Pages

Memaparkan catatan dengan label amal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amal. Papar semua catatan

Isnin, 21 Mei 2018

Bersandar kepada amal-amalnya adalah kurangnya rasa harap

“Diantara tanda-tanda orang yang senantiasa bersandar kepada amal-amalnya adalah kurangnya rasa harap (kepada rahmat Allah).”

Syekh Fadhlala Haeri memberikan syarah (ulasan) sbb:

Jika kita berasumsi bahwa sumber kekuatan di balik usaha-usaha adalah diri kita sendiri, kita akan kecewa kala hasilnya tidak sesuai dengan harapan-harapan kita.

Tetapi, kalau kita benar-benar berserah diri kepada Allah SWT, maka kita akan menyaksikan satunya asal dan penyebab di balik ikhtiar, peranan pribadi kita dalam melaksanakannya, dan juga hasilnya.

Kegagalan kemudian hanya akan kita anggap sebagai peringatan untuk memperkuat kesadaran kita akan Kehendak, Rahmat, dan Ke-Pemurahan Allah SWT.

Di mata para shalihin, syuhada’, shidiqqin, serta para Nabi as. terdapat kesatuan total dalam ikhtiar dan hasil.

Rabu, 25 April 2018

Ilmu tanpa amal dan amalan tanpa ilmu

25 Wasiat Imam Ghazali
(Wasiat 8)

Ilmu tanpa amal dan amalan tanpa ilmu

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.

Di samping itu, ilmu yang ada juga masih belum mampu mendorong kita untuk taat kepada Allah s.w.t. Ini kerana beramal dan taat kepada Allah itu datangnya daripada kesedaran diri bahawa ia akan menghadapi maut suatu hari nanti.

Seseorang itu juga tidak mampu menjauhkan dirinya daripada api neraka hanya dengan bergantung kepada pencapaian hidup dan ilmunya semata-mata.

Ia hendaklah diikuti dengan amalan yang didasari dengan ilmu yang telah dipelajarinya.

Apabila kita tidak beramal dengan ilmu yang ada pada diri kita, kita sudah tentu tidak dapat melepasi perhitungan Allah pada Hari Akhirat kelak.

Janganlah sampai kita menjadi orang yang menyesal dan meminta dikembalikan semula ke dunia, suatu perkara yang tidak mungkin terjadi.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah As-Sajdah ayat 12 yang bermaksud :

Wahai Tuhan kami, kami telah melihat kebenaran di hadapan mata kami, kami telah mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan perkara yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan perkara yang baik-baik. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin.

Maka pergunakanlah masa di dunia ini sebaik- baiknya dengan menuntut ilmu dan beramal dengannya, dan jauhilah sikap hanya berbangga- bangga dengan amalan sedangkan ilmunya tiada.

- Dengan kerjasama Telaga Biru Sdn Bhd

Selasa, 23 Januari 2018

Apa yg membuatkan Allah reda?

Jangan berbangga dgn solat, puasa dan zikir yg banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan Allah reda.

Justeru, apa yg membuatkan Allah reda?

Nabi Musa AS, "Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yg membuatkan Engkau reda?"

Allah SWT, "Solat? Solatmu itu utk dirimu sendiri, kerana dgn mengerjakan solat, engkau terpelihara drp perbuatan keji dan munkar."

"Zikir? Zikirmu itu hanya utk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang."

"Puasa? Puasamu itu utk dirimu sendiri, melatih dirimu utk memerangi hawa nafsumu sendiri."

Nabi Musa AS, "Lalu ibadahku yg manakah yg membuatkan Engkau reda ya Allah?"

Allah SWT, *"Sedekah, infaq, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yg membuatkan Aku reda, kerana ketika engkau membahagiakan orang yg sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dgn ganjaran 700 kali ganda."* Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262.

Apabila kamu sibuk dgn ibadah yg lazim dan berbangga dgnnya, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya Allah.

Tetapi, apabila kamu berbuat baik dan berkorban utk orang lain, maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah reda kerananya

Buatlah perkara yg Allah reda maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dgn membuatkan hidupmu lapang dan bahagia.

KITAB Mukasyafatul Qulub
KARYA
Iman Al-Ghazali

Sabtu, 3 Jun 2017

SELEPAS PENCEN, BARU SAYA MAHU FOKUS BERIBADAH

SELEPAS PENCEN, BARU SAYA MAHU FOKUS BERIBADAH.

Seorang pemuda berborak dengan seorang pakcik, usia pakcik tersebut sekitar awal 70an. Pakcik ini antara jemaah tetap setiap kali waktu solat fardhu di masjid.

PEMUDA: Seronok saya tengok pakcik, setiap kali solat fardhu mesti pakcik ada. Seronoknya kalau dapat istiqamah kan.

PAKCIK: Alhamdulillah, ini pun Allah yang mudahkan. Dah tua-tua ni, bukan nak kejar apa lagi, esok lusa sampai ajal, jumpalah dengan Tuhan.

PEMUDA: Alhamdulillah Allah panjangkan umur pakcik sampai sekarang. Mesti pakcik seronok kan, biasanya bila dah berusia, nafsu dunia pun dah berkurangan. Lebih mudah beribadat. Tak banyak fikir soal lain dah.

PAKCIK: Tidak nak.. kebanyakkan orang fikir begitu. Masa muda kerja kuat, kumpul harta, nanti dah pencen boleh tumpu pada ibadah. Kononnya jika sudah tua lebih mudah beribadah. Tetapi itu bukan realiti sebenar.

PEMUDA: Eyh kenapa pula pakcik, saya tengok ramai di masjid-masjid ramai orang tua. Ada yang terbongkok-bongkok pun tetap solat berjemaah. Kalau waktu muda memang susah sikit nak istiqamah solat jemaah, sebabnya banyak kerja 😔

PAKCIK: Yang kau nampak orang-orang tua di masjid tu berapa ramai ? 10, 15 orang ? Jumlah tu tak sampai pun 10% dari jumlah orang tua di kariah sini. Jika kariah ini ada 100 orang tua, mana lagi 80-90 orang-orang tua yang kau tak pernah nampak di masjid ni ?

PEMUDA: hmmm...

PAKCIK: Konsep dah tua baru nak beribadat ini adalah salahfaham terbesar dalam masyarakat zaman sekarang. Beribadah ini paling susah sekali ialah istiqamah.
Bayangkanlah berpuluh-puluh tahun kau mengejar dunia, solat & mengaji kau letak no 3 no 4 dalam hidup kau, selepas pencen kau ingat kau boleh automatik jadi ahli ibadah yang konsisten ?
Tidak nak..

PEMUDA: Tetapi bukan bila dah tua tak fikir benda lain ke kecuali nak tumpu pada ibadah ?

PAKCIK: Ibadah ini adalah hubungan kau dengan Tuhan. Ganjarannya tak nampak dengan mata kasar.
Bila dah tua baru nak mula belajar, kau kena tahu cabarannya lebih besar. Kau dah biasa solat berseorangan hujung waktu , tiba-tiba kau kena datang masjid ikut waktu.
Kau nak belajar Al quran pun masa tu merangkak mengalahkan anak kecil. Pakcik dah tengok banyak kawan-kawan pakcik yang berputus asa.
Masa mula-mula pencen, rajin ke masjid solat berjemaah & belajar mengaji. Tetapi lepas seminggu dua masing-masing dah mula putus asa. Akhirnya lebih selesa duduk di rumah bermain dengan cucu. Ada antara mereka lebih gemar habiskan masa di kedai-kedai kopi.
Kau kena tahu nak, di usia tua ini, kalau kau tak berubah, bagaimana cara kau hidup macam itulah cara kau mati.

PEMUDA: Tetapi kan pakcik, bukan hidayah itu Tuhan yang beri ke ?

PAKCIK: Memang betul hidayah tu Tuhan yang beri. Sebab itulah mereka merancang untuk tumpu ibadah bila dah tua. Walaupun Tuhan buka pintu hati kau untuk berubah, tetapi diri kau sendiri yang kena berusaha untuk berubah. Sebab tu pakcik cakap, cabaran bila dah tua baru nak mula beramal ini lagi susah sebenarnya. Cepat penat, ingatan tak kuat, cepat putus asa. Tambah lagi jika kau dah ada kehidupan yang selesa.
Ingat nak, dalam hidup kita ni berkali-kali Tuhan bukakan pintu hati kita untuk berubah. Tetapi yang payahnya itu ialah istiqamah. Jadi belajarlah solat di awal waktu dan jangan tinggal al quran setiap hari. Inshaallah jika sudah terbiasa ia akan kekal sampai akhir hayat.

