Pages

Ahad, 14 Jun 2015

BERPUASA DIBULAN RAMADHAN Dari Kacamata Ilmu Hakikat.

RUKUN ISLAM YANG KETIGA BERPUASA DIBULAN RAMADHAN
Dari Kacamata Ilmu Hakikat.

PENGERTIAN SYARIAT
Manahan diri dari makan, minum dan bersetubuh disiang hari sepanjang bulan Ramadhan.

PENGERTIAN HAKIKAT
Daripada pengertian perkataan PUAS – SE
PUAS = Sesuatu yang mendatangkan nikmat maksimum
SE = Tiada Zahir , tiada Batin, bukan satu, bukan dua tetapi merangkumi atau meliputi.

Dari segi pengertian Hakikat PUASA itu ertinya mematikan Diri Jasad dan menghidupkan Diri Batin kerana bila manusia itu dapat mematikan atau menafikan hak manusia, maka barulah nyata WUJUD ALLAH.

Bila nyata Wujud Allah iaitu SifatNya maka zahirlah Kelakuan atau Af’al Allah Yang Maha Berkuasa iaitu Sifat yang hidup dengan sendirinya , tidak makan, tidak minum dan juga tidak berkehendak kepada segala sesuatu.

Yang demikian PUASA yang sebenarnya adalah MENG-ESA-KAN Zat Allah yang meliputi diri manusia itu. Apabila manusia dapat SE – kan pada zat maka zahirlah Af’al seperti disebutkan diatas dan terang benderanglah NUR atau Cahaya meliputi Diri Zahir manusia itu.

Puasa Yang Hakiki nyatalah MENYATAKAN HAQ ALLAH dan MELENYAPKAN Hak Manusia.

Dalam 12 bulan , Allah memerentahkan manusia yang bertakwa dan beriman supaya menzahirkan Af’alNya selama satu bulan diwaktu siang hari.

Untuk melahirkan Af’alNya Allah menyuruh kita MENG-TAUHIDKAN DiriNya dan apabila manusia itu dapat melakukannya, maka terasalah Kenyang – Hati pun senang.

KESIMPULAN

Hakikat memandang manusia yang BERPUASA SYARIAT sahaja tanpa hakikatnya sebagai orang yang menyeksa diri tidak makan dan tidak minum. Allah tidak memerentahkan manusia MENAHAN makan dan minum sahaja tetapi BER- PUAS – SE.

Yang pasti ialah Yang Tidak Makan dan Tidak Minum itu ialah Allah. Maka sekiranya manusia mengaku bahawa yang tidak makan dan tidak minum itu ialah dia manusia dan bukan Allah – maka SYIRIK HOPPI-lah namanya. Allah suruh kita mengkaji DIRI AWAL kita dan SE – kan.

Namun begitu oleh kerana Syariat itu kulit dan Hakikat itu isinya, anda hendaklah berpuasa dengan penegrtian syariat diluar dan meng-esakan Allah didalam.

PUASA PADA PANDANGAN SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI

Menurut Syeikh ini, Puasa atau SAUM Tarikat adalah menahan seluruh anggota tubuh dari segala perbuatan yang diharamkan dan menjauhi dari sifat sifat yang tercela.

Puasa Syariat sebulan dalam setahun sementara Puasa Tarikat sepanjang tahun.

Puasa Hakikat pula ialah menjaga hati dari selain Allah dan tidak mencintai yang lain selain Allah.

Syahadat

Syahadat itu adalah saksinya seorang penyaksi, yang menyaksikan kepada siapa dia bersaksi. sejauh mana Maqam kesaksian kita kepada Allah dan Rasul-nya, sedalam itu pula mata hati kita menyaksikan kehadiran Allah dan Rasul-Nya didalam kedalaman diri kita.

