Pages

Khamis, 13 April 2017

Perjalanan balik batang

Sedikit perkongsian mengenai perjalanan balik batang kaedah ilmu pengetahuan Bapak Baginda Muchtar IPBBM

Dalam berlatih berjalan dengan rasa dan gerak IPBBM rasa yang terasa adalah dari dalam ke luar yang mengalir dari sepuluh jari. Itu lah sebabnya Bapak mengelarkan dirinya Si Sepuluh. 

Penghujung perjalanan rasa dan gerak IPBBM adalah balik batang iaitu rasa yang mengalir dari luar ke dalam.

Mengalir rasa dari seluruh tubuh dari kaki, tangan, kepala menuju ke tengah dada ke tempat asal bermulanya perjalanan rasa dan gerak IPBBM.

Dan apabila seluruh rasa telah berkumpul di tengah dada maka hilanglah segala rasa dan gerak.

Innalillahiwainnailaihirajiun kembali balik batang atau balik ke asal muassal ke hadirat Allah Taala jua. Tiada lagi yang tinggal.

*PESAN BAPAK BAGINDA MUCHTAR* *Perjalanan balik batang."*

Aku sendiri tidak di kiri dan tidak pula di kanan. Tempatku di pertemuan kiri dan kanan, tetapi jalannya kehidupanku berkiri dan berkanan kerana dunia yang kudiami berlurah, berbukit, bergunung, berbatu, berduri, berkeluk, berliku-liku, ada siang, ada malam, ada pagi, ada petang, ada syaitan dan iblis.

Aku adalah laksana titisan air dari gunung yang menuju ke laut lepas, lautan yang tak berpantai iaitu lautan kehidupan. Aku akan mengalir dan mengalir terus, yang mana untuk dapat mencapai tujuan itu aku harus berbelok ke kiri dan ke kanan, guna menghindarkan diri dari penghalang-penghalang dan menjadi satu sungai yang besar sampai di muara.

Aku adalah seumpama seorang pemburu dengan kudanya dengan senjatanya di tangan, yang mana adalah kuda itu badan diriku dan senjata adalah ilmuku.

Aku adalah induk yang berada di dalam diriku, dan adalah diri itu terdiri dari kumpulan titik-titik terang lagi cemerlang, menerangi isi batang tubuhku laksana dikelilingi oleh binatang-binatang yang berkeliaran.

Aku yang berkedudukan di pertemuan kiri dan kanan dan berdiri sendiri tidak di kiri dan tidak pula di kanan, seperti Alif. Alif berasal dari satu titik. Titik bergerak dan berkembang, sampai tegak berdiri lurus.

Oleh kerana aku datang dari SANA dan aku akan kembali ke SANA, maka terhadap-Nya aku melakukan perjalanan yang aku namai *"Perjalanan balik batang."*

Dan kehidupan yang akan ku jalankan di dunia ini ialah perjalanan seorang musafir yang sentiasa berkelana oleh kerana adalah aku seorang pengembara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.