“ڤرباءيقيله کأداءنمو دڠن اڤ يڠ اد ڤادامو دان ڤرباءيقيله کأداءن يڠ د لوار بادن ديريمو جوݢ دڠن اڤ يڠ تله اد ڤادامو”
Pages
Rabu, 25 April 2018
Rabu, 2 Ogos 2017
GERAK dan RASA
GERAK dan RASA
Gerak dan rasa dari sudut hakikatNya.
*gerak adalah tertakluk kpd tauhid Afaalullah zat yg menjadi diri bagi insan.
Jd bila kita bergerak samada gerak sedar atau gerak otomatik (dlm amalan gerak) tetap ia tertakluk dlm tauhid Afaal juga.
Cuma gerak itu ada 2 tingkat atau martabatNya iaitu:
1-gerak zat pada peringkat hamba
Sifat ma'ani yakni roh yg terhad.
2-gerak zat pd peringkat ketuhananNya.
Sifat maknawiah yakni keupayaan zat yg mutlak.
Persoalan disini "adakah zat itu bergerak"?
*zat itulah yg menyatakan gerak pd wujudNya yakni insan atau muhammad zahir ini,
Jadi pada tauhid yg kita selalu lafaz LA MAUJUD BIHAQIQOTI ILLALLAH itu adlh membawa makna bg kita (fhm hakikat ilmu bbm) adalah yg sedang bergerak itu adlh KENYATAAN ALLAH dan itulah DIA.
Jika ingin lihat Allah maka lihatlah muhammad krn ALLAH ITU ADLAH MUHAMMAD YG BERJALAN DAN DUDUK DI MUKA BUMI INI.
Yang wujud itu dia,yg lain itu tdk ada selain dia.
Lalu bergeraklah dgn ketauhidan ZATKU ALLAH (zatku yg bernama Allah) itulah nyawa bgmu.
Rasa dari segi hakikat pula adalah maarifat yang mana disebalik rasa itu adalah sifat² zat yg maha agong.jika anda dah rasa maka itulah menunjukkan bhw ENGKAU ITU DIA.
ان رب وعبد وحده
Sesungguhnya tuhan dan hamba itu esa.
Rasa mengandungi rahsia:
1-rahsia zatku Allah
2-rahsia sifatku Allah
3-rahsia hidupku Allah
4-rahsia maarifatku Allah.
Jadi rahsia itu adalah rahsia dan rahsia itulah petunjuk bhw ENGKAU ITU SEDANG BERADA PD TINGKAT MARTABAT ZAT.
Knp begitu?
Krn induk kpd rasa itu adalah ZATKU ALLAH, jd rasa yg terasa itu adlh indikasi kpd ZATKU ALLAH.
*sekarang ini jgn lg syak dan waham tiada lg engkau kecuali AKU yg berada pada keadaan hamba dan Tuhan.
Inilah hakikat gerak dan rasa.
من لا يعرف فلم يعزق
Brg siapa tiada mengenal maka tiada merasa.
***
GERAK dan RAHSIA DAYA GUNA
GERAK dan RAHSIA DAYA GUNA
Sesungguhnya gerak yang kita telah dapat itu banyak daya gunanya kalau kita tahu membawa dan mengunakan nya.
Didalam Ilmu BBM kita telah maklum bahawa ilmu gerak ini banyak sekali rahsia yang terkandung didalam gerak itu. Maka tugas kita adalah mengkaji dan mencuba agar daya pembawaan nya berhasil.
Tenaga-tenaga ghaib yang terhasil dari pembawaan gerak itu merupkan titik mula untuk kita olah menjadi daya-daya kekuatan gaib mengikut niat dan hajat kita. Anda boleh mengunakan kuasa ghaib itu untuk sesuatu keperluan contohnya......
1-membela diri (silat misal nya)
2-perubatan
3-mengubah kehidupan
4-kewibawaan diri
5-memajukan kerjaya
6-scan penyakit
7-memagar diri
8-melenyapkan diri dr pandangan musuh
9-memerintah makhluk halus dll
Kalau kita yakini akan hal2 ini maka kita boleh test dan kita berkemungkinan besar akan merasa perubahan yang ketara pada keadaan yg kita hajatkan.
Daya-daya ghaib yang terbit dari pergerakkan akan bertindak sebagai pencetus kepada apa yang kita niatkan. Suatu contoh........
Kalau anda berada pada bidang perubatan maka secara asasnya air penawarlah yg selalu dibuat bagi memulakan sesi rawatan.
Maka proses mengisi daya-daya energy ghaib pada air itulah yang perlu kita fahami dan mempelajarinya secara lengkap agar daya-daya atau energy ghaib yang terhasil itu 100% terisi pada air itu.
