NYAWA ITU IALAH “ RUHKU “ ALLAH
Allah merujuk Nyawa itu dengan perkataan RUHKU. Maksudnya menurut Allah Ruh itu ialah Ruh Allah.
Didalam Al-Quran tiada pula Allah merujuk kepada Ruh itu sebagai Ruh Yang Aku Cipta atau Ruh Milikku. Yang ada Cuma RUHKU.
Hanya penterjemah yang menterjemahkan Al-Quran ke bahasa Melayu menulis didalam kurungan dengan penjelasan bahawa Ruh itu ialah Ruh yang dicipta oleh Allah.
Apa pun Ruh itu, maka nyatalah kepada kita bahawa Ruh itu adalah Ruh Allah dan bukannya Ruh kita sebagai manusia. Maka dikatakanlah bahawa Ruh itu bersifat Rabbaniyah atau bersifat Ketuhanan. Ruh ini berada didalam jasad kita secara khusus.
Maka tidakkah kamu faham akan Firman Allah bahawa Ianya ( Allah ) beserta kamu dimana sahaja kamu berada ..dan saperti FirmanNya yang lain yang bermaksud ...bahkan didalam diri kamu, apakah tidak kamu fikirkan ?
Nyata juga kepada kita bahawa kita ini sebagai manusia terdiri daripada dua perkara yaitu JASAD / TUBUH / BADAN / JASMANI yang berasal dari setitik MANI bapa kita dan sebutir TELUR ibu kita dan yang satu lagi dikenali sebagai NYAWA / RUH / RUHKU ALLAH / NAFS / HATI / QALBU / NUR MUHAMMAD / RUHANI ( dan lain lain nama yang banyak itu ) yang berasal dari Allah .
Ketahuilah juga mani bapa & sebutir telur pun berasal dari Allah juga disimpan didalam jasad ibu & bapa kita . Satu dinamakan ADAM & yang satu lagi dinamakan Muhammad.
Maka ditanya orang , dimanakah Allah ? Dijawab guru ...itulah Rahsianya manusia.
Maka bersabda pula Nabi kita :
Itulah Amanah Allah kepadamu. Maka pulangkanlah amanah itu kepada Pemiliknya yang sebenar yaitu Zat Wajibul Wujud yang Ghaibul Ghyub yang kepadamu menamankan DiriNya sebagai Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.