Pages

Ahad, 20 Ogos 2017

AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH

AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH

ALLAH TIDAK AKAN BOLEH DITERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN

18.Surah Al-Kahf (Verse 109)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

18.Surah Al-Kahf (Verse 110)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..

Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..

Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, Allah telah mengajar kita melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..

Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran...

JADI UNTUK MENCAPAI KEPADA MAKRIFATULLAH SESEORANG HENDAKLAH MENGERJAKAN AMAL SOLEH DAN JANGAN MEMPERSEKUTUKAN SESIAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA ALLAH.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 57)

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG BERAMAL SOLEH

10.Surah Yūnus (Verse 9)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.

ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran

30.Surah Ar-Rūm (Verse 29)

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada  sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

ALLAH TIDAK AMPUN DOSA SYIRIK

4.Surah An-Nisā' (Verse 48)

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan
sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya.  Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 82)

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik

39.Surah Az-Zumar (Verse 65)

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

JADI APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AMAL SOLEH IALAH AMAL YANG DILAKUKAN TANPA DISERTAKAN DENGAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK,

Yang tidak disertakan dengan sebarang syirik membawa maksud yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik...

Bagaimana atau apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk sampai kepada keadaan yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik?

Untuk dibersihkan daripada sebarang syirik seseorang mesti bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik seperti yang terkandung didalam firman Allah

2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" adalah merupakan "TAUBAT NASUHA"

66.Surah At-Taĥrīm (Verse 6)

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

66.Surah At-Taĥrīm (Verse 7)

Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".

66.Surah At-Taĥrīm (Verse 8)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Bertaubat kepada Allah dengan "TAUBAT NASUHA" iaitu melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" adalah merupakan salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid seperti firman Allah

5.Surah Al-Mā'idah (Verse 35)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.

72.Surah Al-Jinn (Verse 11)

Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

78.Surah An-Naba' (Verse 39)

Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !

PELBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID...

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

ATAU merupakan jalan untuk mrngenal Tuhanmu yang perlu dilakukan oleh seseorang

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 15)

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 16)

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 17)

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 18)

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

79.Surah An-Nāzi`āt (Verse 19)

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"

Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu

Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)

JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" IAITU "TAUBAT NASUHA" ATAU "BERAMAL SOLEH"

4.Surah An-Nisā' (Verse 66)

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' (Verse 67)

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' (Verse 68)

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

Jalan yang lurus ialah

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

30.Surah Ar-Rūm (Verse 6)

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

10.Surah Yūnus (Verse 44)

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.

Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" atau "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"

Ialah dengan melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran yang apabila dilaksanakan perintah tersebut akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan kepada diri kita sendiri.

Salah satu daripada perintah Allah yang boleh dilakukan ialah dengan melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

YANG CARA UNTUK MELAKSANAKAN PULA BOLEH MENGIKUT APA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DIDALAM HADIS RASULULLAH SAW

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Setelah melaksanakan apa yang tersurat dan tersirat didalam perintah Allah dan Rasulnya seperti diatas, Allah akan memberikan sepertimana yang telah dijanjikan iaitu "DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS." DAN "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP ALLAH ALAN MEMELIHARANYA"

RINGKASAN TENTANG BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU

CARA 1 -  DAN SEBUTLAH AKAN NAMA TUHANMU, SERTA TUMPUKANLAH KEPADANYA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN.

( Surah Al-Muzzammil ayat 8 )

Apa yang tersurat "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." 

Apa yang kita perlu lakukan ialah yang tersirat iaitu walaupun yang tersurat "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Apa yang perlu dilakukan ialah menumpukan dengan sebulat tumpuan samada kepada (zat, sifat, asma' atau afa'al) terlebih dahulu, dengan melakukan tumpukan sebulat-bulat tumpuan dahulu daripada menyebut "Allah" barulah akan berlaku "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam satu masa yang sama...