Proses Mengisi....TRANSFER / PINDAHKAN ENERGI = KUDRATULLAH ..Gelombang RESONAN-nya = ZIKIR ASMAUL HUSNA yang KHUSUS ( pilihlah )
Bermula dari membaca password kemudian doa serta berserah pada Yang Esa dan yang perlu kita lakukan lagi ialah fokus …
letakkan telapak tangan atau hujung jari tangan anda berdekatan dengan permukaan air maka zikirlah dan tumpulah pada rasa yang terasa dihujung jari2 anda.
Itulah daya2 ghaib yang memancar dari dalam diri anda menembusi alam nya melalui jari2 anda ia akan terbentuk mengikut niat dan daya tumpuan kita (fokus)
Transfer energy ini terjadi melalui gerak. Ikutilah gerak itu sehingga gerakan2 itu terhenti sendiri,
Kalau kita dapat melihat keadaan perubahan struktur molikul air maka kita akan terasa hairan, yaaaa inilah kebenaran nya molikul air akan tersusun secara baik sekali hasil dari proses pengisian daya2 ghaib.
Perlu kita tahu adalah sifat air, sifat semula jadi air akan berubah-ubah bila suatu hal yang berlaku padanya contohnya bunyi ini kerana air berfungsi secara semula jadi merakam, menyimpan dan memindahkan akan keadaan nya kepada sesuatu keadaan.
Maka banyak lagi hal2 yang kita dapat lakukan dgn gerak dan rahsia daya ghaib itu.
Aliran-aliran elektron, eion, baion, nitron yang mengalir dari dalam badan kita itu merupakan suatu tenaga yang amat kuat kuasanya.
Pergunakanlah apa yang ada padamu itu mengikut keadaan2 yang kita perlukan dalam kehidupan ini.
Bagi anda yang telah memahami hal2 ini tingkatkan lagi tumpuan agar kita dapat lebih lagi akan manfaatnya. Tetapi ingatlah segala-galanya atas Ketentuan Allah jua maka kita serahkanlah kepadaNya segala apa yang kita ada ini.....
Saya hanya memberi contoh agar kita dapat memahami rahsia2 dari gerak. Kalau anda sudah memahami sebagaimana contoh diatas baguslah kerana saya amat2 yakin dengan cara ini.
Gunakanlah gerak dan daya kuasa ghaib (pancaran nur ilahi) untuk mencipta kebahagiaan dialam maya ini, kerana aku telah dapat nikmatnya walaupun aku ini baru dan jahil tapi aku amat2 suka jalan ini........dunia dapat , akhirat pun dapat.
*****
GERAK = QUDRATULLAH
NOTA UTK MEMAHAMI IPBBM
GERAK = QUDRATULLAH
Gerak yang berlaku padamu ketika didalam pengamalanmu itu sebenarnya adalah Gerak qudratullah ( Hakikat Gerak Allah ).
Maka padanya pula mendatangkan daya2 ghaib yang merupakan suatu tenaga serbaguna buatmu.
Oleh itu perhatikanlah dan perdalamilah kajianmu dan renunganmu terhadap apa-apa yang kau telah rasakan dari gerak itu.
Gerak yang terjadi secara automatik itu berlaku apabila tumpuan dan penyerahan secara total kepada Yang Maha Esa dan ia merupakan connectting bagi si hamba dan Tuhannya.
Dalam perjalanan kita ini gerak adalah jalan bagi kita dan jalan ini adalah fungsi utama. Oleh itu jikalau kita inginkan sesuatu maka hendaknya gunakanlah kaedah gerak, kerana gerak itu adalah Kuasa Ilahi,
Tangan kanan dan kiri kita berGerak sendiri itu merupakan dalil nyata bagi kita yang membawa maksud kudrat dan iradhat tuhan, RASA yang terasa di hujung jari-jari kita itulah sebenarnya Pancaran Kudrat dan Irodhat Ilahi.
Bagi mereka2 yang minat didalam bidang perubatan atau persilatan maka sayugianya anda memahami akan keadaan nya supaya kita mendapat hasil keputusan yang memuaskan.
Akan tetapi kaedah gerak ini bukannya dapat digunakan didalam satu dua bidang sahaja akan tetapi ianya dapat di gunakan didalam berbagai perkara asal kita tahu menggunakan nya.
Niat, Doa, Serah adalah isi penting didalam peramalan dan proses ini dan terlebih utama adalah Kata Kunci (password) yang perlu didahulukan.
Kemudian kita niatkan dan doakan serta serahkan kepada Yang Maha Kuasa. Keiklasan jua memainkan peranan penting didalam hal ini bagi menyatakan hati dan rahsia kita tetap kepada Allah jua digantungkan.
