ADA ALLAH
"HANYA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH"..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.