Pages

Memaparkan catatan dengan label takdir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label takdir. Papar semua catatan

Isnin, 22 Oktober 2018

AHLI ASBAB DAN AHLI TAJRID

AHLI ASBAB DAN AHLI TAJRID
Syarah Kitab Al-Hikam
Syekh Ibnu Atha'illah

KEINGINAN KAMU UNTUK BERTAJRID PADAHAL ALLAH MASIH MELETAKKAN KAMU DALAM SUASANA ASBAB ADALAH SYAHWAT YANG SAMAR.

SEBALIKNYA KEINGINAN KAMU UNTUK
BERASBAB PADAHAL ALLAH TELAH MELETAKKAN KAMU DALAM SUASANA TAJRID BERERTI TURUN DARI SEMANGAT DAN TINGKAT YANG TINGGI.

Hikmat ASBAB menerangkan tanda orang yang bersandar kepada amal. Bergantung kepada amal adalah sifat manusia biasa yang hidup dalam dunia ini. Dunia ini dinamakan alam asbab.

Apabila perjalanan hidup keduniaan dipandang melalui mata ilmu atau mata akal akan dapat disaksikan kerapian susunan sistem sebab musabab yang mempengaruhi segala kejadian.

Tiap sesuatu berlaku menurut sebab yang menyebabkan ia berlaku. Hubungan sebab dengan akibat sangat erat. Mata akal melihat dengan jelas keberkesanan sebab dalam menentukan akibat.

Kerapian sistem sebab musabab ini membolehkan manusia mengambil manfaat daripada anasir dan kejadian alam.

Manusia dapat menentukan anasir yang boleh memudaratkan kesihatan lalu menjauhkannya dan manusia juga boleh menentukan anasir yang boleh menjadi ubat lalu menggunakannya.

Manusia boleh membuat ramalan cuaca, pasang surut air laut, angin, ombak, letupan gunung berapi dan lain-lain kerana sistem yang mengawal perjalanan anasir alam berada dalam suasana yang sangat rapi dan sempurna, membentuk hubungan sebab dan akibat yang padu.

Allah s.w.t mengadakan sistem sebab musabab yang rapi adalah untuk kemudahan manusia menyusun kehidupan mereka di dunia ini.

Kekuatan akal dan pancaindera manusia mampu mentadbir kehidupan yang dikaitkan dengan perjalanan sebab musabab.

Hasil daripada pemerhatian dan kajian akal itulah lahir berbagai-bagai jenis ilmu tentang alam dan kehidupan, seperti ilmu sains, astronomi, kedoktoran, teknologi maklumat dan sebagainya.

Semua jenis ilmu itu dibentuk berdasarkan perjalanan hukum sebab-akibat. Kerapian sistem sebab musabab menyebabkan manusia terikat kuat dengan hukum sebab-akibat.

Manusia bergantung kepada amal (sebab) dalam mendapatkan hasil (akibat). Manusia yang melihat
kepada keberkesanan sebab dalam menentukan akibat serta bersandar dengannya dinamakan ahli asbab.

Sistem sebab musabab atau perjalanan hukum sebab-akibat sering membuat manusia lupa kepada kekuasaan Allah s.w.t. Mereka melakukan sesuatu dengan penuh keyakinan bahawa akibat akan lahir daripada sebab, seolah-olah Allah s.w.t tidak ikut campur dalam urusan mereka.

Allah s.w.t tidak suka hamba-Nya ‘mempertuhankan’ sesuatu kekuatan sehingga mereka lupa kepada kekuasaan-Nya.

Allah s.w.t tidak suka jika hamba-Nya sampai kepada tahap mempersekutukan diri-Nya dan kekuasaan-Nya dengan anasir alam dan hukum sebab-akibat ciptaan-Nya.

Dia yang meletakkan keberkesanan kepada anasir alam berkuasa membuat anasir alam itu lemah semula. Dia yang
meletakkan kerapian pada hukum sebab-akibat berkuasa merombak hukum tersebut.

Dia mengutuskan rasul-rasul dan nabi-nabi membawa mukjizat yang merombak hukum sebab-akibat bagi mengembalikan pandangan manusia kepada-Nya, agar waham sebab musabab tidak menghijab ketuhanan-Nya.

Kelahiran Nabi Isa a.s, terbelahnya laut dipukul oleh tongkat Nabi Musa a.s, kehilangan kuasa membakar yang ada pada api tatkala Nabi Ibrahim a.s masuk ke dalamnya, keluarnya air yang
jernih dari jari-jari Nabi Muhammad s.a.w dan banyak lagi yang didatangkan oleh Allah s.w.t.

Tujuannya adalah merombak keberkesanan hukum sebab-akibat bagi menyedarkan manusia tentang hakikat bahawa kekuasaan Allah s.w.t yang menerajui perjalanan alam maya dan hukum sebab-akibat.

Alam dan hukum yang ada padanya seharusnya membuat manusia mengenal Tuhan, bukan menutup pandangan kepada Tuhan.

Sebahagian daripada manusia diselamatkan Allah s.w.t daripada waham sebab musabab. Sebagai manusia yang hidup dalam dunia mereka masih bergerak dalam arus sebab musabab tetapi mereka tidak meletakkan keberkesanan hukum kepada sebab.

Mereka sentiasa melihat kekuasaan Allah s.w.t yang menetapkan atau mencabut keberkesanan pada sesuatu hukum sebab-akibat.

Jika sesuatu sebab berjaya mengeluarkan akibat menurut yang biasa terjadi, mereka melihatnya sebagai kekuasaan Allah s.w.t yang menetapkan kekuatan kepada sebab tersebut dan Allah s.w.t juga yang mengeluarkan akibatnya.

Allah s.w.t berfirman:
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
( Ayat 1 & 2 : Surah al-Hadiid )

Maka Kami (Allah) berfirman:
“Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu”. (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya, supaya kamu memahaminya.
( Ayat 73 : Surah al-Baqarah )

Orang yang melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t menerajui hukum sebab-akibat tidak meletakkan keberkesanan
kepada hukum tersebut.

Pergantungannya kepada Allah s.w.t, tidak kepada amal yang menjadi sebab. Orang yang seperti ini dipanggil ahli tajrid.

Ahli tajrid, seperti juga ahli asbab, melakukan sesuatu menurut peraturan sebab-akibat. Ahli tajrid juga makan dan minum Ahli tajrid memanaskan badan dan memasak dengan menggunakan api juga.

Ahli tajrid juga melakukan sesuatu pekerjaan yang berhubung dengan
rezekinya. Tidak ada perbezaan di antara amal ahli tajrid dengan amal ahli asbab.

Perbezaannya terletak di dalam diri iaitu hati. Ahli asbab melihat kepada kekuatan hukum alam. Ahli tajrid melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t pada hukum alam itu.

Walaupun ahli asbab mengakui kekuasaan Allah s.w.t tetapi penghayatan dan kekuatannya pada hati tidak sekuat ahli tajrid.

Dalam melakukan kebaikan ahli asbab perlu melakukan mujahadah. Mereka perlu memaksa diri mereka berbuat baik dan perlu menjaga kebaikan itu agar tidak menjadi rosak.

Ahli asbab perlu memperingatkan dirinya supaya berbuat ikhlas dan perlu melindungi keikhlasannya agar tidak
dirosakkan oleh riak (berbuat baik untuk diperlihatkan kepada orang lain agar dia dikatakan orang baik), takbur (sombong dan membesar diri, merasakan diri sendiri lebih baik, lebih tinggi, lebih kuat dan lebih cerdik daripada orang lain) dan sama’ah (membawa perhatian orang lain kepada kebaikan yang telah dibuatnya dengan cara bercerita mengenainya, agar orang memperakui bahawa dia adalah orang baik).

Jadi, ahli asbab perlu memelihara kebaikan sebelum melakukannya dan juga selepas melakukannya.

Suasana hati ahli tajrid berbeza daripada apa yang dialami oleh ahli asbab. Jika ahli asbab memperingatkan dirinya supaya ikhlas, ahli tajrid tidak melihat kepada ikhlas kerana mereka tidak bersandar kepada amal kebaikan yang mereka lakukan.

Apa juga kebaikan yang keluar daripada mereka diserahkan kepada Allah s.w.t yang mengurniakan kebaikan tersebut.

Ahli tajrid tidak perlu menentukan perbuatannya ikhlas atau tidak ikhlas. Melihat keihklasan pada perbuatan sama dengan melihat diri sendiri yang ikhlas.

Apabila seseorang merasakan dirinya sudah ikhlas, padanya masih tersembunyi keegoan diri yang membawa kepada riak, ujub (merasakan diri sendiri sudah baik) dan sama’ah.

Apabila tangan kanan berbuat ikhlas dalam keadaan tangan kiri tidak menyedari perbuatan itu baharulah tangan kanan itu benar-benar ikhlas.

Orang yang ikhlas berbuat kebaikan dengan melupakan kebaikan itu. Ikhlas sama seperti harta benda. Jika seorang miskin diberi harta oleh jutawan, orang miskin itu malu mendabik dada kepada jutawan itu dengan mengatakan yang
dia sudah kaya.

Orang tajrid yang diberi ikhlas oleh Allah s.w.t mengembalikan kebaikan mereka kepada Allah s.w.t. Jika harta orang miskin itu hak si jutawan tadi, ikhlas orang tajrid adalah hak Allah s.w.t.

Jadi, orang asbab bergembira kerana melakukan perbuatan dengan ikhlas, orang tajrid pula melihat Allah s.w.t yang mentadbir sekalian urusan.

Ahli asbab dibawa kepada syukur, ahli tajrid berada dalam penyerahan. Kebaikan yang dilakukan oleh ahli asbab merupakan teguran agar mereka ingat kepada Allah s.w.t yang memimpin mereka kepada kebaikan.

Kebaikan yang dilakukan oleh ahli tajrid
merupakan kurniaan Allah s.w.t kepada kumpulan manusia yang tidak memandang kepada diri mereka dan kepentingannya.

Ahli asbab melihat kepada keberkesanan hukum sebab-akibat. Ahli tajrid pula melihat kepada keberkesanan kekuasaan dan ketentuan Allah s.w.t.

Dari kalangan ahli tajrid, Allah s.w.t memilih sebahagiannya dan meletakkan kekuatan hukum pada mereka. Kumpulan ini bukan sekadar tidak melihat kepada keberkesanan hukum sebab-akibat, malah mereka berkekuatan menguasai hukum sebab-akibat itu.

Mereka adalah nabi-nabi dan wali-wali pilihan. Nabi-nabi dianugerahkan mukjizat dan wali-wali dianugerahkan
kekeramatan. Mukjizat dan kekeramatan merombak keberkesanan hukum sebab-akibat.

Di dalam kumpulan wali-wali pilihan yang dikurniakan kekuatan mengawal hukum sebab-akibat itu terdapatlah orang-orang seperti Syeikh Abdul Kadir al-Jailani, Abu Hasan as-Sazili, Rabiatul Adawiah, Ibrahim Adham dan lain-lain.

Cerita tentang kekeramatan mereka sering diperdengarkan. Orang yang cenderung kepada tarekat tasauf gemar menjadikan kehidupan aulia Allah s.w.t tersebut sebagai contoh, dan yang mudah memikat perhatian adalah bahagian kekeramatan.

Kekeramatan biasanya dikaitkan dengan perilaku kehidupan yang zuhud dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Timbul anggapan bahawa jika mahu memperolehi kekeramatan
seperti mereka mestilah hidup sebagaimana mereka.

