CERITA DI SEBALIK BUAH KHULDI
Cerita perihal Pokok/buah khuldi ini ada dinyatakan di dalam al-quran, Surah Taha : 120. Selain dari itu, cerita seumpama pokok/buah khuldi ini juga banyak diceritakan dari tulisan-tulisan kuno yang wujud lebih awal dari al-quran.
Contoh :
Dalam tulisan batu TEMTATION SEAL , ditulis sekitar 2,200 sebelum Nabi Isa, bangsa Akkadian (kaum Ad) ada menceritakan tentang Adama dan Hawwah dan kaitannya dengan Pohon Kehidupan (Tree of Life) yang dijaga Ular (serpent).
Pohon Kehidupan ini ada diceritakan di dalam kitab Bible, surah Genesis, Proverbs, Esdras dan Maccbees. Ia diceritakan sebagai Etz Chaim, dalam kitab Pentateuch (kitab Taurat dalam bahasa Hebrew).
Juga diceritakan di dalam Buddha (Bodhi Tree), dalam tulisan Mesir Purba (The Egyptian Book of Death), dalam cerita Greek (Golden Apple of Hesperides), dalam Hindu (Akashaya Vatta) dan diceritakan dalam banyak lagi versi yang berlainan menurut masyarakatnya.
Setiap agama dan setiap sistem kepercayaan ada cerita dan ada definasi masing-masing terhadap pokok dan buah khuldi ini. Soal siapa yang betul dan siapa yang salah, itu adalah soal lain.
PENDAPATKU PULA BEGINI …
Perkataan Khuld adalah perkataan Arab yang bermaksud “Kekal/Abadi”
Khuldi dikatakan berada di Syurga atau Jannah iaitu tempat pencapaian nikmat tertinggi bagi manu-sia.
Sidra-al-Muntaha : Sidra bermaksud pokok dengan daun yang lebat
Muntaha bermaksud : Tempat Tertinggi
Makanya :
Pokok Khuldi bermaksud Pokok Yang Kekal Abadi yang “tumbuh” di tempat yang paling tinggi iaitu di Jannah atau Syurga.
Dalam bahasa Sanskrit surga itu dipanggil Swarga Loka yang bermaksud Syurga/Taman yang ada 8 tingkatan).
Dalam ajaran Buddha aliran Pali, Janna bermaksud pencapaian 8 tingkatan kesedaran dalam meditasi.
Dalam Islam, Jannah merujuk kepada Syurga yang ada 8 tingkatan iaitu 1. Jannatu-al-Khuld (25:15), 2. Darus-as-Salam (6:127), 3. Darul-al-Qarar (40:42), 4. Jannatu-al-Adn (9:72), 5. Jannatu-al-Ma’wa (32:19), 6. Jannatu-an-Naim (5:70), 7. Illiyin (83:18), 8. Jannatu-al-firdaus (18:107).
POKOK KHULDI
Apakah Pokok Yang Kekal Abadi yang tumbuh di tempat yang paling tinggi itu?
Dari sudut Spiritual, Pokok Khuldi atau The Tree of Life yang dimaksudkan adalah merujuk kepada :
SPINAL MEDULLA (Saraf Tunjang/Tulang Belakang) yang menganjur dari pelvic hingga ke leher. Saraf tunjang adalah satu sistem saraf berpusat dalam jasad yang berfungsi sebagai jaringan maklumat yang menghubungkan otak dengan seluruh sistem pancaindera badan. Seluruh sistem Tertinggi, Deria Batin dan Zahir (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) tersimpan di sini.
Spinal Medula dikatakan sebagai Pokok Khuldi (pokok yang kekal abadi) kerana bila tulang belakang ini dilihat di bawah mikroskop, ia kelihatan seperti sebatang pokok yang mempunyai ribuan ranting-ranting memenuhi seluruh jasad.
Tulang belakang ini sifatnya kekal dan tidak termusnah meskipun ditanam selama jutaan tahun.
Jasad hidup dengan ZAT makanan. Zat makanan ini pula menghasilkan Tenaga magnetik dan Tenaga elektrik di dalam badan. Tenaga-tenaga ini sentiasa “berpusar” naik dan turun mengelilingi saraf tunjang/tulang belakang sehingga membetuk bagai belitan dua ekor ular pada sebatang pokok.
Hindu dan Yoga menggelarkan tenaga ini sebagai “Kundalini”. Cina dan Jepun menggelarkan tenaga ini sebagai “Chi” atau “Qi” . Tenaga Kundalini atau Chi atau Qi inilah yang ingin didapatkan oleh pengamal meditasi dan para arifin untuk mengenali Diri Batin mereka.