Jadi syahadat merupakan pengakuan dari sebuah penyaksian. Penyaksian atas kehadiran Allah dan Rasul-Nya. Syahadat merupakan iman tertinggi dari tingkat iman. Iman yang telah menempatkan si penyaksi ke tingkat Isbatul Yakin.

Syarat orang membaca syahadat harus memenuhi 3 perkara :

1. Nur Hidayah, barang siapa yang mendapat nur hidayah akan dijaga dari sifat musyrik dan perilaku syirik.

2. Nur Inayah, barang siapa yang mendapat nur inayah maka akan dijaga dari dosa besar.

3. Nur kifayah, barang siapa mendapat nur kifayah maka akan dijaga dari bersifat hati yang kotor dan jelek.

Macam-macam Syahadat :

1. Syahadat Mutaawwilah artinya syahadat yang pertama, Syahadatnya Allah sendiri.
Bunyinya : Innanii anallahu laa ilaha illa ana (Qs Thoha 14)
(Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku).

2. Syahadat Mutawashitoh artinya Syahadat yang tengah–tengah, seperti syahadatnya malaikat, para nabi dan rasul dan para orang mukmin semua.
yaitu : Asyahadu anlaa ilaha illallah
dasar dalil : Syahidallahu annahu laa ilha illa huwa wal malaikatu wa ulul ‘ilmi (QS Al Imron 18).

3. Syahadat Mutaakhirah artinya syahadat yang terakhir yaitu syahadat umum.

KISAH SAIDINA UMAR AL-KHATHAB

KISAH SAIDINA UMAR AL-KHATHAB

Pada zaman Rasulullah saw, ada seorang hamba Allah yang terkenal dengan ganas dan bengisnya, telah pergi untuk membunuh Baginda Rasulullah.

Di dapati adik perempuan kandungnya dan suaminya sendiri telah memeluk islam secara diam-diam, bertambah marah dan lebih membakar hatinya untuk membunuh Baginda Rasulullah.

Beliau telah mendatangi rumah adik perempuannya dengan tujuan untuk mencari Baginda Rasulullah, bila tiba kerumah adik perempuannya, didapati adik dan suaminya, sedang membaca sesuatu.

Beliau cuba merampasnya dengan tujuan ingin membuang potongan bacaan itu, tetapi dihalang oleh adiknya, sehingga beliau terpaksa bersikap kasar dengan menampar pipi adiknya sehingga terjatuh. Dengan terjatuh adiknya tadi, sehingga terlepas cebisan potongan ayat dari genggamannya. Lalu dirampasnya dan dicubanya untuk membaca.

Setelah membaca, beliau pun menangis, bergenang air mata, bercucuran jatuh membasahi pipinya. Secara tiba-tiba didatangi suasana yang luar biasa, dari menangis bertukar baik, dari panas bertukar sejuk dan dari jahil bertukar alim.

Dalam masa sesaat, suasana telah berubah dan mengubah hatinya yang gelap itu, seumpama diterangi oleh seribu bulan.

Dengan hanya sepotong ayat sahaja, telah membuka hatinya secara mendadak, daripada hatinya bersifat panas, kini kembali bertukar menjadi sejuk.

Ayat itu telah meresap ke dalam lubuk dada yang membuatkan hatinya berubah secara tiba-tiba. Lalu beliau bertanya "Dimana Muhammad sekarang?" bawa aku kepadanya! "Aku akan masuk Islam"

Itulah kisah Saidina Umar Al-Khathab. Saidina Umar merasa hatinya telah dipukul oleh ayat berkenaan. Inilah hakikat Lailatul Qadar, yang membawa perubahan mendadak, kenikmatan dan keberkatan secara tiba-tiba bagi menggambarkan dan menunjukkan maksud Lailatul Qadar yang sebenar.

Dengan hanya sekelip mata, beliau sudah dapat merasai dan menikmati keberkatan Lailatul Qadar, sudah dapat mengubah sifat kerohaniannya. Inilah yang dikatakan hari Lailatul Qadar, iaitu hari yang diperingati. Hari yang indah dan saat-saat yang paling bersejarah yang paling diingati dalam kehidupan seseorang insan menuju Allah.

