Pages

Memaparkan catatan dengan label tasbih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tasbih. Papar semua catatan

Rabu, 4 Januari 2017

Keutamaan Tahlil, Tasbih Dan Doa

Keutamaan Tahlil, Tasbih Dan Doa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ وَمَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Barangsiapa yang mengucapkan Laa ilaaha ilIallaahu wahdahu Iaa syariikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in qadiir' (Tiada tuhan selain Allah, Dialah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya, Dialah yang memiliki alam semesta dan segala puji hanya bagi-Nya. Allah adalah Maha Kuasa atas segaIa sesuatu) dalam sehari seratus kali, maka orang tersebut akan mendapat pahala sama seperti orang yang memerdekakan seratus orang hamba, dicatat seratus kebaikan untuknya, dihapus seratus keburukan untuknya. Pada hari itu ia akan terjaga dari godaan syaitan sampai petang hari dan tidak ada orang lain yang melebihi pahalanya, kecuali orang yang membaca lebih banyak dari itu. Barang siapa membaca Subhaanallaah wa bi hamdihi (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya) seratus kali dalam sehari, maka dosanya akan dihapus, meskipun sebanyak buih lautan."

HADIS : MUSLIM(No.4857)
KITAB : Zikir,Doa,Taubat Dan Istighfar
BAB  : Keutamaan Tahlil, Tasbih Dan Doa

Selasa, 29 November 2016

Ibadah yang paling utama

Dari Abu Hurairah dan ini adalah hadis Qutaibah: Bahwa orang-orang fakir Muhajirin menemui Rasulullah SAW sambil berkata;

"Orang-orang kaya telah memborong amal kebaikan derajat yang tinggi dan kenikmatan yang abadi (disisi Allah)."

Rasulullah SAW bertanya:
"Apa maksud kamu?"

Mereka menjawab: "Orang-orang kaya solat sebagaimana kami solat, dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka bersedekah dan kami tidak boleh melakukannya, mereka boleh membebaskan tawanan dan kami tidak boleh melakukannya."

Maka Rasulullah SAW  bersabda: "Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yang kerananya kalian boleh menyaingi orang-orang yang mendahului kebaikan kalian, dan kalian boleh mendahului kebaikan orang-orang sesudah kalian, dan tak seorang pun lebih utama daripada kalian selain yang berbuat seperti yang kalian lakukan?"

Mereka menjawab;
"Mahu wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda: "Kalian bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali.

(HR Muslim No: 936) Status: Sahih

Sabtu, 29 Ogos 2015

Zikrullah Dalam Kehidupan

Zikrullah Dalam Kehidupan
 
ZIKRULLAH ertinya sentiasa mengingati dan menyebut Allah. Ia bermula dengan ingatan di hati lalu tercerna menerusi lafaz sebutan seterusnya pada tindakan.
 
Zikrullah dengan lidah dilakukan dengan membanyakkan lafaz seperti Lailahaillallah (tahlil), Subhannallah (tasbih), Alhamdulillah (tahmid) dan Allahu Akbar (takbir), Astaghfirullah (istighfar).
 
Allah berfirman
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

“Wahai orang-orang beriman. Berzikirlah (ingat dan sebutlah) kepada Allah dengan zikir (ingatan dan sebutan) yang banyak dan bertasbihlah mensucikan-Nya awal pagi dan petang” (Surah al-Ahzab ayat 41-42)
 
Ayat ini datang selepas cerita tentang fitnah jahat yang ditimbulkan oleh golongan Munafikin terhadap Nabi saw apabila mengahwini Zainab bekas isteri kepada anak angkat baginda saw iaitu Zaid bin Harithah radiyallahu anhu. Allah menegaskan dalam ayat sebelumnya bahawa anak angkat tidak seperti anak sendiri. Bekas isteri kepada anak angkat boleh dikahwini berbeza dengan bekas isteri kepada anak sendiri yang haram dikahwini setelah disetubuhi.
 
Maka arahan supaya membasahkan lidah zikir seolah satu isyarat bahawa antara cara menangani fitnah golongan Munafikin ialah dengan lebih banyak berzikir daripada melayani kata-kata fitnah mereka supaya fitnah tersebut segera padam. Ayat al-Quran sudah turun bagi memadamkan api fitnah tersebut. Maka ayat-ayat Allah itulah yang mesti disebarkan dalam menghadapi fitnah mereka.
 
Seorang Ahli Zikir yang sempurna bukan hanya seorang yang basah lidahnya dengan zikir tetapi juga terjelma menerusi amalan seharian iaitu:
1. melakukan yang wajib.
2. membanyakkan yang sunat.
3. meninggalkan yang haram
4. Berusaha meninggalkan sebanyak mungkin yang makruh.
 
Sekian.
Disediakan oleh:
Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri