Omar Abdullah
Peranan minda dalam tafakkur atau meditasi.
Minda adalah satu anugerah yang sememangnya perlu kita sedar akan keadaan nya. Di dalam ilmu ajaran BAPAK BAGINDHO MUCHTAR minda memainkan peranan penting, jadi guru pernah mengatakan matikan minda atau kosongkan minda dan serahkan kepada diri didalam.
Ya ini benar namun yang kita perlu fahami adalah minda bawah sadar iaitu ianya berada didalam kondisi ILMULLAH kesedaran yang berlaku pada nya dan daya yang terbit darinya itu adalah daya-daya dan gelombang dari ILMULLAH.
Oleh itu setiap gerak yang berlaku itu adalah fokus dari minda bawah sadar.
Yang perlu kita kosongkan adalah minda sadar iaitu minda yang berfikir secara tidak lurus iaitu minda yang memikirkan dan minda yang mencetuskan pergantungan kepada badan diri.
Minda bawah sadar ini padanya ada daya-daya ILMULLAH dan ia salah satu dari sifatullah yang menjadi pencetus aliran gerak KUDRATULLAH.
Maka dengan ini kita perlu yakinlah bahawa setiap pergerakan yang berlaku ketika kita menjalani laihan itu sebenarnya itulah GERAK KUDRATULLAH.
Adakah gerak kudratullah ini akan mendatangkan gerak luar kawalan sehingga apabila ia bergerak kita tidak sedar akan gerak itu jawabnya"TIDAK".
Ini adalah kerana didalam minda bawah sedar pasti ada kesedaran nya jua iaitu tahu akan kedudukan kita dan tuhan. Maknanya kita sedar akan keadaan itu.
Yang dimaksudkan dengan gerak KUDRATULLAH itu adalah gerak yang berlaku secara sendiri atau automatik dan ia mendatangkan daya atau energy ghaib iaitu rasa dihujung jari dan seluruh anggota badan kita.
Gerak yang tidak bersangkutan dengan tenaga zahir itulah maknanya gerak KUDRATULLAH.
Kenapa gerak kudratullah yang kita anggap ini masih lagi tidak bertenaga sedangkan kalau gerak kudratullah itu pasti hebat ?
Nah!!! inilah yang perlu kita faham kenapa ianya masih lemah sedangkan ia kudratullah..adalah ia bersangkutan dengan...
1-Keyakinan
2-Proses yg tidak sempurna
3-Kaedah yang tidak sempurna
4-Tidak faham konteks ilmu
5-Penyerahan yg tidak jitu
Dalam hal ini kita mesti sabar dan yakin pada ilahi, serta kita perlu yakin bahawa gerak itu adalah gerak dari tuhan kerana tidaklah akan bergerak tanpa izin nya jua.
Maka hal ini yakinlah bahawa kekuatan gerak kudratullah itu akan terbukti jika martabat dan pengisian yang sempurna...
Maka perbaikilah dulu keadaanmu dan juga hati dan perasaanmu itu barulah ia akan hebat dunia dan akhirat...
Suatu contoh kalau anda ada kereta tetapi kereta itu dah usang dan buruk tetapi enjinnya masih elok namun anda tetap tidak dapat memecut selaju munkin kerana body kereta dan peralatannya tidak dapat menampung beban kelajuan enjin itu.
Maka perbaikilah dulu keadaan nya barulah ianya dapat kita rasakan kelajuan nya yang maksimum.
Begitulah kita ini jika keadaan jiwa dan nurani serta minda masih lagi dihantui oleh perasaan was-was maka tenaga dan gerak kudratullah akan terpendam cuma sedikit sahaja yang mengalir itupun aliran hidup yang biasa saja seperti mana aliran nafas sekadar memberi kehidupan. Ingat-ingatlah gerak itu sudah benar gerak kudratullah.
Hasil dari penyerahan minda sedar kepada minda bawah sedar. Minda bawah sedar itulah yang di utamakan kerana ia dapat behubung dengan rahsia ilahi atas sebab minda bawah sedar tertakluk didalam ilmullah yang asal.
Kalau minda sedar ia tertakluk kepada pelajaran yang kita belajar disekolah misalnya…
Ilmullah
Hayatullah
Kudratullah
Irodatullah dll
Itu adalah sifat yang ada padamu dan ia merupakan diri kenyataan tuhan dan ia adalah “AKU”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.