Seorang pemikir,
bagaimanapun, tidak dapat dilepaskan dari konteks sosio-budaya.
Hasil-hasil pemikiran, dalam kenyataaannya, tidaklah lahir dengan
sendirinya, tetapi sentiasa mempunyai kaitan sejarah dengan pemikiran
yang berkembang sebelumnya dan mempunyai hubungan dengan pemikiran yang
ada pada zamannya. Tanggapan ini berlaku juga pada Al Ghazaly.
Kaitan sejarah pemikirannya dengan pemikiran cara pendahuluanya
dinyatakan sendiri dalam Al Munqidz Min Al Dhalal dan diperoleh melalui
isyaratnya didalam Tahafut al Falasifat. Untuk mengetahui hubungan
pemikiran Al Ghazaly dengan pemikiran yang berkembang pada
zamannya, perlu diketahui suasana pemikiran waktu itu dan sikapnya
terhadap kenyataan tersebut.
Al
Ghazaly hidup ketika pemikiran di dunia Islam berada pada tingkat
perkembangannya yang tinggi. Pemikiran-pemikiran tidak berhenti sebagai
hasil olah budi individual, tetapi berkembang menjadi aliran-aliran
dengan metode dan sistemnya masing-masing. Tingkat perkembangan ini
memperlihatkan wujudnya dalam tingkat keragaman yang tinggi. Al Syahrani
(w.548 H), pemikir yang sejaman dengan Al Ghazaly, menggambar-kan
betapa banyaknya aliran pemikiran di dunia Islam pada waktu itu. Setiap
aliran, menurut Al Ghazaly, mengklaim kebenaran pada dirinya, yang
dengan sendirinya menempatkan aliran yang lain pada kedudukan yang tidak
benar.
Opini
umum ketika itu tentang kebenaran, kelihatannya cenderung bersifat
monolitik, yang sebenarnya mempunyai akar dalam sejarah pemikiran masa
lampau. Opini umum ini di topang oleh pernyataan yang diyakini sebagai
ucapan yang berasal dari nabi Muhammad Saw, yang menggambarkan bahawa
ummat islam akan terpecah ke dalam tujuh puluh tiga golongan, seluruhnya
sesat dari kebenaran, kecuali satu golongan. Golongan atau aliran yang
satu inilah yang benar, dan akhirnya simbol untuk itu menjadi ranjang
rebutan. Setiap pendukung aliran menganggap bahawa alirannyalah yang
dimaksud oleh hadis tersebut sebagai aliran yang benar.
Usaha
Al Ghazaly dalam hal ini menjelaskan bahawa Al qur'an telah mengandung
ukuran-ukuran tentang kebenaran, dan manusia telah dianugerahi alat
untuk berfikir, menggunakan ukuran-ukuran tersebut ... adalah untuk
membuktikan bahawa manusia tidak memerlukan imam-imam yang ma'shum lagi
sesudah Nabi, sebagai sumber kebenaran. Kesimpulan tentang batinnya
ialah bahawa sistem pemahaman ini tidak memenuhi harapannya, kerana
batin memerlukan daya manusia untuk menemukan kebenaran.
Disini taqlid menjadi hal yang sangat penting, namun taqlid membawa
kerawanan dan pertentangan.
Pada
ilmu kalam, ia melihat kemandulan metodologi, kalau yang hendak dicari
adalah hakikat-hakikat, sebab ilmu ini tidak dipersiapkan untuk itu.
Pada falsafah, ia melihat ketidaklengkapan metodologi sehingga
melahirkan kesilapan, sebab falsafah hanya menggunakan akal semata. Pada
batinnya ia melihat kekeliruan, kerana dengan konsep al ta'lim, peran
pengalaman, pengamatan, dan akal manusia sebagai alat-alat menemukan
sendiri kebenaran dengan kitab suci sebagai pedoman, diabaikan, sehingga
pengetahuan tidak diperolehi manusia dengan sendirinya.
Dalam
tasawuf, cara yang ditempuh untuk menemukan hakikat, menurut Al
Ghazaly, terdiri atas dua tahap, iaitu: ilmu dan amal. Ilmu yang
dimaksud disini adalah pengetahuan tentang kosep dan langkah-langkah
yang harus ditempuh didalam tasawuf, seperti zuhd, faqr, tawakkul,
mahabbat, makrifat, dan sebagainya. Selain itu diharuskan pula
mengetahui syariat, ilmu `aqliyyat dankeimanan
yang kuat terhadap tiga dasar keimanan. yang dimaksud dengan amal
adalah mengalami secara langsung konsep dan langkah yang harus di lalui
tadi. Ilmu dan amal harus menyatu. Kelihatannya ,ia menganggap bahawa
pada sistem pemahaman lainnya ada keterpisahan antara ilmu dan amal,
khususnya pada falsafah dan ilmu kalam.