Gerak yang terjadi dari hasil pembukaan jalan oleh guru kepada kita sebenarnya bukanlah sekadar gerak dan daya energy sahaja bahkan ia dibukakan juga akan Hijab Alam Sir (alam rahsia) Ilahiah kepada kita cuma apa yang perlu kita lakukan adalah mengamalinya, mengkaji, menghayati serta memahami akan keberadaan nya,,,,
Pada mulanya kau yang tidak mendapat gerak kini telah tergerak dengan sendiri tanpa kawalan dari mindamu. Apakah itu suatu hal yang luar biasa. Kalau kita fikir2kan dari mana gerak itu datang maka kita akan dapat mentafsirkan nya bukan?
Oleh itu ketahuilah wahai saudara2ku gerak dan hijab serta energy ghaib adalah suatu hal yang sama jadi sama datang nya, dari tuhan jua datangnya maka perbaikilah keadaan ini dengan gerak yang telah terbuka padamu.
Yang paling penting kenalilah DIRImu dan TUHANmu dahulu sebelum kau melangkah keluar alam batang tubuhmu, pastikan jalan datang dan kembalimu itu sama tempatnya dan sama jalannya,,,
Jalan badan lain dan jalan diri lain serta jalan aku lain. Akan tetapi ia kait mengait antara satu sama lain. Untuk itu sama2lah kita mencari mengkaji memahami nya mudah2an kita mendapat kejayaan didunia naupun di akhirat.
Gerak Silat atau gerak dalam perubatan bukanlah perkara pokok didalam hal ini akan tetapi permahaman tentang gerak itu yang di titik beratkan.
Wahai anak2ku tempahlah kejayaanmu melalui jalan gerak ini kerana aku telah dapat merasai akan nikmat darinya (gerak)
gerak kedalam bermula jalan
untuk mencari rahsia tuhan
hidup dan mati tahu bezakan
supaya selamat di hari mendatang
gerak keluar menembusi alam
untuk sempunakan alam kehidupan
saupaya selamat akan keadaan
moga mendapat rahmat tuhan
****
Khamis, 13 April 2017
Perjalanan balik batang
Sedikit perkongsian mengenai perjalanan balik batang kaedah ilmu pengetahuan Bapak Baginda Muchtar IPBBM
Dalam berlatih berjalan dengan rasa dan gerak IPBBM rasa yang terasa adalah dari dalam ke luar yang mengalir dari sepuluh jari. Itu lah sebabnya Bapak mengelarkan dirinya Si Sepuluh.
Penghujung perjalanan rasa dan gerak IPBBM adalah balik batang iaitu rasa yang mengalir dari luar ke dalam.
Mengalir rasa dari seluruh tubuh dari kaki, tangan, kepala menuju ke tengah dada ke tempat asal bermulanya perjalanan rasa dan gerak IPBBM.
Dan apabila seluruh rasa telah berkumpul di tengah dada maka hilanglah segala rasa dan gerak.
Innalillahiwainnailaihirajiun kembali balik batang atau balik ke asal muassal ke hadirat Allah Taala jua. Tiada lagi yang tinggal.
*PESAN BAPAK BAGINDA MUCHTAR* *Perjalanan balik batang."*
Aku sendiri tidak di kiri dan tidak pula di kanan. Tempatku di pertemuan kiri dan kanan, tetapi jalannya kehidupanku berkiri dan berkanan kerana dunia yang kudiami berlurah, berbukit, bergunung, berbatu, berduri, berkeluk, berliku-liku, ada siang, ada malam, ada pagi, ada petang, ada syaitan dan iblis.
Aku adalah laksana titisan air dari gunung yang menuju ke laut lepas, lautan yang tak berpantai iaitu lautan kehidupan. Aku akan mengalir dan mengalir terus, yang mana untuk dapat mencapai tujuan itu aku harus berbelok ke kiri dan ke kanan, guna menghindarkan diri dari penghalang-penghalang dan menjadi satu sungai yang besar sampai di muara.
Aku adalah seumpama seorang pemburu dengan kudanya dengan senjatanya di tangan, yang mana adalah kuda itu badan diriku dan senjata adalah ilmuku.
Aku adalah induk yang berada di dalam diriku, dan adalah diri itu terdiri dari kumpulan titik-titik terang lagi cemerlang, menerangi isi batang tubuhku laksana dikelilingi oleh binatang-binatang yang berkeliaran.
Aku yang berkedudukan di pertemuan kiri dan kanan dan berdiri sendiri tidak di kiri dan tidak pula di kanan, seperti Alif. Alif berasal dari satu titik. Titik bergerak dan berkembang, sampai tegak berdiri lurus.