Selepas seseorang insan yang mendapat hidayah malam seribu bulan, perubahan iktikadnya dan perubahan pegangan ilmunya terhadap Allah Taala tidak akan terluput lagi. Bagi yang mendapat ilmu itu, tidak akan terlepas lagi buat selama-lamanya.

Tidak akan terjual lagi buat kali keduanya. Sekali diri kita mengenal Allah, kita tidak akan kembali lagi kepada sifat jahil. Apabila diri kita tidak lagi bersifat jahil, disitulah wajah Allah akan dapat kita pandang dan lihat pada segenap penjuru alam.

Sekali kita memperolehinya, tidak akan menoleh kebelakang lagi, akan digenggam ilmu itu erat-erat, biar nyawa dipisahkan dari jasad, namun terlepas atau dilepaskan tidak sekali-kali. Inilah kuat dan teguhnya hati mereka-mereka yang mendapat keberkatan Lailatul Qadar (Ilmu mengenal Allah).

Ingatannya kepada Allah, seumpama akan hidup untuk selama-lamanya, yang tidak akan menemui jalan mati sesudahnya.

Isnin, 8 Jun 2015

Perbezaan ilmu tenaga Dalam & ilmu tenaga Rohani

Perbezaan ilmu tenaga Dalam & ilmu tenaga Rohani

Ilmu tenaga Dalam adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasa minda.Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak.Cuma bila tenaga dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi.(Mungkin ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan mereka.)

Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahaya menggunakan syaitan.Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik.Justeru jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.

Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dan sebagainya.Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, tenaga zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersih rohani tetapi kepada membina tenaga dalam semata-mata.Inilah yang disabdakan Nabi saw:

”Bermula amal itu dengan niat.”

Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.

Berlainan dengan tenaga rohani seperti memperolihi ilham, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi.Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui.Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allah swt.

Firman Allah swt:

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham) baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankaabut:69)

Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kota Allah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi:

“Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah penjaganya.”

Tenaga Rohani dan latihan

“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsianya.:(Hadith)

Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat bahagian:

:- Mengenal secara Taqlid –:- Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.

:-Mengenal secara Ilmu Yakin -Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.

:- Mengenal secara Ainul Yakin-Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)

:- Mengenal secara Haqqul Yakin-Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.

Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Tuhan sentiasa melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhan di mana sahaja kita berada,Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada.Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku masaalah.Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja.Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka.Na’uzubiLahi min dzalik.

Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.

“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu.”(Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Bagaimana mengembalikan potensi Ruh?

Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini.Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi.

Pembersihan Ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusia kepada makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang dicipta oleh Jin dan Syaithan, sebagaimana mereka yang mengikuti thaghut dan sebagainya.Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana kekuatan rohani mereka hanya terbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani orang Islam tiada batasannya.Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam, nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur.Hal ini disebutkan dalm Al-Qur;an:

Firman Allah swt:
“Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra:81)

Ilmu mereka tidak dapat menembusi seorang mukmin yang memiliki kekuatan kerohanian.Hal ini dapat kita lihat berlaku kepada pendakwah-pendakwah Islam, misalnya di alam Melayu, Nusantara dan India, di mana mereka dapat menundukkan kehebatan ilmu dari ketua-ketua agama luar dari Islam sehingga ramai di antara mereka memeluk Islam.Ini tidak lain kerana ilmu-ilmu kebatinan mereka bersandarkan kepada Jin dan Syaitan sedangkan ilmu kerohanian Islam bersandarkan kepada Allah swt.