BUAH KHULDI
Buah Khuldi yang dimaksudkan adalah DNA (Deoxy-ribo-nucleic Acid) yang terdapat dalam seluruh jasad manusia. DNA dikatakan sebagai buah khuldi (buah yang kekal) kerana ia memenuhi seluruh saraf tunjang dan jasad manusia.
Ia adalah buah yang menyimpan segala rasa, emosi, intelek dan merekodkan seluruh sifat dan genetik manu-sia. DNA sentiasa KEKAL di dalam jasad.
DNA ini terjadi dari BENIH yang bernama NUCLEOTIDES. Nucleotides adalah zat-zat genetik dalam bentuk yang lebih kecil. Bila zat-zat genetik yang kecil ini bercantum sesama mereka, ia akan membentuk lingkaran DNA.
DNA ini mempunyai dua “tali” (helix) yang melilit antara satu sama lain, bagai dua ekor ular yang melilit pada batang pokok. Dalam ilmu exobiologi, dua lilitan (helix) DNA ini setiasa melekat dan susah dipisahkan.
Faktor yang menyebabkan ia melekat adalah kerana adanya DUA TENAGA yang sentiasa memegang di antara satu sama lain. Tenaga itu adalah HYDROGEN BONDS dan BASE STAKING.
Hal DUA lilitan (helix) yang ada pada DNA itu adalah ibaratnya hal DUALITY iaitu Hukum Berpasangan termasuk Baik-Buruk, Positif-Negatif, Ada-Tiada dan Zahir-Batin.
Hal batin dalam DNA diwakili oleh HYDROGEN BOND (hydrogen ialah gas atau roh), manakala hal zahir diwakili oleh Base Staking (kulit atau jasad).
Hydrogen Bond (gas/roh) yang melekat dengan Base Staking (jasad) ini boleh dipisahkan dengan cara MELTING TEMPERATURE (larut dalam suhu tertentu).
Dalam sudut spiritual, semasa jasad hidup, roh itu boleh dipisahkan dari jasad dengan cara melarutkan/binasakan diri (Fana) melalui kaedah meditasi atau solat, yang memfokuskan pada sistem pernafasan tertentu (zikir nafas). Situasi roh berpisah dari jasad semasa jasad hidup dikenali sebagai MATI SEBELUM MATI
TERJEMAHAN KOD-KOD
Rahsia buah Khuldi itu ada pada Pokok Khuldi.
Puncak pokok khuldi yang tertinggi adalah di Sidratul Muntaha.
Khuld : Kekal Abadi
Pokok Khuldi : Saraf Tunjang/Tulang Belakang
Buah Khuldi : DNA
Sidra : Pokok yang bedaun lebat
Muntaha : Puncak Tertinggi
Puncak Tertinggi Yang Berdaun Lebat ialah Otak yang mempunyai jutaan rangkaian sel yang berhubungan (yang kelihatan seperti sel-sel daun bila dilihat di bawah mikroskop)
Tenaga : Jantung adalah tenaga yang menghidupkan seluruh jasad termasuk tulang belakang dan DNA. Tanpa Jantung, seluruh sistem fizikal jasad akan mati, namun tulang belakang dan DNA masih tetap kekal abdi.
KESIMPULAN
Puncak Tertinggi Pokok Khuldi adalah OTAK, tempat memproses AKAL. Dalam OTAK ada Kelenjar Pineal Gland yang jika tahu mengaktifkannya, rahsia dunia batin akan dimengertikan.
Pokok Khuldi adalah TULANG BELAKANG yang Saraf Tunjangnya berselirat menjadi akar, dahan dan ranting di seluruh tubuh.
Buah Khuldi adalah DNA yang menyimpan pelbagai kod rahsia genetik jasad yang jika difahami, seluruh hal penciptaan jasad dapat dimengertikan. Di sinilah kerangka RASA dan PERASAAN dihasilkan. Inilah Buah yang paling berharga yang ada dalam jasad Manu-Sia.
Namun....
Pokok Khuldi ini memerlukan baja berupa ZAT makanan yang memberi TENAGA kepada jasad. TENAGA inilah yang menghidupkan dan mematikan Diri zahir dan Diri batin. Tanpa TENAGA ini, segalanya KOSONG, Sepi lagi Sunyi.
Segalanya KELU !
AWAS !
Mereka yang KENAL Puncak Tertinggi (Sidratul Muntaha atau Omega Point) dan menikmati RASA Buah ini akan dicampakkan ke BHU-MI dan kembali menjadi MANU-Sia !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.