Oleh kerana aku datang dari SANA dan aku akan kembali ke SANA, maka terhadap-Nya aku melakukan perjalanan yang aku namai *"Perjalanan balik batang."*
Dan kehidupan yang akan ku jalankan di dunia ini ialah perjalanan seorang musafir yang sentiasa berkelana oleh kerana adalah aku seorang pengembara.
Jumaat, 31 Mac 2017
Apa itu RASA ?
INI ILMU BBM
RASA
Apa itu RASA ?
Bila sebut pasal rasa ramai yg mendifinasikan kpd RINDU,CINTA,SEDIH,SUKA,DUKA DLL
Tetapi bg kita yg membawa aliran ilmu gerak atau IPBBM ini memahami rasa itu adalah INDIKASI,TENAGA,PANCARAN.
Rasa bagi kita adalah RASA YG TERASA, yang terasa pada 10 pintu yakni hujung² jari itu.
Umumnya rasa itu meliputi seluruh tubuh,tetapi ia amat ketara dirasai pada 10 pintu tadi.
Rasa juga dimaksudkan kpd ELEKTRON MAGNETIK atau PANCARAN TENAGA ROHANI. Ianya merupakan tenaga ghaib dari yang ghaib berasal dari yang Maha Ghaib.
Apakah gunaNya rasa?
Rasa itu banyak gunaNya 1001 mcm gunaNya. Tergantung pada niat atau hajat seseorang. Jadi bila baca password maka rasa mula aktif maka dtg kanlah niat atau hajat itu... atau niat dan hajat itu didahulukan, tidak ada masalah dlm bab ini.
Untuk lebih faham boleh berjumpa dgn wakil² GURU BBM
Rabu, 15 Februari 2017
Cara latehan amat penting
Cara latehan amat penting bagi memajukn lagi perjlnnmu ddlm I.p.ini, latehan demi latehan hingga lancar akn pergerakkn tangan dn kaki bagitulh seterusnya,
Kebanyakkn kita kurang melakukn latehan memperlincahkn pergerakkn kaki, hanya bergerak tangn sahaja.
Sebenarnya ddlm latehan hari2 pergerakn kaki perlu dilakukn sehingga menjadi lebeh lincah dn perlu tumpu pd rasa2 dihujung2 jari jngn bergerak tanpa rasa2 tadi,
Klu tdk ada rasa2 itu dinamakn gerak kosong tanpa isi2, kerna disebalik rasa terkandung akn rahsianya,ditekankn lagi itu rasa2 tdk boleh dilupakn atau ditinggalkn,
Jngn ashik lazat dg gerak sehingga lupa jln unt kmbali hingga lupa diri akn hilang keperibadian yg dinamakn kemasokkn, ini tdk dikehendaki ddlm I.p.ini.
Pak Habib Syed Padzil Barakbah
Dg I.p.ini b.b.m. mendidik kita
Dg I.p.ini b.b.m. mendidik kita;
@agar dpt mengenal diri yg sbnr2 diri yg berdiri dg sdnrinya sebelum kita mengenal allah yg maha esa
@ mendidik kita membebaskn diri yg terkurung tersembunyi ddlm bdn diri kita dpt bebas terus berhubung dg tuhan (membuka Hijab),
@mendidik kita agar mencintai diri sdnri dn menghargai akn nilainya diri ibarat emas 24 karat atau emas10 yg sanggup diuji dn dibanting,
@mendidik kita senntiasa membawa kemana saja diri yg ddlm tanpa lupa pd diri sdnri yg mana akn membawa akibat pd bdn
@mendidik kita senntiasa mengingati akn kenyataannya diri itu melalui rasa2 yg terasa dihujung2 jari dn terus pd tuhan yg berkekalan.
"Ingat pd rasa2 itu samalh ingat pd diri, ingat pd diri samalh ingat pd tuhan"
"Lupa pd rasa samalh lupa pd diri krna rasa itu kenyataan diri kita yg ddlm tadi"
"Lupa diri samalh lupa tuhan krna diri yg ddlm itu dtgnya dari tuhan"
"Lupa diri, lupa tuhan akn membawa akibat pd bdn".
Dari itu carilh aku dn milikilh aku dn bawalh aku dimana saja yg engkau berada". AKU JNGN DILUPAKN....
Pak Habib Syed Padzil Barakbah
Sabtu, 4 Februari 2017
ILMU PENGETAHUAN BPK DR BAGINDO MUCHTAR
ILMU PENGETAHUAN BPK DR BAGINDO MUCHTAR / IPBBM
IPBBM ini bukan hanya Ilmu Tenaga atau ilmu subatomic / metafizik atau Ilmu Persilatan atau Ilmu Keruhanian tetapi lebih dari itu yakni Ilmu Tauhid Hakiki...yang kegunaannya utk dunia akhirat
Zat Allah Yang Meliputi kita bertingkat naik dari segi tahap KeupayaanNya
Pada Diri atau Nyawa atau Ruh Keupayaannya ialah Keupayaan Terhad Sifat Maani yakni Pancaran Zat atau Nurilahi ...mertabatnya HAMBA..
