Pages

Memaparkan catatan dengan label makrifatullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makrifatullah. Papar semua catatan

Selasa, 7 Ogos 2018

Mereka yang mendustakan pertemuan mengadap Allah

Allah SWT berfirman:

قَدْ خَسِرَ الَّذِيْنَ كَذَّبُوْا بِلِقَآءِ اللّٰهِ ۗ  حَتّٰۤى اِذَا جَآءَتْهُمُ السَّاعَةُ بَغْتَةً قَالُوْا يٰحَسْرَتَنَا عَلٰى مَا فَرَّطْنَا فِيْهَا  ۙ  وَهُمْ يَحْمِلُوْنَ اَوْزَارَهُمْ عَلٰى ظُهُوْرِهِمْ ۗ  اَ لَا سَآءَ مَا يَزِرُوْنَ

"Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia! Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu."

(QS. Al-An'am 6: Ayat 31)

Ahad, 20 Ogos 2017

AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH

AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH

ALLAH TIDAK AKAN BOLEH DITERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN

18.Surah Al-Kahf (Verse 109)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

18.Surah Al-Kahf (Verse 110)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..

Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..

Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, Allah telah mengajar kita melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..

Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran...

JADI UNTUK MENCAPAI KEPADA MAKRIFATULLAH SESEORANG HENDAKLAH MENGERJAKAN AMAL SOLEH DAN JANGAN MEMPERSEKUTUKAN SESIAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA ALLAH.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 57)

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG BERAMAL SOLEH

10.Surah Yūnus (Verse 9)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.

ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran

30.Surah Ar-Rūm (Verse 29)

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada  sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

ALLAH TIDAK AMPUN DOSA SYIRIK

4.Surah An-Nisā' (Verse 48)

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan
sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya.  Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 82)

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik

39.Surah Az-Zumar (Verse 65)

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

JADI APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AMAL SOLEH IALAH AMAL YANG DILAKUKAN TANPA DISERTAKAN DENGAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK,

Yang tidak disertakan dengan sebarang syirik membawa maksud yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik...

Bagaimana atau apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk sampai kepada keadaan yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik?

Untuk dibersihkan daripada sebarang syirik seseorang mesti bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik seperti yang terkandung didalam firman Allah

2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" adalah merupakan "TAUBAT NASUHA"

66.Surah At-Taĥrīm (Verse 6)

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

66.Surah At-Taĥrīm (Verse 7)

Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".

66.Surah At-Taĥrīm (Verse 8)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Bertaubat kepada Allah dengan "TAUBAT NASUHA" iaitu melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" adalah merupakan salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid seperti firman Allah

5.Surah Al-Mā'idah (Verse 35)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.

72.Surah Al-Jinn (Verse 11)

Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

78.Surah An-Naba' (Verse 39)

Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !

PELBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID...

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

ATAU merupakan jalan untuk mrngenal Tuhanmu yang perlu dilakukan oleh seseorang

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 15)

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 16)

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 17)

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 18)

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 19)

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"

Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu

Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)

JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" IAITU "TAUBAT NASUHA" ATAU "BERAMAL SOLEH"

4.Surah An-Nisā' (Verse 66)

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' (Verse 67)

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' (Verse 68)

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

Jalan yang lurus ialah

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

30.Surah Ar-Rūm (Verse 6)

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

10.Surah Yūnus (Verse 44)

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" atau "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"

Ialah dengan melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran yang apabila dilaksanakan perintah tersebut akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan kepada diri kita sendiri.

Salah satu daripada perintah Allah yang boleh dilakukan ialah dengan melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

YANG CARA UNTUK MELAKSANAKAN PULA BOLEH MENGIKUT APA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DIDALAM HADIS RASULULLAH SAW

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Setelah melaksanakan apa yang tersurat dan tersirat didalam perintah Allah dan Rasulnya seperti diatas, Allah akan memberikan sepertimana yang telah dijanjikan iaitu "DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS." DAN "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP ALLAH ALAN MEMELIHARANYA"

RINGKASAN TENTANG BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU

CARA 1 -  DAN SEBUTLAH AKAN NAMA TUHANMU, SERTA TUMPUKANLAH KEPADANYA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN.

( Surah Al-Muzzammil ayat 8 )

Apa yang tersurat "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." 

Apa yang kita perlu lakukan ialah yang tersirat iaitu walaupun yang tersurat "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Apa yang perlu dilakukan ialah menumpukan dengan sebulat tumpuan samada kepada (zat, sifat, asma' atau afa'al) terlebih dahulu, dengan melakukan tumpukan sebulat-bulat tumpuan dahulu daripada menyebut "Allah" barulah akan berlaku "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam satu masa yang sama...

Dari sinilah baru akan berlaku penyaksian dan pengakuan samada kepada zat, sifat, asma' atau afa'al Allah (bergantung kepada apa yang ditumpukan dengan sebulat tumpuan...

Latihan diperingkat awal - bagi mendapatkan kemahiran supaya berlaku kedua perintah Allah ini berlaku didalam satu masa yang sama (serentak)...

Untuk mendapat kemahiran supaya boleh berlaku kedua perintah Allah iaitu "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Dilakukan didalam satu masa yang sama...

Kepada apa yang hendak ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan, kita tumpukan kepada sifat ketuhanan yang ada pada diri kita

Firman Allah

34.Surah Saba' (Verse 27)

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Tumpukan kepada sifat ketuhanan yang ada pada kita tetapi jangan disedari atau dirasakan sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat diri kita atau sebagai sifat Allah, cukup sekadar merasakan sahaja sifat ketuhanan tersebut...

Didalam latihan ini belum lagi berlaku tumpuan sebulat tumpuan kepadaNya (Allah), cuma sedang menumpukan dalam ertikata sedang menyaksikan sifat ketuhanan yang ada pada diri kita, sifat ketuhanan itu tidak disaksikan sebagai sifat diri sendiri (bukan sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri) dan sifat ketuhanan yang sedang dirasai itu bukan juga sedang disaksikan sebagai sifat Allah - bukan sedang disangka sebagai sifat Allah)..

Semasa sedang menyaksikan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri kita dan juga bukan sedang disangka sebagai sifat Allah.

Tumpukan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang sedang disedari atau yang sedang disaksikan tersebut...

Pada masa ini apa yang sedang berlaku ialah sedang berlaku penyaksian kepada sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan...

(LAKUKAN DIDALAM KEADAAN MEMEJAMKAN MATA SAMBIL TUNGKATKAN LIDAH KELANGIT-LANGIT)..

Ini adalah Berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Setelah berlaku penyaksian kepada sifat ketuhanan yang bukan sedang disangka sebagai sifat diri kita sendiri, dan juga yang bukan sedang disangka sebagai sifat Allah..

Pada masa tumpuan sebulat tumpuan sedang berlaku keatas sifat ketuhanan yang sedang disedari pada ketika itu, sebutlah ALLAH, ALLAH, ALLAH..

Oleh kerana sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat tumpuan bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri kita dan bukan juga yang sedang disangka sebagai sifat Allah.

Sebutan Allah yang disebut itu akan menjadi sebagai pengakuan yang sedang mengakui bahawa sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat tumpuan itu adalah sifat ketuhanan Allah...

Pada ketika ini barulah akan berlaku firman Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." pada satu masa yang sama atau serentak.

Pada ketika sedang menyebut Allah ini barulah berlaku tumpuan sebulat tumpuan kepadaNya iaitu kepada Allah...