Orang yang berada pada peringkat
permulaan bertarekat cenderung untuk memilih jalan bertajrid iaitu membuang segala ikhtiar dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Sikap melulu bertajrid membuat seseorang meninggalkan pekerjaan, isteri, anak-anak, masyarakat dan dunia seluruhnya.

Semua harta disedekahkan kerana dia melihat Saidina Abu Bakar as-Siddik telah berbuat demikian. Ibrahim bin Adham telah meninggalkan takhta kerajaan, isteri, anak, rakyat dan negerinya lalu tinggal di dalam gua.

Biasanya orang yang bertindak demikian tidak dapat bertahan lama. Kesudahannya dia mungkin meninggalkan kumpulan tarekatnya dan kembali kepada kehidupan duniawi.

Ada juga yang kembali kepada kehidupan yang lebih buruk daripada keadaannya sebelum bertarekat dahulu kerana dia mahu menebus kembali apa yang
telah ditinggalkannya dahulu untuk bertarekat.

Keadaan yang demikian berlaku akibat bertajrid secara melulu. Orang yang baharu masuk ke dalam bidang latihan kerohanian sudah mahu beramal seperti
aulia Allah s.w.t yang sudah berpuluh-puluh tahun melatihkan diri.

Tindakan mencampak semua yang dimilikinya secara tergesa-gesa membuatnya berhadapan dengan cabaran dan dugaan yang boleh menggoncangkan imannya dan mungkin juga membuatnya berputus-asa.

Apa yang harus dilakukan bukanlah meniru kehidupan aulia Allah s.w.t yang telah mencapai makam yang tinggi secara melulu.

Seseorang haruslah melihat kepada dirinya dan mengenalpasti kedudukannya, kemampuanya
dan daya-tahannya. Ketika masih di dalam makam asbab seseorang haruslah bertindak sesuai dengan hukum sebab-akibat.

Dia harus bekerja untuk mendapatkan rezekinya dan harus pula berusaha menjauhkan dirinya daripada bahaya atau kemusnahan.

Ahli asbab perlu berbuat demikian kerana dia masih lagi terikat dengan sifat-sifat kemanusiaan. Dia masih lagi melihat bahawa tindakan makhluk memberi kesan kepada dirinya.

Oleh yang demikian adalah wajar sekiranya dia mengadakan juga tindakan yang menurut pandangannya akan mendatangkan kesejahteraan kepada dirinya dan orang lain.

Tanda Allah s.w.t meletakkan seseorang pada kedudukan sebagai ahli asbab ialah apabila urusannya dan tindakannya yang menurut kesesuaian hukum sebab-akibat tidak menyebabkannya mengabaikan kewajipan terhadap tuntutan agama.

Dia tetap berasa ringan untuk berbakti kepada Allah s.w.t, tidak gelojoh dengan nikmat duniawi dan tidak berasa iri hati terhadap orang lain.

Apabila ahli asbab berjalan menurut hukum asbab maka jiwanya akan maju dan berkembang dengan baik tanpa menghadapi kegoncangan yang besar yang boleh menyebabkan dia berputus asa dari rahmat Allah s.w.t.

Rohaninya akan menjadi kuat sedikit demi sedikit dan menolaknya ke dalam makam tajrid secara selamat. Akhirnya dia mampu untuk bertajrid sepenuhnya.

Ada pula orang yang dipaksa oleh takdir supaya bertajrid. Orang ini asalnya adalah ahli asbab yang berjalan menurut hukum sebab-akibat sebagaimana orang ramai.

Kemungkinannya kehidupan seperti itu tidak menambahkan kematangan rohaninya. Perubahan jalan perlu
baginya supaya dia boleh maju dalam bidang kerohanian.

Oleh itu takdir bertindak memaksanya untuk terjun ke dalam lautan tajrid. Dia akan mengalami keadaan di mana hukum sebab-akibat tidak lagi membantunya untuk menyelesaikan masalahnya.

Sekiranya dia seorang raja, takdir mencabut kerajaannya. Sekiranya dia seorang hartawan, takdir menghapuskan hartanya. Sekiranya dia seorang yang
cantik, takdir menghilangkan kecantikannya itu.

Takdir memisahkannya daripada apa yang dimiliki dan dikasihinya. Pada peringkat permulaan menerima kedatangan takdir yang demikian,
sebagai ahli asbab, dia berikhtiar menurut hukum sebab-akibat untuk mempertahankan apa yang dimiliki dan dikasihinya.

Jika dia tidak terdaya untuk menolong dirinya dia akan meminta pertolongan orang lain. Setelah puas dia berikhtiar termasuklah bantuan orang lain namun, tangan takdir tetap juga merombak sistem sebab-akibat yang terjadi ke atas dirinya.

Apabila dia sendiri dengan dibantu
oleh orang lain tidak mampu mengatasi arus takdir maka dia tidak ada pilihan kecuali berserah kepada takdir. Dalam keadaan begitu dia akan lari kepada Allah s.w.t dan merayu agar Allah
s.w.t menolongnya.

Pada peringkat ini seseorang itu akan kuat beribadat dan menumpukan sepenuh hatinya kepada Tuhan. Dia benar-benar berharap Tuhan akan menolongnya mengembalikan apa yang
pernah dimilikinya dan dikasihinya.

Tetapi, pertolongan tidak juga sampai kepadanya sehinggalah dia benar-benar terpisah dari apa yang dimiliki dan dikasihinya itu. Luputlah harapannya untuk memperolehinya kembali.

Redalah dia dengan perpisahan itu. Dia tidak lagi merayu kepada Tuhan sebaliknya dia menyerahkan segala urusannya kepada Tuhan.

Dia menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t, tidak ada lagi ikhtiar, pilihan dan kehendak diri sendiri. Jadilah dia seorang hamba Allah s.w.t yang bertajrid.

Apabila seseorang hamba benar-
benar bertajrid maka Allah s.w.t sendiri akan menguruskan kehidupannya.

Allah s.w.t menggambarkan suasana tajrid dengan firman-Nya:
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.
( Ayat 60 : Surah al-‘Ankabut )

Makhluk Allah s.w.t seperti burung, ikan, kuman dan sebagainya tidak memiliki tempat simpanan makanan. Mereka adalah ahli tajrid yang dijamin rezeki mereka oleh Allah s.w.t.

Jaminan Allah s.w.t itu meliputi juga bangsa manusia. Tanda Allah s.w.t meletakkan seseorang hamba-Nya di dalam makam tajrid ialah Allah s.w.t memudahkan baginya rezeki yang datang dari arah yang tidak diduganya.

Jiwanya tetap tenteram sekalipun terjadi kekurangan pada rezeki atau ketika menerima bala ujian. Sekiranya ahli tajrid sengaja memindahkan dirinya kepada makam asbab maka ini bermakna dia
melepaskan jaminan Allah s.w.t lalu bersandar kepada makhluk .

Ini menunjukkan akan kejahilannya tentang rahmat dan kekuasaan Allah s.w.t. Tindakan yang jahil itu boleh
menyebabkan berkurangan atau hilang terus keberkatan yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya.

Misalnya, seorang ahli tajrid yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan kecuali membimbing orang ramai kepada jalan Allah s.w.t, walaupun tidak mempunyai sebarang pekerjaan namun, rezeki datang kepadanya dari berbagai-bagai arah dan tidak pernah putus tanpa dia meminta-
minta atau mengharap-harap.

Pengajaran yang disampaikan kepada murid-muridnya sangat berkesan sekali. Keberkatannya amat ketara seperti makbul doa dan ucapannya biasanya
menjadi kenyataan.

Andainya dia meninggalkan suasana bertajrid lalu berasbab kerana tidak puas hati dengan rezeki yang diterimanya maka keberkatannya akan terjejas.

Pengajarannya, doanya dan ucapannya tidak seberkesan dahulu lagi. Ilham yang datang kepadanya tersekat-sekat dan
kefasihan lidahnya tidak selancar biasa.
Seseorang hamba haruslah menerima dan reda dengan kedudukan yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya.

Berserahlah kepada Allah s.w.t dengan yakin bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah s.w.t tahu apa yang patut bagi setiap makhluk-Nya. Allah s.w.t sangat bijak mengatur urusan hamba-hamba-Nya.

Keinginan kepada pertukaran makam merupakan tipu daya yang sangat halus. Di dalamnya tersembunyi rangsangan nafsu yang sukar disedari. Nafsu di sini merangkumi kehendak, cita-cita dan angan-angan.

Orang yang baharu terbuka pintu hatinya setelah lama hidup di dalam kelalaian, akan mudah tergerak untuk meninggalkan suasana asbab dan masuk ke dalam suasana tajrid.

Orang yang telah lama berada dalam suasana tajrid, apabila kesedaran dirinya kembali sepenuhnya, ikut kembali kepadanya adalah keinginan, cita-cita dan angan-angan.

Nafsu mencuba untuk bangkit semula menguasai dirinya. Orang asbab perlulah menyedari bahawa keinginannya untuk berpindah kepada makam tajrid itu mungkin secara halus digerakkan oleh ego diri yang tertanam jauh dalam jiwanya.

Orang tajrid pula perlu sedar keinginannya untuk kembali kepada asbab itu mungkin didorong oleh nafsu rendah yang masih belum berpisah dari hatinya.

Ulama tasauf mengatakan seseorang mungkin dapat mencapai semua makam nafsu, tetapi nafsu peringkat pertama tidak kunjung padam. Oleh yang demikian perjuangan atau mujahadah mengawasi nafsu sentiasa berjalan.

Isnin, 21 Mei 2018

Istirahatkan dirimu dari at-tadbir

“Istirahatkan dirimu dari at-tadbir(kerisauan mengatur kebutuhan), sebab apa yang sudah dijaminkan/diselesaikan oleh selainmu, tidak perlu engkau sibuk memikirkannya.”

Ustadz Salim Bahreisy menambahan dalam buku terjemahannya di hal 14:

Sebagai seorang hamba, kita wajib dan harus melulu mengenal kewajiban, sedang jaminan upah/balasan ada di tangan majikan, maka tidak usah merisaukan pikiran maupun perasaan untuk mengatur (tadbir), karena mengkhawatirkan apa yang telah dijaminkan itu tidak tiba, atau terlambat. Sebab ragu terhadap jaminan Allah adalah tanda kurangnya iman kita.

Sahabatku,

Marilah kita menyadari bahwa kalimat hikmah tersebut keluar dari seorang yang pengenalannya (ma’rifat) kepada Allah beserta Af’al, Shifat dan Asma-Nya telah mencapai maqam/tingkat yang jauh di atas maqam kita, yaitu kesempurnaan atas seizin Allah.

Beliau yang telah mengenal bahwa Allah adalah Rabb yang sempurna Pemeliharaan serta Pemberian Rezeki-Nya kepada makhluk-makhluknya, menasihatkan kepada kita yang seringkali kelalaian kita menyebabkan kurang yakinnya kita atas Pemeliharaan serta Penjaminan rezeki kita oleh Allah.

Hendaknya kesibukan kita lebih berfokus pada penyempurnaan penunaian kewajiban-kewajiban kita kepada Allah, sebab Dia, Rabb yang sekaligus Ar-Raazak pasti akan membalas penunaian kewajiban tersebut dengan anugrah-Nya yang akan mencukupi kebutuhan kita.