Pada AKU atau Diri Sebenar Keupayaannya Mutlak yakni Sifat Maknuyah Zat mertabatnya Khalifah atau Allah
Pada AKU selepas AKU atau HU mertabat Zat ialah pada kedudukan Laisa Kamashlihi Syaiun yakni Zat pada keadaan Ghaib Mutlak. KeupayaanNya adalah Infiniti yakni Tenaga Penciptaan yang tidak kita kerahui
Dalam kaedah IPBBM Gerak itu adalah proses kenaikan mertabat dari mertabat Hamba ke mertabat Khalifah atau kenaikan keupayaan Zat dari Maani ke Maknuyah
RASA itu pula adalah petunjuk atau indikasi yang Zat telah berubah kedudukan dari Hamba ke Khalifah
Kunci Wasiat adalah kaedah KUN dan FAYAKUN pada mertabat Khalifah atau Allah
Inti Syahadah ialah kaedah pemantapan tauhid yg melibatkan pengakuan dan perakuan
kami berhajat menyampaikan hal hal peringkat tinggi ini untuk kita semua
Ada dikalangan kita anak anak BBM masih belum mendalami Ilmu Tauhid dan Ilmu Hakikat atau Ilmu Kenal Diri Kenal Allah
Saya akan juga membicarakan Ilmu Hakikat disini sebab IPBBM ini sebenarnya adalah ilmu hakikat yg menumpukan kpd kaedah dan amalan
/////
Semuanya Zat Allah
Tetapi atas KehendakNya Zat Allah Yg Meliputi badan kita itu duduk pada 3 mertabat atau kedudukan berlandaskan kpd tahap kekuatan keupayaan itu
Mertabat pertama atau mertabat lazim ialah Hamba ...Keupayaannya terhad yakni Sifat Maani
BBM sebut mertabat DIRI..
Mertabat kedua ialah mertabat Khalifah yakni mertabat Allah ..Keupayaannya mutlak atau maha maha yakni Sifat Maknuyah
BBM sebut mertabat AKU
Bapak ajarkan kita kenderaan atau buraq utk naik / uruj / mikraj dari mertabat hamba ke khalifah...yakni GERAK yg mendatangkan RASA
Rasa itu petanda atau petunjuk kita sudah duduk dimakam Khalifah
Bapak sebut AKU
Bapak juga ajar kita cara nak Perentah KUN bila duduk makam khalifah. Ini disebut Kunci Wasiat Syahadah atau Alif Lam Mim
Kita sangat bersyukur
Ada yang bapak tak sebut dalam mana mana buku atau syarahannya tetapi guru kita Ayahdipakngah telah menunjukkan cara kita uruj / naik / mikraj kemakam HU yakni INTI Syahadah
Fahami....amal dan gunakanlah agar kita semua jadi manusia baru dgn kehidupan baru ....
Selasa, 31 Januari 2017
MELAUTKAN YANG SETITIK, MENGGUNUNGKAN YANG SEKEPAL
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
MELAUTKAN YANG SETITIK, MENGGUNUNGKAN YANG SEKEPAL
Saudara saudara ku Jemaah Si 10,..........
Kita memecahkan rahasia yang berada dalam badan tubuh (diri) kita, yang tadinya dia yang terkurung dan terkungkung tak tahu jalan keluar sedangkan tidak ada orang diluar yang ingin mengenalnya karena pintu keluar masuknya tertutup atau dinding-dinding pemisahnya (hijab) telah tembus dan telah terbuka.
Orang dalam (ruhani) yang semula terahasia, tidak dikenal dan ghaib telah bisa keluar masuk dengan segala tenaga serta daya-dayanya.
Dengan merasakan rahasia yang berasal dari dalam anggota batang tubuh kita khususnya melalui ujung-ujung jari kita, yaitu tenaga, daya-daya gaib (yang tersembunyi) kini telah memancar dari dalam yang kita dapat rasakan masing-masing yang untuk beberapa orang telah memberi manfaat dalam pengobatan, pekerjaan, ketenangan, kebahagiaan batin dll.
Bergeraklah dalam latihan dan percobaan dengan sendirinya itulah yang dinamakan dengan “Melautkan yang setitik, menggunungkan yang sekepal”.
