Pages

Memaparkan catatan dengan label roh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roh. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Oktober 2018

Roh itu termasuk urusan Tuhanku

Allah SWT berfirman:

وَيَسْــئَلُوْنَكَ عَنِ الرُّوْحِ   ۗ  قُلِ الرُّوْحُ مِنْ اَمْرِ رَبِّيْ وَمَاۤ اُوْتِيْتُمْ مِّنَ الْعِلْمِ اِلَّا قَلِيْلًا

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja."
(QS. Al-Isra' 17: Ayat 85)

Ayuh kita semua menerokai bahagian pengetahuan kita yang sedikit berkenaan roh itu untuk anda memahami keupayaan rohani anda sendiri yang pada hakikatnya cukup hebat dan seterusnya menyaksikan kemampuan sebenar diri anda yang selama ini terhijab dari pengetahuan anda.

Selasa, 29 Mei 2018

EMPUNYA BAYANG BAYANG

EMPUNYA BAYANG BAYANG

Pernahkah anda terfikir siapakah AKU itu?
Pernahkah anda terbayang apakah AKU kita itu?

Sebenarnya AKU kita ini adalah ROH kita, bukan badan kasar ini. Badan kasar ini akan mati sekiranya tiada ROH. Sekiranya tiada ROH, badan kita akan hancur binasa.

ROH kita inilah diri kita yang sebenarnya,.ROH ini hidup dan tidak akan mati. ROH inilah juga zat diri kita.

ROH ini juga limpahan Yang Maha Hidup iaitu Allah SWT. Allah itu hidup. Dia mempunyai sifat hidup. Maka hidup(ROH) kita adalah limpahan dari hidup Allah itu.

ROH ini juga digelar "bayangan" Yang Maha Hidup itu. ROH itu bayang kepada Yang Empunya Bayang Bayang. Yang Empunya Bayang Bayang itu ialah Allah, dan ROH kita itu adalah “bayangan” Allah itu. Demikian pendapat-pendapat ahli-ahli Sufi.

Allah itu tidak kelihatan, Maha Ghaib dan tidak ada satu pun yang seumpama denganNya. Bagaimana kita dapat tahu adanya sesuatu yang tidak kelihatan dan tidak terperikan.

Ibarat angin, kita tidak nampak angin, tetapi bagaimana kita tahu angin sedang bertiup dan angin itu ada? Jawabnya, kita tahu adanya angin itu kerana ada kesannya.

Bila daun pokok bergoyang, kita tahu angin sedang bertiup. Kalau kita rasa hembusan, maka itu adalah hembusan angin, sebagainya. Goyangan daun dan rasa hembusan itu adalah tanda-tanda adanya angin. Kita tidak nampak angin tetapi kita tahu adanya angin melalui tanda tandanya.

Demikian jugalah keadaannya dengan Allah SWT. Kita tidak nampak DIa, tetapi kita rasa dan percaya adaNya melalui tanda tandaNya. Tanda tanda Allah itu ialah alam semesta raya ini. Tanda-tanda ini dalam bahasa Arab ialah “ayat”.

Oleh itu, alam semesta raya dan diri kita ini adalah ayat-ayat Allah belaka.

ROH sangat tinggi martabatnya, melebihi peringkat malaikat. Tempatnya disisi Allah yang Maha Tinggi. ROH inilah yang mengenang Allah (zikrullah) seolah-olah kerjanya mengenang Allah sahaja. Seolah-olah makan minumnya “Zikrullah” sahaja.

ROH yang suci ini sentiasa mentauhidkan Allah Yang Maha Suci. Najis padanya ialah menyekutukan Allah. ROH ini sangat cinta kepada Allah SWT. Ia memuja dan memuji Allah sentiasa. Allah itu kekasihnya. Cukuplah Allah itu baginya.

Demikian perhubungan Allah dengan ROH, menurut pandangan ahli-ahli Sufi.

@ via awalludin makrifatullah

Rabu, 2 Mei 2018

Roh orang beriman dibenarkan pulang ke dunia

“MENJELANG bulan Ramadan, roh orang beriman dibenarkan pulang ke dunia bagi mengutip pahala yang dihadiahkan kepada mereka.”

Itulah antara mesej berantai yang banyak tersebar dalam media sosial pada bulan Ramadan.

Ilmu masuk mencurah-curah ke dalam telefon pintar bak hujan mengalir deras tanpa perlu menunggu kuliah di masjid dan surau. Begitu pun, fitnahnya juga tidak kurang hebat kerana sindrom “kemaruk berkongsi tazkirah dan informasi” tanpa tapisan.

Pantang ada tazkirah yang diterima terus mahu dikongsi. Tanpa sedar rupanya yang disangka mutiara ilmu adalah hadis dan fakta palsu yang sangat beracun untuk minda.

Antara tazkirah media sosial yang sangat popular saat ini adalah tazkirah ajaib berkaitan kepulangan roh manusia pada bulan Ramadan. Setakat yang dilihat, pihak yang menyebar mesej ‘Kepulangan roh pada bulan Ramadan’ tidak menyatakan dalil atau hujah yang sahih atas dakwaan tersebut.

Mungkin ini berpunca daripada salah faham terhadap makna perkataan ‘roh’ dalam ayat keempat surah al-Qadar yang bermaksud: Pada malam itu, turun malaikat dan ‘roh’ (iaitu Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). (rujuk al-Qadar: 4)

Roh dalam ayat ini bukan roh manusia seperti yang disangka, tetapi suatu gelaran kemuliaan kepada malaikat Jibril. Bukan sekali Jibril digelar ‘roh’ oleh al-Quran tetapi berkali-kali (al-Baqarah: 87 & 253, al-Ma’idah: 110, al-Nahl: 102, al-Syu’ara’: 192-193 dan al-Naba’: 38)

Selain itu, wajib diingat perihal roh adalah rahsia Allah yang tergolong dalam urusan ghaib. Pengetahuan kita mengenainya pun sangat sedikit, jadi usahlah terlebih bijak daripada Allah. (rujuk al-Isra’: 85)

Sebarang bicara mengenai yang ghaib wajib bersandarkan sumber wahyu seperti al-Quran dan hadis sahih. Tidak cukup sekadar berkata ‘ia ada disebut dalam kitab’ atau ia pernah dikongsi oleh Pak Ustaz dalam media sosial. Fahamilah disiplin ilmu Islam ditegaskan melalui surah al-Naml ayat 65.

Al-Quran menegaskan roh orang yang sudah mati terkurung di alam barzakh sehingga kiamat. Tidak boleh balik semula ke dunia, tidak untuk balik mengutip ‘pahala-siswa’ pada bulan Ramadan atau malam Jumaat dan jauh sekali untuk pulang menjadi hantu membalas dendam. Akurlah kepada firman Allah ini pada surah al-Mu’minun ayat ke-99 hingga 100.

Malahan barzakh itu sendiri dalam takrifnya bermaksud dinding pemisah yang menghalang roh si mati daripada kembali ke dunia. (Tafsir al-Jalalayn)

Jika dikata yang bebas adalah roh manusia yang beriman. Apa dalilnya? Tambahan pula nikmat alam barzakh yang dirasai orang beriman jauh lebih hebat daripada nikmat duniawi. Jadi apa perlunya mereka pulang ke dunia mencari yang biasa serta meninggalkan yang istimewa?

Jika dikata pulang mereka adalah untuk mengutip pahala sedekah anak cucu, maka jawabnya penyaluran pahala boleh sahaja dialirkan terus ke alam barzakh tanpa perlunya mereka balik.

Jika dikatakan ada hadis sahih menyebut orang yang sudah mati masih mampu mendengar sebagaimana bicara Nabi SAW kepada orang kafir quraysh yang terbunuh selepas perang Badar (Sahih Muslim), maka fahamilah hadis itu dengan betul. Rasulullah SAW menyatakan mereka mampu mendengar dan bukannya mampu balik ke dunia selepas mati.

Jika dikatakan ada riwayat menyebut orang hidup bermimpi bertemu orang mati, perlu difahami ini juga bukan dalil roh si mati pulang ke dunia. Ini adalah pertemuan di suatu alam yang hanya Allah sahaja tahu.

Sebahagian ulama menyebut ketika manusia tidur, Allah mempertemukan roh orang yang hidup dengan roh orang yang sudah mati di suatu alam bandingan yang dikenali sebagai ‘alam mithal’ dan bukannya roh si mati itu kembali ke dunia. Prinsip perbincangan mengenainya berpaksi pada ayat ke-42 surah al-Zumar.

Jika dikatakan ada sebuah hadis lemah menyebut mengenai kepulangan roh pada bulan Ramadan, maka jawabnya hadis lemah tidak boleh menjadi hujah agama, apatah lagi untuk menyanggah ayat 99 dan 100 surah al-Mu’minun di atas.

Begitu pun, walau berjela diberikan hujah naqli (wahyu) dan aqli (logik) menafikan kepercayaan karut ini, orang jahil yang tiada disiplin ilmu Islam akan menyanggah dengan ayat `seribu guna’ mereka iaitu: “Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas membebaskan roh yang beriman pada bulan Ramadan atau malam Jumaat.”

Jika begitu logik mereka, maka ini jawapannya: “Malam tadi saya didatangi Jibril as. Jibril memeluk saya erat sambil mengajarkan saya surah al-‘Alaq. Sejurus selepas itu saya dilantik sebagai nabi akhir zaman selepas Nabi Muhammad SAW.”

Menyanggah hukum

Jadi, anda semua perlu beriman kepada kerasulan saya. Jika ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan saya sebagai Rasul, maka ini hujah ‘seribu guna’ saya: “Ia tidak mustahil pada kekuasaan Allah kerana Allah itu Maha Berkuasa. Boleh sahaja Allah dengan kuasanya yang tidak terbatas melantik saya sebagai Nabi akhir zaman selepas Nabi Muhammad.”

Inilah antara contoh ‘disiplin caca-marba’ dalam agama yang diguna pakai oleh sesetengah orang jahil. Memang Allah Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja, tetapi perlu dipahat kemas dalam hati bahawa Allah juga sudah meletakkan sunnatullah atau undang-undang-Nya yang tidak akan diubah. (rujuk al-Ahzab: 62)

Antara sunnatullah yang tidak akan berubah sampai kiamat adalah Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul terakhir. Juga roh orang yang sudah mati tidak boleh pulang sama sekali ke dunia untuk apa sahaja tujuan.

Sebarang dakwaan menyanggah hukum dan undang-undang Allah ini wajib ditolak. Jika tidak, agama suci ini akan jadi ‘agama secukup rasa’ yang bergantung kepada penganutnya. Jika mahu lebih pedas tambahlah cilinya. Jika mahu lebih masin, tambahlah garamnya. Jika mahu lebih manis, tambahlah gulanya. Jika ini disiplin memahami agama ini, hilanglah keagungannya dan runtuhlah kegemilangannya.

Lanjut layari laman sesawang http://www.e-fatwa.gov.my/blog/adakah-roh-orang-yang-mati-boleh-kembali-ke-dunia.

Khamis, 8 Mac 2018

Hakikat Tiupan Ruh

Hakikat Tiupan Ruh
Dari Sudut Pandang Tasawuf

Allah berfirman dalam Surat Shaad ayat 72

فَإِذَا سَوَّيۡتُهُۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُۥ سَٰجِدِينَ ٧٢

Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya ruh-Ku
(QS. Shaad, 38 :72)

Menurut Tuangku Syaikh Muhammad Ali Hanafiah, penggunaan kata “meniupkan” mencerminkan bahwa perbuatan itu adalah kerja Allah secara langsung tanpa melibatkan makhluknya.

Hal itu berbeda ketika menggunakan kata “menciptakan atau menjadikan”, misalnya menciptakan manusia dari saripati tanah karena melibatkan peran banyak pihak, termasuk keterlibatan ibu dan bapak. Namun, penggunaan kata nafakha (meniupkan) menunjukkan adanya proses langsung tanpa perantara.

Apakah Allah memiliki ruh? Sehingga dapat ditiupkan ke dalam diri manusia? Kalau Allah memiliki ruh, apa bedanya dengan makhluk?

Menurut Tuangku, yang dimaksud dengan Ruh-Ku adalah sifat Allah yang termasuk sifat ma’ani, yaitu :

Qudrah (kekuasaan),
Iradah (kehendak),
Ilmu (pengetahuan),
Hayat (kehidupan),
Sama’ (pendengaran),
Bashar (penglihatan),
Kalam (pembicaraan).

Dengan tiupan sifat qudrah Allah, sehingga manusia memiliki kekuasaan atau kekuatan;

Dengan tiupan sifat iradah Allah, sehingga manusia memiliki kehendak atau keinginan;

Dengan tiupan sifat ilmu Allah, sehingga manusia memiliki pengetahuan;

Dengan tiupan sifat hayat Allah, sehingga manusia memiliki kehidupan;

Dengan tiupan sifat sama’ Allah, sehingga manusia memiliki pendengaran;

Dengan tiupan sifat bashar Allah, sehingga manusia memiliki penglihatan; dan

Dengan tiupan sifat kalam Allah, sehingga manusia memiliki perkataan.

