ILMU PENGETAHUAN BPK DR BAGINDO MUCHTAR / IPBBM
IPBBM ini bukan hanya Ilmu Tenaga atau ilmu subatomic / metafizik atau Ilmu Persilatan atau Ilmu Keruhanian tetapi lebih dari itu yakni Ilmu Tauhid Hakiki...yang kegunaannya utk dunia akhirat
Zat Allah Yang Meliputi kita bertingkat naik dari segi tahap KeupayaanNya
Pada Diri atau Nyawa atau Ruh Keupayaannya ialah Keupayaan Terhad Sifat Maani yakni Pancaran Zat atau Nurilahi ...mertabatnya HAMBA..
Pada AKU atau Diri Sebenar Keupayaannya Mutlak yakni Sifat Maknuyah Zat mertabatnya Khalifah atau Allah
Pada AKU selepas AKU atau HU mertabat Zat ialah pada kedudukan Laisa Kamashlihi Syaiun yakni Zat pada keadaan Ghaib Mutlak. KeupayaanNya adalah Infiniti yakni Tenaga Penciptaan yang tidak kita kerahui
Dalam kaedah IPBBM Gerak itu adalah proses kenaikan mertabat dari mertabat Hamba ke mertabat Khalifah atau kenaikan keupayaan Zat dari Maani ke Maknuyah
RASA itu pula adalah petunjuk atau indikasi yang Zat telah berubah kedudukan dari Hamba ke Khalifah
Kunci Wasiat adalah kaedah KUN dan FAYAKUN pada mertabat Khalifah atau Allah
Inti Syahadah ialah kaedah pemantapan tauhid yg melibatkan pengakuan dan perakuan
kami berhajat menyampaikan hal hal peringkat tinggi ini untuk kita semua
Ada dikalangan kita anak anak BBM masih belum mendalami Ilmu Tauhid dan Ilmu Hakikat atau Ilmu Kenal Diri Kenal Allah
Saya akan juga membicarakan Ilmu Hakikat disini sebab IPBBM ini sebenarnya adalah ilmu hakikat yg menumpukan kpd kaedah dan amalan
/////
Semuanya Zat Allah
Tetapi atas KehendakNya Zat Allah Yg Meliputi badan kita itu duduk pada 3 mertabat atau kedudukan berlandaskan kpd tahap kekuatan keupayaan itu
Mertabat pertama atau mertabat lazim ialah Hamba ...Keupayaannya terhad yakni Sifat Maani
BBM sebut mertabat DIRI..
Mertabat kedua ialah mertabat Khalifah yakni mertabat Allah ..Keupayaannya mutlak atau maha maha yakni Sifat Maknuyah
BBM sebut mertabat AKU
Bapak ajarkan kita kenderaan atau buraq utk naik / uruj / mikraj dari mertabat hamba ke khalifah...yakni GERAK yg mendatangkan RASA
Rasa itu petanda atau petunjuk kita sudah duduk dimakam Khalifah
Bapak sebut AKU
Bapak juga ajar kita cara nak Perentah KUN bila duduk makam khalifah. Ini disebut Kunci Wasiat Syahadah atau Alif Lam Mim
Kita sangat bersyukur
Ada yang bapak tak sebut dalam mana mana buku atau syarahannya tetapi guru kita Ayahdipakngah telah menunjukkan cara kita uruj / naik / mikraj kemakam HU yakni INTI Syahadah
Fahami....amal dan gunakanlah agar kita semua jadi manusia baru dgn kehidupan baru ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.