Bagi mereka yang mahu membina tenaga kerohanian, perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kehebatan yang berbentuk maknawi bukanlah menjadi tujuan.Mereka berpegang dengan kalimah”Ilaahi anta maqsudi, wa ridha kamatluubi” yang bermaksud, ”Hanyalah pada Mu Tuhan yang kami maksudkan dan keredhaan Engkau yang dicari”

Kerana ilmu-ilmu seperti itu adalah rendah disisi Allah swt kerana berbentuk duniawi yang akan hancur.Malah ilmu itu tidak dapat memberi perlindungan kepadanya dalam menghadapi sakaratul maut, ketika di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat.Mereka beramal semata-semata untuk menuju pembinaan iman kerana bagi mereka, sesiapa yang berjaya menjadi kekasih Allah swt, segala ilmu dan kelebihan dunia dan akhirat diperolehi dengan mudah.

Zikir sebagai sumber kekuatan
Firman Allah swt:
“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)

Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh,emosi (nafsu), akal dan jasad.Ruh diturunkan kealam ini dalam jasad yang diciptakan dari tanah.Ia dibekalkan dengan nafsu dan akal.Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas degan segala ujian hidup.

Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.

Firman Allah:
“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan.Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya.Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpa disedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya.Apabila ada kesusahan, baru manusia teringat padaNya,
merayu-rayu padanya, Tetapi apabila mereka diberi kesenangan, mereka lupa padaNya.

Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh,bukannya akal atau emosi.Ia membina kekuatan ingatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah begitu mendalam.

Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atau asyik dengan Tuhannya.Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, tetapi ialah merasai kehampiran dengan Tuhan sehingga hati mereka gementar apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabila mengingatiNya.Mereka mersa rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turut bersama-sama merasainya.

Firman Allah swt: “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)…. (Al-Baqarah:152)

Allah memberi jaminnan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan.Zikir yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah.Semangkin tinggi ubudiyyah, semangkin tawadhuk dan semangkin kerdil hamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana) , maka semangkin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya.Ia selari dengan perinsip sains bahwa semangkin kecil sesuatu atom itu , maka semangkin hebat tenaga dan kuasanya.

Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut.Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya.Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah).Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif.Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia.Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit.Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut aura.Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif.Semangkin kuat tenaga elektromagnet dalam tubuh, semangkin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.

Kaum sufi berzikir dengan mengikut garisan tertentu pada anggota tubuhnya dan dibuat berulangkali sehingga terasa kesan pada qalbinya seperti panas atau pedih.Ia selari denga hukum fizik yang menyatakan bahwa melakukan gerakan atau geseran pada tempat yang sama secara ulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik.Tenaga yang diperolehi itu diqasadkannya untuk penyucian ammarahnya.Seseorang ahli zikir atau orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi.Sains mengatakan semangkin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau tenaga yang berhasil amatlah laju.Justeru, semangkin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan laju.Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagai kegunaan zahir dan batin.
Ingat ini dituntut oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

Firman Allah swt:
“Hendaklah kamu ingat akan Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu berbaring.”(An-Nisa:103)

“Hendaklah kamu ingat Tuhan yang telah memeliharamu didalam hati dengan rasa hormat dan takut (serta harap akan kurnia-Nya) dengan tidak menyebut dimulut pagi dan petang (terus menerus) dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai”.(al-A’raf:20)

Selasa, 2 Jun 2015

SEDIKIT PERBEZAAN DIDALAM PEGANGAN DAN IKTIQAD AKAN MEMBAWA KESAN YANG BESAR

SEDIKIT PERBEZAAN DIDALAM PEGANGAN DAN IKTIQAD AKAN MEMBAWA KESAN YANG BESAR... IAITU MENYENGUTUKAN ADA DIRI SENDIRI DAN ADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH DISAMPING ADA ALLAH.....