Sangat dianjurkan pergunakan sedikit masa pada malam hari mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Yang Maha Kaya, Yang Maha Pengampun dan Maha Diatas segala-galanya.
Dekatkanlah diri, hampirilah Tuhan dengan tafakur sejenak, dengan mengingat segala sesuatu dimasa lalu yang bergelimang dengan kebodohan, kefasikan, kemunafikan dosa dan khilaf.
Mohonlah ampun untuk diri sendiri, kedua orang tua, anak, isteri, saudara, sanak family, tetangga, para suhada, para mujahid, kaum muslimin dan kaum muslimat, semoga Allah berkenan memberikan ampunan serta melimpahkan rahmat Nya.
Dengan ingat, bertafakur sejenak dan bergerak dan jadilah setiap kita menjadi perantara untuk kepentingan orang banyak dan urusan yang lebih luas.
“Mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi pribadi muslim yang menjadi Rahmatallil’alamin” Insya Allah dengan mengharap ridho Nya, setiap pribadi kita menjadi muslim yang terdekat kepada Tuhan.
Jumaat, 20 Januari 2017
Dua aliran pada jalan yang sama.
Di dalam batang tubuh kita, kita mempunyai dua aliran pada jalan yang sama. Aliran yang berlainan isinya.
aliran lahir dan aliran batin;
kedua-duanya berdindingkan bulu dan kulit.
Untuk mengetahui isi, tentu kita harus menembus dinding menurut saluran yang telah ada dari dalam.
Kedua aliran itu berisikan daya tenaga,
iaitu yang satu berisikan tenaga hidup dan satu lagi berisikan daya tenaga kehidupan, disebab-keranakan adanya yang menghidupkan berada bersertanya.
Tenaga hidup tersebut ialah tenaga mendatang dengan sendirinya, dan tak dapat kita menguasainya sebelum kita dapat mengenalnya, dan tenaga kehidupan ialah tenaga lahir yang kita pergunakan sehari-hari.
Kehidupan kita di dalam penuh berisi dengan pergerakan-pergerakan yang bagi kita terjadi dengan sendirinya. Untuk dapat mengetahui perbezaan daya tenaga dari kedua aliran itu, hendaklah kita cuba mencarinya pada badan diri kita, umpamanya dengan mengadakan latihan-latihan sampai kita dapat menemuinya.
Yang akan dicari ialah tenaga yang tersembunyi, iaitu tenaga yang tak sanggup kita menguasainya. Kita latih diri kita iaitu dengan mematikan badan sebelum mati.
Caranya ialah dengan duduk tenang, hentikan segala gerak-geri kita di luar dan gerak fikiran, sehingga yang tinggal dan yang terasa bagi kita ialah gerak yang kita tak sanggup menguasainya, iaitu gerak jalan turun-naiknya pernafasan kita.
Latihan ini lakukan dan bawalah dengan berulang- ulang, sampai kita dapat menurutkan jalannya gerak pernafasan kita dari dalam.
Bagi kita, adalah gerak pernafasan itu terjadi dengan sendirinya, dan untuk difikirkan dan diperhatikan sampai diketahui hendaknya bahawa ada sesuatu yang terkandung dalam batang tubuh kita.
Sudahkah kita dapat mengetahui, sampai merasakan dan mengakui kepastian bahawa adalah yang kita kandung itu ialah yang dinamakan roh, jiwa, nyawa dan sebagainya?
Pelajarilah keadaan badan diri kita semenjak dari luar sampai ke dalam, sampai mendalam, sampai kita menemui apa yang dinamakan orang nyawa, jiwa, roh itu.
Dan setelah mendapat kepastian, baru kita akui akan kebenaran kata-kata orang yang berilmu itu. Janganlah hendaknya kita menjadi pak turut, menerima sahaja apa yang dikatakan orang.
#Bbm
Sabtu, 14 Januari 2017
Percayalah Pada Diri Sendiri
DR. BAGINDO MUCHTAR
Percayalah Pada Diri Sendiri
Diri sendiri yang telah dikenal dan yang telah dapat ditemui di dalam badan mempunyai jalan tersendiri pula; jalan yang berpetunjuk guna untuk menunjukkan jalan kepada yang dituju, jalan hidup lagi dihidupkan, jalan kiri dan kanan, jalan mempertemukan yang lahir dengan yang batin, positif dan negatif, jalan badan dan diri, jalan berisi, berisikan rasa; rasa yang dapat dirasakan, rasa yang banyak mengandung rahsia, rahsia ghaib, rahsia diri.
Mungkinkah diri yang telah kita kenal akan merosak badannya sendiri? Dari itu ingatlah akan pesan orang tua-tua kita, “Jangan lupa kepada diri sendiri.”