Perhatikan firman Allah Swt berikut:

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ruh sifat-Nya ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. (QS. Sajadah, 32:9).

Tiupan tersebut tidak pernah putus hingga ruh tersebut dicabut kembali dari jasad manusia atau di saat mati.

Itulah makna dari salah satu firman Allah yang menjelaskan bahwa “Allah itu lebih dekat daripada urat nadi manusia.”

Betapa tidak lebih dekat, sementara tiupan sifat hayat Allah yang menjadikan manusia itu hidup. Dan ingat, sifat dengan zat tidak pernah berpisah.

Walaupun hidup/hayat itu adalah sifat tetapi hayat itu melekat dan tidak terpisah dengan zat Allah. Artinya, ruh manusia tidak pernah berpisah dengan Allah.

Sekali lagi, Allah meniupkan sifat-Nya ke dalam jasad manusia tidak pernah putus kecuali apabila manusia meninggal dunia. Apabila Allah berhenti meniupkan sifatnya ke dalam tubuh, maka disebutlah tubuh itu sebagai mayat.

Menurut Tuangku, diri manusia ini memiliki tiga unsur, yaitu:

Unsur jasmani
Unsur ruhani
Unsur nurani.

Unsur jasmani meliputi seluruh bagian tubuh fisik manusia, unsur ruhani mencakup hati, akal, dan nafsu; dan unsur nurani mencakup sirr yang ada di dalam hati. Masing-masing unsur tersebut memiliki rasa.

Jasmani memiliki rasa jasmani yang dapat merasakan sesuatu yang bersifat fisikal, seperti manis-pahit, panas-dingin, lembut-kasar, dll.

Ruhani juga memiliki rasa, yaitu rasa ruhani yang bisa merasakan senang-sedih, cinta-benci, damai-marah, dll.

Nurani pula dengan ia memiliki rasa yang dapat merasakan sesuatu yang salah atau benar dan merasakan Allah.

Baca " RASA " Satelit Penangkap Sinyal Keberadaan Tuhan

Segala sesuatu yang dikenali melalui rasa mustahil bagi akal untuk menjelaskan hakikatnya. Hakikat dari manis saja tidak akan mampu menjelaskannya.

Walaupun dibuat banyak buku untuk menjelaskan apa itu manis namun tetap saja tidak mungkin mengenali manis itu, tanpa mencicipinya.

Semua orang yang pernah mencicipi rasa manis tentu mengakui hakikat manis itu sebagai sesuatu yang ada dan nyata, tetapi tidak sanggup mengungkapnya dalam kata atau kalimat. Ini baru rasa jasmani!

Begitu pula dengan rasa cinta. Semua orang yang pernah merasakan cinta, sangat paham tentang hakikat cinta walaupun ianya tidak sanggup menjelaskan hakikat cinta dalam rangkaian kata atau kalimat.  Cinta itu ada dan nyata dan akal tidak akan sanggup menjelaskannya.

Apalagi rasa nurani, ia dapat merasakan suatu kebenaran sejati, bahkan dapat merasakan keberadaan dan kenyataan Allah.

Semua kita punya nurani dan pernah merasakan apa yang dinamakan dengan kebenaran yang datang dari nurani, suatu kebenaran yang tak terpengaruh oleh akal dan nafsu manusia.

Kita sering kali merasakan kedekatan dengan Allah, dan rasa kedekatan itu mustahil bagi akal untuk mengungkapnya dalam bentuk kata atau kalimat.

Atau dengan kata lain, nuranilah yang memiliki potensi untuk menyakini keberadaan Allah dan menyakini akan kenyataan-Nya, bukan akal.

Akal hanya akan mengiyakan apa yang dirasakan oleh nurani, seperti halnya akal hanya akan membenarkan apa yang dirasakan oleh jasmani dan ruhani kita, tetapi tidak akan mampu untuk memikirkan apalagi menjelaskannya.

Dari uraian di atas, dapat dipahami bahwa sesungguhnya hakikat diri manusia itu adalah sama dengan angka NOL. Angka nol itu tidak memiliki nilai walaupun dia ada.

Manusia itu tidak memiliki apa-apa. Semua yang ada di dalam dirinya adalah ciptaan dan tiupan dari Allah. Keberadaan manusia adalah nol yang dapat merasakan keesaan Allah.

Wahai hamba-Ku!

Sesungguhnya jika engkau ingin merasakan Aku ada, maka tiadakan pengakuanmu terhadap dirimu, kemudian rasakanlah (kesyukuran) atas kepunyaan-Ku yang ada padamu, niscaya engkau tidak menemukan hakmu di dalam pengakuan atas kepemilikan daripada kata ‘Aku.’

(Tuangku Syaikh Muhammad Ali Hanafiah, Inilah Aku, hlm. 108)

Materi “Dialog tentang Tuhan” di Masjid Baitul Ihsan, Bank Indonesia, tanggal 16 Desember 2011 atas kerjasama MMBI dan TICI.

( DR. Zubair Ahmad - majelisrabbani.org )

Isnin, 20 November 2017

Allah hubungkan Ruh itu dengan jasad

RAMAI YG KELIRU

Tidak ramai orang yang mengetahui bahwa Ruh-lah yang mengetahui Tuhan.

Sedikit orang yang mengetahui bahwa Allah hubungkan Ruh itu dengan jasad.

Sebab itulah ramai yang berpikir dan merasa bahwa yang bersifat mati ( jasad ) ini yang hidup.

Lupa bahwa yang bersifat hidup (ruh) itulah yang hidup.

Rabu, 5 Julai 2017

JASAD ITU MATI – NYAWA ITU HIDUP

JASAD ITU MATI – NYAWA ITU HIDUP

Disinilah maksud :-

ALLAH MEMUJI DIRINYA DENGAN DIRINYA. Maksudnya ialah Allah MENTAJALLIKAN DIRINYA dalam bentuk manusia dalam pengertian manusia yang dinyatakan diatas.

Disini jugalah maksud :-

Sama ada perbuatan atau diam manusia itu bersifat MUNKAR atau MAKRUF , segala-galanya adalah AF’AL ALLAH belaka kerana pada hakikatnya semua anggota manusia itu mati, tidak boleh bergerak tanpa Nyawa.

Yang menghidupkan Jasad itu ialah HAYAT ALLAH. Maka hiduplah manusia itu dan manusia itu akan mati apabila Nyawa atau Ruh itu dipanggil kembali oleh Allah. Kita katakan manusia itu telah meninggal dunia.

Yang sabenarnya Ruh telah meninggalkan jasad yang mengakibatkan jasad jadi tidak berguna lagi dan perlu dikebumikan. Maksud kebumi disini ialah pergi kebumi atau ditanam didalam bumi.

Rabu, 17 Mei 2017

AKU IALAH ROH

"AKU IALAH ROH"

Tahukah Anda bahwa AKU Anda itu adalah ROH yang datang dari Allah, hidup dengan Allah, dan kembali kepada Allah. Allah itulah pangkalan tempat bertolak, lautan yang dilayari dan pelabuhan tempat berhenti.

Jika dikaji dalam-dalam Anda akan sadar dalam pandangan spiritual bahwa Allah itu adalah tempat awal perjalanan kita. Dialah tempat perjalanan itu sendiri, dan Allah itu jugalah tujuan akhir perjalanan hidup ini.

Tempat bertolak, perjalanan dan tujuan yang dimaksudkan disini bukanlah dari segi pandangan fisik yang tunduk kepada ruang dan waktu.

Tempat perjalanan dan tujuan yang dimaksudkan di sini iailah dari segi pandangan spiritual, perasaan dan khayali (thought) kita.

AKU atau ROH kita adalah tanda-tanda atau ayat-ayat Allah. ROH itu juga bayangannya dan penzahiranNya. Dari segi pandangan spiritual, Allah itulah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Batin dan Yang Zahir.

PANDANGAN AKU

AKU yang paling dalam itu bersifat spiritual. Jika AKU itu dibersihkan pandangannya melalui dzikrullah dan pelatihan spiritual orang-orang Sufi, maka AKU itu akan mencapai satu tahap pandangan dimana ia rasa ada yang adalah Esa juga.

Menurut pandangan ini, ada itu ada bertingkat-tingkat, bertahap-tahap, dan berbagai aspek, namun ia tetap satu. Segala yang ada terlihat, baik yang lahir maupun yang batin, semuanya satu wujud saja, pada hakikatnya. Inilah pandangan AKU yang paling dalam.

AKU ADALAH Ayatullah

Sekali lagi diulangi bahwa AKU Anda itu adalah ROH Anda dan itulah juga diri Anda sebenarnya.

AKU itu juga adalah Ayatullah  (tanda-tanda Allah) karena seluruh alam raya, yang gaib dan yang nyata, adalah tanda-tanda adanya Allah SWT.

AKU itu juga digelar ROHULLAH (ROH ALLAH) karena ROH itu adalah hembusan dari ROH ALLAH atau limpahan dari ROH ALLAH.

AKU itu juga digelar Nurullah (cahaya ALLAH) karena setiap roh itu adalah cahaya. Digelar cahaya karena setiap yang menampakkan sesuatu digelar cahaya.

Nabi-Nabi itu cahaya Allah karena melalui Nabi-Nabi itu kita dapat mengenal Allah melalui ajaran dan didikan mereka. ROH itu cahaya karena melalui ROH itu kita kenal dan ‘nampak’ Allah.

AKU itu juga digelar Ma’lum dalam ilmuNya. Ma’lum artinya ‘yang diketahui’. Allah itu ‘alim (yang mengetahui). Setiap yang mengetahui tentu berpengetahuan (berilmu). Allah itu berilmu, sebab itulah ia ‘alim. Setiap yang ‘alim tentu ada ilmu dan ada hal yang diketahuinya.

Hal yang diketahui itu digelar Ma’lum (yang diketahui). Allah itu ada ilmu dan dalam ilmuNya ada Ma’lum. ROH kita ini termasuk dalam ilmu Allah. Maka ROH kita itu Ma’lum Allah. Maka itulah dikatakan ROH itu Ma’lum dalam ilmu Allah.

MENGENAL ALLAH

AKU atau ROH itulah yang dapat mengenal Allah SWT bukan badan kasar ini yang mengenalNya. Melalui ROH itu kita mengenal Allah. Wadah tempat Allah mentajallikan (menzahirkan) dirinya kepada kita adalah ROH kita. ROH itu digelar juga hati. Bukan hati fisik itu tetapi hati yang bersifat spiritual.

ROH itu memiliki kesadaran (consciousness). Kesadaran tentang wuudnya Allah dan sifat-sifatNya yang terzahir dalam alam semesta raya ini. Yang melihat penzahiran atau tajalli itu adalah ROH kita.

Khamis, 13 April 2017

ROH HARUM & ROH BUSUK

ROH HARUM & ROH BUSUK

Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit."

Kata Hammad :"Kerana baunya harum seperti kasturi." Kata penduduk langit " Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam."

Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman:"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat."

Kata Abu Hurairah selanjutnya:" Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya – kata Hammad, berbau busuk dan mendapat makian-, maka berkata penduduk langit,"Roh jahat datang dari bumi." Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat." (Muslim)

Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman.

Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran melalui firman Allah S.W.T yang maksudnya:

"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (al-Anfal:50).

Rasulullah s.a.w sekalipun dianggap sebagai kekasih Allah turut merasakan kesakitan sakratulmaut. Itupun baginda diperlakukan secara lembut oleh malaikat.

Maka bayangkanlah bagaimana kesakitannya jika kita selaku insan biasa dapat berhadapan dengan situasi ini. Oleh itu seharusnya kita sentiasa berwaspada agar tidak tergolong di kalangan orang-orang yang tidak beriman, lalai dan lupa kepada Allah kerana sudah pasti roh kita nanti bakal ditempatkan di dalam penjara sehingga hari kiamat. 

Isnin, 3 April 2017

BOLEHKAH KITA MELIHAT ZAT ALLAH?

BOLEHKAH KITA MELIHAT ZAT ALLAH?

Sebenarnya tema persoalan tentang boleh ke tidak melihat ZAT Allah itu telahpun banyak dikupaskan dan diperbincangkan dengan begitu panjang lebar oleh para tokoh ilmuan dan ulama serta telah banyak dibukukan pandangan-pandangan tersebut.

Sejak di zaman Nabi saw lagi, isu sedemikian telah mencetuskan suatu polimik yang memihakkan dua golongan pendapat, satu pihak yang diwakili oleh Ummul Mukminin Siti Aisyah yang menentang hebat bahwa ZAT Allah itu tidak boleh dilihat kecuali nanti di dalam akhirat yakni suatu tempat yang bernama syurga.

Ummul Mukminin Aisyah berpegang kuat kepada satu dalil al-Qur’an daripada Surah al-An’am: 103.

Satu pihak yang lain pula tetap menyokong Sayyidina Ibnu Abbas RA dengan kenyataan hadis-hadis yang sahih bahwa Nabi saw memang telah melihat ZAT Allah di peristiwa malam israk mikraj itu, malah bukan hanya melalui pandangan mata hati Baginda tetapi meliputi pandangan mata kepala Baginda sendiri.

