Pages

Memaparkan catatan dengan label Al Ahzab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al Ahzab. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mac 2018

Sunnatullah

Sunnatullah
Allah SWT berfirman:

سُنَّةَ اللّٰهِ فِى الَّذِيْنَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ ۚ  وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللّٰهِ تَبْدِيْلًا

"Yang demikian adalah menurut Sunnatullah (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah itu."
(QS. Al-Ahzab 33: Ayat 62)

Sabtu, 29 Ogos 2015

Zikrullah Dalam Kehidupan

Zikrullah Dalam Kehidupan
 
ZIKRULLAH ertinya sentiasa mengingati dan menyebut Allah. Ia bermula dengan ingatan di hati lalu tercerna menerusi lafaz sebutan seterusnya pada tindakan.
 
Zikrullah dengan lidah dilakukan dengan membanyakkan lafaz seperti Lailahaillallah (tahlil), Subhannallah (tasbih), Alhamdulillah (tahmid) dan Allahu Akbar (takbir), Astaghfirullah (istighfar).
 
Allah berfirman
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

“Wahai orang-orang beriman. Berzikirlah (ingat dan sebutlah) kepada Allah dengan zikir (ingatan dan sebutan) yang banyak dan bertasbihlah mensucikan-Nya awal pagi dan petang” (Surah al-Ahzab ayat 41-42)
 
Ayat ini datang selepas cerita tentang fitnah jahat yang ditimbulkan oleh golongan Munafikin terhadap Nabi saw apabila mengahwini Zainab bekas isteri kepada anak angkat baginda saw iaitu Zaid bin Harithah radiyallahu anhu. Allah menegaskan dalam ayat sebelumnya bahawa anak angkat tidak seperti anak sendiri. Bekas isteri kepada anak angkat boleh dikahwini berbeza dengan bekas isteri kepada anak sendiri yang haram dikahwini setelah disetubuhi.
 
Maka arahan supaya membasahkan lidah zikir seolah satu isyarat bahawa antara cara menangani fitnah golongan Munafikin ialah dengan lebih banyak berzikir daripada melayani kata-kata fitnah mereka supaya fitnah tersebut segera padam. Ayat al-Quran sudah turun bagi memadamkan api fitnah tersebut. Maka ayat-ayat Allah itulah yang mesti disebarkan dalam menghadapi fitnah mereka.
 
Seorang Ahli Zikir yang sempurna bukan hanya seorang yang basah lidahnya dengan zikir tetapi juga terjelma menerusi amalan seharian iaitu:
1. melakukan yang wajib.
2. membanyakkan yang sunat.
3. meninggalkan yang haram
4. Berusaha meninggalkan sebanyak mungkin yang makruh.
 
Sekian.
Disediakan oleh:
Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Sabtu, 28 Mac 2015

Jadilah Orang-orang MU’MIN karena akan banyak mendapat karunia dari Allah

Jadilah Orang-orang MU’MIN karena akan banyak mendapat karunia dari Allah swt sebagaimana firmanNYA ,Al Ahzab 47 :

“ Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu’min bahwa sesungguhnya bagi mereka karunia yang besar dari Allah “.

Hadist Qudsi ,Berkata Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah Saw bersabda : Allah berfirman :

Hamba-Ku yang Mukmin adalah lebih Kucintai daripada setengah para Malaikat-Ku.” [HR. Thabarani]

Banyak MUSLIM yang menjadi RADIKAL , ANARKIS DAN TERORIS............., Namun TIDAK ADA SATUPUN MU'MIN YANG MENJADI RADIKAL , ANARKIS DAN TERORIS....

Banyak MUSLIM yang menjadi MURTAD atau BERPINDAH AGAMA dan KEYAKINAN............, Namun TIDAK ADA SATUPUN MU'MIN yang MURTAD......

Umat Islam terbagi menjadi 73 Golongan dimana MUSLIM terbagi menjadi 72 Golongan yang keseluruhannya dijamin oleh Rasulullah saw MASUK NERAKA namun MU'MIN hanya menjadi 1 Golongan saja yaitu golongan yang BERTAUHID BERLANDASKAN ILMU MA'RIFATTULLAH.....

Dari Auf bin Malik, dia berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda :

" Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di surga dan 70 golongan di neraka. Dan Nashara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka dan satu di surga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya umatku ini pasti akan berpecah belah menjadi 73 golongan, satu golongan di surga dan 72 golongan di neraka." 

Lalu beliau ditanya : " Wahai Rasulullah siapakah mereka ?" Beliau menjawab : " Al Jamaah." ( HR Sunan Ibnu Majah ).


Berkata Ali Bin Abhi Thalib Ra. bahwasanya Rasulullah Saw. bersabda, Allah telah berfirman :

“ Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan yang selain Aku. Barangsiapa BERTAUHID kepada-Ku niscaya masuklah ia ke dalam benteng-Ku. Dan barangsiapa masuk benteng-Ku niscaya terselamatlah dia dari siksa-Ku “ .[ HR. Syirazi ]