Setelah tamat perbualan, pemuda itu pun pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan dari masjid ke rumahnya yang mengambil sekitar 1KM, baru beliau sedar..
.
.
Benar kata pakcik tersebut, orang-orang tua yang melepak di kedai-kedai kopi lebih ramai dari orang-orang tua yang istiqamah di masjid.

Kepada sesiapa yang membaca kisah ini, doakan pemuda pemuda di luar tersebut dijadikan dalam golongan yang menjaga solat & al quran. Semoga doa itu berbalik kepada Tuan/Puan juga.

Ramadan Kareem
Istanbul

Khamis, 1 Jun 2017

APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG ?

JANGAN BANGGA DENGAN BANYAK SHALAT, PUASA DAN ZIKIR KARENA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH  SENANG !!!

MAU TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH  SENANG ???

Nabi Musa : Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang ?

Allah :
SHOLAT ? Sholat mu itu untukmu sendiri, karena dengan mengerjakan sholat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar.

DZIKIR ? Dzikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang.

PUASA ? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri.

Nabi Musa : Lalu apa  yang membuat hatiMu senang Ya Allah ?

Allah : SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIKmu.
Itulah yang membuat AKU senang, karena tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir disampingnya.---Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali
(Al-Baqarah 261-262)

Nah, bila kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah.

Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain... maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang karenanya.

Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidupmu lapang  dan bahagia

(Kitab Mukasyafatul Qulub  Karya Imam Al Ghazali)
Sebarkan ilmu ini agar kita mendapat ilmu yang bermanfaat, rezki yang baik dan amalan yang diterima.
Aaamiiin Yaa Rabbal 'Aalamiin.

Selasa, 18 April 2017

Bagaimana bekal yang sia-sia menuju akhirat?

Bagaimana bekal yang sia-sia menuju akhirat?

Ibnul Qayyim memberikan nasehat yang sangat indah,

العَمَلُ بِغَيْرِ اِخْلاَصٍ وَلاَ اِقْتِدَاءٍ كَالمُسَافِرِ يَمْلَأُ جِرَابُهُ رَمْلاً يُثْقِلُهُ وَلَا يَنْفَعُهُ

“Amalan yang dilakukan tanpa disertai ikhlas dan tanpa mengikuti tuntunan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bagaikan seorang musafir yang membawa ransel berisi pasir. Bekal pada ransel tersebut hanya memberatkan, namun tidak membawa manfaat apa-apa.”
(Al-Fawa’id, hlm. 81)

Itulah bekal yang sia-sia, berat namun tidak manfaat. Amalan yang dilakukan tidak ikhlas (riya’ dan sum’ah), juga amalan yang tanpa tuntunan Rasul (bid’ah) itulah yang jadi bekal sia-sia.
Jangan sampai kita membawa bekal yang sia-sia padahal perjalanan kita begitu berat menuju akhirat.

Referensi:

Al-Fawaid. Cetakan keenam, tahun 1431 H. Muhammad bin Abi Bakr Az-Zar’I (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah). Penerbit Maktabah Ar-Rusyd.

Sumber : https://rumaysho.com/14725-bekal-yang-sia-sia.html

Isnin, 20 Mac 2017

IKHLAS

🌾IKHLAS🌾

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"
kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi
batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak
ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa
hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat

Jika anda IKHLAS membaca kisah ini , share lah kpd sahabat2 dgn IKHLAS . In shaa Allah dapat pahala dari ALLAH SWT ...

Rabu, 2 November 2016

KENAPA DAN SEBAB APA HARGA BARANG NAIK???


*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
*سلامة فاكـٓي*

KENAPA DAN SEBAB APA HARGA BARANG NAIK???

INI JAWAPANNYA!!!

Telah berlaku kenaikan harga yang melampau di India pada tahun 1960-an.

