Pages

Memaparkan catatan dengan label fana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fana. Papar semua catatan

Khamis, 20 Ogos 2015

BAGAIMANA IP DARI KAEDAH DAN ALIRAN BBM BOLEH MEMBAWA PENGAMALNYA SAMPAI KEPADA MENTAUHID DAN MENGESAKAN ALLAH?

BAGAIMANA IP DARI KAEDAH DAN ALIRAN BBM BOLEH MEMBAWA PENGAMALNYA SAMPAI KEPADA MENTAUHID DAN MENGESAKAN ALLAH?

Didalam IP aliran BBM, setelah dibukakan jalan melalui bidan, akan hadzir rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari....
Bagaimanakah kita nak beriktilad dan berpegang dengan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari supaya iktikad kita bertepatan dengan seruan Auwaluddin makrifatullah..
Bagaimana kita nak beriktikat tentang rasa-rasa yang terasa dihujung2 jari supaya kita tidak tergolong didalam golongan orang yang zalim iaitu, untuk mengelak dari berlaku mensyirikkan Allah?
Bila sudah dapat rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu, bagaimana kita nak berpegang dengannya?
Diawal dan permulaan :-
Dimulai dengan kedua tangan dipertemukan dan diletakkan ditengah-tengah doantara kiri dan kanan (didalam keadaan bertafakur)
Tumpuan fikiran dan ingatan serta rasa hanya kepada Allah...
Dengan melafazkan bismillah hirrohma nirrohim 1 x bacaan.
Astagfir rullah .... Muwa atu bu i laikh 3 x (memohon ampun kepada Allah)
Laa ilaha illallah (tarik nafas). Setelah nafas tidak tertarik lagi sebutkan Muhammadar Rasulullah - lepaskan nafas dengan menyebut - Laa khau la wala .... 'A liyil 'azim 3 x ( penyerahan sepenuhnya kepada Allah )..
{Mengaku bahawa yang Ada hanya Allah (selain dari Allah tidak ada, dengan maksud sedang menyedari akan KeUjudan Allah sahaja, tidak lagi tinggal didalam kesedaran ada selain dari Allah.. Yang ada didalam kesedaran hanyalah Ujud Allah sahaja), Muhammad iaitu nama kepada Rohullah yang sedang menunjukkan akan KeUjudan Allah} - ternyata kenyataannya kepada jasad.
Tumpukan pemerhatian didalam kepada turun naiknya pernafasan {gunakan pernafasan asal iaitu pernafasan perut (semasa menarik nafas perut mengembang, semasa menghembuskan nafas perut mengempis), ikut sahaja aliran pernafasan secara normal tanpa perlu mengawal pernafasan tersebut}.
Semasa menarik nafas hendaklah difaham berlaku penyerahan jasad kepada Roh, seterusnya penyerahan Roh kepada Allah (terhapusnya diri yang zahir iaitu jasad kepada diri yang batin iaitu Rohullah, hapus diri yang batin (Rohullah) kepada zat semata-mata iaitu Allah}...
Semasa menghembuskan nafas hadzirkan kefahaman kita bahawa Allah sedang menzahirkan apa yang ada padanya kepada Rohullah dan Rohullah pula akan manzahirkan apa yang ada kepadanya kepada jasad....
Disini berlaku pula maksud firman Allah "
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan
Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.." (Surah Ali Imran ayat 27)
Kita akan terasa rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari. Pemerhatian kita hendaklah ditumpukan kepada rasa-rasa yang terasa dihujung jari, didalam masa yang sama ingatan yang didalam (iktikad kita) hendaklah diingatkan bahawa rasa-rasa yang terasa itu adalah tanda yang sedang menunjukkan Ujud Allah yang sedang dirasai...
Maksudnya semasa kita merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari kita hendaklah keseluruhan Rohhullah dan jasad didalam masa yang sama menyebut Allah, Allah, Allah.......
Ingat dan sedar yang menyebut Allah, Allah, Allah....... Adalah Allah sendiri....
Bila ada hadzir rasa-rasa yang terasa, yakinlah bahawa rasa-rasa yang terasa itu adalah rahsia yang sedang menerang Ujud Allah yang sedang dirasai...
Lakukan latihan, ikut sahaja samada rasa-rasa yang terasa itu akan terasa keseluruhan anggota zahir dan batin...
Jangan membandingkan apa yang kita perdapat dengan orang lain.. Setakat yang diberi rasa itulah rahsia Ujud Allah yang boleh dirasai...
Yakinlah dengan seyakin-yakinnya bahawa rasa-rasa yang terasa itu adalah rahsia Ujud Allah yang sedang diberi rasa....
Jangan banyak soal lagi, yang perlu hanyalah pengakuan Yang putus bahawa rasa-rasa yang terasa itu adalah rahsia Ujud Allah yang sedang diberi rasa...
7.Surah Al-'A`rāf (Verse 172)
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا بَلَىٰۛ شَهِدْنَاۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Apabila sudah yakin yang rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu adalah rahsia Ujud Allah yang diberi rasa...
Didalam masa merasai rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari, timbul didalam kesedaran dan ingatan bahawa rasa yang dirasai itu adalah rahsia Ujud Allah...
Setelah penumpuan telah tertumpu kepada Ujud Allah yang diberi rasa (rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari.)
Didalam masa penumpuan kepada Ujud Allah yang sedang diberi rasa (rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari) akan terasa tangan kita akan bergerak dengan sendiri atau tangan akan bergerak secara automatik.
Bagaimana pula nak memahami keadaan tangan bergerak secara automatik ini supaya sampai kepada mentauhidkan Allah?
Jadi apa sebenarnya yang difahamkan dengan gerak automatik itu?
Kita nak katakan atau iktikadkan gerak automatik itu sebagai apa supaya pegangan kita terhadap IP aliran BBM ini tidak lari dari akidah dan membawa kita kepada Auwaluddin makrifatullah iaitu Awal agama mengenal Allah...
IP aliran BBM dikatakan IP yang berasas dan berlandaskan kepada Dua Kalimah syahadah,
Jadi pegangan yang sebagaimana yang boleh menyampaikan kepada membawa maksud IP ini adalah IP yang sentiasa mengesakan Allah iaitu Laa ilaha illallah -Tiada yang nyata hanya Allah...
Berhubung dengan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari, kita telah pun jelas bahawa rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu adalah rahsia Ujud Allah yang sedang diberi rasa oleh Allah.. Yang sedang merasa Ujud Allah adalah Allah sendiri "Tiada sesuatu yang ada hanya Allah"
Setelah mengekalkan amalan melalui praktikal yang dilakukan rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari itu akan meliputi keseluruhan zahir dan batin (jasad dan Roh).
Orang berkata Allah ada tetapi tidak merasakan Ujudnya Allah..
Melalui IP aliran BBM, pengamalnya berkata Allah ada didalam masa yang sama sedang merasakan Ujud Allah yang meliputi keseluruh zahir dan batin.
Dengan menumpukan kepada rasa-rasa yang terasa bahawa kita telah dapat merasakan dan mengaplikasikan akan firman Allah (Dialah yang awal, Dialah yang akhir, Dialah yang zahir dan dialah yang batin)...
Harus diingat bukan sahaja melalui IP aliran BBM sahaja yang dapat sampai kepada fahaman sebegini... Tetapi IP aliran BBM adalah salah satu IP yang jika difahamkan dengan sebenarnya akan mencapai kepada makrifatullah...
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Diluar sana banyak lagi IP dari aliran lain yang juga sampai kepada Auwaluddin makrifatullah..
Asal saja pengamalnya mahu mendalami dan mengamalkan seperti yang telah diajarkan oleh seorang mursyid yang telah pun mencapai kepada makrifatullah..
Samada melalui IP aliran BBM, mahupun dari aliran lain, setiap pengamal hendaklah sentiasa bersih dari bersikap zalim terhadap diri sendiri iaitu tidak mensyirikkan Allah...
Jadi didalam IP aliran BBM, kita sudah tahu yang rasa-rasa yang terasa yang diberi rasa itu adalah rahsia Ujud Allah yang sedang dirasai....
Untuk mencapai makrifatullah melalui IP aliran BBM ini, bagaimana pula kita nak berpegang berkaitan dengan gerak yang bergerak secara automatik, supaya amal yang dipraktikkan ini tidak menjerumuskan kita kekancah kesyirikan malah boleh mencapai kepada makrifatullah malah akan meletakkan pengamalnya sentiasa duduk didalam Dua kalimah Syahadah?
Apabila terasa tangan kita bergerak secara automatik maka hadzirkan didalam ingatan dan kesedaran kita bahawa gerak automatik yang berlaku itu adalah qudrat dan irodat Allah yang sedang dinyatakan dan diperkenalkan.
Ikut sahaja gerak automatik itu beserta dengan rasa-rasa yang terasa.. Jangan ditinggal rasa-rasa yang terasa, maksudnya hendahlah diikuti gerak yang bergerak secara automatik itu, didalam masa yang sama terus merasa rasa-rasa yang terasa dihujung-hujung jari...
Firman Allah 73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Didalam masa yang sama hendaklah kita menyebut Allah, Allah, Allah.... (Biarlah dirasakan zahir dan batin keseluruhannya menyebut kalimah Allah, Allah, Allah sedangkan perasaan kita tetap tertumpu kepada rasa-rasa yang terasa, ingatan kita tetap ingat kepada gerak yang berlaku secara automatik, manakala kata-kata zahir dan batin tetap menyebut Allah, Allah.....Allah.)
2.Surah Al-Baqarah (Verse 164)
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 3)
إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
45.Surah Al-Jāthiyah (Verse 4)
وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya.
2.Surah Al-Baqarah (Verse 165)
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).

