Pages

Memaparkan catatan dengan label sifat 20. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sifat 20. Papar semua catatan

Rabu, 1 Mac 2017

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20

Allah memudahkan kita untuk mengenali Sifat / Asma’ & Af’alNya kerana Allah menghuraikannya didalam Al-Quran.

Allah juga berfirman bahawa cara termudah untuk mengenaliNya ialah dengan melihat dan mengenali RAHSIANYA yaitu DIRI KITA sendiri.

Nabi pula bersabda : Sesiapa yang mengenali dirinya pasti mengenal Tuhannya. Ini adalah kerana Allah telah mengistiharkan bahawa makhluk yang paling sempurna yang telah diciptaNya ialah manusia itu sendiri. Maksudnya kita sebagai manusia lebih sempurna daripada Malaikat apatah lagi Iblis.

Jadi kenapakah kita tidak mengakui akan kebenaran Kalam Allah dan kebenaran Sabda Nabi kita dan memilih untuk percaya pula kepada kata kata ulamak zaman ini yang mengatakan Ilmu Mengenal Diri itu sesat dan menyesatkan. Tanpa mengkaji dan berfikir orang memilih untuk mengikut sahaja.

Soal MENGENAL DIRI SENDIRI bukanlah soal yang mudah dan boleh dipermudahkan.

Apakah yang dikatakan sebagai DIRI itu ? Adakah ianya jasad kita atau nyawa kita atau kedua-duanya sekali atau DIRI itu perkara lain yang tiada kaitan dengan jasmani atau nyawa kita ?

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20

Dalam kebingungan ini , disini dikatakan bahawa asas utama untuk mengenal apakah yang dikatakan DIRI itu ialah mendalami Sifat 20 Yang Wajib bagi Allah dan meneliti kaitan atau hubungan Sifat 20 ini dengan yang dikatakan DIRI kita itu.

Sifat 20 ialah Sifat Sifat Allah yang wajib kita tahu dan faham. Sementara itu jangan pula kita beranggapan bahawa Sifat Sifat Allah itu cuma ada 20 sahaja.

Mahasuci Allah dari kekurangan itu sedangkan kita manusia diciptaNya melebehi 20 sifat. Mengikut Ibnu Arabi tiap tiap satu objek adalah Sifat Sifat Allah. Yang demikian Sifat Sifat Allah itu tidak terkira banyaknya.

Orang orang yang mengkaji Sifat 20 dan berupaya mangaitkan Sifat Sifat itu dengan dirinya akan mudah Mengenal Allah dan RasulNya dan memahami apa yang dikatakan DIRInya itu.

Seterusnya dia memahami akan Firman Allah melalui Hadith Qudsi yang manyatakan bahawa manusia itu adalah Rahsia Allah dan Allah sendirilah yang menjadi RahsiaNya.

MENGENAL RASUL

Disini dikatakan bahawa yang dikatakan DIRI SENDIRI itulah RASUL atau PENYAMPAI yang diamanahkan oleh Allah.

Rasul ini wujud bersama kita setiap detik & ketika selagi kita masih bernafas. Dialah yang dikatakan RAHSIANYA & AMANAHNYA.

Tugas Rasul ialah menyampaikan amanah yaitu Hak Allah kepada yang diamanahkan kepada Rasul itu dan tugas yang menerima amanah pula ialah MEMULANGKAN amanah ( yang dikatakan hak allah itu ) kepada Yang Empunya Amanah yaitu Zat Wajibul Wujud itu sendiri.

Mengenal Rasul adalah lebih mudah berbanding Mengenal Allah. Ini adalah kerana Rasul itu manusia.

Perbezaan Rasul dengan manusia biasa ialah Rasul itu terpelihara sifatnya oleh Allah yaitu dijamin bersifat SIDDIQ / TABLIQ / AMANAH & FATONAH.

Namun begitu Rasul Zahir yang terakhir telah wafat. Pada hakikatnya tiada saorang pun manusia yang ada didunia sekarang ini berupaya menggambarkan manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah itu dengan tepat.

Yang demikian apa yang perlu kita kenal sekarang ini ialah RASUL DIRI KITA SENDIRI yang oleh Arif dirujuk sebagai Muhammad Mustaffa Rasul Allah.

Rasul ini juga disebut sebgai RASUL BATIN dan disebut juga sebagai RUH atau NYAWA.

Selasa, 31 Januari 2017

Sifat 20 Bagi Allah SWT

دَاهِمْ بِنْ جَلَالْ:
Sifat 20 Bagi Allah SWT

Pengertian Sifat-sifat Allah

Sifat-sifat Allah adalah sifat sempurna yang tidak terhingga bagi Allah. Sifat-sifat Allah yang wajib bagi setiap Muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah.

Maka, wajib juga dipercayai akan sifat Allah yang 20 dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah.

Sifat yang mustahil bagi Allah adalah merupakan lawan kepada sifat wajib bagi Allah.

Ilmu Tauhid

Adapun Mubadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara:

1. Nama ilmu ini yaitu ilmu Tauhid, ilmu Kalam, ilmu Sifat, ilmu Ussuluddin, ilmu ‘Aqidul Iman

2. Tempat ambilannya : yaitu diterbitkan daripada Qur’an dan Hadits

3. Kandungannya yaitu mengandung pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan kepercayaan kepada Tuhan dan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh I’tikad yang yakin (kepercayaan yang putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana kepercayaan itu.

4. Tempat bahasannya atau Maudu’nya kepada empat tempat:

Pada Zat Allah Ta’ala dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil padaNya dan sifat-sifat yang harus padaNya.

Pada zat rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib padanya, sifat-sifat yang mustahil padanya dan sifat-sifat yang harus padanya

Pada segala kejadian dari segi jirim dan jisim dan aradh sekira-kira keadaannya itu jadi petunjuknya dan dalil bagi wujud yang menjadikan dia

Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran rasul-rasul Allah seperti hal-hal surga dan neraka dan hari kiamat

5. Faedah ilmu ini yaitu dapat mengenal Tuhan dan percaya akan rasul dan mendapat kebahagian hidup didunia dan hidup di akhirat yang kekal.

6. Nisbah ilmu ini dengan lain-lain ilmu, yaitu ilmu ini ialah ilmu yang terbangsa kepada agama Islam dan yang paling utama sekali dalam agama Islam.

7. Orang yang menghantarkan ilmu ini atau mengeluarkannya yaitu, yang pertama mereka yang menghantarkan titisan ilmu tauhid dengan mendirikan dalilnya untuk menolak perkataan meraka yang menyalahi ialah dari pada ulama-ulama yang mashur yaitu Imam Abu Al hasan Al Asy’ari dan Imam Abu Mansur At Maturidi tetapi mereka pertama yang menerima ilmu tauhid daripada Allah Ta’ala ialah nabi Adam alaihissalam, dan yang akhir sekali Nabi Muhammad SAW.

8. Hukumnya, yaitu fardhu ‘ain bagi tiap-tiap orang yang mukallaf laki-laki atau perempuan mengetahui sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus pada Allah Ta’ala dengan jalan Ijmal atau ringkasan begitu juga bagi rasul-rasul Allah dan dengan jalan tafsil atau uraian

9. Kelebihannya yaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu yang lain-lain, karena menurut haditsnya nabi:

Inallahata’ala lam yafrid syai’an afdola minattauhid wasshalati walaukana syai’an afdola mintu laf tarodohu ‘ala malaikatihi minhum raakitu wa minhum sajidu.