Dari sinilah baru akan berlaku penyaksian dan pengakuan samada kepada zat, sifat, asma' atau afa'al Allah (bergantung kepada apa yang ditumpukan dengan sebulat tumpuan...

Latihan diperingkat awal - bagi mendapatkan kemahiran supaya berlaku kedua perintah Allah ini berlaku didalam satu masa yang sama (serentak)...

Untuk mendapat kemahiran supaya boleh berlaku kedua perintah Allah iaitu "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Dilakukan didalam satu masa yang sama...

Kepada apa yang hendak ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan, kita tumpukan kepada sifat ketuhanan yang ada pada diri kita

Firman Allah

34.Surah Saba' (Verse 27)

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Tumpukan kepada sifat ketuhanan yang ada pada kita tetapi jangan disedari atau dirasakan sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat diri kita atau sebagai sifat Allah, cukup sekadar merasakan sahaja sifat ketuhanan tersebut...

Didalam latihan ini belum lagi berlaku tumpuan sebulat tumpuan kepadaNya (Allah), cuma sedang menumpukan dalam ertikata sedang menyaksikan sifat ketuhanan yang ada pada diri kita, sifat ketuhanan itu tidak disaksikan sebagai sifat diri sendiri (bukan sedang dirasai sebagai sifat diri sendiri) dan sifat ketuhanan yang sedang dirasai itu bukan juga sedang disaksikan sebagai sifat Allah - bukan sedang disangka sebagai sifat Allah)..

Semasa sedang menyaksikan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri kita dan juga bukan sedang disangka sebagai sifat Allah.

Tumpukan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang sedang disedari atau yang sedang disaksikan tersebut...

Pada masa ini apa yang sedang berlaku ialah sedang berlaku penyaksian kepada sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan...

(LAKUKAN DIDALAM KEADAAN MEMEJAMKAN MATA SAMBIL TUNGKATKAN LIDAH KELANGIT-LANGIT)..

Ini adalah Berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Setelah berlaku penyaksian kepada sifat ketuhanan yang bukan sedang disangka sebagai sifat diri kita sendiri, dan juga yang bukan sedang disangka sebagai sifat Allah..

Pada masa tumpuan sebulat tumpuan sedang berlaku keatas sifat ketuhanan yang sedang disedari pada ketika itu, sebutlah ALLAH, ALLAH, ALLAH..

Oleh kerana sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat tumpuan bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri kita dan bukan juga yang sedang disangka sebagai sifat Allah.

Sebutan Allah yang disebut itu akan menjadi sebagai pengakuan yang sedang mengakui bahawa sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat tumpuan itu adalah sifat ketuhanan Allah...

Pada ketika ini barulah akan berlaku firman Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." pada satu masa yang sama atau serentak.

Pada ketika sedang menyebut Allah ini barulah berlaku tumpuan sebulat tumpuan kepadaNya iaitu kepada Allah...

Ini adalah berdasarkan kepada hadis qudsi

"INSAN ADALAH RAHSIA AKU, AKU RAHSIA INSAN, RAHSUA ITU ADALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"

Semasa kita menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan sedang dirasai sebagai sifat diri kita dan bukan sedang disangka sebagai sifat Allah, inilah akan berlakunya pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang sedang dirasai (disalsikan) itu adalah sifat Allah..

Apabila sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat tumpuan yang bukan yang sedang dirasai sebagai sifat diri kita dan juga bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah, semasa menyebut Allah baru akan berlaku pengakuan yang sifat ketuhanan yang sedang dirasai itu adalah sifat Allah..

Sebutan Allah yang disebut itu akan tertuju kepada sifat ketuhanan yang sedang dirasai (dengan syarat sifat ketuhanan yang sedang disedari dan yang sedang dirasakan itu bukan yang sedang dianggap sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah)..

Inilah yang menyebabkan Sebutan Allah yang disebut itu akan tertuju kepada sifat ketuhanan yang sedang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan dan sebutan Allah tersebut akan bertukar menjadi sebagai pengakuan yang sifat ketuhanan yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah itu adalah sifat ketuhanan Allah..

Menyebut Allah yang sedang tertuju kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat diri kita dan juga yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah inilah secara automatik akan menjadi sebagai pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat tumpuan itu adalah sifat Allah...

Berlakulah sepertimana yang telah dihuraikan didalam hadis qudsi...

"SIFAT ALLAH BUKAN LAIN DARIPADA ALLAH"

Seseorang yang telah melakukan itu akan diberikan rasa begaimana penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang berlaku tersebut, yang sudah tentu tidak akan boleh nak dihuraikan didalam apa bentuk apa pun..

Ini adalah Rahsia diantara Insan dengan Allah

"INSAN ADALAH RASIA AKU, AKU ADALAH RAHSIA INSAN"..... RAHSIA ITU ADALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU....

Orang yang telah merasai keadaan ini tidak akan berbicara tentang rahsia ini kerana dia sendiri sudah memahami ini adalah rahsia diantara Insan yang telah melaksanakan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid dengan Allah..

Apa yang akan dibicarakan ialah tentang apa yang perlu dilakukan sendiri oleh seseorang yang hendak menuju kepada Allah...

Orang yang suka berbicara dan ingin hendak menerangkan tentang rahsia yang telah dirahsiakan oleh Allah, biasanya orang yang tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid...

Mereka hendak memperjelaskan tentang makrifatullah, yang mereka sangka boleh didapati melalui mempelajari dari sesama makhlok...

Oleh kerana mereka tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid jadi mereka berusaha untuk menerangkan apakah itu makrifat..

Sedangkan ini adalah merupakan rahsia yang telah dirahsiakan oleh Allah..

Terangkanlah macam mana pun tidak akan terjelaskan dan mereka akan merayau-rayau didalam alam fikiran mereka sendiri dan akhirnya akan memperkatakan apa yang mereka sendiri tidak melakukannya,

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 225)

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 226)

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

Tumpu sebulat tumpuan yang dilakukan diperingkat awal latihan bukanlah membawa maksud kepada "TUMPUKAN KEPADA NYA (ALLAH)"

Tumpuan ini untuk mendapatkan kemahiran melakukan kedua perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. Didalam satu masa yang sama"

Apabila sudah berlaku kedua perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.  Didalam satu masa yang sama (serentak) barulah akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah juga serentak...

Apa yang dilakukan itulah yang akan bertukar menjadi penyaksian dan pengakuan kepada Allah..

Seterusnya semasa menyebut Allah diketika sedang menumpukan kepada penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang berlaku pada satu masa yang sama (serentak) akan berlaku pula penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang merasakan penyaksian dan pengakuan kepada Allah.  Inilah keadaan dimana Allah yang mengenal Allah...

APA PULA YANG TERSIRAT DIDALAM SABDA NABI MUHAMMAD SAW

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Pejamkan mata sambil tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada ada yang sedang dirasai (jangan dirasai ada tersebut sebagai ada diri sendiri dan jangan disangka ada yang sedang dirasa itu sebagai ada Allah) cukup sekadar merasakan saja ada yang sedang dirasakan pada masa memejamkan mata..

Tongkatkan lidah kelangit-langit didalam masa yang sama sebutlah Allah

Apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw ini ialah, jika kita menyebut Allah secara lisan lidah akan bergerak.

Apabila menyebut Allah didalam keadaan lidah yang telah ditongkatkan kelangit-langit, lidah tidak lagi bergerak tetapi akan ada satu anggota lain (yang merupakan kunci nyawa) yang akan bergerak menggantikan pergerakan lidah tersebut.

Anggota ini dipanggil kunci nyawa kerana disaat terputusnya pernafasan yang terakhir anggota ini akan membentuk huruf mim simpul.

Pergerakan lidah semasa menyebut Allah menunjukkan sedang menyebut Allah secara lisan.

Pergerakan anggota yang merupakan kunci nyawa yang menggantikan pergerakan lidah apabila menyebut Allah didalam keadaan lidah ditongkatkan kelangit-langit menunjukkan sedang menyebut Allah didalam hati(yang tidak bersuara, tidak berhuruf dan tidak ada kata-kata) Hanya pergerakan anggota tersebutlah yang merupakan sedang menyebut Allah didalam hati..

Maksud Menyebut Allah didalam hati bukanlah perbuatan menyebut-nyebut Allah didalam hati seperti yang difahamkan oleh kebanyakan orang..

Jika perbuatan menyebut Allah didalam hati, ini masih bersuara didalam hati, masih lagi ada kata-kata  didalam hati, bila ada suara dan kata-kata hati bermakna masih lagi berhuruf..

Sesuatu yang berlaku didalam hati adalah merupakan yang tidak berhuruf, tiada bersuara dan tidak kata-kata..

Seperti sabda Nabi saw berkaitan dengan niat..

"AL NIYATUN BIL QOLBI, LAA HURUFIN, LAA SOWATIN, LAA KALAM" ertinya niat itu didalam hati, tiada berhuruf, tiada bersuara, tiada kata-kata...

Pergerakan anggota yang merupakan kunci nyawa semasa menyebut Allah didalam keadaan menungkatkan lidah kelangit-langit, inilah merupakan sedang menyebut Allah didalam hati yang tidak berhuruf, tidak bersuara dan tidak kata-kata....

Dengan melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah

"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." 

Dan perintah Rasulullah saw yang tersurat dan tersirat didalam sabda Rasulullah saw

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Akan berlakulah penyaksian dan pengakuan kepada ada Allah, ini adalah penyaksian dan pengakuan diperingkat Awal..

Penyaksian dan pengakuan diperingkat awal ini masih lagi ada keberadaan dan keakuan diri sendiri....

Diteruskan praktikal yang dilakukan dengan menumpukan sebulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada ada Allah yang sedang berlaku, didalam masa yang sama sebutlah Allah didalam keadaan lidah ditongkatkan kelangit-langit...

Apabila menyebut Allah didalam keadaan lidah yang ditongkatkan kelangit-langit didalam satu masa dengan sedang menumpukan kepada penyaksian dan pengakuan kepada ada Allah yang sedang berlaku, akan berlaku pula penyaksian dan pengakuan bahawa Allah yang sedang merasakan penyaksian dan pengakuan kepada ada Allah

Inilah keadaan dimana Allah yang mengenal Allah,

Apabila keadaan ini dinisbahkan kepada diri sendiri jadilah keadaan Allah yang mengenal Allah ini keadaan dimana tidak lagi merasakan keberadaan atau keakuan diri sendiri berlakulah akan firman Allah

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 96)

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"

Apabila keadaan Allah yang mengenal Allah ini dinisbahkan kepada maklok lain selain dari diri sendiri berlaku pula penyaksian dan pengakuan yang ada hanya Allah dan berlaku pula firman Allah

13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"

Jawablah: "Allah".

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian,
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

39.Surah Az-Zumar (Verse 62)

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.

Sedang melaksanakan perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Dan sabda Rasulullah saw

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Bermakna sedang berlaku firman Allah

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa'al Allah..

Ini adalah satu kenyataan dan yang sebenar-benarnya yang telah dinyatakan oleh Allah didalam firmanNya seperti diatas..

Mari sama-sama kita menyelami disebalik kehidupan seharian kita, apa sebenarnya yang kita semua sedang rasai.

Tanyalah diri sendiri, apakah semuanya ini, adakah dunia ini dan badan diri kita sendiri ada ujud sendiri atau kesemua ini adalah sedang menyatakan wujud Allah...

Jika telah mendapat pengertian bahawa semua ini adalah kenyataan yang sedang menyatakan ada Allah, lihatlah pada badan diri sendiri apa yang sedang dirasai, adakah kita sedang merasai ujud badan diri sendiri atau kita sedang merasai akan wujud Allah...

Allah telah memberitahu kepada kita melalui firman-firman nya didalam Al-Quran bahawa pada bumi dan pada diri kita terdapat tanda-tanda wujud Allah ... Yang membawa maksud dunia dan badan diri kita adalah pentajalian zat, sifat, asma' dan afa'al Allah...

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 190)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

Siapakah orang yang berakal seperti yang telah Allah terangkan didalam Al-Quran

Firman Allah

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 190)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 191)

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Ini akan dapat disedari dan dirasakan dengan melaksanakan perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Dan sabda Rasulullah saw

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

CARA 2 -  mengadakan soalan kepada diri sendiri "SIAPAKAH YANG MENJADIKAN ..... DAN TENTUKAN JAWAPANNYA " ALLAH"

Mengambil iktibar dari firman Allah

13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"

Jawablah: "Allah".

Bertanyalah lagi: "Kalau demikian,
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?

Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?

Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"

Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

BIASANYA KAEDAH INI DIGUNAKAN UNTUK MENCANTASKAN GANGGUAN YANG MENDATANG... SEPERTI FIKIRAN DAN LAIN-LAIN

KAEDAH INI JUGA BOLEH DIAMALKAN UNTUK MENGHADZIRKAN KHUSYUK DIDALAM SOLAT

KESEMUANYA HEDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG TERSEBUT DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI ALLAH ...

CARA 3 -  kembali bernafas sepertimana kita mula dilahirkan -  pernafasan asal

Tarik nafas perut kembung, lepas nafas perut kempes.

Menarik nafas maknanya sedang berlaku keadaan sedang masukan diri yang zahir kedalam diri yang batin, Masukkan diri yang batin kepada Huu zat semata-mata..

Atau dengan kata lain sedang berlaku  keadaan "Laa maujudun, Laa haiyun, Laa 'alimun, Laa khodirun, Laa muridun, Laa Basirun, Laa sami'un, Laa mutakallimun bil haqikati illallah"

Semasa masuknya nafas zikirnya berbunyi HUU, bukan disebut samada dengan lidah atau dengan hati, perbuatan menarik nafas tersebut itulah bunyi zikirnya HUU (yang tidak berhuruf tidak bersuara dan tiada kata-kata)..

Ditempat terhentinya nafas yang tidak tertarik lagi adalah merupakan tempat pertemuan diantara hamba dengan tuhannya, tempat berlaku penyerahan total sehinggalah berlaku keadaan tiada hamba, tiada tuhan lagi, yang tinggal ada HUU ZAT SEMATA-MATA... (Zikir diketika ini berbunyi AH dan AH, AH).

Tahan nafas ditempat terhentinya nafas yang terakhir sehingga tidak tertahan lagi, sebelum melepaskan nafas terlebih dahulu telan aur liur. Diketika ini zikirnya ialah HAQQEQ.

Semasa melepaskan nafas, sedang berlaku pula keadaan membawa keadaan HUU ZAT semata-mata ini keseluruhan anggota zahir (ternyatalah laa khaulawala khuwata illah) kepada badan, jadi badan tetap dengan sifat asalnya iaitu mati, ternyata lah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan itu kekal sebagai sifat Allah.

Disini Berlakulah apa yang telah difirmankan oleh Allah

34.Surah Saba' (Verse 27)

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Semasa nafas keluar ini zikirnya ialah Allah..

Begitulah seterusnya berlaku sehinggalah putusnya pernafasan yang terakhir

Semasa berlakunya pernafasan yang terakhir semasa berlakunya sakaratul maut, kunci nyawa aian membentuk huruf mim simpul dan zikirnya berbunyi HUM...

Inilah zikir yang terakhir yang menandakan seseorang yang telah melalui sakaratul mautnya didalam keadaan sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah

Sabda Rasulullah saw

‎مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ

”Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk surga”

(HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621)

Jika semasa terputusnya nafas yang terakhir kita tidak berada didalam keadaan ini (sedang menyatakan keesaan Allah) mati yang kita akan hadapi didalam keadaan syirik.... Bukan didalam keadaan (Laa ilaha illallah yang tiada suara, tiada berhuruf dan tiada kata-kata bukan menyebut perkataan Laa ilaha illallah diketika akhir hayat).

Inilah peri pentingnya kita kembali bernafas sepertimana mula kita dilahirkan.. iaitu semasa menarik nafas perut ajan kembung dan semasa keluar nafas perut kempes

2.Surah Al-Baqarah (Verse 46)

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

7.Surah Al-'A`rāf (Verse 29)

Katakanlah:
"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

BAGAIMANA NAK BERNAFAS SEPERTI MULA KITA DILAHIRKAN INI BOLEH DIPELAJARI DARI BAYI YANG DIDALAM BUAIAN

Hadis tuntut ilmu

‎اطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ

(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)

Dalam lafaz lain

‎طَلَبُ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ

(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)

76.Surah Al-'Insān (Verse 29)

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān (Verse 30)

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH .

2.Surah Al-Baqarah (Verse 198)

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),

dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu;

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

BAGAIMANA CARA HENDAK MENYEBUT ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH - IAITU DENGAN MELAKSANAKAN APA YANG TERSURAT DAN APA YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

     -  Pejamkan mata mu,
     -  Tongkat kan lidah mu ke langit2,
     -  sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Ini adalah beberapa jalan dan cara yang boleh diamal secara digabungkan...

Malah terdapat pelbagai jalan dan cara yang lain lagi...

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Jika saudara/i ada jalan dan cara yang hendak dimuzakarahkan disini dipersilakan....

16.Surah An-Naĥl (Verse 19)

Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.

•••  PESANAN PENTING •••

JANGAN KITA TERPENGARUH DENGAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DISAMPAIKAN DARI MULUT KEMULUT YANG TANPA PERLU MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD DAN TAUHID..

Kerana boleh menjerumuskan kita kekancah mengaku diri sebagai Tuhan..

Tidak ada satu makhlok pun yang boleh mengenal Allah hanya Allah yang mengenal Allah, jadi usaha kita untuk mengenal Allah itu tidak akan kesampaian kerana kITA tidak mampu kesitu..

Apa yang boleh dilakukan ialah melaksanakan dengan secara istiqomah salah satu daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid seperti yang telah Allah memperjelaskan didalam Al-Quran dan oleh Rasulullah saw didalam hadisnya..

Tunggu saja jaminan dari Allah "DAN KAMI AKAN PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS"

Yakinlah Allah tidak mungkir janji

Firman Allah berkaitan iktiqad dan tauhid

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 89)

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

SIAPAKAH YANG AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH DAN SEKALIAN MAKHLOK ?

2.Surah Al-Baqarah (Verse 159)

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

SEJAK DARI NABI ADAM SEHINGGA KEPADA NABI MUHAMMAD MEMBAWA UGAMA YANG SATU...

46.Surah Al-'Aĥqāf (Verse 9)

Katakanlah lagi: "Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata"

42.Surah Ash-Shūraá (Verse 13)

Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

42.Surah Ash-Shūraá (Verse 14)

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.

59.Surah Al-Ĥashr (Verse 14)

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

59.Surah Al-Ĥashr (Verse 15)

(Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) dengan sebab bawaan kufur mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (pada hari akhirat kelak).

59.Surah Al-Ĥashr (Verse 16)

(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"

59.Surah Al-Ĥashr (Verse 17)

Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim.

SIAPAKAH ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran

30.Surah Ar-Rūm (Verse 29)

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada  sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

6.Surah Al-'An`ām (Verse 161)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

98.Surah Al-Bayyinah (Verse 5)

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.