Pages

Memaparkan catatan dengan label Rasullah saw. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasullah saw. Papar semua catatan

Jumaat, 14 April 2017

BETAPA HEBATNYA CINTA RASULULLAH ﷺ TERHADAP UMATNYA

*BETAPA HEBATNYA CINTA RASULULLAH ﷺ TERHADAP UMATNYA *

*Rasulullah menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yang ke-7. Siapakah mereka? Ikuti pembacaan hadis dibawah.

Suatu hari Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yg tidak seperti biasa. Raut wajah tidak seperti biasa. Nampak berbeza.

Rasulullah SAW  bertanya:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka (wajah)?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad, aku datang kpdmu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar,  untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman drpdnya".

Lalu Rasullulah saw bersabda:
"Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam".

Jawab Jibril: "Ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun lagi sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah, seandainya  terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar semua penduduk dunia kerana panasnya. Demi Allah, andainya satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7.

Demi Allah, andainya  seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yg di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah dan pakaiannya adalah potongan api.

Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antara pintu sejauh 70 tahun dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain".
Dinyatakan dalam 1 Hadis Qudsi: "Bagaimana kamu masih bisa melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-KU. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKU itu  mempunyai 7 tingkat.

Setiap tingkat mempunyai 70000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70000 batang pokok zaqqum.

Di bawah setiap pokok zaqqum mempunyai 70000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandung lautan racun yg hitam pekat. Dan di bawah setiap pokok zaqqum terdapat 70000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70000 malaikat".

"Api yg ada sekarang ini, yg digunakan bani Adam untuk membakar, hanyalah 1/70 dari api neraka jahannam"
-HR. Bukhari-Muslim.

ALLAH berfirman dalam beberapa ayat berikut.

"Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yg jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya".- QS. Al-Furqan: 11.

"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yg mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah". -QS. Al-Mulk: 7.

Air di jahannam adalah Hamim (air panas yg menggelegak), anginnya adalah Samum (angin yg amat panas), sedang naungannya adalah Yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yg sangat panas). - QS. Al-Waqi'ah: 41-44.

Nabi Muhammad SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu per satu mengenai pintu-pintu neraka tersebut.

"Pintu pertama dinamakan Hawiyah (jurang), yg diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir.

Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yg diperuntukkan bagi kaum musyrikin.

Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yg diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api.

Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya.

Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi.

Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (api yg menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir.

Rasulullah bertanya: "Bagaimana dgn pintu ke 7 ?"

Sejenak malaikat Jibril seperti ragu ragu untuk menyampaikan siapa yg akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan ...

"Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yg berdosa besar dan meninggal sebelum bertaubat."

Mendengar penjelasan itu,  Rasulullah terkejut lalu  pengsan. Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan rasa sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."

Nabi Muhammad SAW lalu menangis. Jibril pun ikut menangis. Kemudian Nabi langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sholat.

Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapapun selama beberapa hari dan ketika sholat beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan.

Jom kita taubat sebelum terlewat dgn taubatan nasuha. Ya Allah, mohon ampun atas segala dosa. Janganlah sampai kita meninggal sebelum bertaubat.

Banyakkan selawat kpd  Nabi Muhammad SAW agar kita mendapatkan syafa'at beliau di akhirat nanti.

Wahai sahabat & saudara2ku, jika selama ini saya salah dan khilaf.

Ana uhibbukum fillah... Semoga kita saling memanggil untuk masuk ke syurga nanti. Jangan sampai ada yg tertinggal di neraka.

Jika kalian tidak menemuiku di Jannah, maka tolong cari dan kabarkan kpd Allah keluarkan daku dari neraka. ..Naudzubillahi min dzalik...

Wallahu'alam

Isnin, 9 Januari 2017

KENALI KEKASIHMU

KENALI KEKASIHMU

Akhlak Nabi Muhammad saw
(Rujuk Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyed Muhammad bin Alawi Al Maliki)

1. Baginda selalu diam

2. Berbicara ketika perlu

3. Perbicaraannya fasih,
ringkas tetapi padat

4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang

5. Hatinya selalu sedih (iginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt)

6. Selalu menundukkan
pandangan kerana tawaddu
'
7. Berfikir terus menerus

8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

11. Marah bukan kerana nafsu

12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya

13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka

14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata

15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas

16. Tidak pernah berteriak2 di pasar.

17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada

18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan Allah swt

19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat

20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir

22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak2 , lebih2 lagi mencela orang lain.

24. Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.

25. Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

26. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah2 ada burung melintas di atas kepala mereka.

29. Sesiapa yang melihat  Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

30. Sesiapa yang selalu bergaul dan telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

31. Baginda pasti memberi tempat kpd orang yang ingin duduk dan tidak membezakan dikalangan mereka.

32. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

33. Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa shj tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

34. Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu dan sabar serta amanah.

35. Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda.

36. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan orang asing.

37. Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong,  Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.

38. Paling berlapang dada.

39. Paling tepat dalam berbicara.

40. Paling halus keperibadiannya.

41. Paling ramah dan beradab dalam pergaulan dan muamalahnya.

(Ruj. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Isnin, 26 Disember 2016

Jibril datang kepada Rasulullah saw.

Daripada Umar radiyallahu anhu, beliau berkata... Ketika kami sedang duduk disisi Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada suatu hari...

Tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yg  sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalinya sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.....

Lalu ia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan meletakkan dua tapak tangannya di atas dua paha Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam... lantas ia berkata:
Wahai Muhammad....
Khabarkan kepadaku tentang Islam.

Lalu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab.....
Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah dan kamu mendirikan sembahyang dan kamu mengeluarkan zakat dan kamu berpuasa dibulan Ramadhan dan kamu mengerjakan haji di Baitullah jika kamu berkemampuan pergi kepadanya.....

Lelaki itu berkata: Benarlah kamu.

Maka kami pun merasa hairan terhadapnya kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.

Lelaki itu bertanya lagi...
Maka khabarkan kepadaku tentang iman.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
Bahawa kamu beriman kepda ALLAH, para malaikatNya, kitab-kitabNya,... rasul-rasulNya,....hari Qiamat dan kamu beriman kepada kadar baik dan burukNya....

Lelaki itu berkata: Benarlah kamu.

Lelaki itu bertanya lagi:
Maka khabarkan kepadaku darihal Ihsan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab.....
Ihsan ialah bahawa kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya tetapi jika kamu tidak melihatNya dan maka sesungguhnya Dia melihat kamu.....

Lelaki itu bertanya lagi:
Maka khabarkan kepadaku dari hal hari kiamat.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: Tidaklah  yang bertanya itu lebih tahu daripada yang ditanya.

Lelaki itu berkata lagi:
Maka khabarkan kepadaku mengenai tanda-tandanya.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab..
Tanda-tandanya itu adalah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan kamu melihat orang-orang yang tidak berkasut tidak berpakaian miskin dan  penggembala kambing menegakkan dan  mendirikan binaan.

Kemudian dia pergi..... lalu aku terdiam beberapa lama.

Setelah itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya:
Wahai Umar, tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu?

Aku menjawab:
Allah dan RasulNya yg lebih mengetahui.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata:
Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu.

(Hadith ini dirawayatkan oleh Imam Muslim di awal kitab al-Iman. Hadith nombor 8 )

Isnin, 7 September 2015

Prinsip Rahmat.

Prinsip Rahmat.   

: Hendaklah seseorang menyematkan didalam lubuk hatinya perasaan kasih terhadap semua kaum Muslimin sama ada yg besar atau kecil. Hak-hak sesama Islam perlulah ditunaikan dengan memuliakan dan menghormati mereka.       

Apabila prinsip ini telah bersemadi di dalam diri seseorang dan ia berpegang teguh dengannya, maka Allah melimpahkan ke seluruh jasadnya akan cahaya rahmat IIahi dan ia dapat merasakan kemanisannya.

Ini bererti, ia telah mendapat sebahagian besar dari pusaka peninggalan Rasulullah SAW iaitu rahmatnya sebagaimana Allah Taala berfirman : surah Al Anbiya: 107. " Dan tidaklah kami mengutuskan kamu ( wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekelian alam".      

Ini jugalah maksud sabda Rasulullah SAW: " Sesungguhnya Allah mempunyai tiga kehormatan, sesiapa yg menjaganya nescaya Allah menjaga urusan agama dan dunianya. Sesiapa yg tidak menjaganya, nescaya Allah tidak memberikan apa-apa kemudahan untuknya: Iaitu kehormatan Islam, kehormatanku ( Rasulullah) dan kehormatan keluargaku".