Di antara kewajiban kita yang telah Allah firmankan dalam Al-Quran antara lain,

“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.” (QS. ThaaHa [20]:14)

‎“…Katakanlah: “Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertobat kepada Nya”, (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS. Ar-Ra’ad [13]:28)

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).” (QS. Al-A’raaf [7]:172)

Katakanlah: “Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus; dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik”.Katakanlah: “Sesungguhnya shalat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (QS. Al-An’am [6]:161-162)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.” (QS. Al-Baqarah [2]: 45-46)

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang lubb-nya aktif (ulil albab), (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. Ali Imran [3]: 190-191)

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan salat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kami lah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (QS. ThaaHaa [20]:132)

Laa haula wa laa quwwata illa billahil ‘Aliyyul ‘Adhim.

Wa Allahu A’lam bi shawwab.

Khamis, 10 Mei 2018

Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah, “Wahai Rabb Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”. [Ali ‘Imrân/3:26].

کونچي لاڠيت👆

Khamis, 18 Mei 2017

PENGERTIAN QADHA DAN QADAR

PENGERTIAN QADHA DAN QADAR

A. Pengertian Qadha dan Qadar
Menurut bahasa qadha memiliki beberapa arti yaitu hukum, ketetapan, perintah, kehendak, pemberitahuan, dan penciptaan.

Sedangkan menurut istilah, qadha adalah ketentuan atau ketetapan Allah SWT dari sejak zaman azali tentang segala sesuatu yang berkenaan dengan makhluk-Nya sesuai dengan iradah (kehendak-Nya), meliputi baik dan buruk, hidup dan mati, dan seterusnya.

Menurut bahasa, qadar berarti kepastian, peraturan, dan ukuran. Sedangkan menurut istilah, qadar adalah perwujudan ketetapan (qadha) terhadap segala sesuatu yang berkenaan dengan makhluk-Nya yang telah ada sejak zaman azali sesuai dengan iradah-Nya.

Qadar disebut juga dengan takdir Allah SWT yang berlaku bagi semua makhluk hidup, baik yang telah, sedang, maupun akan terjadi.

B. Pengertian Iman Kepada Qada dan Qadar
Beriman kepada qada dan qadar adalah menyakini dengan sepenuh hati adanya ketentuan Allah SWT yang berlaku bagi semua mahluk hidup. Semua itu menjadi bukti kebesaran dan kekuasan Allah SWT. Jadi, segala sesuatu yang terjadi di alam fana ini telah ditetapkan oleh Allah SWT.

C. Dalil – Dalil Tentang Beriman Kepada Qadha dan Qadar

a. Q.S Ar-Ra’d ayat 11 :
Artinya : Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

b. Q.S Al-A’laa ayat 3 :
Artinya :"Dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk.”

D. Takdir
Takdir adalah ketentuan suatu peristiwa yang terjadi di alam raya ini yang meliputi semua sisi kejadiannya baik itu mengenai kadar atau ukurannya, tempatnya maupun waktunya. Dengan demikian segala sesuatu yang terjadi tentu ada takdirnya, termasuk manusia.

Umat Islam memahami takdir sebagai bagian dari tanda kekuasaan Tuhan yang harus diimani sebagaimana dikenal dalam Rukun Iman.

Penjelasan tentang takdir hanya dapat dipelajari dari informasi Tuhan, yaitu informasi Allah melalui Al Quran dan Al Hadits. Secara keilmuan umat Islam dengan sederhana telah mengartikan takdir sebagai segala sesuatu yang sudah terjadi.

E. Takdir Mua’llaq dan Takdir Mubram

a. Takdir mua’llaq
Yaitu takdir yang erat kaitannya dengan ikhtiar manusia. Contohnya seorang siswa bercita-cita ingin menjadi insinyur pertanian. Untuk mencapai cita-citanya itu ia belajar dengan tekun. Akhirnya apa yang ia cita-citakan menjadi kenyataan. Ia menjadi insinyur pertanian.

b. Takdir mubram
Yaitu takdir yang terjadi pada diri manusia dan tidak dapat diusahakan atau tidak dapat di tawar-tawar lagi oleh manusia. Contoh. Ada orang yang dilahirkan dengan mata sipit , atau dilahirkan dengan kulit hitam sedangkan ibu dan bapaknya kulit putih dan sebagainya.

F. Ikhtiar
Ikhtiar adalah usaha manusia untuk memenuhi kebutuhan dalam hidupnya, baik material, spiritual, kesehatan, dan masa depannya agar tujuan hidupnya selamat sejahtera dunia dan akhirat terpenuhi.

Ikhtiar juga dilakukan dengan sungguh-sungguh, sepenuh hati, dan semaksimal mungkin sesuai dengan kemampuan dan keterampilannya. Akan tetapi, apabila usaha kita gagal, hendaknya kita tidak berputus asa. Kita sebaiknya mencoba lagi dengan lebih keras dan tidak berputus asa.

Kegagalan dalam suatu usaha, antara lain disebabkan keterbatasan dan kekurangan yang terdapat dalam diri manusia itu sendiri.

Apabila gagal dalam suatu usaha, setiap muslim dianjurkan untuk bersabar karena orang yang sabar tidak akan gelisah dan berkeluh kesah atau berputus asa.

Agar ikhtiar atau usaha kita dapat berhasil dan sukses, hendaknya melandasi usaha tersebut dengan niat ikhlas untuk mendapat ridha Allah, berdoa dengan senantiasa mengikuti perintah Allah yang diiringi dengan perbuatan baik, bidang usaha yang akan dilakukann harus dikuasai dengan mengadakan penelitian atau riset, selalu berhati-hati mencari teman (mitra) yang mendukung usaha tersebut, serta memunculkan perbaikan-perbaikan dalam manajemen yang professional.

G. Hubungan antara qadha dan qadar dengan ikhtiar

Iman kepada qadha dan qadar artinya percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahwa Allah SWT telah menentukan tentang segala sesuatu bagi makhluknya.

Berkaitan dengan qadha dan qadar, Rasulullah SAW bersabda yang artinya sebagai berikut yang artinya :
”Sesungguhnya seseorang itu diciptakan dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah, 40 hari menjadi segumpal darah, 40 hari menjadi segumpal daging, kemudian Allah mengutus malaekat untuk meniupkan ruh ke dalamnya dan menuliskan empat ketentuan, yaitu tentang rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya, dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia.”
(HR.Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud).

Dari hadits di atas dapat kita ketahui bahwa nasib manusia telah ditentukan Allah sejak sebelum ia dilahirkan. Walaupun setiap manusia telah ditentukan nasibnya, tidak berarti bahwa manusia hanya tinggal diam menunggu nasib tanpa berusaha dan ikhtiar.

Manusia tetap berkewajiban untuk berusaha, sebab keberhasilan tidak datang dengan sendirinya.

Janganlah sekali-kali menjadikan takdir itu sebagai alasan untuk malas berusaha dan berbuat kejahatan.

Mengenai adanya kewajiban berikhtiar , ditegaskan dalam sebuah kisah. Pada zaman nabi Muhammad SAW pernah terjadi bahwa seorang Arab Badui datang menghadap nabi. Orang itu datang dengan menunggang kuda.

Setelah sampai, ia turun dari kudanya dan langsung menghadap nabi, tanpa terlebih dahulu mengikat kudanya.

Nabi menegur orang itu, ”Kenapa kuda itu tidak engkau ikat?.” Orang Arab Badui itu menjawab, ”Biarlah, saya bertawakkal kepada Allah”.

Nabi pun bersabda, ”Ikatlah kudamu, setelah itu bertawakkalah kepada Allah”.

Dari kisah tersebut jelaslah bahwa walaupun Allah telah menentukan segala sesuatu, namun manusia tetap berkewajiban untuk berikhtiar.

Kita tidak mengetahui apa-apa yang akan terjadi pada diri kita, oleh sebab itu kita harus berikhtiar. Jika ingin pandai, hendaklah belajar dengan tekun.

Jika ingin kaya, bekerjalah dengan rajin setelah itu berdo’a. Dengan berdo’a kita kembalikan segala urusan kepada Allah kita kepada Allah SWT. Dengan demikian apapun yang terjadi kita dapat menerimanya dengan ridha dan ikhlas.

H. Sunnatullah
Menurut bahasa sunnatullah berasal dari kata sunnah yang bersinonim dengan tariqah yang berarti jalan yang dilalui atau sirah yang berarti jalan hidup.

Kemudian, kata tersebut digabung dengan lafaz Allah sehingga menjadi kata sunatullah yang berarti ketentuan-ketentuan atau hukum Allah swt. yang berlaku atas segenap alam dan berjalan secara tetap dan teratur.

Sunnatullah terdiri dari dua macam, yaitu :

1. Sunnatullah qauliyah adalah sunnatullah yang berupa wahyu yang tertulis dalam bentuk lembaran atau dibukukan, yaitu Al-Qur’an.

2. Sunnatullah kauniyyah adalah sunnatullah yang tidak tertulis dan berupa kejadian atau fenomena alam. Contohnya, matahari terbit di ufuk timur dan tenggelam di ufuk barat.

Kedua sunatullah tersebut memiliki persamaan, yaitu :
1. Kedua-duanya berasal dari Allah swt.
2. Kedua-duanya dijamin kemutlakannya.
3. Kedua-duanya tidak dapat diubah atau diganti dengan hukum lainnya.

Contohnya adalah hukum yang terdapat dalam Al-Qur’an. Dalam Al-Qur’an dikatakan bahwa barang siapa yang beriman dan beramal saleh, pasti akan mendapat balasan pahala dari Allah swt.

Selain memiliki persamaan, keduanya juga mempunyai perbedaan. Sunatullah yang ada di alam, dapat diukur. Lain halnya dengan sunnatullah yang ada dalam AL-Qur’an. Walaupun hal itu pasti terjadi, tetapi tidak diketahui secara pasti kapan waktunya.

I. Tawakal
Tawakal atau tawakkul berarti mewakilkan atau menyerahkan. Dalam agama Islam, tawakal berarti berserah diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi atau menunggu hasil suatu pekerjaan, atau menanti akibat dari suatu keadaan.

Imam al-Ghazali merumuskan definisi tawakkal sebagai berikut, "Tawakkal ialah menyandarkan kepada Allah swt tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepada-Nya dalam waktu kesukaran, teguh hati tatkala ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.

Berdasarkan al-Qur’an Surah at-Talaq ayat 3, Allah swt. akan mencukupkan segala keperluan orang-orang yang bertawakal dan bila dijabarkan orang yang bertawakal akan :

1. Mendapatkan limpahan sifat ‘aziz atau kehormatan dan kemuliaan.
2. Memiliki keberanian dalam menghadapi musibah atau maut.
3. Menghilangkan keluh kesah dan gelisah, serta mendapatkan ketenangan, ketentraman, dan kegembiraan.
4. Mensyukuri karunia Allah swt. serta memiliki kesabaran apabila belum memperolehnya.
5. Memiliki kepercayaan diri dan keberanian dalam menghadapi setiap persoalan.
6. Mendapatkan pertolongan, perlindungan, serta rezeki yang cukup dari Allah swt.
7. Mendapatkan kepercayaan dari orang banyak karena budi pekertinya yang terpuji dan hidupnya yang bermanfaat bagi orang lain.

J. Hikmah Beriman kepada Qada dan qadar

Dengan beriman kepada qadha dan qadar, banyak hikmah yang amat berharga bagi kita dalam menjalani kehidupan dunia dan mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat. Hikmah tersebut antara lain:

a. Melatih diri untuk banyak bersyukur dan bersabar

Orang yang beriman kepada qadha dan qadar, apabila mendapat keberuntungan, maka ia akan bersyukur, karena keberuntungan itu merupakan nikmat Allah yang harus disyukuri. Sebaliknya apabila terkena musibah maka ia akan sabar, karena hal tersebut merupakan ujian.