Ini adalah berdasarkan kepada hadis qudsi

"INSAN ADALAH RAHSIA AKU, AKU RAHSIA INSAN, RAHSUA ITU ADALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"

Semasa kita menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan sedang dirasai sebagai sifat diri kita dan bukan sedang disangka sebagai sifat Allah, inilah akan berlakunya pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang sedang dirasai (disalsikan) itu adalah sifat Allah..

Apabila sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat tumpuan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri kita dan juga bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah, semasa menyebut Allah baru akan berlaku pengakuan yang sifat ketuhanan yang sedang dirasai itu adalah sifat Allah..

Sebutan Allah yang disebut itu akan tertuju kepada sifat ketuhanan yang sedang dirasai (dengan syarat sifat ketuhanan yang sedang disedari dan yang sedang dirasakan itu bukan yang sedang dianggap sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah)..

Inilah yang menyebabkan Sebutan Allah yang disebut itu akan tertuju kepada sifat ketuhanan yang sedang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan dan sebutan Allah tersebut akan bertukar menjadi sebagai pengakuan yang sifat ketuhanan yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah itu adalah sifat ketuhanan Allah..

Menyebut Allah yang sedang tertuju kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat diri kita dan juga yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah inilah secara automatik akan menjadi sebagai pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat tumpuan itu adalah sifat Allah...

Berlakulah sepertimana yang telah dihuraikan didalam hadis qudsi...

"SIFAT ALLAH BUKAN LAIN DARIPADA ALLAH"

Seseorang yang telah melakukan itu akan diberikan rasa begaimana penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang berlaku tersebut, yang sudah tentu tidak akan boleh nak dihuraikan didalam apa bentuk apa pun..

Ini adalah Rahsia diantara Insan dengan Allah

"INSAN ADALAH RASIA AKU, AKU ADALAH RAHSIA INSAN"..... RAHSIA ITU ADALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU....

Orang yang telah merasai keadaan ini tidak akan berbicara tentang rahsia ini kerana dia sendiri sudah memahami ini adalah rahsia diantara Insan yang telah melaksanakan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid dengan Allah..

Apa yang akan dibicarakan ialah tentang apa yang perlu dilakukan sendiri oleh seseorang yang hendak menuju kepada Allah...

Orang yang suka berbicara dan ingin hendak menerangkan tentang rahsia yang telah dirahsiakan oleh Allah, biasanya orang yang tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid...

Mereka hendak memperjelaskan tentang makrifatullah, yang mereka sangka boleh didapati melalui mempelajari dari sesama makhlok...

Oleh kerana mereka tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid jadi mereka berusaha untuk menerangkan apakah itu makrifat..

Sedangkan ini adalah merupakan rahsia yang telah dirahsiakan oleh Allah..

Terangkanlah macam mana pun tidak akan terjelaskan dan mereka akan merayau-rayau didalam alam fikiran mereka sendiri dan akhirnya akan memperkatakan apa yang mereka sendiri tidak melakukannya,

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 225)

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 226)

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

Tumpu sebulat tumpuan yang dilakukan diperingkat awal latihan bukanlah membawa maksud kepada "TUMPUKAN KEPADA NYA (ALLAH)"

Tumpuan ini untuk mendapatkan kemahiran melakukan kedua perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. Didalam satu masa yang sama"

Apabila sudah berlaku kedua perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.  Didalam satu masa yang sama (serentak) barulah akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah juga serentak...

Apa yang dilakukan itulah yang akan bertukar menjadi penyaksian dan pengakuan kepada Allah..

Seterusnya semasa menyebut Allah diketika sedang menumpukan kepada penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang berlaku pada satu masa yang sama (serentak) akan berlaku pula penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang merasakan penyaksian dan pengakuan kepada Allah.  Inilah keadaan dimana Allah yang mengenal Allah...

APA PULA YANG TERSIRAT DIDALAM SABDA NABI MUHAMMAD SAW

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Pejamkan mata sambil tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada ada yang sedang dirasai (jangan dirasai ada tersebut sebagai ada diri sendiri dan jangan disangka ada yang sedang dirasa itu sebagai ada Allah) cukup sekadar merasakan saja ada yang sedang dirasakan pada masa memejamkan mata..

Tongkatkan lidah kelangit-langit didalam masa yang sama sebutlah Allah

Apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw ini ialah, jika kita menyebut Allah secara lisan lidah akan bergerak.

Apabila menyebut Allah didalam keadaan lidah yang telah ditongkatkan kelangit-langit, lidah tidak lagi bergerak tetapi akan ada satu anggota lain (yang merupakan kunci nyawa) yang akan bergerak menggantikan pergerakan lidah tersebut.

Anggota ini dipanggil kunci nyawa kerana disaat terputusnya pernafasan yang terakhir anggota ini akan membentuk huruf mim simpul.

Pergerakan lidah semasa menyebut Allah menunjukkan sedang menyebut Allah secara lisan.

Pergerakan anggota yang merupakan kunci nyawa yang menggantikan pergerakan lidah apabila menyebut Allah didalam keadaan lidah ditongkatkan kelangit-langit menunjukkan sedang menyebut Allah didalam hati(yang tidak bersuara, tidak berhuruf dan tidak ada kata-kata) Hanya pergerakan anggota tersebutlah yang merupakan sedang menyebut Allah didalam hati..

Maksud Menyebut Allah didalam hati bukanlah perbuatan menyebut-nyebut Allah didalam hati seperti yang difahamkan oleh kebanyakan orang..

Jika perbuatan menyebut Allah didalam hati, ini masih bersuara didalam hati, masih lagi ada kata-kata  didalam hati, bila ada suara dan kata-kata hati bermakna masih lagi berhuruf..

Sesuatu yang berlaku didalam hati adalah merupakan yang tidak berhuruf, tiada bersuara dan tidak kata-kata..

Seperti sabda Nabi saw berkaitan dengan niat..

"AL NIYATUN BIL QOLBI, LAA HURUFIN, LAA SOWATIN, LAA KALAM" ertinya niat itu didalam hati, tiada berhuruf, tiada bersuara, tiada kata-kata...

Pergerakan anggota yang merupakan kunci nyawa semasa menyebut Allah didalam keadaan menungkatkan lidah kelangit-langit, inilah merupakan sedang menyebut Allah didalam hati yang tidak berhuruf, tidak bersuara dan tidak kata-kata....

Dengan melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah

"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." 

Dan perintah Rasulullah saw yang tersurat dan tersirat didalam sabda Rasulullah saw

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Akan berlakulah penyaksian dan pengakuan kepada ada Allah, ini adalah penyaksian dan pengakuan diperingkat Awal..

Penyaksian dan pengakuan diperingkat awal ini masih lagi ada keberadaan dan keakuan diri sendiri....

Diteruskan praktikal yang dilakukan dengan menumpukan sebulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada ada Allah yang sedang berlaku, didalam masa yang sama sebutlah Allah didalam keadaan lidah ditongkatkan kelangit-langit...

Apabila menyebut Allah didalam keadaan lidah yang ditongkatkan kelangit-langit didalam satu masa dengan sedang menumpukan kepada penyaksian dan pengakuan kepada ada Allah yang sedang berlaku, akan berlaku pula penyaksian dan pengakuan bahawa Allah yang sedang merasakan penyaksian dan pengakuan kepada ada Allah

Inilah keadaan dimana Allah yang mengenal Allah,

Apabila keadaan ini dinisbahkan kepada diri sendiri jadilah keadaan Allah yang mengenal Allah ini keadaan dimana tidak lagi merasakan keberadaan atau keakuan diri sendiri berlakulah akan firman Allah

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

Apabila keadaan Allah yang mengenal Allah ini dinisbahkan kepada maklok lain selain dari diri sendiri berlaku pula penyaksian dan pengakuan yang ada hanya Allah dan berlaku pula firman Allah

13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"

Jawablah: "Allah".

