Pages

Jumaat, 30 Jun 2017

UNSUR KEJADIAN MAKHLUK

UNSUR KEJADIAN MAKHLUK

UNSUR KEJADIAN MANUSIA
TANAH AIR  (UNSUR QASIF) JASAD
API ANGIN  (UNSUR SYAFFAT)
ROH AKAL HATI NAFSU ~ UNSUR NURANIYUN (LATIFAH RABBANIAH)

UNSUR KEJADIAN MALAIKAT
TIADA  (UNSUR QASIF) JASAD
TIADA  (UNSUR SYAFFAT)
ROH ~ UNSUR NURANIYUN

UNSUR KEJADIAN JIN
TIADA (UNSUR QASIF) JASAD
API ANGIN  (UNSUR SYAFFAT )
ROH AKAL HATI NAFSU ~ NURANIYUN

UNSUR KEJADIAN HAIWAN
TANAH AIR  (UNSUR QASIF) JASAD
API ANGIN  (UNSUR SYAFFAT )
ROH NAFSU ~ NURANIYUN

UNSUR KEJADIAN MAKHLUK LAIN
BATU, BUKIT, POKOK, DSBNYA
TANAH AIR  (UNSUR QASIF) JASAD
TIADA ~ (UNSUR SYAFFAT )
TIADA ~ UNSUR NURANIYUN

Khamis, 29 Jun 2017

PENTINGNYA MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD DAN TAUHID

PENTINGNYA MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD DAN TAUHID

Firman Allah berkaitan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Dengan melakukan jalan dan cara ini, untuk menghilangkan sangkaan yang sedang menyangka ada Allah yang telah ditajallikan adalah sebagai ada diri sendiri supaya kembali berlaku penyaksian dan pengakuan yang ada Allah yang telah ditajallikan itu adalah ada Allah
Hilanglah anggapan yang sedang menganggap ada Allah yang telah ditajallikan itu adalah ada diri kita sendiri..
Penyaksian dan pengakuan yang Tajalli Allah adalah Allah akan berlaku dengan tersendiri setelah dilakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid..
Bukan kita yang beriktiqad, bukan hasil dari kata-kata yang kita perkatakan, bukan kita yang merasakan ....
Kita tidak perlu memperkatakan lagi yang ada hanya Allah, kerana dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid dengan secara tersendiri akan berlaku penyaksian dan pengakuan tajalli Allah adalah Allah.....
Kalau kita yang memperkatakan, kalau kita yang merasakan ada Allah, kalau kita yang mengaku2, yang ada hanya Allah, apa yang akan berlaku ialah yang dikatakan, yang dirasakan dan yang akan diakui sebagai ada Allah ialah ada Allah yang telah ditajallikan yang telah dianggap sebagai ada diri kita sendiri....
Apabila dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid, tidak akan berlaku pengakuan ada Allah yang sedang ditajallikan yang telah disangka atau dianggap sebagai ada diri kita itu adalah Allah.
Penyaksian dan pengakuan yang akan diakui sebagai Allah ialah ada Allah yang sedang ditajallikan...
Jadi Perbezaan penyaksian dan pengakuan yang berlaku hasil dari melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid dengan mengaku-ngaku yang ada hanya Allah tanpa melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid ialah
Dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid ada Allah yang sedang ditajallikan itu yang sedang diakui sebagai ada Allah..
Apabila dilakukan jalan dan cara secara istiqomah, lama kelamaan rasa ada diri sendiri akan hilang dengan sendiri dan apa yang akan berlaku dengan sendiri juga (hidayah dan petunjuk Allah), Apa yang sedang berlaku didalam rasa perasaan ialah keadaan dimana Allah yang sedang merasa ada Allah

"HANYA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH"

Dengan memperkatakan, dengan mengaku-ngaku dengan merasa yang ada yang sedang dirasai adalah ada Allah tanpa melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid. Apa yang akan berlaku ialah ada Allah yang sedang ditajallikan yang telah dianggap sebagai ada diri sendiri yang akan diakui sebagai ada Allah....

Dengan itu perasaan ada diri sendiri tidak akan hilang sampai bila-bila.....

Ziarah dari Khalifah Tariqat Naqsabandiah Al Kholidiyah


Selasa, 27 Jun 2017

Cerita seorang pemuda ahli syurga

Assalamualaikum...

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:

_"Sebentar lagi dtg seorang pemuda ahli syurga."_

Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:

_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.

Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

_"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."_

_"Tapi…"_

_"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"_

1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

_"Muaz  berkata, subahanallah."_

_"Lagi...?"_

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

_"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"_

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

_*Subhanallah...*_

Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*

*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula dekati kita, kita tak hairan..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

YANG DI LANGIT DAN DI BUMI SYUKUR PUJI PADA ILAHI

بسم الله الرحمن الرحيم

YANG DI LANGIT DAN DI BUMI
SYUKUR PUJI PADA ILAHI

Ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH telah memuliakan hamba - hamba NYA dengan tiga kehormatan , kemuliaan dan kebesaran.

Pertama : Menjadikan hamba NYA berdzikir kepada NYA.
Padahal andai tiada di beri kurnia nesaya tidak layak engkau berdzikir pada NYA.

Kedua : Menjadikan hambanya terkenal dengan dzikir itu kerana Allah sendiri yang menisbahkan dzikir itu kepadanya

Ketiga : Menjadikan hamba NYA terkenal di sisi NYA.Maka yang demikian Allah telah menyempurnakan ni'mat NYA kepada hamba NYA.

Demi sesungguhnya dzikir Allah kepada hamba NYA itulah yang lebih besar daripada dzikir hamba kepada RabbNya
Dan bagi seorang hamba berdzikir kepada Allah itulah kemuliaan , kebesaran dan kemuliaan yang tiada tolok bandingnya.

Imam Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata bahawa :

Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : Allah berfirman dengan maksudnya

Aku selalu mengikuti persangkaan hamba Ku
Dan Aku selalu mendampinginya selama ia berdzikir kepada Ku
Jika ia berdzikir pada Ku dalam hatinya
Maka Aku ingat padanya dalam DzatKu
Dan bila ia berdzikir pada Ku di muka umum ( ramainya manusia )
Maka Aku ingat dia dalam umum yang lebih baik dari golongannya
Dan bila ia mendekat pada Ku sejengkal
Maka Aku mendekat padanya sehasta
Bila ia mendekat pada Ku sehasta
Maka Aku mendekat padanya sedepa
Dan bila ia datang kepada Ku berjalan
Maka Aku datang kepadanya berlari

Firman Allah :
Berdzikirlah kamu kepada Ku nescaya Aku ( Allah ) berdzikir kepada mu.

Allahu Akbar. Tiadalah daya upaya melainkan Allah.

Isnin, 26 Jun 2017

KAITAN ANDA DGN ALLAH

KAITAN ANDA DGN ALLAH

Jadi yang ditumpukan didalam Pengajan Hakikat ialah kaitan antara Rahsia Allah dan Diri itu. Juga digali dari Ayat Ayat Al-Quran berkaitan penjelasan Allah berkait perkara perkara yang dinyatakan diatas yaitu hubungan antara Diri dan Rahsia Allah dan juga apakah yang dikatakan Amanah Allah didalam diri manusia itu.

Yang demikian TUMPUAN ILMU HAKIKAT dalam usaha MENGENAL ALLAH ialah dengan MENGENAL DIRI HAKIKI manusia itu. Jika pengajian ilmu berkaitan hal ini dilakukan maka TAHUlah manusia itu tentang apa yang dikatakan DIRInya itu.

Akan tetapi tahu atau pengetahuan tentangnya belum pasti telah dapat membuatkan sesaorang itu Mengenal akan Dirinya lantas pula Mengenal akan Allah Tuhannya. Ini adalah kerana sifat ilmu itu, hanyalah memberi pengetahuan.

Jadi manusia yang berilmu HANYA TAHU belum lagi MENGENAL dalam ertikata mengenal yang sebenar-benarnya.

Inilah yang membingung dan merungsingkan pelajar pelajar Ilmu Hakikat termasuk penulis yaitu pengertian sebenar KENAL dan kehendak yang mendesak-desak untuk BERTEMU DIRI seterusnya SENTIASA BERSAMA DIRI.

Bagaimanakah cara atau jalannya sesaorang itu setelah Mengenal diri dari segi pengetahuan dapat pula BERTEMU dengan Diri itu dalam ertikata betul betul BERTEMU yaitu BERJUMPA ?

Tidaklah ramai antara pelajar pelajar Ilmu Hakikat yang berjaya SAMPAI KETAHAP ini. Ini adalah kerana perkara ini terlalu SENI dan RAHSIA, seperti kata Imam Al-Ghazali " Tumpukan Debu" . Ianya harus dicari dalam tumpukan debu. Apakah yang dikatakan Tumpukan Debu itu ?

Teruslah mencari dan mencari. Carilah jawapannya pada Diri anda, pada Al-Quran anda dan pada Al-Furqan anda. Jika tidak dapat juga maka berhentilah mencari . Terimalah Ketetapan Allah. Anda bukan orang yang dipilihnya untuk mendapat Rezeki Yang Tidak Terhitung-Hitung banyaknya itu !!!!.

Yang pasti ialah anda tidak akan dapat bertemu DIRI anda dalam Ilmu, malah ilmu itu menjadi HIJABNYA.

Jadi pada tahap tahap tertentu maka wajiblah anda BERHENTI MENCARI ILMU dan bertumpu pula MENCARI DIRI didalam Jasad anda dengan pandangan BATIN atau dengan AMALAN BATIN. Amalan diluar tidak berupaya sampai kematlamat ini. Percayalah.

Kandung Mengandung

Kandung Mengandung

Aku telah dapat menemui yang ku kandung selama ini, yang telah berada bersama ku semenjak ibu mengandung ku dan aku telah memancarkan kandungan ku tersebut, setelah aku dapat menemuinya menurutkan saluran tertentu, kerana pintu telah terbuka bagiku.

Aku yang dilahirkan oleh ibu yang mengandungku, telah melahirkan kandungan ku pula.

Aku yang semenjak sudah tahu berjalan telah melakukan perjalanan yang jauh dan selama dalam perjalanan banyaklah sudah yang aku temui halangan dan rintangan yang merupakan ujian atau cubaan bagiku dan tak kurang pula banyaknya pertolongan pertolongan dan bantuan yang ku perdapat baik berupa lahir mau pun berupa batin yang mendorong ku mencari jalan yang sebenarnya jalan.

Dan tak kurang pula aku terharu, aku tergoda, kerana maklumlah aku ini manusia biasa.

Dan begitulah telah dapat aku menemui jalan yang sebenarnya jalan iaitu jalan yang menjadi pegangan ku sekarang dan seterusnya.

Rupanya jalan itu telah sering ku jalani, telah acapkali aku tempoh, pulang dan pergi, kebodohankulah yang menyebabkan aku sampai begitu lama dapat menemuinya.

Kenyataannya dia tidak jauh dari aku, bahkan telah beserta aku, hanya aku yang tak mengerti.

Dengan berpegang kepada jalan yang telah ku temui itu, maka bertambah teranglah jalan yang ku tempuh dan perjalanan ku yang rasanya bertambah dekat menuju kepada kenyataan.

Dan dengan menurutkan jejak perjalanannya ke dalam aku temuilah “dia” dipertemuan kiri dan kanan. Aku jualah yang selama ini yang tidak mengerti.

Aku cukupkan yang belum cukup sampai mencukupi dengan apa yang ada padaku, iaitu dengan diriku sendiri.

Aku mencukupkan orang lain dengan apa yang ada padaku dengan tidak merosak diriku sendiri, ini aku lakukan oleh kerana aku telah biasa melakukannya dan aku telah dapat mengetahui jalannya.

GELOMBANG TENAGA PD KITA

GELOMBANG TENAGA PD KITA.

Pada manusia ada 7 gelombang tenaga.

1-di tapak tgn knn-gelombang qudrat

2-ditapak tgn kiri-glmbg irodhat

3-diotak-glmbg ilmu

4-dijantong-glmbg hayat

5-di mata-glmbg basar

6-ditelinga-glmbg sama'

7-dimulut-gelombang kalam.

Tujuh gelombang ini adalah sumber kekuatan bg manusia yg mn gelombang² tenaga itu merupakan multi fungsi bagi sgl hajat.

Ini bukan cakra (budist & hindu) tetapi ini adlh hakikat penyataan tajalliat zatullah kpd ujud ini.

ان الله عالم الغيب والشهاده
Ssghnya Allah mengetahui yg ghaib dan yg nyata. Maqomnya di akal.