Artinya, Tuhan tidak memfardukan sesuatu yang terlebih afdhol daripada mengEsakan Tuhan. Jika ada sesuatu terlebih afdhol daripadanya niscaya tetaplah telah difardhukan kepada malaikatnya padahal setengah daripada malaikatnya itu ada yang ruku’ selamanya dan setengah ada yang sujud selamanya dan juga ilmu tauhid ini jadi asal bagi segala ilmu yang lain yang wajib diketahui dan lagi karena mulia , yaitu Zat Tuhan dan rasul dan dari itu maka jadilah maudu’nya semulia-mulia ilmu dalam agama Islam.

10. Kesudahan ilmu ini yaitu dapat membedakan antara I’tikad dan kepercayaan syah dengan yang batil dan dapat pula membedakan antara yang menjadikan dengan yang dijadikan atau antara yang Qadim dengan yang muhadasNya
 

Ilmu Tauhid

Adapun pendahuluan masuk pada menjalankan ilmu tauhid itu berhimpun atas tiga perkara:

1. Khawas yang lima yaitu, Pendengar, Penglihat, Pencium, Perasa lidah dan Penjabat

2. Khabar Mutawatir, yaitu khabar yang turun menurun. Adapun khabar mutawatir itu dua bahagi:

a. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah orang banyak

b. Khabar Mutawatir yang datang daripada lidah rasul-rasul

 

3. Kandungannya yaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahas ketetapan pegangan kepercayaan kepada Tuhan dan kepada rasul-rasulNya, daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh I’tikad yang yakin (kepercayaan yang putus/Jazam sekira-kira menaikkan perasaan/Zauk untuk beramal menurut bagaimana kepercayaan itu.
 

Akal

Adapun ‘Akal itu terbahagi kepada dua :

1. ‘Akal Nazori, yaitu akal yang berkehendak kepada fikir dan keterangan.

2. ‘Akal Doruri, yaitu akal yang tiada berkehendak kepada fikir dan keterangan.

Adapun Hukum ‘Akal itu tiga bahagi:

1. Wajib ‘Akal, yaitu barang yang tiada diterima oleh akal akan tiadanya maka wajib adanya (Zat, Sifat dan Af’al Allah)

2. Mustahil ‘Akal, yaitu barang yang tiada diterima oleh akal akan adanya maka mustahil adanya (Segala kebalikan daripada sifat yang wajib, sekutu)

3. Harus ‘Akal, yaitu barang yang diterima oleh akal akan adanya atau tiadanya (Alam dan segala isinya yang baharu/diciptakan)
 

Mumkinun (Baharu Alam)

Adapun yang wajib bagi ‘Alam mengandung empat perkara:

1. Jirim, yaitu barang yang beku bersamaan luar dan dalam seperti, batu, kayu, besi dan tembaga

2. Jisim, yaitu barang yang hidup memakai nyawa tiada bersamaan luar dalam seperti manusia dan binatang

3. Jauhar Farad, barang yang tiada boleh dibelah-belah atau dibagi-bagi seperti asap, abu dan kuman yang halus-halus

4. Jauhar Latief, yaitu Jisim yang halus seperti ruh, malaikat, jin, syaiton dan nur

Wajib bagi Jirim, Jisim, Jauhar Farad dan Jauhar Latief bersifat dengan empat sifat:

1. Tempat, maka wajib baginya memakai tempat seperti kiri atau kanan, atas atau bawah, hadapan atau belakang

2. Jihat, maka wajib baginya memakai jihat seperti utara atau selatan, barat atau timur, jauh atau dekat

3. Berhimpun atau bercerai

4. Memakai ‘arad, yaitu gerak atau diam, besar atau kecil, panjang atau pendek dan memakai rasa seperti manis atau masam, masam atau tawar dan memakai warna-warna seperti hitam atau putih, merah atau hijau dan memakai bau-bauan seperti harum atau busuk
 

Hukum Adat Thobi’at

Adapun yang wajib bagi hukum adat Thobi’at yang dilakukan didalam dunia ini sahaja, seperti makan, apabila makan maka wajib kenyang sekedar yang dimakan begitu juga api apabila bersentuh dengan kayu yang kering maka wajib terbakar, dan pada benda yang tajam yang apabila dipotongkan maka wajib putus atau luka.

Dan begitu juga pada air apabila diminum maka wajib hilang dahaga sekedar yang diminum. Adapun yang mustahil pada adat Thobi’at itu tiada sekali-kali seperti makan tiada kenyang, minum tiada hilang dahaga, dipotong dengan benda yang tajam tiada putus atau luka dan dimasukkan didalam api tiada terbakar.

Akan tetapi yang mustahil pada adat itu sudah berlaku pada nabi Ibrahim as di dalam api tiada terbakar dan pada nabi Isma’il as dipotong dengan pisau yang tajam tiada putus atau luka .

Adapun yang mustahil pada adat itu jika berlaku pada rasul-rasul dinamakan Mu’jizat, jika berlaku pada nabi-nabi dinamakan Irhas, jika pada wali-wali dinamakan Karamah, dan jika pada orang yang ta’at dinamakan Ma’unah dan jika berlaku pada orang kafir atau orang fasik yaitu ada empat macam:

1. dinamakan Istidraj pada Johirnya bagus dan hakikat menyalahi

2. dinamakan Kahanah iaitu pada tukang tenung

3. dinamakan Sa’uzah iaitu pada tukang sulap mata

4. dinamakan Sihir iaitu pada tukang sihir

Sifat-Sifat yang wajib bagi ‘akal tentang keTuhanan:

-Sifat Nafsiyah

-Sifat Salbiyah

-Sifat Ma’ani

-Sifat Ma’nawiyah

lalu dibahagi menjadi dua bahagi:

-Sifat Istighna (28 Aqa’id)

-Sifat Iftikhor (22 Aqa’id)

yang menghasilkan faham hakikat nafi mengandung isbat, isbat mengandung nafi (50 Aqa’id), lalu berlanjut pada huraian Sifat-sifat bagi Rasul, ditambah empat perkara rukun iman (18 Aqa’id), menghasilkan penjelasan aqa’idul iman yang 5 (lima jenis), aqa’idul iman 50, aqa’idul iman 60, aqa’idul iman 64, aqa’idul iman 66 dan aqa’idul iman 68.

Baharulah disimpulkan menjadi 4 rukun Syahadat dan adab-adabnya, serta menjelaskan penjelasan zikir, serta makna asma ALLAH

MA’RIFAT

Adapun

hakikat Ma’rifat itu berhimpun atas tiga perkara:

1. ‘Itikad Jazam, yaitu ‘Itikad yang putus tiada syak, dzon dan waham

2. Muwafikulilhaq, yaitu Muafakat dengan yang sebenarnya mengikut Al Qur’an dan Hadits

3. Mu’addalil yaitu beserta dalil

Adapun Dalil itu dua bahagi:

1. Dalil naqal (naqli), yaitu Al Qur’an dan Hadits.

2. Dalil aqal (aqli), yaitu aqal kita

Adapun dalil wujud Allah Ta’ala pada orang awam yaitu Baharu alam seperti firman Allah Ta’ala dalam Al Qur’an : Allahu khaliqu kullu syai’in, artinya: Allah Ta’ala yang menjadikan tiap-tiap sesuatu

Adapun Hakikat Ma’rifat orang yang Khawas :

1. ‘Itikat jazam, tiada syak, dzon dan waham

2. Muwafakat ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan Ilham Ilahi

3. Dalil pada dirinya, seperti firman Allah Ta’ala dalam Al Qur’an: wa fii amfusikum afala tubsiruun, artinya: pada diri kamu tiadakah kamu lihat, dan juga Hadits Rasullullah, Man arofa nafsahu faqod arofa Robbahu, artinya barang siapa mengenal dirinya bahwasanya mengenal Tuhannya.