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian,
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Sedang melaksanakan perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Dan sabda Rasulullah saw

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Bermakna sedang berlaku firman Allah

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa'al Allah..

Ini adalah satu kenyataan dan yang sebenar-benarnya yang telah dinyatakan oleh Allah didalam firmanNya seperti diatas..

Mari sama-sama kita menyelami disebalik kehidupan seharian kita, apa sebenarnya yang kita semua sedang rasai.

Tanyalah diri sendiri, apakah semuanya ini, adakah dunia ini dan badan diri kita sendiri ada ujud sendiri atau kesemua ini adalah sedang menyatakan wujud Allah...

Jika telah mendapat pengertian bahawa semua ini adalah kenyataan yang sedang menyatakan ada Allah, lihatlah pada badan diri sendiri apa yang sedang dirasai, adakah kita sedang merasai ujud badan diri sendiri atau kita sedang merasai akan wujud Allah...

Allah telah memberitahu kepada kita melalui firman-firman nya didalam Al-Quran bahawa pada bumi dan pada diri kita terdapat tanda-tanda wujud Allah ... Yang membawa maksud dunia dan badan diri kita adalah pentajalian zat, sifat, asma' dan afa'al Allah...

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 190)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

Siapakah orang yang berakal seperti yang telah Allah terangkan didalam Al-Quran

Firman Allah

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 190)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 191)

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Ini akan dapat disedari dan dirasakan dengan melaksanakan perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Dan sabda Rasulullah saw

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

CARA 2 -  mengadakan soalan kepada diri sendiri "SIAPAKAH YANG MENJADIKAN ..... DAN TENTUKAN JAWAPANNYA " ALLAH"

Mengambil iktibar dari firman Allah

13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"

Jawablah: "Allah".

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian,
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

BIASANYA KAEDAH INI DIGUNAKAN UNTUK MENCANTASKAN GANGGUAN YANG MENDATANG... SEPERTI FIKIRAN DAN LAIN-LAIN

KAEDAH INI JUGA BOLEH DIAMALKAN UNTUK MENGHADZIRKAN KHUSYUK DIDALAM SOLAT

KESEMUANYA HEDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG TERSEBUT DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI ALLAH ...

CARA 3 -  kembali bernafas sepertimana kita mula dilahirkan -  pernafasan asal

Tarik nafas perut kembung, lepas nafas perut kempes.

Menarik nafas maknanya sedang berlaku keadaan sedang masukan diri yang zahir kedalam diri yang batin, Masukkan diri yang batin kepada Huu zat semata-mata..

Atau dengan kata lain sedang berlaku  keadaan "Laa maujudun, Laa haiyun, Laa 'alimun, Laa khodirun, Laa muridun, Laa Basirun, Laa sami'un, Laa mutakallimun bil haqikati illallah"

Semasa masuknya nafas zikirnya berbunyi HUU, bukan disebut samada dengan lidah atau dengan hati, perbuatan menarik nafas tersebut itulah bunyi zikirnya HUU (yang tidak berhuruf tidak bersuara dan tiada kata-kata)..

Ditempat terhentinya nafas yang tidak tertarik lagi adalah merupakan tempat pertemuan diantara hamba dengan tuhannya, tempat berlaku penyerahan total sehinggalah berlaku keadaan tiada hamba, tiada tuhan lagi, yang tinggal ada HUU ZAT SEMATA-MATA... (Zikir diketika ini berbunyi AH dan AH, AH).

Tahan nafas ditempat terhentinya nafas yang terakhir sehingga tidak tertahan lagi, sebelum melepaskan nafas terlebih dahulu telan aur liur. Diketika ini zikirnya ialah HAQQEQ.

Semasa melepaskan nafas, sedang berlaku pula keadaan membawa keadaan HUU ZAT semata-mata ini keseluruhan anggota zahir (ternyatalah laa khaulawala khuwata illah) kepada badan, jadi badan tetap dengan sifat asalnya iaitu mati, ternyata lah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan itu kekal sebagai sifat Allah.

Disini Berlakulah apa yang telah difirmankan oleh Allah

34.Surah Saba' (Verse 27)

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Semasa nafas keluar ini zikirnya ialah Allah..

Begitulah seterusnya berlaku sehinggalah putusnya pernafasan yang terakhir

Semasa berlakunya pernafasan yang terakhir semasa berlakunya sakaratul maut, kunci nyawa aian membentuk huruf mim simpul dan zikirnya berbunyi HUM...

Inilah zikir yang terakhir yang menandakan seseorang yang telah melalui sakaratul mautnya didalam keadaan sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah

Sabda Rasulullah saw

‎مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ

”Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk surga”

(HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621)

Jika semasa terputusnya nafas yang terakhir kita tidak berada didalam keadaan ini (sedang menyatakan keesaan Allah) mati yang kita akan hadapi didalam keadaan syirik.... Bukan didalam keadaan (Laa ilaha illallah yang tiada suara, tiada berhuruf dan tiada kata-kata bukan menyebut perkataan Laa ilaha illallah diketika akhir hayat).

Inilah peri pentingnya kita kembali bernafas sepertimana mula kita dilahirkan.. iaitu semasa menarik nafas perut ajan kembung dan semasa keluar nafas perut kempes

2.Surah Al-Baqarah (Verse 46)

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 29)

Katakanlah:
"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

BAGAIMANA NAK BERNAFAS SEPERTI MULA KITA DILAHIRKAN INI BOLEH DIPELAJARI DARI BAYI YANG DIDALAM BUAIAN

Hadis tuntut ilmu

‎اطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ

(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)

Dalam lafaz lain

‎طَلَبُ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ

(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)

76.Surah Al-'Insān (Verse 29)

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān (Verse 30)

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH .

2.Surah Al-Baqarah (Verse 198)

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),

dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu;

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

BAGAIMANA CARA HENDAK MENYEBUT ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH - IAITU DENGAN MELAKSANAKAN APA YANG TERSURAT DAN APA YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Ini adalah beberapa jalan dan cara yang boleh diamal secara digabungkan...

Malah terdapat pelbagai jalan dan cara yang lain lagi...

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Jika saudara/i ada jalan dan cara yang hendak dimuzakarahkan disini dipersilakan....

16.Surah An-Naĥl (Verse 19)

Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.

•••  PESANAN PENTING •••

JANGAN KITA TERPENGARUH DENGAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DISAMPAIKAN DARI MULUT KEMULUT YANG TANPA PERLU MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD DAN TAUHID..

Kerana boleh menjerumuskan kita kekancah mengaku diri sebagai Tuhan..

Tidak ada satu makhlok pun yang boleh mengenal Allah hanya Allah yang mengenal Allah, jadi usaha kita untuk mengenal Allah itu tidak akan kesampaian kerana kITA tidak mampu kesitu..

Apa yang boleh dilakukan ialah melaksanakan dengan secara istiqomah salah satu daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid seperti yang telah Allah memperjelaskan didalam Al-Quran dan oleh Rasulullah saw didalam hadisnya..

Tunggu saja jaminan dari Allah "DAN KAMI AKAN PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS"

Yakinlah Allah tidak mungkir janji

Firman Allah berkaitan iktiqad dan tauhid

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 89)

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

SIAPAKAH YANG AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH DAN SEKALIAN MAKHLOK ?

2.Surah Al-Baqarah (Verse 159)

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

SEJAK DARI NABI ADAM SEHINGGA KEPADA NABI MUHAMMAD MEMBAWA UGAMA YANG SATU...

46.Surah Al-'Aĥqāf (Verse 9)

Katakanlah lagi: "Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata"

42.Surah Ash-Shūraá (Verse 13)

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

42.Surah Ash-Shūraá (Verse 14)

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

59.Surah Al-Ĥashr (Verse 14)

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

59.Surah Al-Ĥashr (Verse 15)

(Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) dengan sebab bawaan kufur mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (pada hari akhirat kelak).

59.Surah Al-Ĥashr (Verse 16)

(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"

59.Surah Al-Ĥashr (Verse 17)

Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim.

SIAPAKAH ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran

30.Surah Ar-Rūm (Verse 29)

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada  sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 161)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

98.Surah Al-Bayyinah (Verse 5)

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

Sabtu, 10 Jun 2017

Dapatkah Allah dikenal dengan nyata dan terang?

Dapatkah Allah dikenal dengan nyata dan terang? Jikalau boleh bagaimanakah caranya?

Ya, inilah yang perlu jelas bagi salik pencari Tuhannya. Al-Quran telah memberikan panduan kepada kita tentang Tuhan Semesta Alam, bahawa  Allah tidak dapat dijangkau akal fikiran, tidak dapat dibayangkan dan tiada suatupun yang menyerupainya, di samping itu Allah juga Maha Meliputi.

Dan di sinilah banyak salik yang keliru? Mereka beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat? Ini adalah persoalan yang rumit, jikalau kita hanya memakai akal fikiran, sedangkan Al-Quran sendiri telah menyatakan, Allah itu tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran, bagi ana jikalau ente mahu mengenal Nya, janganlah pakai akal fikiran, kerana ia tidak akan menyampaikan ente kepadaNya.

Nah, kembali kepada persoalan asal, dapatkah Dia dilihat dengan nyata dan terang? Bagi ana sudah pasti boleh, kerana sufi terkenal Hassan al Banna pun telah menyatakan,  “Aku tidak menyembah Tuhan yang tidak aku kenal”.

Bermakna beliau kenal kepada Tuhannya, kalau kenal pasti beliau melihatnya, kerana kenal dengan melihat itu pasti seiringan. Perlu ana nyatakan, memang benar Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tetapi melihat Allah  adalah dengan mata hati, bukankah kita ini “dua dalam satu”, (zahir dan batin), yang zahir tidak dapat melihat, tapi yang batin dapat melihatNya.

Jadi apabila ada orang menyatakan, Dia tidak dapat dilihat, ini bermakna mereka hanya kenal diri yang zahir sahaja, tetapi tidak mengenal diri mereka yang batin, alangkah ruginya mereka yang sebegini.

Allah dapat dikenal dengan mata hati, dan dengan mempelajari sifat-sifatNya. Hanya dengan jalan inilah kita dapat mengenal dan melihat Allah dengan nyata dan terang, iaitu dengan pandangan mata hati.

Jikalau ada orang menyatakan ada jalan lain yang dapat mengenalkan Dia dengan sebenar-benar perkenalan,  itu  bagi ana  hanya dusta belaka, dan mereka sendiri ana pasti, mereka juga belum melihatNya dengan nyata dan terang.

MelihatNya dengan nyata dan terang adalah dengan merasakan kehadiranNYa, tanpa syak wasangka lagi. Inilah yang dikatakan ilmu rasa, Hanya yang merasa yang mengenal. Dan melihatNya dengan nyata dan terang.

Cnp dari fb Omar Abdullah

Jumaat, 2 Jun 2017

ILMU MAKRIFATULLAH & LADUNI(FIRASAT)

2 ILMU BATIN TERTINGGI DALAM DIRI
ILMU MAKRIFATULLAH & LADUNI(FIRASAT)

NABI KHIDIR

Tuhan mentajallikan Cahaya-Nya. Cahaya Tuhan itu bernama Nur. Jadi, Nur itu Cahaya Tuhan. Itulah Rahasia Tuhan. Rahasia Tuhan itulah juga dinamakan Muhammad yang awal dan Nur Muhammad itu juga dinamai titik Nur yang awal. Nur Muhammad sudah “lahir”, baru bersuara. Inilah suara Allah langsung pada Muhammad.

Dari mana awal suara dari mulut dan lidah kita ini? Tentulah dari hati.
Dari mana awal suara dari hati ini? Tentulah dari sirr.
Dari mana awal suara dari sirr hati ini? Tentulah dari Zat.
Dari mana awal suara dari Zat ini? Tentulah dari Allah.

Dari Allah ⇒ Zat [Rahasia Allah] ⇒ sirr ⇒ hati ⇒ lisan

Renungkanlah perjalanan suara ini. Dengan sirr ini kita dapat membezakan mana suara dari syaitan, mana suara dari Allah.

Tuhan menjadikan kita punya zahir dan punya batin. Yang batin itu ruh dan yang zahir itu tubuh. Ruh ini Zat; tubuh ini sifat. Kelakuan zahir ini kelakuan dari mana? Dari batin. Kelakuan batin itu kelakuan siapa? Kelakuan Zat. Siapa yang berkelakuan pada Zat itu? Tentulah Zat-nya Zat, itulah Tuhan maka ilham Allah pada Ruh yang musyahadah pastinya benar,,,,namun bukan zat Allah bersatu dalam ruh kerna Ruh adalah makhlok sedangkan Allah adalah Qadim laisa kamislihi syaik;

Maka ketika orang tauhid sudah mengetahui jalan ini, dirasakannya semua dari Allah: minallah. Kalau sudah dirasakan oleh batinnya semua dari Allah, berarti batinnya sudah karam musyahadahnya pada Allah dan ketika melihat zahirnya itu, dirasakannya rasa isbat saja.

Pengetahan usul ini penting diketahui dan dipahami karena usul itu kesempurnaan. Kalau tidak ada usul, bagaimana kita akan mendapatkan kesempurnaan? Jadi, belajar itu hendaklah sampai pada pemahaman yang tidak dimakan oleh usul. [tidak tertolak atau bertentangan dengan usul]

Ketahuilah bahwa Zat itu Diri Makrifat. Diri Makrifat itu menghimpunkan semua Af`al, semua Asma, semua Sifat, dan semua Diri. Sederhananya, Diri Makrifat itu menghimpunkan semua tubuh-hati-nyawa-rahasia.

Diri Makrifat itulah yang menggerakkan Zat-Sifat-Asma-Af`al. Diri Makrifat ini Rahasia Tuhan yang ada pada Adam (kita). Kalau sudah paham ini, bagaimana lagi kita mau menyangkal bahwa tiada perbuatan baharu lagi?

“Jika bukan karena engkau Muhammad, tiada Ku-ciptakan alam ini.”
Apa hikmah perkataan [hadis qudsi] ini dari sisi hakiki? Kalau tidak ada engkau Diri Makrifat, tidak akan ada pergerakan jasad. Inilah isyarat dua kalimah syahadat.

Jadi Diri Makrifat itu Sifat Tuhan juga Rahasia Tuhan. Jadi diri Makrifat itu jadi apa pada kita ini? Jadi ruh.

Cahaya Diri Makrifat inilah yang menjadi firasatan, sedangkan Nur Muhammad itu menjadi per.ingat.an.

Mengapa Nabi Khidr a.s. dapat mengetahui semuanya dan perbuatannya bertentangan dengan syara? Karena Nabi Khidr mengetahui Diri Makrifat itu firasatan. Sedangkan Diri Makrifat itu mustahil berbohong.

Maka orang tauhid hakiki tidak bingung dengan kelakuan Nabi Khidr a.s. sebagaimana kisah dalam Q.S. al-Kahfi karena orang tauhid hakiki tahu soal firasatan dan per-ingatan ini. Dari sini diketahui bahwa Nabi Khidir itu Allah karuniai firasatan yang tinggi [ilmu hikmah].

Sebenarnya ilmu firasatan ini menggunakan bahasa Cahaya: Cahaya Ilahi.
Timbulnya ingatan itu dari firasatan. Timbulnya firasatan itu dari Tuhan.
Ciri bahasa Cahaya Ilahi itu: laa raiba fiihi hudan lil muttaqiin [Q.S. Al-Baqarah:2] alias tidak ada keraguan satu zarah pun!

Nabi Khidr a.s. itu ahli bahasa Cahaya ini. Jadi, tidak usah hairan kalau para wali Allah itu banyak mengetahui hal-hal yang tidak diketahui orang awam karena para wali Allah itu belajar dan menguasai ilmu firasatan alias bahasa Cahaya Ilahi ini dari Nabi Khidr a.s. Sang Murabbi.

Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki [Q.S. Nur:35]

"Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang kepadanya, dan hamba-Ku tidak dapat mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada yang telah Aku wajibkan (perkara syariat), jika hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan kebaikan, maka Aku mencintai dia, jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang ia jadikan untuk mendengar, dan pandangannya yang ia jadikan untuk memandang, dan tangannya yang ia jadikan untuk memukul, dan kakinya yang dijadikannya untuk berjalan, jikalau ia meminta-Ku, pasti Kuberi, dan jika meminta perlindungan kepada-Ku, pasti Ku-lindungi. Dan Aku tidak ragu untuk melakukan sesuatu yang Aku menjadi pelakunya sendiri sebagaimana keragu-raguan-Ku untuk mencabut nyawa seorang mukmin yang ia (khawatir) terhadap kematian itu, dan Aku sendiri khawatir ia merasakan kepedihan sakitnya.” (H.R. Bukhari 6021)

Susah menguasai bahasa firasat ini. Kalau yang pakai bahasa seperti aksi nujum bak belalang ,iyer ramai
Makan Nasi 1 biji padi
Tak pula jagungpun jadi.. !!

- Hidan kakuzu.

Rabu, 12 April 2017

MENGENAL DIRI SENDIRI SEBAGAI KUNCI UNTUK MENGENAL ALLAH.

MENGENAL DIRI SENDIRI SEBAGAI KUNCI UNTUK MENGENAL ALLAH.

Sebagaimana yang di ketahui, bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) dan Maqamat (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu di tujukan untuk memperbaiki akhlak.

Sedang tujuan perbaikan akhlak adalah untuk membersihkan qalbu yang bererti mengosongkan diri dari sifat-sifat yang tercela kemudian mengisinya dengan sifat-sifat yang terpuji yang selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI).

Dengan demikian maka dapat lah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH, tidak dapat di tempuh dengan sekali gus, tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing-masing iaitu harus di tempuh secara bertingkat-tingkat.

Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat & Ilmu Ma'rifat, bererti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk megenal sesuatu itu dengan cara bersungguh-sungguh, bahawa siapakah manusia itu, siapakah yang menjadikannya & siapakah yang menciptakan sekelian itu.

Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Barang siapa yang mengenal dirinya, nescaya ia akan mengenal Tuhannya."

MENGENAL DIRI SENDIRI

Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu tersusun dari bentuk-bentuk lahir (yang disebut badan atau jasad) & bentuk-bentuk batin (yang disebut qalbu atau jiwa).

Yang di maksudkan dengan qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada di sebelah kiri badan di bawah susu (yang dikatakan jantung).

Tetapi dialah Roh suci & berpengaruh di dalam tubuh & dia lah yang mengatur jasmani & segenap anggota badan.

Dialah Hakikat Insani Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dia yang bertanggung-jawab & dialah yang dipuji atau disiksa oleh Allah.

Untuk meneliti & mengenal diri sendiri itu, maka jasad dapat dimisalkan sebagai suatu kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang berkuasa & dialah yang mengatur jasmani.

Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata.Seluruh badan jasmani akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah.

Dan Rohani/Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib, maksudnya bahawa Roh/Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu & ruang, tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh.

Oleh kerana itu maka setiap manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil di dalam dirinya sendiri.

Sungguh benar sekali istilah yang menyebut bahawa " Manusia itu adalah mikrosmos"  atau dunia kecil dalam dirinya sendiri.

Sebahagian orang berpendapat bahawa hakikat Qalbu atau Roh itu dapat dicapai dengan cara memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yang ada di sekitarnya, kacuali peribadinya.

Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya).

Tetapi bagaimanapun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang hakikat Roh yang sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa.

Di dalam Al-Quran Allah berfirman: " Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh, katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikait sahaja".
( Surah Isra.Ayat 85).

Apabila seseorang bertakafur atas dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya pada masa dahulunya, "tidak pernah ada".

Firman Allah: " Tidakkah manusia itu ingat bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu apapun".

Kemudian manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dujadikan dari setitis air (mani) yang tidak mempunyai akal sedikit pun, tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki, tangan, kepala & sebagainya.

Dari sinilah manusia akan mengetahui dengan terang & nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak akan sanggup membuatnya.

Dengan jalan memikirkan hal tersebut maka manusia itu dapat menemukan dirinya di dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan & Kasih Sayangnya Tuhan yang menjadikannya.

Dan apabila manusia itu berfikir jauh maka ternyata di dalam kehidupannya ia memerlukan berbagai macam keperluan seperti makanan, minuman, pakaian, perumahan & sebagainya, yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap di dalam muka bumi ini.

Di sini manusia akan menjadi sedar akan sifat Rahman & Rahimnya Allah yang begitu besar & luasnya. Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keajaiban-keajaiban.

Rangka jasad adalah bukti Kekuasaan & KebijaksanaanNya, serta penuh pula dengan berbagai-bagaim alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih SayangNya, pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu "ADA".

Oleh kerana itu benar-benar bahawa dengan penelitian & pengenalan diri sendiri akan menjadi kunsi bagi pengenalan Allah.

MENGENAL ALLAH

Bahagian yang penting dalam mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan-perbuatan kita bagi mempelajari & meneliti serta memikirkan diri sendiri, yang memberikan kita kekuatan, kepandaian & mencintai ciptaanNya.

Sifat-sifat manusia, bukan hanya menjadi gambaran dari sifat-sifat ALLAH, tetapi juga ragam adanya jiwa manusia membawa keinsafan kepada pengertian adanya ALLAH.

Maksudnya bahawa kedua-duanya iaitu ALLAH & ROH adalah ghaib, tidak terpisah, tidak terbilang, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna & tidak berukuran.

Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran tersebut, tetapi kesukaran-kesukaran itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa seperti peraaan marah, sakit, gembira & cinta.

Hal ini merupakan faham fikiran & tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebabkan oleh bentuk & ukurannya.

Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak dapat menganal suara & begitu juga dalam mengertikan kenyataan-kenyataan pokok yakni Tuhan & Roh.

Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas-batas yang dapat dicapai oleh akal fikiran & selebihnya akal fikiran kita tidak sanggup lagi memikirnya sebegitu jauh.