الله لا اله الا هو الحى القيوم
Allah tiada tuhan melainkan dia yg maha hidup lg berdiri sendiri. Maqomnya di jantong.

وهو على كل شئ قدير
Dan dialah diatas sgl kekuasaan. Maqomnya di tgn knn.

يد الله فوق ايديهم
Tangan Allah diatas tgn² kamu. Maqomnya di tgn kiri.

ان الله السيع العليم
Ssghnya Allah maha mendengar lg maha mengetahui. Maqomnya di telinga.

ان الله بصير بما تعملون
Ssghnya Allah maha melihat apa2 yg kamu kerjakan. Maqomnya di mata.

وكلم الله موسى تكليما
Dan Allah berkata kpd musa dgn kalamNya. Maqomnya di lidah.

Inilah kenyataan gelombang dari zatullah maha diri yg suci

Ahad, 18 Jun 2017

Taman Amaniah Selayang




AKU = DIRI SEBENAR

AKU = DIRI SEBENAR

Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli segala bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang orang dari alam sekelilingnya padanya. DIA sanggup menundukkan masa kerana DIA telah pandai menundukkan alamnya sendiri. DIA pandai membaikkan orang kerana DIA telah pandai membaikkan badan diri sendiri. DIA anti penjajahan kerana bukankah DIA selama ini terkongkong dan terkurung ?

DIA SUCI kerana berasal dari YANG MAHA-SUCI. DIA BENAR kerana berasal dari YANG MAHA-BENAR. DIA lain dari yang lain kerana KEISTIMEWAANNYA terletak PADA DIRINYA bukan pada orangnya.

DIA BUKAN TUHAN kerana yang dikatakan Tuahan itu Maha Bear dan bukan pula anak Tuhan walaupun dari Tuhan datangnya. RUHKU Firman Allah ketika meniupkannya. DIA juga bukan Nabi atau Rasul kerana tidak ada lagi Nabi sesudah Nabi Muhammmad SAW.

Terhadap Allah adalah DIA HAMBA yang tidak bererti kerana DIA TIDAK ADA BERSAMANYA. Akan tetapi terhadap orang lain tiak peduli siapa, DIA akan membuktikan akan kebenarannya.

Itulah dia AKU yang telah menjadi MANUSIA BARU. Aku telah mengadakan Pengakuan dan seterusnya Aku senantiasa mengadakan Pengakuan terhadapNYA Tuhan Yang Aku Sembah dan sementara itu Aku telah mendapat Pengakuan pula melalui orang orang yang mendatangiku.

BBM

Sabtu, 17 Jun 2017

Apa yg membuatkan Allah reda?

بسم الله الرحمن الرحيم..
السلام عليكم ورحمة الله..

Jangan berbangga dgn solat, puasa dan zikir yg banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda.

Justeru, apa yg membuatkan Allah reda?

Nabi Musa AS, "Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yg membuatkan Engkau reda?"

Allah SWT, "Solat? Solatmu itu utk dirimu sendiri, kerana dgn mengerjakan solat, engkau terpelihara drp perbuatan keji dan munkar."

"Zikir? Zikirmu itu hanya utk dirumu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang."

"Puasa? Puasamu itu utk dirimu sendiri, melatih dirimu utk memerangi hawa nafsumu sendiri."

Nabi Musa AS, "Lalu ibadahku yg manakah yg membuatkan Engkau reda ya Allah?"

*Allah SWT, "Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku reda, kerana ketika engkau membahagiakan orang yg sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dgn ganjaran 700 kali ganda." Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262*.

Apabila kamu sibuk dgn ibadah yg lazim dan berbangga dgkamu*, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah.

*Tetapi, apabila kamu berbuat baik dan berkorban utk orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah reda kerananya.*

Buatlah perkara yg Allah reda maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dgn membuatkan hidupmu lapang dan bahagia.

Kitab Mukasyafatul Qulub,  karya Imam Al-Ghazali.

Rabu, 14 Jun 2017

Rihul Ahmar

"S T R O K E"

Pada satu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman siapakah engkau......?

Maka dijawab oleh Angin tersebut : akulah Angin Rihul Ahmar....dan Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin
tersebut,maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa: Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan Allah... Lalu Rihul Ahmar pun menghilang.

Diriwayatkan cucu Nabi Muhammad SAW terkena Rihul Ahmar
sehingga keluar darah dari rongga hidungnya.

Maka datang Malaikat Jibril kepada Nabi SAW dan bertanya Nabi kepada Jibril.

Maka menghilang sebentar, lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada Nabi SAW kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu Rasulullah sembuh serta merta.

Lalu bersabda Nabi saw bahwa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar.....walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau STROKE.

Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....
Artinya :
Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.

Selasa, 13 Jun 2017

Mengenal Diri Sendiri Dalam Islam

Manusia hidup didunia tentunya memiliki identitas dan mengetahui siapa dirinya. Hampir tidak ada manusia di dunia ini yang tidak memiliki identitas dan tidak mengetahui siapa dirinya.

Meskipun demikian, jarang sekali diantara manusia yang benar-benar mengerti dan mengenal siapa dirinya sebenarnya dan untuk tujuan apa ia hidup didunia, apakah hanya sebatas untuk makan, minum, tidur, atau mencari uang saja.

Mungkin banyak dari kita yang tidak mengetahui apa pentingnya mengenal diri sendiri atau mengetahui jati diri kita dihadapan allah SWT pada hakikatnya.

Mengenal diri sendiri adalah salah satu hal yang diperintahkan Allah SWT kepada umatnya. Untuk mengetahui lebih lanjut terkait mengenal diri sendiri dalam Islam.

Pentingnya Mengenal Diri Sendiri

Semua manusia yang ada didunia ini tentu mengetahui siapa namanya, dimana ia tinggal dan dari kota mana ia berasal, dimana ia dilahirkan dan lain sebagainya, tetapi tidak banyak yang memikirkan siapa dirinya yang sesungguhnya dan apa tujuannya hidup didunia dan apa yang dilakukan setelah nanti ia tiada.

Kebanyakan manusia saat ini tidaklah begitu mengenal jati dirinya yang sebenarnya, padahal Rasul sendiri mengingatkan bahwa mengenal diri sendiri adalah langkah pertama dalam mengenal Allah SWT sebagai Tuhan seluruh alam (baca kisah teladan Nabi Muhammad SAW dan keutamaan cinta kepada Rasulullah bagi umat muslim). Sebagaimana yang disebutkan dalam hadits berikut ini

مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهُ وَمَنْ عَرَفَ رَبَّهُ فَسَدَ جَسَدَهُ

“Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka ia akan mengenal Tuhannya, dan barangsiapa yang mengenal Tuhannya maka binasalah (fana) dirinya.

Dari Hadits tersebut kita bisa mengetahui bahwa mengenal diri sendiri sangatlah penting bagi manusia karena dengan mengenal dirinya sendiri sebagai manusia ciptaan Allah SWT, ia dapat mengenal Tuhannya atau penciptanya tersebut yakni Allah SWT. (baca manfaat beriman kepada Allah SWT)

Jati Diri Manusia

Sebelum mengenal dirinya dengan baik seorang manusia khususnya muslim perlu mengetahu unsur-unsur yang menyusun dirinya, dari apakah ia dibentuk dan apa saja yang ada pada dirinya.

Pada dasarnya manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan dua jenis unsur yakni unsur fisik atau jasmani dan unsur ruhani yakni jiwa atau ruh. (baca juga kecantikan wanita dalam islam)

Jasmani atau Fisik

Unsur Jasmani atau fisik adalah tubuh dimana jiwa seorang manusia hidup. Dengan fisiknyalah manusia melakukan segala aktifitasnya di dunia dan ia dikenali juga dari bentuk fisik dan rupanya.

Allah SWT sendiri telah menciptakan manusia dengan sebaik-baiknya bentuk dan lebih baik dibandingkan dengan makhluk lainnya sebagaimana disebutkan dalam ayat berikut ini

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (QS At Tin : 4)

Allah menciptakan manusia lengkap dengan jasadnya agar seorang manusia bisa dikatakan sebagai manusia karena tubuh atau raga tersebut adalah tempat dimana jiwa akan tinggal.

Sementara setelah seseorang mati dan jiwanya meninggalkan tubuh maka jasadnya tidak lagi berguna bagi dirinya.

Ruhani atau Jiwa

Manusia tidak disebut manusia jika ia tidak memiliki jiwa sehingga raga tanpa jiwa tidaklah berarti. Dengan demikian jiwa seorang manusia adalah sesuatu yang diciptakan Allah SWT untuk mendiami raga dan jiwalah yang mengendalikan hati dan pikiran seseorang. 

Allah SWT meniupkan ruh saat seorang manusia masih berada dalam kandungan ibunya sebagaimana disebutkan dalam firman berikut ini

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. (QS Al Hijr : 29)

Cara Mengenal Diri Sendiri

Setelah mengetahu pentingnya mengenal diri sendiri maka seorang muslim selayaknya mentadaburi atau mendalami cara mengenal diri sendiri dalam rangka mengenal Allah SWT dan mengetahui tujuan hidupnya.

Adapun cara mengenal diri sendiri dalam islam bisa dilakukan dengan cara berikut ini

Mengamati diri sendiri

Seorang manusia hendaknya memperhatikan dirinya sendiri dan merenungi tujuan hidupnya dan mengetahui untuk apa ia diciptakan.

Dengan mengamati dirinya sendiri seorang manusia bisa merasakan bahwa dalam dirinya ada jiwa yang bernaung dan tubuh adalah tempat dimana jiwa tersebut tinggal.

Selayaknya seorang muslim juga bisa memanfaatkan segala anggota tubuhnya untuk melaksanakan kewajibannya kepada Allah SWT.

Mengetahui hakikat penciptaannya
Manusia diciptakan dengan suatu tujuan dan hakikat tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadah dan mengabdi kepada Allah SWT sebagaimana disebutkan dalam firman Allah berikut ini

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku (saja)”
(QS. Adz-Dzaariyaat: 56).

Bersyukur kepada Allah SWT

Dengan mensyukuri nikmat Allah SWT seorang manusia dapat mengenali dirinya dengan baik dan mengenal Allah SWT. Seseorang yang mensyukuri nikmat Allah tentunya akan senantiasa menyadari bahwa dirinya tidak memiliki apa-apa dan segala yang ia miliki adalah milik Allah SWT.

Perintah untuk mensyukuri nikmat Allah tersebut dijelaskan dalam ayat Alqur’an berikut

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (QS Ibrahim : 7)

4. Mengetahui peran dan kedudukannya

Allah SWT menciptakan manusia dan menjadikannya khalifah di muka bumi. Dengan demikian, seorang manusia yang mengenal dirinya senantiasa mengingat peran dan kedudukannya dimuka bumi sebagai khalifah atau pemimpin setidaknya bagi dirinya sendiri.

Dengan mengingat perannya sebagai khalifah maka ia bisa memperlakukan orang lain dan alam sekitarnya dengan baik dan menjaga segala sesuatu sesuai dengan hakikatnya.

Sebagaimana disebutkan dalam firman Allah SWT

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.

Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”

Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Qs Al Baqarah : 30)

Manusia terutama muslim yang baik tentunya senantiasa berusaha untuk mengenal dirinya sendiri dan mengenal Tuhannya yakni Allah SWT. Semoga Bermanfaat.

Mengenal diri sendiri sebagai kunci mengenal Allah

Mengenal diri sendiri sebagai kunci mengenal Allah

Sebagaimana yang diketahui,bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) dan maqamat (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu ditujukan untuk memperbaiki akhlak.

Sedang tujuan perbaiki akhlak adalah untuk membersihkan qalbu yang berarti mengosongkan dari sifat sifat yang tercela (TAKHALLI) kemudian mengisinya dengan sifat sifat yang terpuji (TAHALLI) yang selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI).

Dengan demikian maka dapatlah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH ,tidak dapat ditempuh dengan sekaligus,tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing masing iaitu harus ditempuh secara bertingkat tingkat.

Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat dan Ilmu Ma’rifat,berarti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk mengenal sesuatu itu dengan cara bersungguh sungguh,bahawa siapakah manusia itu,siapakah yang menjadikannya dan siapakah yang menciptakan sekalian itu.

Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ”Barang siapa yang mengenal dirinya, niscaya ia akan mengenal Tuhannya.”

MENGENAL DIRI SENDIRI
Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu tersusun dari bentuk-bentuk lahir (yang disebut badan atau jasad) dan bentuk-bentuk bathin (yang disebut qalbu atau jiwa).