Firman Allah dalam QS. An-Nahl ayat 53 yang artinya :
“dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah( datangnya), dan bila ditimpa oleh kemudratan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan. ”

b. Menjauhkan diri dari sifat sombong dan putus asa

Orang yang tidak beriman kepada qadha dan qadar, apabila memperoleh keberhasilan, ia menganggap keberhasilan itu adalah semata-mata karena hasil usahanya sendiri. Ia pun merasa dirinya hebat.

Apabila ia mengalami kegagalan, ia mudah berkeluh kesah dan berputus asa , karena ia menyadari bahwa kegagalan itu sebenarnya adalah ketentuan Allah.

Firman Allah SWT dalam QS.Yusuf ayat 87 yang artinya :
Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

c. Memupuk sifat optimis dan giat bekerja

Manusia tidak mengetahui takdir apa yang terjadi pada dirinya. Semua orang tentu menginginkan bernasib baik dan beruntung.

Keberuntungan itu tidak datang begitu saja, tetapi harus diusahakan. Oleh sebab itu, orang yang beriman kepada qadha dan qadar senantiasa optimis dan giat bekerja untuk meraih kebahagiaan dan keberhasilan itu.

Firaman Allah dalam QS Al- Qashas ayat 77 yang artinya :

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.

d. Menenangkan jiwa

Orang yang beriman kepada qadha dan qadar senangtiasa mengalami ketenangan jiwa dalam hidupnya, sebab ia selalu merasa senang dengan apa yang ditentukan Allah kepadanya.

Jika beruntung atau berhasil, ia bersyukur. Jika terkena musibah atau gagal, ia bersabar dan berusaha lagi.

Firman Allah dalam QS. Al-Fajr ayat 27-30 yang artinya :
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang tenang lagi diridhai-Nya. Maka masuklah kedalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam surga-Ku.

sumber : http://leniblogs.blogspot.com/

Sabtu, 18 Februari 2017

MEMAHAMKAN ERTI QADHA & QADHAR

MEMAHAMKAN ERTI QADHA & QADHAR

Para ilmuwan, sering berbeda pendapat di dalam memberi definasi sebenar akan maksud perkataan Qadha Qadhar.

Ini kerana kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang hampir sama dan saling menjelaskan.

Dalam ilmu Nahwu (tatabahasa) Arab,  perkataan Qadha Qadhar itu adalah satu perkataan yang tidak terpisah dan saling kait mengait di antara satu dengan lainnya.

Apabila ianya disebut secara bersendirian, Qadha atau Qadhar, ia masih membawa maksud yang serupa tetapi jika ia disebut secara bersama (Qadha Qadhar) ia membawa maksud yang berbeda.

Ibarat perkataan Kaca Cermin atau Cermin Kaca. Jika perkataan itu dipisahkan, maka kaca dan cermin masih merujuk kepada maksud yang serupa tetapi bila disatukan sebutannya, ia merujuk kepada maksud yang lain.

Perkataan Qadha Qadar juga tergolong dalam pengertian ilmu 'Nahwu' sebegini.

MAKSUD

Jika dipisahkan, Qadha itu maknanya TETAP (Ketetapan)

Qadar itu maknanya TENTU (Ketentuan).

Tetapi jika Qadha Qadhar itu disatukan, maka ia membawa maksud TAKDIR.


DALIL

QADHA : TETAP

(Jibril) berkata, demikianlah telah berfirman Tuhanmu hal itu, bagiKu sangatlah mudah, dan kami hendak jadikan ia bukti bagi manusia dan dari kami dan (penciptaannya) adalah perkara yang telah DITETAPKAN 

He said, "Thus [it will be]; your Lord says, 'It is easy for Me, and We will make him a sign to the people and a mercy from Us. And it is a matter [already] decreed.'  (al-quran 19:21)


QADHAR : TENTU

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan KETENTUAN
Indeed, all things We created with predestination  (al-quran 54:49)

APA YANG DIKATAKAN TETAP?

Qadha itu Tetap.

Apa yang tetap?

Allah itu menetapkan setiap sesuatu itu berlaku dalam hukum FayakunNya. Bila Allah 'KUN' (Jadi) segala sesuatu, maka Fayakun (Terjadilah) segala sesuatu itu mengikut undang-undangNya. Undang2 inilah yang dikatakan Sunatullah.

Makanya setiap segala sesuatu yang berlaku itu adalah keteTETAPan atau Qadha Allah yang telah mengikut Sunnahtullah (Peraturan) Allah.

Peraturan atau Undang2 ini adalah undang2 yang TETAP dan tidak akan berubah yang telah diFayakunkan Allah di Loh Mahfuz.

KE-TETAP-AN yang tidak berubah ini dikenali juga dengan nama TAKDIR MUBRAM (Takdir yang tidak boleh berubah)

Contoh Sunatullah (undang2/hukum/peraturan) ini ialah Mati. Setiap sesuatu yang hidup pasti akan Mati. Mati inilah yang dikatakan keTETAPan atau QADHA Allah yang telah diFayakunNya mengikut KehendakNya sendiri.

Contoh lain seperti; api sifatnya panas, jasad sifatnya binasa, angin tidak bisa dilihat, matahari terbit dari timur dan tenggelam di barat, hanya wanita yang bisa melahirkan, mata untuk melihat dan banyak lagi.

APA YANG DIKATAKAN TENTU?

QADHAR pula bermaksud TENTU.

Apa yang tentu?

Allah menentukan bahawa setiap yang TETAP itu adalah tertakluk kepada keTENTUan-Nya atau Qadar-Nya berdasarkan HUKUM SEBAB dan AKIBAT dan di atas KEHENDAK NYA sendiri, seperti yang telah diFayakunkan dalam Loh Mahfuz.

KE-TENTU-AN yang berdasarkan Hukum Sebab dan Akibat ini dikenali juga dengan nama TAKDIR MUALAAQ (Takdir yang boleh berubah)

Contoh:

Orang bunuh diri dalam api kebakaran.

Jika seseorang ingin membunuh diri dan dia masuk ke dalam rumah yang terbakar, kemudian dia mati, maka apakah ini dikatakan takdir Allah? Jika ini dikatakan takdir Allah, apakah ini bermakna Allah itu kejam?

Jika seseorang itu mati terbakar dalam kebakaran, apakah takdir Allah yang membunuh mereka?

Jika kita miskin, apakah takdir Allah yang memiskinkan kita? Jika kita bercerai dengan isteri atau suami, apakah dituduh Allah yang menceraikan kita?

Jika seseorang itu dilahirkan dalam agama selain Islam, apakah itu kehendak mereka? Jika Allah itu yang melakukannya, apakah itu menunjukkan bahawa Allah itu zalim?

Allah itu Maha Pengasih lagi Penyanyang kepada seluruh makhluk yang dijadikanNya, tidak kira bangsa dan agama! Itulah KE-TETAP-AN Nya (Qadha).

Allah tidak memusnahkan makhluk, tetapi Allah telah mencipta KEMUSNAHAN mengikut HUKUM SEBAB dan AKIBAT yang telah 'ditulis' di dalam Loh Mahfuz. Hukum Sebab dan Akibat inilah KE-TENTU-AN NYA (Qadhar).

Jika Allah itu hanya redha kepada penganut agama Islam, kenapa Allah menjadikan penganut agama lain? Apakah ada 'Allah' lain yang menjadikan mereka? Inilah KE-TETAP-AN Allah!

Penganut Agama lain mengenal Tuhan dengan menggunakan pertimbangan rohani dan jasmani yang berbeza. Inilah KE-TENTU-AN Allah. 

Berbalik kepada contoh orang yang membunuh diri di dalam kebakaran. Maka yang bagaimana dikatakan Qadha Qadar Allah?


Qadha Allah ialah Mati.

Maksudnya, Allah telah TETAP kan bahawa setiap makhluk atau setiap segala sesuatu yang hidup akan mati. Mati inilah Qadha atau Tetap yang tidak berubah yang telah diFayakunkan Allah!

Mati TETAP akan berlaku sejak dari zaman Adam hingga sekarang dan setiap orang akan menghadapinya dan setiap makhluk tidak akan terlepas mati !

Qadar Nya?

Mati itu TETAP tetapi belum TENTU bila waktunya akan berlaku !

Waktu bila dan di mana berlakunya mati itu telah Allah TENTUkan di Loh Mahfuz berdasarkan kepada HUKUM SEBAB dan AKIBAT.

Bermakna setiap kematian pasti TETAP akan berlaku tetapi waktu berlakunya kematian itu telah diTENTUkan mengikut HUKUM SEBAB dan AKIBAT.

Contoh:

Orang itu membunuh diri dan mati dalam kebakaran.

Dimana QadhaNya? (KetetapanNya) ialah :

1. Setiap makhluk akan Mati

2. Manusia ada akal

3. Api sifatnya panas dan membakar

4. Jasad sifatnya binasa

Empat perkara di atas TETAP akan berlaku dan tidak boleh diubah (Takdir Mubram).

Namun....

KeTENTUan tentang bila akan berlakunya kematian, tentang bila api akan membakar, tentang bila jasad akan binasa dan tentang bila akal akan berfikir adalah mengikut HUKUM SEBAB dan AKIBAT.

Apa Hukum Sebab dan Akibat Yang Menyebabkan Orang itu Mati?

1.     SEBAB orang itu tidak berfikir menggunakan waras akalnya, maka dia ingin membunuh diri di dalam api kebakaran.Kenapa orang itu tidak befikir?

Mungkin dia stress. Mungkin dia sakit. Mungkin dia banyak hutang. Mungkin dia ingin mencuba ilmu kebalnya. Mungkin dia dipaksa atau banyak lagi sebab.

2.     SEBAB orang itu stress, AKIBATnya, dia tidak dapat berfikir menggunakan akal yang waras.

3.     SEBAB dia tidak menggunakan akal yang waras, AKIBATnya dia buat keputusan masuk ke dalam api.

4.     SEBAB dia masuk ke dalam api, AKIBATnya, jasadnya binasa terbakar.

5.     SEBAB jasadnya binasa terbakar, AKIBATnya dia mati !

6.     Mati itu Qadha dan Sebab Akibat kematiannya itulah Qadhar !

Maka yang manakah dikatakan TAKDIR Tuhan ?

Qadha dan Qadar itulah TAKDIR Tuhan !

Takdir itu adalah mengikut 'KehendakNya' sendiri seperti yang tertulis di Loh Mahfuz.

Api itu tidak akan membakar dan jasad itu tidak akan binasa jika Dia menginginkan begitu.

Orang itu tidak akan membunuh diri jika DIA  berkehendakkan begitu.

Jasad makhluk tidak akan binasa jika DIA berkehendakkan begitu.

Api tidak akan membakar jika DIA berkehendakan begitu.

Orang itu boleh saja berfikir samada dia ingin menggunakan akalnya atau tidak jika DIA berkehendakan begitu.

Contohnya, Nabi Ibrahim tidak terbakar dan jasadnya tidak binasa meskipun dicampak ke dalam api kerana DIA berkehendakkan begitu !


KESIMPULAN

Tuhan itu Maha MENETAPKAN segala sesuatu yang langsung tidak boleh diubah oleh makhluk walau apa cara sekalipun.

Tuhan itu Maha MENENTUKAN kejadian segala sesuatu dan boleh berubah mengikut Hukum Sebab dan Akibat dan KehendakNya Sendiri !

Inilah TAKDIR Tuhan !

