Pages

Rabu, 1 Mac 2017

YANG HIDUP & MENJALANKAN KEHIDUPAN ITU IALAH RUH

YANG HIDUP & MENJALANKAN KEHIDUPAN ITU IALAH RUH

Saudaraku,

Apabila kamu membaca risalah ini dengan kuat ( bersuara ), geraklaku kamu adalah lebih kurang begini :-

Mata kamu melihat tulisan, otakmu mengenal huruf huruf dan menterjemahkannya kepada faham serta mengarahkan lidahmu bergerak mengikut tone tertentu bersama gerak halkommu dan terkeluarlah bunyi hingga terdengar oleh telingamu.

Perkara diatas boleh berlaku , kerana kamu masih hidup. Mata orang mati walaupun masih ada dan tidak cacat sudah tidak boleh melihat lagi. Otak mayat tidak lagi boleh menterjemah kepada faham kerana tiada apa apa isyarat atau gelombang yang dihantar oleh mata.

Lidah dan halkom sudah tidak boleh bergerak lagi. Malah tiada satu anggota orang mati yang boleh berfungsi kerana semuanya sudah MATI.

Kenyataan mati diertikan sebagai sudah TIDAK BERNYAWA lagi atau NYAWA SUDAH MENINGGALKAN JASAD. Sebab itulah orang mati disebut sudah meninggal.

Maka nyatalah kepada kita bahawa NYAWA-lah yang HIDUP bukannya JASAD atau TUBUH BADAN kita.

Mata Nyawa-lah yang melihat bukan mata kepala. Otak nyawalah yang berfikir bukan otak badan ..dan sebagainya.

Adalah juga jelas bahawa anggota anggota kita yang dihidupkan itu hanya alat alat milik Nyawa. Maka kita katakanlah bahawa YANG MENGHIDUPKAN JASAD atau TUBUH ialah NYAWA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.