Yang dimaksudkan dengan Qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada disebelah kiri badan di bawah susu (yang dikatakan jantung).

Tetapi dialah Roh suci dan berpengaruh di dalam tubuh dan dialah yang mengatur jasmani dan segenap anggota badan. Dialah Hakikat Insan Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dialah yang bertanggung jawab dan dialah yang dipuji atau diseksa oleh Allah SWT.

Untuk meneliti dan mengenal diri sendiri itu, maka jasad dapat dimisalkan sebagai suatu kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang berkuasa dan dialah yang mengatur jasmani. Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata.

Seluruh badan jasmani akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah. Dan Rohani / Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib, maksudnya bahawa Roh / Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu dan ruang, tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh, oleh kerana itu maka setiap manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil didalam dirinya sendiri.

Sungguh benar sekali istilah yang menyebutkan bahawa ”Manusia itu adalah mikromos” atau dunia kecil dalam dirinya sendiri.

Sebahagian orang berpendapat bahawa hakekat Qalbu atau Roh itu dapat dicapai dengan cara memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yang ada di sekitarnya, kecuali peribadinya.

Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya). Tetapi bagaimanapun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang hakikat Roh yang sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa.

Didalam Quran Allah berfirman: ”Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh, katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit saja”.
(S. Isra 85) .

Apabila seseorang bertafakur atas dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya itu pada masa dahulunya, ”tidaknya pernah ada”.

Firman Allah: ”Tidaklah manusia itu ingat bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu apapun”.

Kemudian manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dijadikan dari setitis air (mani) yang tidak mempunyai akal sedikitpun, tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki, tangan, kepala dan sebagainya.

Dari sinilah manusia akan mengetahui dengan terang dan nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak akan sanggup membuatnya.

Dengan jalan memikirkan hal tersebut diatas maka manusia itu dapat menemukan dirinya di dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan dan Kasih-Sayangnya Tuhan yang menjadikannya.

Dan apabila manusia itu berfikir jauh maka ternyata didalam kehidupan ia memerlukan berbagai macam keperluan seperti makanan, pakaian, perumahan dan sebagainya ,yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap didalam muka bumi ini.

Disini manusia akan menjadi sedar akan sifat Rahman dan Rahimnya Allah yang begitu besar dan luasnya. Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keajaiban keajaiban.

Rangka jasad adalah bukti Kekuasaan dan KebijaksanaanNya dan penuh pula dengan berbagai-bagai alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih Sayang-Nya, pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu ”ADA”. Oleh kerana itu benar-benar bahawa dengan penelitian dan pengenalan diri sendiri akan menjadi kunci bagi pengenalan Allah.

MENGENAL ALLAH

Bahagian yang penting dalam mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan perbuatan kita bagi mempelajari dan meneliti serta memikirkan diri sendiri, yang memberikan kepada kita kekuatan, kepandaian dan mencintai ciptaanNya.

Sifat sifat manusia, bukan hanya menjadi gambaran dari sifat sifat ALLAH, tetapi juga ragam adanya jiwa manusia membawa keinsafan kepada pengertian adanya ALLAH.

Maksudnya bahawa kedua duanya iaitu ALLAH dan ROH adalah ghaib, tidak terpisah, tidak terbilang, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna dan tidak berukuran.

Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran tersebut, Tetapi kesukaran kesukaran itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa seperti perasaan marah,sakit ,gembira dan cinta.

Hal ini merupakan faham fikiran dan tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebebkan oleh bentuk-dan ukurannya. Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak dapat mengenal suara dan begitu pula dalam mengertikan kenyataan kenyataan pokok yakni Tuhan dan Roh, Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas batas yang dapat dicapai oleh akal fikiran dan selebihnya akal fikiran kita tidak sanggup lagi memikirkannya sebegitu jauh.

Betapapun juga ,kita dapat melihat bahawa ALLAH itulah yang mengatur alam semesta dan Dia adalah tidak mengenal ruang dan waktu, tidak mengenal bentuk dan ukuran, yang memerintah segenap perkara demikian keadaannya.

Sebagaimana yang telah dihuraikan,, ”ROH” tidak mempunyai tempat tertentu dalam sesuatu bahagian badan, tidak terpisah pisah,tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi ia memerintah “JASAD”.

Demekianlah ALLAH, tidak mengenal ruang dan masa,tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi DIA memerintah Alam Semesta. Itulah Tuhan Yang Esa,Maha Kuasa,Maha Besar dan Maha Agung.

Imam al-Ghazali dan Pentingnya Mengenali Diri Sendiri

Imam al-Ghazali dan Pentingnya Mengenali Diri Sendiri

الحَمْدُ لِلهِ الَّذِيْ جَعَلَ التّقْوَى خَيْرَ الزَّادِ وَاللِّبَاسِ وَأَمَرَنَا أَنْ تَزَوَّدَ بِهَا لِيوْم الحِسَاب أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهُ رَبُّ النَّاسِ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا حَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ المَوْصُوْفُ بِأَكْمَلِ صِفَاتِ الأَشْخَاصِ. اَللَّهُمَّ فَصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَانَ صَادِقَ الْوَعْدِ وَكَانَ رَسُوْلاً نَبِيًّا، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أجمعين وسَلّمْ تَسليمًا كَثِيرًا ، أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا أَيُّهَا الْحَاضِرُوْنَ رَحِمَكُمُ اللهُ، اُوْصِيْنِيْ نَفْسِىْ وَإِيَّاكُمْ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhamad al-Ghazali dalam kitabnya Kîmiyâ’us Sa‘âdah mengatakan bahwa mengenal diri (ma‘rifatun nafs) adalah kunci untuk mengenal Allah.

Logikanya sederhana: diri sendiri adalah hal yang paling dekat dengan kita; bila kita tidak mengenal diri sendiri, lantas bagaimana mungkin kita bisa mengenali Allah?

Imam al-Ghazali juga mengutip hadits Rasulullah “man ‘arafa nafsah faqad ‘arafa rabbah” (siapa yang mengenal dirinya, ia mengenal Tuhannya).

Dalam Surat Fusshilat ayat 53 juga ditegaskan:

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى؟ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ

Artinya: “Kami akan memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami di dunia ini dan di dalam diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar.”

Tentu saja yang dimaksudkan Imam al-Ghazali di sini lebih dari sekadar pengenalan diri secara lahiriah: seberapa besar diri kita, bagiamana anatomi tubuh kita, seperti apa wajah kita, atau sejenisnya.

Bukan pula atribut-atribut yang sedang kita sandang, seperti jabatan, status sosial, tingkat ekonomi, prestasi, dan lain-lain. Lebih dalam dari itu semua, yang dimaksud dengan “mengenal diri” adalah berusaha menjawab pertanyaan-pertanyaan mendasar:

Siapa aku dan dari mana aku datang? Ke mana aku akan pergi, apa tujuan kedatangan dan persinggahanku di dunia ini, dan di manakah kebahagiaan sejati dapat ditemukan?

Di sini kita diantarkan untuk memilih, mana yang bersifat hakiki dalam diri kita dan mana yang tidak. Serentetan pertanyaan sederhana namun sangat kompleks.

Butuh perenungan diri untuk menjawab satu persatu pertanyaan tersebut. Jawabannya mungkin sudah sangat kita hafal, tapi belum tentu mampu kita resapi sehingga menjiwai keseluruhan aktivitas kita.

Untuk mengenali diri sendiri, Imam al-Ghazali mengawali penjelasan dengan menyebut bahwa dalam diri manusia ada tiga jenis sifat: (1) sifat-sifat binatang (shifâtul bahâ’im), sifat-sifat setan (shifâtusy syayâthîn), sifat-sifat malaikat (shifâtul malâikah).

Apa itu sifat-sifat binatang? Seperti banyak kita jumpai, binatang adalah makhluk hidup dengan rutinitas kebutuhan bilogis yang sama persis dengan manusia. Mereka tidur, makan, minum, kawin, berkelahi, dan sejenisnya.

Manusia pun menyimpan kecenderungan-kecenderugan ini, dan bahkan memiliki ketergantungan yang nyaris tak bisa dipisahkan. Watak-watak tersebut bersifat alamiah dan dalam konteks tertentu dibutuhkan untuk mempertahankan hidup.

Yang kedua, sifat-sifat setan. Setan adalah representasi keburukan. Ia digambarkan selalu mengobarkan keja¬hatan, tipu daya, dan dusta. Demikian pula orang-orang yang memiliki sifat setan.

Sementara yang ketiga, sifat-sifat malaikat berarti sifat-sifat yang senantiasa menerungi keindahan Allah, memuji-Nya, dan mentaati-Nya secara total.

Ringkasnya, kebahagiaan hewani adalah ketika ia kenyang, mampu memuaskan hasrat dirinya, atau sanggup mengalahkan lawan untuk memenuhi kepentingan dirinya sendiri—atau paling banter untuk keluarganya.

Sedangkan kebahagiaan setan adalah tatkala berhasil mengelabuhi yang lain atau memproduksi keburukan.

Sementara kebahagiaan malaikat ialah saat diri kian mendekat kepada Allah dan semua aktivitas merupakan cerminan dari kedekatan itu.

Imam al-Ghazali mengatakan bahwa diri manusia layaknya sebuah kerajaan yang terbagi dalam empat struktur pokok: jiwa sebagai raja, akal sebagai perdana menteri, syahwat sebagai pengumpul pajak, dan amarah sebagai polisi.

Syahwat memiliki karakter untuk menarik manfaat, kenikmatan, dan keuntungan sebanyak-banyaknya. Ia befungsi untuk memenuhi kebutuhan dan keinginan individu.

Sementara amarah berfungsi melindungi dari berbagai ancaman atau mudarat, karenanya ia identik dengan karakter berani, cenderung kasar dan keras.

Keduanya penting untuk kehidupan manusia. Dengan syahwat manusia tahu akan kebutuhan makan, misalnya; dengan amarah, ia mengerti akan perlunya membela diri ketika serangan mengancam.

Namun syahwat dan amarah harus didudukkan di bawah kendali akal dan tentu saja di bawah raja.

Apabila syahwat dan amarah menguasai akal/nalar maka kerajaan terancam runtuh. Sebab susunan “kekuasaan” tak terjalan menurut kontrol seharusnya.

Syahwat yang di luar kendali akal dan jiwa akan memunculkan sifat-sifat buruk seperti rakus atau tamak.

Sementara amarah yang tak terkendali akan menimbulkan kebencian dan kecurigaan berlebihan sehingga muncul sikap-sikap membabi buta dan semena-mena.

Akal pun mesti berada di bawah kendali jiwa atau hati (qalb). Akal memang memiliki potensi yang istimewa: berpikir, berimajinasi, menghafal, dan lain-lain. Bila ia bertindak liar maka potensi akal untuk menjadikan manusia sebagai tukang tipu daya atau semacamnya sangat mungkin.

Kalau kita pernah mendengar kalimat “orang pintar yang gemar minterin (memperdaya) orang lain” maka itu tak lain akibat akal bertolak belakang dengan nurani alias tak berada dalam naungan jiwa yang bersih.

Untuk mencapai jiwa yang berkuasa utuh, Imam al-Ghazali menekankan adanya perjuangan keras dalam olah rohani (mujâhadah) demi proses pembersihan jiwa atau tazkiyatun nafs.

Jiwa yang jernih akan memicu munculnya cahaya ilahi yang member petunjuk manusia akan jalan terbaik bagi langkah-langkahnya.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

Artinya: “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh (muhajadah) untuk untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.”
(Al-'Ankabut: 69)

Semoga kita termasuk orang-orang yang lebih banyak belajar mengenali diri sendiri, ketimbang menilai orang lain, untuk menggapai kebahagiaan hakiki.

باَرَكَ اللهُ لِيْ وَلكمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيّاكُمْ بِالآياتِ والذِّكْرِ الحَكِيْمِ.  إنّهُ تَعاَلَى جَوّادٌ كَرِيْمٌ مَلِكٌ بَرٌّ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

MAKNA DAN ARTI TAFAKUR

MAKNA DAN ARTI TAFAKUR

Rasulullah saw. pernah bersabda, “Tafakkuruu fii khalqiLlahi wa laa tafakkaruu fiiLlahi, berpikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berpikir tentang Dzat Allah.”

Hadits yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dari Ibnu Abbas ini menurut Syaikh Nashiruddin Al-Bani dalam kitab Shahihul Jami’ish Shaghir dan Silsilahtu Ahadits Ash-Shahihah berderajat hasan.