Kesan ini terlihat pada
penyataan Al Ghazaly bahawa para sufi adalah arbab al ahwal (orang-orang
yang memilki pengalaman langsung) bukan ash hab al aqwal (orang-orang
yang hanya berbicara). Dalam tasawuf pencarian hakikat tidak akan
tercapai dengan pengetahuan saja, tetapi selain itu, harus dengan
pengalaman langsung.
Dalam
usahanya memasuki tahap amal, Al ghazaly dihadapkan kepada keharusan
memilih salah satu dari dua kemungkinan : memasuki pengalaman tasawuf
dengan konsikunsi meninggalkan kedudukan dan segala keperluan kehidupan
yang telah dimiliki, atau mempertahankan kedudukan dan keperluan
tersebut dengan konsikunsi tidak memasuki pengalaman tasawuf.
Menurut pengakuannya,
ia mengalami kesulitan bahkan tidak dapat menentukan pilihan, sehingga
ia menderita sakit selama enam bulan. Penyelesaian yang ditempuh dalam
hal ini, sama dengan penyelesaian yang dilakukan ketika ia mengalami
puncak kesangsian sebelumnya, iaitu pasrah dan mengakui kelemahannya.
Jalan keluar datang dengan sedirinya.
Tuhan memberi kemudahan kepadanya
untuk memilih kemudahan kepadanya, untuk memilih jalan tasawuf dan
meninggalkan kedudukan dan keperluan kehidupan yang dimilikinya. Iapun
mengembara dengan cara hidup sufi selama lebih kurang sepuluh tahun,
dari tahun 489 H sampai dengan tahun 499 H. Menurut pengakuannya, ...
dalam pengalaman tasawuf itu, ia memperoleh secara langsung (Al kasyf)
ilmu-ilmu yang tidak terhingga, meskipun ia tidak menunjukkan secara
tegas ilmu yang diperoleh itu. Kesimpulannya, dengan cara tasawuflah
pengalaman secara langsung tentang hakikat itu dapat dicapai. Sufilah
yang lebih dekat kepada tuhan, akhlak merekalah yang lebih bersih, cara
hidup merekalah yang lebih benar, gerak dan diam mereka lahir dari jiwa
yang disinari nur al nubuwat.
Ketika
ia menguji tasawuf, pada dasarnya ia tidak menghadapi persoalan tentang
kebenaran sumber pengetahuan yang digunakan tasawuf, sebab sebelumnya
ia telah yakin adanya intuisi (al zauq) sebagai sumber pengetahuan
diatas akal. Yang menjadi persoalan adalah menyelesaikan konflik batin
antara memasuki pengalaman tasawuf dan mempertahankan kedudukan dan
keperluan kehidupan duniawinya. Yang menarik perhatian dari proses
pencariannya adalah bahawa, ia kelihatannya mempunyai sikap dasar yang
tetap, iaitu memandang segala sesuatu sentiasa dalam hubungannya dengan
tuhan. Ketika ia mengalami puncak kesangsian akibat ketidak mampuannya
membuktikan wujud sumber pengetahuan diatas akal, setelah ia meragukan
indera dan akal, penyelesaian yang di tempuh nya adalah mengakui
kelemahannya dan pasrah kepada Tuhan ….
Situasi
ini juga pernah dialami Nabi Yusuf ketika nafsunya sudah mulai goyah
oleh rayuan dan kecantikan wajah Siti Zulaiha, beliau mengakui ketidak
mampuannya menerima godaan nafsunya " ('innan nafsa lammaratun bissu')
dan situasi yang sangat mencekam batinnya itu ditulis dalam QS. Yusuf:
24 " sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu)
dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita
itu, andaikata dia tidak melihat burhan dari tuhannya, demikian agar
Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian, sesungguhnya
Yusuf itu termasuk hamba-hamba kami yang ihlash (berserah diri)"
Yusuf
terbebas dari konflik batinnya dikeranakan Allah telah mencabut rasa
nafsunya yang bergejolak ….dia mengaku tidak kuat melawan nafsunya
kemudian ia berserah diri kepada Allah. Saat itulah tuhan memberikan
ilmu kasyaf berupa burhan (hidayah) sehingga sifat keji dan mungkar
lenyap dalam hatinya. Bukan kerana usaha mencegah dari perbuatan itu …
akan tetapi kerana tuntunan dan inayah dari Allah Swt.
Ihya'
`ulumuddin , merupakan rangkaian pengalaman batinnya Al Ghazaly, bukan
hasil dari pemikiran dan gagasannya, oleh kerana itu kita tidak bisa
melakukan amalan seperti yang di tulis Al Ghazali kecuali turut memasuki
jalan rohani secara benar, … apalagi hanya diseminarkan dan menjadi
kajian-kajian ditempat-tempat mewah …
Seperti
apa yang pernah saya sajikan pada setiap artikel, ialah menempuh jalan
spiritual dengan sangat sederhana dan ikhlash. Kalau jalan ini ditempuh
dengan rela maka semua yang tercantum dalam ajaran islam sedikit demi
sedikit akan memasuki dunia batin kita, … dan tuntunan itu akan terus
mengalir, seperti : kesabaran ketawakalan, kekhusyu'an, dan keimanan
yang sangat kuat.
Ternyata Al Ghazaly membuktikan
sendiri, bahawa memang Allah-lah yang mampu mencabut kekejian dan
kemungkaran didalam hati manusia (kalian tidak akan pernah bersih
selama-lamanya, akan tetapi Allah-lah yang akan membersihkan hatimu dari
pebuatan keji dan mungkar. (Lihat QS Maryam; 21)
Konsep
Al qur'an ini sebenarnya sangat sederhana ... hanya dengan berserah
diri kepada Allah maka Allah akan membuka hati kita memberikan kefahaman
dengan jalan ilham, iaitu ilham kebaikan, ilham kekhusyu'an, dan ilham
keimanan, serta perbuatan-perbuatan yang baik (demi jiwa ... dan
kesempurnaanya..maka Allah mengilhamkan jalan kejahatan dan jalan
kebaikan .. QS.Asy syams 7-8). Sampai kini kita masih mendapat ilham
kejahatan kerana ..kejahatan dan kekejian serta ketidak khkusyu'an
mengalir dalam batin kita tanpa ada yang mampu menghalaunya termasuk
kita ... (mudah-mudahan tidak)
Perlu
diketahui bahawa Al Ghazaly sebelum menjadi sufi, adalah seorang guru
besar di universitas Nizamiyah, pemikir, filosof, ahli kalam, ahli fikih
dan ilmu-ilmu yang lainnya, … justru kerana ilmu-ilmu itu tidak
memberikan manfaat terhadap batinnya, maka beliau memutuskan mengamalkan
dengan jalan meninggalkan seluruh aktivitinya ... untuk beribadah
kepada Allah ... (uzlah ). Setelah berhasil, beliau menulis kitab besar
yang di beri nama Ihya' ulumuddin …… Al Ghazaly, pernah melakukan uzlah
selama 120 hari … pada saat itulah beliau mendapatkan ilmu kasyf yang
terkenal itu.
Demikian-lah
kira-kira cerita Al ghazaly, agar menjadi perhatian, bahawa ilmu yang
banyak belum tentu memberikan manfaat jika jiwa belum menggantungkan
secara penuh hanya kepada Allah…..
Suatu
ketika ada seorang jamaah saya (seorang ustaz yang telah mendalami ilmu
agama di eplbagai tempat), menghubungi saya melalui telefon mengabarkan
putrinya sakit keras … sekaligus minta tolong untuk di do'akan agar
sakitnya menjadi sembuh…kelihatannya ia panik dan cemas …saya hanya
berkata singkat : "jauh mana antara jarak anda kerumah saya dengan Allah
yang maha dekat lagi maha penyembuh ?" ….dia tampak terkejut dengan
jawapan saya … kemudian dia sedar …dan tidak berselang lama sekitar dua
jam … dia telefon lagi untuk mengabarkan bahawa anaknya sudah sembuh
dari sakitnya … Rupanya ia mengadu kepada Allah atas sakit anaknya
tersebut ia berdo'a sendiri dengan serius … dan Allah menjawab do'anya.
Demikianlah contoh bahawa agama itu bukan disandang untuk aksi akan tetapi untuk diamalkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.