Pages

Isnin, 27 Februari 2017

KHUSU’ DAN LALAI DALAM SOLAT / SEMBAHYANG.

KHUSU’ DAN LALAI
DALAM SOLAT / SEMBAHYANG.

Allah mewajibkan kita sembahyang atau solah lima waktu sehari semalam. Yang menentukan waktu itu ialah Allah, dan Bilal telah diarahkan untuk melaungkan Azan bagi menandakan masuknya waktu itu, dengan seruan Hai Ya Alas-solah yang bermaksud Marilah Sembahyang, Marilah Sembahyang.

Allah juga mengajar kita menjawab seruan itu dengan ucapan yang disebut sebagai HAUQALAH yaitu LA HAULAWALA QUWWATA-ILLAH-BILLAH yang bermaksud TIADA DAYA UPAYA dan KEHENDAK ( kita sebagai manusia ) MELAINKAN DENGAN DAYA UPAYA dan KEHENDAK ALLAH. ( untuk mendirikan sembahyang itu )

DAYA UPAYA bagi Allah ialah SIFAT QUDRATNYA manakala KEHENDAK pula ialah SIFAT IRADATNYA. Bila anda menjawab seruan Bilal itu anda sebenarnya MENGAKUI dan BERIMAN bahawa anda sebenarnya tiada langsung mempunyai Daya Upaya dan Kehendak. Daya Upaya dan Kehendak ini adalah SIFAT Allah bukannya Sifat anda.

Pengakuan ini hendaklah anda teruskan dan akui ketika anda berwudhu’ hinggalah keakhir sembahyang yaitu ketika memberi salam.

Yang terbaik ialah itulah Amalan dan Tauhid anda sepanjang hidup anda yaitu mengakui Yang Berkuasa dan Berkehendak itu ialah Allah semata-mata. Anda TIADA Kehendak dan Daya Upaya.

Jika ini ( pengakuan tadi ) anda tidak lakukan ketika anda berwudhu dan ketika anda sembahyang, maka anda pasti akan mengalami gangguan berupa lintasan fikiran didalam sembahyang anda.

Untuk menjiwai perkara ini maka anda perlulah memahami akan perkara Daya Upaya dan Kehendak ini Maka cubalah fahamkan dengan membaca huraian huraian berkaitannya didalam Risalah Kecil ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.