Hadits itu berbicara tentang salah satu ciri khas manusia yang membedakanya dari makhluk yang lain, bahwa manusia adalah makhluk yang berpikir.

Dengan kemampuan itulah manusia bisa meraih berbagai kemajuan, kemanfaatan, dan kebaikan. Namun, sejarah juga mencatat bahwa tidak sedikit manusia mengalami kesesatan dan kebinasaan akibat berpikir.

Karena itu, Rasulullah saw. menghendaki kita, kaum muslimin, untuk punya budaya tafakur yang akan bisa mengantarkan kita kepada kemajuan, kemanfaatan, kebaikan, ketaatan, keimanan, dan ketundukan kepada Allah Ta’ala.

Agar tujuan itu tercapai, Rasulullah saw. memberi rambu-rambu agar kita tidak salah dalam bertafakur. Rasulullah saw. memerintahkan kita untuk bertafakur mengenai makhluk ciptaan Allah swt. Beliau melarang kita berpikir tentang Dzat Allah karena kita tidak akan mampu menjangkaunya, dan berpikir tentang Dzat Alllah bisa mengantarkan kita kepada kesesatan dan kebinasaan.

FADHAAILUT TAFAKKURI (KEUTAMAAN TAFAKUR)

Setidaknya ada empat keutamaan tafakur, yaitu:

1. Allah memuji orang-orang yang senantiasa bertafakur dan berdzikir dalam setiap situasi dan kondisi dengan menceritakannya secara khusus dalam Al-Qur’an di surat Ali Imran ayat 190-191.

Sa’id Hawa dalam Al-Mustakhlash Fi Tazkiyatil Anfus halaman 93 berkata, “Dari ayat ini kita memahami bahwa kemampuan akal tidak akan terwujud kecuali dengan perpaduan antara dzikir dan pikir pada diri manusia. Apabila kita mengetahui bahwa kesempurnaan akal berarti kesempurnaan seorang manusia, maka kita bisa memahami peran penting dzikir dan pikir dalam menyucikan jiwa manusia.

Oleh karena itu, para ahli suluk yang berupaya mendekatkan diri kepada Allah senantiasa memadukan antara dzikir dan pikir di awal perjalanannya menuju Allah. Sebagai contoh, di saat bertafakur tentang berbagai hal, mereka mengiringinya dengan tasbih, tahmid, takbir, dan tahlil.”

2. Tafakur termasuk amal yang terbaik dan bisa mengungguli ibadah. Ada atsar yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban berbunyi, “Berpikir sesaat lebih utama daripada ibadah setahun.”

Kenapa begitu? Karena, berpikir bisa memberi manfaat-manfaat yang tidak bisa dihasilkan oleh suatu ibadah yang dilakukan selama setahun.

Abu Darda’ seorang sahabat yang terkenal sangat abid pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, ia menjawab, “Tafakur.” Dengan tafakur seseorang bisa memahami sesuatu hingga hakikat, dan mengerti manfaat dari yang membahayakan.

Dengan tafakur, kita bisa melihat potensi bahaya hawa nafsu yang tersembunyi di dalam diri kita, mengetahui tipu daya setan, dan menyadari bujuk rayu duniawi.

3. Tafakur bisa mengantarkan kita kepada kemuliaan dunia dan akhirat. Ka’ab bin Malik berkata, “Barangsiapa menghendaki kemuliaan akhirat, maka hendaknyalah ia memperbanyak tafakur.”

Hatim menambahkan, “Dengan merenungi perumpamaan, bertambahlah ilmu pengetahuan; dengan mengingat-ingat nikmat Allah, bertambahlah kecintaan kepadaNya; dan dengan bertafakur, bertambahlah ketakwaan kepadaNya.”

Imam Syafi’i menegaskan, “Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berpikir.” (lihat Mau’idhatul Mu’minin)

4. Tafakur adalah pangkal segala kebaikan. Ibnul Qayyim berkata, “Berpikir akan membuahkan pengetahuan, pengetahuan akan melahirkan perubahan keadaan yang terjadi pada hati, perubahan keadaan hati akan melahirkan kehendak, kehendak akan melahirkan amal perbuatan.

Jadi, berpikir adalah asas dan kunci semua kebaikan. Hal ini bisa menunjukkan kepadamu keutamaan dan kemuliaan tafakur, dan bahwasanya tafakur termasuk amalan hati yang paling utama dan bermanfaat sampai-sampai dikatakan, ‘Tafakur sesaat lebih baik daripada ibadah setahun’.

Tafakur bisa mengubah dari kelalaian menuju kesadaran, dan dari hal-hal yang dibenci Allah menuju hal-hal yang dicintaiNya, dari ambisi dan keserakahan menuju zuhud dan qana’ah, dari penjara dunia menuju keluasan akhirat, dari kesempitan kejahilan menuju bentangan ilmu pengetahuan, dari penyakit syahwat dan cinta kepada dunia menuju kesembuhan ruhani dan pendekatan diri kepada Allah, dari bencana buta, tuli, dan bisu menuju nikmat penglihatan, pendengaran, dan pemahaman tentang Allah, dan dari berbagai penyakit syubhat menuju keyakinan yang menyejukkan hati dan keimanan yang menentramkan.”
(Miftah Daris Sa’adah: 226).


NATAAIJUT TAFAKKURI (BUAH TAFAKUR)


1. Kita akan mengetahui hikmah dan tujuan penciptaan semua makhluk di langit dan bumi sehingga menambah keimanan dan rasa syukur.

Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. dan Sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan Pertemuan dengan Tuhannya. [Ar-Ruum, 8]

2. Kita bisa membedakan mana yang bermanfaat sehingga bersemangat untuk meraihnya, mana yang berbahaya hingga berusaha mengindarinya.

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir. (Al-Baqarah: 219)

3. Kita bisa memiliki keyakinan yang kuat mengenai sesuatu, dan menghindari diri dari sikap ikut-ikutan terhadap opini yang berkembang.


Katakanlah: “Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu pikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikitpun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras. (Saba: 46)

4. Kita bisa memperhatikan hak-hak diri kita untuk mendapatkan kebaikan, sehingga tidak hanya berusaha memperba

BELAJAR DARI KISAH SEORANG WALIYULLAH

BELAJAR DARI KISAH SEORANG WALIYULLAH

Al kisah, konon seorang Waliyullah dengan pakaian kumal datang memohon sumbangan ke rumah seorang saudagar kaya. Saudagar kaya itu merasa sebal dengan penampilan si Wali itu dan mengusirnya pergi dengan kata-kata kasar.

Beberapa hari kemudian seorang Wali besar datang dengan jubah keagamaan yang mewah dan berkilauan, memohon sedekah ke saudagar kaya tersebut. Si saudagar kaya segera menyuruh anak buahnya untuk menyiapkan makanan mewah untuk si Wali Besar. Lalu ia mengajak si Wali untuk menikmati makanannya. Si Wali menanggalkan jubah keagamaannya yang mewah, melipatnya dg rapi dan meletakkannya di atas kursi meja makan. Ia kemudian berkata : "Kemarin aku datang dengan pakaian usang dan anda mengusirku. Hari ini aku datang dengan pakaian mewah dan anda menjamuku. Tentunya makanan ini bukan untukku tapi untuk jubah ini?."
Setelah berkata demikian Wali tersebut berlalu, meninggalkan si saudagar yg kaget.

Lantas Wali itu menyimpulkan : "Kalau ternyata bukan diriku, melainkan pakaianku yang dihormati, mengapa aku mesti senang ?"."Dan kalau ternyata bukan diriku, melainkan apa yg kupakai yg dihina, mengapa aku mesti sedih ?"

Demikianlah manusia, lebih sering menghormati yg melekat pada diri orang, seperti apa yang dipakai (pakaian dan aksesorisnya atau kekayaan, jabatan, bukan pribadi keberadaan orang itu sendiri.)

Maka, jika kita dihormati orang, janganlah bangga diri.
Dan kalau pun jika kita tidak dihormati, jangan kecewa dan bersedih diri, sebab kita tetap sebuah harga. Siapapun yg merendahkan kita saat ini, jangan sampai membuat kita runtuh, bangkitlah dan tetaplah teguh. Kata Imam Al-Ghazal i: “Jangan resah andai ada yg membencimu, kerana masih ramai yg mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.”
Imam Hassan Al-Basri Rohimahullahu Taala berkata: "Tahukah kalian apa itu tawadhu?. Tawadhu itu adalah engkau keluar dari kediaman mu, lantas engkau bertemu seorang muslim. Kemudian engkau merasa dia lebih mulia dari kamu."

Mudah-mudahan kisah ini bermanfaat untuk kita semua

Isnin, 12 Jun 2017

Apakah Sebenar-Benar Ramadan

Apakah Sebenar-Benar Ramadan


Oleh : Haji Shaari Haji Mohd Yusof
Penulis buku Makrifat Tok Kenali


Apakah Disebalik Puasa Ramadan


Sebagaimana tafsiran hari raya haji (korban), sebegitulah tafsiran hari raya puasa. Jika diambil kira ilmu syariat, pengertian serta tafsiran hari raya puasa adalah merujuk kepada hari kemenangan.

Maksud sebenar kemenangan itu apa?. Menang apa?. Berperang tidak, berjuang tidak dan berjihad tidak. Apakah yang hendak dimenangkan?. Tidak akanlah, hanya dengan 30 hari menahan lapar dan dahaga itu, dikatakan tanda menang?.

Apakah dengan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga itu boleh dikatakan menang?. Setakat puasa lapar dan dahaga, budak seusia 4 atau 5 tahun juga boleh menahan lapar dan dahaga sebagai mana kita yang dewasa. Apakah itu boleh dikatakan kemenangan?.

Hadis ada mengatakan bahawa,
“seringan-ringan berpuasa di bulan Ramadhan itu, adalah menahan lapar dan dahaga”

Jika berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga, itu adalah darjat atau tingkatan puasa yang paling kecil (terkebawah), seringan-ringan, serendah-rendah dan selemah-lemah puasa.

Manakah yang dikatakan seberat-berat, sebenar-benar dan seafdal-afdal puasa itu?. Jika yang kecil dan yang ringan sahaja yang kita tumpu, kejar, cari dan utamakan, sampai bila untuk kita mendapat tahap puasa yang sebenar-benar puasa, sebenar-besar puasa dan seberat-berat puasa?.

Jika kita hanya asyik mengutamakan puasa yang kecil (ringan) tanpa mengerjakan puasa yang berat dan besar, manakah yang dikatakan kemenangan?. Hendak menang apa?. Cuba tuan-tuan jawab persoalan ini.

Orang yang berpuasa itu, adalah orang yang di dalam kemenangan!. Sekadar menang lapar dan menang dahaga, itu adalah tahap kemenangan puasa yang rendah dan itu adalah darjat kemenangan puasa yang lemah dan kecil.

Kemenangan yang tidak mendatangkan kejayaan itu, bukan dikatakan menang!. Apakah erti kemenangan tanpa kejayaan?. Menang dengan tidak berjaya, apakah boleh dikatakan menang?.

Seperti kata pepatah Melayu, “menang sorak, kampung tergadai”. Itukah yang dimaksudkan kemenangan?. Lulus peperiksaan tetapi tidak ada sijil!.

Apakah itu dikatakan kejayaan atau kemenangan?. Tanam jagung tetapi tidak ada buah. Apakah itu menang dan apakah itu berjaya?.

Budak berusia 4 atau 5 tahun juga boleh melakukan puasa, menahan dahaga dan lapar sebagaimana apa yang dikerjakan oleh orang dewasa. Adakah itu kejayaan dan adakah itu kemenangan?.

Sedangkan dalam hadis, dengan terang dan jelas mengatakan bahawasanya “menahan lapar dan dahaga itu, adalah seringan-ringan puasa di bulan Ramadhan”. Apakah tuan-tuan sudah berusaha untuk mencari sebenar-besar dan seberat-berat puasa?.

Cukupkah dengan sekadar mengendong sesuatu perkara yang ringan, yang juga boleh digendong oleh anak-anak sebaya sekolah tadika?. Sepatutnya kita yang dewasa ini, mengerjakan puasa yang lebih berat, yang lebih besar dan yang lebih afdal. Hampir setiap hari siaran radio dan telivisyen ada menyebut bahawa “Seringan-ringan puasa di bulan Ramadhan itu adalah menahan lapar dan dahaga”. Apakah sudah kita jumpa puasa yang berat atau puasa yang besar?. Tanya diri kita sendiri, manakah maksud puasa yang besar dan manakah puasa yang berat?.

Menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan itu, adalah pekerjaan puasa syariat yang ringan. Mana pengertian puasa yang hakiki dan puasa yang sebenar?. Pekerjaan puasa syariat itu, hendaklah disertai dengan pekerjaan hakikat. Amalan syariat yang tidak disertai amalan hakikat itu, adalah batal atau hampa.

Hadis dari Imam Malik;
“Syariat yang tidak disertai hakikat itu, adalah fasik dan hakikat yang tidak disertai syariat itu, adalah kafir!”

Cuba tuan-tuan tanya diri sendiri, adakah sudah kita mengerjakan puasa hakikat dengan tidak meninggalkan puasa syariat?. Jika ada, cuba tanya diri sendiri, apakah maksudnya syariat puasa  dan apakah maksudnya hakikat puasa itu?.

Jika sekiranya kita tidak boleh menjawab atau mentafsirkan pengertian hakikat puasa (roh puasa), apalah ertinya puasa tuan-tuan selama ini. Di manakah kedudukkan puasa tuan-tuan di sisi Allah s.w.t, yang selama ini dikerjakan?. Apakah maksud pengertian seberat-berat dan sebenar-besar puasa itu?. Jika tahu mengerjakan puasa ringan sebagaimana yang dikerjakan oleh kanak-kanak dengan tidak disertai puasa yang berat ataupun puasa yang besar, apakah nilai dan letaknya puasa kita disisi Allah s.w.t?. Cuba jawab.

Oleh itu cukup-cukuplah, sedar-sedarlah dan hentikanlah mengerjakan perkara kecil dan perkara ringan!. Marilah sama-sama kita menuju kepada sebenar-benar ibadah puasa yang besar, yang afdal dan yang seberat-berat puasa disisi Allah Taala.

Bagi memahami puasa berat, puasa besar dan puasa yang sebenar-benar afdal itu, hendaklah kita kembali rujuk kepada erti bulan Ramadhan. Apakah ertinya bulan Ramadhan?..  Erti bulan Ramadhan itu, adalah bulan rahmat, bulan nikmat dan bulan barakah. Bulan dikunci iblis dan syaitan, bulan dibuka pintu syurga dan dibuka pintu langit. Juga, bulan keampunan dan bulan dimakbulkan doa.

Mana nikmatnya puasa, jika dalam berkeadaan lapar?. Mana rahmatnya puasa bila berkeadaan tidak makan dan tidak minum?. Mana berkatnya puasa jika makanan tidak dapat dimakan?. Manakah yang dikatakan pada bulan Ramadhan itu, dirantai, diikat dan dipenjara segala iblis dan syaitan oleh Allah s.w.t, jika pada bulan Ramadhan juga masih ada berlaku maksiat di sana sini?. Di bulan Ramadhan juga masih ada orang ditangkap khalwat, masih ada orang minum arak dan juga berjudi.

Masih ada kemungkaran di merata alam. Jenayah perkosaan, pembuangan bayi, kecurian, rompakan dan pembunuhan masih juga berlaku di sana sini pada bulan puasa. Masih berlaku kes bersekedudukkan, kelakuan sumbang mahram dan kemungkaran yang dilakukan di bulan puasa?. Sedangkan Allah s.w.t berfirman bahawa di bulan Ramadhan itu, segala jenis syaitan dan segala jenis iblis, diikat, dikunci, dirantai, di jel dan dikurung dalam lokap oleh Allah s.w.t?.

Apakah masih ada syaitan atau iblis yang lain?. Apakah kurang kuat lokap, penjara, rantai atau jel Allah s.w.t, sehinggakan iblis boleh terlolos atau terlepas dari penjaraNya?. Atau adakah syaitan atau iblis itu, mempunyai makna, maksud atau erti yang lain, segala kejahatan itu di dorong oleh iblis dan syaitan?. Sedangkan iblis dan syaitan di bulan puasa Ramadhan itu, telah dikurung, dikunci atau di jel dalam penjara dengan rantai Allah s.w.t. Apakah rantai Allah s.w.t itu, boleh terputus, sehingga terlepas atau terlolosnya  syaitan dari lokap Allah s.w.t?. Jika benar iblis atau syaitan itu, ada maksud, makna atau erti lain disebaliknya, dimanakah dan siapakah sebenarnya syaitan dan iblis? Cuba jawab.

Bagi menghayati pengertian hari raya puasa, hendaklah sekali lagi kita tahu apa itu ertinya Ramadhan. Ramadhan itu, ertinya rahmat, nikmat dan barokah. Saya minta tuan-tuan jangan sebut perkataan bulan, terus sahaja sebut perkataan Ramadhan. Sesudah menyebut perkataan Ramadhan, saya mahu tuan-tuan gantikan sebutan Ramadhan (bahasa arab), dengan  sebutan bahasa Melayu. Perkataan Ramadhan, apabila dimelayukan, ia akan membawa erti rahmat, nikmat atau berkat. Untuk mengetahui maksud dan erti Ramadhan yang sebenar, hendaklah kita jangan membunyikan bahasa Arab. Terus sahaja kita sebut dengan bunyi bahasa Melayu iaitu rahmat, nikmat dan barokah.

Inilah cara atau kaedahnya ulamak-ulamak terdahulu menggali, mengkaji dan menilai maksud yang tersirat di sebalik bahasa!. Kadang-kadang, kita terkeliru dan terhijab oleh bahasa Arab itu sendiri. Sekarang, mari kita sama-sama sebut perkataan nikmat, rahmat dan barokah (bagi menggantikan bahasa Arab). Apakah yang dikatakan rahmat, apakah yang dikatakan nikmat dan apakah yang dikatakan barokah itu?.

Berpuasa Itu, Setelah Terlihat Anak Bulan!
Apakah maksud anak bulan?

Setelah kita tahu apakah itu ramadan, mari kita kajiselidik pula bagaimana kaitan puasa dengan kelihatan anak bulan ?. Manakah yang dikatakan sebenar-benar anak bulan?.  Apakah anak bulan yang menentukan ramadan itu, terletak diatas langit?.

Ramadan itu, adalah bemaksud rahmat, nikmat dan barokah, apakah yang dikatakan  nikmat, rahmat dan barokah itu, duduknya hanya pada anak bulan yang letaknya diatas langit?. Sekiranya tidak ada anak bulan, apakah tidak ada Ramadan dan apakah tidak ada nikmat, rahmat dan barokah Allah?. Cuba jawab pertanyyaan saya, apakah Ramadan (nikmat,, rahmat dan barokahh Allah) itu, hanya duduk pada bulan atau hanya duduk diatas langit?.

Manakah maksud dan apakah erti yang dikatakan jika sekiranya terlihat anak bulan, maka wajiblah kita berpuasa. Bilamana terbitnya anak bulan wajib berhari raya dan haram berpuasa!. Cuba tuan-tuan tanya diri sendiri, apakah maksud kelihatan anak bulan dan apakah maksud terbit anak bulan, anak bulan yang mana?. Apakah maksud itu, tertakluk atau terletak pada anak bulan yang diatas langit?. Maksud, makna atau erti anak bulan yang diatas langit itu, adalah hanya sekadar kiasan atau hanya sekadar perumpamaan atau tamsil semata–mata..

Bulan atau anak bulan yang sebenarnya, bukan bermaksud, bererti atau bukannya yang terletak pada bulan bintang yang diatas langit!. Adapun maksud bulan atau anak bulan itu, adalah merujuk kepada diri kita sendiri.. Tubuh, badan, jasad atau diri kita sendiri inilah yang dikatakan anak bulan Ramadan. Anak bulan yang diatas langit, yang  menjadi rujukan oleh pehak ahli falak (ilmu feqah) itu, adalah semata-mata kiasan, tamsil, ibarat atau semata-mata “perumpamaan” pada ilmu syariaat (feqah atau dalil akli). 

Atau lebih tepat lagi, bolehlah kita katakan bahawa tamsil (perumpamaan) atau kiasan anak bulan diatas langit itu, adalah berupa dalil untuk dikias dan diletak atas diri kita (perumpamaan itu, untuk diletakkan pada batang tubuh kita), bukannya untuk diletak atas langgit atau dileta pada bulan bintang.

Yang hendak dipersoalkan kelak (dialam barzakh), bukan bulan, bukan bintang  dan bukan langit!. Sayya sedar, yang hujah atau kata-kata saya ini, tidak akan disenangi dan tidak diterima oleh golongan feqah (golongan syariaat). Namun saya perjudikan nasib tubuh badan saya, meniti diatas mata pedan, demi menegak kebenarran makrifatullah. Saya tidak gentar dengan mata pedang golongan feqah, kerana sememangnya nasib ulamak-ulamak yang berilmu makrifat itu, penghujungnya akan mati dihujung pedang atau di tali gantung!. Saya sudah lama bersedia…………………………………………..

Berjuang dijalan Allah, apa lagi dalam ilmu makriffat itu, yang ilmunya tidak ramai diketahui umum, sememangnya selalu menerima keritikan, tomohan, sindiran, tidak kurang dengan  tuduhan dan berbagai cacian. Harapan saya agar kebenaran ini,  akan diterima akhirnya, tetapi sesudah ketiadaan saya. Sekiranya saya gugur atau kecundang, namun saya amat-amat berharap,  perkembangan dan pembangunan ilmu makrifat ini, tidak boleh disekat, dihalang dan tidak boleh berhenti setakat ini. Ayoh anak bangsa ku, mari kita sama-sama perjuangkan ilmu makrifat, warisan ilmu datuk nenak kita dari zaman berzaman.  Sebagaimana tidak boleh disekat atau dibendung aliran air sungai, sebegitulah tidak boleh dibendungnya kebangkitan ilmu makrifat dimata dunia, sudah sampai masanya, ilmu makrifat itu dijulang, dijunjung dan diletak pada tapak yanng tinggi dan tidak lagi  boleh disorok–sorok.

Hari ini, fahamlah kita bahawa, maksud, erti, makna dan perumpamaan anak bulan itu, adalah diri kita. Setelah kita nampak anak bulan (diri kita), hendaklah kita berpuasa. Berpuasa itu,  adalah bermaksud “berpantang mengaku adanya diri”. Sesudah kita berpantang, dalam ilmu feqah mengatakan selama sebulan (30 hari), adapun maksud Ramadhan pada fahama ilmu makrifat itu, bukan 30 hari (satu bulan) tetapi selama-lamanya selagi ada bulan dan bintang dan selagi hayat dikandung badan. Maksud bulan Ramadhan itu, bukan terletak pada bulan atau bukan terletak pada bintangnya tetapi bulan Ramadan itu, adalah terletak pada maksud “rahmat, nikmat dan  barokah  Allah”. Adapun nikmat, rahmat dan barokah Allah itu, tertakluk kepada sepanjang bulan (24 bulan setahun).  Setelah kita melihat maksud Ramadhan, sampailah pula giliran kita, apakkah itu maksud terbit atau kelihatannya anak bulan.

Untuk menenutkan hari raya, hendaklah kita pastikan yang anak bulan itu, “terbit”  terlebih dahulu,  setelah terbitnya anak bulan, barulah boleh kita meyambut puasa. Manakala untuk meyambut hari raya,  hendaklah kita tentukan yang anak blan itu “kelihatan” terlebih dahulu. Untuk menentukan puasa, kita dikehendaki melihat anak bulan sehinggga terbit. 

Manakala untuk menentukan hari raya pula, kita dikehendaki melihat anak bulann sehingga kelihatan. Persoalannya disini, apakah maksud yang tersirat disebalik perkataan “terbit” anak bulan dan apakah maksud perkataan  “kelihatan” anak bulan?.

Untuk memahami maksud yang tersirat disebalik puasa dan yang tersirat disebalik hari raya, kita hendaklah terlebih dahulu faham apakah maksud perkataan terbit dan apakah erti perkataan kelihatan, inilah kunci untuk memahami ilmu makrifat!, dalam kaedah, jalan atau cara kita mentafsir apakah maksud sebanar Ramadan!.

Maksud terbit anak bulan  itu, adalah merujuk kepada mula terbitnya pengetahuan  kita kepada wujudnya diri kita (mula berfikir yang diri kita ini ada). Sesudah kita mula insaf, yang diri kita ini milik Allah, hak Allah dan kepunyaan Allah, itulah yang dikatakan maksud, makna dan erti terbit anak bulan. Iaitu bermaksud terlihat adanya diri, sesudah terliht adanya diri, maka  mulalah timbul (kelihatan) keinsafan didalam diri kita, bahawa yang diri kita itu, sebenarnya bukan hak kita, bukan milik kita dan bukan kepunyaan kita!.  Sehubungan dengan itu, timbul, terbit atau terlihatlah keinsafan kedalam hati kita bahawa diri kita ini, wajib kita serahkan kembali diri kita kepada tuannya yang asal. Penyerahan diri kita kepada tuan yang asal (Allah)) itulah yang dikatakan “puasa“. Puasa itu, ertinya berpantang mengaku diri.