Selasa, 5 Mei 2015

BERMUSYAHADAH

BERMUSYAHADAH

Hakikat hidup itu adalah BAHAGIA, maka dari itu carilah kebahagian itu dengan cara apapun jua, walaupun orang disekelilingmu mengatakan kau itu telah GILA
Sesiapa yang sampai ke Alam ini, ia mengambil ilmunya terus dari Allah tanpa perantara. Di alam ini, ia beribadah dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.
Pandangannya sentiasa melihat pada dua Alam, melihat diriNya di Alam zahir yaitu Af’al, Sifat dan Asma, bermusyahadah dengan ZatNya di Alam Lahut.
Adakala mereka itu fana (lebur) penglihatan di alam ini ketika mentajallikan rahasiaNya sehingga tiada yang dilihat melainkan Allah semata

(Tuak ilahi)

Ahad, 29 Mac 2015

DITARIK MASUK KEDALAM RAHASIANYA

Pada dasarnya seseorang yang menerima pemahaman yang RAHASIA DAN DIRAHASIAKAN dalam ILMU MA'RIFATTULLAH telah DITARIK MASUK KEDALAM RAHASIANYA dan terjadi kepada orang - orang yang DIPILIH dan TERPILIH atas kehendak Allah swt dan bisa terjadi kepada siapa saja baik MUSLIM maupun NON MUSLIM....
Sebelum " DITARIK MASUK KEDALAM RAHASIANYA " maka seseorang akan mengalami " FASE BLANK atau CUCI OTAK atau CUCI HATI " secara Gaib seperti yang terjadi pada Nabi Muhammad Rasulullah saw sebelum terjadi ISRA dan MI'RAJ....
" CUCI OTAK atau CUCI HATI " ini diperlukan untuk menghindari PENOLAKAN AKAL yang dapat berakibat STRES TINGKAT TINGGI atau mengalami gangguan Jiwa ( Gila ) dan untuk menghapus seluruh ILMU dan KEYAKINAN yang sebelumnya sudah ada .....karena RAHASIA ALLAH SWT ITU TIDAK TERJANGKAU OLEH AKAL, ILMU DAN KEYAKINAN.........
AL QURAN dan HADIST tidak menjelaskan apa yang ada didalam RAHASIANYA namun AL QURAN memberikan isyarat kebenarannya sebagaimana yang dimaksud dalam Firman Allah swt :
"..Aku tidak menghadirkan mereka ( Iblis dan anak cucunya ) untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak pula penciptaan diri mereka sendiri,dan tidaklah aku mengambil orang-orang yang menyesatkan itu sebgai penolong..( Al Kahfi 51 )

Jumaat, 2 Januari 2015

FANA terbagi 3 (tiga) bagian

FANA :
Ada terbagi 3 (tiga) bagian :
Fana Af’al pada Itikad tidak ada yang berbuat hanya perbuatan Allah.
Fana Sifat pada Itikad tidak ada yang hidup hanya Allah.
Fana Zat pada Itikad tidak ada yang maujud hanya Allah.

Jumaat, 14 November 2014

ujud hamba dan ujud tuhan itu diibaratkan "bayang dgn empunya bayang"


Orang yang menuju kepada Tuhan itu adalah orang yang memiliki kesedaran yg tinggi utk mencapai puncak keimanan yg sempurna. Sungguhnya ilmu pengetahuan dibidang hakikat itu utk mempertahankan syariat bukannya mengugurkan syariat.


السريعة بلا حقيقة باطله والحقيقة بلا السريعة يباطله.

"syariat tanpa hakikat batal dan hakikat tanpa syariat hampa"
(kata2 dari Syeikh Abdul Qadir Jailani)

Apapun hujah terhadap ilmu semuanya tdk akan mengubah akan keadaan syariat itu sendiri. Oleh itu tanggungjawab terhadap tuhan itu pasti dijalankan.

Tiada istilah ujud satu atau ujud byk dlm hal ini. Satu atau byk itu hanyalah pentafsiran ilmu yg menyatakan tuhan itu esa bukannya menyatakan tdk ada makhluk krn tiada bahasa yg dpt digantikan dgn perkataan UJUD kpd brg yg ada ini, ttp ujud yg ada ini bukanlah ujud seujud tuhan. Ini hanya bahasa yg menyatakan ilmu. Ujud itu byk tp satu, yakni yg ada ini akan binasa kecuali ujud tuhan shj yg kekal.


كل عليها فان ويبقا وجه ربك ذالجلال والإكرام.

Setiap yg ujud ini binasa kecuali wajah(zat) tuhanmu yg memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. 

Inilah yg dikatakan tiada yg ada kecuali dia. Namun ittiqoq ahli maarifat di dlm pengalaman fananya itu yg mengatakan "tiada yg ujud hny Allah" itu krn disaat itu dia telah lebur didlm nur Allah. Apabila tlh kembali sedar maka kenyataan itu hanya di dalam hikikatnya shj bukan pada kenyataan kalamnya.

