Pages

Memaparkan catatan dengan label Kaabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kaabah. Papar semua catatan

Selasa, 28 Mac 2017

Kisah Pengalaman Arwah Dr. Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Kisah Pengalaman Arwah Dr. Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah Taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah.

Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram. Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP.

Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai.

Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan. Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam.

Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah. Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah.

Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah.

Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh.

Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58) Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi.

Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.

Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Isnin, 27 Februari 2017

Kenapa Orang Islam SEMBAH Kaabah?

Kenapa Orang Islam SEMBAH Kaabah?

Kaabah Kan Batu jer" Dr Zakir Naik TENANG Menjawab Soalan ini sehingga PEMUDA ini TERDUDUK. Memang Sangat Hebat Jawapan. Orang Islam KONGSI BIAR RAKAN NON MUSLIM KITA DAPAT HIDAYAH

Dr.Zakir Naik adalah nama yang tidak asing lagi di seluruh dunia. Beliau terkenal sebagai seorang pakar dalam bidang perbandingan agama diperingkat antarabangsa.

Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang sangat mantap dan berkesan, menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti kita Bible, kitab Veda, kitab Bhagwad Geeta, kitab Upandishads dan banyak lagi.

Kembara dakwahnya juga ternyata berkesan dan efektif apabila forum ceramah beliau sentiasa menarik minat ribuan hadirin dari pelbagai latar belakang agama.

Dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India beliau juga terkenal dengan kebolehannya mematahkan hujah pihak lawan serta memberikan jawapan yang menyakinkan terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan secara sepontan.

Menjelang tahun 2002, beliau sudahpun memberikan lebih daripada 1000 ceramah di peringkat antarabangsa seperti di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand, Guyana (Amerika Selatan) dan banyak lagi termasuklah ceramah ditempat asal beliau sendiri; India.

Di dalam setiap ceramahnya sudah pasti banyak persoalan-persoalan diajukan kepadanya. Apa yang menarik kali ini penulis ingin berkongsikan dengan pembaca semua mengenai persoalan “Mengapa Umat Islam mengelilingi Ka’bah? Mari kita lihat jawapan dari Dr.Zakir Naik ini.

Dalam sebuah forum terbuka yang dihadiri oleh ribuan orang dan disiarkan di Peace TV, seorang lelaki bertanya kepada Dr Zakir Naik, mengapa umat Islam mengelilingi ka’bah ketika haji dan umrah. Apakah ada alasan ilmiah dan logik disebaliknya?

Saya ingin mengetahui tentang Ka’bah. Maksud saya, apa penjelasan secara kajian keilmuan dan logik pentingnya Ka’bah? Dan mengapa umat Islam mengelilingi Ka’bah?”

Jawapan Dr. Zakir Naik Mengapa Muslim Mengelilingi Kabah
Saudara ini bertanya dengan bagus.

Apa pentingnya Ka’bah menurut kajian keilmuan dan logik? Dan mengapa umat Islam mengelili Ka’bah?

Ramai orang bukan Islam beranggapan bahawa umat Islam menyembah Ka’bah. Saya akan memberikan jawapan saya dan nanti saya akan memberikan jawapan secara ilmiah.

Saya akan satukan bersama. Menjawab soalan saudara dan menjawab orang bukan Islam lainnya atas kesalahfahaman ini.

Ka’bah adalah kiblat, sebagaimana firman Allah dalam Al Qur’an:
وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ

“Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arah Ka’bah” (QS. Al Baqarah: 144)

Dalam bahasa Arab, kiblat. Jadi Ka’bah hanya sebagai arah. Sebagai contoh, misalnya sekarang kita sembahyang, beberapa orang menghadap selatan, ada yang menghadap utara, ada yang ke timur, ada yang ke barat. Ke arah mana yang kamu ikut? Jadi demi persatuan, kami menghadap pada satu arah Ka’bah.

Jadi Ka’bah adalah kiblat kami. Tidak ada seorang muslim pun yang pernah menyembah Ka’bah.

Dan ketika peta geografi dunia pertama kali adalah muslim yang membuat itu pertama kali. Al Idrisi pada tahun 1154 yang membuat peta dunia, bahkan muslim yang membuat peta dunia itu, kutub selatan ada di atas dan kutub utara ada di bawah dan Ka’bah berada di tengah-tengah.

Kemudian orang Barat meluncurkan kartografi (pembuatan peta) dan mengubah kutub utara ke atas dan kutub selatan ke bawah, bahkan Ka’bah masih tetap berada di tengah-tengah.

Jadi di bahagian mana pun kamu berada di dunia, jika kamu berada di utara menghadap ke selatan, jika kamu berada di timur menghadap ke barat, jika kamu berada di barat menghadap ke timur, jika kamu di selatan menghadap ke utara.

Semua muslim di dunia menghadap pada satu arah iaitu Ka’bah dan Ka’bah adalah kiblat.

Sekarang, ketika kamu pergi umrah, ketika pergi haji, kita melakukan tawaf mengelilingi Ka’bah. Kita berjalan mengelilingi ka’bah.

Kenapa kami berjalan mengelilingi Ka’bah? Pada dasarnya adalah kerana Tuhan Pencipta. Dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu.
Kamu bertanya, apa alasan logiknya?

Ini tidak disebutkan dalam Quran dan hadis. Jika aku adalah orang yang berakal mahu berfikir, kenapa kami berjalan mengelilinginya?