Berpuasa itu, adalah penyerahan diri atau berpantang mengaku adanya diri, berpantang mengaku adanya aku. Setelah kita mengaku yang diri kita ini tidak ada dan tidak memiliki apa-apa, itulah ertinya puasa. Serah mulut dengan kata-katanya, serah mata dengan penglihatannya, serah telinga dengan pendengarannya, serah tangan dengan kekuatannya, serah kaki dengan berdirinya dan serah alat sulit dengan kemahuan dan kehendaknya., itulah puasa. Puasa bukannya dengan menjaga mulut dari megumpat, mata supaa lihat Quraan, mulut untuk mengji dan sebagainya. Itu puasa pada fahaman feqah, adapun puasa pada fahaman ilmu makrifat itu, megembalikan segala sifat kepada Allah.

Adapun biilamana “kelihatan” anak bulan, maka hendaklah kita berhari raya dan haram berpuasa!. Kenapa haram berpuasa pada hari raya!. Sedangkan jika ikut lojik akal, apa salahnya jika kita berpuasa pada hari raya, mungkin dengan cara itu, lebih menunjukan yang bahawasanya kita itu alim dan taat kepada Allah, sehingga orang lain sedang berhari raya bergembira bersuka ria dengan makan minum, namun bagi kita yang ingin menunjukkan taat dan alim kita kepada Allah, apa salahnya jka kita berpuasa pada hari raya, sayangnya kenapa tidak dibolehkan didalam Islam?. Ini pasti ada muslihat disebaliknya!. Persoalannya disini, apakah muslihat itu?.

Muslihat hukumnya haram (tidak boleh ) berpuasa pada hari raya itu, adalah kerana sebab “sudah kelihatan” anak bulan. Tetapi semasa “sudah terbitnya” anak bulan, kita diharamkan berpuasa dan diwajibkan berhari raya!. Terbit anak bulan ertinya kita kena berpuasa (haram berhari raya), manakala kelihatannya anak bulan, ertinya kita kena berhari raya (haram berpuasa)!. Apakah muslihatnya?

Muslihat disebalik maksud berpuasa (terbit anak bulan) itu, adalah bermaksud kita terlihat adanya diri kita (anak bulan “diri kita”), diri kita itulah maksud terbit anak bulan. Bilamana kelihatan adanya diri ( bilamana kelihatan terbit anak bulan), hendaklah kita berpuasa, iaitu dalam erti kata hendaklah kita menyerahkan diri kepada Allah, jangan sampai terlihat lagi adanya diri. Mengikut ilmu falak (kaji bintang), anak bulan atau bintang kecil, semasa mengelilingi bulan, anak bulan semasa itu berkedudukkan bersebelahan bulan (seumpama  bulan sabit kecil bersebelahan bulan).

Untuk lebih faham, cuba tuan-tuan ambil piring kecil (anak bulan atau bintang) mengelingi pinggan besar bulann). Letakkan pinggan besar menutup piring kecil, biar piring kecil itu, berkedudkkan dibawah pingggan besar seperti bulan sabit (seumpama bulan sabit dikereta ambulan) atau seperti bulan sabit (seumpama lambang pandu puteri). Piring itu, kelihatan terkeluar sedikit bersebelahan pinggan besar, piring kecil (anak bulan) terletak dibawah pinggn besar. Jika tuan–tuan betul-betul nak belajar erti ramadan sebenar, saya mahu tuan-tuan benar-benar buat apa yang saya sarankan, baru beroleh berkat dan beroleh ilmu faham. Bilamana piring itu sedikit kelihatan,, maka tandanya puasa.

Manakala setelah piring kecil mengelilingi pingang besar, iaitu setelah terlindung piring kecil oleh pinggang besar, itulah yang dikatakan terbitnya anak bulan, iaitu setelah anak bulan (piring kecil) benar-benar terkeluar atau terselindung disebalik pinggan besar (ib bulan), setelah bulan benar-benar terbit dengan nyata (tengelam anak buulan didalam ibu bulan (tengelamm disebalik bulan), maka wajiblah berhari raya dan haram berpuasa.

Ertinya  disini, haram lagi kita mengaku yang kita itu kita, diri itu diri dan aku ini aku!. Hendaklahh kita berhari raya atau bebaskan diri kita  dari mengaku diri itu kita. Hendaklah kita lepaskan diri (anak bulan) dan bebaskan diri (anak bulan) kedalam bulan (ibu bulan). Ibu bulan atau bulan itu, etinya hendaklah kita lepaskan atau hendaklah kita bebaskan diri kita kepada Allah. Iaitu tengelamkan diri kita dalam ibu bulan iaitu Allah Taala.

Setelah anak bulan (diri) kita sdah bbiinasa, lenyap, tengelam, karam serta binasa dalam wajah Allah, maka disitu hukumnya haram lagi menggaku adanya aku (tidak lagi kelihatan anak bulan). Setelah tidak lagi kelihatan diri (anak bulan), yang jelas kelihatan semasa itu, adalah hanya Allah (ibu bulan). Setelah kelihatan atau setelah nyata ibu bulan, maka berhari rayalah kita (haram berpuasa)!.

Bilamana kelihatan ibu bulan, kita tidak lagi boleh mengaku yang aku itu bersifat gagah, aku kuat, aku cantik, aku lawa, aku kaya, aku untung, aku besar, aku menang, aku budiman, aku rajin, aku taat, aku alim dan sebagainya. Perkataan aku (anak bulan) itu, hendaklah kita hilangkan, padamkan, tengelamkan dan marilah diketika itu, sama-sama kita biarkan diri kita karam dalam wajah Allah. Biarlah Allah sahaja yang kaya, yang cantik, yang gagah, yang kuat, yang untung, yang taat, yang rajim dan yang alim.

Inilah yang dikatakan tengelamnya anak bulan (diri) dalam ibu bulan (Allah). Maka itulah yang dikatakan berhari raya dan haram berpuasa. Haram sudah diketika itu, kita mengaku aku, maka berhari rayalah kita.  Setelah berhari raya, haram sudah kita mengeluh, kecewa, patah hati, merajuk, megumpat, mencela, mengeji, mengata orang dan sebagainya. Setelah kita berhari raya, sungguhpun kita rugi dalam perniagaan, sungguhpun dicaci orang, bilamana kereta berlaku kemalangan, hutang tidak dibayar orang, wang ringgit hilang dicuri orang, rumah terbakar, isteri dicerai suami atau suami ditinggal isteri,  kita jangan menngeluuh, malahan berterima kasih (bersyukur).

Bilamana berhari raya, kita tidak boleh marah apabila kereta kita dilanggar orang, sebab apa kita tidak boleh marah, kita tidak boleh marah itu, adalah sebabnya sebelum orang langgar kereta kita, sesungguhnya Allah sudah terlebih awal dan terlebih dahulu melanggar kereta kita semasa dan diketika dalamm Luh Hul mahfuz. Bermaknanya disini, perkara perlangaran kita itu, adalah sesuatu perara yang bukan baru, malahan perkara perlangaran itu, sesungguhnya perakara yang sudah siap tertulis, siap ditetapkan, siap tercatat, termaktub dan sudah siap ditentukkan sedari awal oleh Allah Taala sejak diazali lagi (jadi buat apa nak marah). Inilah maksud berhari raya (haram berpuasa)setelah anak bulan diri tengelam dalam ibu bulan (Allah).

Setelah kita berhari raya (anak bulan tengelam dalam ibu bulan), hati kita akan jadi lebih tenang, tenteram, sejuk, damai, aman, pemurah, pemaaf,, tidak pendendam, sabar dan ikhlas dalam mengerjakan sesuatu atau menerima sesuatu dugaan atau musyibah.

Adapun kebanyakkan orang sekarang, berpuasa hanya pada lapar dan dahaga semata-mata (iaitu puasa yang paling ringan dan puasa yang paling kecil). dapun puasa yang paling besar dan paling berat itu, adalah puasa berserah diri kepada Allah Taala. Tidak kira bulan januari atau disember. Berpuasa sepanjang bulan, sepanjanng tahun dan sepannjang hayat……………………………….

Apa Maksud Sahur?.
Mari kita sama-sama mengkaji pengertian atau maksud Ramadhan satu persatu.
Sebelumnya, cuba tanya kepada diri sendiri, mengapakah sunnah mengalakkan kita bersahur?. Jika ikut pada  hukum akal yang bodoh ini, apa salahnya jika kita tidak bersahur?. Tidakkah ianya menunjukkan lebih islamik!. Jika orang berpuasa dengan bersahur, manakala kita pula berpuasa dengan tidak bersahur, tidakkah kita itu lebih islamik dan tidakkah sepatutnya kita itu, lebih banyak pahala berbanding dengan orang lain yang makan bersahur?.

Sunnah mengalakkkan supaya pada waktu sahur, jika kita tidak mahu menjamah makanan, setidak-tidaknya kita menikmati “rahmat, nikmat dan barokah” Allah s.w.t biarpun seteguk air!. Selepas sahur dengan menikmati rahmat, nikmat dan barokah Allah s.w.t biarpun berupa seteguk air, kemudian kita dikehendaki berlapar dari makan dan minum.

Dalam kita berpuasa dari makan dan minum, bagaimana rasanya bilamana bekerja di bawah panas terik matahari, tanpa minum air atau bilamana tidak dapat makan?. Itu baru menahan lapar dan dahaga dari makan dan minum yang berupa seringin-ringan atau sekecil-kecil puasa. Bagaimana jika tidak mendapat air dan makanan dari pagi sehingga sampai petang?. Apakah yang akan tuan-tuan rasa?. Itu baru selepas waktu subuh sehingga Maghrib, kita menahan kelaparan. Apa kata jika kita tidak dapat minum dan makan selama dua atau tiga hari, tiba-tiba dapat meneguk segelas air, tidakkah itu dikatakan nikmat, rahmat dan barokah?.

Tuan-tuan tentunya merasakan betapa rahmat, nikmat dan barokahnya bilamana mendapat air!. Nikmat, rahmat dan barokah itulah yang dikatakan puasa!.  Puasa itu ertinya nikmat, rahmat dan berkat. Cuba sekali lagi kita tafsir erti bulan Ramadhan. Erti bulan Ramadhan itu, adalah bulan rahmat, bulan nikmat dan bulan barokah. Tidakkah air atau makanan itu, rahmat Allah s.w.t, nikmat dan barokah Allah s.w.t?. Menikmati nikmatnya air itu, itulah yang dikatakan erti Ramadhan (rahmat, nikmat dan barakah Allah) dan itulah yang dikatakan sebenar-benar puasa.

Puasa itu bukan sahaja menahan lapar dan dahaga. Puasa menahan lapar dan dahaga dari minum air dan makan itu, adalah puasa yang ringan dan puasa yang kecil!. Bilamana kita menerima nikmat Allah s.w.t, itulah barokah dan itulah puasa!. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t itulah pengertian puasa menurut suluhan ilmu hakikat dan ilmu makrifat!.

Jika ikut tafsiran syariat, menahan lapar dahaga itulah yang dikatakan puasa. Tetapi  apabila ditilik melalui suluhan ilmu hakikat, puasa itu, bukan sahaja perkara menahan lapar dan dahaga sahaja!. Menikmati nikmat, rahmat dan barokah Allah s.w.t, itulah puasa!. Nikmat air itulah puasa, nikmat makan itulah puasa.

Sebesar-Besar Puasa!

Seringan-ringan atau sekecil-kecil puasa itu, adalah nikmat minum air dan nikmat makan  nasi. Manakala seberat-berat atau sebesar puasa itu, adalah menikmati nikmat mata, telinga, mulut, gerak, melihat, dengar, akal, berpemikiran dan sebagainya.

Puasa Ramadan itu, adalah menikmati dari yang sekecil-kecil nikmat Allah s.w.t, yang berupa air dan makanan, sampailah kepada yang sebesar-besar puasa, iaitu menikmati nikmat anggota tujuh. Di samping itu juga, kita hendaklah menikmati, nikmat alam, nikmat langit, nikmat laut, nikmat udara, nikmat tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Yang jelasnya puasa itu, menikmati, menghargai dan memberi nilai tambah kepada anugerah rahmat atau nikmat Allah s.w.t. Itulah erti puasa mengikut kaca mata ilmu hakikat atau ilmu makrifat. Bilamana kita tidak bersyukur atau tidak pandai untuk berterima kasih akan nikmat pemberian Allah s.w.t, itulah tandanya mereka yang tidak berpuasa. Setelah kita bersyukur atas nikmat itu, hendaklah nikmat itu dikembalikannya semula kepada tuan yang empunya nikmat.

