Di dalam batang tubuh kita, kita mempunyai dua aliran pada jalan yang sama. Aliran yang berlainan isinya.
aliran lahir dan aliran batin;
kedua-duanya berdindingkan bulu dan kulit.
Untuk mengetahui isi, tentu kita harus menembus dinding menurut saluran yang telah ada dari dalam.
Kedua aliran itu berisikan daya tenaga,
iaitu yang satu berisikan tenaga hidup dan satu lagi berisikan daya tenaga kehidupan, disebab-keranakan adanya yang menghidupkan berada bersertanya.
Tenaga hidup tersebut ialah tenaga mendatang dengan sendirinya, dan tak dapat kita menguasainya sebelum kita dapat mengenalnya, dan tenaga kehidupan ialah tenaga lahir yang kita pergunakan sehari-hari.
Kehidupan kita di dalam penuh berisi dengan pergerakan-pergerakan yang bagi kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapat mengetahui perbezaan daya tenaga dari kedua aliran itu, hendaklah kita cuba mencarinya pada badan diri kita, umpamanya dengan mengadakan latihan-latihan sampai kita dapat menemuinya.
Yang akan dicari ialah tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga yang tak sanggup kita menguasainya. Kita latih diri kita iaitu dengan mematikan badan sebelum mati.
Caranya ialah dengan duduk tenang, hentikan segala gerak-geri kita di luar dan gerak fikiran, sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah gerak yang kita tak sanggup menguasainya, iaitu gerak jalan turun-naiknya pernafasan kita.
Latihan ini lakukan dan bawalah dengan berulang- ulang, sampai kita dapat menurutkan jalannya gerak pernafasan kita dari dalam.
Bagi kita, adalah gerak pernafasan itu terjadi dengan sendirinya, dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui hendaknya bahawa ada sesuatu yang terkandung dalam batang tubuh kita.
Sudahkah kita dapat mengetahui, sampai merasakan dan mengakui kepastian bahawa adalah yang kita kandung itu ialah yang dinamakan roh, jiwa, nyawa dan sebagainya?
Pelajarilah keadaan badan diri kita semenjak dari luar sampai ke dalam, sampai mendalam, sampai kita menemui apa yang dinamakan orang nyawa, jiwa, roh itu.
Dan setelah mendapat kepastian, baru kita akui akan kebenaran kata-kata orang yang berilmu itu. Janganlah hendaknya kita menjadi pak turut, menerima sahaja apa yang dikatakan orang.
#Bbm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.