Alasan yang boleh aku fikirkan adalah setiap lingkaran hanya punya satu titik tengah. Kita berjalan mengelilingi Ka’bah adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.

Kerana lingkaran hanya punya satu titik tengah tidak akan ada dua titik tengah. Jika kita berjalan mengelilingi Ka’bah adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.

Dan pernyataan Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu ketika mencium Hajar Aswad yang ada di Ka’bah, “Hajar aswad ini hanyalah batu yang tidak bisa memberikan kebaikan dan keburukan.

Aku menciumnya kerana melihat Nabi menciumnya.” Jadi tidak ada muslim yang menyembah Ka’bah.

Bahkan di zaman Nabi, ada sahabat yang melantunkan azan di atas Ka’bah. Tidak ada orang yang menyembah sesuatu lalu berani berdiri di atasnya.

Jadi Ka’bah adalah kiblat, hanya arah. Bukan disembah

Isnin, 29 September 2014

Batu neraka : Batu Dari Burung Ababil Berusia 1,442 tahun


Seorang lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘batu neraka' telah di tawarkan 4 juta USD atau dalam RM12 juta. Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.


Bagaimana batu itu ditemui..?

Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik. Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.







Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4 Juta USD (RM12 Juta) untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai keunikan di mana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.


Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.

Jumaat, 23 Mei 2014

KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM

KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM

Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain
hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya
Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya
Rumah Allah.
Kafir: Allah ada dalam tu?
Muslim: Tak..
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau
Allah tak ada dalam tu?
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan
tu...
Kafir: Kau sembah apa?
Muslim: Aku sembah Allah SWT.
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah
tetapi aku tak sembah Kaabah.
Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah,
maknanya kau sembah Kaabah la.
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam
TV?
Kafir: Pernah.. selalu...
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan
bola?
Kafir: Tengok perlawanan bola la.
Muslim: Di mana?
Kafir: Dalam TV la...
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya
ada stadium dan perlawanan bola ke tak.
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan
gambarnya ada...
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak
gambar perlawanan bola dalam tu.."
Kafir: Jadi...?
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan
perlawanan bola.. betul tak?
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la
melaui TV tu...
Muslim: Peliknya...
Kafir: Sebab apa pulak pelik?
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan
bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada
apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar,
tapi TV tu menayangkan gambar-gambar
perlawanan bola dalamnya...
Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?
Kafir: Ya.. tak pelik
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah
Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun
dalam Kaabah tak ada Allah...
Kafir: Erk.. kau betul..
Semoga beroleh kefahaman dan manfaat.

PLEASE "SHARE"
# wajib sebar !
# LindungAgamaKita
# ape susah copy paste je
Bace pelan-pelan :
" Ya Allah , Aku cinta dan memerlukan Engkau, bersihkanlah hatiku dengan KUASAMu, Lindungilah Rumahku, keluargaku & orang2 tercinta, Dan juga negara islam yang sedang diserang .. " 
semoga amalan diterimaNya...

Selasa, 20 Mei 2014

Dimanakah Yang Dikatakan Rumah Allah?

Dimanakah Yang Dikatakan Rumah Allah?


Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Tujuan besar kita menunaikan fardhu haji, adalah bertujuan untuk sampai kerumah Allah (Baitullah).
Tujuan besar kita menghadapkan hati kita kepada Kiblat, adalah bertujuan supaya tertuju kepada rumah Allah (Baitullah).
Barang siapa yang berjaya sampai kerumah Allah, akan bersih dosanya, suci putih hatinya dan terampun dosanya menjadi seperti bayi yang baru lahir.
Sayangnya tahukah kita dimana Rumah Allah?. Apakah rumah Allah itu diperbuat dari batu?. Apakah rumah Allah pernah terbakar?.. Apakah batu Hajaratul Aswat dirumah Allah itu pernah dicuri berpuloh tahun oleh tentera Rom?. 
Apakah rumah Allah pernah dilanda banjir. Apakah rumah Allah itu pernah runtuh. Apakah rumah Allah itu, harus ada kelambu. Orang buat rumah, mereka mendiami rumahnya, apakah Allah membuat rumah tidak didiamiNya?.
Ya Allah ya Tuhan ku, apakah ertinya semua ini?. Tidak pandaikah Engkau menjaga rumah Mu sendiri, ya Allah?. Sehingga mengharap makhluk manusia yang menjaganya?. Manusia buat rumah tetapi pandai menjaganya sendiri, apakah Engkau yang Maha Berkuasa, tidak tahu dan tidak ppandai menjaga rumah Mu ya Allah?.
Perkara-perkara ini atau elemen-elemen ini semua, adalah menjadi satu bahan bukti kepada ita yang mahu berfikir, dimanakah sebenarnya rumah Mu ya Allah?.
Ada pula terdapat dalam ayat suci Al-Quraan yang mengatakan bahawa ” Qalbu Mukmin Baitullah”. Qalbu mukminlah sebenar-benar rumah Mu. Yang mana satukah rumah mu yang sebenar ya Allah?…………………………..
Jika iapun qalbu mukmin itu sebenar-benar rumah Mu, dimanakah qalbu?. Setahu kita, qalbu itu bukan berada didalam dada dan tidak juga berada diluar dada?. Dimanakah qalbu dan dimanakah rumah Allah?……………………………..
Mari kita sama-sama mencarinya. Saya ingin tahu jawapan dari tuan-tuan, selaku peminat ilmu makrifat Tok Kenali!