Adapun Hakikat Ma’rifat orang yang Khawasul khawas:

1. I’tikad jazam, tiada sak, dzon dan waham

2. Muwafakat Ilmunya, aqalnya dan hatinya dengan jalan kasaf Ilahi terkaya ia daripada dalil yakni tiada berkehendak lagi kepada dalil (Akal dhoruri) terus ia ma’rifat kepada Allah Ta’ala.

Adapun Ma’rifat itu tiga martabat:

1. Ilmul yaqin, yaitu segala Ulama

2. ‘Ainul yaqin, yaitu segala Aulia

3. Haqqul yaqin, yaitu segala Anbiya

Info di atas sebagai info tambahan untuk kuliah ilmu aqidah. Semoga bermanfaat. Amin

Dipanjangkan oleh
Alfaqiru ila rahmatillah
Dahim bin Jalal al-Jawiy

Khamis, 12 Januari 2017

MENGAPA PERLU BELAJAR SIFAT 20.

MENGAPA PERLU BELAJAR SIFAT 20.

Ada sebahagian org yg menentang pengajian Sifat 20 sedangkan ianya telah dipelajari sejak berpuluh tahun bahkan beratus tahun oleh Umat Islam. Mereka yg menentang pengajian tersebut dgn pelbagai alasan yg sgt lemah. Mereka mengikuti hawa nafsu, dan bertaklid buta dgn org yg juga tidak mempelajari Ilmu Sifat 20. Malah mereka inilah pula yg menyesatkan Sifat 20.

Sebahagian dari alasan mereka yg menentang Sifat 20 adalah sebagai berikut :

1 - Pengajian Sifat 20 melahirkan org2 yg berakidah lemah, sebab diambil dari falsafah Yunani.

Kita jawab:

Hal ini merupakan fitnah yg besar. Kegoncangan dan kelemahan aqidah generasi zaman skrg adalah kerana mereka tidak belajar aqidah yg sebenarnya termasuk di dlmnya sifat 20. Kalau kita lihat realiti yg ada, bahkan ilmu Sifat 20 inilah yg telah menyelamatkan Umat Islam di Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, negeri Fatani (Selatan Thailand) dari usaha pemurtadan penjajah2 asing.

Negara2 ini telah dijajah oleh penjajah2 kafir yg ingin meluaskan kekuasaan dan agama mereka, tetapi Umat Islam di Nusantara tetap berpegang dgn aqidah mereka. Barang diingat pengajian Tauhid yg tiga serangkai belum berkembang di Nusantara ketika itu. Jadi Tauhid apakah yg menjaga umat dari bahaya Murtad? Sudah tentulah jawapannya ialah Tauhid Sifat Dua Puluh.

2 - Aqidah Tauhid Sifat 20 merupakan sesuatu yg sgt berat dikaji dan menyusahkan Org Islam, sehingga ada tuduhan yg menyebut Makcik2 (Ibu2) di Langkawi yg tak laksanakan Solat Tujuh Puluh Tahun lamanya kerana tak faham Sifat 20, sebab Gurunya kata kalau tak hafal Sifat Dua Puluh, Solat tak Sah.

Kita jawab : Sifat Dua Puluh merupakan sistem pengenalan terhadap Allah s.w.t yg sgt mudah sekali, kerana menghafalnya lebih mudah dari menghafal Al-Qur`an. Para Sahabat Rasul telah mengafal Al-Qur`an, jadi di dlm al-Qur`an sendiri telah disebut sifat2 Allah, dgn makna lain mereka telah menghafal sifat2 Allah melalui Al-Qur`an. Jadi jika Umat Islam disuruh utk mengahafal Sifat 20 dgn dalil Naql (al-Qur`an dan Hadis) dan akal, itu lebih mudah dari menghafal seluruh Al-Qur`an.

Sifat2 Allah terlalu bnyk sekali, baik disebutkan di dlm Al-Qur`an mahupun di dlm Hadis Rasul. Jadi jika Umat Islam disuruh menghafal seluruh sifat2 yg ada, ini merupakan sesuatu yg memberatkan bagi Umat Islam. Sedangkan pengajian Sifat Dua Puluh memudahkan Umat Islam dgn menyebutkan sifat2 yg paling berpengaruh dari seluruh sifat2 yg lainnya.

Jika Sifat 20 ini tidak ada, maka sifat2 yg lain pun tidak akan ada pula, sebab itulah sifat2 Allah yg lain itu tergantung kepada Sifat 20, dgn makna jika sifat wujud Allah tidak ada maka sifat pengampun, pemurah, penyayang dan lain2nya juga tidak ada. Jika sifat Qidam Allah tidak ada maka sifat menciptakan, memberi, kuat dan lain2nya juga tidak akan ada.

Sebab itulah Sifat Dua Puluh ini sgt perlu dipelajari, kerana ia terdiri dari inti sari aqidah yg terdapat di dlm Al-Qur`an dan Al-Hadis.

Adapun cerita kononnya ada seorang Perempuan tidak Solat selama tujuh puluh tahun disebabkan tidak hafal Sifat 20, maka ini cerita yg diragui dan sengaja diada2 kan.

Allah berfirman yg ertinya : Jika dtg kepada kamu org fasik yg membawa kabar hendaklah diteliti dulu.

Maksudnya cerita yg dibawa oleh org tersebut perlu diteliti benar tidaknya. Dari sebanyak pengalaman dan pengetahuan saya tidak pernah ada org tinggalkan Solat disebabkan mempelajari Sifat 20, alasan di atas adalah cerita yg berlebihan. Jika mahu bercerita, ceritalah perkara yg masuk akal dan yg benar, sebab lidah itu akan disoalkan oleh Allah di hari Akhirat kelak.

Saya akan sebutkan sebahagian Pusat Pendidian yg menjadikan Pengajian Sifat 20 sebagai dasar di dlm Ilmu Tauhid mereka.

1 - Al-Azhar asy-Syarif Mesir: Dari peringkat Menengah, atas dan perkuliyahan, Sifat Dua Puluh dipelajari di Lembaga Pendidikan yg tertua ini, mengeluarkan setiap tahunnya ribuan Pelajar dan Mahasiswa, tetapi mereka tetap Solat walaupun mengaji Sifat 20.

2 - Madrasah Solatiyah: Merupakan Pusat Pengajian yg pertama sekali dibina di Makkah menjadikan dasar pengajiannya Sifat 20, mereka semua Solat dgn bagus walapun mengaji Sifat 20.

3 - Madrasah Mustafawiyah Purba Baru Mandailing Sumatra Utara: Merupakan Pusat Pendidikan yg sgt terkenal di Indonesia, mengeluarkan setiap tahun, lebih dari tujuh ratusan Pelajar, mereka semua Solat walaupun mempelajari Sifat 20 sama ada yg sudah hafal atau belum.

Pusat Pengajian diLirboyo Kediri, Pusat Pengajian diTebu Ireng, Pondok Lubuk Tapah (Malaysia), Pondok Bakriyyah (Pasir Putih)dan bnyk lagi Pondok dan Pusat Pengajian yg mempelajari Ilmu Sifat 20 di Nusantara.