Syekh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi (Rahmatullah 'alaih) adalah seorang da'i, pengarang kitab Hayatussahabah dan terkenal dengan zuhud dan waraknya.

Orang ramai telah bertemu beliau dan mengadu tentang kenaikan harga dan kemahalan yang merosakkan (keharmonian hidup) maka mereka berkata kepadanya "adakah perlu kita melakukan revolusi menentang kerajaan dan buat demonstrasi?"

Syekh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi telah berkata kepada mereka "demonstrasi adalah cara orang-orang batil (tidak berada di atas jalan yang benar). Manusia dan barang-barang di sisi Allah seperti dua belah neraca penimbang, sekiranya naik tinggi nilai manusia di sisi Allah dengan iman dan amal soleh maka berkuranglah nilai barang."

"Apabila kurang harga manusia di sisi Allah disebabkan dosa-dosa dan maksiat maka naiklah nilai barang dan bertambahlah harga lalu tersebarlah kemahalan."

"Justeru, hendaklah kamu melaksanakan usaha atas iman dan amal soleh hingga terangkat tinggi nilai kamu di sisi Allah dan berkurangan harga-harga barang."

"Janganlah kamu menakutkan manusia dengan kefakiran kerana ini adalah kerja syaitan maka janganlah kamu jadi dari kalangan tenteranya dalam keadaan kamu tidak sedar (akan kesalahan tersebut)."

"Demi Allah jika ada rezeki untuk seorang hamba dalam batu besar yg licin di dasar laut sekalipun pasti akan terbelah batu tersebut supaya disampaikan rezeki tersebut kepadanya. Kemahalan tidak boleh menyekat engkau dari rezeki yg Allah bawa kepada engkau."

"Zat yang telah membuka mulutmu tidak akan melupakanmu."

Firman Allah SWT dalam surah Al-Al-A'raf bermaksud
"dan jika penduduk negeri beriman dan bertaqwa pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka "keberkatan dari langit dan bumi".

"Dengan iman dan taqwa akan datang kebahagian masyarakat manusia dan akan tersebar kepada mereka nikmat dan kesenangan yang melimpah ruah."

Buat renungan kita bersama
Semoga dipermudahkan Allah Taala jua

Selasa, 19 Mei 2015

BIARLAH IBADAHMU MENJADI RAHASIAMU, SEBAGAIMANA KAMU MERAHASIAKAN DOSAMU

BIARLAH IBADAHMU MENJADI RAHASIAMU,
SEBAGAIMANA KAMU MERAHASIAKAN DOSAMU

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa memperdengarkan amalnya kepada orang lain (agar orang tahu amalnya), maka Allah akan menyiarkan aibnya di telinga-telinga hambaNya, Allah rendahkan dia dan menghinakannya". 
(HR. Thabrani, Baihaqi dan Ahmad)

Rasulullah shallallahu 'alahi wa sallam bersabda, “Maukah kamu kuberitahu tentang sesuatu yang menurutku lebih aku khawatirkan terhadap kalian daripada (fitnah) Al Masih Ad Dajjal? Para sahabat berkata, “Tentu saja”. Beliau bersabda, “Syirik khafi (yang tersembunyi), yaitu ketika sesorang berdiri mengerjakan shalat, dia perbagus shalatnya karena mengetahui ada orang lain yang memperhatikannya “ 
(HR. Ahmad. Dihasankan oleh al-Albani)

"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia." (QS.Al-Baqarah [2]:264)

"Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali." (QS.an-Nisa' [4]:142)

Yuk biarkan amalan kita menjadi urusan kita dengan Tuhan kita... Biarkan menjadi rahasia dengan Tuhanmu, romantis bukan? Tak perlu merusak pahala amalan kita dengan membuat status :
"nanti buka puasa pakai apa ya.."
"tadarus dulu ah.."
dan sebagainya...

Imam Nawawi rahimahullah menuturkan, “Amalan seseorang yang berbuat riya’ (tidak ikhlas), itu adalah amalan batil yang tidak berpahala apa-apa, bahkan ia akan mendapatkan dosa.” (Syarh Shahih Muslim, 18: 115)

Selasa, 20 Mei 2014

Orang Selalu Bertanya Soal Amalan, Apakah Itu Amalan?