Betapa pun juga, kita dapat melihat bahawa ALLAH itulah yang mengatur alam semesta & Dia adalh tidak mengenal ruang & waktu, tidak mengenal bentuk & ukuran, yang memerintah segenap perkara demikian keadaannya.

Sebagaimana yang telah dihuraikan, " ROH tidak mendapat tempat tertentu di dalam bahagian sesuatu badan, tidak terpisah-pisah, tidak mengenal bentuk & ukuran tetapi ia memerintah JASAD".

Demekianlah ALLAH, tidak mengenal ruang & masa, tidak mengenal bentuk & ukuran tetapi DIA memerintah Alam Semesta.

Itulah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Besar & Maha Agung.

: Terjemahan kitab " KimyauSaadah"
oleh Al Ghazali.

Selasa, 28 Mac 2017

Kenal diri kenal ALLAH

Kenal diri kenal ALLAH

Makrifatullah : Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 9 : “Adakah sama orang jahil dengan orang yang berilmu?”

Menurut ahli tasawuf, berilmu yang dimaksudkan di sini ialah Ilmu Makrifatullah. Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat bagi manusia.

Mengenal Allah secara ilmu zahiri adalah sebagai pengenalan awal kepada diriNya sedangkan pengenalan melalui cahaya hati adalah pengenalan yang hakiki. Hati yang bersih akan tersingkap baginya pelbagai rahsia ketuhanan.

Semakin ia bersih, semakin memancarlah makrifat pada hatinya. Hati yang memancar ini adalah hati yang melalui proses ilmu, ibadah dan mujahadah yang istiqamah.

Mereka yang tersingkap kepadanya rahsia ihsan (sentiasa melihat Allah atau Allah melihatnya) imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti untuk membuktikan wujud Tuhan.

Ini kerana hatinya sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada.

Firman Allah : “Dimana kamu hadap di situlah wajah Allah SWT.” (Al-Baqarah : 115)

Hati yang bersih dari segala hijab keduniaan dan nafsu akan melihat dan merasai ayat-ayat Allah dengan pandangan hakikat.

Inilah kasyaf yang hakiki di mana hatinya dapat menangkap rahsia ayat-ayat Allah dengan penglihatan yang haq.

Firman Allah : “Sesungguhnya tidaklah menyentuh Al-Quran itu melainkan mereka yang suci…”

Ayat ini ditafsir oleh ulama tasawuf dengan maksud bahawa ayat-ayat Allah tidak akan berada dalam jiwa yang kotor. Bacaan mereka hanyalah di lidah, bukannya di hati.

Ilmu mereka hanyalah di akal tapi tidak di hati. Tanyalah diri sendiri, bagaimanakah perasaanmu bila membaca ayat :
“Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana kamu berada.” (al-Hadid : 4)

Kalau hati kamu keras dan tidak merasa apa-apa, ayat di atas hanyalah sekadar suatu maklumat pada akalmu sahaja. Dan apabila hal keTuhanan berada pada akal, ia akan hilang apabila kamu berfikir pada perkara yang lain pula.

Tetapi jika hatimu bersih, ayat ini dapat dirasai dan dilihat dengan pandangan cahaya hati sehingga merasai kebersamaan dengan Allah di mana saja berada.

Mereka yang mengingati Allah dalam penghayatan dan penglihatan akan merasai kelazatan iman dan makrifat yang tidak terhingga.

Allah adalah kekasihnya dan ia meninggalkan apa jua yang boleh melalaikan ia dengan Allah. Allah adalah yang dirindui dan ia menjadi perindu, Allah menjadi pujaan dan ia sebagai pemuja.

Sesiapa yang mengenal Tuhan, ia akan mencintai Tuhan dan leburlah segala keindahan yang lain. Sesiapa yang mengenal Tuhan, tiadalah ia resah gelisah dengan apa jua yang menimpanya.

Memancar pada hatinya sifat kecintaan, keyakinan, ketakwaan, kerinduan dan ia mendapat perlindungan dari Allah SWT.

Ini disebabkan hatinya sentiasa bercahaya dengan zikrullah dan Allah memberi pengakuan dengan firmanNya :
“Dan ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadanya…” (al-Baqarah : 152)

Apabila Allah mengingatinya, nescaya hatinya dipenuhi dengan cahaya kebenaran dan terhapuslah cahaya kebatilan yang datang dari syaitan.
Firman Allah : “Apabila datangnya kebenaran akan terhapuslah kebatilan…” (al-Isra’ : 81)

Ada juga yang mentafsirkan mengingati Allah dengan melakukan kebaikan sedangkan pentafsiran seperti ini adalah berbentuk umum dan tidak muafakat di kalangan mufassirin yang muktabar, apatah lagi tafsiran yang dihurai oleh ulama-ulama tasawuf yang merupakan pakar dalam bidang kejiwaan manusia.
Wallahu ‘alam

Khamis, 23 Mac 2017

Kenal diri kenal ALLAH

Kenal diri kenal ALLAH

Makrifatullah : Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 9 :
“Adakah sama orang jahil dengan orang yang berilmu?”

Menurut ahli tasawuf, berilmu yang dimaksudkan di sini ialah Ilmu Makrifatullah. Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat bagi manusia.

Mengenal Allah secara ilmu zahiri adalah sebagai pengenalan awal kepada diriNya sedangkan pengenalan melalui cahaya hati adalah pengenalan yang hakiki. Hati yang bersih akan tersingkap baginya pelbagai rahsia ketuhanan.

Semakin ia bersih, semakin memancarlah makrifat pada hatinya. Hati yang memancar ini adalah hati yang melalui proses ilmu, ibadah dan mujahadah yang istiqamah.

Mereka yang tersingkap kepadanya rahsia ihsan (sentiasa melihat Allah atau Allah melihatnya) imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti untuk membuktikan wujud Tuhan.

Ini kerana hatinya sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada.

Firman Allah : “Dimana kamu hadap di situlah wajah Allah SWT.”
(Al-Baqarah : 115)

Hati yang bersih dari segala hijab keduniaan dan nafsu akan melihat dan merasai ayat-ayat Allah dengan pandangan hakikat.

Inilah kasyaf yang hakiki di mana hatinya dapat menangkap rahsia ayat-ayat Allah dengan penglihatan yang haq.

Firman Allah : “Sesungguhnya tidaklah menyentuh Al-Quran itu melainkan mereka yang suci…”

Ayat ini ditafsir oleh ulama tasawuf dengan maksud bahawa ayat-ayat Allah tidak akan berada dalam jiwa yang kotor.

Bacaan mereka hanyalah di lidah, bukannya di hati. Ilmu mereka hanyalah di akal tapi tidak di hati. Tanyalah diri sendiri, bagaimanakah perasaanmu bila membaca ayat :
“Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana kamu berada.” (al-Hadid : 4)

Kalau hati kamu keras dan tidak merasa apa-apa, ayat di atas hanyalah sekadar suatu maklumat pada akalmu sahaja.
Dan apabila hal keTuhanan berada pada akal, ia akan hilang apabila kamu berfikir pada perkara yang lain pula.

Tetapi jika hatimu bersih, ayat ini dapat dirasai dan dilihat dengan pandangan cahaya hati sehingga merasai kebersamaan dengan Allah di mana saja berada.

Mereka yang mengingati Allah dalam penghayatan dan penglihatan akan merasai kelazatan iman dan makrifat yang tidak terhingga.