Tentang pengakuan "AKU ALLAH"
Kita tahu Ada itu sifat Allah, hanya Allah yang bersifat Ada,
Kita boleh rasa sifat Ada pada kita ( kita sedang merasai ada itu ialah menunjukkan kepada kita bahawa Allah sedang menunjukkan atau memperkenalkan sifat ADANya..)
Banyak firman Allah menerangkan keadaan ini
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 3)

إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ


Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 4)

وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ


Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 5)

وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن رِّزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ


Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 6)

تِلْكَ آيَاتُ اللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّۖ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَ اللَّهِ وَآيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ


Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya (mereka tidak mahu memahami dan menelitinya)?

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD
76:1. Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?
76:2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (samada akan tetap diatas tauhid, atau jadikan ciptaannya itu sebagai sekutu dengan Allah (syirik), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
76:3. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; (tauhid- sentiasa bersih dari sebarang syirik) ada yang bersyukur ;tetap didalam keadaan bertauhid (tetap mengesakan Allah pada zat, sifat, asma' dan afa'alnya) dan ada pula yang kafir (engkar dengan melakukan syirik - sekutukan ciptaan yang diadakan dengan Ada Allah, iaitu menyangka tajalli ada Allah itu adalah keberadaan sesuatu selain dari Allah, atau dengan kata lain ada Allah yang ditajallikan sebagai untuk memperlihatkan adanya Allah telah disangka sebagai adanya diri sendiri dan adanya sesuatu selain dari Allah)
Apabila Allah menerangkan keberadaannya, silap kita kerana merasakan dan mengaku Ada yang sedang Allah tunjukkan sebagai ayat-ayat yang sedang menerangkan kewujudan Allah itu telah dianggap dan disangka sebagai Ada diri kita sendiri..
Kita merasakan dan mengakui yang Ada Allah yang Allah sedang tunjukkan itu sebagai ada diri kita sendiri, telah menimbulkan sifat keakuan diri yang dipanggil sebagai hawa nafsu, firman Allah
25.Surah Al-Furqān (Verse 43)

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا


Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: 
tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

Bila kita merasakan ada kita, secara tidak langsung kita telah pun menjadikan hawa nafsu (diri sendiri yang kita anggap ada yang sebenarnya Ada itu adalah sifat Ada Allah yang Allah sedang memperkenalkan dirinya sendiri)..
Perasaan Ada kita ini, amat susah untuk dihilangkan kecuali melalui penyaksian dan pengakuan.. Oleh diri yang telah dianggap ada oleh kita sendiri...
Kita merasai diri kita ada, inilah sebenarnya satu penyaksian dan pengakuan yang telah berdiri kukuh dan amat sukar untuk dihapuskan....
Keakuan diri sendiri inilah yang telah menkatogerikan kita telah menjadikan hawa nafsu sendiri sebagai tuhan sembahan selain dari Allah..
Kita sedang merasai Ada kita sendiri inilah apa yang difirmankan oleh Allah
21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)

وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ


Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
Bermula dengan kita merasakan ada kita ( Aku diri sendiri )... Kita akan merasakan segala sifat ketuhanan adalah milik kita, contoh kita akan merasakan ada kita itulah yang hidup, yang tahu, yang berkuasa, yang berkehendak, yang melihat, yang mendengar dan yang berkata-kata. Sebenarnya semua semua sifat ketuhanan itu adalah milik mutlak Allah...
KITA MERASAKAN KITA ADA, secara tidak disedari MEMBERI MAKNA kita sedang mengakui AKU diri sendiri sebagai Tuhan SELAIN dari ALLAH.... Kerana sifat ADA itu adalah hanya milik Allah sahaja....
Kita merasakan kita ada, secara tidak disedari (atau secara automatik) kita sedang menjadikan hawa nafsu kita sebagai Tuhan kerana ADA itu adalah sifat milik Allah sendiri sahaja. ADA itu ESA tidak berbilang-bilang...
DARI BERDIRI KEPADA AKU DIRI SENDIRI ( merasakan ada diri sendiri), kEMBALILAH BERDIRI KEPADA AKU ALLAH (HANYA ALLAH YANG BERSIFAT ADA, SESUATU SELAIN DARI ALLAH SENTIASA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)...
Firman Allah:-
20.Surah Ţāhā (Verse 14)

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي


"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.
Untuk kembali kepada AKU ALLAH... Kita mesti berperang dengan pengakuan diri kita sendiri (kita sedang mengakui dan merasai ada kita)...
Dari kita sedang merasai ada kita dengan secara tidak disedari kita telah dan sedang mengakui "AKU" diri sendiri sebagai tuhan kerana ADA itu adalah sifat milik Allah sahaja...
Apabila sedang merasakan (dalam kata lain sedang bersaksi) ADA, hendaklah kita mengakui ADA yang sedang dirasai / disaksikan itu adalah ADA ALLAH sehingga kita tidak lagi merasakan ada kita..
Penyaksian dan pengakuan hendaklah dilakukan dengan cara yang telah dijelaskan oleh Allah didalam firmanNya
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
BUKAN DENGAN MENGAKU-NGAKU.. TETAPI DENGAN MELAKUKAN PERINTAH ALLAH SEPERTI DIATAS AKAN BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN ADA ALLAH ADALAH ADA ALLAH (TIDAK AKAN HADZIR RASA ADA DIRI KITA SENDIRI LAGI, ADA ALLAH YANG SEDANG DIRASAI SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI KEMBALI AKAN DIRASAI SEBAGAI ADA ALLAH, YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH ITU ADALAH ALLAH SENDIRI)....

(Bila dah praktiskan, baru dapat dirasakan bagaimana keadaannya)
Selagi kita tidak praktis dan merasakan sendiri kita tidak akan tahu sampai bila-bila pun).. Ianya tidak boleh difikir-fikirkan....
Jika tidak mampu untuk melakukan jalan dan cara ini, maka gunalah kaedah soal jawab :-
" SIAPAKAH YANG ???" Dan tentukan jawapannya "ALLAH"

Kaedah ini terdapat didalam firman Allah :-
34.Surah Saba' (Verse 24)

قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ


Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi 
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata".

13.Surah Ar-Ra`d (Verse 16)

قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ


Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"
Jawablah: "Allah".
Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, 
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?
Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang?
Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?"
Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".
Lakukanlah kaedah ini sehingga kita tidak lagi terasa keberadaan badan diri kita...
Perbezaan Yang Sedikit
1. Orang yang berpegang dengan mengatakan Allah Ada, selain dari Allah tiada tetapi didalam rasa dan perasaan mereka sedang merasakan ada diri sendiri, (sebenarnya keadaan inilah sedang menunjukkan mereka sedang mengadakan keakuan diri atau hawa nafsu sebagai tuhan selain dari Allah... Sedang mengatakan Aku.... Tuhan selain dari Allah kerana sedang merasakan Aku diri sendiri...
2. Orang yang berpegang dengan mengatakan Ada Allah, selain dari Allah tidak ada, didalam masa yang sama mereka sedang merasakan Ada yang sedang dirasai itu adalah ADA Allah (tidak merasakan ada diri sendiri lagi), mereka sedang mengaku ADA yang sedang dirasakan itu adalah ADA Allah (tidak lagi merasakan ada diri sendiri yang dianggap ada)..
Mereka inilah yang bertuhankan kepada Allah...
Ujud diri sendiri ialah sebenarnya sangkaan maksudnya kita menyangka yang ujud Allah yang sedang diperkenalkan sebagai ujud badan diri kita sendiri...
Firaun ialah orang yang bersangka-sangka wujud Allah sebagai ujud diri sendiri... Meletakkan segala sifat ketuhanan kepada ujud diri yang disangka ada itu.. Sehingga menjadikan Diri yang disangka Ada itu sebagai tuhan secara tidak disedari..

Siapakah Ahlu Sunnah wa al-Jamaah menurut kata NABI MUHAMMAD SAW ?