Siapakah Sayyidina Ibnu Abbas RA? Beliau adalah sahabat terdekat, murid dan sepupu kepada Nabi saw yang bapanya bernama Abbas bin Abdul Muttalib.

Semasa remajanya beliau banyak belajar langsung dari Nabi saw, terutamanya ilmu tentang ayat-ayat al-Qur’an. Pada suatu ketika di masa remajanya, Nabi saw pernah menyuruhnya membuka ruang mulutnya, lalu Nabi saw meludah ke dalam mulutnya itu.

Sejak dari itu, Sayyidina Ibnu Abbas RA dikatakan sebagai salah seorang sahabat yang sangat luarbiasa dan dikagumi, yang boleh menerangkan tentang rahsia-rahsia dari al-Quran yang kebanyakan para sahabat lain sendiri tidak sampai pengetahuannya.

Sayyidina Umar al-Khattab selalu merujuk kepada Sayyidina Ibnu Abbas tentang sesuatu ayat al-Quran yang sulit difahami secara biasa.

Pada suatu hari Sayyidina Umar al-Khattab dengan sengaja membawa Sayyidina Ibnu Abbas di hadapan sahabat-sahabat yang lain lalu meminta sahabat-sahabat yang lain itu menghuraikan maksud satu surah.

Para sahabat memberikan pendapat dan keterangan yang berbeda-beda. Kemudian  semua pendapat para sahabat itu disanggah oleh Sayyidina Umar al-Khattab lalu menganjurkan supaya para sahabat mendengar sendiri apa yang akan diperjelaskan oleh Sayyidina Ibnu Abbas RA.

Setelah mendengar penjelasan daripada Sayyidina Ibnu Abbas RA, barulah semua sahabat tersedar dan terkejut bahwa apa yang dimaksudkan dalam satu surah al-Qur’an itu menunjukkan petanda bahwa Nabi saw tidak lama lagi akan wafat.

Kaum mazhab Muktazilah dan mazhab Asyaariah tidak menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ibnu Abbas RA kecuali mereka yang terdiri daripada golongan Salafus Soleh yang termasuk kaum Sufi, terutamanya dari hadis-hadis yang berkaitan dengan Nabi saw telah melihat ZAT Allah.

Kaum mazhab Muktazilah ini meletakkan akal fikiran mengatasi kitab suci al-Quran dan hadis-hadis Nabi saw. Manakala kaum mazhab Asyaariyah, pendiri utamanya adalah seorang tokoh yang mulanya berasal dari mazhab Muktazilah, disebabkan adanya pergeseran pendapat maka beliau keluar dari Muktazilah lalu bergabung pula dengan seorang tokoh bernama Imam Mansur al-Maturidi dan kemudian mendirikan mazhabnya yang sendiri bernama Asyaariyah yang berdasarkan kepada nama benarnya Imam Abu Hasan al-Asyaari.

Tokoh al-Asyaariyah ini oleh kerana banyak menguasai teologi filsafat Yunani, lalu menyusun satu metodologi ilmu tauhid atau disebut ilmu kalam yang diasaskan dari teologi filsafat Yunani dinamakannya pula sebagai ilmu Sifat 20 untuk menjelaskan bahwa ZAT Allah itu mempunyai 20 sifat dengan tujuan untuk dijadikan bahan serangan perbahasan kepada kaum Muktazilah yang banyak berhujat dengan akal dan filsafat.

Yang aneh, kaum Asyaariyah mendakwa bahwa mereka sahajalah yang tergolong sebagai Ahlussunnah Wal jamaah, maka barangsiapa yang berbeda pendapat dengannya tidak dikira sebagai Ahlulsunnah Wal Jemaah.

Kaum Asyaariyah ini mengajarkan bahwa ZAT Allah itu sangat-sangat memerlukan Sifat, jika tanpa Sifat maka ZAT Allah itu tidak aktif, tidak ada kualiti dan tidak dapat menzahirkan penciptaanNya.

Misalnya ZAT Allah itu memerlukan Sifat Bashar untuk melihat, memerlukan Sifat Kalam untuk berkata-kata, memerlukan Sifat Sama’ untuk mendengar dan begitulah seterusnya.

Bagi kaum Asyaariyah antara ZAT Allah dan Sifat Allah itu adalah dua perkara yang jauh berbeda, berasingan (terpisah), dan masing-masingnya tersendiri.

Dan menurut pegangannya lagi, Wujud itu bukan satu tetapi terbahagi dua; satu wujud Tuhan dan satu lagi wujud makhluk. Justeru itu, kaum Asyaariyah ini berpegang kepada konsep tauhid dualisme.

Lantaran demikian, kaum Sufilah yang bangkit untuk menentang konsep  tauhid kaum Asyaariah itu yang pada intinya berlandaskan kepada corak teologi filsafat Yunani untuk mengemukakan bahwa ZAT Allah itu hanya memiliki 20 sifat yang wajib dan tidak lebih, antara ZAT dan Sifat saling berbeda hakikatnya.

Kaum Sufi telah menghujahkan bahwa apa yang difahami sebagai Sifat Allah, sebenarnya itulah juga ZAT Allah. Allah melihat dengan ZATNya, berkata-kata dengan ZATNya, mendengar dengan ZATNya dan sebagaimana seterusnya.

Menurut kaum Sufi bahwa ZAT Allah itu sentiasa aktif, sentiasa sibuk mezahirkan sesuatu, jika ZAT Allah itu tidak ada kualiti, maka bagaimanakah ZAT Allah itu dapat mezahirkan Keperkasaan dan KeindahanNya yang mutlak?

Dari tadi ditegaskan bahwa kaum Asyaariyah ini memang menolak semua hadis-hadis yang diriwayatkan Sayyidina Ibnu Abbas RA, padahal banyak ulama hadis berpendapat bahwa hadis-hadis riwayat Sayyidina Ibnu Abbas RA kebanyakan martabatnya adalah sahih dan dikumpulkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Seperti hadis yang meriwayatkan bahwa Nabi saw telah bersaba; “Aku melihat Allah pada wajah seorang pemuda yang tampan dan berjanggut.”

Kebanyakan ulama-ulama sufi seperti di antaranya Imam al-Ghazali dan Syekh Abdul Qadir al-Jilani dan para Salafus Soleh yang lainnya seperti Ibnu Taimiyah yang pada mulanya banyak mengkritik ahli sufi dan tasawuf tetapi kemudiannya berpihak kepada tasawuf dan beliau sendiri adalah termasuk kaum sufi, mempertahankan hadis tersebut adalah sahih riwayat Bukhari dan Muslim, tetapi kaum Asyaariyah mengatakan itu hadis palsu!

Kaum Salafus Soleh yang mempertahankan bahwa Nabi saw telah melihat Allah pada wajah seorang pemuda yang tampan dan berjanggut, mereka mengambil prinsip tidak mentakwilkan hadis tersebut dan terus percaya sahaja kepada matan kebenarannya.

Apa yang menghairankan juga pada sikap kaum Asyaariyah ini, ternyata di dalam kitab suci al-Qur’an Surah Thaha: 10 -14, dimana terdapat sebuah kisah yang menceritakan ketika Nabi Musa semasa perjalanannya di hutan rimba lalu terlihat api, Nabi Musa pun berkata kepada isterinya yang berada di sampingnya itu, “Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawakan untukmu satu cucuhan daripadanya atau aku pergi mendapatkannya di tempat api itu.”

Pada ketika itu memang Nabi Musa sangat memerlukan api di dalam hutan rimba yang dingin dan gelap itu. Kemudian apabila Nabi Musa tiba di tempat api itu yang disangkakan semata-matanya api, tiba-tiba terdengar olehnya seruan dari api itu berkata-kata, “Wahai Musa! Sesungguhnya AKU ini Tuhanmu!

Maka bukalah kasutmu kerana engkau sekarang berada di Lembah Thuwa yang suci. Dan AKU telah memilihmu menjadi Rasul, maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.

Sesungguhnya AKUlah Allah; tiada yang wujud melainkan AKU, demi itu beribadahlah kepadaKu dengan mendirikan solat untuk mengingati AKU!”

Nah, dengan penegasan firmanNya itu apakah menjadi halangan untuk ZAT Allah ingin memperlihatlan kewujudanNya pada sisi yang lain iaitu api?

Mengapakah kaum Asyaariyah tidak menolak kenyataan yang diceritakan di dalam kitab suci al-Quran tersebut lalu menafikan pula kebenaran Nabi saw yang melihat Allah pada sisi wajah seorang pemuda yang tampan dan berjanggut? Sedangkan darjat Nabi saw itu lebih mulia daripada darjat Nabi Musa.

Kaum Asyaariyah dan juga kaum Muktazilah terlalu berpegang kuat kepada prinsip bahwa melihat ZAT Allah itu suatu perkara mustahil atas dalil yang mereka pegang di dalam kitab suci al-Qur’an Surah al-‘Araf: 143

Bahwa pada suatu waktu yang tertentu Nabi Musa telah bermohon kepada Allah agar memperlihatkan ZATNya supaya Nabi Musa dapat melihat RabbNya, maka permintaan Nabi Musa itu telah disanggah oleh firmanNya,

“Engkau sekali-kali tidak akan sanggup melihatKu, (kerana AKU bukan berada di dalam alam ini dan juga bukan berada di luar alam ini).

Tetapi pandanglah kepada gunung itu, maka jika gunung itu tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Allah bertajallikan cahayaNya kepada gunung itu, tiba-tiba gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.

Dengan itu kaum Asyaariyah dan kaum Muktazilah menegaskan prinsipnya, sedangkan Nabi Musa tidak mampu untuk melihat tajalli Tuhan dan gunung lagikan hancur lebur, kini masakan Nabi Muhammad saw melihat ZAT Allah di malam israk mikraj?

Dan dengan itu juga mereka menolak hadis-hadis riwayat Sayyidina Ibnu Abbas RA sebagai hadis palsu dan bahwa sebenarnya Nabi saw  bukan melihat Rabbnya di malam israk mikraj itu.

Sebaliknya apa yang dilihat oleh Nabi saw itu adalah malaikat Jibril yang bersamanya pada ketika perjalanan israk mikraj.

Apakah pula pandangan kaum Sufi terhadap prinsip kaum Asyaariyah dan kaum Muktazilah itu? Maka kaum Sufi telah menjelaskan bahwa kedudukan kisah di antara Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw itu tidak boleh dipersamakan matannya.

Nabi Musa ingin melihat ZAT Allah atas permohonannya sendiri dan caranya sendiri sebagai seorang makhluk yang mempunyai sepasang bola mata untuk melihat. 

Sedangkan Nabi Muhammad saw tidak sekali-kali pernah bermohon kepada Allah untuk melihat ZAT Allah. Maka adapun yang diperlihatkan kepada Nabi saw akan Keagungan ZAT Allah itu adalah atas kehendak Allah sendiri yang mahu membukakan hijabNya kepada Nabi saw.

Bagitupun perjalanan israk mikraj Nabi saw itu bukan atas kemahuan atau usaha Baginda, tetapi Baginda telah diundang oleh Alllah Subhanahu Wa Ta’ala dan dijemput oleh Malaikat Jibril pada malam itu.

Sedangkan Nabi Musa tidak pernah dipelawa oleh Allah untuk melihat ZATNya. Dengan itu Nabi Musa belum cukup bersedia untuk melihat ZAT Allah, sedangkan Nabi Muhammad telah Allah perhiaskan kepada Baginda segala persediaan yang cukup sempurna dan rapi untuk melihat ZATNya.

Maka segala daya usaha untuk mencapaikan cita-cita seseorang supaya dapat melihat ZAT Allah, barang tentunya mustahil kecuali hal itu datangnya daripada anugerah Allah sendiri  kepada hamba-hambaNya yang terpilih untuk melihat ZATNya.

Maka apakah menjadi sesuatu halangan dan mustahil bagi Allah untuk melakukan apa sahaja keinginanNya?

Kaum Asyaariyah beralasan sedangkan gunung Thursina lagikan hancur-lebur apabila Allah bertajallikan cahaya kewujudanNya kerana menurut hukum akal itu juga suatu perkara mustahil,  tetapi bagaimanakah pula ketika Nabi Ibrahim dihumbankan ke dalam unggun api oleh Namrud, maka api itu tidak pula membakar jasad Nabi Ibrahim malah memberikan pula rasa kesejukan?

Api yang memberikan kesejukan dan bukan kehangatan yang membakar, apakah itu mustahil bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk melaksanakannya?

Ternyata melalui kisah Nabi Ibrahim itu, dapat memberikan jawaban bahwa bukan api itu yang berkudrat lalu bertindak sebagai sebab dan akibatnya kecuali Allah jua.

Ketika keadaan gunung Thursina itu hancur lebur, bagaimanakah ia hancur? Apakah gunung itu mempunyai kuasa dan kehendaknya sendiri untuk menjadi hancur dan lebur? Atau Allah sendiri yang menghancurkannya?