Allah adalah kekasihnya dan ia meninggalkan apa jua yang boleh melalaikan ia dengan Allah. Allah adalah yang dirindui dan ia menjadi perindu, Allah menjadi pujaan dan ia sebagai pemuja.

Sesiapa yang mengenal Tuhan, ia akan mencintai Tuhan dan leburlah segala keindahan yang lain. Sesiapa yang mengenal Tuhan, tiadalah ia resah gelisah dengan apa jua yang menimpanya.

Memancar pada hatinya sifat kecintaan, keyakinan, ketakwaan, kerinduan dan ia mendapat perlindungan dari Allah SWT. Ini disebabkan hatinya sentiasa bercahaya dengan zikrullah dan Allah memberi pengakuan dengan firmanNya :
“Dan ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadanya…” (al-Baqarah : 152)

Apabila Allah mengingatinya, nescaya hatinya dipenuhi dengan cahaya kebenaran dan terhapuslah cahaya kebatilan yang datang dari syaitan.
Firman Allah :
“Apabila datangnya kebenaran akan terhapuslah kebatilan…” (al-Isra’ : 81)

Ada juga yang mentafsirkan mengingati Allah dengan melakukan kebaikan sedangkan pentafsiran seperti ini adalah berbentuk umum dan tidak muafakat di kalangan mufassirin yang muktabar, apatah lagi tafsiran yang dihurai oleh ulama-ulama tasawuf yang merupakan pakar dalam bidang kejiwaan manusia.
Wallahu ‘alam.

Petikan buku : Bicara Hikmah II

Rabu, 1 Mac 2017

MENCARI ILMU DATANG & KEMBALI

MENCARI ILMU DATANG & KEMBALI ......

Allah berfirman bahawa kita diperlukan memulangkan Amanah kepada Yang Empunya Amanah yaitu Allah.

Pemulangan Amanah inilah JALAN KEMBALI YANG BENAR yaitu kembali SEJASAD dan SENYAWA.

Mencari Jalan Kembali / Pulang berpunca dari Jalan Datang.

Jalan Datang hanya boleh kita ketahui jika kita ketahui akan asal usul kita yakni asal dan maksud kedatangan kita , cara cara kita datang dan kemana kita salepas ini.

Inilah yang dikatakan sebagai JALAN atau ILMU MENGENAL DIRI atau ILMU USUL dan disebut juga sebagai ILMU MENGENAL ALLAH yakni mengenal asal kita. Asal kita dari Allah dan inilah yang kita perlu pelajari.

Semua manusia malah bintang sekalipun berasal dari mani setitik. Hanya tiga manusia sahaja yang tidak berasal dari setitik mani yaitu Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Isa .as

Dari manakah datangnya mani itu ?

Jika kita katakan dari lelaki, kanak kanak lelaki belum ada mani selagi belum baligh. Jelaslah bahawa mani itu didatangkan oleh Allah kemudiannya kepada lelaki.

Apakah sebenarnya mani itu ? bagaimanakah mani setitik bagaikan nokhtah boleh menjadi kita insan yang kompleks ini dalam masa 9 bulan sahaja ?

Tentulah Allah Yang Maha Mengetahui. Macam mana cerdiknya pun manusia itu masih lagi tidak akan tahu bagaimanakah setitik mani boleh menjadi manusia tertentu.

Umpamanya jika suami isteri itu Melayu, anaknya pun menjadi Melayu. Saintis hanya dapat bercerita tentang dna & genes tetapi belum dapat mengetahui secara terperinci akan prosesnya.

Hanya segelintir manusia sahaja yang diberi pengetahuan oleh Allah tentang proses kejadian manusia ini.

Ahad, 30 Oktober 2016

KITA TAK NAMPAK الله?

_*```KITA TAK NAMPAK الله??```*_

*```Bila الله sembuhkan kita drp kesakitan melalui ikhtiar ubat yg kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله berjayakan kita dlm akademik melalui bijaknya kita dlm pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi kita pekerjaan yg selesa melalui cemerlangnya kita dlm bidang yg di ceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله kurniakan kita pasangan yg soleh/solehah serta keluarga yg bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله keluarkan kita drp masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tsbt.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi segala jenis nikmat yg tak pernah mintak di bayar & tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله .```*

*```Sungguh, mata hati kita masih buta & samar.. Dek keangkuhan seorg hamba @ kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta di sebalik kejadian.```*

*```Bukan senang utk didik diri & hati melihat الله dlm setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dr الله hidup utk الله & balik kpd الله.```*

*Pesan Pada Hati❤*

Khamis, 7 Julai 2016

Ingatlah tujuanmu bukan cahaya akan tetapi tuan kepada cahaya itu

TUJUAN

Ingatlah tujuanmu bukan cahaya akan tetapi tuan kepada cahaya itu.

Dibalik nyata ada kebenaran yang ghaib maka kau perlu berjalan dan bergerak dengan tidak memalingkan wajahmu kekanan ataupun kekiri agar kau terhindar dari keasyikkan cahaya itu, barulah kau sampai ke tujuan yang asal

didalam amal terkadang ada yang menjumpai..

1-orang2 ghaib
2-wali2
3-syiekh
4-puteri dll

Ini semua adalah hijab lautan nur. Kalau kau asyik dengan nya kau akan tidak dapat mencapai makrifatullah dan kau tidak akan mendapat jalan kesempurnaan jiwa.

Ingatlah semua perkara itu bukan tujuan kita dan jika ia mendatangi kita ( dimasa latihan ) berlangsung maka kau katakanlah padanya...urusanku hanya dengan tuhanku dan aku tidak ada urusan denganmu.

Jalanku jalan gerak
bukan untuk menjadi wali
aku mencari barang yang haq
untuk menyempurnakan diriku sendiri.

Jumaat, 11 September 2015

Sebenar-benar diri kita ialah Roh diri kita sendiri.

Ingat Diri 
  
Sebenar-benar diri kita ialah Roh diri kita sendiri.
Orang-orang yang lupa pada diri itu berarti orang yang lupa kepada roh.
Orang yang lupa kepada roh berarti orang yang lupa kepada Allah dan orang yang lupa kepada Allah,
termasuk kedalam golongan orang yang tidak mengenal diri.
 
Bilamana kita tidak dapat mengenal diri maka tidaklah ia dapat mengenal Allah.
“Tidak kenal Allah, maka tidak akan ingat kepada Allah”
Bagi mereka yang telah mengenal diri, tidak akan mereka menjadi lupa kepada roh.
Mereka yang tidak lupa kepada diri itu tandanya mereka tidak lupa kepada tuhannya Allah Ta’ala.
 
Allah berfirman: “Keluarlah engkau dari Surga ini, karena tidak pantas engkau berlaku sombong (lupa diri) di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”.
 
Mereka yang duduk didalam surga (mengenal diri) tidak seharusnya ada sifat lupa.
Bila lupa akan diri, itu tandanya sombong. Bila sombong menyebabkan lupa diri, bila lupa diri, maka lupa pula kepada Allah.
 
Bagi yang masih ada menyimpan sifat lupa kepada diri artinya juga menyimpan sifat lupa kepada Allah. Apabila kita lupa kepada Allah, menyebabkan kita keluar dari surga Allah. Sebagaimana yang terjadi kepada Adam dan Hawa, ketika memakan buah khuldi.
 
Ingkarnya Adam dan Hawa daripada perintah Allah dengan memakan buah khuldi itu, tidak menyebabkan murka Allah. Yang menjadi kemurkaan Allah ialah lupa kepada Allah selama memakannya.
 
