Pages

Jumaat, 3 Mac 2017

SYAHIDA yang membawa maksud MEMBERI PERSAKSIAN

HAKIKAT SYAHADAH

Dalam bahasa Arab, perkataan SYAHADAH adalah satu perkataan KATA NAMA (noun) yang berasal dari perkataan SYAHIDA yang membawa maksud MEMBERI PERSAKSIAN.

PERSPEKTIF SAINS

Dalam perspektif sains, TENAGA dikatakan sebagai satu-satunya hal yang telah semulajadi TERSEDIA ADA.

Tenaga tidak dapat dicipta dan tidak pula dapat dimusnahkan, namun TENAGA boleh berubah atau diubah dari satu NAMA  atau dari satu KELAKUAN atau dari satu SIFAT atau dari satu SUMBER kepada apa-apa nama, kelakuan, sifat atau sumber yang lain.

TENAGA semulajadi yang telah TERSEDIA ADA ini sangat kreatif dan misteri hingga para sarjana masih tidak dapat merungkaikan hal asal usul TENAGA ini.

Dari satu Sumber TENAGA semulajadi, hal tenaga itu datang dan kepada satu Sumber TENAGA semulajadi, hal tenaga itu berakhir.

Saintis mula mengkaji hal TENAGA ini melalui aliran sains bernama FIZIK. Kajian fizik mendapati TENAGA adalah melangkaui logik, tetapi masih dapat difahami.

Hal melangkaui logik ini menyebabkan lahirnya cabang baru dalam ilmu fizik bernama QUANTUM FIZIK.

Dari quantum fizik, saintis mendapati TENAGA adalah hal yang sangat mistik untuk dirungkaikan melalui sains, dari situ pula timbullah cabang baru dalam ilmu fizik yang bernama METAFIZIK.

Cabang sains Metafizik inilah yang mengkaji hal TENAGA yang melangkaui logik lagi misteri ini.

LOGIK vs MISTERI

Jasad MANU-SIA adalah hal TENAGA. Roh yang menggerakkan jasad ini juga adalah hal TENAGA yang sama tetapi berlainan sifat.

Makanya, dalam konteks diri MANU-SIA, Roh itu adalah biasan CAHAYA yang terhasil dari TENAGA semulajadi yang tersedia ada itu.

Bila TENAGA itu terbias, maka NAMA TENAGA itupun berubah kepada CAHAYA. Arab menggelarkannya Roh.

Cahaya adalah hal yang menghidupkan segala sesuatu, tanpa cahaya, segalanya mati, namun cahaya juga bersumber dari TENAGA semulajadi itu, tanpa TENAGA, cahaya juga tidak akan bercahaya kerana cahaya memerlukan geseran (kelakuan).

Geseran pula akan mengeluarkan FREKUENSI tertentu dan dari geseran yang ada frekuensi itulah nantinya keluar cahaya (sifat).

RENUNG-RENUNGKAN....

TENAGA semulajadi yang tersedia ada itu bertindak sebagai PEMERHATI (observer) akan segala hal yang dilakukan oleh CAHAYA.

TENAGA hanya MENYAKSIKAN hal yang dilakukan oleh  cahaya. Cahaya itu boleh membahagiakan dan cahaya juga boleh memusnahkan kerana sumber cahaya itu adalah dari TENAGA yang bersifat Neutral.

APA YANG HENDAK DISAKSIKAN ?

Hendaklah sentiasa berterusan tanpa putus menjadi PEMERHATI YANG MENYAKSIKAN segala pertukaran hal NAMA, segala pertukaran hal KELAKUAN, segala pertukaran hal SIFAT dan segala pertukaran hal SUMBER/Asal-Usul si TENAGA yang menzahirkan DiriNya sebagai CAHAYA.

Bila sedetikpun engkau si cahaya ini tidak terpisah menyaksikan (syahadah) akan setiap hal yang berlaku melalui DERIA PENGAMATAN engkau, itu tanda engkau SELAMAT. Arab memanggil Selamat itu Islam.

Inilah syahadah yang dituntut. Bukan sekadar syahadah lafaz di lidah kerna jika sekadar lafaz di lidah, burung tiong juga pandai lafaz syahadah.

PENYAKSIAN dalam hal-hal MEMERHATIKAN inilah yang sangat-sangat dituntut untuk membolehkan seseorang itu SELAMAT sehingga berulang ulang kali disebut di dalam Quran...

"TIDAKKAH KAMU MEMERHATIKAN ?"

Sebab itu Syahadah, menjadi Rukun Islam yang pertama. Jika engkau lalai dan tidak MENYAKSIKAN (syahadah) maka tidak SELAMATLAH (Islam) engkau !

Selamat Bersyahadah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.