Bilamana kita sudah tahu apakah itu, nikmat, rahmat dan barakah (Ramadan), hendaklah nikmat, nikmat dan barokah (Ramadan angggota tujuh kita) itu, hendaklah dikembalikkan semula kepada Allah. Setelah semua dan segala sifat baharu (diri kita) dikembalikan kepada Allah sepenuhnya secara total, maka itulah yang dikatakan sebenar-benar  Ramadan!.

Berpuasa Ramadan itu, bukan setakat menjaga mulut dari tidak mengumpat orang atau tidak berbohong sahaja, berpuasa Ramadan itu, adalah bermaksud, bermakna dan bererti menyerah anggota mulut kepada Allah. Setelah kita serah anggota mulut kepada Allah, bererti kita tidak lagi memiliki mulut!. Sekiranya kita sudah tidak lagi ada mulut, masakan boleh megumpat atau bercakap bohong!.

Selagi masih ada aggota mulut (tidak diserah kepada Allah), selagi itulah kita akan mengulangi bebohong, mengumpat, caci maki  atau menipu orang. Cuba tuan-tuan bayangkan jika sekiranya kita tidak ada anggota mulut, masakan boleh mengulangi berbohong, megumpat atau menipu orang?. Puasa Ramadan ini, bukan bertujuan untuk menjaga anggota mulut dari mengumpat semasa bulan Ramadan (30 hari) sahaja!, bahkan Ramadan itu, hendaklah sepanjang bulan (24 bulan). Bagaimanaah caranya nak berpuasa sepanjang tahun, sedangkan puasa yang satu bulanpun kita tidak faham dan tidak tahu akan maksud, tujuan,, erti atau makna puasa?.

Selagi ada anggta mulut, sifat kita selaku manusia, jikapun tidak banyak, lambat laun biarpun sedikit, kita akan tetap berbohong, megumpat dan menipu orang. Untuk tidak menipu, berbohong atau mengumpat orang bat selama-lamanya, biarpun ianya bukan bulan puasa, hendaklah kita Ramadankan diri kita (sifat anggta tujuh) kita itu, iaitu dengan cara kita serah sepenuhnya anggota tujuh kita (nikmat, rahmat dan barokah) secara total kepada Allah Taala. Barulah benar-benar Ramadan.

Kiasan saya kepada anggta mulut itu, jangan pula kita letak kiasan saya itu pada sifat anggota mulut sahaja. Hendaklah dikiaskan juga kepada anggota-anggota lain, seperti tangan, kaki, mata,, telinga, hidung dan yang alat sulit. Seluruh dan segala tujuh anggota kita itu, adalah merupakan rahmat, nikmat dan barokah (Ramadan). Rahmat, nikmat dan barokah yang tujuh itulah yang hendak dipuasa (dikembalikan) kepada pemiliknya iaitu Allah Taala!.


Sebab Apa Disunatkan Segera Berbuka?

Sebab apa Allah s.w.t memerintahkan supaya disegerakan berbuka puasa?.Sengaja melambat-lambatkan berbuka itu, dikatakan boleh mengurangkan pahala puasa.  Jika ikut pada hukum akal kita yang bodoh ini, apa salahnya jika kita berbuka puasa pada jam 10.00 malam, 12.00 malam atau jam 2.00 pagi?. Tidakkah itu menunjukkan lebih islamik?. Lagi lambat kita berbuka puasa, sepatutnya lagi bertambahlah pahala yang kita dapat!. Sebaliknya lagi lambat kita berbuka, malahan pahala puasa kita lagi berkurangan.

Di tangan para cendiakawan, tulisan adalah ungkapan hati yang tidak boleh disampaikan melalui kata-kata. Kerana itulah makanya, tulisan para cendiakawan itu, menjadi unik lagi mengagumkan, tetapi kadang-kadang ianya sulit untuk difahami. Itulah makanya karya serta tulisan mereka mengundang kekaguman ramai!.

Sunnah menggalakkan supaya cepat berbuka, adalah bagi menggambarkan dan menuntut kita supaya menikmati kurniaan nikmat, rahmat dan barokah Allah s.w.t yang ringan, yang berupa makanan dan minuman. Dengan menikmati nikmat, rahmat dan barokah Allah s.w.t yang kecil, yang ringan dan yang rendah itu, adalah bertujuan bagi mengajak kita supaya menginsafi pula rahmat, nikmat dan barokah Allah s.w.t atau “puasa” yang lebih besar, lebih tinggi, lebih berat dan yang lebih afdal!.

Makanan yang berupa nasi atau roti dan minuman yang berupa air itu, adalah puasa (rahmat, nikmat dan barokah) yang ringan, yang kecil dan yang rendah!. Manakah yang dikatakan puasa yang besar dan berat?.

Ujian puasa yang ringan itu, adalah sandaran, sindiran serta ungkapan bagi tujuan membawa kita supaya memerhatikan puasa yang berat!. Jangan tertidur dan jangan terlena dengan kiasan serta sindiran pada puasa yang menahan lapar dan dahaga!. Masih ada puasa yang lebih besar. Sepertimana kata Baginda Rasulullah s.a.w, “masih ada perang yang lebih besar dari perang Badar, iaitu perang nafsu!”. Puasa menahan lapar dan dahaga itu, adalah puasa yang kecil dan ringan. Manakah yang dikatakan puasa yang besar?.

Sunnah menggalakkan kita supaya cepat-cepat berbuka puasa atau cepat-cepat rasa nikmat Allah s.w.t. Setelah menahan dahaga dan lapar, betapa rahmat dan nikmatnya kurniaan Allah s.w.t ketika menjamu juadah berbuka. Belum lagi jika kita ukur, sekiranya kita tidak ada mata dan tidak dapat melihat. Ditutup mata sekadar 10 minit sahaja, telah kita rasa teramat seksa. Apa kata jika Allah s.w.t tidak bagi nyawa, satu apa pun tidak berguna lagi. Tidak berguna kasih sayang dan tidak berguna lagi harta atau rumah yang besar, jika kita tidak ada nyawa.

Itulah bermakna, bererti dan berharganya nikmat dan rahmat Allah s.w.t, apabila kita menikmatinya dengan penuh keberkatan. Itulah erti puasa Ramadhan iaitu menikmati rahmat Allah s.w.t, dengan keberkatan. Jika kita tidak tahu berterima kasih dan tidak menghargai nikmat Allah s.w.t, itulah tandanya kita tidak berpuasa.

Bulan puasa itu adalah bulan menahan diri dari melakukan kemungkaran. Itulah ertinya segala iblis dan syaitan dikunci dan dirantai oleh Allah s.w.t pada bulan puasa. Ternyata bulan Ramadhan jugalah banyaknya berlaku maksiat dan kemungkaran berleluasa. Tetapi jika kita puasa mengikut pengertian hakikat, barulah benar-benar syaitan itu terkunci dan dirantai dan tidak terlolos lagi.

Contohnya seperti, ada rahmat mata, kita nikmati dengan jalan keberkatan, maka terhindarlah dari maksiat mata. Bila ada nikmat tangan, kita guna rahmat tangan itu dengan jalan keberkatan, maka terhindarlah dari mencuri dan mengkhianati orang. Bila ada kaki, kita guna nikmat dan rahmat kaki, itu mengikut jalan keberkatan Allah s.w.t, terhindarlah diri dari kemungkaran dan sebagainya. Barulah dikatakan syaitan dan iblis itu benar-benar terantai dan benar-benar terkunci dalam lokap Allah s.w.t tanpa terlolos, terlucut dan terlepas dari kandang kurunganNya.

Itulah makanya bulan puasa itu, dikatakan bulan dibuka pintu langit taubat. Bulan diperkenankan keampunan dan bulan seribu keberkatan. Bilamana kita tahu menikmati nikmat Allah s.w.t dengan keberkatan, maka di situlah pintu keampunan Allah s.w.t terbuka membelah langit  dengan seribu kemuliaan atas hambaNya. Mulianya Allah s.w.t disisi hambaNya setelah si hamba tahu menilai kebesaran Allah s.w.t atas nikmat yang telah dianugerahkanNya ke atas mereka. Tahu berterima kasih dan tahu menghargai nikmat Allah s.w.t.

Rahmat Allah s.w.t itu akan terasa nikmat apabila kita kembalikan semula kenikmatan nikmat itu kepada Allah s.w.t. Seumpama kita mendapat seteguk air, bukan air yang menjadi nikmat, yang menjadi nikmat itu, adalah kenikmatan Allah s.w.t. Bukan sedapnya menikmati makanan, yang menjadi sedap makanan itu, adalah kenikmatan Allah s.w.t. Bukan air atau nasi yang menhilangkan dahaga atau lapar. Yang menghilangkan dahaga dan lapar itu, adalah kenikmatan nikmat Allah s.w.t. Inilah kaedah hikmat hakikat Ramadhan (nikmat dan rahmat) Allah s.w.t.

Bukan mata yang kita pandang, yang kita lihat itu adalah pandangan Allah s.w.t. Bukan telinga yang menjadi dengar, yang menjadi dengar itu adalah pendengaran Allah s.w.t. Jadi, segala kenikmatan Allah s.w.t itu akan menjadi nikmat apabila ianya dapat dikembalikan semula kepadaNya. Bukan nasi yang mengeyangkan kita, yang mengeyangkan kita itu, adalah rasa nikmat terhadap kenikmatan Allah s.w.t. Jika kita kata nasi yang mengeyangkan kita, bererti kita tidak mengembalikan kesyukuran atau tidak mengembalikan terima kasih atas nikmat Allah s.w.t, dan itu maknanya kita tidak berpuasa.

Bukan air yang menghilangkan dahaga, yang menghilangkan dahaga kita itu, adalah rasa nikmat atas kenikmatan Allah s.w.t. Bukan kita yang bergerak,dan yang menggerakkan kita itu, adalah gerakkan Allah s.w.t. Bukan kita yang bersifat, yang berwajah itu adalah wajah Allah s.w.t. Segala wajah, segala nama, segala gerak afaal itu, adalah bagi Allah s.w.t, bukannya pada kita. Dengan mengembalikan segala-galanya kepada Allah s.w.t, itulah ertinya orang yang tahu bersyukur dan mereka yang tahu mempergunakan nikmat Allah s.w.t dengan sempurna (berkat). Itulah erti puasa, iaitu  mengerti dan tahu mengembalikan nikmat kepada kenikmatan Allah s.w.t. Bukan makanan yang mengeyangkan, yang mengeyangkan itu adaklah rasa nikmat Allah s.w.t. Jika tidak rasa rahmat (Ramadhan) Allah s.w.t, maka makanlah apapun, mereka tetap tidak akan rasa  nikmat. Kembalikan makan kepadaNya, kembalikan nasi kepadaNya dan kembalikan sedap kepadaNya, dengan merasai nikmat atas kenikmatan rahmatNya. Barulah kita rasa puas biarpun makan sedikit, biar wang tinggal seringgit, biar pakaian tidak berganti dan biarpun tinggal di rumah buruk.

Nikmat itu bukan pada nasi, air, gula, garam, wang ringgit atau kekuatan. Ada orang yang hidupnya mewah berkepuk-kepuk wang ringgit, tetapi tidak boleh makan garam atau gula kerana kencing manis dan darah tinggi. Jadi, apa guna wang berjuta?. Apa guna badan besar tetapi menghidap sakit lumpuh. Apa gunanya mempunyai perut besar tetapi hanya dapat di isi dengan air tanpa gula, ikan tanpa garam, teh tanpa susu dan nasi tanpa lauk. Yang mengeyangkan kita itu, adalah nikmat dan rahmat Allah s.w.t, bukannya makanan. Yang mengeyangkan kita itu, bila kita dapat mengembalikan sifat baru kepada yang kadim. Sedapnya air dari rasa, sedapnya makanan dari rasa dan sedapnya tidur dari rasa. Manakala rasa pula dari mana?. Adapun rasa itu adalah dari nikmat dan rahmat Allah s.w.t. Oleh itu, kembalikanlah segala rasa itu kepada nikmat dan rahmat Allah s.w.t. Itulah puasa.