Bahkan, mereka yg mempelajari sistem Tauhid Tiga Serangkai (versi Wahabi ) kebanyakannya mudah terjerumus kepada Aqidah Mujassimah yg menyerupa kan Allah dgn MakhlukNya. Sebab itulah Wahabi bersusah payah utk menghapuskan Tauhid Sifat 20. Selama masih ada di bumi ini org yg mempelajari Ilmu Tauhid Sifat 20, selama itulah Wahabi akan mengakui diri mereka Salafi iaitu golongan Mujassimah Musyabbihah.

3 - Sifat 20 tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat yg mulia, tetapi ada setelah abad2 yg terkemudian dari itu.

Kita jawab: Tidak adanya Sifat 20 pada Zaman Rasul dan Sahabat, bukanlah sebagai dalil utk menolak pengajian Sifat 20, sebab isi dan kandungan Sifat 20 sudah pun ada pada Xaman Nabi dan Sahabat, misalnya sifat Wujud Allah, Qidam, Baqa, Mukhalafatu Lil Hawadis, Qiyamuhu Binafsih, Wahdaniyyah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayah, Kalam adalah sifat2 yg dikenali oleh Nabi dan Para Sahabatnya.

Barangsiapa yg mengingkari bahwa Nabi mengetahui sifat2 ini berarti Aqidahnya telah jauh dari Aqidah Islam. Bagaimana boleh Nabi mengingkari wujudnya Allah, ilmunya Allah, Baqa`nya Allah, Kalamnya Allah, sifat2 ini telah termuat di dalam al-Qur`an dan Hadis Nabi.

Seperti Rukun shalat, Nabi tidak pernah katakan berapa Rukun Solat, berapa Sunnah2 Solat, berapa syarat2 Solat, tetapi melalui Al-Qur`an dan Hadis para Ulama telah menyimpulkan dan menetapkan rukun2 Solat dari mulai berdiri sampai salam, apakah perbuatan Ulama2 tersebut suatu yg bid`ah? Hal seperti ini tidak bid`ah karena isi dan kandungannya dari Al-Qur`an dan As-Sunnah.
Saya akan bariskan seluruh sifat yg telah Ulama sebutkan sebagai sifat yg paling penting yg Allah miliki. Ibaratnya jika Allah tidak bersifat seperti itu maka Allah tidak layak menjadi Tuhan, tetapi karena dalil naqli dan akal telah menyebutkan Allah bersifat dgn 20 sifat maka sahlah Allah sebagai Tuhan yg disembah.

Berikut adalah beberapa sifat yg sgt penting:

1 - Wujud:
Sifat Wujud ini mesti ada pada Tuhan yg disembah. Jika tidak ada maka dia tidak berhak dianggap Tuhan, sementara dalil yg di petik dari al-Qur`an adalah :
أفرءيتم ما تمنون ( 58 ) وأنتم تخلقونه أم نحن الخالقون ( 59 ) نحن قدرنا بينكم الموت وما نحن بمسبوقين ( 60 ).الواقعة 58-60

Artinya : Tidakkah kamu memikirkan keadaan Air Mani yg kamu pancarkan (ke dalam rahim)? ( 58 ) Adakah kamu yg menciptakannya atau kami yg menciptakannya? ( 59 ) Kamilah yg menentukan Kematian di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan ( 60 ).

2 - Qidam:
Allah s.w.t bersifat Qidam yg maksudnya wujud Allah s.w.t tidak didahului oleh tiada, jika sesuatu didahului oleh tiada maka sesuatu itu tidak boleh dianggap sebagai Tuhan.

Dalilnya :هو الأول وهو الآخر

Artinya : Dia-lah yg awal dan yg akhir ( al-Hadid 3 ).

Sifat ini bnyk dikritik oleh golongan Wahabi. Mereka menganggap bahwa Qidam bukan sifat Allah karena tidak terdapat di dlm Al-Qur`an.

Tidak semestinya jika Al-Qur`an tidak menggunakannya unk sifat Allah berarti tidak boleh digunakan. Selagi maksud sifat itu terdapat di dlm Al-Qur`an dan telah menjadi istilah yg diterima oleh Ulama maka sifat itu boleh digunakan, sebab Imam Abu Hanifah, Imam Tohawi dan lain2 nya juga menggunakan kalimat sebagai sifat Tuhan.

Sifat Qidam juga telah diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, Imam al-Hakim di dlm Mustadrak.  Juga terdapat di dlm Sunan Abu Daud.

3 - Baqa':
Wajib bagi Allah bersifat Baqa` yg bererti tetap tidak diakhiri dgn kematian, Allah berfirman

ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام

Artinya : Dan kekallah Zat Tuhanmu yg memiliki kebesaran dan kemuliaan. (ar-Rahman 27)

4 - Mukholafatuhu Lilhawadis:
                    - مخالفة للحوادث
Sifat ini merupakan sifat yg paling penting utk difahami. Ia bererti bahwa segala sifat, perbuatan, dan prilaku yg baharu tidak boleh disamakan kepada Zat, sifat, dan perbuatan Allah. Barang siapa yg mengingkari sifat ini maka dia telah terkeluar dari Agama Islam. Jadi Allah tidak sama dgn makhlukNya.

Firman Allah : ليس كمثله شيئ وهو السميع البصير

Artinya : Tiada sesuatu pun yg sebanding (serupa) dgn (Zat, sifat, perbuatan)Nya dan Dia-lah yg Maha Mendengar dan Maha Melihat (as-Syura 11 ).

Selanjutnya seluruh sifat yg Ulama2 Asy-Sya`irah telah kemukaan di dlm Ilmu Sifat 20 memiliki dalil2 yg jelas di dlm Al-Qur`an.

4 - Sifat Allah tidak hanya 20 kenapa mesti dibatasi?

Kita jawab : Asya`irah ketika membincang Sifat  20 TIDAK PERNAH membataskan sifat2 Allah, bahkan mereka mengakui sifat Allah itu bnyk. Setiap sifat yg sempurana dan mulia itu adalah sifat Allah. Org yg mengatakan Asya`irah hanya mengajar 20 sifat saja membuktikan dia tidak pernah membaca buku2 Aqidah aliran Ahlus Sunnah Asya`irah. Cuba lihat sebahagian kitab Asya`irah:

a - Matan As-Sanusiyyah:
Kitab ini dikarang oleh Imam Abu Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Yusuf As-Sanusi yg meninggal dunia tahun 895 hijriyah, kitab ini merupakan kitab yg paling penting di kalangan Asya`irah, telah mendapat perhatian khusus dari kalangan Ulama dan Pelajar Agama, sehingga menjadi rujukkan Aqidah bagi Asya`irah sedunia.

Di dalamnya menyebutkan:

فمما يجب لمولانا جل وعز عشرون صفة
Artinya : Sebahagian sifat yg wajib bagi Allah yg Mulia dan Tinggi adalah 20 sifat (Matan Sanusia beserta Hasyiahnya Imam Bajuri:16 , terbitan Musthafa Halabi, 1374 - 1955).

b - ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi

فمما يجب لله تعالى عشرون صفة واجبة

Artinya: Dan sebahagian dari sifat yg wajib bagi Allah adalah 20 sifat yg wajib (ad-Duru al-Farid Fi Aqa`idi Ahli Tauhid karangan Imam Ahmad bin Sayyid Abdurrahman an-Nahrawi beserta Syarahnya Fathu al-Majid karangan Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar Al-Banteni: 5, terbitan Musthafa al-Halabi cetakan terakhir (1373 -1954).

