Pages

Ahad, 28 September 2014

Unta Yang Hilang (Naik unta untuk mencari unta)



Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Mencari Allah itu, adalah sesuatu yanng tidak payah dan tidak susah. Sehinga sampai kepada tahap tidak lagi perlu dicari. Apakah cincin yang dicari itu, masih hendak dicari?.
Yang hendak digalas itu, sebenarnya sudahpun dibahu tuan-tuan!.
Umpama tuan-tuan mencari unta yang hilang, sedangkan kamu sudah berada diatas belakang unta yang hilang!, bagaimana mungkin akan ketemu?.
Mencari sesuatu yang teramat dekat dan mencari sesuatu yang teramat hampir itu, apabila dicari dia akan semakin menghilang (semakin kehilangan).
Tuan-tuan mencari sesuatu barang dengan mata, sedangkan barang yang dicari itu berada diluar mata!. Mana mungkin akan bertemu.
Pandangan mata itu buta!. Untuk mencari itu, carilah dengan pandangan penglihatan, kerana pandangan tidak pernah buta (pandangan tidak guna mata untuk melihat). Penglihatan atau pandangan itu, tidak perlu mengguna mata untuk mencari. Oleh itu renung dan carilah dengan penglihatan dan jangan cari dengan mata!. Barang yang kamu cari itu, sedang berada berada diluar mata, masakan mungkin boleh dicari dengan mata!.
Mata bersifat buta sedangkan pandangan tidak pernah buta. Oleh itu melihatlah dengan pandangan. Orang makrifat itu, adalah orang yang dapat melihat dalam buta. Lagi buta mata, lagi terang Allah, lagi buta mata, lagi jelas Allah………………..
Lebih baik buta dari tidak berpenglihatan!.Orang makrifat itu, melihat Allah dalam buta matanya!.Setelah buta matanya, barulah Allah itu terang dan jelas (nyata). MELIHAT DI DALAM BUTA,  itulah makrifat!. Hal itu, adalah tterlebih baik berbandingn celik tetapi buta (CELIK TETAPI BUTA).
Allah tidak berjirim dan tidak berjisim (tidak berhuruf dan tidak bersuara). Allah itu, bukan sekadar nama. Sebenar-benar Allah itu, adalah tuan yang empunya nama (Sebenar-benar Allah itu, adalah nama yang tidak berhuruf dan tidak bersebutan (tidak berlafaz).
Apa ada pada nama?, nama tidak menggambarkan apa-apa (NAMA TIDAK BOLEH MENGAMBARKAN APA-APA  BENTUK ATAU RUPA UNTUK DITAFSIRKAN).  Sebenarnya Allah itu berada diluar mata. Janganlah cuba-cuba untuk mencari Allah dengan mata!. Sebenarnya Allah itu berada di dalam penglihatan dan Allah berada di dalam pandangan.
Allah berada di dalam pandangan dan Allah berada di dalam penglihatan walaupun tidak dilihat dengan mata.Walaupun dilihat dengan mata, bentuk dan rupanya tidak dapat digambarkan (laisa kamislihi syaiun atau bersalahan dengan yang baharu).
Sebutan yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah semata–mata khayalan mata!. Walaupun disebut dengan bibir, itu adalah semata-mata khayalan!. Maaf jika saya terlampau lantang. Dengan kelantangan itulah sebenarnya ilmu. Jika paku diketuk perlahan, tentunya tidak masuk, paku itu hendaklah diketuk dengan kuat (dengan lantang) baru masuk!. Kelantangan saya itulah, yang selalu disalah erti oleh orang yang melihat dengan mata!.
Orang yang mengkritik tulisan ini, adalah mereka-mereka yang buta, oleh itu, jadilah orang yang berpenglihatan dan berpandangan, supaya tiddak buta mata hatinya………. drp hj shaar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.