Pages

Memaparkan catatan dengan label tahlil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tahlil. Papar semua catatan

Isnin, 22 Mei 2017

Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini

Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini

1. Mendengar berita kematian:

Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. Usung jenazah

Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. Tanam jenazah

Melayu :
– Jirus air dengan jug diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah

Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. Kenduri arwah

Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )

Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin

Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Rabu, 4 Januari 2017

Keutamaan Tahlil, Tasbih Dan Doa

Keutamaan Tahlil, Tasbih Dan Doa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ وَمَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Barangsiapa yang mengucapkan Laa ilaaha ilIallaahu wahdahu Iaa syariikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in qadiir' (Tiada tuhan selain Allah, Dialah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya, Dialah yang memiliki alam semesta dan segala puji hanya bagi-Nya. Allah adalah Maha Kuasa atas segaIa sesuatu) dalam sehari seratus kali, maka orang tersebut akan mendapat pahala sama seperti orang yang memerdekakan seratus orang hamba, dicatat seratus kebaikan untuknya, dihapus seratus keburukan untuknya. Pada hari itu ia akan terjaga dari godaan syaitan sampai petang hari dan tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya, kecuali orang yang membaca lebih banyak dari itu. Barang siapa membaca Subhaanallaah wa bi hamdihi (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya) seratus kali dalam sehari, maka dosanya akan dihapus, meskipun sebanyak buih lautan."

HADIS : MUSLIM(No.4857)
KITAB : Zikir,Doa,Taubat Dan Istighfar
BAB  : Keutamaan Tahlil, Tasbih Dan Doa

Sabtu, 29 Ogos 2015

Zikrullah Dalam Kehidupan

Zikrullah Dalam Kehidupan
 
ZIKRULLAH ertinya sentiasa mengingati dan menyebut Allah. Ia bermula dengan ingatan di hati lalu tercerna menerusi lafaz sebutan seterusnya pada tindakan.
 
Zikrullah dengan lidah dilakukan dengan membanyakkan lafaz seperti Lailahaillallah (tahlil), Subhannallah (tasbih), Alhamdulillah (tahmid) dan Allahu Akbar (takbir), Astaghfirullah (istighfar).
 
Allah berfirman
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

“Wahai orang-orang beriman. Berzikirlah (ingat dan sebutlah) kepada Allah dengan zikir (ingatan dan sebutan) yang banyak dan bertasbihlah mensucikan-Nya awal pagi dan petang” (Surah al-Ahzab ayat 41-42)
 
Ayat ini datang selepas cerita tentang fitnah jahat yang ditimbulkan oleh golongan Munafikin terhadap Nabi saw apabila mengahwini Zainab bekas isteri kepada anak angkat baginda saw iaitu Zaid bin Harithah radiyallahu anhu. Allah menegaskan dalam ayat sebelumnya bahawa anak angkat tidak seperti anak sendiri. Bekas isteri kepada anak angkat boleh dikahwini berbeza dengan bekas isteri kepada anak sendiri yang haram dikahwini setelah disetubuhi.
 
Maka arahan supaya membasahkan lidah zikir seolah satu isyarat bahawa antara cara menangani fitnah golongan Munafikin ialah dengan lebih banyak berzikir daripada melayani kata-kata fitnah mereka supaya fitnah tersebut segera padam. Ayat al-Quran sudah turun bagi memadamkan api fitnah tersebut. Maka ayat-ayat Allah itulah yang mesti disebarkan dalam menghadapi fitnah mereka.
 
Seorang Ahli Zikir yang sempurna bukan hanya seorang yang basah lidahnya dengan zikir tetapi juga terjelma menerusi amalan seharian iaitu:
1. melakukan yang wajib.
2. membanyakkan yang sunat.
3. meninggalkan yang haram
4. Berusaha meninggalkan sebanyak mungkin yang makruh.
 
Sekian.
Disediakan oleh:
Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri