TIDAK TERTULIS KALIMAH TUHAN
18.Surah Al-Kahf (Verse 109)
قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
18.Surah Al-Kahf (Verse 110)
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA,
HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
Nabi Muhammad menerima wahyu dan dimasukan kedalam hati (Ruhani) oleh malaikat jibril As.
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman"
(QS. Al-Baqarah 97).
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
(QS. Al-Qiyamah 17)
Maka jadilah IMAN dihati atau yg lebih popular disebut DIRI BATHIN, inilah asal usul RUKUN IMAN.
Ketika DIRI BATHIN ini ditulis dan berhuruf maka jadilah Al-QUR'AN 30 JUZ yg berisi firman Allah dari diri bathin tersebut . Rosulullah bersabda:
"Tidak kutinggalkan kepadamu dua perkara, dimana kamu tidak akan tersesat jikalau berpegang teguh pd keduannya yaitu; Kitab Allah dan Sunah Nabi ". ( HR. Imam Ibnu Abdul Barri )
Al-Quran itu ada didalam Diri manusia, cuma dalam bentuk apa? itulah yg seharusnya dicari oleh manusia yg mengaku beriman, kalau yg dicari berbentuk kitab dan berhuruf dan berupa, maka itu adalah mustahil. Karena tidak mungkin Alqur'an berbentuk itu dimasukan didalam diri manusia.
Ketahuilah Al-Qur'an yg dimaksud oleh Allah Swt itu bukan berbentuk kitab yg berjilid dan naskah akan tetapi ia adalah berbentuk JAUHAR (kalamullah) yg sukar untuk dilihat tanpa bimbingan seorang Ahluzzikri.
Karena jauhar ini berfungsi sebagai IMAM sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah, kepada setiap muslim sebagai Tali Allah.
Al-Qur'an yg dimasukan kedalam diri manusia itu bukan berbentuk jirim, jisim atau jauhar yg fardhi karena istilah tersebut adalah dalam bentuk istilah dan bendannya.
Al-Qur'an Turun Pasti ke dalam Hati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.