Ujud hamba dan ujud tuhan itu diibaratkan "bayang dgn empunya bayang"

Ahad, 28 September 2014

BERLATIH MATIKAN DIRI SEBELUM MATI UNTUK MENGHADAPI MATI YANG SEBENAR

BERLATIH MATIKAN DIRI SEBELUM MATI UNTUK MENGHADAPI MATI YANG SEBENAR
5.Surah Al-Mā'idah (Verse 105)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan.
2.Surah Al-Baqarah (Verse 123)

وَاتَّقُوا يَوْمًا لَّا تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئًا وَلَا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلَا تَنفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) 
seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).

2.Surah Al-Baqarah (Verse 54)

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوا إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
2.Surah Al-Baqarah (Verse 195)

وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِۛ وَأَحْسِنُواۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
2.Surah Al-Baqarah (Verse 272)

لَّيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُۗ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنفُسِكُمْۚ وَمَا تُنفِقُونَ إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِۚ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.


2.Surah Al-Baqarah (Verse 281)

وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِۖ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
(DARI SEKARANG INI BELAJARLAH BAGAIMANA KITA HENDAK MENGHADAPI SAAT TERPUTUSNYA HUBUNGAN DIANTARA JASAD DENGAN ROH, IAITU SAAT DIMANA BERLAKUNYA NAFAS YANG PENGHABISAN, JIKA KITA TIDAK BERLATIH UNTUK MENGHADAPI SAAT PENGHABISAN NAFAS KITA DIMANA SAAT ITU SUDAH PASTI AKAN BERLAKU KEPADA KITA)
BELAJARLAH DARI YANG ARIF TENTANG HAL INI, BELAJAR DAN BERLATIH UNTUK MENGHADAPI SAAT TERPUTUSNYA NAFAS YANG PENGHABISAN INI, DIMANA SEBELUM BERHENTINYA PERNAFASAN KITA, AKAN BERLAKU PADA SETIAP SEORANG DARIPADA KITA SAAT DIMANA BERLAKUNYA PERNAFASAN YANG PENGHABISAN SEKALI.. IAITU SAAT KEMATIAN....
MATI IALAH SUDAH TIDAK BERNAFAS LAGI.....
MATI SEBELUM MATI, BERLATIH UNTUK MENGHADAPI PERNAFASAN YANG PENGHABISAN ATAU TERAKHIR INI SUPAYA PADA KETIKA BERLAKUNYA PERNAFASAN YANG TERAKHIR INI, KITA TIDAK BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG MENYENGUTU DAN MENSYIRIKKAN ALLAH.
SEBELUM LAGI BERLAKU PERNAFASAN YANG TERAKHIR INI, DARI SEKARANG INI KITA SUDAH BERLATIH UNTUK MENGHADAPINYA SUPAYA SEMASA BERLAKUNYA PERNAFASAN YANG TERAKHIR ITU TIDAK DIDALAM KEADAAN SEDANG MENYENGUTU DAN MENSYIRIKKAN ALLAH DENGAN DIRI SENDIRI DAN SESUATU SELAIN DARI ALLAH....

Jumaat, 1 Ogos 2014

Apakah Ikhlas Adalah Maqam Tertinggi?

Apakah Ikhlas Adalah Maqam Tertinggi?

apakah sifat ikhlas sudah merupakan maqam tertinggi yang dicapai oleh para kekasih Allah?
pada persangkaan umum memang sifat ikhlas itulah maqam tertinggi kerna tidak semua orang bisa berbuat ikhlas dengan sesungguhnya baik kepada Allah ataupun sesama manusia.

Namun dalam terminologi tasawuf, ada maqam yang lebih tinggi dari itu, iaitu maqam tajrid. kerna sifat ikhlas masih lagi dikatakan memandang amal itu dari perbuatan diri sendiri seseorang itu, sedangkan sifat tajrid tidak lagi memandang amal itu dari perbuatan diri sendiri kecuali dari Allah kepada Allah kerna Allah. 

Dengan demikian, ahli tajrid tidak lagi bersusah-payah untuk sentiasa menjaga, mengawasi atau memikirkan amalnya ikhlas atau tidak kerna telah berserah sebulat-bulatnya kepada Allah bahwa yang berbuat amal itu bukan dirinya melainkan Allah sedangkan dirinya itu telah tiada atau fana, tiada daya kudrat dan iradat melainkan pada Allah.

Kepada ahli ikhlas pula harus sentiasa berwaspada agar tidak melakukan syirik dengan amalnya seperti riyak, sum'ah, ujub dan tak takbur untuk mendapatkan perhatian manusia.

Sabtu, 14 Jun 2014

TIDAK TERTULIS KALIMAH TUHAN

TIDAK TERTULIS KALIMAH TUHAN

18.Surah Al-Kahf (Verse 109)

قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

18.Surah Al-Kahf (Verse 110)

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara, Allah boleh diketahui, dikenali atau ditemui setelah badan diri sendiri dan keseluruhan Alam yang dianggap itu dibinasakan..

Setelah badan diri sendiri dan sekalian alam atau selain daripada Allah fana', maka kekallah Allah semata-mata.

Apa yang perlu kepada kita bukan membicarakan tentang Allah itu begitu, begini dan sebagainya..

Apa yang perlu dibicarakan oleh kita semua ialah bagaimana Allah itu boleh ditemui, bagaimana Allah itu boleh dikenali, bagaimana hendak membinasakan diri dan selain dari Allah.. Seperti sabda Nabi, "mautu khoblaanta mautu - matikan diri kamu sebelum lagi kamu mati"
Setelah diri dan selain dari Allah telah mati, setelah binasa, setelah tiada badan diri sendiri dan selain dari Allah, maka bertemulah apa yang dipanggil Allah itu..

Jika Allah itu diperdebatkan, beginilah jadinya, sampai kiamat pun Allah yang sebenar tidak akan ditemui...

Selagi sebelum menemui Allah, apa yang diperkatakan, apa yang dingat, apa yang dibayangkan itu semua adalah merupakan khayalan diri yang diadakan sendiri oleh sangkaan kita sendiri...

Untuk itu saya ingin menasihati diri saya sendiri dan semua sahabat disini supaya berhentilah membicarakan tentang Allah ini dan kembalilah membicarakan tentang bagaimana hendak menemui Allah itu...

Kepada semua yang mengaku telah menemui Allah, jika tidak keberatan sila diperturunkan disini cara-cara kita menemui Allah itu dan dapat diperbincangkan disini supaya kita semua dapat membincangkan dimana kurang dan dimana lebihnya...

Itulah sepatutnya apa yang dimuzakarahkan oleh mana-mana group ilmu makrifatullah...

Setiap penjabaran ilmu itu disertakan dengan cara perlaksanaan untuk mendapat seperti apa yang diperkatakan itu..

Itulah yang sepatutnya kita semua lakukan...

Setiap yang telah mengenali melalui cara praktik untuk mendapatkannya semestinya boleh menceritakannya......

Walaupun melalui jalan-jalan yang berbeza akan dapat persamaan disatu persimpangan sehingga keakhir penemuan...

Maksud saya jika masing-masing dari kita bermula dari cara masing-masing, sampai disatu persimpangan kita semua akan menemui persamaan yang akan membawa kepada satu jalan yang lurus itu, sampai dipersimpangan itu, semua orang wajib melalui jalan itu, iaitu jalan yang lurus, Mana-mana orang yang tidak melalui jalan itu didalam penceritaan mereka, maka mereka belum lagi menemui satu jalan yang lurus itu....