Kaum Sufi tidak membedakan pengertian antara ZAT dan Sifat. Bagi mereka setiap wujud lahiriyah itu terdapat juga wujud batiniyahnya.

Maka apabila kita terpandang kepada sesuatu tajalli dan kebesaran ciptaan Allah, itu bererti kita telah telus memandang kepada Af’alNya, memandang telus kepada Af’alNya bererti juga telah telus memandang kepada Nama dan Sifat Allah yang beragam itu, memandang telus kepada Nama dan Sifat Allah bererti telah telus memandang kepada ZAT Allah.

Nama, Af’al dan Sifat itu bukan lain dari ZAT dan terpisah dari ZAT. Hanya kita sebagai makhluk tidak sedar bahwa kita sebenarnya telah sentiasa memandang kepada ZAT Allah itu kemana pun kita berpaling dan menoleh!

BOLEHKAH KITA MELIHAT ALLAH ?

Boleh atau tidak adalah bergantung kepada “PERSEPSI” cara mana kita mentafsirkan soalan di atas.

Persepsi itu pula, boleh jadi boleh, boleh jadi tidak boleh atau boleh jadi tidak boleh dipersepsikan langsung !

Soalnya, yang mana satu yang melihat? Mata atau penglihatan?

Kalau kita melihat dengan mata, kenapa orang buta, ada mata, malah besar, bulat lagi celik, tetapi masih tidak dapat melihat?

Kalau kita melihat dengan mata, kenapa bila kita pejam mata, kita masih nampak gambaran rupa sesuatu?

Cuba kita tutup mata, bukankah kita masih nampak rupa ibu kita? Bukankah kita masih nampak wajah anak kita? Bukankah kita masih nampak rupa kereta, rupa duit, rupa artis, rupa buku dan rupa segala?

Orang buta sekalipun masih boleh melihat dan nampak “gelap” atau “hitam” atau “kelam” meskipun dia tiada kedua biji mata. Ini bermakna kita bukan melihat dengan mata !

Orang buta bukan tidak boleh melihat kerana tidak ada mata, tetapi orang buta tidak boleh melihat kerana tidak ada “Penglihatan”, maka ternyata yang melihat itu bukan mata tetapi yang melihat itu penglihatan.

Penglihatan bukan mata dan mata bukan penglihatan tetapi saling nyata-menyata,  namun tidak sama.

Umpama api dengan panas, umpama garam dengan masin, umpama kaca dengan gelas. Masing-masing berpisah tidak, bercantum pun tidak, tetapi saling nyata-menyata di antara satu dengan yang lainnya.

Api menyatakan panas, panas menyatakan api, tanpa api bagaimana nak mengenal panas, tanpa panas tidaklah api dikatakan api (tiada).

Begitu juga perumpamaan antara mata dengan penglihatan. Mata menyatakan penglihatan (menyatakan perihal yang dilihat) dan penglihatan menyatakan mata (menyatakan perihal yang melihat), tanpa mata bagaimana nak mengenal penglihatan (mengenal apa yang dilihat) dan tanpa penglihatan bagaimana nak mengenal mata.

Namun sebelum mata boleh mengenal penglihatan dan sebelum penglihatan boleh mengenal mata, perlu ada satu syarat. Syarat itu ialah, perlu ada CAHAYA .

Bila ada cahaya baru ada penglihatan dan penglihatan itulah yang dizahirkan kepada mata. Bila ada cahaya, barulah orang buta yang tidak ada dua biji mata sekalipun masih boleh melihat, meskipun yang dilihat itu cuma hitam, atau gelap atau kelam. Cahaya itulah yang menampakkan yang hitam, yang gelap dan yang kelam.

Bila ada cahaya barulah kita boleh melihat rupa ibu kita, rupa isteri kita, rupa anak kita. Bila ada cahaya barulah kita nampak mimpi-mimpi kita tatkala tidur, meskipun mata tertutup rapat.

Cahaya inilah yang diumpamakan sebagai “Roh”. Tanpa roh bermakna mati, bila mati tiadalah penglihatan, hancurlah mata.

Mata itu perkara yang TERSURAT (zahir). Penglihatan itu perkara yang TERSIRAT (batin). Manakala Cahaya itu perkara yang Tersirat di dalam Tersirat.

Zahir (mata) itu boleh dilihat, tetapi perlukan batin (penglihatan) untuk melihat dan batin itu perlukan diri batin(roh) untuk menampakkan. Tanpa diri batin (roh), maka segalanya tidak berfungsi. Mati !

Justeru itu, untuk melihat yang zahir, perlu ada yang batin dan untuk melihat yang batin perlu terlebih dahulu mengenal diri yang batin.

Hanya yang batin boleh melihat yang batin dan hanya yang batin juga boleh mengenal hakikat diri yang batin.

Mata tidak boleh melihat mata, kerana hal “melihat” (penglihatan) itu adalah  hal batin. Bila yang melihat itu hal batin, maka yang nampak juga adalah hal batin.

Bila mata (zahir) melihat mata (zahir), apa yang nampak? Kosong! Tidak  nampak apa-apa!  Kenapa kosong dan tidak nampak apa-apa? Nak nampak apa sedangkan nak melihat diri mata sendiripun tidak boleh dan tak tahu caranya.

Mana mungkin secara zahir, mata kita boleh melihat mata kita sendiri?, melainkan jika kita gunakan perantaraan cermin atau air, atau kamera atau apa saja perantaraan.

Jika kita guna cermin, baru kita nampak penzahiran mata kita di atas cermin. Penzahiran mata dalam wajah di atas cermin itulah hal kita, hal makhluk yang mati yang tak mampu untuk melakukan segala sesuatu wa’imah untuk mengelipkan mata sekalipun.

Penzahiran wajah dicermin itu hanya menerima dan mengikut perlakuan tuan yang empunya diri yang memegang cermin itu.

Wajah pemegang cermin di atas cermin itu nampak macam nyata, tapi hakikatnya ia tidak nyata. Ia hanya penzahiran atau pembalikan wajah si pemegang cermin yang dinampakkan oleh penglihatan ke atas cermin kepada mata.

Hal batin itu boleh “dikiaskan”atau “dizahirkan” untuk dinampakkan secara zahir melalui mata. Tujuan kiasan atau penzahiran itu adalah untuk mengenal diri batin. Bila diri batin itu telah dikenal, maka nyatakanlah diri batin itu dalam setiap sesuatu yang kita lakukan, baik zahir atau batin.

Contohnya begini.

Cuba kita pandang pada sebatang pokok.  Mata (zahir) yang memandang itu dapat melihat pokok kerana adanya penglihatan (batin).

Pokok yang dipandang itu dinampakkan oleh penglihatan pada mata kerana ada cahaya (diri batih/roh). 

Pokok yang “dizahirkan” pada mata itu nampak macam nyata (ada) namun hakikatnya pokok itu tidak nyata! (tidak ada).

Kenapa tidak ada? Sekarang kita pegang pokok yang dinampakkan oleh penglihatan itu. Apa yang kita pegang?

Kalau yang dipegang itu daun, itu bukan pokok, itu daun kepada pokok. Kalau yang dipegang itu ranting, itu bukan pokok, itu ranting kepada pokok.

Kalau yang dipegang itu akar, itu bukan pokok, itu akar kepada pokok.  Begitu juga dengan buah, bunga, dahan, putik dan sebagainya.

Semua itu bukan pokok tetapi adalah buah, bunga, dahan, putik kepada pokok.

Maka yang mana satu pokok? Pokok  tiada! kosong! dan tidak nampak! Setiap kali kita ingin menunjukkan diri pokok, tunjuk kita itu akan menunjukkan diri yang lain.

Ingin menunjukkan pokok, tetapi yang ditunjuk itu daun. Ingin menunjuk pokok, tapi yang ditunjuk itu dahan. Ingin menunjuk  pokok, tapi yang ditunjuk itu buah. Seolah-olah pokok itu hilang bila setiap kali ditunjuk.

Yang ada cuma Nama yang bergelar “pokok”. Pokok itu dinamakan pokok hanya untuk memudahkan kita mengenal akan hal benda yang dizahirkan oleh mata.

Bila ada nama baru mudah untuk kita kenal dan baru mudah untuk kita bercakap tentang perkara yang kita lihat.

Namun, jika pokok tiada, kosong dan tidak nampak, apa pula yang dinampakkan oleh mata itu kalau bukan pokok?

Nampak zahir ada pokok, tapi hakikatnya tiada pokok. Ilmu apa ini, nampak macam ada tapi tiada?

Tiada bukan bermakna tidak wujud. Kalau tidak wujud maka pokok itu tidaklah kita nampak.

Kalau tidak nampak, macam mana pula kita tahu itu pokok? Tentulah bila kita nampak, baru kita kenal itu pokok.

Tiada di sini bermaksud tidak nampak, tidak nampak bukan bermaksud buta. Tidak nampak kerana dek terlalu hampirnya penglihatan dengan mata.

Umpama kita melihat kuku di jari telunjuk, dari jauh kita boleh melihat kuku, tapi bila jari didekatkan hampir bersentuh mata, kita langsung tak nampak kuku.

Kuku tetap ada, tapi kita tiada penglihatan untuk melihat kuku yang teramat dekat dengan mata itu. Dek kerana terlalu dekat itulah, mata tidak nampak akan kuku.

Inilah hakikat pokok. Yang kita nampak itu cuma satu pokok, tetapi dari diri pokok yang satu itulah ia menunjuk dan menyatakan banyak diri-diri yang lain.

Dari diri pokok yang satu itulah kita nampak daun. Dari diri pokok yang satu itulah kita nampak dahan. Dari diri pokok yang satu itulah kita nampak buah, nampak ranting, nampak bunga, nampak akar, nampak hijau, nampak tinggi, nampak bentuk, nampak burung, nampak gerak angin, nampak embun, bahkan nampak hantu sekalipun!!

Sebaliknya, tiap-tiap diri yang satu itu, samada daun, dahan, buah, ranting, bunga, akar, hijau, tinggi, bentuk, burung, gerak angin dan hantu itupun menyatakan tentang diri pokok yang satu itu juga.

Yang satu menyatakan yang banyak dan yang banyak menyatakan yang satu. Saling nyata-menyata tetapi tidak sama. Pokok bukan daun dan daun bukan pokok, tetapi dari pokok itulah daun menyatakan dirinya dan dari daun itulah pokok menyatakan dirinya. Daun juga banyak, tetapi bilangan daun yang banyak itu tetap menunjukkan setiap diri-diri daun yang satu.

Umpama bila kita membilang jari yang ada pada tangan kanan. Nampak ada 5 jari (banyak) tetapi yang 5 jari itu menunjukkan diri ibu jari yang satu.

Yang 5 jari itu, menampakkan jari telunjuk yang satu, nampak jari hantu yang satu, nampak jari manis yang satu, nampak jari kelingking yang satu. Yang nampak pada bilangan ada 5 jari, tetapi tetap menunjukkan diri-diri jari lain yang satu. 

5 jari pun betul, 1 jari pun betul. 5 menunjukkan yang 1, yang 1 menunjukkan yang 5. Saling nyata menyata tetapi tidak sama. 5 bukan 1, dan 1 bukan 5, tetapi kesemuanya Jari.

Hakikatnya, pokok itu perkara batin. Perkara batin tidak boleh dilihat oleh mata zahir. Hanya “mata batin” boleh melihat perkara batin. Hal batin tidak dapat diperjelaskan oleh kata-kata. Hal batin adalah bahasa rasa, bukan bahasa kata-kata.

Begitulah perumpamaannya bila cuba menjawap soalan, Bolehkah kita melihat Allah ?

Mata itu dikiaskan sebagai hal zahir. Melihat (penglihatan) dikiaskan sebagai  hal batin. Roh itu dikiaskan sebagai diri batin. Allah itu dikiaskan sebagai hakikat batin. Yang zahir tidak boleh melihat yang batin. Hanya yang batin dapat melihat yang batin.

Untuk melihat yang batin, matikanlah hal-hal zahir (makhluk). Pulangkan segala sesuatu yang bernama (nama), pulangkan sesuatu yang berbuat (perbuatan), pulangkan sesuatu yang bersifat (sifat)dan pulangkan sesuatu yang berzat (zat) kepada pemilikNya. 

Bila segalanya telah dipulangkan, akan matilah perihal zahir (makhluk), mati nama, mati perbuatan, mati sifat, mati zat.

Bila mati yang zahir, akan hidup dan nampaklah yang batin. Bila nampak yang batin, kelu lidah untuk berkata-kata, kerana tiada kata yang mampu untuk menggambarkan akan apa yang nampak.

Batin adalah bahasa rasa bukan bahasa kata-kata !

Maka, bolehkah kita melihat Allah ?

Lihat lah !!

Selasa, 7 Mac 2017

SEBELUM MENGENAL TUHAN, KENALLAH DIRI.

SEBELUM MENGENAL TUHAN, KENALLAH DIRI.