Jadi, maka adalah Aku orang yang berdiri dan berbadan, orang yang telah mengenal dirinya sendiri, orang yang telah menemui dirinya sendiri, orang yang banyak sedikitnya telah dapat mengetahui rahsia diri dan orang yang telah dapat mengenal dan mengetahui Aku yang sebenarnya.
Aku duduk di tempatku. Dudukku duduk menanti, menantikan kedatangan sesuatu untuk sesuatu dengan sesuatu.
Walaupun duduk, akan tetapi aku sentiasa berjalan dan terus berjalan dan berdasarkan penyataanku itu makanya aku menamakan diriku seorang hamba yang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan.
Dalam perjalanan, yang kulakukan sentiasa aku berbuat, berlaku dan bertindak kalau perlu.
Aku akan ke Sana. Ya, memang di Sana tempatku kembali, dan untuk itu Aku harus melakukan perjalanan; perjalanan yang kunamakan perjalanan ‘balik batang’ dari Ya menuju ke Alif.
Itulah dia Aku yang sebenarnya untuk dapat menjawab pertanyaan- pertanyaan siapa aku, mahu apa aku, hendak ke mana aku?
Ahad, 2 Oktober 2016
“Melahirkan kandungan”dan kini kandungan telah terlahir.
BAPAK BAGINDHA MUCHTAR…
“Melahirkan kandungan”dan kini kandungan telah terlahir.
Kandungan yang telah terlahir dariku itu bukanlah kandungan yang berupa zahir (fizik) akan tetapi ianya merupakan suatu rahsia tenaga ilahi (cosmic energy).
Bila mana ia telah terlahir makanya aku telah bebas dari kongkongan dan penjara ataupun ikatan pada badan diriku sendiri.
Yang terlahir itu merupakan tenaga-tenaga rohani @ bion rohani ada juga orang memangilnya pancaran rohani, namun walau apapun ianya tetap benda yang sama jua.
AKU adalah yang setitik yang datangnya dari ZAT kini menjadi diri (memancarkan) tenagaku untuk mentadbir dan mengawal serta menjaga keadaan badan diri supaya ia bahagia, mulia bebas dan senang samada didunia dan akhirat,
MENGENAL DIRI DAN TAHU DIRI itulah kuncinya,
-AKU adalah tuan atau diri hakiki. AKU yang tiada pada kenyataan akan tetapi ada dan berada dibalik kenyataan iaitu dialam kesedaranku sendiri.
-DIRIKU adalah aku iaitu pancaran dari AKU dan ia merupakan TENAGA QUDRATULLAH dan aku itu adalah bayangan AKU,dia yang menjadi diri pada badan dan merupakan sumber kehidupan alamnya.
-BADANKU tempat penyataan tenaga (DIRI) dan badanlah yang AKU yang berdiri ini gunakan untuk menyatakan kewujudan dan kekuasaanku dan tanda-tanda kekuasaanku adalah aku,
Badan mengandungi diri,diri itulah tenaga, tenaga itulah aku,aku diliputi AKU.badan yang ujud inilah alamku.
Lahirnya ia kealam nyata
Menjadi pedoman bagi yang ada
Rahsia diri itulah adanya
Sumber kehidupan bagi manusia
Aku ada tetapi tiada
Ada pada sebutan tiada pada kenyataan
Itu aku yang amat terahsia
Menyatakan adanya ujudnya tuhan
(“Aku yang telah lahir kealam luas”)
Khamis, 22 September 2016
Kita bukan kita lagi
Kita bukan kita lagi
Kita memperbaiki diri, menyempurnakan diri kita, mendalami I.p. ini bukanlah dgn banyak memecah, mengupas, bercerita menyampai berbentuk percakapan sahaja.
Tetapi hendaklah kita banyak berbuat (beramal), banyak membebaskan diri yg di dalam hingga betul bebas tapi "Tidak Lepas,".
Tidak lepas dari hukum kemanusiaan , perlu makan minum, bekerja dan berkeluarga serta bermasyarakat.
Itulah kaedahnya (method) ddlm I.p.b.b.m.
I.p. ini lain dari ilmu2 yg lain, tanpa hakikat, tdk mengadakan yg tidak ada, tidak mengzahirkan yg tidak zahir, tidak ada seru menyeru, tdk ada bekas perasap, tidak membuang dunia dan tidak bermasyarakat dn tidak kurang berumah tangga.
Bukan berzikir dari pagi sampai kr mlm, kurang makan dn minum, tidak ini lain dari yg lain dan tidak membersih makam ke makam.
Diitengah mlm yg sunyi sepi ini pergunakanlah sedikit masa untuk kita berhubung langsung terus dengan Yang Maha Esa tadi, ambillah kesempatan yg ada ini membawa diri mendekati , menghampiri diri dgn Yang Maha Pencipta tadi.