Percayalah dari mana-mana satu jalan yang kita mulai kita semua akan menemui satu persimpangan akhir yang sama...

Itulah pentingnya kita semua membicarakan praktik yang dilakukan supaya kita semua dapat menemui persimpangan itu, dipersimpangan akhir, yang menuju kepada jalan yang lurus itu, yang dipersimpangan akhir itu hanya terdapat hanya satu jalan itu sahaja yang kita semua wajib tempuhi, jika kita semua tidak menemui persimpangan akhir yang hanya itulah persimpangan yang terakhir yang mempunyai hanya satu-satu jalan yang lurus untuk sampai kepada Allah...

Marilah kita semua sedar, tanpa kita berjalan. Tidak seorang pun dari kita akan sampai disana..

Kita semua hendak menuju ketempat yang sama...

Marilah kita sama-sama untuk menyedarkan diri kita masing-masing supaya kita semua dapat bersatu dalam satu rumpun... Untuk menegakkan kalimah tauhid didalam badan diri kita masing-masing....

Tidak rugi kita menjabarkan cara masing-masing...

Kepada sesiapa yang telah pun menemui Allah seperti yang telah diperkatakan itu, jabarkanlah disini jalannya...

Tak payahlah kita nak meluaskan lagi pemahaman kita tentang Allah, semakin diperbincangkan semakin jauh kita darinya..

Jika kita berjalan menuju kepadanya tanpa membicara tentang nya, kita akan sampai menemuinya...

Maafkan saya para sahabat semua.... 


Adnan Dahalan

Sabtu, 24 Mei 2014

Barangsiapa mengenal akan Haq Allah Taala, nescaya dipandangnya Allah dalam tiap-tiap sesuatu

Barangsiapa mengenal akan Haq Allah Taala, nescaya dipandangnya Allah dalam tiap-tiap sesuatu - Terjemahan oleh Tokku Pulau Manis
Barangsiapa mengenal ia akan haq Allah Taala, nescaya dipandangnya akan Allah dalam tiap-tiap sesuatu di mana Allah yang berbuat dan yang memerintah.

Maka tidaklah jinak ia pada suatu dan tiadalah liar ia daripada sesuatu kerana telah FANA ia dengan Allah dan jauh daripada tiap- tiap sesuatu selain yang lain daripada Allah.
Keterangan Suluk
Barangsiapa mengenal ia akan haq Allah Taala, nescaya dipandangnya akan Allah dalam tiap-tiap sesuatu di mana Allah yang berbuat dan yang memerintah. Mengenal akan haq Allah Taala seperti yang tercatat pada Matan di atas dimaksudkan kepada orang-orang yang mempunyai Makrifat.


Antara makna Makrifat ialah boleh membezakan di antara yang Yang Haq dan yang Batil. Jadi seseorang yang diangerahkan Allah Taala dengan Nur MakrifatNya akan melihat segala sesuatu yang ada pada dirinya dan sekelilingnya sebagai Tajalli atau penzhohiran pentadbiran (Tauhid Rububiyah) dan Keesaan (Tauhid Uluhiyah) Allah. Pandangannya pada sesuatu manifestasi menembusi kepada apa yang tersembunyi atau tersirat.

Bukan sekadar menilik kepada apa yang zahir dan tersurat sahaja malah jiwa dan batinnya sentiasa tersyuhud kepada memandang akan perbuatan Allah (Af'aal Allah) dengan makna semua yang berlaku pada dirinyadan sekelilingnya adalah dengan Kehendak dan Kekuasaan Allah, tanpa sedikitnya campur tangan dirinya ,manusia atau makhluk Allah.

Jiwa dan ruhnya sentiasa menghadap kepada Alam Malakut yang memperihalkan hikmat dan makna-makna sebenar apa yang berlaku di Alam Syuhadah ini. Malah kadang-kadang melewati Alam Jabarut dan Alam Laahut di mana dikenalnya akan sesuatu tu sebagai cermin untuk melihat Kamalat TuhanNya (Kesempurnaan Zat Allah).

Maka tidaklah jinak ia pada suatu dan tiadalah liar ia daripada sesuatu kerana telah FANA ia dengan Allah dan jauh daripada tiap-tiap sesuatu selain yang lain daripada Allah.

Khamis, 8 Mei 2014

Ke Mana Hendak Letakkan Diri?

Ke Mana Hendak Letakkan Diri?
Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Ramai di kalangan kita, tidak tahu erti penyerahan diri (tidak tahu hendak menyerah diri kepada Allah). Bilamana kita belajar mengenal Allah, ertinya diri kita telah binasa, diri kita telah lebur dan ertinya diri kita telah pulang ke rahmatullah (mati).
Bilamana kita katakan dan bilamana kita mengaku yang diri kita telah lebur, telah mati, telah binasa dan telah pulang ke rahmatullah, persoalannya di sini, siapakah diri kita ini, siapakah diri yang ada ini dan ke manakah diri zahir ini hendak dibuang atau ke manakah diri yang zahir ini hendak disimpannya.
Kita semua telah belajar erti mengenal Allah, bilamana kita telah belajar mengenal Allah, ertinya jangan lagi terpandang adanya diri (diri kita telah tidak ada). Setelah tidak lagi terpandang adanya diri (setelah tidak adanya diri), persoalannya di sini siapakah diri yang makan minum ini? Persoalannya di sini, siapakah yang tengah duduk makan-minum, tengah duduk beranak-isteri, tengah mengerjakan pekerjaan dan siapakah yang sedang merasa lapar dan dahaga ini?
Kita belajar ilmu makrifat, adalah belajar ilmu supaya “jangan sampai terlihat adanya diri”. Bilamana tidak terlihat adanya diri dan tidak adanya diri, persoalannya di sini, siapakah yang merasa lapar dahaga, siapakah yang merasa berhajat kepada hendak kahwin, hendak beranak, hendak mencari rezeki, siapakah diri yang sedang berjalan dan sedang baca blog ini?
Kita katakan diri ini sudah mati, diri sudah tidak ada, diri sudah binasa dan sudah tidak terpandang adanya diri, jika tidak terpandang adanya diri dan sudah tidak ada diri, siapakah pula yang dituntut mengenal Allah? Masakan orang mati, orang yang sudah binasa, orang yang sudah lebur dan masakan orang yang sudah pulang ke rahmatullah itu boleh mengenal Allah? Apakah orang yang mati itu boleh mengenal Allah? Apakah orang yang mati itu boleh merasa lapar atau dahaga? Jika diri kita tidak ada, siapakah pula yang akan mengenal Allah? Kita diwajibkan mengenal Allah, bagaimana hendak kita mengenal Allah, bilamana diri kita tidak ada?
Kita diajar oleh guru supaya “jangan sampai terlihat adanya diri” (diri sudah binasa atau tidak ada). Bilamana jangan sampai terlihat adanya diri, persoalannya di sini, diri kita yang kita bawa ke hulu dan ke hilir ini siapa?
Kita belajar yang diri kita tidak ada, tidak wujud dan telah binasa, persoalannya di sini, diri manakah yang sedang berkehendak kepada makan minum dan diri manakah yang berkehendak kepada kahwin dan yang berkehendak sehingga melahirkan anak? Bilamana tidak ada diri, kenapa masih berhajat kepada kahwin, berhajat kepada makan-minum dan masih berhajat kepada wang ringgit?
Belajar ilmu makrifat itu, jangan hendaknya pada kata-kata atau pada bibir mulut sahaja. Tetapi pada kenyataannya di manakah pegangan, di manakah duduk dan putusnya iktikad kita? Semua orang telah belajar makrifat, setelah belajar makrifat, ke mana hendak diletak atau hendak kita simpan diri yang zahir ini? Sepatutnya orang yang sudah binasa diri, mengenal diri dan orang yang sudah tidak terlihat adanya diri, masakan masih ada lagi berhajat kepada nikah kahwin, masakan masih ada lagi berhajat kepada makan-minum dan masakan masih ada lagi berhajat kepada mengejar kebutuhan duniawi?
Jika kita mengaku belajar ilmu makrifat, kenapa masih tidak boleh hendak duduk (tidak boleh parking atau kata orang Indonesia tidak boleh parker), apalah erti belajar makrifat, jika tidak putus? Belajar makrifat itu, adalah belajar ilmu putus (ilmu pemutus), ilmu penamat, ilmu makrifat itu adalah ilmu penyudah segala pencarian dan ilmu penamat yang sudah sampai ke penghujung. Jika kita tidak boleh letak, tidak boleh duduk, tidak boleh hendak simpan dan tidak boleh hendak putuskan di manakah hendak kita letakkan diri kita yang zahir ini atau kemahuan diri kita yang zahir ini, apalah ertinya belajar ilmu makrifat?