Perlu diketahui bahwa lafaz ( من ) pada kalimat ini bermaksud ( لتبعيض ) ertinya menunjukkan sebahagian saja, dgn begitu sifat Allah bnyk sekali, segala sifat yg patut, layak, dan mulia adalah sifat Allah, tetapi di antara sifat2 itu 20 sifat yg sgt perlu sekali diketahui secara terperinci.

Bicara Tasawuf.

Isnin, 17 Ogos 2015

Dalil naqli sifat 20

siapa ckp sifat 20 tiada dlm Alquran dn sunnah
Nah ini dalil naqli sifat 20

1. Wujud (ada) - dalil naqlinya surah anbiya' ayat 22

2. Qidam (wujudnya Allah sedia ada) - dalil naqlinya surah al-hadid ayat 3

3. Baqa'(kekal) - dalil naqlinya surah rahmaan (26-27)

4. Mukhalafatuhu Ta'ala lil hawadith (berlainan dgn segala yg baharu) - dalil naqlinya surah syuraa ayat 11

5. Qiamuhu Ta'ala binafsihi (berdiri dgn sendirinya iaitu tidak berhajat kepada laiannya) - dalil naqlinya surah fathir ayat 15

6. Wahdaniah (asa) - dalil naqlinya surah al-baqarah ayat 163

7. Qudrah (berkuasa) - dalil naqlinya surah nuur ayat 45

8. Iradah (berkehendak) - dalil naqlinya surah yaasin ayat 82

9. Ilmu (mengetahui) - surah al-maidah ayat 97

10. Hayat (hidup) - dalilnya surah furqan ayat 58

11. Sama'(mendengar) - surah thaha ayat 46

12. Bashar (melihat) - surah hujurat ayat 18

13 kalam (berkata-kata) - surah an-nisaa' ayat 164

Sedang tujuh lagi sifat2 ma'aniwiyah sama shj dalil naqlinya dgn 7 sifat ma'ani yg tersebut

Daripada dalil2 naqli ini,

TIADA seorang muslimpun baik dizaman nabi,sahabat,tabiein,tabiut-tabiein mahupun dizaman khalaf BERBEZA maksud pemahamannya,kerana ia diambil dari nas2 MUHKAMAT yg jelas lagi nyata maksudnya

Ulama' mutakallimin hanya menyusun QAEDAHNYA sahaja sedang segala ayat al quran tersebut begitulah difahami,diimani bahkan mereka (salaf) lebih faham dan beriman kpd ayat2 tersebut

jelas memang tiadapun perbezaan dari segi aqidah diantara salaf dan khalaf.

Ahad, 28 September 2014

Allah tetap Allah yang mempunyai segala sifat yang wajib bagiNya

Allah tetap Allah yang mempunyai segala sifat yang wajib bagiNya

Makhlok tetap makhlok yang mempunyai segala sifat yang mustahil bagi Allah

Bersalahan Allah dengan segala makhloknya ialah Allah bersifat dengan segala sifat yang wajib bagi Allah (contoh Ada, hidup, tahu, kuasa, kehendak, melihat, mendengar dan berkata-kata dll) manakala makhlok pula bersifat dengan sifat yang mustahil bagi Allah seperti tiada, mati, bodoh, lemah, benci, buta, tuli dan bisu dll).......

Dengan pentajalian segala zat, sifat, asma' dan afa'al Allah meliputi badan diri manusia dan meliputi sekalian alam, menyebabkan badan diri manusia dan sekalian alam telah binasa, kerana yang nyata terlihat dan terasa ialah kenyataan zat, sifat, asma' dan afa'al Allah.. Bukanlah zat, sifat, asma' dan afa'al makhlok sendiri...

Firman Allah:-
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)

وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ


Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)

وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ


Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
32.Surah As-Sajdah (Verse 9)

ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ


Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: rohNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

40.Surah Ghāfir (Verse 13)

هُوَ الَّذِي يُرِيكُمْ آيَاتِهِ وَيُنَزِّلُ لَكُم مِّنَ السَّمَاءِ رِزْقًاۚ وَمَا يَتَذَكَّرُ إِلَّا مَن يُنِيبُ


Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).

40.Surah Ghāfir (Verse 14)

فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ


Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).

Pandanglah Allah yang Ada maka binasalah diri dan Alam keseluruhannya..
Yang menjadi masaalahnya kita masih bersangka-sangka yang tanda-tanda dan ayat-ayat yang Allah sedang menerangkan akan kewujudan dan kekuasaannya sebagai ujud diri dan ujud selain dari Allah.... Kita sering menyangka Ada Allah yang meliputi badan diri kita dan selain dari Allah sebagai ada badan diri sendiri dan ada selain dari Allah..

Sangkaan inilah yang membuatkan kita tidak terpandang kepada Allah yang awal, Allah yang akhir, Allah yang zahir, Allah yang batin. Seperti firman Allah 57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)


هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

30.Surah Ar-Rūm (Verse 29)

بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍۖ فَمَن يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ


Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 23)

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ


Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?


42.Surah Ash-Shūraá (Verse 15)

فَلِذَٰلِكَ فَادْعُۖ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْۖ وَقُلْ آمَنتُ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِن كِتَابٍۖ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُۖ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَاۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ


Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".


28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)

وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).


55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 26)

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ


Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 27)

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ


Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

6.Surah Al-'An`ām (Verse 101)

بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُن لَّهُ صَاحِبَةٌۖ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 102)

ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ


Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 103)

لَّا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ


Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 104)

قَدْ جَاءَكُم بَصَائِرُ مِن رَّبِّكُمْۖ فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِۖ وَمَنْ عَمِيَ فَعَلَيْهَاۚ وَمَا أَنَا عَلَيْكُم بِحَفِيظٍ


(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".

6.Surah Al-'An`ām (Verse 105)

وَكَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ وَلِيَقُولُوا دَرَسْتَ وَلِنُبَيِّنَهُ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ


Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka) dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: "Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) ", dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 106)

اتَّبِعْ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ


Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 107)

وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكُواۗ وَمَا جَعَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًاۖ وَمَا أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ


Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya; dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata).

6.Surah Al-'An`ām (Verse 108)

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Apakah Itu Amalan?

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Selalu orang bertanya kepada saya tentang amalan Tok Kenali dan amalan saya. Apa lagi amalan yang tuan-tuan cari dan amalan apa lagi yang tuan-tuan nak tahu, tidak cukup lagikah amalan yang selalu tuan-tuan amalkan?.Nak amalan yang sebagaimana lagi?.
Mahukah saya bagi amalan ratib atau berzikir Tok Kenali sebanyak 80,000 kali dalam satu malam?. Laratkah atau sangggupkahh tuan-tuan amalkan (apa bolehkah tuan-tuan buat?), saya bimbang kalau-kalau tak terbuat!. Jika terbuat sekalipun, kebanyakannya hanya sekadar dua atau tiga hari sahaja! (tingi-tingi satu atau dua minggu). Lihatlah, tiliklah dan perhatikanlah kawan-kawan, sahabat-sahabat atau diri tuan-tuan sendiri yang pernah melalui perjalanan atau aliran torikat yang memerlukan zikir atau ratib sejumlah 80,000 (lapan puluh ribu) dalam satu malam, terbuatkah mereka dan terbuatkah kita?. Jika termampu sekalipun hanya dalam jangka masa yang pendek, habis itu, wirid kemana dan zikir kemana!.
Apakah untuk ingat (zikir) kepada Allah itu, memerlukan kepada bilangan?, cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, sekiranya habis pusingan atau bilangan buah tasbih, kemana  perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada sewaktukita bilang buah tasbih sahaja, bilamana habis bilangan 80,000, kemana perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada diwaktu malam sahaja, apakah Allah itu, hanya tidak ada pada waktu siang, sehingga zikir atau wirid itu, perlu kepada waktu malam?.
Jika sekiranya tidak ada buah tasbih, apakah Allah tidak boleh diingat?. Jika kurang bilangannya dari 80,000 kepada  79,000, selalunya kena ulang semula pada malam berikutnya, apakah Allah tidak terima zikir kita bilamana kurang dari 80,000, sehinggga kita kena ulangi semula?.
Apakah zikir atau ingat kepada Allah itu, hanya melalui suara bibir mulut sahaja. Jika tidak dengan mulut, apakah kita tidak boleh ingat kepada Allah?. Cuba bawa berfikir dengan fikiran yang waras?. Apakah mata, telinga, hidung, tangan serta kaki itu, tidak perlu ingat (zikir) kepada Allah?, sehingga kena melalui mulut dan buah tasbih?. Cuba jawab?…………………………
Bagi Tok Kenali, bukan banyaknya amalan zikir yang menjadi perhitungan, yang diambil kira itu, adalah keikhlasan!. Sekalipun berjuta kali, jika kita tidak mengenal tuan yang empunya nama, ianya tidak lebih daripada sekadar riadah! dan bukannya beribadah. Yang menjadi ibadah atau yang dikatakan ibadah itu, bilamana kita benar-benar ingat kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, adalah dalam erti kata ingat kepada tuan yang empunya zikir dan ingat kepada tuan yang empunya nama).
Nama tidak sedikitpun memberi bekas. Cuba tuan-tuan lihat kereta yang digantungn dengan nama Allah atau yang berpelekat dengan nama Allah, bilamana berlaku perlangaran, tidakah dengan kereta dan dengan tuan-tuannya sekali hancur (dengan ada nama Allah, sepatutnya kita tidak cedera, kenapa masih ada yang cedera sehingga ada yang membawa maut) . Cuba kita lihat orang yang tengah berzikir dan menyebut nama Allah semasa memotong sayur, tiba-tiba tangan boleh terluka terhiris pisau. Ini memberi gambaran kepada kita, bahawa nama tidak membawa erti, yang bermakna dan bererti itu, adalah tuan yangn empunya nama.
Tuan yang empunya nama itu, boleh di ingat dan boleh dizikir dengan tidak perlu kepada jumlah bialangan tasbih dan tidak perlu kepada waktu malam sahaja. Sayanngnya kebanyakan kita tidak mengenal tuan yang empunya suara, tuan yang empunya bibir, tuan yang empunya buah tasbih dan sayangnya kebanyakakn kita tidak mengenal tuan yang empunya zikir?.
Sayangnya masyarakat kita pada hari ini, kebanyakannya berebut-rebut untuk tunjuk hebat, tunjuk alim dan tunjuk ulamak, bilamana bilangannya sebutan itu sakan dan  banyak dalam membilang buah tasbih. Tak cukup dengan buah tasbih, orang sekarang ini guna alat kaunter (yang tekan-tekan dengan jari, boleh keluar nombor).
Saya bukan berhajat untuk merendah-rendahkan golongan yang berzikir, zikir itu adalah amalan yang baik, tetapi sayangnya, kebayakan dari kita bilamana berzikir, zikirnya adalah zikir yang tidak ingat kepada Allah (tuan kepada yang empunya sebutan). Melainkan kebanyakanya hanya tahu ingat kepada bilangan atau tahu ingat kepada buah tasbih!. Apa yang mahu saya tekan disini, adalah zikir yang disertai mengenal kepada tuan yang empunya nama!.Sebutlah nama Allah itu dengan ilmu, sebutlah nama Allah dengan mengenal dan sebutlah dengan fatonah (bijaksana).
Amalan Tok kenali atau amalan saya itu, adalah amalan zikir (ingat) yang tidak pernah putus dan tidak pernah habis. Zikir (ingat kepada Allah) itu mudah dan senang, tidak perlu kepada hanya malam, malahan boleh diamalkan pada waktu singa atau pada waktu malam.
Berzikir (ingat kepada Allah) Tok Kenali itu, seumpama berzikir dengan penglihatan, bagaimanakah caranya kita berzikir dengan penglihatan atau cara berzikir dengan pendengaran, pergerakan, penciuman?. Dengan telan air liur kita boleh zikir, dengan ludah kita boleh berzikir, dengan gosoh sabun di badan semasa waktu mandi boleh zikir (ingat kepada Allah), semasa gosok gigi, semasa buang air besar atau buang air kecil, semasa gosok daki dikulit, semasa tidur, semasa jaga, duduk, baring malahan zikir Tok Kenali itu, boleh semasa kita sedan nyeyak tidur, boleh berzikir sewaktu bermimpi, boleh berzikir (ingat kepada Allahh) semasa sedang koma atau sedanng pengsan!.
Bagaimanakah caranya untuk berzikir sebagaimana zikir Tok Kenali, tungggu, tunggu dan tunggu!, saya nak lihat dulu komen dari orang diluar dulu, baru boleh saya bagi jawapan. Mungkin sahabat-sahabat diluar sana boleh beri zikir yang lebih tinggi dari zikir Tok kenali, siapa tahu!. Tok Kenali beramal dengan zikir yang tidak perlu kepada buah tasbih dan tidak perlu kepada hitungan jumlah!. Jadi zikir Tok Kenali itu, adalah zikir yang paling rendah dan paling bawah (zikir low class atau zikit tamada kata ore kelate). Jika ada zikir yang paling tinggi, sila kemukan boleh kita sama-samma belajar. amin drp hj shaari