MENGENAL DIRI :

Diri itu ada dua unsur.

1. Diri zahir berupa jasad.

2. Diri bathin berupa Ruh.

Dan diri itu dapat pula dibagi atas 3 unsur.

1. Diri yang Hak. (diri yang sebenarnya)

2. Diri terperi. (Muhammad)

3. Diri terdiri. (Adam).

Dan Ruh itu ada tiga Martabat.

1. Ruh idhofi (nafas yang keluar masuk)

2. Ruh mukayyat (yang mengedari/yang bergerak keseluruh tubuh)

3. Ruh mutlak (yang tetap pada tempatnya)

Dan Zat itu ada tiga Asma.

1. ZAT illahiyah

2. ZAT masbiyah

3. ZAT addahiyah.

Dan diri zahir ada dua unsur bahagi pula.

1. Jasad yang mengandung Ruh.

2. Ruh yang mengandung Jasad.

Dan diri kita ini mengandung dua aspek.

1. Diri yang bersifat ketuhanan (lahud)

2. Diri yang mengandung kehambaan (nasud)

Dan dalam diri kita ini mengandung tiga Rahsia.

1. Rasa yang Hak (rasa tuhan)

2. Rasa Muhammad (Nur Muhammad)

3. Rasa Adam (rasa yang tercela).

Dan didalam diri kita ini ada suatu perbendaharaan yang tersembunyi : disitu ada mahligai. Didalam mahligai itu ada alat yang halus , ada yang kasar.

Kesemuanya itu adalah berupa amanah Allah dan suatu titipan Allah kepada hambanya. Amanah itu ialah suatu titipan Ruh dan itulah yang wajib kita pelihara dan kita jaga kemurniaannya.

Ruh inilah yang sanggup mengenal Tuhannya. Dan yang sanggup melaksanakan sebagai khalifah didalam bumi ini. Apakah alat yang halus dan kasar itu tadi?

Sekarang marilah kita uraikan satu persatunya.

Adapun diri kita ini ada dua unsur/macam.

Pertama diri zahir berupa jasad. Batang tubuh dengan kelengkapannya seperti ; kaki,tangan,mata hidung,mulut telinga,dan lainnya.

Serta dalam tubuh ini ada Ruh, hati, akal dan nafsu. Yang kesemuanya itu tergolong alam yang disebut alam sagir (alam kecil).Yang kesemuanya itu terjadi dari unsur2 api, angin, air dan tanah.

Inilah yang disebut laksana kuda tunggangan yang menjadi alat bagi hakikat Roh itulah sebagai penunggangnya.

Kedua diri bathin yang berujud qalbu atau Ruh. Bukannya ber-ujud benda dalam tubuh, dan dia tidak akan binasa untuk selamanya. Dialah yang sanggup memerintah jasad, dialah yang mampu mengenal Allah.

Dialah Raja kuasa. Ruh itu raja kuasa dan sanggup mengenal Allah. Apakah sebabnya dikatakan raja kuasa?

Sebabnya ialah kerana ruh itu adalah yang menjadi tempat mashor kenyataan terang benderangnya sifat-sifat Allah.

Ruh Muhammad itulah/adalah dari NUR menyata. Itulah yang dikatakan cahaya yang terang cemerlang yang tiada harapan : Tuhan bertajali kepadanya.

Sebab sifat sifat Allah itu ada pada ZATnya. Maka apabila kita mendakwa kepada Ruh, maka haruslah ditembuskan pandangan kita kepada Sifat dan Zat Allah.supaya tidak terdinding lagi kepada Allah.

Kalau kita terhenti kepada ruh itu saja, tidak kita teruskan kepada Allah, maka kita terdinding kepada Allah.

Kalau masih betah berdiam kepada Muhammad, ber-arti belum kembali atau belum pulang landas kepangkalannya.

Kalau sudah pernah tinggal landas inilah yang dikatakan orang yang bergembira setiap saat. Sedangkan Rasulullah sendiri sebagai asal usul segala kejadian, Roh beliau pulang kembali kepangkalannya, apalagi kita ini.

Ahad, 5 Mac 2017

Roh itu Haqiqat Diri.

Roh itu Haqiqat Diri.

Syeikh Abdul Qodir al-Jailani di dalam kitab "SIRRUL ASRAR" mengatakan;

"Roh adalah haQiQat diri manusia yang sebenar.. Roh adalah Nur Cahaya yang tinggi yang dibaluti dengan beberapa lapisan pakaian sebelum diturunkan ke alam dunia ini agar jasad tidak terbakar"

****

01. Permulaan Penciptaan

Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya.

Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:
"Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku".

Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya
"Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci".
"Mula-mula Allah ciptakan qalam".
"Mula-mula Allah ciptakan akal".

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat Jalal Allah.

Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan". (Al-Maaidah, ayat 15)

Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.

Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya, "Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku".

Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik.

‘Muhammad' adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.

Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan Arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.

"Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah". (Surah Tin, ayat 15)

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal).

Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘roh pemerintah'. Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani'. Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia'. Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.

"Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi". (Surah Ta Ha, ayat 55)

Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.
"Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku...". (Surah Shad, ayat 72)

Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan, dengan darah dan daging dan lupa kepada asal usul kejadian dan perjanjian mereka. Mereka lupa tatkala Allah ciptakan mereka pada alam arwah Dia telah bertanya kepada mereka:
"Adakah aku Tuhan kamu? Mereka telah menjawab:Iya, bahkan!."

Mereka lupa kepada ikrar mereka. Mereka lupa kepada asal usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali kepada tempat asal mereka. Tetapi Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun, sumber kepada segala keselamatan dan pertolongan bagi sekalian hamba-hamba-Nya.

Dia mengasihani mereka lalu Dia hantarkan kitab-kitab suci dan rasul-rasul kepada mereka untuk mengingatkan mereka tentang asal usul mereka.

"Dan Sesungguhnya Kami telah utuskan Musa (membawa) ayat-ayat Kami (sambil Kami mengatakan): hendaklah kamu keluarkan kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka kepada hari-hari Allah".(Surah Ibrahim, ayat 5)

Iaitu ‘ingatkan roh-roh tentang hari-hari di mana mereka tidak terpisah dengan Allah'.

Ramai rasul-rasul telah datang ke dunia ini, melaksanakan tugas mereka dan kemudian meninggalkan dunia ini. Tujuan semua itu adalah membawa kepada manusia perutusan, peringatan serta menyedarkan manusia dari kelalaian mereka.

Tetapi mereka yang mengingati-Nya, yang kembali kepada-Nya, manusia yang ingin kembali kepada asal usul mereka, menjadi semakin berkurangan dan terus berkurangan ditelan zaman.

Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suci berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir di kalangan nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran dan kelalaian.

Allah Yang Maha Tinggi mengutuskannya untuk membuka mata manusia iaitu membuka mata hati yang ketiduran. Tujuannya ialah mengejutkan manusia dari kelalaian dan ketidaksedaran dan untuk menyatukan mereka dengan keindahan yang abadi, dengan penyebab, dengan Zat Allah.

Allah berfirman:
"Katakan: Inilah jalanku yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku kepada Allah dengan pandangan yang jelas (basirah)". (Surah Yusuf, ayat 108).

Ia menyatakan jalan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w dalam menunjukkan tujuan kita telah bersabda, "Sahabat-sahabatku adalah umpama bintang di langit. Sesiapa daripada mereka yang kamu ikuti kamu akan temui jalan yang benar".

Pandangan yang jelas (basirah) datangnya daripada mata kepada roh. Mata ini terbuka di dalam jantung hati orang-orang yang hampir dengan Allah, yang menjadi sahabat Allah.

Semua ilmu di dalam dunia ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam (basirah). Seseorang itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi.

"Dan Kami telah ajarkan kepadanya satu ilmu dari sisi Kami (ilmu laduni)". (Surah Kahfi, ayat 65).

Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu.

Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain, mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak.

Wahai anak-anak Adam, saudara-saudara dan saudari-saudari! Bangunlah dan bertaubatlah kerana melalui taubat kamu akan memohon kepada Tuhan agar dikurniakan-Nya kepada kamu hikmah-Nya. Berusaha dan berjuanglah.

Allah memerintahkan:
"Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti. Yang menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan". (Surah Imraan, ayat 133 & 134).

Masuklah kepada jalan itu dan bergabunglah dengan kafilah kerohanian untuk kembali kepada Tuhan kamu. Pada satu masa nanti jalan tersebut tidak dapat dilalui lagi dan pengembara pada jalan tersebut tidak ada lagi. Kita tidak datang ke bumi ini untuk merosakkan dunia ini.

Kita dihantar ke mari bukan untuk makan, minum dan berak. Roh penghulu kita menyaksikan kita. Baginda s.a.w berdukacita melihat keadaan kamu.

Baginda s.a.w telah mengetahui apa yang akan berlaku kemudian hari apabila baginda s.a.w bersabda, "Dukacitaku adalah untuk umat yang aku kasihi yang akan datang kemudian".

Apa sahaja yang datang kepada kamu datang dalam keadaan salah satu bentuk, secara nyata atau tersembunyi; nyata dalam bentuk peraturan syarikat dan tersembunyi dalam bentuk hikmah kebijaksanaan atau makrifat.

Allah Yang Maha Tinggi memerintahkan kita supaya mensejahterakan zahir kita dengan mematuhi peraturan syarikat dan meletakkan batin kita dalam keadaan yang baik dan teratur dengan memperolehi hikmah kebijaksanaan atau makrifat.

Bila zahir dan batin kita menjadi satu dan hikmah kebijaksanaan atau makrifat dengan peraturan agama (syarikat) bersatu, seseorang itu sampai kepada makam yang sebenarnya (hakikat).

"Dia alirkan dua laut, padahal kedua-duanya bertemu. Antara dua itu ada dinding yang kedua-duanya tidak mampu melewatinya". (Surah Imraan, ayat 19 & 20).

Kedua-duanya mesti menjadi satu. Kebenaran atau hakikat tidak akan diperolehi dengan hanya menggunakan pengetahuan melalui pancaindera dan deria-deria tentang alam kebendaan.

Dengan cara tersebut tidak mungkin mencapai matlamat, sumber, iaitu Zat. Ibadat dan penyembahan memerlukan kedua-duanya iaitu peraturan syarikat dan makrifat.

Allah berfirman tentang ibadat:
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku". (Surah Dzaariyat, ayat 56).

Dalam lain perkataan, ‘mereka diciptakan supaya mengenali Daku'. Jika seseorang tidak mengenali-Nya bagaimana dia boleh memuji-Nya dengan sebenar-benarnya, meminta pertolongan-Nya dan berkhidmat kepada-Nya?

Makrifat yang diperlukan bagi mengenali-Nya boleh dicapai dengan menyingkap tabir hitam yang menutupi cermin hati seseorang, menyucikannya sehingga bersih dan menggilapkannya sehingga bercahaya. Kemudian perbendaharaan keindahan yang tersembunyi akan memancar pada rahsia cermin hati.

Allah Yang Maha Tinggi telah berfirman melalui rasul-Nya:
"Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi. Aku suka dikenali, lalu Aku ciptakan makhluk supaya Aku dikenali".

Tujuan suci diciptakan manusia ialah supaya mereka mengenali Allah, memperolehi makrifat.

Ada dua peringkat makrifat yang suci. Seseorang itu perlu mengenali sifat-sifat Allah dan dalil-dalil yang menjadi kenyataan atau penzahiran bagi sifat-sifat tersebut.

Satu lagi ialah mengenali Zat Allah. Di dalam mengenali sifat-sifat Allah manusia secara zahirnya dapat menikmati kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat.

Makrifat yang memimpin kepada Zat Allah tidak diperolehi dengan diri zahir manusia. Ia terjadi di dalam jiwa atau roh suci manusia yang berada di dalam dirinya yang zahir ini.

"Dan Kami telah perkuatkan dia (Isa) dengan roh kudus". (Surah Baqarah, ayat 87).

Orang yang mengenali Zat Allah menemui kuasa ini melalui roh kudus (suci) yang dikurniakan kepada mereka.

Kedua-dua makrifat tersebut diperolehi dengan hikmah kebijaksanaan yang mempunyai dua aspek; hikmah kebijaksanaan kerohanian yang di dalam dan pengetahuan zahir tentang benda-benda nyata. Kedua-duanya diperlukan untuk mendapatkaan kebaikan.

Nabi s.a.w bersabda, "Pengetahuan ada dua bahagian. Satu pada lidah yang menjadi dalil tentang kewujudan Allah, satu lagi di dalam hati manusia. Inilah yang diperlukan bagi melaksanakan harapan kita".

Pada peringkat permulaannya seseorang itu memerlukan pengetahuan syarikat. Ini memerlukan pendidikan yang mengenalkan dalil-dalil luar tentang Zat Allah yang menyata di dalam alam sifat-sifat dan nama-nama ini.

Apabila bidang ini telah sempurna sampailah giliran pendidikan kerohanian tentang rahsia-rahsia, di mana seseorang itu masuk ke dalam bidang makrifat yang murni untuk mengetahui yang sebenarnya (hakikat).