Orang Selalu Bertanya Soal Amalan, Apakah Itu Amalan?

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Selalu orang bertanya kepada saya tentang amalan Tok Kenali dan amalan saya. Apa lagi amalan yang tuan-tuan cari dan amalan apa lagi yang tuan-tuan nak tahu, tidak cukup lagikah amalan yang selalu tuan-tuan amalkan?.Nak amalan yang sebagaimana lagi?.
Mahukah saya bagi amalan ratib atau berzikir Tok Kenali sebanyak 80,000 kali dalam satu malam?. Laratkah atau sangggupkahh tuan-tuan amalkan (apa bolehkah tuan-tuan buat?), saya bimbang kalau-kalau tak terbuat!. Jika terbuat sekalipun, kebanyakannya hanya sekadar dua atau tiga hari sahaja! (tingi-tingi satu atau dua minggu). Lihatlah, tiliklah dan perhatikanlah kawan-kawan, sahabat-sahabat atau diri tuan-tuan sendiri yang pernah melalui perjalanan atau aliran torikat yang memerlukan zikir atau ratib sejumlah 80,000 (lapan puluh ribu) dalam satu malam, terbuatkah mereka dan terbuatkah kita?. Jika termampu sekalipun hanya dalam jangka masa yang pendek, habis itu, wirid kemana dan zikir kemana!.
Apakah untuk ingat (zikir) kepada Allah itu, memerlukan kepada bilangan?, cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, sekiranya habis pusingan atau bilangan buah tasbih, kemana  perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada sewaktukita bilang buah tasbih sahaja, bilamana habis bilangan 80,000, kemana perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada diwaktu malam sahaja, apakah Allah itu, hanya tidak ada pada waktu siang, sehingga zikir atau wirid itu, perlu kepada waktu malam?.
Jika sekiranya tidak ada buah tasbih, apakah Allah tidak boleh diingat?. Jika kurang bilangannya dari 80,000 kepada  79,000, selalunya kena ulang semula pada malam berikutnya, apakah Allah tidak terima zikir kita bilamana kurang dari 80,000, sehinggga kita kena ulangi semula?.
Apakah zikir atau ingat kepada Allah itu, hanya melalui suara bibir mulut sahaja. Jika tidak dengan mulut, apakah kita tidak boleh ingat kepada Allah?. Cuba bawa berfikir dengan fikiran yang waras?. Apakah mata, telinga, hidung, tangan serta kaki itu, tidak perlu ingat (zikir) kepada Allah?, sehingga kena melalui mulut dan buah tasbih?. Cuba jawab?…………………………
Bagi Tok Kenali, bukan banyaknya amalan zikir yang menjadi perhitungan, yang diambil kira itu, adalah keikhlasan!. Sekalipun berjuta kali, jika kita tidak mengenal tuan yang empunya nama, ianya tidak lebih daripada sekadar riadah! dan bukannya beribadah. Yang menjadi ibadah atau yang dikatakan ibadah itu, bilamana kita benar-benar ingat kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, adalah dalam erti kata ingat kepada tuan yang empunya zikir dan ingat kepada tuan yang empunya nama).
Nama tidak sedikitpun memberi bekas. Cuba tuan-tuan lihat kereta yang digantungn dengan nama Allah atau yang berpelekat dengan nama Allah, bilamana berlaku perlangaran, tidakah dengan kereta dan dengan tuan-tuannya sekali hancur (dengan ada nama Allah, sepatutnya kita tidak cedera, kenapa masih ada yang cedera sehingga ada yang membawa maut) . Cuba kita lihat orang yang tengah berzikir dan menyebut nama Allah semasa memotong sayur, tiba-tiba tangan boleh terluka terhiris pisau. Inimemberi gambaran kepada kita, bahawa nama tidak membawa erti, yang bermakna dan bererti itu, adalah tuan yangn empunya nama.
Tuan yang empunya nama itu, boleh di ingat dan boleh dizikir dengan tidak perlu kepada jumlah bialangan tasbih dan tidak perlu kepada waktu malam sahaja. Sayanngnya kebanyakan kita tidak mengenal tuan yang empunya suara, tuan yang empunya bibir, tuan yang empunya buah tasbih dan sayangnya kebanyakakn kita tidak mengenal tuan yang empunya zikir?.
Sayangnya masyarakat kita pada hari ini, kebanyakannya berebut-rebut untuk tunjuk hebat, tunjuk alimdan tunjuk ulamak, bilamana bilangannya sebutan itu sakan dan  banyak dalam membilang buah tasbih. Tak cukup dengan buah tasbih, orang sekarang ini guna alat kaunter (yang tekan-tekan dengan jari, boleh keluar nombor).
Saya bukan berhajat untuk merendah-rendahkan golongan yang berzikir, zikir itu adalah amalan yang baik, tetapi sayangnya, kebayakan dari kita bilamana berzikir, zikirnya adalah zikir yang tidak ingat kepada Allah (tuan kepada yang empunya sebutan). Melainkan kebanyakanya hanya tahu ingat kepada bilangan atau tahu ingat kepada buah tasbih!. Apa yang mahu saya tekan disini, adalah zikir yang disertai mengenal kepada tuan yang empunya nama!.Sebutlah nama Allah itu dengan ilmu, sebutlah nama Allah dengan mengenal dan sebutlah dengan fatonah (bijaksana).
Amalan Tok kenali atau amalan saya itu, adalah amalan zikir (ingat) yang tidak pernah putus dan tidak pernah habis. Zikir (ingat kepada Allah) itu mudah dan senang, tidak perlu kepada hanya malam, malahan boleh diamalkan pada waktu singa atau pada waktu malam.
Berzikir (ingat kepada Allah) Tok Kenali itu, seumpama berzikir dengan penglihatan, bagaimanakah caranya kita berzikir dengan penglihatan atau cara berzikir dengan pendengaran, pergerakan, penciuman?. Dengan telan air liur kita boleh zikir, dengan ludah kita boleh berzikir, dengan gosoh sabun di badan semasa waktu mandi boleh zikir (ingat kepada Allah), semasa gosok gigi, semasa buang air besar atau buang air kecil, semasa gosok daki dikulit, semasa tidur, semasa jaga, duduk, baring malahan zikir Tok Kenali itu, boleh semasa kita sedan nyeyak tidur, boleh berzikir sewaktu bermimpi, boleh berzikir (ingat kepada Allahh) semasa sedang koma atau sedanng pengsan!.
Bagaimanakah caranya untuk berzikir sebagaimana zikir Tok Kenali, tungggu, tunggu dan tunggu!, saya nak lihat dulu komen dari orang diluar dulu, baru boleh saya bagi jawapan. Mungkin sahabat-sahabat diluar sana boleh beri zikir yang lebih tinggi dari zikir Tok kenali, siapa tahu!. Tok Kenali beramal dengan zikir yang tidak perlu kepada buah tasbih dan tidak perlu kepada hitungan jumlah!. Jadi zikir Tok Kenali itu, adalah zikir yang paling rendah dan paling bawah (zikir low class atau zikit tamada kata ore kelate). Jika ada zikir yang paling tinggi, sila kemukan boleh kita sama-samma belajar. amin drp hj shaari

