Pages

Memaparkan catatan dengan label Ar-Rahman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ar-Rahman. Papar semua catatan

Selasa, 2 Jun 2015

Lalu bagaimana Aku tidak mengasihi sedangkan Aku Maha Pengasih?”

Tersebut kisah seorang lelaki fasik dari Bani Israil. Penduduk di kampung tempat tinggal lelaki itu tidak mampu lagi membendung kefasikannya lalu mereka berdoa kepada Allah. Tidak lama kemudian Nabi Musa menerima wahyu dari Allah tentang adanya seorang pemuda fasik di kalangan Bani Isaril. 

Lalu Nabi Musa pun mengusir pemuda tersebut dari kampungnya. Maka selamatlah mereka dari bahang api kefasikannya setelah pemuda tersebut meninggalkan kampung asalnya menuju ke sebuah kampung yang jauh dari situ.

Kemudian Allah swt perintahkan sekali lagi Nabi Musa as mengusir pemuda tersebut dari kampung yang baru sahaja didatanginya itu. Maka keluarlah pemuda tersebut dari kampung yang baru sahaja dikenalinya menuju ke suatu kawasan yang tidak terdapat manusia, tanaman, binatang liar dan burung sekali pun. Setelah tinggal di situ, lelaki tersebut pun jatuh sakit. Sedang di situ tidak ada siapa pun yang ada untuk menolongnya.

Setelah berat sakitnya, dia pun merebahkan badan ke atas tanah dan meletakkan kepalanya seraya berkata, “Kalaulah kepalaku ini dipangku oleh ibuku, tentulah dia kasihan terhadapku dan menangis mengenangkan keadaanku. Kalaulah ayahku ada di sini pastilah dia akan menolong dan merawatku. 

Kalaulah sekiranya isteri dan anak-anakku berada di sisiku saat ini, tentu sahaja mereka akan bersedih dan menangis dengan kematianku dan akan mengiringi jenazahku sambil berdoa; “ Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah ayahku ini yang lemah, yang fasik, yang derhaka dan terusir dari kota ke kampung, dari kampung ke tanah yang tandus lagi gersang. Dia keluar dari dunia ke Akhirat tanpa harapan suatu apa pun”.

Lelaki itu seterusnya mengadu kepada Allah, “Ya Allah! Engkau telah pisahkan aku dari orang tuaku, isteri dan anak-anakku. Namun wahai Tuhan! Janganlah aku terpisah daripada rahmat-Mu. Sesungguhnya Engkau telah membakar hatiku dikeranakan perpisahan dengan mereka. Namun janganlah pula Engkau bakar hati ini dengan neraka-Mu kerana kemaksiatanku.”

Kemudian Allah mengutuskan bidadari menjelma sebagai ibunya dan yang lain menyerupai isterinya pula. Begitu juga wildan menjelma sebagai anak-anaknya. Manakala Allah utuskan malaikat seolah-olah sebagai ayahnya. Mereka duduk di sisinya dan mengasihi sambil menenangkan perasaannya. Lalu lelaki itu berkata,”Sesungguhnya ini ibubapa, isteri dan anak-anakmu telah hadir di sisimu”. Terhibur dan senanglah hati lelaki tersebut lalu pada saat itulah rohnya keluar dan pulang mengadap Allah dalam keadaan suci dan terampun dari segala dosanya.
Alangkah terkejutnya baginda bila melihat jenazah itu adalah lelaki yang diusirnya dari kampung dengan perintah Allah juga! Lantas Nabi Musa pun bertanya, “Ya Tuhanku, bukankah ini pemuda yang aku usirkan dari kota dan dari sebuah kampung atas perintah-Mu?” 
Allah berfirman,”Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah merahmati dan mengampuninya kerana ratapan lelaki tersebut atas dosa-dosanya. Dia tinggalkan kampung halamannya, orang tuanya bahkan isteri dan anak-anaknya. Maka Aku utuskan malaikat dan bidadari menjelma sebagai ayah, ibu, isteri dan anak-anaknya. Mereka mengasihi kepedihan dan pengasingannya. Sesungguhnya jika orang meninggal di tempat jauh, maka ahli bumi dan ahli langit akan menangis mengasihinya. Lalu bagaimana Aku tidak mengasihi sedangkan Aku Maha Pengasih?”

(Imam Al Ghazali dalam Mukasyafatul Qulub)

Selasa, 6 Mei 2014

Inilah pertembungan 2 laut iaitu laut air tawar dan air masin



Inilah pertembungan 2 laut iaitu laut air tawar dan air masin. Pada 1400 tahun yang lalu, sebelum manusia menemui perkara ini, Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:

مَرَ‌جَ الْبَحْرَ‌يْنِ يَلْتَقِيَانِ ﴿١٩﴾ بَيْنَهُمَا بَرْ‌زَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ ﴿٢٠
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَ‌بِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢١

Maksudnya: Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? -Surah Ar-Rahman ayat 19-21

Allah yang telah berfirman mengenai perkara di atas, adalah merupakan Allah (Tuhan) yang sama membicarakan mengenai hukum jenayah dan Hudud dalam al-Quran. Jika Allah telah membuktikan apa yang didakwa oleh-Nya mengenai terdapatnya fenomena pertembungan antara 2 laut tawar dan masin adalah benar sejak 1400 tahun yang lalu, mengapa kita tidak boleh mengakui kebenaran hukum jenayah dan hudud sedangkan ianya datang daripada Allah (Tuhan) yang sama?

Allah tetap Allah yang mempunyai segala sifat yang wajib baginya

Allah tetap Allah yang mempunyai segala sifat yang wajib baginya, Makhlok tetap makhlok yang mempunyai segala sifat yang mustahil bagi Allah


Bersalahan Allah dengan segala makhloknya ialah Allah bersifat dengan segala sifat yang wajib bagi Allah (contoh Ada, hidup, tahu, kuasa, kehendak, melihat, mendengar dan berkata-kata dll) manakala makhlok pula bersifat dengan sifat yang mustahil bagi Allah seperti tiada, mati, bodoh, lemah, benci, buta, tuli dan bisu dll).......



Dengan pentajalian segala zat, sifat, asma' dan afa'al Allah meliputi badan diri manusia dan meliputi sekalian alam, menyebabkan badan diri manusia dan sekalian alam telah binasa, kerana yang nyata terlihat dan terasa ialah kenyataan zat, sifat, asma' dan afa'al Allah.. Bukanlah zat, sifat, asma' dan afa'al makhlok sendiri...



Firman Allah:-



51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ



Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,



51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ



Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?




32.Surah As-Sajdah (Verse 9)
ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ



Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: rohNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.




40.Surah Ghāfir (Verse 13)
هُوَ الَّذِي يُرِيكُمْ آيَاتِهِ وَيُنَزِّلُ لَكُم مِّنَ السَّمَاءِ رِزْقًاۚ وَمَا يَتَذَكَّرُ إِلَّا مَن يُنِيبُ



Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).




40.Surah Ghāfir (Verse 14)
فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ



Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).



Pandanglah Allah yang Ada maka binasalah diri dan Alam keseluruhannya..



Yang menjadi masaalahnya kita masih bersangka-sangka yang tanda-tanda dan ayat-ayat yang Allah sedang menerangkan akan kewujudan dan kekuasaannya sebagai ujud diri dan ujud selain dari Allah.... Kita sering menyangka Ada Allah yang meliputi badan diri kita dan selain dari Allah sebagai ada badan diri sendiri dan ada selain dari Allah..



Sangkaan inilah yang membuatkan kita tidak terpandang kepada Allah yang awal, Allah yang akhir, Allah yang zahir, Allah yang batin. Seperti firman Allah 57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ



Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.



30.Surah Ar-Rūm (Verse 29)
بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍۖ فَمَن يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ



Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.



45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 23)
أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ



Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?



42.Surah Ash-Shūraá (Verse 15)
فَلِذَٰلِكَ فَادْعُۖ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْۖ وَقُلْ آمَنتُ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِن كِتَابٍۖ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُۖ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَاۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ



Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".



28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ



Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan).



55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 26)
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ



Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:



55.Surah Ar-Raĥmān (Verse 27)
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ



Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:



6.Surah Al-'An`ām (Verse 101)
بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُن لَّهُ صَاحِبَةٌۖ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ



(Dia lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.



6.Surah Al-'An`ām (Verse 102)
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ



Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.



6.Surah Al-'An`ām (Verse 103)
لَّا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ



Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.



6.Surah Al-'An`ām (Verse 104)
قَدْ جَاءَكُم بَصَائِرُ مِن رَّبِّكُمْۖ فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِۖ وَمَنْ عَمِيَ فَعَلَيْهَاۚ وَمَا أَنَا عَلَيْكُم بِحَفِيظٍ



(Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".



6.Surah Al-'An`ām (Verse 105)
وَكَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ وَلِيَقُولُوا دَرَسْتَ وَلِنُبَيِّنَهُ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ



Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka) dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: "Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) ", dan supaya kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui.



6.Surah Al-'An`ām (Verse 106)
اتَّبِعْ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ



Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.



6.Surah Al-'An`ām (Verse 107)
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكُواۗ وَمَا جَعَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًاۖ وَمَا أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ



Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya; dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata).



6.Surah Al-'An`ām (Verse 108)
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ



Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.