Selasa, 1 November 2016

AHLI ASBAB DAN AHLI TAJRID

AHLI ASBAB  DAN AHLI TAJRID

KEINGINAN KAMU UNTUK BERTAJRID PADAHAL ALLAH MASIH MELETAKKAN KAMU  DALAM SUASANA ASBAB ADALAH SYAHWAT YANG SAMAR.

SEBALIKNYA KEINGINAN KAMU UNTUK BERASBAB PADAHAL ALLAH  TELAH MELETAKKAN KAMU  DALAM SUASANA TAJRID BERERTI TURUN DARI SEMANGAT DAN TINGKAT YANG TINGGI.

Hikmat 1 menerangkan tanda orang yang bersandar kepada amal. Bergantung kepada amal adalah sifat manusia biasa yang hidup dalam dunia ini.

Dunia ini dinamakan alam asbab. Apabila perjalanan hidup keduniaan dipandang melalui mata ilmu atau mata akal akan dapat disaksikan kerapian susunan sistem sebab musabab yang mempengaruhi segala kejadian.

Tiap sesuatu berlaku menurut sebab yang menyebabkan ia berlaku. Hubungan sebab dengan akibat sangat erat. Mata akal melihat dengan jelas keberkesanan sebab dalam menentukan akibat.

Kerapian sistem sebab musabab ini membolehkan manusia  mengambil manfaat daripada anasir dan kejadian alam. Manusia dapat menentukan anasir yang boleh memudaratkan kesihatan lalu menjauhkannya dan manusia juga boleh menentukan anasir yang boleh menjadi ubat lalu menggunakannya.

Manusia boleh membuat ramalan cuaca, pasang surut air laut, angin, ombak, letupan gunung berapi dan lain-lain kerana sistem yang mengawal perjalanan anasir alam berada dalam suasana yang sangat rapi dan sempurna, membentuk hubungan sebab dan akibat yang padu.

Allah s.w.t mengadakan sistem sebab musabab yang rapi adalah untuk kemudahan manusia menyusun kehidupan mereka di dunia ini. Kekuatan akal dan pancaindera manusia mampu mentadbir kehidupan yang dikaitkan dengan perjalanan sebab musabab.

Hasil daripada pemerhatian dan kajian akal itulah lahir berbagai-bagai jenis ilmu tentang alam dan kehidupan, seperti ilmu sains, astronomi, kedoktoran, teknologi maklumat dan sebagainya. Semua jenis ilmu itu dibentuk berdasarkan perjalanan hukum sebab-akibat.

Kerapian sistem sebab musabab menyebabkan manusia terikat kuat dengan hukum sebab-akibat. Manusia bergantung kepada amal (sebab) dalam mendapatkan hasil (akibat).

Manusia yang melihat kepada keberkesanan sebab dalam menentukan akibat serta bersandar dengannya dinamakan ahli asbab.

Sistem sebab musabab atau perjalanan hukum sebab-akibat sering membuat manusia lupa kepada kekuasaan Allah s.w.t.

Mereka melakukan sesuatu dengan penuh keyakinan bahawa akibat akan lahir daripada sebab, seolah-olah Allah s.w.t tidak ikut campur dalam urusan mereka.

Allah s.w.t tidak suka hamba-Nya ‘mempertuhankan’ sesuatu kekuatan sehingga mereka lupa kepada kekuasaan-Nya.

Allah s.w.t tidak suka jika hamba-Nya sampai kepada tahap mempersekutukan diri-Nya dan kekuasaan-Nya dengan anasir alam  dan hukum sebab-akibat ciptaan-Nya.

Dia yang meletakkan keberkesanan kepada anasir alam berkuasa membuat anasir alam itu lemah semula. Dia yang meletakkan kerapian pada hukum sebab-akibat berkuasa merombak hukum tersebut.

Dia mengutuskan rasul-rasul dan nabi-nabi membawa mukjizat yang merombak hukum sebab-akibat bagi mengembalikan pandangan manusia kepada-Nya, agar waham sebab musabab tidak menghijab ketuhanan-Nya.

Kelahiran Nabi Isa a.s, terbelahnya laut dipukul oleh tongkat Nabi Musa a.s, kehilangan kuasa membakar yang ada pada api tatkala Nabi Ibrahim a.s masuk ke dalamnya, keluarnya air yang jernih dari jari-jari Nabi Muhammad s.a.w dan banyak lagi yang didatangkan oleh Allah s.w.t, merombak keberkesanan hukum sebab-akibat bagi menyedarkan manusia tentang hakikat bahawa kekuasaan Allah s.w.t yang menerajui perjalanan alam maya dan hukum sebab-akibat.

Alam dan hukum yang ada padanya seharusnya  membuat manusia mengenal Tuhan, bukan menutup pandangan kepada Tuhan. Sebahagian daripada manusia diselamatkan Allah s.w.t daripada waham sebab musabab.

Sebagai manusia yang hidup dalam dunia mereka masih bergerak dalam arus sebab musabab tetapi mereka tidak meletakkan keberkesanan hukum kepada sebab.

Mereka sentiasa melihat kekuasaan Allah s.w.t yang menetapkan atau mencabut keberkesanan pada sesuatu hukum sebab-akibat.

Jika sesuatu sebab berjaya mengeluarkan akibat menurut yang biasa terjadi, mereka melihatnya sebagai kekuasaan Allah s.w.t yang menetapkan kekuatan kepada sebab tersebut dan Allah s.w.t juga yang mengeluarkan akibatnya. Allah s.w.t berfirman:

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 1 & 2 : Surah al-Hadiid )

Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu”. (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda  kekuasaan-Nya, supaya kamu memahaminya.
( Ayat 73 : Surah al-Baqarah )

Orang yang melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t menerajui hukum sebab-akibat tidak meletakkan keberkesanan kepada hukum tersebut.

Pergantungannya kepada Allah s.w.t, tidak  kepada amal yang menjadi sebab. Orang yang seperti ini dipanggil ahli tajrid.

Ahli tajrid, seperti juga ahli asbab, melakukan sesuatu menurut peraturan sebab-akibat. Ahli tajrid juga makan dan minum. Ahli tajrid memanaskan badan dan memasak dengan menggunakan api juga.

Ahli tajrid juga melakukan sesuatu pekerjaan yang berhubung dengan rezekinya. Tidak ada perbezaan di antara amal ahli tajrid dengan amal ahli asbab.

Perbezaannya terletak di dalam diri iaitu hati. Ahli asbab melihat kepada kekuatan hukum alam.

Ahli tajrid melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t pada hukum alam itu. Walaupun ahli asbab mengakui kekuasaan Allah s.w.t tetapi penghayatan dan kekuatannya pada hati tidak sekuat ahli tajrid.

Dalam melakukan kebaikan ahli asbab perlu melakukan mujahadah. Mereka perlu memaksa diri mereka berbuat baik dan perlu menjaga kebaikan itu agar tidak menjadi rosak.

Ahli asbab perlu memperingatkan dirinya supaya berbuat ikhlas dan perlu melindungi keikhlasannya agar tidak dirosakkan oleh riak (berbuat baik untuk diperlihatkan kepada orang lain agar dia dikatakan orang baik), takbur (sombong dan membesar diri, merasakan diri sendiri lebih baik, lebih tinggi, lebih kuat dan lebih cerdik daripada orang lain) dan sama’ah (membawa perhatian orang lain kepada kebaikan yang telah dibuatnya dengan cara bercerita mengenainya, agar orang memperakui bahawa dia adalah orang baik).

Jadi, ahli asbab perlu memelihara kebaikan sebelum melakukannya dan juga selepas melakukannya.

Suasana hati ahli tajrid berbeza daripada apa yang dialami oleh ahli asbab. Jika ahli asbab memperingatkan dirinya supaya ikhlas, ahli tajrid tidak melihat kepada ikhlas kerana mereka tidak bersandar kepada amal kebaikan yang mereka lakukan.

Apa juga kebaikan yang keluar daripada mereka diserahkan kepada Allah s.w.t yang mengurniakan kebaikan tersebut.

Ahli tajrid tidak perlu menentukan perbuatannya ikhlas atau tidak ikhlas. Melihat keihklasan pada perbuatan sama dengan melihat diri sendiri yang ikhlas.

Apabila seseorang merasakan dirinya sudah ikhlas, padanya masih tersembunyi keegoan diri yang membawa kepada riak, ujub (merasakan diri sendiri sudah baik) dan sama’ah.

Apabila tangan kanan berbuat ikhlas dalam keadaan tangan kiri tidak menyedari perbuatan itu baharulah tangan kanan itu benar-benar ikhlas.

Orang yang ikhlas berbuat kebaikan dengan melupakan kebaikan itu. Ikhlas sama seperti harta benda.

Jika seorang miskin diberi harta oleh jutawan, orang miskin itu malu mendabik dada kepada jutawan itu dengan mengatakan yang dia sudah kaya.

Orang tajrid yang diberi ikhlas oleh Allah s.w.t mengembalikan kebaikan mereka kepada Allah s.w.t.

Jika harta orang miskin itu hak si jutawan tadi, ikhlas orang tajrid adalah hak Allah s.w.t.

Jadi, orang asbab bergembira kerana melakukan perbuatan dengan  ikhlas, orang tajrid pula melihat Allah s.w.t yang mentadbir sekalian urusan.

Ahli asbab dibawa kepada syukur, ahli tajrid berada dalam penyerahan.

Kebaikan yang dilakukan oleh ahli asbab merupakan teguran agar mereka ingat kepada Allah s.w.t yang memimpin mereka kepada kebaikan.

Kebaikan yang dilakukan oleh ahli tajrid merupakan kurniaan Allah s.w.t kepada kumpulan manusia yang tidak memandang kepada diri mereka dan kepentingannya.

Ahli asbab melihat kepada keberkesanan hukum sebab-akibat.

Ahli tajrid pula melihat kepada keberkesanan kekuasaan dan ketentuan Allah s.w.t.

Dari kalangan ahli tajrid, Allah s.w.t memilih sebahagiannya dan meletakkan kekuatan hukum pada mereka.

Kumpulan ini bukan sekadar tidak melihat kepada keberkesanan hukum sebab-akibat, malah mereka berkekuatan menguasai hukum sebab-akibat itu.

Mereka adalah nabi-nabi dan wali-wali pilihan. Nabi-nabi dianugerahkan mukjizat dan wali-wali dianugerahkan kekeramatan.

Mukjizat dan kekeramatan merombak keberkesanan hukum sebab-akibat.

Di dalam kumpulan wali-wali pilihan yang dikurniakan kekuatan mengawal hukum sebab-akibat itu terdapatlah orang-orang seperti Syeikh Abdul Kadir al-Jailani, Abu Hasan as-Sazili, Rabiatul Adawiah, Ibrahim Adham dan lain-lain.

Cerita tentang kekeramatan mereka sering diperdengarkan. Orang yang cenderung kepada tarekat  tasauf gemar menjadikan kehidupan aulia Allah s.w.t tersebut sebagai contoh, dan yang mudah memikat perhatian adalah bahagian kekeramatan.

Kekeramatan biasanya dikaitkan dengan perilaku kehidupan yang zuhud dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Timbul anggapan bahawa jika mahu memperolehi kekeramatan seperti mereka mestilah hidup sebagaimana mereka.

Orang yang berada pada peringkat permulaan bertarekat cenderung untuk memilih jalan bertajrid iaitu membuang segala ikhtiar dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah  s.w.t.

Sikap melulu bertajrid membuat seseorang meninggalkan pekerjaan, isteri, anak-anak, masyarakat dan dunia seluruhnya.

Semua harta disedekahkan kerana dia melihat Saidina Abu Bakar as-Siddik telah berbuat demikian. Ibrahim bin Adham telah meninggalkan takhta kerajaan, isteri, anak, rakyat dan negerinya lalu tinggal di dalam gua.

Biasanya orang yang bertindak demikian tidak dapat bertahan lama. Kesudahannya dia mungkin meninggalkan kumpulan tarekatnya dan kembali kepada kehidupan duniawi.

Ada juga yang kembali kepada kehidupan yang lebih buruk daripada keadaannya sebelum bertarekat dahulu kerana dia mahu menebus kembali apa yang telah ditinggalkannya dahulu untuk bertarekat.

Keadaan yang demikian berlaku akibat bertajrid secara melulu. Orang yang baharu masuk ke dalam bidang latihan kerohanian sudah mahu beramal seperti aulia Allah s.w.t yang sudah berpuluh-puluh tahun melatihkan diri.

Tindakan mencampak semua yang dimilikinya secara tergesa-gesa membuatnya berhadapan dengan cabaran dan dugaan yang boleh menggoncangkan imannya dan mungkin juga membuatnya berputus-asa.

Apa yang harus dilakukan bukanlah meniru kehidupan aulia Allah s.w.t yang telah mencapai makam yang tinggi secara melulu.

Seseorang haruslah melihat kepada dirinya dan mengenalpasti kedudukannya, kemampuanya dan daya-tahannya.

Ketika masih di dalam makam asbab seseorang haruslah bertindak sesuai dengan hukum sebab-akibat. Dia harus bekerja untuk mendapatkan rezekinya dan harus pula berusaha menjauhkan dirinya daripada bahaya atau kemusnahan.

Ahli asbab perlu berbuat demikian kerana dia masih lagi terikat dengan sifat-sifat kemanusiaan. Dia masih lagi melihat bahawa tindakan makhluk memberi kesan kepada dirinya.

Oleh yang demikian adalah wajar sekiranya dia mengadakan juga tindakan yang menurut pandangannya akan mendatangkan kesejahteraan kepada dirinya dan orang lain.

Tanda Allah s.w.t meletakkan seseorang pada kedudukan sebagai ahli asbab ialah apabila urusannya dan tindakannya yang menurut kesesuaian hukum sebab-akibat tidak menyebabkannya mengabaikan kewajipan terhadap tuntutan agama.

Dia tetap berasa ringan untuk berbakti kepada Allah s.w.t, tidak gelojoh dengan nikmat duniawi dan tidak berasa iri hati terhadap orang lain.

Apabila ahli asbab berjalan menurut hukum asbab maka jiwanya akan maju dan berkembang dengan baik tanpa menghadapi kegoncangan yang besar yang boleh menyebabkan dia berputus asa dari rahmat Allah s.w.t.

Rohaninya akan menjadi kuat sedikit demi sedikit dan menolaknya ke dalam makam tajrid secara selamat. Akhirnya dia mampu untuk bertajrid sepenuhnya.

Ada pula orang yang dipaksa oleh takdir supaya bertajrid. Orang ini asalnya adalah ahli asbab yang berjalan menurut hukum sebab-akibat sebagaimana orang ramai.

Kemungkinannya kehidupan seperti itu tidak menambahkan kematangan rohaninya. Perubahan jalan perlu baginya supaya dia boleh maju dalam bidang kerohanian.

Oleh itu takdir bertindak memaksanya untuk terjun ke dalam lautan tajrid. Dia akan mengalami keadaan di mana hukum sebab-akibat tidak lagi membantunya untuk menyelesaikan masalahnya.

Sekiranya dia seorang raja, takdir  mencabut kerajaannya. Sekiranya dia seorang hartawan, takdir  menghapuskan hartanya. Sekiranya dia seorang yang cantik, takdir menghilangkan kecantikannya itu.

Takdir memisahkannya daripada apa yang dimiliki dan dikasihinya. Pada peringkat permulaan menerima kedatangan takdir yang demikian, sebagai ahli asbab, dia berikhtiar menurut hukum sebab-akibat untuk mempertahankan apa yang dimiliki dan dikasihinya.

Jika dia tidak terdaya untuk menolong dirinya dia akan meminta pertolongan orang lain. Setelah puas dia berikhtiar termasuklah bantuan orang lain namun, tangan takdir tetap juga merombak sistem sebab-akibat yang terjadi ke atas dirinya.

Apabila dia sendiri dengan dibantu oleh orang lain tidak mampu mengatasi arus takdir maka dia tidak ada pilihan kecuali berserah kepada takdir. Dalam keadaan begitu dia akan lari kepada Allah s.w.t dan merayu agar Allah s.w.t menolongnya.

Pada peringkat ini seseorang itu akan kuat beribadat dan menumpukan sepenuh hatinya kepada Tuhan. Dia benar-benar berharap Tuhan akan menolongnya mengembalikan apa yang pernah dimilikinya dan dikasihinya.

Tetapi, pertolongan tidak juga sampai kepadanya sehinggalah dia benar-benar terpisah dari apa yang dimiliki dan dikasihinya itu. Luputlah harapannya untuk memperolehinya kembali.

Redalah dia dengan perpisahan itu. Dia tidak lagi merayu kepada Tuhan sebaliknya dia menyerahkan segala urusannya kepada Tuhan. Dia menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t, tidak ada lagi ikhtiar, pilihan dan kehendak diri sendiri.

Jadilah dia seorang hamba Allah s.w.t yang bertajrid. Apabila seseorang hamba benar-benar bertajrid maka Allah s.w.t sendiri akan menguruskan kehidupannya. Allah s.w.t menggambarkan suasana tajrid dengan firman-Nya:

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
( Ayat 60 : Surah al-‘Ankabut )

Makhluk Allah s.w.t seperti burung, ikan, kuman dan sebagainya tidak memiliki tempat simpanan makanan.

Mereka adalah ahli tajrid yang dijamin rezeki mereka oleh Allah s.w.t. Jaminan Allah s.w.t itu meliputi juga bangsa manusia.

Tanda Allah s.w.t meletakkan seseorang hamba-Nya di dalam makam tajrid ialah Allah s.w.t memudahkan baginya rezeki yang datang dari arah yang tidak diduganya.

Jiwanya tetap  tenteram sekalipun terjadi kekurangan pada rezeki atau ketika menerima bala ujian.

Sekiranya ahli tajrid sengaja memindahkan dirinya kepada makam asbab maka ini bermakna dia melepaskan jaminan Allah s.w.t lalu bersandar kepada makhluk .

Ini menunjukkan akan kejahilannya tentang rahmat dan kekuasaan Allah s.w.t. Tindakan yang jahil itu boleh menyebabkan berkurangan atau hilang terus keberkatan yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya.

Misalnya, seorang ahli tajrid yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan kecuali membimbing orang ramai kepada jalan Allah s.w.t, walaupun tidak mempunyai sebarang pekerjaan namun, rezeki datang kepadanya dari berbagai-bagai arah dan tidak pernah putus tanpa dia meminta-minta atau mengharap-harap.

Pengajaran yang disampaikan kepada murid-muridnya sangat berkesan sekali. Keberkatannya amat ketara seperti makbul doa dan ucapannya biasanya menjadi kenyataan.

Andainya dia meninggalkan suasana bertajrid lalu berasbab kerana tidak puas hati dengan rezeki yang diterimanya maka keberkatannya akan terjejas.

Pengajarannya, doanya dan ucapannya tidak seberkesan dahulu lagi. Ilham yang datang kepadanya tersekat-sekat dan kefasihan lidahnya tidak selancar biasa.

Seseorang hamba haruslah menerima dan reda dengan kedudukan yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya.

Berserahlah kepada Allah s.w.t dengan yakin bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Allah s.w.t tahu apa yang patut bagi setiap makhluk-Nya. Allah s.w.t sangat bijak mengatur urusan hamba-hamba-Nya.

Keinginan kepada pertukaran makam merupakan tipu daya yang sangat halus. Di dalamnya tersembunyi rangsangan nafsu yang sukar disedari.

Nafsu di sini merangkumi kehendak, cita-cita dan angan-angan. Orang yang baharu terbuka pintu hatinya setelah lama hidup di dalam kelalaian, akan mudah tergerak untuk meninggalkan suasana asbab dan masuk ke dalam suasana tajrid.

Orang yang telah lama berada dalam suasana tajrid, apabila kesedaran dirinya kembali sepenuhnya, ikut kembali kepadanya adalah keinginan,  cita-cita dan angan-angan.

Nafsu mencuba untuk bangkit semula menguasai dirinya. Orang asbab perlulah menyedari bahawa keinginannya untuk berpindah kepada makam tajrid itu mungkin secara halus digerakkan oleh ego diri yang tertanam jauh dalam jiwanya.

Orang tajrid pula perlu sedar keinginannya untuk kembali kepada asbab itu mungkin didorong oleh nafsu rendah yang masih belum berpisah dari hatinya.

Ulama tasauf mengatakan seseorang mungkin dapat mencapai semua makam nafsu, tetapi nafsu peringkat pertama tidak kunjung padam.

Oleh yang demikian perjuangan atau mujahadah mengawasi nafsu sentiasa berjalan.

Selasa, 16 Ogos 2016

Semua nya Terjadi adalah KEHENDAKNYA

Semua nya Terjadi adalah KEHENDAKNYA bukan Kehendak Mahkluk.

Tiada sifat marah bagi orang yang mengetahui semuanya dari Allah perancangan Allah ketentuan Allah Takdir Allah

Segalanya adalah Haq tiada Bathil kerana segalanya dari Allah mana mungkin Allah Bathil

Mengenal Allah Wajib Bersungguh-sungguh bukan hanya dengan fasih berkata-kata

Allah adalah Segalanya Semuanya adalah Allah. Hatta sebutir debu pasir berterbangan pun atas kehendak Allah jua.

Segala ketentuan Allah adalah Yang Terbaik bagi Allah walaupun dari sudut pandangan Manusia ianya Buruk Hina dan Dina tetapi Disisi Allah itu lah yang Terbaik DariKu bagi kamu wahai Hamba.

Kenapa perlu dipertikaikan tentang Takdir Allah ? Kenapa jadi begini begitu begini ? Jauh sungguh perjalanan bila hati terdetik sebegitu.

Tidak lah terjadi Sesuatu atas Muka Bumi kecuali atas Kehendak Allah . Bila Allah mahu Mahkluk itu berdosa itu yang Terbaik bagi dirinya yang mungkin dengan dosanya akan menyedarkan dirinya Hina sentiasa Berdosa. Bila Allah mahu Mahkluk itu berpahala itu yang Terbaik bagi dirinya yang mungkin dengan Pahala itu akan Membangkitkan semangat Istiqomahnya didalam Kebaikan

"Sedarlah Wahai Mahkluk engkau tidak akan sampai kepada Allah kecuali bila engkau telah Redha Atas SEMUA kehendak Allah"

Kebaikan untuk mu diSyukuri Keburukan untuk mu diPerbaki

Jika ini masih susah bagimu untuk difahami sedarilah bahawa kamu masih jauh terlalu jauh tersangat jauh dan jika kamu merasai kamu sudah mengenal Allah tetapi masih belum memahami perihal ini sedarlah wahai diri apa yang kamu kenal selama ini hanyalah sia-sia disisi Allah

Mana mungkin hamba yang Mengenal merasai adanya Baik dan Buruk sedang Rahmat Allah mendahului MurkaNya. Mana mungkin merasai Allah itu Buruk bagi yang mengenal.

