Pages

Memaparkan catatan dengan label inflasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label inflasi. Papar semua catatan

Rabu, 2 November 2016

Rahsia rezeki

Rahsia rezeki

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata,
‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami." (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu.

Lalu apa jawab Rasulullah?
Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.”
(Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.”
(Al-Ra’d: 26)

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.”
(As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan.

Ini seperti mana sabda Nabi SAW,
“Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.”
(Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

JANGAN RISAU ...
Allah S.W.T yg beri rezeki kepada semua makhluk...

Sabar dan redho dengan Qada dan Qadar daripada Allah... Ketetapan Allah Taala telah tersurat sejak azali lagi di Luh Mahfuz...

Sebagai hambanya  kita terima sebagai rukun iman yang ke enam... Beriman dengan Qada dan Qadar.

Wallahuaklam...

KENAPA DAN SEBAB APA HARGA BARANG NAIK???


*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*سلامة فاكـٓي*

KENAPA DAN SEBAB APA HARGA BARANG NAIK???

INI JAWAPANNYA!!!

Telah berlaku kenaikan harga yang melampau di India pada tahun 1960-an.

Syekh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi (Rahmatullah 'alaih) adalah seorang da'i, pengarang kitab Hayatussahabah dan terkenal dengan zuhud dan waraknya.

Orang ramai telah bertemu beliau dan mengadu tentang kenaikan harga dan kemahalan yang merosakkan (keharmonian hidup) maka mereka berkata kepadanya "adakah perlu kita melakukan revolusi menentang kerajaan dan buat demonstrasi?"

Syekh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi telah berkata kepada mereka "demonstrasi adalah cara orang-orang batil (tidak berada di atas jalan yang benar). Manusia dan barang-barang di sisi Allah seperti dua belah neraca penimbang, sekiranya naik tinggi nilai manusia di sisi Allah dengan iman dan amal soleh maka berkuranglah nilai barang."

"Apabila kurang harga manusia di sisi Allah disebabkan dosa-dosa dan maksiat maka naiklah nilai barang dan bertambahlah harga lalu tersebarlah kemahalan."

"Justeru, hendaklah kamu melaksanakan usaha atas iman dan amal soleh hingga terangkat tinggi nilai kamu di sisi Allah dan berkurangan harga-harga barang."

"Janganlah kamu menakutkan manusia dengan kefakiran kerana ini adalah kerja syaitan maka janganlah kamu jadi dari kalangan tenteranya dalam keadaan kamu tidak sedar (akan kesalahan tersebut)."

"Demi Allah jika ada rezeki untuk seorang hamba dalam batu besar yg licin di dasar laut sekalipun pasti akan terbelah batu tersebut supaya disampaikan rezeki tersebut kepadanya. Kemahalan tidak boleh menyekat engkau dari rezeki yg Allah bawa kepada engkau."

"Zat yang telah membuka mulutmu tidak akan melupakanmu."

Firman Allah SWT dalam surah Al-Al-A'raf bermaksud
"dan jika penduduk negeri beriman dan bertaqwa pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka "keberkatan dari langit dan bumi".

"Dengan iman dan taqwa akan datang kebahagian masyarakat manusia dan akan tersebar kepada mereka nikmat dan kesenangan yang melimpah ruah."

Buat renungan kita bersama
Semoga dipermudahkan Allah Taala jua