Kerana disiang hari kita sibuk dg urusan masing2, banyakan membebaskn diri sampai terasa pada kita yg diri yg sebenarnya diri yg berdiri.
Berbuat dgn sendirinya, duduk dg tenang dn sabar menanti sesuatu unt sesuatu, menjalankan tugas sebagai seorang hamba Allah tadi yg padanya ada sesuatu yg harus kita turuti dn ikuti, hingga kita mengerti dn faham apakah I.p.kita ini yg sebenar.
semasa kita gerak menggerak kita telah melakukan sesuatu unt sesuatu hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahuinya.
Bagitulh kita hendaknya setiap hari, setiap mlm. Itulah yg dimaksudkn kita sentiasa berada pada jalannya tanpa kita sedari ketika itu "kita bukan kita lagi".
Al-Habib Syed Padzil Barakbah
Sabtu, 17 September 2016
BBM: "KESAHKU" (Biduk)
BBM: Petunjuk Petunjuk Untuk Kesempurnaan 14
Untuk ini telah aku temui pula ayat Tuhan dalam al-Qur’an yang bunyinya:
Dan tali-tali halus yang telah ku temui itu semuga tali sebenarnya tali hendaknya, yaitu tali-tali Allah seperti yang termaktub dalam ayat Tuhan yang berbunyi:
"Berpegang teguhlah engkau pada tali-tali Allah dan jangan bercerai-berai"
Aku telah pergi sebelum dijemput dan aku telah kembali dari S A N A.
Tidak ada yang sempurna di antara kita ini, di antara makhluk. Yang Sempurna hanya TUHAN. Dari itu, jalan yang sebaik-baiknya menuju kepada kesempurnaan ialah jalan kepada T U H A N .
Kiranya Tuhan membenarkan segala tindak laku dan menerima dan menjadikan seluruh amalanku menjadi apa yang dinamakan :
BBM: Petunjuk Petunjuk Untuk Kesempurnaan 13
Dalam perjalanan pulang kembali yaitu dari tiada ke ada, aku dapat menemui anak kunci dari segala kunci itu, kunci pembuka dan penutup dan dengan anak kunci di tangan aku mengembara dan menjelajah dan begitulah berkat anak kunci itu aku dapat menemui pusat dari segala pusat dan dengan tali pusat itu aku kembali dari tiada ke ada.
Dan begitulah adanya keadaan ku. Dan dengan anak kunci di tanganku yang terpancar bertemu dengan yang memancarkan dan bertemu pula dengan induk pancar. Begitu pula aku yang ditiupkan ke dalam suatu wadah yang telah lengkap untukku, mealiri seluruh apa yang ada padaku menurut saluran tertentu yang aku namakan batang tubuhku, sempurnalah kejadian aku menjadi manusia.
Aku sekarang telah dewasa, telah banyak pengalaman dan telah mengembara kian ke mari. Bahkan sampai sekarang aku tetap mengembara, telah memancarkan pula dan telah mealirkan pula aliran ku dan telah menurunkan pula keturunanku. Anak-anak ku terdiri dari anak yang terbaik dari pancaranku dan anak yang menerima dan mendapat aliran dariku.
Aku yang tadinya mencari NYA dengan tujuan meminta keadilan sambil membentangkan segala peristiwa-peristiwa yang telah aku alami, di SANA di HADIRATNYA, aku berasa malu pada diriku sendiri. Tidak ada kata yang dapat ku katakan tidak ada suara yang dapat ku suarakan, tak ada gerak yang dapat aku gerakkan. Aku tak berdaya, segala apa yang ada padaku sudah tak ada lagi.
La haula wala quwattailla billahi 'aliyyulazhim.
Di waktu aku membuka Qur’an, pandangan ku tertuju kepada surat Al Baqarah ayat pertama yaitu : Alif Lam Mim. Melihat dan memperhatikan akan bentuk dan rupa Alif Lam Mim itu aku teringat akan anak kunci yang aku perdapat dalam pengembaraan ku. Aku pegang kembali anak kunci itu di tangan ku dan aku perhatikan dan perhatikan, maka dapatlah aku mengetahui bahawa amat banyak kemungkinan-kemungkinan yang dapat ku perbuat dan lakukan dengannya.
Tak salahlah rasanya ahli tafsir mengatakan tentang ini : " Hanya Allah yang tahu
Jalan yang ku tempuh jalan terang, jalan yang memancarkan cahaya, jalan menembus gelap, jalan hidup menembus barang yang mati. Begitulah perjalanan ku dari gelap kepada terang, dari terang ke gelap, dari hidup ke mati dan dari mati ke hidup.