Jadi mengapa masih menilai melihat keburukan jika sudah mengenal ?

"Kerana Manusia hari ini Mengenal Allah hanya Melalui Aqal tidak Melalui Hati"

Sabtu, 2 Ogos 2014

Kita kan tidak bisa memilih dilahirkan oleh siapa, dimana letak keadilan Allah?

Kita kan tidak bisa memilih dilahirkan oleh siapa, dimana letak keadilan Allah? 

Iya, engkau terlahir muslim hanya karena orang tuamu muslim, kalau orang tuamu hindu atau budha, maka 99,99% engkau akan beragama hindu/budha....... Jika engkau semua sudah mengerti bahwa hanya perkara "keberuntungan" saja engkau jadi muslim, lalu dimanakah keadilanmu, mengapa suka mengkafirkan dan menghina yang non-muslim???..... 

Jangan pernah mempertanyakan keadilan ALLAH, namun pertanyakanlah keadilanmu sendiri, sbb Allah tdk akan disidang akan perbuatanNYA, tetapi manusialah yang disidang atas perbuatannya........

Demikianlah letak keadilan Allah yang sesungguhnya itu ada dan nyata engkau saksikan tatkala engkau sdh bisa berbuat adil kepada orang lain.....

Khamis, 8 Mei 2014

MEMAHAMKAN ERTI QADHA & QADHAR

MEMAHAMKAN ERTI QADHA & QADHAR


Para ilmuwan, sering berbeda pendapat di dalam memberi definasi sebenar akan maksud perkataan Qadha Qadhar. Ini kerana kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang hampir sama dan saling menjelaskan.

Dalam ilmu Nahwu (tatabahasa) Arab,  perkataan Qadha Qadhar itu adalah satu perkataan yang tidak terpisah dan saling kait mengait di antara satu dengan lainnya. Apabila ianya disebut secara bersendirian, Qadha atau Qadhar, ia masih membawa maksud yang serupa tetapi jika ia disebut secara bersama (Qadha Qadhar) ia membawa maksud yang berbeda.

Ibarat perkataan Kaca Cermin atau Cermin Kaca. Jika perkataan itu dipisahkan, maka kaca dan cermin masih merujuk kepada maksud yang serupa tetapi bila disatukan sebutannya, ia merujuk kepada maksud yang lain.

Perkataan Qadha Qadar juga tergolong dalam pengertian ilmu 'Nahwu' sebegini. 

MAKSUD

Jika dipisahkan, Qadha itu maknanya TETAP (Ketetapan)

Qadar itu maknanya TENTU (Ketentuan).

Tetapi jika Qadha Qadhar itu disatukan, maka ia membawa maksud TAKDIR.


DALIL

QADHA : TETAP

(Jibril) berkata, demikianlah telah berfirman Tuhanmu hal itu, bagiKu sangatlah mudah, dan kami hendak jadikan ia bukti bagi manusia dan dari kami dan (penciptaannya) adalah perkara yang telahDITETAPKAN  

He said, "Thus [it will be]; your Lord says, 'It is easy for Me, and We will make him a sign to the people and a mercy from Us. And it is a matter [already] decreed.'  (al-quran 19:21)


QADHAR : TENTU

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan KETENTUAN
Indeed, all things We created with predestination  (al-quran 54:49)

APA YANG DIKATAKAN TETAP?

Qadha itu Tetap.

Apa yang tetap?

Allah itu menetapkan setiap sesuatu itu berlaku dalam hukum FayakunNya. Bila Allah 'KUN' (Jadi) segala sesuatu, maka Fayakun (Terjadilah) segala sesuatu itu mengikut undang-undangNya. Undang2 inilah yang dikatakan Sunatullah. 

Makanya setiap segala sesuatu yang berlaku itu adalah keteTETAPan atau Qadha Allah yang telah mengikut Sunnahtullah (Peraturan) Allah. Peraturan atau Undang2 ini adalah undang2 yang TETAP dan tidak akan berubah yang telah diFayakunkan Allah di Loh Mahfuz. 

KE-TETAP-AN yang tidak berubah ini dikenali juga dengan nama TAKDIR MUBRAM (Takdir yang tidak boleh berubah)

Contoh Sunatullah (undang2/hukum/peraturan) ini ialah Mati. Setiap sesuatu yang hidup pasti akan Mati. Mati inilah yang dikatakan keTETAPan atau QADHA Allah yang telah diFayakunNya mengikut KehendakNya sendiri. 

Contoh lain seperti; api sifatnya panas, jasad sifatnya binasa, angin tidak bisa dilihat, matahari terbit dari timur dan tenggelam di barat, hanya wanita yang bisa melahirkan, mata untuk melihat dan banyak lagi. 

APA YANG DIKATAKAN TENTU?

QADHAR pula bermaksud TENTU.

Apa yang tentu?

Allah menentukan bahawa setiap yang TETAP itu adalah tertakluk kepada keTENTUan-Nya atau Qadar-Nya berdasarkan HUKUM SEBAB dan AKIBAT dan di atas KEHENDAK NYA sendiri, seperti yang telah diFayakunkan dalam Loh Mahfuz. 

KE-TENTU-AN yang berdasarkan Hukum Sebab dan Akibat ini dikenali juga dengan namaTAKDIR MUALAAQ (Takdir yang boleh berubah)

Contoh: 

Orang bunuh diri dalam api kebakaran. 

Jika seseorang ingin membunuh diri dan dia masuk ke dalam rumah yang terbakar, kemudian dia mati, maka apakah ini dikatakan takdir Allah? Jika ini dikatakan takdir Allah, apakah ini bermakna Allah itu kejam? Jika seseorang itu mati terbakar dalam kebakaran, apakah takdir Allah yang membunuh mereka? Jika kita miskin, apakah takdir Allah yang memiskinkan kita? Jika kita bercerai dengan isteri atau suami, apakah dituduh Allah yang menceraikan kita? Jika seseorang itu dilahirkan dalam agama selain Islam, apakah itu kehendak mereka? Jika Allah itu yang melakukannya, apakah itu menunjukkan bahawa Allah itu zalim? 

Allah itu Maha Pengasih lagi Penyanyang kepada seluruh makhluk yang dijadikanNya, tidak kira bangsa dan agama! Itulah KE-TETAP-AN Nya (Qadha).

Allah tidak memusnahkan makhluk, tetapi Allah telah mencipta KEMUSNAHAN mengikut HUKUM SEBAB dan AKIBAT yang telah 'ditulis' di dalam Loh Mahfuz. Hukum Sebab dan Akibat inilah KE-TENTU-AN NYA (Qadhar).

Jika Allah itu hanya redha kepada penganut agama Islam, kenapa Allah menjadikan penganut agama lain? Apakah ada 'Allah' lain yang menjadikan mereka? Inilah KE-TETAP-AN Allah! Penganut Agama lain mengenal Tuhan dengan menggunakan pertimbangan rohani dan jasmani yang berbeza. Inilah KE-TENTU-AN Allah.  

Berbalik kepada contoh orang yang membunuh diri di dalam kebakaran. Maka yang bagaimana dikatakan Qadha Qadar Allah?

Qadha Allah ialah Mati.

Maksudnya, Allah telah TETAP kan bahawa setiap makhluk atau setiap segala sesuatu yang hidup akan mati. Mati inilah Qadha atau Tetap yang tidak berubah yang telah diFayakunkan Allah! Mati TETAP akan berlaku sejak dari zaman Adam hingga sekarang dan setiap orang akan menghadapinya dan setiap makhluk tidak akan terlepas mati !

Qadar Nya?

Mati itu TETAP tetapi belum TENTU bila waktunya akan berlaku ! 

Waktu bila dan di mana berlakunya mati itu telah Allah TENTUkan di Loh Mahfuz berdasarkan kepada HUKUM SEBAB dan AKIBAT. Bermakna setiap kematian pasti TETAP akan berlaku tetapi waktu berlakunya kematian itu telah diTENTUkan mengikut HUKUM SEBAB dan AKIBAT. 

Contoh: 

Orang itu membunuh diri dan mati dalam kebakaran.

Dimana QadhaNya? (KetetapanNya) ialah :

1. Setiap makhluk akan Mati 

2. Manusia ada akal 

3. Api sifatnya panas dan membakar 

4. Jasad sifatnya binasa 

Empat perkara di atas TETAP akan berlaku dan tidak boleh diubah (Takdir Mubram).

Namun....

KeTENTUan tentang bila akan berlakunya kematian, tentang bila api akan membakar, tentang bila jasad akan binasa dan tentang bila akal akan berfikir adalah mengikut HUKUM SEBAB dan AKIBAT. 

Apa Hukum Sebab dan Akibat Yang Menyebabkan Orang itu Mati?


1.     SEBAB orang itu tidak berfikir menggunakan waras akalnya, maka dia ingin membunuh diri di dalam api kebakaran.Kenapa orang itu tidak befikir? Mungkin dia stress. Mungkin dia sakit. Mungkin dia banyak hutang. Mungkin dia ingin mencuba ilmu kebalnya. Mungkin dia dipaksa atau banyak lagi sebab. 
2.     SEBAB orang itu stress, AKIBATnya, dia tidak dapat berfikir menggunakan akal yang waras. 
3.     SEBAB dia tidak menggunakan akal yang waras, AKIBATnya dia buat keputusan masuk ke dalam api. 
4.     SEBAB dia masuk ke dalam api, AKIBATnya, jasadnya binasa terbakar. 
5.     SEBAB jasadnya binasa terbakar, AKIBATnya dia mati ! 
6.     Mati itu Qadha dan Sebab Akibat kematiannya itulah Qadhar ! 

Maka yang manakah dikatakan TAKDIR Tuhan ?

Qadha dan Qadar itulah TAKDIR Tuhan !

Takdir itu adalah mengikut 'KehendakNya' sendiri seperti yang tertulis di Loh Mahfuz.

Api itu tidak akan membakar dan jasad itu tidak akan binasa jika Dia menginginkan begitu.
Orang itu tidak akan membunuh diri jika DIA  berkehendakkan begitu.
Jasad makhluk tidak akan binasa jika DIA berkehendakkan begitu.
Api tidak akan membakar jika DIA berkehendakan begitu.
Orang itu boleh saja berfikir samada dia ingin menggunakan akalnya atau tidak jika DIA berkehendakan begitu.

Contohnya, Nabi Ibrahim tidak terbakar dan jasadnya tidak binasa meskipun dicampak ke dalam api kerana DIA berkehendakkan begitu !


KESIMPULAN

Tuhan itu Maha MENETAPKAN segala sesuatu yang langsung tidak boleh diubah oleh makhluk walau apa cara sekalipun.

Tuhan itu Maha MENENTUKAN kejadian segala sesuatu dan boleh berubah mengikut Hukum Sebab dan Akibat dan KehendakNya Sendiri !

Inilah TAKDIR Tuhan !

Ahad, 6 April 2014

Perbezaan Yang Wajib Diimani

Perbezaan Yang Wajib Diimani
Lelaki dan perempuan, menurut kudrat, syari’at, pancaindra dan akal, sangat jelas berbeza. Baik secara fizikal, nilai-nilai mahupun ketetapan syari’at.
Mengapa? Sebab Allah Azza wa Jalla telah menciptakan jenis manusia menjadi dua jenis, lelaki dan perempuan.
وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَاْلأُنثَى
Dan bahawasanya Dialah (Allah) yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. [An Najm : 45].
Keduanya sama-sama berhak menghuni dunia, tetapi menurut pengkhususan masing-masing.
Keduanya sama-sama berhak meramaikan bumi dengan peribadatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dalam hal ini, secara umum tidak ada perbezaan antara lelaki dan wanita. Tentang tauhid, aqidah, iman, Islam, pahala dan siksa. Begitu juga tentang hak dan kewajiban syari’at secara umum.
وَمَاخَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلإِنسَ إِلاَّلِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. [Adz Dzariyat : 56].
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً
Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik. [An Nahl : 97].
Akan tetapi, Allah Azza wa Jalla juga telah menetapkan takdir bahawa lelaki tidak sama dengan perempuan. Mulai dari bentuk fizikal, gerak-geri sampai kepada sifat-sifatnya.
Dalam diri lelaki ada pembawaan kekuatan fizikal yang lebih sempurna. Sementara pada diri perempuan tidak sekuat lelaki. Sebab perempuan harus mengalami haid, hamil, melahirkan, menyusui, menguruskan anak yang disusuinya dan melakukan pendidikan bagi lahirnya generasi masa depan.
Sebab itulah, mengapa wanita dicipta dari tulang rusuk Adam Alaihissallam. Jadi wanita adalah bahagian dari lelaki, pengikut kepada lelaki dan merupakan nikmat bagi lelaki.
Sementara lelaki mendapat kepercayaan mengurus keperluan wanita, menjaga dan memberikan nafkah kepadanya dan kepada keturunannya.
Perbezaan secara fizikal ini berakibat pada perbezaan kemampuan, baik fizikal, akal, pemikiran, perasaan, kemahuan, pekerjaan mahupun daya kerjanya.
Dari perbezaan dalam banyak perkara di atas, melahirkan sejumlah besar perbezaan hukum syari’at bagi keduanya. Dengan hikmah Allah Yang Maha Mengetahui, ada beberapa perbezaan hukum berkaitan dengan tugas dan kewajipan bagi lelaki dan wanita. Masing-masing disesuaikan dengan keadaannya. Sehingga hidup menjadi sempurna, utuh dan masing-masing dapat melaksanakan tugasnya.
Secara khusus Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan tugas kepada lelaki dengan beberapa hukum yang sesuai dengan fizikalnya, ototnya, kemampuannya, daya kerjanya, kesabarannya, ketahanannya dan kekuatan kerjanya di luar rumah untuk mencari nafkah bagi orang yang ada di dalam rumah.
Sedangkan kepada wanita, Allah Azza wa Jalla memberikan tugas-tugas khusus yang sesuai dengan fizikal, kemampuan, kebolehan, daya kerja dan daya tahan tubuhnya yang lebih lemah. Allah Subhanahu wa Ta'ala juga memberikan sejumlah pekerjaan kepada wanita untuk menyelesaikan urusan-urusan di dalam rumah serta mendidik generasi masa depan yang ada di rumahnya.
Itulah kehendak kauniyah (ketetapan takdir) Allah dalam hal penciptaan dan pemberian anugerah terhadap lelaki dan perempuan. Dari sana, kemudian Allah menetapkan kehendak syar’iyah (ketetapan syari’at)-Nya bagi masing-masing. Maka, bertemulah dua kehendak Allah tersebut bagi kemaslahatan hamba, keramaian dunia, dan teraturnya kehidupan individu manusia, rumah, jama’ah serta masyarakat.
Berikut ini adalah beberapa contoh hukum yang dikhususkan bagi masing-masing lelaki dan perempuan.
Sebagai contoh, hukum yang dikhususkan bagi lelaki, di antaranya: lelaki adalah pemimpin bagi rumahtangganya. Dia bertanggungjawab memelihara, mengawal dan menjaga kehormatan rumah tangganya. Dia harus mencegah dan memberikan perlindungan agar tidak terjadi kehinaan serta kerosakan dalam rumah tangganya. Disamping bertanggung jawab mencari mata pencarian untuk menafkahi semua penghuni rumahnya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَآأَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُ
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang soleh, ialah yang ta'at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). [An Nisa’ : 34].
Boleh diperhatikan bagaimana al Qur’an al Karim menggunakan bahasa “tahta (dibawah)” ketika mengukuhkan kepemimpinan lelaki. FirmanNya.
ضَرَبَ اللهُ مَثَلاً لِلَّذِينَ كَفَرُوا امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ
Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah (jagaan) dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami.[At Tahrim : 10].
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, “Tahta (berada di bawah jagaan)” merupakan maklumat, bahawa kedua orang perempuan (isteri Nuh dan Luth) itu tidak memiliki kekuasaan apa-apa terhadap suami masing-masing. Kekuasaan justeru hanya ada di tangan suami terhadap isteri masing-masing. Maka, selamanya wanita tidak boleh disamaratakan dengan lelaki, apalagi berada di atasnya.
Contoh lain. Bahawa kenabian atau kerasulan tidak pernah ada, kecuali pada lelaki. Allah Azza wa Jalla berfirman.
وَمَآأَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلاَّرِجَالاً نُّوحِي إِلَيْهِم مِّنْ أَهْلِ الْقُرَى
Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan orang lelaki yang kami berikan wahyu kepadanya di antara penduduk negeri. [Yusuf : 109].
Para Ahli tafsir menerangkan ayat di atas : Allah tidak pernah mengutus seorangpun nabi perempuan, malaikat, jin atau orang badui.
Contoh lain lagi. Bahawa perwalian umum atau kuasa perwalian umum, seperti dalam pengadilan, surat-surat kuasa dan semua perwalian lainnya seperti wali nikah, tidak boleh terjadi kecuali bagi lelaki.
Lelaki juga diberi pengkhususan dalam banyak persoalan ibadah yang tidak diberikan kepada wanita. Misalnya, kewajipan berjihad, solat jum’at, solat berjema’ah, adzan, iqamah dan lain-lain. Urusan talak juga berada di tangan lelaki, bukan ditangan perempuan. Demikian pula, anak-anakpun dinasabkan kepada bapaknya, bukan kepada ibunya.
Lelaki memiliki hak yang berlipat ganda dibanding wanita dalam hal waris, diyat (ganti rugi jenayah), persaksian, pemerdekaan budak dan aqiqah.
Hukum-hukum khusus bagi lelaki yang disebutkan di atas mahupun hukum-hukum khusus lainnya, sebagaimana yang dimaksudkan dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.
وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Al Baqarah : 228].
Sedangkan hukum-hukum yang khusus dikenakan kepada wanita cukup banyak. Terdapat dalam bab-bab ibadah, mu’amalah, pernikahan beserta kaitan-kaitannya, peradilan dan lain-lain. Itu semua sudah diketahui jelas dalam Al Qur’an, Sunnah serta kitab-kitab fiqh. Bahkan banyak yang dibukukan secara tersendiri, semenjak dahulu hingga kini. Di antaranya berkaitan dengan hukum hijab (tutup aurat) dan dengan pemeliharaan terhadap kehormatannya.
Hukum-hukum yang dikhususkan oleh Allah bagi masing-masing lelaki dan perempuan ini memberikan beberapa kesimpulan. Di antaranya tiga perkara berikut :
Pertama : Wajib mengimani dan menerima perbezaan-perbezaan yang ada antara lelaki dan perempuan, baik secara fizikal, nilai-nilai mahupun ketetapan-ketetapan syari’at bagi masing-masing. Semua pihak harus rela menerima ketetapan takdir dan ketetapan syari’at yang ditentukan untuk masing-masing. Dan harus meyakini, bahawa perbezaan-perbezaan ini merupakan inti keadilan itu sendiri. Di dalamnya terdapat keteraturan hidup masyarakat manusia.
Kedua : Seorang muslim atau muslimah tidak boleh mengangan-angankan (irihati terhadap) pengkhususan yang ada pada pihak lain. Kerana bila demikian bererti ia murka terhadap takdir Allah, dan tidak rela terhadap ketentuan hukum serta syari’at-Nya.
Malah semestinya ia mensyukuri kurnia Allah. Sebab, hal ini merupakan adab syari’at yang dapat menghilangkan hasad dan membersihkan jiwa wanita mukminah. Juga untuk menghiasi peribadinya dengan sikap redha menerima takdir dan ketentuan Allah Azza wa Jalla. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
وَلاَ تَتَمَنَّوْا مَافَضَّلَ اللهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ وَسْئَلُوا اللهَ مِن فَضْلِهِ إِنَّ اللهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [An Nisa’ : 32].
Sebab turunnya ayat ini sebagaimana diriwayatkan oleh Mujahid. Dia mengatakan, bahawa Ummu Salamah berkata, ”Wahai Rasulullah, apakah kaum lelaki berperang, sedangkan kami tidak berperang? Kamipun hanya memperoleh warisan separuh dari kaum lelaki?” Maka turunlah ayat di atas.
وَلاَ تَتَمَنَّوْا مَافَضَّلَ اللهُ….
Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikuniakan Allah...[Diriwayatkan oleh Ath Thabari, Imam Ahmad, Hakim dan lain-lain].
Abu Ja’far Ath Thabari rahimahullah mengatakan, “Maksud Allah Azza wa Jalla dalam ayat di atas, "‘janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain". Disebutkan, bahawa ayat itu turun berkaitan dengan wanita yang menginginkan kedudukan lelaki, dan menginginkan apa yang diperoleh lelaki. Maka, Allah melarang hamba-hambaNya agar jangan berangan-angan dengan hal-hal yang batil. Sebab angan-angan seperti itu akan mengakibatkan berlakunya dengki dan melampaui batas, tanpa alasan yang benar.”
Ketiga : Jika angan-angan (iri hati) ini saja dilarang -berdasarkan nash Al Qur’an- apalagi mengingkari adanya perbezaan-perbezaan antara lelaki dan perempuan. Kemudian menyerukan agar perbezaan-perbezaan itu dibuang, menuntut persamaan dan mendakwahkannya atas nama persamaan hak antara lelaki dan wanita.
Tentunya, ini merupakan pandangan atheisme. Sebab, di dalamnya terdapat penentangan terhadap kehendak Allah, baik kehendak kauniyah (ketetapan takdir) maupun kehendak syar’iyah (ketetapan syari’atNya), berkaitan dengan perbezaan-perbezaan antara keduanya, secara fizikal mahupun nilai-nilai. Bererti juga membuang ajaran Islam perihal nash-nash syari’atnya yang qath’i tentang perbezaan-perbezaan itu.
Bila saja persamaan ini terjadi dalam semua sisi hukum, padahal secara fizikal mahupun kemampuannya berbeza, bererti terjadi keterbalikan fitrah. Tentu saja hal tersebut merupakan kezaliman itu sendiri, baik bagi yang memiliki kelebihan maupun yang lemah. Bahkan, merupakan kezaliman bagi kehidupan masyarakat secara umum. Sebab, bererti menginginkan perolehan hasil lebih bagi yang memiliki kemampuan lebih. Sebaliknya, akan sangat memberatkan bagi yang lemah, di luar batas kemampuannya.
Kezaliman seperti itu tidak pernah akan terjadi walaupun hanya seberat biji sawi, dalam syari’at Allah Yang Maha Bijaksana.
Dengan demikian wanita dalam naungan hukum-hukum Allah yang luar biasa indah ini, sesungguhnya terjamin keibuannya, kesenangannya mengatur urusan rumah tangganya dan keleluasaannya membangun generasi umat mendatang di dalam rumahtangganya.
Mengapa akal para penuntut kesamarataan itu sangat dangkal pemikirannya. Seperti katak dalam tempurung saja. Tidak mengerti betapa luas dan indahnya selok-belok syari’at Islam. Allahu al musta’an.
Oleh: Syeikh Bakar Abu Zaid