Rabu, 30 April 2014

lmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Melewati Hayalan Akal!

Ilmu Makrifat Itu, Adalah Ilmu Yang Melewati Hayalan Akal!

Konsep ilmu ketuhanan orang arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah konsep ilmu yang melewati hayalan akal atau mengatasi kenyataan akal. Konsep ilmu ketuhanan para-para arifin billah yang berilmu makrifat itu, adalah berlandaskan hanya dengan satu jalan, satu konsep, satu kaedah dan satu cara, iaitu jalan fana’, jalan baqa’ dan jalan berserah diri kepada Allah Taala. Berkonsepkan “hanya Allah yang wujud, hanya Allah yang ujud dan hanya Allah yang maujud”.

Kenyataan atau pendapat ahad itu, bukan berlandas atau bukan berkonsepkan kepada konsep hulul atau konsep wahdatul wujud!. Konsep ilmu makrifat itu, adalah konsep mengEsakan Allah Taala. Konsep mengEsakan Allah Taala itu, adalah konsep yang tidak berdalil kepada sebarang konsep dan konsep yang tidak pergantungan kepada dalil akal!. Allah itu, adalah Allah. Allah yang tidak ada seumpama, tidak seumapama sebagaimana yang difikir oleh akal, oleh angan-angan atau hayalan.

Makrifat itu, adalah konsep yang sudah tengelam dalam lautan makrifat kepada Allah!. Iaitu konsep yang menengelamkan diri dalam lautan ahadiah (ahad atau Esa). Iaitu suatu konsep yang semestinya tidak difahami oleh akal!. Konsep yang melewati hayalan atau melewati keyataan akal!. Untuk memahaminya hendaklah tuan-tuan ceburkan diri tuan-tuan kedalam kolam air makrifatullah!.

Ilmu Makrifat Bukan Konsep Yang DiBuat-Buat!
(Tetapi Dari Ilmu Rasulullah Dan Iman Ghazali Sendiri)

Pendapat, pegangan, pengakuan serta fahaman ilmu makrifat itu, sesungguhnya bukan dibuat-buat atau diada-adakan tetapi ianya, adalah datangnya dari Baginda Rasulullah dan disambung oleh para sahabat dan Iman Al-Ghazali sendiri. Namun tidak ramai yang mendalami, menyelami dan memahaminya!. Konsep ini, adalah satu-satunya konsep yang boleh menunjang tauhid kedalam qalbu para arifin billah, sebagaimana iman Ghazali sendiri. Inilah makam tauhid, makam ilmu rasa dan makam ilmu para arifin billah terdahulu!. Yang menjadi pegangan, pangakuan dan yang menyebabkan menunjangnya keyakinan tauhid kepada Allah Taala. Ilmu makrifat itu, merupakan inti tertinggi para ulamak arifin billah terdahulu. Yang mana sesungguhnya tidak sedikitpun menjadi percangahan atau berlawanan dengan konsep Ahli Sunnah Waljamaah!.

Hanya bagi yang tidak arif dengan ilmu makrifat sahaja yang memandang bahawa ilmu makrifat itu, salah atau sesat!. Sedangkan hanya melalui ilmu makrifat sahajalah sat-satunya ilmu yang boleh membawa, mengarah dan menghala hati-hati kita kepada arah mengEsakan Allah Taala. Inilah konsep dan inilah ilmu yang dibawa oleh Baginda Rasulullah, semasa mula-mula Baginda berpindah dari Kota Makkah ke Kota Madinah!. Iaitu konsep ilmu tauhid atau konsep ilmu megEsakan Allah Taala.

Rabu, 9 April 2014

Kebanyakkan dari kita, tidak faham apa itu gerak rohani

Kebanyakkan dari kita, tidak faham apa itu gerak rohani. Gerak rohani itu adalah gerak hati halus. Ada setengahnya menggelarkan nya sebagai gerak semangat (gerak rasa). Ada setengahnya pula memanggil dengan nama gerak naluri. Biar apa pun yang dipanggil atau yang digelar, sesungguhnya gerak rohani adalah merujuk kepada gerak roh.


Ada yang mengatakan gerak rohani boleh berlaku hanya dengan zikir atau doa yang mendayu-dayu, yang boleh mendatangkan keasyikkan. Apa lagi bila doa dan jampi serapah itu kadang kala boleh menyembuh kan penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor pakar. Ada sesetengah pula mengatakan yang rohani itu, bilamana kita bertorikat, seumpama torikat ahmadiah, muhammadiah, qodariah, jabariah, wahbi, ahli sunnah wal jamaah dan sebagainya.

Ada pula yang mengatakan bahawa rohani boleh tercapai hanya melalui beribadah sahaja. Tidak kurang pula ada yang dikatakan datangnya hanya dari guru tertentu, Maka taksublah mereka kepada guru sehingga menghalalkan cara untuk mencapai tujuan.

Tidak kurang pula ada yang mengatakan bahawa gerak rohani itu bid'ah, iaitu hal yang tidak ada contohnya di zaman Nabi atau para sahabatnya. Yang akhirnya membuatkan kita tercari-cari, tertanya-tanya dan dalam kebingungan. Apakah itu rohani ? Padahal perkara rohani atau pekerjaan rohani, berlaku pada diri kita setiap hari, masa, saat dan pada setiap ketika. Pekerjaan rohani itu, sedang mengalir, sedang meliputi jasad dan sedang menggerakkan tubuh badan kita, tanpa kita sedari dan tanpa boleh ditahan-tahan atau disekat-sekat.

Seperti apa yang berlaku dalam proses tumbesaran hidup kita. Sedari didalam perut ibu, kita tidak pernah memikirkan tentang pembesaran. Tanpa memikirkan soal makan dan minumpun kita semakin hari semakin membesar, sehinggalah kita lahir ke dunia.

Dari sekecil tapak tangan, sehinggalah sebesar sekarang ini, proses pembesaran itu berlaku tanpa kita sedari. Potong kuku minggu lepas, kelihatannya hari ini panjang lagi. Potong rambut bulan lepas, ternyata hari ini panjang lagi. Semua itu tidak kita minta dan sedikit pun tidak terlintas difikiran kita, ianya berjalan dan berlaku secara rohani.

