Pages

Rabu, 1 Mac 2017

MENCARI ILMU DATANG & KEMBALI

MENCARI ILMU DATANG & KEMBALI ......

Allah berfirman bahawa kita diperlukan memulangkan Amanah kepada Yang Empunya Amanah yaitu Allah.

Pemulangan Amanah inilah JALAN KEMBALI YANG BENAR yaitu kembali SEJASAD dan SENYAWA.

Mencari Jalan Kembali / Pulang berpunca dari Jalan Datang.

Jalan Datang hanya boleh kita ketahui jika kita ketahui akan asal usul kita yakni asal dan maksud kedatangan kita , cara cara kita datang dan kemana kita salepas ini.

Inilah yang dikatakan sebagai JALAN atau ILMU MENGENAL DIRI atau ILMU USUL dan disebut juga sebagai ILMU MENGENAL ALLAH yakni mengenal asal kita. Asal kita dari Allah dan inilah yang kita perlu pelajari.

Semua manusia malah bintang sekalipun berasal dari mani setitik. Hanya tiga manusia sahaja yang tidak berasal dari setitik mani yaitu Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Isa .as

Dari manakah datangnya mani itu ?

Jika kita katakan dari lelaki, kanak kanak lelaki belum ada mani selagi belum baligh. Jelaslah bahawa mani itu didatangkan oleh Allah kemudiannya kepada lelaki.

Apakah sebenarnya mani itu ? bagaimanakah mani setitik bagaikan nokhtah boleh menjadi kita insan yang kompleks ini dalam masa 9 bulan sahaja ?

Tentulah Allah Yang Maha Mengetahui. Macam mana cerdiknya pun manusia itu masih lagi tidak akan tahu bagaimanakah setitik mani boleh menjadi manusia tertentu.

Umpamanya jika suami isteri itu Melayu, anaknya pun menjadi Melayu. Saintis hanya dapat bercerita tentang dna & genes tetapi belum dapat mengetahui secara terperinci akan prosesnya.

Hanya segelintir manusia sahaja yang diberi pengetahuan oleh Allah tentang proses kejadian manusia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.