MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA KETIKA RASA PERASAAN SEDANG TENGGELAM SEBULAT-BULATNYA DIDALAM RASA ADA YANG SEDANG DIRASAI
Seperti yang difirmanlan oleh Allah
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Jalan-jalan membawa maksud kepada torikat..
Hakikat dan makrifat adalah tempat yang hendak dituju iaitu iktiqad tauhid dan makrifatullah.
Sedangkan syariat dan torikad adalah jalan yang perlu dilalui oleh setiap seorang yang ingin menuju kepada hakikat dan makrifat iaitu iktiqad tauhid dan makrifatullah..
Merasa ada diri sendiri dan tenggelam didalam rasa ada diri sendiri dengan sebulat-bulat perasaan adalah merupakan syariaat
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dengan malaksanakan firman Allah seperti diatas kita sedang melakukan penyaksian.
PENYAKSIAN BERLAKU KETIKA KITA SEDANG MERASA APA YANG SEDANG DIRASA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN
Setelah mengadakan penyaksian maka sebutlah Allah sebanyak-banyaknya...
Menyebut Allah sebanyak-banyak ketika rasa perasaan sedang tenggelam sebulat-bulat didalam rasa ada diri sendiri (KAEDAH ADAKAN PENGAKUAN YANG ADA ALLAH ADALAH ADA ALLAH) adalah jalan atau torikat (bermula menyebut dengan lidah, berpindah kepada menyebut dengan hati seterusnya sampailah kepada Allah yang menyebut Allah)
Setelah dapat merasa ada Allah, inilah HAKIKAT.... (Ada yang tadinya dirasa sebagai ada diri sendiri, setelah diakui sebagai ada Allah hanya dengan cara tenggelamkan rasa ada diri sendiri yang sedang dirasa dengan sebulat-bulat perasaan didalam masa yang sama sebut Allah sebanyak-banyaknya).
Teruskan praktikal seperti diatas sehinggalah diberi hidayah dan petunjuk dari Allah sampai kepada Allah yang sedang merasa ada Allah (terlaksana sudah ungkapan yang selalu diucapkan iaiat (AKU KENAL TUHAN AKU DENGAN TUHAN AKU)
Keadaan Allah sedang merasa ada Allah inilah MAKRIFAT...
Mengaplikasikan firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Kedalam kehidupan seharian adalah satu latihan yang membawa kepada terhimpunnya syariat, torikat, hakikat dan makrifat.
Dengan melakukan kaedah seperti yang telah difirmankan oleh Allah seperti diatas kedalam kehidupan seharian dengan sendirinya telah menyatu-padukan diantara syariat, torikat, hakikat dan makrifat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.