Pada peringkat yang pertama seseorang itu mestilah meninggalkan segala-galanya yang tidak dipersetujui oleh syariat malah, kesilapan di dalam melakukan perbuatan yang baik mestilah dihapuskan. Perbuatan yang baik mestilah dilakukan dengan cara yang betul, sebagaimana keperluan pada jalan sufi.

Keadaan ini boleh dicapai dengan melatihkan diri dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dipersetujui oleh ego diri sendiri dan melakukan amalan yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu.

Berhati-hatilah di dalam beramal agar amalan itu dilakukan bukan untuk dipertontonkan atau diperdengarkan kepada orang lain. Semuanya mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah, demi mencari keredaan-Nya.

Allah berfirman:
"Barangsiapa berharap menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan sesuatu dengan Allah dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Surah Kahfi, ayat 110).

Apa yang dihuraikan sebagai daerah makrifat itu adalah tahap penghabisan bagi daerah kejadian yang pertama. Ia adalah permulaan dan merupakan rumah yang setiap orang kembali ke sana. Di sanalah roh suci dijadikan. Apa yang dimaksudkan dengan roh suci adalah roh insan. Ia dijadikan dalam bentuk yang paling baik.

Kebenaran atau hakikat tersebut telah ditanam di tengah-tengah hati sebagai amanah Allah, diamanahkan kepada manusia agar disimpan dengan selamat. Ia bangkit dan menyata melalui taubat yang sungguh-sungguh dan usaha sebenar mempelajari agama.

Keindahannya akan memancar ke permukaan apabila seseorang itu mengingati Allah terus menerus, mengulangi kalimah "La ilaha illah Llah".

Pada mulanya kalimah ini diucapkan dengan lidah. Bila hati sudah hidup ia diucapkan di dalam, dengan hati.

Sufi menggambarkan keadaan kerohanian yang demikian dengan menganggapnya sebagai bayi, iaitu bayi yang lahir di dalam hati, dibela dan dibesarkan di sana. Hati memainkan peranan seperti ibu, melahirkannya, menyusun, memberi makan dan memeliharanya.

Jika anak-anak diajarkan kepakaran keduniaan untuk kebaikannya, bayi hati pula diajarkan makrifat rohani. Sebagaimana kanak-kanak bersih daripada dosa, bayi hati adalah tulen, bebas daripada kelalaian, ego dan ragu-ragu. Kesucian bayi biasanya menyata dalam bentuk zahir yang cantik.

Dalam mimpi, kesucian dan ketulenan bayi hati muncul dalam rupa malaikat. Manusia berharap mendapat ganjaran syurga sebagai balasan kepada perbuatan baik tetapi hadiah-hadiah yang didatangi dari syurga didatangkan ke mari melalui tangan-tangan bayi hati.

"Dalam kebun-kebun kenikmatan...melayani mereka anak-anak muda yang tidak berubah keadaan mereka".(Surah Waqi'ah, ayat 12 - 17 ).

"Melayani mereka adalah anak-anak muda laksana mutiara yang tersimpan". (Surah Tur, ayat 24).

Mereka adalah anak-anak kepada hati, menurut yang diilhamkan kepada sufi, dipanggil anak-anak kerana keelokan dan ketulenan mereka. Keindahan dan ketulenan mereka menyata dalam kewujudan zahir, dalam darah daging, dalam bentuk manusia.

Oleh kerana keelokan dan kelembutan sifatnya ia dinamakan anak-anak hati, tetapi dia adalah manusia sejati yang mampu mengubah bentuk kejadian atau ciptaan kerana dia berhubung erat dengan Pencipta sendiri.

Dia adalah wakil sebenar kemanusiaan. Di dalam kesedarannya tidak ada sesuatu malah dia tidak melihat dirinya sebagai sesuatu. Tiada hijab, tiada halangan di antara kewujudannya dengan Zat Allah.

Nabi Muhammad s.a.w menggambarkan suasana demikian sebagaimana sabda baginda s.a.w, "Ada masa aku dengan Allah di mana tiada malaikat yang hampir dan tidak juga nabi yang diutus".

Maksud ‘nabi' di sini ialah kewujudan lahiriah yang sementara bagi Rasulullah s.a.w sendiri. Malaikat yang paling hampir dengan Allah ialah cahaya suci Muhammad s.a.w, kejadian pertama.

Dalam suasana kerohanian itu baginda s.a.w sangat hampir dengan Allah sehingga wujud zahirnya dan rohnya tidak berkesempatan menghijabkannya dengan Allah.

Baginda s.a.w menggambarkan lagi suasana demikian, "Ada syurga Allah yang tidak ada mahligai dan taman-taman atau sungai madu dan susu, syurga yang di dalamnya seseorang hanya menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci".

Allah s.w.t berfirman:
"Beberapa muka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya dia memandang". (Surah Qiamat, ayat 22 & 23).

Pada suasana atau makam tersebut jika seseorang makhluk termasuklah malaikat mendekatinya kewujudan badannya akan terbakar menjadi abu. Allah s.w.t berfirman melalui rasul-Nya:

"Jika Aku bukakan penutup sifat keperkasaan-Ku dengan bukaan yang sangat sedikit sahaja, semua akan terbakar sejauh yang dilihat oleh pandangan-Ku".

Jibrail yang menemani Nabi Muhamamd s.a.w pada malam mikraj, apabila sampai di Sidratul Muntaha, telah mengatakan jika dia melangkah satu langkah sahaja lagi dia akan terbakar menjadi abu.

Jumaat, 3 Mac 2017

SYAHIDA yang membawa maksud MEMBERI PERSAKSIAN

HAKIKAT SYAHADAH

Dalam bahasa Arab, perkataan SYAHADAH adalah satu perkataan KATA NAMA (noun) yang berasal dari perkataan SYAHIDA yang membawa maksud MEMBERI PERSAKSIAN.

PERSPEKTIF SAINS

Dalam perspektif sains, TENAGA dikatakan sebagai satu-satunya hal yang telah semulajadi TERSEDIA ADA.

Tenaga tidak dapat dicipta dan tidak pula dapat dimusnahkan, namun TENAGA boleh berubah atau diubah dari satu NAMA  atau dari satu KELAKUAN atau dari satu SIFAT atau dari satu SUMBER kepada apa-apa nama, kelakuan, sifat atau sumber yang lain.

TENAGA semulajadi yang telah TERSEDIA ADA ini sangat kreatif dan misteri hingga para sarjana masih tidak dapat merungkaikan hal asal usul TENAGA ini.

Dari satu Sumber TENAGA semulajadi, hal tenaga itu datang dan kepada satu Sumber TENAGA semulajadi, hal tenaga itu berakhir.

Saintis mula mengkaji hal TENAGA ini melalui aliran sains bernama FIZIK. Kajian fizik mendapati TENAGA adalah melangkaui logik, tetapi masih dapat difahami.

Hal melangkaui logik ini menyebabkan lahirnya cabang baru dalam ilmu fizik bernama QUANTUM FIZIK.

Dari quantum fizik, saintis mendapati TENAGA adalah hal yang sangat mistik untuk dirungkaikan melalui sains, dari situ pula timbullah cabang baru dalam ilmu fizik yang bernama METAFIZIK.

Cabang sains Metafizik inilah yang mengkaji hal TENAGA yang melangkaui logik lagi misteri ini.

LOGIK vs MISTERI

Jasad MANU-SIA adalah hal TENAGA. Roh yang menggerakkan jasad ini juga adalah hal TENAGA yang sama tetapi berlainan sifat.

Makanya, dalam konteks diri MANU-SIA, Roh itu adalah biasan CAHAYA yang terhasil dari TENAGA semulajadi yang tersedia ada itu.

Bila TENAGA itu terbias, maka NAMA TENAGA itupun berubah kepada CAHAYA. Arab menggelarkannya Roh.

Cahaya adalah hal yang menghidupkan segala sesuatu, tanpa cahaya, segalanya mati, namun cahaya juga bersumber dari TENAGA semulajadi itu, tanpa TENAGA, cahaya juga tidak akan bercahaya kerana cahaya memerlukan geseran (kelakuan).

Geseran pula akan mengeluarkan FREKUENSI tertentu dan dari geseran yang ada frekuensi itulah nantinya keluar cahaya (sifat).

RENUNG-RENUNGKAN....

TENAGA semulajadi yang tersedia ada itu bertindak sebagai PEMERHATI (observer) akan segala hal yang dilakukan oleh CAHAYA.

TENAGA hanya MENYAKSIKAN hal yang dilakukan oleh  cahaya. Cahaya itu boleh membahagiakan dan cahaya juga boleh memusnahkan kerana sumber cahaya itu adalah dari TENAGA yang bersifat Neutral.

APA YANG HENDAK DISAKSIKAN ?

Hendaklah sentiasa berterusan tanpa putus menjadi PEMERHATI YANG MENYAKSIKAN segala pertukaran hal NAMA, segala pertukaran hal KELAKUAN, segala pertukaran hal SIFAT dan segala pertukaran hal SUMBER/Asal-Usul si TENAGA yang menzahirkan DiriNya sebagai CAHAYA.

Bila sedetikpun engkau si cahaya ini tidak terpisah menyaksikan (syahadah) akan setiap hal yang berlaku melalui DERIA PENGAMATAN engkau, itu tanda engkau SELAMAT. Arab memanggil Selamat itu Islam.

Inilah syahadah yang dituntut. Bukan sekadar syahadah lafaz di lidah kerna jika sekadar lafaz di lidah, burung tiong juga pandai lafaz syahadah.

PENYAKSIAN dalam hal-hal MEMERHATIKAN inilah yang sangat-sangat dituntut untuk membolehkan seseorang itu SELAMAT sehingga berulang ulang kali disebut di dalam Quran...

"TIDAKKAH KAMU MEMERHATIKAN ?"

Sebab itu Syahadah, menjadi Rukun Islam yang pertama. Jika engkau lalai dan tidak MENYAKSIKAN (syahadah) maka tidak SELAMATLAH (Islam) engkau !

Selamat Bersyahadah !

Rabu, 1 Mac 2017

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20

Allah memudahkan kita untuk mengenali Sifat / Asma’ & Af’alNya kerana Allah menghuraikannya didalam Al-Quran.

Allah juga berfirman bahawa cara termudah untuk mengenaliNya ialah dengan melihat dan mengenali RAHSIANYA yaitu DIRI KITA sendiri.

Nabi pula bersabda : Sesiapa yang mengenali dirinya pasti mengenal Tuhannya. Ini adalah kerana Allah telah mengistiharkan bahawa makhluk yang paling sempurna yang telah diciptaNya ialah manusia itu sendiri. Maksudnya kita sebagai manusia lebih sempurna daripada Malaikat apatah lagi Iblis.

Jadi kenapakah kita tidak mengakui akan kebenaran Kalam Allah dan kebenaran Sabda Nabi kita dan memilih untuk percaya pula kepada kata kata ulamak zaman ini yang mengatakan Ilmu Mengenal Diri itu sesat dan menyesatkan. Tanpa mengkaji dan berfikir orang memilih untuk mengikut sahaja.

Soal MENGENAL DIRI SENDIRI bukanlah soal yang mudah dan boleh dipermudahkan.

Apakah yang dikatakan sebagai DIRI itu ? Adakah ianya jasad kita atau nyawa kita atau kedua-duanya sekali atau DIRI itu perkara lain yang tiada kaitan dengan jasmani atau nyawa kita ?

ASAS ILMU HAKIKAT IALAH SIFAT 20

Dalam kebingungan ini , disini dikatakan bahawa asas utama untuk mengenal apakah yang dikatakan DIRI itu ialah mendalami Sifat 20 Yang Wajib bagi Allah dan meneliti kaitan atau hubungan Sifat 20 ini dengan yang dikatakan DIRI kita itu.

Sifat 20 ialah Sifat Sifat Allah yang wajib kita tahu dan faham. Sementara itu jangan pula kita beranggapan bahawa Sifat Sifat Allah itu cuma ada 20 sahaja.

Mahasuci Allah dari kekurangan itu sedangkan kita manusia diciptaNya melebehi 20 sifat. Mengikut Ibnu Arabi tiap tiap satu objek adalah Sifat Sifat Allah. Yang demikian Sifat Sifat Allah itu tidak terkira banyaknya.

Orang orang yang mengkaji Sifat 20 dan berupaya mangaitkan Sifat Sifat itu dengan dirinya akan mudah Mengenal Allah dan RasulNya dan memahami apa yang dikatakan DIRInya itu.

Seterusnya dia memahami akan Firman Allah melalui Hadith Qudsi yang manyatakan bahawa manusia itu adalah Rahsia Allah dan Allah sendirilah yang menjadi RahsiaNya.

MENGENAL RASUL

Disini dikatakan bahawa yang dikatakan DIRI SENDIRI itulah RASUL atau PENYAMPAI yang diamanahkan oleh Allah.

Rasul ini wujud bersama kita setiap detik & ketika selagi kita masih bernafas. Dialah yang dikatakan RAHSIANYA & AMANAHNYA.