Selasa, 6 Mei 2014

Barangsiapa menghidupkan sunnahku

Dari Amru bin Auf : Rasulullah saw bersabda, 

“Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosadan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” 

(0174) Sahih Ibnu Majah

Jumaat, 4 April 2014

UTAMANYA SEBUAH KESABARAN


UTAMANYA SEBUAH KESABARAN.

Al-Quran menjelaskan bahwa kesabaran adalah termasuk Amal Kebajikan yang tidak ringan untuk diamalkan, namun bagi orang-orang yang ber-Taqwa justru kesabaran adalah sebuah Amalan yang patut diutamakan.

Allah ber-Firman: 

"Jika kamu ber-sabar dan ber-Taqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan". [Ali-Imran 186].

Pada hakikatnya ada tiga macam kesabaran yang sebaiknya diamalkan demi kebahagiaan Dunia & Akhirat, yaitu 

•| Kesabaran dalam menghadapi Musibah.
•| Kesabaran dalam mematuhi Perintah-Nya. 
•| Kesabaran untuk tidak melakukan Maksiat.

Allah ber-Firman:

“Hai orang-orang yang ber-Iman, ber-sabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu“. [Ali-Imran 200].

Ketidaksabaran merupakan salah satu penyakit hati yang dapat merusak Kebajikan lainnya, sebab itu:

•| Senantiasalah Mengingat-Nya [ber-Dzikir] untuk ketenteraman jiwa.

•| Senantiasalah Mengingat Kehidupan Akhirat untuk menjaga segala perbuatan.

•| Perbanyaklah membaca & memahami isi Al-Quran untuk kemudian diamalkan.

•| Berlatihlah melatih kesabaran untuk mendapatkan tingkat kesabaran yang tiada berbatas.

Allah ber-Firman:

"Dan ber-sabarlah terhadap apa yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan". [Luqman 17].

Sungguh bahagia orang yang mampu mempunyai kesabaran tiada batas, karena setiap amalan itu akan diketahui batas ganjarannya, kecuali Kesabaran.

Allah ber-Firman:

“Sesungguhnya orang-orang yang ber-sabarlah yang dicukupkan Pahala mereka tanpa batas”. [Az Zumar 10]. 

Ketidaksabaran memiliki andil yang cukup besar untuk menjadikan semua Amalan menjadi tidak optimal, oleh sebab itu berlatih & berjuanglah sampai ketitik sabar tiada batas.

"Bila ber-Pahala tanpa batas, mengapa Sabar harus berbatas". [BRH-2012].

Allah ber-Firman:

“Sesungguhnya Pahala di-Akhirat adalah lebih besar kalau mereka mengetahui, yaitu orang-orang yang sabar”. [An-Nahl 41-42].

Semoga kita semua dapat melatih diri meningkatkan kesabaran demi kebahagiaan di-Dunia dan di-Akhirat kelak. Aamiin Yaa Rabbal'alaamiin. [BRH].

REZEKI DITANGAN ALLAH


REZEKI DITANGAN ALLAH.

Kita semua tentu ingat dengan istilah "Rezeki ditangan Allah", namun hal itu kini telah mengalami pergeseran serta kehilangan makna.

"Sesungguhnya Allah, Dia-lah Maha Pemberi Rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh". [Adz-Dzaariyaat 58].

Al-Quran menjelaskan bahwa semua Rezeki itu datang dari-Nya, Dia yang melapangkan & menyempitkan. 

Allah ber-Firman:

"Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan Rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki-Nya dan menyempitkannya, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan Hamba-Hamba-Nya". [Al-Israa 30].

"Dia melapangkan Rezeki bagi siapapun yang dikehendaki-Nya dan menyempitkannya". [Asy-Syura 12].

"Sesungguhnya Tuhanku melapangkan Rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya diantara Hamba-Hamba-Nya dan menyempitkan bagi siapa yang dikehendaki-Nya". [Saba 39].

Saat ini ada yang beranggapan bahwa Rezeki adalah hasil dari usahanya, padahal segala usaha mereka hanyalah sebatas ikhtiar saja, karena semua Rezeki telah ditetapkan-Nya dan Allah telah menjadikan kita untuk menguasainya. 

"Kami-lah yang akan memberi Rezeki kepada mereka dan juga kepadamu". [Al-Israa 31].

"Kami akan memberi Rezeki kepada kamu dan juga kepada mereka". [Al-An'aam 151].

"Di-langit terdapat sebab-sebab Rezeki-mu dan terdapat pula apa yang dijanjikan kepadamu". [Adz-Dzaariyaat 22].

Sementara ini masih ada yang lalai terhadap apa yang telah Allah Karunia-kan kepada mereka, padahal semua Mahluk hidup dengan jaminan Rezeki-Nya. 

"Hai Manusia, ingatlah akan Nikmat Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan Rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?". [Fathir 3].

Allah menilai Amal seseorang tergantung niatnya, maka apapun yang dinafkahkan karena Ridha-Nya pasti akan mendapat pembalasan.

"Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya". [Saba 39].

Semoga kita semua tetap meyakini bahwa segala Rezeki adalah datang karena Karunia-Nya, melalui berbagai Ikhtiar, Usaha & Doa. Aamiin Yaa Rabbal'alaamiin. [BRH].