Manakala yang kita minta, pohon dan yang kita fikir hampir separuh mati, ianya tidak berlaku dan tidak terjadi sebagaimana dihajati. Sekiranya kita berfikir untuk menjadi kaya, ternyata hari ini, kita masih lagi dalam berkeadaan miskin. Sedangkan proses pembesaran pada tubuh badan kita tetap akan berlaku. Sekalipun akal kita tidak pernah memikirkan nya. Itulah ertinya "ROHANI" atau pekerjaan rohani (pekerjaan roh)

Begitu juga dalam proses pernafasan (keluar masuknya nafas), denyutan nadi, degupan jantung, semua itu adalah hasil dari gerak kerja anggota rohani, bukannya digerak oleh pekerjaan akal. Akal tidak mampu untuk menghentikan denyutan jantung, akan tidak boleh mendenyutkan nadi atau menahan daya pernafasan. Semua uni tidak mungkin berlaku, tanpa gerak rohani. Hanya rohani sahaja yang dapat memberhentikan rohani.

Yang menggerakkan jasad adalah diri rohani dan yang mematikan jasad, adalah juga rohani. Pekerja rohani, boleh berlaku dan boleh bekerja semasa secara serentak. Bila kita tidur, telinga dan seluruh anggota termasuk akal kita juga turut tertidur. Sungguhpun begitu, bilamana ada orang datang memanggil nama kita sewaktu kita tidur, kita masih boleh mendengar dan terjaga. Begitu juga bilamana kita terasa hendak terkencing malam, walau jam menunjukkan pukul dua atau tiga pagi sekalipun, kita akan terjaga untuk membuang air kecil, walhal tidak ada kuasa akal untuk menggerak atau mengejutkan kita dari tidur untuk tujuan membuang air kecil.

Perkara-perkara seumpama itu, semuanya diluar kotak pemikiran akal. Ini adalah yang dikatakan gerak rohani dan itulah yang dikatakan "PEKERJAAN ROH". Rohlah rohani kita, nyawa kita, nafas kita, nadi kita, jantung kita dan itulah rohani. Yang mengawal dan menjaga kita sewaktu kita tidur mahupun semasa kita jaga.

Hanya segelintir sahaja yang tahu untuk memerhatikannya. Rohani itulah roh kita dan itulah juga sebenar-benar diri kita yang hakiki. Setelah diri memiliki kekuatan gerak secara rohani (gerak rohani secara semulajadi) pancaindera kita telah menjadikan lupa kepada asal usul gerak.

Membuat kita menjadi lupa kepada diri kita yang sebenar. Akal dan sifat anggota zahir kita itulah, sebenarnya yang telah melupakan kita kepada perjanjian dianrara roh dengan Allah Ta'ala. Diketika awal kejadian dulu.

Tidakkah diawal kejadian kit "ROH" telah berjanji dihadapan Allah Ta'ala itulah Tuhannya. Allahlah Tuhan kepada sifat mata, telinga, mulut, hidung, kepala, tangan dan kaki. Tetapi kenapa selepas zahir anggota pancaindera kealam nyata ini, membuatkan kita jadi lupa kepada janji-janji itu. Mana janji-janji itu ? 

Segala kelengkapan anggota 7 yang kita miliki ini, sebenarnya merupakan rahmat kasih Allah. Kasih Allah itu "BOLEH BERUPA" sebagai rupa tangan, kaki, hidung, mata, pokok, binatang, gunung, langit, bumi dan sebagainya.

Kasih Allah boleh dirupa, dizahir, dinyata dan dipamerkan dengan berbagai-bagai rupa bentuk. Anggota kita itu, adalah sebenar-benarnya rahmat Allah, begitulah seterusnya.

Rupa bentuk jasad (tubuh badan) ini, adalah juga bagi mempernampakkan kasih Allah. Kasih Allah itu boleh berupa perintah, larangan, suruhan, teguran atau tegahan. Itulah maknanya kasih Allah, meliputi sekalian alam, termasuk diri kita dan alam semesta.

Jika kita tahu untuk membinasakan seluruh sifat makhlok, dengan menggantikan dengan sifat kasih Allah, disitu kita akan dapat melihat meliputinya Allah. Jika kita tahu untuk membinasakan sifat binatang atau sifat pokok, di situ kita akan dapat melihat meliputi nya Allah, melaluinya. Sekiranya kita tahu untuk membinasakan diri kita sendiri, di situ kita akan dapat melihat kasih Allah yang nyata pada diri kita. Makhlok itulah kasih Allah.

Sekiranya kita tahu untuk menggantikan sifat anggota denan perkataan "KASIH ALLAH" maka jadilah kita " KEKASIH ALLAH". Sifat diri kita hanya sekadar "PEMEGANG AMANAH KASIH" Allah. Kasih Allah itu adalah suatu perkara yang tidak dapat dikualiti atau dikuantitikan.

Kualiti dan kuantiti kasih Allah itu adalah jasad diri kita. Jasad kita itu adalah sebahagian kasih Allah, bilamana diri kita merupakan sebahagian dari kasih Allah, bermakna diri kita juga tidak boleh dikuantiti atau di kualitikan lagi dengan sifat ! Malainkan binasa ! Setelah binasa jasad, barulah kasih kasih dan kekasih Allah itu, dapat kita lihat dengan kuantiti dan kualiti Allah.

Di kerana itu, fahamlah bahawa sesungguhnya diri kita itu, sebenarnya adalah kasih dan rahmat Allah. Setelah terlihat rahmat dan kasih Allah, maka terleburlah dengan sendirinya sifat diri ! Setelah terleburnya diri, maka disitulah kasihnya Allah itu berkekalan selamanya pada pandangan hati !

Kasih gagah dan kasih kuat yang Allah pamer dan perlihatkan pada tangan kita, telah disalah anggap, dengan beranggapan bahawa, gagah dan kuat itu milik dan kepunyaan kita. Bila kita anggap gagah dan kuat adalah pada anggota tangan, itulah makanya kita gunakannya untuk bergaduh, mencuri, memukul orang dan sebagainya.

Mengaku pertolongan yang dihulur melalui melalui anggota tangan itu, datangnya dari kegagahan dan kekuatan kita. Setelah segalanya disangka datangnya dari diri kita sendiri, itulah makanya kekuatan rohani yang didatangkan oleh Allah itu, tidak lagi terlihat dan tidak lagi terpandang oleh kebanyakkan kita. Inilah yang menghijab cahaya nur roh Allah, dari penglihatan hati, sehingga tidak terpandang oleh kebanyakkan kita.

Ingat, ingat dan ingatlah bahawasanya kita ini sekadar memegang "AMANAH KASIH" dan " AMANAH SAYANG" Allah. Dengan cara itu, semoga boleh membuatkan kita sentiasa ingat kepada tuan yang kuasa (tuan yang empunya kasih dan sayang). Jangan sekali-kali jadikan barang kepunyaan Allah, sebagai milik sendiri !

Kasih dan sayang Allah itu, seumpama sebuah kenderaan. Allah itu, jangan sehingga menjadi milik peribadi kita. Perkara itu yang hendak kita jaga dengan cermat, jangan sampai barang orang, telah diaanggap sebagai barang sendiri! Jika kita ingat bahawa kenderaan kasih itu milik dan kepunyaan kita sendiri, itulah yang membuatkan kita lupa dan lalai untuk bercermat, yang membuatkan kita rasa boleh berbuat sesuka hati.