Tugas Rasul ialah menyampaikan amanah yaitu Hak Allah kepada yang diamanahkan kepada Rasul itu dan tugas yang menerima amanah pula ialah MEMULANGKAN amanah ( yang dikatakan hak allah itu ) kepada Yang Empunya Amanah yaitu Zat Wajibul Wujud itu sendiri.

Mengenal Rasul adalah lebih mudah berbanding Mengenal Allah. Ini adalah kerana Rasul itu manusia.

Perbezaan Rasul dengan manusia biasa ialah Rasul itu terpelihara sifatnya oleh Allah yaitu dijamin bersifat SIDDIQ / TABLIQ / AMANAH & FATONAH.

Namun begitu Rasul Zahir yang terakhir telah wafat. Pada hakikatnya tiada saorang pun manusia yang ada didunia sekarang ini berupaya menggambarkan manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah itu dengan tepat.

Yang demikian apa yang perlu kita kenal sekarang ini ialah RASUL DIRI KITA SENDIRI yang oleh Arif dirujuk sebagai Muhammad Mustaffa Rasul Allah.

Rasul ini juga disebut sebgai RASUL BATIN dan disebut juga sebagai RUH atau NYAWA.

YANG HIDUP & MENJALANKAN KEHIDUPAN ITU IALAH RUH

YANG HIDUP & MENJALANKAN KEHIDUPAN ITU IALAH RUH

Saudaraku,

Apabila kamu membaca risalah ini dengan kuat ( bersuara ), geraklaku kamu adalah lebih kurang begini :-

Mata kamu melihat tulisan, otakmu mengenal huruf huruf dan menterjemahkannya kepada faham serta mengarahkan lidahmu bergerak mengikut tone tertentu bersama gerak halkommu dan terkeluarlah bunyi hingga terdengar oleh telingamu.

Perkara diatas boleh berlaku , kerana kamu masih hidup. Mata orang mati walaupun masih ada dan tidak cacat sudah tidak boleh melihat lagi. Otak mayat tidak lagi boleh menterjemah kepada faham kerana tiada apa apa isyarat atau gelombang yang dihantar oleh mata.

Lidah dan halkom sudah tidak boleh bergerak lagi. Malah tiada satu anggota orang mati yang boleh berfungsi kerana semuanya sudah MATI.

Kenyataan mati diertikan sebagai sudah TIDAK BERNYAWA lagi atau NYAWA SUDAH MENINGGALKAN JASAD. Sebab itulah orang mati disebut sudah meninggal.

Maka nyatalah kepada kita bahawa NYAWA-lah yang HIDUP bukannya JASAD atau TUBUH BADAN kita.

Mata Nyawa-lah yang melihat bukan mata kepala. Otak nyawalah yang berfikir bukan otak badan ..dan sebagainya.

Adalah juga jelas bahawa anggota anggota kita yang dihidupkan itu hanya alat alat milik Nyawa. Maka kita katakanlah bahawa YANG MENGHIDUPKAN JASAD atau TUBUH ialah NYAWA.

Isnin, 27 Februari 2017

NYAWA ITU IALAH “ RUHKU “ ALLAH

NYAWA ITU IALAH “ RUHKU “ ALLAH

Allah merujuk Nyawa itu dengan perkataan RUHKU. Maksudnya menurut Allah Ruh itu ialah Ruh Allah.

Didalam Al-Quran tiada pula Allah merujuk kepada Ruh itu sebagai Ruh Yang Aku Cipta atau Ruh Milikku. Yang ada Cuma RUHKU.

Hanya penterjemah yang menterjemahkan Al-Quran ke bahasa Melayu menulis didalam kurungan dengan penjelasan bahawa Ruh itu ialah Ruh yang dicipta oleh Allah.

Apa pun Ruh itu, maka nyatalah kepada kita bahawa Ruh itu adalah Ruh Allah dan bukannya Ruh kita sebagai manusia. Maka dikatakanlah bahawa Ruh itu bersifat Rabbaniyah atau bersifat Ketuhanan. Ruh ini berada didalam jasad kita secara khusus.

Maka tidakkah kamu faham akan Firman Allah bahawa Ianya ( Allah ) beserta kamu dimana sahaja kamu berada ..dan saperti FirmanNya yang lain yang bermaksud ...bahkan didalam diri kamu, apakah tidak kamu fikirkan ?

Nyata juga kepada kita bahawa kita ini sebagai manusia terdiri daripada dua perkara yaitu JASAD / TUBUH / BADAN / JASMANI yang berasal dari setitik MANI bapa kita dan sebutir TELUR ibu kita dan yang satu lagi dikenali sebagai NYAWA / RUH / RUHKU ALLAH / NAFS / HATI / QALBU / NUR MUHAMMAD / RUHANI ( dan lain lain nama yang banyak itu ) yang berasal dari Allah .

Ketahuilah juga mani bapa & sebutir telur pun berasal dari Allah juga disimpan didalam jasad ibu & bapa kita . Satu dinamakan ADAM & yang satu lagi dinamakan Muhammad.

Maka ditanya orang , dimanakah Allah ? Dijawab guru ...itulah Rahsianya manusia.

Maka bersabda pula Nabi kita :

Itulah Amanah Allah kepadamu. Maka pulangkanlah amanah itu kepada Pemiliknya yang sebenar yaitu Zat Wajibul Wujud yang Ghaibul Ghyub yang kepadamu menamankan DiriNya sebagai Allah.

Jumaat, 6 Januari 2017

Roh Bagai Burung Di Dalam Sangkar

Roh Bagai Burung Di Dalam Sangkar

Jasad batin (roh) kita sewaktu masih berada di alam roh, iaitu sebelum dimasukkan ke dalam sangkarnya (jasad lahir) memang sudah mengenal Allah, seperti dalam firman-Nya:

Terjemahannya: (Allah bertanya kepada roh) "Bukankah aku Tuhanmu?". Roh menjawap: "Ya, kami akui Engkau Tuhan kami." (Al-`Araaf:172)

Sebelum masuk ke dalam badan roh kita sudah mengenal Allah, bahkan sudah menyaksikan ketuhanan Allah dan sudah mengakui kehambaan pada Allah. Tetapi ketika dilahirkan kedunia, roh dikurung dalam jasad lahir bersama-sama musuhnya nafsu dan syaitan.

Tentang nafsu, Allah SWT berfirman: Terjemahannya: "Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan." (Yusuf: 53)

Dan Nabi pula bersabda: Maksudnya: "Sejahat-jahat musuhmu ialah nafsumu yang terletak di antara dua lambungmu." (Riwayat Al Baihaqi)

Sedangkan tentang syaitan Allah berfirman:
Terjemahannya: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia." (Yusuf: 5)

Berhadapan dengan dua musuh batin itu, roh menjadi lemah (rosak atau hilang rasa kehambaan). Walaupun dia sudah mengenal Allah SWT, tahu wujud dan Maha Perkasanya Allah, tetapi roh tidak pandai mentaati perintah Allah. Bujukan serta tarikat syaitan dan hawa nafsu lebih kuat dan berpengaruh.

Roh sudah derhaka pada Tuhan, seakan-akan sudah tidak kenal Tuhan. Roh terbelenggu di dalam jasad, dikongkong oleh nafsu dan syaitan itu.

Roh sudah tidak takut dan malu lagi pada Tuhan. Roh tidak rindu dan tidak cinta lagi pada Tuhan, tidak merasa hina dan rendah diri serta bersifat ketuanan.

Roh sudah sombong, keras, hasad-dengki, tamak, pendendam, bakhil, gila dunia, kuat makan, gemar tidur dan lain-lain. Menyerupai kehendak nafsu yang terkutuk itu.

Roh sudah dikuasai oleh jasad lahir yang beku (bersifat seperti tanah kerana dicipta dari tanah).

Laksana burung, roh terkurung dalam sangkar. Kerana sangkar itu kuat maka burung terpaksa terkurung didalam sangkar yang sempit dan menyiksa.

Sebaliknya kalau burung lebih kuat dari sangkar, burung akan dapat memecahkan sangkar dan dapat terbang bebas ke seluruh alam.

Demikianlah kalau roh kita lebih kuat dari nafsu dan syaitan. Roh dapat menundukkan nafsu dan syaitan.

Saat itu bukan jasad lagi yang menguasai roh tetapi roh yang menguasai jasad lahir. Roh akan bebas melakukan kehendak dan mentaati perintah Allah SWT. Roh akan terbang bebas kemana-mana dan dapat merasakan perkara-perkara ghaib.

Itulah yang terjadi kepada roh para Nabi, Rasul dan Wali-wali Allah. Roh tidak lagi dibelenggu dalam jasad lahir oleh nafsu dan syaitan tetapi sudah bebas, sudah dapat menundukkan nafsu dan syaitan dibawah kehendaknya.

Sudah melihat alam rohani, alam malakut dan alam jin. Jasad lahir tidak bererti apa-apa lagi kerana sudah dikuasai oleh roh untuk menyembah Allah sepanjang masa.

Lain halnya dengan jasad lahir, roh bukan dibuat dari tanah tetapi dari nur (cahaya) yang serupa dengan Malaikat. Sebab itu roh yang sudah bebas dari kongkongan nafsu dan syaitan akan bergerak bebas seperti cahaya, tembus disetiap ruang dan bidang.

Pandangan roh adalah pandangan tembus yang dapat membaca hati dan batin manusia. Kerana itu bersabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Takutilah firasat (pandangan tembus) orang mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah." (Riwayat At Tarmizi)

Itulah rahsia diri kita yang mesti kita sedari. Bila kita sedar hakikat kejadian kita itu, barulah akan terjadi apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Maksudnya: "Barangsiapa yang kenal dirinya, maka dia pasti kenal Tuhannya."

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Jumaat, 23 Disember 2016

MENGENAL ALLAH MELALUI MENGENAL DIRI SENDIRI

MENGENAL ALLAH MELALUI MENGENAL DIRI SENDIRI

Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya.

Adapun yang dimaksudkan diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT.

Pada abad modern ini, ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya.

Yang dimaksudkan dengan sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang datang dan akan kembali kepada Allah SWT.

Ulama Ilmu ketuhanan atau Ilmu Tauhid berpegang kepada bahawa diri ini merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan: “Siapa yang mengenal Tuhannya.”

Dikalangan ulama tasauf atau ulama Ilmu ketuhanan selalu menasihatkan, ”carilah diri kamu dalam diri.”maksudnya, ialah menyuruh agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu.

Apabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat adanya Allah SWT.

Walaupun didalam Al Quran ‘diri’ itu disebut dengan belbagai istilah, tetapi tujannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia supaya berfikir bahawa betapa luasnya ‘diri’ yang hakikat itu didalam manusia.

Diri manusia dilengkapi oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu, kemudian sifat-sifat tersebut dinilai atau dihisab, samaada baik ataupun buruk.

Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkannya.”

Allah menjelaskan kepada kita tentang istilah jiwa dan sifat-sifat yang terdapat pada jiwa, iaitu pendengaran, penglihatan disamping roh juga akan diuji tentang ketaqwaannya kepada Allah.

Itulah sebabnya ketika Allah berfirman kepada roh-roh atau jiwa, ianya sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah jasad, lalu Allah menjadikan Adam.

Roh telah berikrar dan berjanji kepada Allah, maka untuk membuktikan dan berbuat sesuatu maka roh memerlukan tempat iaitu jasad.

Istilah batin disebut juga dalam Al Quran dengan Qalbu. Seandainya Qalbi tersebut diterangi dengan nur maka selamatlah seseorang itu. Maka sekiranya tiada Nur, gelaplah seseorang itu.

Qalbi mestilah mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah saja yang boleh menentukannya. Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam diri berupa nafas, akal. nafsu dan roh, bila menjadi satu maka dinamakan dengan insan.

Qalbi didalam Al Quran diistilah sebagai diri atau hati. Qalbi sebenarnya mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut dilaksanakan mengikut nilai-nilai diri itu sendiri.

Firman Allah SWT maksudnya:
“Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yang membersihkan jiwanya, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (As Sham: 9-10)

Wassalam

Ahad, 27 November 2016

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI

Assalamualaikum.. Wbt,

Salam Makrifat Buat Semua....

Hadis Qudsi ada Menyebut,

Manusia itu Rahsia ku,
Dan Rahsia Itu Adalah Aku.

Jadi Soalnya Apakah Yang Di Katakan Rahsia itu???

Aku Adalah Rahsia Yang Tersembunyi Maka Suka Aku Untuk di Kenali.

Aku Jadikan Alam ini Mengenal Dia Akan Daku.

Man Arafa panaf sahu Fakod Arafa Parab bahu
Fakod Arafa Parobbahu Fakad la jasad.

Barang siapa Mengenal Diri Mengenal Dia Akan Allah,
Barang siapa Mengenal Allah Binasa Jasad.

Terokai,selami Ke Dalam Diri akan Ketemui lah Rahsia Yang Di Cari.

Wafi amfusikum afala tubsirun Aku Berada Di Dalam Kamu,Tidakkah Kamu Lihat.....