Ramadhan itu seumpama, seribu bulan. Jika kita sekadar menahan lapar dan dahaga, bagaimana untuk merasai kenikmatan seumpama seribu bulan (hampir 90 tahun)?. Jika kita hanya minum seteguk air dengan menikmati rasa nikmat Allah s.w.t, di situ kita akan merasa sungguh bermakna, sungguh bererti dan bernilai yang tidak terhingga. Nampak dan terlihat nikmat Allah s.w.t atas air. Barulah hati kita merasai betapa nikmat Allah s.w.t itu mengatasi segala rasa. Nampak, kasih Allah, sayang Allah, cinta Allah dan dekat serta hampirnya Dia. Timbullah rasa bahawa Allah s.w.t  itu lebih berharga dari air. Itulah balasan terima kasih yang tidak terhingga terhadap Allah s.w.t dan Dia juga melihat dengan tidak terhingga atas kita.

Jika kita lihat Allah s.w.t dengan sejengkal, Dia akan lihat kita sedepa. Jika kita berterima kasih kepada Allah s.w.t sedepa, Dia berterima kasih kepada kita sehasta. Kita bersyukur atas nikmat Allah s.w.t sambil berjalan, Allah s.w.t secara berlari menerima nikmatNya dikembalikn kepadaNya. Itulah baru timbul berkeadaan nikmat yang seumpama seribu bulan (hampir seusia 90 tahun).

Jika dihukum dengan kesakitan sekalipun seumpama Bilal bin Rabbah, semasa diseksa dengan besi dan batu panas, tanpa diberi minum, namun yang dirasainya itu adalah bukan seksaan, sebaliknya beliau merasa nikmat Allah s.w.t atas seksaan itu. Merasa nikmat Allah s.w.t atas kepedihan seksaan. Bukan nampak besi atau batu panas, tetapi nampak Allah s.w.t beserta kepanasan, nampak Allah s.w.t dalam keadaan beliau sedang kehausan. Biarpun didera dengan besi yang sangat panas dan menahan dahaga seperti dua atau tiga hari, namun beliau tidak merasa sakit atau dahaga, kerana beliau merasakan seksaan itu sebagai nikmat. Seumpama mendapat nikmat selama seribu bulan (hampir 90 tahun usia). Kenikmatan seumpama seribu bulan itu, menghilangkan kesakitan, lapar dan dahaga.

Apakah ertinya kemenangan, jika tidak disertai dengan suatu perjuangan yang hebat, keras, dalam dan tinggi?. Apakah sudah begitu hebat, tinggi dan mendalam dengan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga yang juga boleh dikerjakan oleh kanak-kanak yang seumur 4 atau 5 tahun?.

Bulan Ramadhan itu adalah bulan kemenangan. Bukan hari menang menahan lapar atau dahaga kerana tahan lapar dan dahaga itu adalah kemenangan yang kecil, ringan dan halus. Kemenangan itu adalah semestinya melalui suatu perjuangan yang begitu hebat, bernilai tinggi dan suatu perjalanan perjuangan yang besar. Apakah sudah dianggap besar dengan menahan lapar dan dahaga, hanya sekadar 13 jam?.

Ramadhan itu kemenangan. Apakah yang hendak dimenangkan pada bulan puasa dan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan kemenangan?. Kemenangan Ramadhan itu adalah kemenangan dari segi menikmati nikmat Allah s.w.t. Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t di atas segala kenikmatan nikmat yang telah diberikan kepada kita dan kenikmatan nikmat itu pula hendaklah dikembalikan semula kepadaNya. Dengan sekembalinya segala kenikmatan nikmat kepada Allah s.w.t, itulah yang dikatakan kemenangan dan itulah sebenar-benar puasa Ramadhan.

Kita tidak dikatakan menang, sekiranya masih memakai kenikmatan itu, sebagai milik kita. Segala nikmat Allah s.w.t itu, bukan milik kita dan bukan hak kita untuk menikmati kenikmatan nikmat Allah s.w.t. Bukan makanan yang memberi kita kekenyangan. Yang memberi kenyang itu adalah rasa. Perkara rasa itu adalah nikmat, manakala nikmat itu, adalah milik Allah s.w.t. Jika ianya milik Allah s.w.t, kembalikan segala rasa nikmat kepada tuan yang empunya, itulah Ramadhan dan itulah kenikmatan nikmat Allah s.w.t dan itulah ertinya sebuah kemenangan. Menang itu adalah kerana berupaya dan menang itu adalah di atas kesanggupan mengembalikan hak Allah s.w.t kepadaNya semula.

Kita tidak punya apa-apa, kita tidak memiliki apa-apa dan kita tidak berhak ke atas apa-apa. Apa lagi untuk memiliki dan menguasai nikmat Allah s.w.t!. Apakah nikmat yang kita ada dan apakah Ramadhan yang hendak kita kembalikan?. Nikmat yang kita ada itu, seumpama kekuatan, lalu dengan mengembalikan segala kekuatan itu kepada Allah s.w.t, itulah Ramadhan dan itulah nikmat dan itulah juga kemenangan. Nikmat yang kita ada itu, seumpama penglihatan, pendengaran, percakapan dan sebagainya, lalu apabila kita berjaya mengembalikan semula kenikmatan nikmat itu kepada Allah s.w.t, itulah yang dikatakan hari kemenangan dan hari seribu bulan. 

Yang dimaksudkan dengan keberkatan serta kerahmatan diumpamakan seperti seribu bulan (sebaya dengan ibadah selama hampir-hampir 90 tahun). Itu barulah yang dikatakan kemenangan dan kejayaan yang boleh dirayakan dan disambut dengan penuh kemeriahan hati!. Itulah hari yang paling menang dan paling berjaya.

Ramadhan juga dikaitkan dengan malam Lailatul qadar. Lailatul qadar itu adalah suatu hari melimpahnya rahmat. Apa tidaknya, dikatakan bahawa perigi yang airnya cetek akan melimpah penuh. Kayu-kayan yang tegak berdiri, sehinggakan boleh tunduk, runduk dan rebah menyembah bumi. Air yang mudik berpatah balik ke hulu dan bermacam-macam lagilah cerita yang diperkhabarkan. Betapa dalam bulan rahmat (Ramadhan) itu berlaku keajaiban yang menggambarkan besar dan tingginya taraf atau tahap bulan Ramadhan iaitu bulan nikmat Allah s.w.t.

Setahu kita yang seusia hampir 60 tahun, yang selama ini berpuasa, berapa keratkah di antara kita, termasuk diri yang membaca ini, yang mendapat nikmat Lailatul qadar?. Lailatul qadar itu, bermaksud hari yang paling diperingati dan suatu hari yang paling tidak boleh dilupakan. Itulah tinggi, bernilai dan besarnya nilai Lailatul qadar bagi sesiapa yang mendapatnya. Juga seumpama malam seribu bulan. Bagaimanakah untuk mendapatkannya?.

Jika diambil kira dengan menahan lapar dan dahaga, apakah mungkin mendapat lailatul qadar yang sebegitu besar?. Dengan memperbanyakkan amal di masjid-masjid sampai ada orang yang sanggup bersengkang mata menahan dari tidur, semata-mata menunggu lailatul qadar. Ada yang menyalakan pelita, kononnya menunggu lailatul qadar, agar dengan memasang pelita itu, mudah-mudahan tidak terlepas pandang. Berapa keratkah yang mendapat lailatul qadar?.

Bagi mereka yang berserah diri, berserah nikmat kepada Allah s.w.t, lailatul qadar itu didapati oleh mereka, biarpun tidak menyalakan lampu pelita dan biarpun tanpa bertegang urat mata. Sekiranya kita tahu untuk mengembalikan kenikmatan rahmat dan nikmat Allah s.w.t kembali kepadaNya, lailatul qadar itu akan didapati dan akan diperolehi sepanjang hari, minggu, bulan, tahun dan sepanjang hayat.

Seumpama Bilal bin Rabbah, kenikmatan nikmat lailatul qadar Allah s.w.t itu, sudah dapat dirasainya, sekalipun di dalam keadaan yang menyeksakan dan sekalipun di dalam bulan yang bukan bulan Ramadhan. Sakit telah dirasainya nikmat, seksa telah dirasainyanya nikmat, panas telah dirasainya nikmat dan mati sekalipun telah dirasakan nikmat. Itulah lailatul qadar,  itulah Ramadhan, itulah puasa dan itulah yang dikatakan sebenar-benar kemenangan.

Puasa itu, ertinya tidak lagi berhajat kepada nikmat. Segala kenikmatan nikmat itu, telah dikembalikan semula kepada Allah s.w.t. Bukan berhajat kepada air dan bukan berhajat kepada makanan (nasi). Air dan nasi itu, baginya adalah rahmat dan nikmat Allah s.w.t. Kita bukan makan nasi dan bukan minum air, tetapi kita makan dan minum nikmat dan rahmat Allah s.w.t. Itulah puasa. 

Puasa itu bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, bukan sahaja beriktikaf di masjid, bukan sahaja berzikir atas sejadah sepanjang malam. Puasa itu adalah Ramadhan, Ramadhan itu nikmat, nikmat itu rahmat, rahmat itu berkat, berkat itulah ikhlas, ikhlas itu berserah diri, berserah diri itu, mengembalikan segala kenikmatan nikmat diri kepada Allah s.w.t. “Aku tidak ada, tidak punya dan tidak memiliki sesuatu selain Alah”. Itulah sebenar-benar pengertian puasa!.
                                                        

Berpuasa Itu, Ertinya Berserah Diri

Marilah kita bersama-sama berserah diri kepada Allah s.w.t dan benar-benar memperhambakan diri kepadaNya. Bukan sahaja ketika bulan Ramadhan sahaja, malahan marilah kita berpuasa dengan berserah diri sepanjang masa, sepanjang hayat selagi di kandung badan dengan berpuasa dari memakai pakaian Allah s.w.t. Bijak itu pakaian Allah s.w.t, pakaian kita adalah bodoh. Hidup itu pakaian Allah s.w.t, pakaian kita itu adalah mati. Gagah itu pakaian Allah s.w.t, pakaian kita itu lemah. Melihat, mendengar, berkata-kata itu pakaian Allah s.w.t, pakaian kita itu buta, tuli dan bisu. 

Pakaian Allah s.w.t itu sihat, kaya, cantik, besar dan tinggi, manakala pakaian kita itu adalah sakit, melarat, fakir, hodoh, kecil dan bersifat rendah serendahnya. Apabila kita telah mengaku yang kita ini rendah, buat apa perlu meninggi diri dengan mengaku bahawa kita yang berkata-kata, kita yang melihat, memandang, menilik, mendengar, gagah, kuat dan sebagainya.

Pulangkan segalanya itu kepada tuan yang empunya dan itulah yang diertikan puasa sepanjang zaman, sepanjang tahun dan sepanjang hayat!. Bila kita telah sampai kepada tahap itu, itulah ertinya puasa, itulah maknanya Ramadhan, itulah terjemahan dan tafsiran kenikmatan nikmat yang berpanjangan (puasa). Puasa itu pantang, pantang dari mengambil hak milik Allah s.w.t, pantang dari mengaku kepunyaan sendiri dan pantang dari mendakwa hak diri sendiri. Sedangkan pemilik tunggal (hak milik kekal) itu, adalah Allah s.w.t. Ingat itu!!!!!!!!

Oleh itu, bagi menjalankan perintah Ramadhan, hendaklah kita menggunakan sepenuh apa yang kita ada untuk dibaktikan kepada Allah s.w.t dengan menghulurkan bantuan nikmat anggota yang kita ada, harta yang kita miliki dan ilmu yang kita pelajari untuk disampaikan kepada makhluk lain. Nikmat yang Allah s.w.t bagi kepada kita itu hendaklah disalurkan semula kepada orang lain dan kepada makhluk sejagat amnya. Guna sepenuhnya nikmat yang Allah s.w.t bagi kepada kita untuk dikembalikan semula kepadaNya, dengan mempergunakannya melalui berbakti kepada alam sejagat.

Sayang kerana Allah, kasih kerana Allah, cinta kerana Allah, sembahyang kerana Allah, ibadah kerana Allah, beramal kerana Allah dengan penuh kasih sayang (berkorban). Kasih sayang itulah ertinya ikhlas. Dengan kasih sayang membuatkan kita patuh, taat, sejuk hati, tetap hati, tabah hati, kukuh hati dan segala yang dikerjakan tanpa mendatangkan kepayahan di hati. Biarpun kelihatan seperti berat atau payah, namun sifat kasih sayang, membuatkan kita bersemangat dan gagah untuk menyempurnakannya.