Jika kita ingat bahawa anggota yang kita bawa dan yang kita sandang itu, adalah merupakan barang orang, yang apabila sampai masanya akan dipulangkan semula kepada tuannya, membuatkan kita cermat dan berhati-hati. Sedar dan ingatlah selalu bahawa, barang yang kita bawa ini, adalah "AMANAH KASIH DAN AMANAH SAYANG" Allah kepada kepada kita !

Bagi yang mengaku diri kita ini milik kita, itulah orang yang angkoh. Apabila angkuh, itulah timbulnya tanggapan yang bahawasanya yang kaya itu aku, yang besar itu aku, yang kuat itu aku, yang cantik itu aku, yang bersedekah itu aku, yang mengerjakan ibadah itu aku, yang alim itu aku, yang beriman itu aku, yang sembahyang, puasa, zakat, haji itu aku, sifat keakuan ( sifat aku) itulah akan memakan diri sendiri dan inilah sifat orang yang tidak mengenal diri, lupa diri dan inilah tandanya orang-orang yang angkuh.

Bila kitA berhasil mengerjakan ibadah, lalu kita mengaku bahawa ibadah itu datangnya dari kekuatan, upaya, kerajinan, kekuatan iman kita dan semuanya milik kita, ini aku, itu aku, sini aku, sana aku, segalanya aku, aku...Inilah tandanya mereka yang tidak mengenal diri, bilamana tidak mengenal diri, maka jadilah bersultan dimata dan beraja dihati!

Bilamana tidak mengenal roh, mereka tidak tahu apa itu gerak rohani. Bilamana kita tidak tahu asal usul gerak, itulah makanya kita bersifat angkoh, sombong, bengis, garang, tidak ada perasaan belas ihsan dan sebagai nya. Sikap kebesaran diri akan mengatasi gerak Allah. Segalanya dianggap datangnya dari sendiri. Jika ada orang yang cuba menasihati kita atau ada yang cuba untuk menyedarkan kita dari tersasar jauh, lalu dengan angkuhnya kita berkata, aku lebih tua dari kamu, aku lebih dulu makan garam dari kamu, aku lebih alim dari kamu, aku lebih mengaji tinggi dari kamu, aku ini bergelar mufti, kadi, wazir, ustaz, imam dan sebagainya. Yang menggambarkan keangkuhan diri.

Inilah diantara mereka-mereka yang lupa diri, lupa roh dan lupa kepada gerak roh Allah. Sedangkan yang menggerakkan kita untuk mengerjakan amal itu juga, adalah datangnya dari gerak Allah.

Kita dilahirkan sama, tidak kira seorang raja, menteri, peguam, hakim dan walau pun sebagai seorang pekerja tukang sapu jalan sekali pun. Lihat dan perhatikanlah di ketika kita sujud di dalam sembahyang, semasa sujud semuanya berada di bawah tapak kaki masing-masing. Semuanya digerak oleh kuasa rohani, tanpa rohani, kita semua tidak akan berkuasa untuk bergerak. Manakala roh pula, digerak oleh Allah sendiri.

Di ketika kita sujud, kita semua berada pada taraf yang sama rata, iaitu berada di bawah tapak kaki orang-orang yang dibarisan (saf) hadapan, itulah hina dan rendahnya darjat kita. Sebagai sesama hamba Allah, kita tak boleh beranggapan yang kita melebihi orang lain. Sedarlah wahai sekalian yang ada bahawa apa yang kita bawa dan yang terlekat pada jasad kita ini, bukan lagi bernama anggota. Ia adalah bernama rahmat, nikmat, kasih dan bernama sayang Allah. Oleh itu jangan lagi terpanggil nama anggota, bermulalah ia dengan panggilan "DENGAN NAMA ALLAH"!

Jangan lagi panggil anggota denggan nama kaki atau tangan. Kita bermula panggil anggota kita dengan panggilan "Dengan. Nama Allah". Kita tidak layak lagi pakai anggota, tetapi kita pakai "NIKMAT". Kita tidak lagi ada anggota samada anggota kaki, mulut, mata atau telinga tetapi kita hanya ada "ALLAH"!. Bilamana terpakainya "Dengan Nama Allah", maka nama sekalian anggota jasad kita, dengan sendirinya akan lebur.!

"Sesungguhnya Allahlah yang melaksanakan segala urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allahlah yang telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"

Sesudah semua milik Allah, untuk apa lagi adanya anggota?. Kita tidak lagi perlu pada anggota, kita hanya perlu adanya Allah. Bilamana kita bersandar kepada Allah, sebagaimana Firman diatas, ianya bukan membuatkan kita tidak mahu berusaha dan berikhtiar. Bilamana kita banyak berserah diri kepada Allah, sesungguhnya membuatkan kita bertambah banyak berusaha dan berikhtiar. Kerana usaha dan ikhtiar itu juga adalah dari Allah, makanya mereka sanggup bekerja gigih dan bersungguh-sungguh. Bukannya hanya hanya duduk dengan bertadah tangan sahaja.

Ada setengahnya mengambil jalan mudah dengan berpendapat bahawa setelah segalanya telah diatur dan disusun oleh Allah taala sejak Azali, tidak bererti kita tidak perlu bekerja atau mencari nafkah atau hanya duduk bertawakkal atau beriktikaf dalam mesjid, tanpa berusaha mencari rezeki untuk menyara anak isterinya.

Jika dengan cara berdiam diri itu adalah ketetapan Allah, tidak ada sesiapa yang boleh menolak dan sekiranya ketetapan Allah digerakkan untuk keluar mencari rezeki, maka itu juga ketetapan Allah. 

Oleh itu, mana yang duduk beriktikaf di dalam mesjid, jangan kita keji dan mana yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki, itu juga jangan dipuji. Allah telah mencipta segala sesuatu itu, mengikut ketetapan ilmuNya yang tersembunyi mengikut hikmahnya masing-masing.

Gerak Allah itu melalui berbagai kaedah, bermacam dan berbagai ragam. Ketetapan Allah itu, ada melalui gerak diam dan ada juga melalui gerak kerja! Diam dan gerak itupun juga adalah dari ketetapan Allah Ta'ala.

Nabi Allah Ibrahim juga meninggalkan anak kesayangannya Ismail dengan isterinya SIti Hajar, juga ditempat yang tidak ada air, makanan dan tidak ada kawalan keselamatan. Tempat yang tandus dan banyak binatang buas. Tidakkah itu suatu tindakan yang tidak bijak mengikut perkiraan akal makhlok!

Tetapi mengikut perkiraan Allah, itu adalah suatu perkara yang bukan mustahil, melainkan mengandungi seribu hikmah di sebaliknya. Dengan berserah kepada Allah untuk menjaga dan memberi anak isterinya makan, sekali pandang kelihatan seumpama zalim, itu juga adalah mengikut ketetapan Allah sedari Azali.

Tanggapan pada mata kasar, kelihatan seumpama zalim atau tidak berperikemanusiaan. Namun kehendak dan ketetapan Allah, mengatasi ketetapan dan kehendak kita. Di sebalik zalim atau tidak berkeperimanusiaan itu, mungkin ada menyimpan rahsia tersembunyi.