Amin drp MegatSiFakir.

Assalamualaikum.. Wbt,

Ayahanda Tuan Guru Haji Shaari, Tuan2 Puan2 Guru dan Sahabat2 Sekalian... Salam Hormat Kepada Semua, Salam Kasih  Sayang Allah.

4 Liku 4 Tangga 4 Tingkat 4 Jalan

1. iLmu,
2. AMAL
3. RASA
4. NYATA.

Izinkan Kalam Sifakir berbicara bagi Merungkai Di Sebalik Rahsia RASA.

❗Raa Alif Syin Alif ➡ (RASA.)

🌺Berkenaan Dengan Perkara (RASA)🌺

APA YANG DI MAKSUDKAN DENGAN PERKARA (RASA)❓

Rasa Yang Bagaimana❓
Rasa Yang Sebagaimana❓
Rasa Yang Seperti Apa❓
Rasa Kelatkah❓
Rasa Pahitkah❓
Rasa Manis2 Buah Kah❓

▶  Untuk Memahami Perkara Rasa Ini, kita Perlu Fahami Maksud perkataan RASA Pada Pandangan dan Kefahaman Marifat...

Jika Pada Kefahaman syariat Fekah kefahaman nya Adalah Tertumpu Kepada Perkara Perasaan, Rasa sedih Rasa Sayang Rasa Bosan Rasa Suka Rasa Gelisah Rasa Manis Rasa Masin dan Segala Macam Rasa, Rasa itu Tertumpu Kepada Perasaan Yang Di Alami.

▶Jika pada Kefahaman Thoriqat perkara Rasa ini tertumpu Kepada Rasa Zukk Yang Hadir Melalui Zikir2 yang Di amalkan, selagi Masih tidak Ketemui seLagi itu di banyak bilangan Zikir.

Zikir dengan Cara dan kaedah yg Di sarankan Oleh Para Guru mursyid di Jalan Thoriqat sehingga Hadir Satu Rasa Yang Asyik Di Jalan Zikir tersebut. Kita terokai pula kefahaman pada Jalan Hakikat Berkenaan dengan Perkara Rasa....

▶Jika Pada Kefahaman Hakikat Perkara RASA ini Tertumpu Kepada Gerak2 Rasa Di Hujung2 Jari, Gerak Rasa Pada Berdiri Bulu Roma, Terpancar Cahaya2 Kuning, Biru, Hijau, Bilamana Hadir nya Suatu Gerak Yang Di Katakan Kenyataan Allah Bagi Mengenalkan Diri Kepada Diri Sebenar Diri.

Perkara ini Selalu Di Pratikan Agar Gerak Rasa itu Sentiasa Hadir Pada Diri. Agar Gerak Rasa itu menyeliputi Menyelubungi dan Memenuhi Diri Sentiasa Ada RaSa itu Berkekalan.

Wala Yak zuk ala Ya Arif Hanya Merasa Sahaja Yang Tahu. Inilah Jalan2 Yang Di Lalui Jalan2 di tempuhi oleh Para wali2 Terdahulu.

▶ . Tapi soalnya.........sejauh mana dan Di Mana Perhentian RASA ini? Di mana Parking Nya? Jika Tidak ada Parking nya Bagaimana utk Kita berhenti Bagaimana Untuk Kita Duduk Bagaimana Mana untuk kita Letakan iktikad kita Pada Tahap RASA ini?

Untuk mengetahui nya ayuh Bersama saya Kita Menerokai kita merungkai Perkara Rasa ini melalui suluhan kefahaman ilmu Makrifat....

Apa Yang Di Katakan Dengan Perkara RASA ini.... Kita Tinggalkan seketika Berkenaan Kefahaman Pada Tangga Hakikat ini, kita menyeberangi Lautan ilmu Hakikat dan Kita Menyelami Ke Dasar Lautan ilmu Makrifat, ayuhh Tinggal kan Seketika, setelah Saya Jelaskan Terpulang Kepada Tuan2 Dan Puan2 untuk Mengambil nya Balik atau Tidak Ya.....

Tapi Ingat Ya Sahabat2 Semua sy Tidak mengatakan Salah Pada Kefahaman Syariat, feqah, Thoriqat dan hakikat, sama Sekali Tidak Kerana itulah Tingkat2 nya Perjalanan Menuju Kepada Allah..............kita teruskan Dengan Kefahaman Makrifat.

▶  Apakah Maksud Rasa Apa Makna Rasa melalui Suluhan kefahaman ilmu Makrifat..... Raa Alif Syin Alif (RASA). Dalam Perjalanan ilmu ada 4 Liku 4 Tangga 4 Tinggkat 4 Jalan, iaitu 1. iLMU 2. AMAL 3. RASA 4.NYATA

Jangan Kita Terlena Pada Jalan Rasa, Seharusnya Kita Terokai setingkat lagi Pelajaran ilmu iaitu setelah kita lalui jalan ilmu, jln amal, jalan RASA Terokai PuLa Jalan Rasa.

▶  Di Dalam kita Belajar Ilmu Makrifat kita Belajar ilmu Rasa Di Dalam Ilmu Rasa Kita Belajar Ilmu Nyata.....

Bukan Hayut dan Terbuai Oleh Buaian Rasa, bukan lagi Nak rasa2.... Jika masih nak Rasa2 itu, itu masih Tidak Nyata.

▶ . Raa Alif Syin Alif (RASA) RUH AKU SIRR ALLAH, RUH AKU RAHSIA ALLAH. Manusia itu Rahsia Aku dan Rahsia Itu adalah Aku......

Jika pada Kefahaman hakikat Gerak Rasa Itu adalah untuk kita Fahami apa Yang Di Dalam Diri jasad. Setelah kita Fahami apa yg Di Dalam Diri Jasad itu apakah Masih Tidak Kita Yakin akan Kenyataan Allah itu???

Apakah Masih kita Perlu Kepada Bukti Bahawasa Kenyataan Allah Itu @pon bagaimana lagi kah Perlu kita Kepada Pembuktian berkenaan dengan Kenyataan Allah ini??? Cukup2lah kita Dengan apa Yang Ada Pada Diri Ini........

Wafi amfusikum afala tubsirun Aku Berada Di dalam Kamu Tidak kah Kamu lihat? Kenyataan Allah sememangnya Jelas Nyata dan Terang, Apakah Yang Berada Di Dalam Diri Kita ini? Yang BERADA di dalam diri kita ini Adalah Diri Batin Diri Ruh...........

Sifat Ruh ini adalah Hayat iaitu Hidup!!! Hidupnya Ruh itu Sememangnya Sedia Ada ianya.... Apakah Perlu Kepada runting2 Tertentu Cara2 Tertentu Baru lah Ruh itu hidup? 

Jika begitu Bermaksud di sini Ruh Itu Perlu kepada cara dan Kaedah Baru lah di jumpai Baru Lah Di Ketemui, Baru lah Di Kenali akan Diri Sebenar Diri.

▶Pada Jalan Pengajian Ilmu hakikat itulah cara dan kaedah2 nya. Tidak salah pada Pengajian nya......

Tapi jika pada Ikhtikad, jika Kita Letak Pada cara pada Kaedah ianya sememangnya Syirik, Kerana Allah itu tidak Perlu Kepada Usaha, tidak Perlu kepada ikhtiar tidak perlu kepada sebarang cara Dan Kaedah untuk Menyatakan Allah, Kerana Yang Menyatakan Allah Yang Mengenal Allah Hanya Lah Allah.

Untuk mengenal Allah itu bukan dgn jalan ilmu, jalan amal, jalan RASA, bukan Melalui Guru, Sebagaimana Sabda baginda Nabi Muhammad saw, Ana Araftu Robbi Birobbi, sesungguhnya aku mengenal Allah itu Dengan Allah.

Jadi Bagaimana dengan ilmu, amal dan Rasa yg kita lalui ini, apakah ianya Salah? Bukan salah Tapi lihat lah Sebalik ilmu, amal, Rasa itu, Siapakah Yang Di Sebalik ilmu, amal,Rasa, Tidak Lain Dan tidak Bukan Tentunya Allahlah Di sebalik ilmu,amal,Rasa Baru lah NYATA...

▶. Belajar ilmu makrifat bukan Untuk Di rasa2, dan bukan Ilmu Rasa2, ilmu makrifat itu adalah ilmu Yang NYATA.

Jika kita nak pada Rasa kita masih Sangkut, cuba lepaskan seketika jalan Rasa Terokai jalan NYATA.........

Soalnya Bagaimana untuk Sampai Kepada Tahap NYATA.? Kita Berbalik kepada Apa Yang Di Dalam!!!!

Apa Yang Di Dalam Itu adalah Ruh, Ruh Itu Adalah Diri Sebenar Diri, Diri Sebenar Diri itu adalah Ruh, Ruh itu Yang Bergelar nya Nur Muhamad, Nur Muhamad itu tidak Lain dan tidak bukan Ianya adalah dari NuRullah.

Asap Bukan Api, Api Bukan Asap, Tapi Tidak Lain Asap itu Dari Api. Wap bukan Air, Air Bukan Wap Tapi Tidak Lain Wap itu dari Air.

▶ Man Arafa panaf sahu Fakod Arafa Parab bahu Fakod Arafa Parobbahu Fakad la jasad, Barang Siapa Mengenal Diri Mengenal Dia Akan Allah Barang Siapa Mengenal Allah Binasa Jasad.

▶ Kenal Diri Rata2 Maka Kenal Allah Dengan Nyata, Di Jalan RASA, Jangan lagi nak di Rasa2 Nyatakan lah Rasa Itu Bahawa RASA Itu Adalah Tuan Empunya, jika kita masih mencari2 berkira2 menghitung2 menilai dan bahagi2 kan berkenaan Perkara RASA ini itu makanya Tidak NYATA akan Kenyataan Allah ini.

Cuba kita ulang kaji balik Pelajaran kita di dalam pelajaran sifat 20, Di Dalam Pelajaran sifat 20 segala ianya Tertumpu kepada Allah, jika ada haq kita Cuba kita Tunjuk Mana Hak Kita??? Cuba.........

Ada Tidak Hak kita, Berkenaan Dengan Perkara RASA, PERKARA RASA ini tertumpu Kepada Ruh, Ruh ini Sifat nya Hayat, Hayat itu Hidup, Jadi Yang Hidup itulah Yang MENZAHIRKAN (RASA) apakah Barang yang Mati boleh utk Menzahirkan Rasa?

Apakah boleh utk Mengerakan Hujung2 jari? Sudah Tentu Tidakkk.......... RASA ini adalah Kenyataan Allah,  Kenyataan Allah Yang tidak Berbelah Bagi, bukan Sekadar di Hujung2 Jari, RASA INI menyeliputi Diri Baik Di Dalam Mahu Pon Di Luar!!!

Wal Awallu Wal akhiru Wa zahiru Wa Batillu. Yang Awal Yang Akhir Yang Zahir Yang Batin Kenyataan Allah lah Semata2......

LEBURKAN LEPASKAN FANA KEAKUAN DIRI DI DALAM RASA BARU LAH KENYATAAN ALLAH ITU NYATA SENYATA2 NYA.

▶ jika Masih ada aku kau itu masih Berdua, jika masih berdua syirik Adanya... Jika masih berbilang-bilang, mengira2, menghitung2 bagaimana untuk sampai kepada iktikad Tauhid.?

Untuk mencapai atau mengapai Allah itu Bukan Dengan Cara Memperdagangkan Amalan2,ianya tidak Lain dan tidak Bukan Ianya Adalah Dengan Cara (TAUBAT) iaitu kembali Kepada Allah,  kembali kan Segalanya Kepada Allah.

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI. Raa Alif Syin Alif (RASA) RUH AKU Sirr Allah. Rasa itu adalah Kenyataan Allah Semata2........

Jadi Fahamilah Bahawasa Kenyataan Rasa itu Adalah Penzahiran Kenyataan Allah.

▶. Gapailah iktikad Tauhid Dengan Sebenar2 iktikad iaitu Kenyataan Allah itu dan ini Tiada Lain dan Tiada Bukan ianya Adalah Bagi bertujuan Menyatakan Allah senyata2 nya tiada bersakat tiada berbelah bagi kenyataan Allah itu Jelas Terang, Terang Cahaya matahari, Terang Lagi ALLAH. Lepaskan Medan ilmu, amal, Rasa masuki Medan NYATA.

▶ . Sekian Dulu Kupasan Berkenaan Dengan
4 Liku, 4 Tangga , 4 Tinggkat , 4 Jalan, 1.iLMU
2.AMAL
3.RASA
4.NYATA

▶ Bilamana Nyata Rasa Itu adalah Kenyataan Allah, maka tiadalah lagi berbelah bagi, tiada lah Lagi menghitung2 Mengira2, Kenyataan Allah itu TETAP KENYATAAN ALLAH ITU MELIPUTI SEKALIANNYA ADANYA YANG ADA. baik ilmu baik amal baik Rasa, ianya Adalah Kenyataan Allah.

JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI