Pages

Memaparkan catatan dengan label Malaikat Jibril. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaikat Jibril. Papar semua catatan

Isnin, 26 Disember 2016

Jibril datang kepada Rasulullah saw.

Daripada Umar radiyallahu anhu, beliau berkata... Ketika kami sedang duduk disisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada suatu hari...

Tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yg  sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalinya sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.....

Lalu ia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam... lantas ia berkata:
Wahai Muhammad....
Khabarkan kepadaku tentang Islam.

Lalu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab.....
Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah dan kamu mendirikan sembahyang dan kamu mengeluarkan zakat dan kamu berpuasa dibulan Ramadhan dan kamu mengerjakan haji di Baitullah jika kamu berkemampuan pergi kepadanya.....

Lelaki itu berkata: Benarlah kamu.

Maka kami pun merasa hairan terhadapnya kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.

Lelaki itu bertanya lagi...
Maka khabarkan kepadaku tentang iman.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
Bahawa kamu beriman kepda ALLAH, para malaikatNya, kitab-kitabNya,... rasul-rasulNya,....hari Qiamat dan kamu beriman kepada kadar baik dan burukNya....

Lelaki itu berkata: Benarlah kamu.

Lelaki itu bertanya lagi:
Maka khabarkan kepadaku darihal Ihsan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab.....
Ihsan ialah bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya tetapi jika kamu tidak melihatNya dan maka sesungguhnya Dia melihat kamu.....

Lelaki itu bertanya lagi:
Maka khabarkan kepadaku dari hal hari kiamat.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Tidaklah  yang bertanya itu lebih tahu daripada yang ditanya.

Lelaki itu berkata lagi:
Maka khabarkan kepadaku mengenai tanda-tandanya.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab..
Tanda-tandanya itu adalah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut tidak berpakaian miskin dan  penggembala kambing menegakkan dan  mendirikan binaan.

Kemudian dia pergi..... lalu aku terdiam beberapa lama.

Setelah itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya:
Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu?

Aku menjawab:
Allah dan RasulNya yg lebih mengetahui.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata:
Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu.

(Hadith ini dirawayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab al-Iman. Hadith nombor 8 )

Khamis, 15 September 2016

APA YANG ENGKAU SUKA PADA DUNIA INI

Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka. bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra

"aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1.duduk duduk bersama Rasulullah saw.
2.melihat wajah mu ya Rasulullah saw.
3.aku korbankan harta ku untuk mu ya Rasulullah saw "

lalu Rasulullah saw bertanya dengan Saidina Umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya Umar?"

jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:

1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
3.berkata yg benar walaupun pahit"

"dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?"

berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:

1.memberi makan
2.memberi salam
3.bersolat malam di waktu manusia tidur"

"bagaimana pula dengan kamu wahai Ali ra ?"

"aku juga cintakan 3 perkara:

1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang"

kemudian bertanya Rasulullah saw pada Abu Dzar. ra

"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:

1.lapar
2.sakit
3.mati"

kemudian Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"

berkata saidina Abu Dzar ra,

"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.

aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.

aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"

Kemudian bersabdalah Rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.wangian
2.wanita yang solehah
3.solat menjadi penyejuk mata ku"

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.

Kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :

1.menyampaikan risalah
2.menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin"

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian"

AllahuAkbar...

Semuga bermanafaat...