Ilmu Itu, Adalah Allah
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Perkataan “ilmu” itu, selalunya kita katakan dimiliki oleh Allah, hak Allah atau kepunyaan Allah. Inilah yang selalu diperdengarkan kepada kita.
Setelah kita belajar sifat 20, tahu dan fahamlah kita bahawa, ilmu itu sendiri, sebenarnya adalah sifat Allah (ilmu itu sendiri, adalah Allah). Qudrat (kuasa) itu, adalah Allah. Iradat (berkehendak) itu, adalah Allah. Samak (mendengar), basar (melihat), kalam (bertutur), hayat (hidup) dan “ilmu” itu, adalah sifat Allah. Bilamana ianya bersifat dengan sifat Allah, bermakna itulah Allah!.
Qudrat itu Allah, iradat itu Allah, sama’ itu Allah, basar itu Allah, kalam itu Allah, hayat itu Allah dan “ilmu” itupun juga tidak lain selain Allah. Bilamana kita menyebut ilmu Allah, bererti kita telah menyebut Allah dua kali ( bererti kita menyebut Allah dan Allah) sebut Allah dua kali.
Kita selalu mendengar ceramah yang mengatakan, barang siapa yang mendirikan solat dengan tidak ingat kepada Allah itu, adalah solat yang sesat lagi menyesatkan. Sembahyang (solat) yang tidak ada ilmu itu, adalah bererti sembahyang dengan tidak ada Allah. Sembahyang yang tidak ada Allah itu, adalah solat yang sesat lagi menyesatkan.
Solat yang tidak ada ilmu itu, ertinya solat yang tidak ada Allah, sesungguhnya ilmu itu sendiri, adalah Allah.
Marilah kita sama-sama bersolat dengan ilmu (bersolat dengan Allah). Solat dengan Allah itu, barulah solat yang sebenar-benar solat dan solat yang sebenar-benar diterima Allah. Persoalannya disini, bagaimanakah hendak bersolat dengan Allah atau bagaimanakah hendak bersolat dengan ingat kepada Allah?, jika kita tidak mengenal Allah!.
Siapakah yang mengenal Allah?, yang mengenal Allah itu, adalah yang nampak Allah. Persoalannya disini, siapakah yang nampak Allah, adapun yang nampak Allah itu, adalah yang melihat!. Yang bersifat melihat itu, adalah Allah sendiri. Allah sahajalah yang melihat Allah, Allah sahajalah yang nampak Allah dan Allah sahajalah yang mengenal Allah.
Umat Muhamad diakhir zaman itu, banyak dan sakannya adalah seumpama buih dilautan, namun bilamana dipukul ombak, maka akan hilanglah ia. Ini mengambarkan kepada kita bahawa umat dizaman ini, adalah umat yang mudah rapuh, mudah tergelincir, mudah terpesong, mudah terpengaruh, mudah berubah dan tidak tetap pendirian dalam beragama.
Sekejap ingat dan sekejap lupa, kepada Allah. Bilamana terkena musibah, baru hendak ingat kepada Allah, bilamana senang sedikit, kita mudah lupa kepada Allah. Bilamana terkena cubaan atau dugaan, mulalah hati kita goncang dan tidak percaya (tidak yakin) kepada ketetapan Allah (mulalah menyalahkan takdir dan menyalahkan Allah). Inilah orang yang tidak ada ilmu (tidak ada Allah).
Umat seumpama ini, adalah umat yang seumpama buih dilautan. Sebegitu banyaknya buih dilautan, malahan lebih banyak lagi umat Muhamat tetapi sungguhpun banyak tidak ramai yang kekal ingat dan kekal percaya kepada Allah. Sebab apa dan kerana apa jadi begitu?, sebabnya adalah kerana tidak ada ilmu (tidak ada Allah). Tidak ada ilmu (tidak ada Allah) didalam ingatannya.
Umat Muhamad diakhir zaman ini, adalah umat yang rapuh ingatannya kepada Allah, seumpama rapuhnya buih dilautan, sebegitulah rapuhnya ingatan kepada Allah. Sebab apa rapun?, sebabnya rapuh adalah tidak ada ilmu (tidak ada Allah).
Cukuplah dulu santapan rohani dari air tangan hj shaari (sarapan pagi hj Shaari). Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.