Durhaka untuk mematuhi “INGAT” kepada Allah itu, adalah satu perkara yang tidak dapat diampunkan Allah.
 
Dosa lupa dan lalai itu, menandakan kita telah mensyirikkan Allah.
Karena lupa untuk memandang kepada diri sendiri menyebabkan kita lupa kepada Allah, apabila lupa kepada Allah menyebabkan kita tersingkir dari nikmat surga.
 
Apabila kita lupa untuk memandang kepada diri sendiri dengan sendirinya membuatkan kita lupa untuk memandang Allah. Bilamana lupa untuk memandang Allah, menyebabkan hati kita mudah terpaut untuk memandang dunia sebagai tuan.
 
Apabila kita tidak dapat menikmati nikmat “INGAT” kepada Allah tidaklah Allah itu dapat terdzahir pada sekalian alam.
 

Bilamana Allah tidak dapat didzahirkan atau dinyatakan itulah yang dikatakan lupa atau lalai.
 
Karena lupa atau lalai kepada Allah walaupun sesaat, Syaidina Ali menyebut dirinya “Kafir”
Begitu besarnya martabat atau derajat ingat kepada Allah. Apabila kita telah dapat mengenal diri Walaupun kita telah dapat nikmat surga Allah, namun surga dan nikmat mengenal diri itu, lebih baik dan lebih bahagia dari surga akhirat.
 
Surga akhirat nikmatnya hanya akan dapat dinikmati semasa di alam akhirat saja. Sadangkan surga mengenal diri itu, akan dapat dinikmati selama hayat masih berada didalam dunia hingga sampai kealam akhirat.
 

Nikmat surga dunia dan surga akhirat itu adalah bagi mereka-mereka yang tidak lupa kepada Allah

Selasa, 8 September 2015

MENGENAL AKU HAKIKI

MENGENAL AKU HAKIKI

Untuk mengenal AKU yang hakiki diperlukan ketekunan dan kesabaran dan perlu panduan seorang guru yang ahli dalam bidang kerohanian dan kesufian yang disebut Mursyid, dan banyak berfikir tentang keadaan sekitar dan berzikir serta memohon taufik dan hidayah dari Allah swt.
 
AKU kita ini ibarat sagu, perlu dipecahkan ruyungnya, barulah didapatkan sagunya, memecah ruyung itu hendaklah dengan petunjuk orang yang telah ahli memecahkan ruyung atau yang tahu cara bagaimana memecahnya dan alat pemecahnya pun mestilah yang sesuai.

 AKU yang hakiki yang dikatakan ‘bayangan’ atau ‘ayat’ atau ‘pendzahiran’ Yang Maha AKU yaitu Allah swt, maka itulah matlumat atau ‘destinasi’ yang dituju.
 
Sebelum sampai ke ‘destinasi’ itu perlulah kita mengembara atau berjalan dengan kenderaan atau tanpa kenderaan menuju tempat yang akan dituju, kemudian agar tidak tersesat, kita perlu ‘penunjuk jalan’ supaya bisa sampai ke tempat yang sebenarnya.
 
Sebenarnya kenderaan diperlukan agar lebih cepat sampai, karena kalau berjalan kaki saja tanpa kenderaan sepertinya akan lambat sampai tujuan.
 
Kemudian setelah sampai perlulah kita mendapat pengesahan dari ‘si penunjuk jalan’ bahwa tempat yang kita tuju itu telah sampai, maklumlah karena tempat itu belum pernah kita lihat, mungkin saja kita ragu-ragu apakah benar itu tempatnya.
 
Setelah Sah itulah tempat yang kita tuju, maka tamatlah pengembaraan kita. Apabila kita telah berada dalam tempat yang dituju itu, maka bebaslah kita menikmati dan merasai atau mengalami keadaan di tempat tersebut.
 
Seperti kata orang-orang sufi, ” Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya”. Mengenal Allah melalui mengenal diri itu adalah jalan atau cara orang-orang sufi. Ini bukan berarti diri kita itu sama dengan Tuhan.
 
Diri kita tetaplah diri kita. Diri kita bukan Tuhan. Allah tetap Allah tanpa sekutu baginya dengan yang lain. Diri kita tetap diri kita juga. Tetapi dengan mengenal diri itu dapatlah kita mengenal Allah.
 
AKU atau diri kita ini adalah ‘ayat-ayat’ atau ‘tanda-tanda’ atau ‘bayangan’ Tuhan. Dzat Tuhan itu, digelar oleh Ahli Sufi sebagai ‘Kunhi Dzat’ (semata-mata Dzat), tidak sampai kedalam pengetahuan atau ilham atau kasyaf kita.
 
Singkatnya ilmu dan kasyaf kita tidak mampu menjangkaunya. Tetapi bayanganNya atau ayat-ayatNya atau pendzahiranNya dapat kita kenali. Matahari itu menyilaukan mata bila langsung memandangnya, tetapi bayangannya dalam air dapat kita pandang tanpa merusakkan mata.
 
Angin tidak dapat dilihat tetapi kalau daun bergoyang itulah tanda adanya angin.Manis tidak dapat dilihat, tetapi gula atau madu dapat dilihat. Inilah perumpamaan atau ibarat. Kita ini ibarat bayangan saja.
 
Dengan bayangan dapat dikenali yang empunya bayang. Dengan melihat daun bergoyang, dapat diketahui adanya angin. Dengan gula dapatlah kita merasai manis.Dengan lada dapatlah kita merasai pedas. Yang paling penting bertanyalah kepada orang yang ahli dalam bidang kerohanian dan kesufian ini.
 
Ingat…! Janganlah bertanya kepada yang bukan ahlinya, karena tiap-tiap ilmu itu ada ahlinya. Ahli ilmu itulah yang faham dan mengerti tentang ilmu yang diketahui dan diamalnya.

Ahad, 29 Mac 2015

DITARIK MASUK KEDALAM RAHASIANYA

Pada dasarnya seseorang yang menerima pemahaman yang RAHASIA DAN DIRAHASIAKAN dalam ILMU MA'RIFATTULLAH telah DITARIK MASUK KEDALAM RAHASIANYA dan terjadi kepada orang - orang yang DIPILIH dan TERPILIH atas kehendak Allah swt dan bisa terjadi kepada siapa saja baik MUSLIM maupun NON MUSLIM....
Sebelum " DITARIK MASUK KEDALAM RAHASIANYA " maka seseorang akan mengalami " FASE BLANK atau CUCI OTAK atau CUCI HATI " secara Gaib seperti yang terjadi pada Nabi Muhammad Rasulullah saw sebelum terjadi ISRA dan MI'RAJ....
" CUCI OTAK atau CUCI HATI " ini diperlukan untuk menghindari PENOLAKAN AKAL yang dapat berakibat STRES TINGKAT TINGGI atau mengalami gangguan Jiwa ( Gila ) dan untuk menghapus seluruh ILMU dan KEYAKINAN yang sebelumnya sudah ada .....karena RAHASIA ALLAH SWT ITU TIDAK TERJANGKAU OLEH AKAL, ILMU DAN KEYAKINAN.........
AL QURAN dan HADIST tidak menjelaskan apa yang ada didalam RAHASIANYA namun AL QURAN memberikan isyarat kebenarannya sebagaimana yang dimaksud dalam Firman Allah swt :
"..Aku tidak menghadirkan mereka ( Iblis dan anak cucunya ) untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak pula penciptaan diri mereka sendiri,dan tidaklah aku mengambil orang-orang yang menyesatkan itu sebgai penolong..( Al Kahfi 51 )