AHLI SUNNAH WAL AL-JAMAAH
Ramai mengaku mereka Ahlu Sunnah wa al-Jamaah. Bila ditanya apa itu Ahlu Sunnah macam macam jwpan yg kita dengar...

Siapakah Ahlu Sunnah wa al-Jamaah menurut kata NABI MUHAMMAD SAW ???
Sabda Nabi saw; “Sesungguhnya Yahudi telah berpecah kpd 72 puak, dan umatku akan berpecah kpd 73 puak, hanya satu yg terselamat iaitu al-Jamaah, sahabat bertanya siapakah al-Jamaah, lalu jawab baginda ‘Apa yg Aku dan Para Sahabhku berada diatasnya” [HR Imam at-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya’ al-Maqdisi]
Kata Imam Ibn Hajar al-Asqalaani; "bahawa yg dikatakan 'Ahli sunnah' Ialah golongan yg mengikuti Sunnah Rasul saw, manakala 'al-Jamaah' pula ialah merujuk kpd para Sahabat baginda dan juga golongan yg mengikuti mereka dan menjadikan mereka sebagai hujjah/rujukan dalam urusan Agama." [Fathul al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari - juz.20, ms:89]
CIRI2 AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
1)Mereka mengikuti jalan
Rasulullah dan Para sahabatnya dgn menyandarkan segala permasalahan kpd al-Qur’an dan as-Sunnah dgn pemahaman generasi terbaik yg dijamin oleh baginda Nabi saw iaitu Para Sahabat, Tabi’in dan generasi setelah mereka. 

Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik generasi adalah generasiku kemudian generasi setelah mereka kemudian generasi setelah mereka.” [HR Bukhari, Muslim dan Ahmad]

2)Jika berselisih dalam sesuatu perkara mereka akan merujuk kembali kpd al-Qur’an dan as-Sunnah dan bersedia menerima apa yg telah diputuskan oleh Allah dan Rasulullah.
Firman Allah: (Maksudnya): “Maka jika kamu berselisih- dalam satu perkara, kembalikanlah ia kpd Allah dan Rasulnya, jika kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat. Dan yg demikian itu adalah baik dan lebih baik akibatnya.” [Q.S An-Nisa: 59]
3)Mereka mendahulukan ucapan Allah dan Rasul dalam segala perkara. 
Firman Allah (Maksudnya) “Wahai org2 yg beriman janganlah kamu mendahulukan (ucapan selain Allah dan Rasul) terhadap ucapan Allah dan Rasul dan bertaqwalah kamu kpd Allah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [Q.S al-Hujurat ayat 1]
4)Mereka menghidupkan sunnah Rasulullah dalam seluruh kehidupan baik dalam ibadah, akhlak, sehingga mereka menjadi org asing di tengah kaumnya. 
Rasulullah bersabda tetang mereka: “Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula daam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” [HR Muslim]
5)Mereka adalah org2 yg sangat jauh dari sifat fanatik (taksub) kpd Kumpulan/Puak / Guru mahupun Mazhab, dan mereka tidak fanatik kecuali kpd Kalamullah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah. Mereka bersikap dengar dan Taat hanya kpd Allah dan Rasul. 
Firman Allah (bermaksud): "Sesungguhnya jawapan org2 yg berIman, bila mereka dipanggil kpd Allah dan rasulNya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, meteka akan berkata, “kami dengar, dan kami taat”, Dan mereka itulah org yg beruntung” [Q.S an-Nur ayat 51]
Wallahua'lam

Lalu bagaimana Aku tidak mengasihi sedangkan Aku Maha Pengasih?”

Tersebut kisah seorang lelaki fasik dari Bani Israil. Penduduk di kampung tempat tinggal lelaki itu tidak mampu lagi membendung kefasikannya lalu mereka berdoa kepada Allah. Tidak lama kemudian Nabi Musa menerima wahyu dari Allah tentang adanya seorang pemuda fasik di kalangan Bani Isaril. 