Menempatkan Segalanya Atas Diri, Barulah Tertilik Allah

Kita selalu memberi tafsiran yang bahawa kuasa itu, dari Allah, penglihatan itu dari Allah, pendengaran (kudrat dan iradat) itu, adalah datangnya dari Allah. Sebenarnya mengikut tafsiran ilmu makrifat, ianya bukan datangnya dari Allah, tetapi sememangnya itulah Allah.
Gagah itu Allah, cantik itu Allah, kaya itu Allah, tinggi itu Allah, besar itu Allah, melihat itu Allah, mendengar itu Allah dan hidup itu Allah. Kita mengaji ilmu makrifat itu, bukan seperti mengaji ilmu syariat. Ilmu syariat itu, adalah ilmu yang duduknya pada istilah, istilah dan istilah, adapun ilmu makrifat itu, adalah ilmu duduk, ilmu berpijak dibumi nyata, ilmu jelas, ilmu sampai dan ilmu putus. Ilmu syariat itu, adalah ilmu istilah. Ilmu istilah itu, adalah seumpama saya minta tuan-tuan menyebut perkataan “kaya” atau  perkataan“api”, apakah dengan menyebut perkataan kaya itu, telah bererti tuan-tuan benar-benar ada wang (sebut kaya, mana wangnya?) atau dengan menyebut perkataan “api”, dengan menyebut perkataan api, manakah panasnya. Begitu juga dengan ilmu syariat, ilmu syariat itu, hanya tahu sebut perkataan, tetapi perkataan yang disebut itu, mana duduk atau mana putusnya? Dan mana kenyataannya.
Sebut perkataan api, mana panasnya, sebut perkatan kaya, mana wangnya dan sebut perkataan Allah,
mana tuanya?. Apakah cukupkah dengan hanya beristilah sahaja sampai mati?. Dari usia umur muda (kanak-kanak) sehingga membawa kepada usia 60 atau 70 tahun, apakah cukup dengan hanya beristilah sahaja?, cuba jawab……………………………………….
Cukup-cukuplah beristilah!. Tetapi bila saya lebih bercakap dalam hal ilmu makrifat, ada sahaja suara-suara sumbang yang menuduh saya sesat?. Jika saya sesat, manakah Allah yang betul dan mana Allah yang sebenar-benar Allah, mana yang dikatakan Allah yang tidak berhuruf dan Allah yang tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim?”, mana?, mana? dan mana?………………………………..
Untuk itu, mari kita jangan lagi duduk pada tahap istilah, mari sama-sama kita belajar ilmu putus. Ilmu putus itu, adalah ilmu yang mengaku dengan pengakukan serta beriktikad yang putus. Iktikad yang putus itu, adalah iktikad yang bahawasanya, gagah itulah Allah, hidup itulah Allah, kuat itu Allah, terang itu Allah, kaya itu Allah, melihat, memandang, menengok, menilik, mengdengar, menghidu dan yang hidup itu, itulah Allah. Jangan lagi beristilah dengan perkataan istilah bahawa Allah memberi lihat, memberi dengar atau memberi hidup!. Iktikad yang putus itu, sesungguhnya melihat itu Allah, mendengar itu Allah, mencium itu Allah, menghidu itu Allah, berkata itu Allah, hidup itu Allah, lihat itu Allah, dengar itu Allah, nampak itu Allah, Allah, Allah ……………………………………………………
Yang berdiri itu Allah, yang duduk itu Allah, yang besar itu Allah, yang kecil itu Allah, yang jauh itu Allah, yang dekat itu Allah, yang awal itu Allah, yang zahir itu Allah, yang batin itu Allah dan yang akhir itu Allah,Allah, Allah…………………………………………………
Kenapa tak reti-reti juga, wahai sahabat-sahabat yang dikasihi diluar sana, nak suruh saya kata apa lagi dan nak suruh saya sebut apa lagi. Cukup-cukuplah makan hampas, mari kita makan santan. Carilah ilmu nyata dan carilah ilmu putus. Mengaji ilmu itu, jangan hanya setakat tahu beristilah, hendaklah kita cari ilmu nyata.
Ilmu nyata atau ilmu putus (ilmu pemutus) itu, bilamana kita tempatkan segala ilmu itu pada diri sendiri. Jangan baya ilmu itu keatas langit, jangan bawa ilmu itu kealam zaman dahulu, jangan bawa ilmu itu ke Tanah Mekkah, jangan bawa ilmu itu ke alam bawah tanah, bawalah segala ilmu itu, supaya boleh letak atau supaya boleh ditempatkannya pada diri sendiri!. Itulah pengajian ilmu yang putus lagi nyata!.
Sebut sahaja perkataan atau sebut saja perkara melihat, sesungguhnya melihat itu Allah, kemudian letakkan atau tempatkan pula sifat melihat itu pada diri kita. Setelah sifat melihat itu ditempatkan atas diri kita, lalu mulalah kita butakan mata kita (malahan jika nak sedap lagi, hendaklah kita mengakku yang bahawasanya diri kita yang sebenar  “ tidak ada”).
Begitu juga bila menyenbut perkara atau menyebut perkataan mendengar, memandang, mencium, memikir, menilik, memandang, yang menilik, memandang, mendengar, memikir, mencium,  itulah Allah. Setelah segalanya Allah, saya mahu tuan letakkan segala itu pada diri kita yang tidak ada. Bila meletakkan sesuatu pada diri kita yang tidak ada, saya mahu tanya tuan-tuan dan saya mahu tuan-tuan jawab. Bolehkan perkara (sifat Allah) itu diletak atas diri kita yang sudah tidak ada?. cuba tanya kepada diri tuan sendiri dan cuba jawab sendiri,  bolehkan kita menempatkan sesuatu perkara diatas diri yang sudah tidak ada?.
Apakah boleh menempatkan sifat Allah pada diri yang sudah tidak ada?, sudah tentu jawapannya tidak boleh, jika ianya tidak boleh untuk menempatkan sifat Allah pada diri kita, itu menunjukkan yang diri kitaitu “ tidak ada”. Bilammana diri kita tidak ada, cuba jawab, siapakah yang bersifat ada?. Itulah makanya bilamana kita menyebut perkataan  melihat, mendengar, hidup, gagah, kuat, itulah Allah-Allah, Allah………………………………………………
Inilah pengajian ilmu putus, tetapi ingat, ingat dan ingat!, jangan pula sampai mengaku Allah atau mengaku jadi Allah………………………………………
Cukuplah santapan petang dari air tangan hj Shaari

Ilmu Itu Sendiri, Adalah Allah

Ilmu Itu, Adalah Allah
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Perkataan “ilmu” itu, selalunya kita katakan dimiliki oleh Allah, hak Allah atau kepunyaan Allah. Inilah yang selalu diperdengarkan kepada kita.
Setelah kita belajar sifat 20, tahu dan fahamlah kita bahawa, ilmu itu sendiri, sebenarnya adalah sifat Allah (ilmu itu sendiri, adalah Allah). Qudrat (kuasa) itu, adalah Allah.  Iradat (berkehendak) itu, adalah Allah. Samak (mendengar), basar (melihat), kalam (bertutur), hayat (hidup) dan “ilmu” itu, adalah sifat Allah. Bilamana ianya bersifat dengan sifat Allah, bermakna itulah Allah!.
Qudrat itu Allah, iradat itu Allah, sama’ itu Allah, basar itu Allah, kalam itu Allah, hayat itu Allah dan “ilmu” itupun juga tidak lain selain Allah. Bilamana kita menyebut ilmu Allah, bererti kita telah menyebut Allah dua kali ( bererti kita menyebut Allah dan Allah) sebut Allah dua kali.
Kita selalu mendengar ceramah yang mengatakan, barang siapa yang mendirikan solat dengan tidak ingat kepada Allah itu, adalah solat yang sesat lagi menyesatkan. Sembahyang (solat) yang tidak ada ilmu itu, adalah bererti sembahyang dengan tidak ada Allah. Sembahyang yang tidak ada Allah itu, adalah solat yang sesat lagi menyesatkan.
Solat yang tidak ada ilmu itu, ertinya solat yang tidak ada Allah, sesungguhnya ilmu itu sendiri, adalah Allah.
Marilah kita sama-sama bersolat dengan ilmu (bersolat dengan Allah). Solat dengan Allah itu, barulah solat yang sebenar-benar solat  dan solat yang sebenar-benar diterima Allah. Persoalannya disini, bagaimanakah hendak bersolat dengan Allah atau bagaimanakah hendak bersolat dengan ingat kepada Allah?, jika kita tidak mengenal Allah!.
Siapakah yang mengenal Allah?, yang mengenal Allah itu, adalah yang nampak Allah. Persoalannya disini, siapakah yang nampak Allah, adapun yang nampak Allah itu, adalah yang melihat!. Yang bersifat melihat itu, adalah Allah sendiri. Allah sahajalah yang melihat Allah, Allah sahajalah yang nampak Allah dan Allah sahajalah yang mengenal Allah.
Umat Muhamad diakhir zaman itu, banyak dan sakannya adalah seumpama buih dilautan, namun bilamana dipukul ombak, maka akan hilanglah ia. Ini mengambarkan kepada kita bahawa umat dizaman ini, adalah umat yang mudah rapuh, mudah tergelincir, mudah terpesong, mudah terpengaruh, mudah berubah dan tidak tetap pendirian dalam beragama.
Sekejap ingat dan sekejap lupa, kepada Allah. Bilamana terkena musibah, baru hendak ingat kepada Allah, bilamana senang sedikit, kita mudah lupa kepada Allah. Bilamana terkena cubaan atau dugaan, mulalah hati kita goncang dan tidak percaya (tidak yakin) kepada ketetapan Allah  (mulalah menyalahkan takdir dan menyalahkan Allah). Inilah orang yang tidak ada ilmu (tidak ada Allah). 
Umat seumpama ini, adalah umat yang seumpama buih dilautan. Sebegitu banyaknya buih dilautan, malahan lebih banyak lagi umat Muhamat tetapi sungguhpun banyak tidak ramai yang kekal ingat dan kekal percaya kepada Allah. Sebab apa dan kerana apa jadi begitu?, sebabnya adalah kerana tidak ada ilmu (tidak ada Allah). Tidak ada ilmu (tidak ada Allah) didalam ingatannya.
Umat Muhamad diakhir zaman ini, adalah umat yang rapuh ingatannya kepada Allah, seumpama rapuhnya buih dilautan, sebegitulah rapuhnya ingatan kepada Allah. Sebab apa rapun?, sebabnya rapuh adalah tidak ada ilmu (tidak ada Allah).
Cukuplah dulu santapan rohani dari air tangan hj shaari (sarapan pagi hj Shaari). Amin

Rabu, 4 Jun 2014

KITA TIDAK SEDAR YANG KITA SEDANG MENGAKU - AKU DIRI SENDIRI ADALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH

KITA TIDAK SEDAR YANG KITA SEDANG MENGAKU - AKU DIRI SENDIRI ADALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH..."

Allah mempunyai segala sifat yang wajib dan hanya layak untuk Dia memiliki sendiri tanpa boleh dikongsi dengan yang lain selain dari Dia sendiri...

Sifat yang wajib bagi Allah tidak terbilang banyaknya, ulamak telah menetapkan yang wajib kita ketahui sebanyak 20 sifat seperti yang telah dihuraikan didalam banyak kitab-kitab ilmu tauhid...

Sifat yang wajib bagi Allah hanya layak untuk Allah sahaja, selain dari Allah haram untuk memakainya, jika ada makhlok yang berani memakainya untuk diri mereka sendiri (makhlok yang tidak ada telah dianggap ada ujud sendiri dengan memakai sifat-sifat yang wajib bagi Allah kepada makhlok yang tidak ada, sehinggakan timbul anggapan segala sifat yang wajib bagi Allah telah dianggap sebagai sifat makhlok sendiri sehingga menimbulkan anggapan bahawa makhlok ada mempunyai ujud sendiri... 

Sehingga dengan rasa memiliki segala sifat yang wajib bagi Allah untuk diri sendiri timbullah didalam rasa dan perasaan diri sendiri akan keAKUan diri (yang sebenarnya yang bersifat tidak ada) tetapi telah dirasai ada oleh diri sendiri kerana mengambil dan meletakkan sifat ada Allah kepada diri sendiri yang sebenarnya tidak ada)...

Keakuan diri sendiri yang sebenarnya bersifat dengan sifat tidak ada, telah dirasai ada kerana kita telah meletakkan sifat ada itu pada tempat yang salah iaitu kepada diri yang tidak ada, sifat ada yang sepatutnya adalah sifat Allah sahaja telah diletakkan kepada selain dari Allah dan pada diri sendiri...

Dengan meletakkan sifat ada (yang sebenarnya sifat ada itu hanya milik Allah sahaja) kepada diri sendiri, maka dengan sendirinya akan menimbulkan sifat keakuan diri (mengaku segala sifat yang wajib bagi Allah adalah milik diri sendiri yang sedang memakai sifat ada yang hanya milik Allah sendiri sahaja...)

Bermula dengan merasai sifat ada yang hanya milik Allah sendiri sahaja sebagai ujud diri sendiri, secara automatik kita akan merasai didalam rasa dan perasaan yang dalam bahawa segala sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang hanya layak untuk Allah sahaja telah dirasai menjadi milik diri sendiri ( yaitu ada Allah yang dianggap sebagai ada diri sendiri)..

Secara tidak disedari bermula dengan menganggap diri sendiri dan selain daripada Allah mempunyai ujud sendiri, kita telah memperakui diri kita telah memiliki sifat ketuhanan yang hanya milik Allah sendiri sahaja...

Dengan secara tidak disedari, apabila kita mengakui kita ada ujud sendiri, secara automatik kita telah mengakui diri kita memiliki sifat ketuhanan, secara tidak disedari kita telah memperakui diri kita memiliki sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang membawa makna "AKU ALLAH - sebab ADA adalah sifat yang wajib bagi Allah, ADA itu bersifat Esa (tidak berbilang-bilang), sifat ada itu hanya milik Allah dan tidak boleh diletakkan sifat ADA kepada selain dari Allah.

Bila sifat yang wajib bagi Allah telah diletakkan kepada diri sendiri dan selain dari Allah (makhlok Allah).. Secara tidak disedari kita telah menjadikan (diri yang tiada tetapi telah dianggap ada kerana meletakkan sifat ada yang hanya milik Allah kepada diri yang tiada)

Dengan meletakkan sifat ADA kepada diri sendiri yang sebenarnya bersifat dengan sifat tiada akan melahirkan sifat Ke-Aku-an diri sendiri... Sifat ke-Aku-an diri ini adalah hawa nafsu yang secara tidak disedari telah dijadikan tuhan selain dari Allah sebab kita telah meletakkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah (diri yang tiada tetapi telah dianggap ada kerana meletakkan sifat Ada yang hanya milik Allah kepada diri yang tiada...

Firman Allah
21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

Mengaku dan menganggap diri sendiri mempunyai ujud sendiri dengan secara tidak langsung dan secara yang tersembunyi telah berlaku seperti firman Allah

22.Surah Al-Ĥaj (Verse 62)
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Secara tidak sedar kita telah meletakkan sifat yang wajib bagi Allah yang hanya milik Allah kepada diri sendiri (yang dianggap ada).... Yang sebenarnya ada itu adalah sifat Ada Allah yang sedang ditunjukkan sebagai tanda dan ayat yang sedang menerangkan wujud atau ada Allah...

YANG MENJADI MASALAH BESAR KEPADA KITA IALAH KITA TAK JUMPA JALAN UNTUK MENGHILANGKAN RASA ADA DIRI SENDIRI YANG TELAH LAMA MELEKAT DAN TELAH MENJADI DARAH DAGING.....

Selagi kita tidak bertemu jalan bagaimana nak menafikan atau menghilangkan rasa ada diri sendiri selagi itu kita kekal bertuhankan kepada keakuan diri (Aku diri sendiri yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan itu sifat yang wajib bagi Allah yang hanya milik Allah sahaja)...

Orang yang syirik kepada Allah dipanggil didalam Al-Quran sebagai orang musyrik...

39.Surah Az-Zumar (Verse 3)
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

2.Surah Al-Baqarah (Verse 163)
وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 25)
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

16.Surah An-Naĥl (Verse 2)
يُنَزِّلُ الْمَلَائِكَةَ بِالرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ أَنْ أَنذِرُوا أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاتَّقُونِ

Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku".

28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

28.Surah Al-Qaşaş (Verse 30)
فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ مِن شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ أَن يَا مُوسَىٰ إِنِّي أَنَا اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam.