Mempertajam Mata Hati Dalam mengenal Allah
Beberapa nasihat dan bimbingan dalam membersihkan jiwa serta jalan-jalan yang perlu dilalui untuk sampai kepada Allah, yang menjadi amalan para ahli sufi. Masalah2 yang patut menjadi perhatian oleh genarasi kini mahupun genarasi mendatang.
Berkata ibnu ’Athaillah:
”Tidak ada amal yang lebih diharapkan untuk diterima daripada amal yang samar engkau menyaksikannya, serta dianggap rendah wujudnya menurut kamu.”
Maksudnya: Amal yang diterima Allah swt adalah amal yang tidak dimengerti maknanya, maksudnya bahawa seseorang itu beramal tetapi dia sendiri tidak merasakan bahawa dia sedang beramal. Ini kerana dia merasakan bahawa apa yang dikerjakan dan diamalkannya itu tidak akan terwujud tanpa pertolongan Allah swt dan petunjuk-Nya.
Selain itu, syarat lain yang perlu dipenuhi agar amal itu diterima oleh Allah, juga orang yang beramal itu tidak bergantung kepada amalannya itu untuk mendapatkan sesuatu yang diharapkan.
Menurut kalangan ahli makrifat, tanda-tanda amal yang diterima ialah kelalaianmu dan terputusnya penglihatanmu daripada amal itu.
Berkata ibnu ’Athaillah:
”Takutlah kamu daripada wujudnya kebaikan-Nya (nikmat) kepada engkau, sedangkan kamu tetap melakukan perkara-perkara yang buruk (maksiat) bersama kebaikan-kebaikan itu. Kerana semua nikmat itu akan berubah menjadi istidraj bagimu, (sebagaimana firman-Nya): ”Kelak Aku akan menariknya secara beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui”.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.