Lalu Nabi Musa pun mengusir pemuda tersebut dari kampungnya. Maka selamatlah mereka dari bahang api kefasikannya setelah pemuda tersebut meninggalkan kampung asalnya menuju ke sebuah kampung yang jauh dari situ.

Kemudian Allah swt perintahkan sekali lagi Nabi Musa as mengusir pemuda tersebut dari kampung yang baru sahaja didatanginya itu. Maka keluarlah pemuda tersebut dari kampung yang baru sahaja dikenalinya menuju ke suatu kawasan yang tidak terdapat manusia, tanaman, binatang liar dan burung sekali pun. Setelah tinggal di situ, lelaki tersebut pun jatuh sakit. Sedang di situ tidak ada siapa pun yang ada untuk menolongnya.

Setelah berat sakitnya, dia pun merebahkan badan ke atas tanah dan meletakkan kepalanya seraya berkata, “Kalaulah kepalaku ini dipangku oleh ibuku, tentulah dia kasihan terhadapku dan menangis mengenangkan keadaanku. Kalaulah ayahku ada di sini pastilah dia akan menolong dan merawatku. 

Kalaulah sekiranya isteri dan anak-anakku berada di sisiku saat ini, tentu sahaja mereka akan bersedih dan menangis dengan kematianku dan akan mengiringi jenazahku sambil berdoa; “ Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah ayahku ini yang lemah, yang fasik, yang derhaka dan terusir dari kota ke kampung, dari kampung ke tanah yang tandus lagi gersang. Dia keluar dari dunia ke Akhirat tanpa harapan suatu apa pun”.

Lelaki itu seterusnya mengadu kepada Allah, “Ya Allah! Engkau telah pisahkan aku dari orang tuaku, isteri dan anak-anakku. Namun wahai Tuhan! Janganlah aku terpisah daripada rahmat-Mu. Sesungguhnya Engkau telah membakar hatiku dikeranakan perpisahan dengan mereka. Namun janganlah pula Engkau bakar hati ini dengan neraka-Mu kerana kemaksiatanku.”

Kemudian Allah mengutuskan bidadari menjelma sebagai ibunya dan yang lain menyerupai isterinya pula. Begitu juga wildan menjelma sebagai anak-anaknya. Manakala Allah utuskan malaikat seolah-olah sebagai ayahnya. Mereka duduk di sisinya dan mengasihi sambil menenangkan perasaannya. Lalu lelaki itu berkata,”Sesungguhnya ini ibubapa, isteri dan anak-anakmu telah hadir di sisimu”. Terhibur dan senanglah hati lelaki tersebut lalu pada saat itulah rohnya keluar dan pulang mengadap Allah dalam keadaan suci dan terampun dari segala dosanya.
Alangkah terkejutnya baginda bila melihat jenazah itu adalah lelaki yang diusirnya dari kampung dengan perintah Allah juga! Lantas Nabi Musa pun bertanya, “Ya Tuhanku, bukankah ini pemuda yang aku usirkan dari kota dan dari sebuah kampung atas perintah-Mu?” 
Allah berfirman,”Wahai Musa, sesungguhnya Aku telah merahmati dan mengampuninya kerana ratapan lelaki tersebut atas dosa-dosanya. Dia tinggalkan kampung halamannya, orang tuanya bahkan isteri dan anak-anaknya. Maka Aku utuskan malaikat dan bidadari menjelma sebagai ayah, ibu, isteri dan anak-anaknya. Mereka mengasihi kepedihan dan pengasingannya. Sesungguhnya jika orang meninggal di tempat jauh, maka ahli bumi dan ahli langit akan menangis mengasihinya. Lalu bagaimana Aku tidak mengasihi sedangkan Aku Maha Pengasih?”

(Imam Al Ghazali dalam Mukasyafatul Qulub)