Untuk anak-anak yang ditinggalkan bapa atau ibu, seumpama ibu bapa bercerai. Hendaknya jangan sekali-kali merasa kecewa, sedih, tersisih dan jangan ada rasa dendam terhadap mereka. Itu semua adalah sudah ketetapan dan suratan Allah. Sepintas lalu, memang hati mana yang tidak kecewa ditinggalkan ayah ibu sedemikian rupa, namun jika kita berbalik semula kepada Allah, hati kita akan menjadi lebih tenang dan lebih rasa rela dengan apa yang berlaku!

Ada sesetengah anak-anak mengambil jalan membenci ibu bapa, yang sanggup membuang dan menyisihkan mereka semasa kecil (bayi). Ada ibu yang meninggalkan anak-anak kepada orang. Ada sesetengah bapa yang meninggal atau menceraikan isteri dengan membiarkan anaknya tanpa pembelaan. Namun bagi pihak anak-anak, kita tidak boleh mempersalahkan mereka, pandanglah kepada ketetapan Allah.

Segala gerak itu, bukannya boleh didatangkan sendiri, melainkan telah didatangkan sedari mula oleh Allah. Gerak iblis sekalipun, tidak terlepas dari ketetapan Allah. Iblis bergerak menggoda Adam, itu adalah juga mengikut kehendak dan ketentuan serta ketetapan Allah. Iblis bergerak menggoda anak Adam, itu adalah juga mengikut kehendak dan ketentuan serta ketetapan yang telah Allah tetapkan. Tidak boleh lari atau berganjak dari ketetapan Allah. Walaupun iblis itu kerjanya menggoda dan menyesatkan makhlok manusia, tetapi dia juga bergerak mengikut kehendak Allah jua.

Firman Allah :-

38.Surah Şād (Verse 82)

قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

38.Surah Şād (Verse 83)

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

" Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas (di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan) ".

Ada segelintir dari kita, tidak boleh menerima hakikat itu, masih juga menyalahkan ibu bapa. Fahaman atau pendapat seumpama itulah yang membuatkan islam itu kehilangan rasionaliti. Inilah yang menghilangkan seni islam (roh islam) terhadap ketetapan Allah. Tidak mahu menerima bahawa segala buruk dan baik itu, adalah datangnya dari Allah.

Sesungguhnya orang yang lupa diri itu, adalah orang yang tidak mahu menerima hakikat kehidupan itu, sebenarnya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah Ta'ala. Mereka mendakwa bahawa, pandai itu kerja aku, alim itu kerana aku, kaya itu usaha aku, ini kerja aku, itu usaha aku, ini kekuatan aku dan siapa-siapa yang melawan dan bagi yang membantah aku, akan aku tentang dan akan aku lawan.

Bagi mereka yang bersikap sedemikian, tanyalah diri sendiri dan tiliklah kepada diri sendiri, bahawasanya kamu, aku, kita, mereka, dan dia itu, adalah sama-sama memakai harta ketetapan Allah. Yang telah ditetapkannya sejak sedari azali.

Oleh itu, tidak usahlah mengaku yang kita ini bersifat lebih, pandai, alim, bijak dan segala usaha itu datangnya dari diri sendiri. Jika kita berhajat untuk mengenal syaitan, lihatlah orang yang sombong dan orang yang sombong itu adalah orang yang tidak mahu menerima ketetapan Allah.

Orang yang tidak mahu menerima ketetapan Allah itu, itulah syaitan dan itulah iblis, malahan lebih dahsyat dari syaitan dan iblis. Mengaku amalan ibadah dari kekuatan imannya, mengaku beriman dari kekuatan ilmunya dan mengaku berilmu dari kekuatan dirinya sendiri. Inilah iblis dan inilah syaitan yang nyata yang dimaksudkan oleh Allah Ta'ala.

Kita tidak takut kepada iblis yang tersembunyi, kerana dia ghaib, yang paling kita takuti dan yang paling kita geruni adalah syaitan dan iblis berkepala hitam. Manusia yang angkuh itu, adalah mereka yang tidak mahu menerima ketetapan dan segala gerak itu datangnya dari Allah secara yakin yang hakiki tanpa dakwa dakwi lagi.

Sementara kita masih mampu untuk berpenglihatan, berpendengaran dan masih ada daya untuk bergerak, marilah kita sama-sama kembalikan segalanya kepada Allah ( selaku pemilik asal - lakukan sekarang ini juga ). Agar hendaknya terbuang dan terhindar dari sifat angkoh dan sombong. Yang angkoh dan sombong itulah iblis. Kerana angkuhlah makanya iblis itu terkeluar dari syurga Allah

Firman Allah yang bermaksud :-

"Hai iblis apakah yang menghalangi kamu dari sujud kepada orang yang telah Ku ciptakan dengan kedua tangan Ku sendiri. Apakah kamu sombong atau termasuk mereka-mereka yang tinggi ?."

Sifat iblis itu, adalah simbolik kepada sifat kita yang keji. Kejinya iblis itu, telah mendapat restu ( perjanjian antara Allah dengan iblis, iaitu di antara isi kandungannya adalah untuk menggoda hamba-hamba Allah)

Adapun di antara isi perjanjian kita dengan Allah itu, adalah untuk patuh, taat dan akur kepada Allah, bukannya untuk mendurhaka sebagaimana iblis.

Percaya dan yakin wahai hamba-hamba Allah sekalian, bahawasanya segala gerak, segala kejadian, rajin, usaha, ikhtiar dan akal kita itu, semuanya adalah datangnya dari ketetapan yang Maha Berkuasa "ALLAH". Dialah yang mengatur segala gerak kita.

Allahlah yang mengalirkan kemampuan gerak itu melalui otak. Allah dengan hidayah Nyalah yang memberi daya gerak kepada otak, untuk perbuat itu dan ini. Segala yang terlintas di kotak akal fikiran (otak) kita itu, sesungguhnya adalah lintasan dari gerak hidayah Allah. Walaupun gerak itu datangnya dari iblis sekali pun. Sesetengah orang ada yang mengatakan bahawa amanah kuasa gerak kita itu, diberi pinjam oleh Allah kepada kita.

Mengikut pengertian hakiki atau pengertian sebenar ilmu hakikat dan makrifattullah, amanah gerak kita itu, BUKAN DI BERI PINJAM ATAU DI BERI PAKAI oleh Allah kepada kita. Ianya merupakan semata-mata DARI ALLAH SENDIRI ( Secara MUTLAK ). Gerak itu bukan pinjaman yang didatangkan melalui fikiran akal, sesungguhnya gerak itu, datangnya dari GERAK ALLAH SENDIRI.

Allah lah yang mengalirkan gerak azali itu melalui akal, bukan akal yang mengalirkan gerak azali. Gerak akal atau tindakan akal itu melalui atau mengikut ketetapan gerak azali. Kelakuan atau tindakan kita itu, sebenarnya didahului dengan gerak, baru di susuli dengan perbuatan. Yang menggerakkan perbuatan kita itu, adalah Allah sendiri, melalui ketetapan yang telah ditetapkan Nya sedari azali.

Segala perusahaan syarikat, kekayaan hasil dari perusahaan, keuntungan wang ringgit hasil dari perniagaan, kejayaan pemerintahan kerajaan, pemberian gelaran Dato' atau mufti itu, semuanya dari Allah dan milik Allah.

Boleh ditarik, boleh dicabut dan boleh dilucutkan pada bila-bila masa yang dikehendaki Nya. Kenapa orang kaya jatuh miskin (papa), kenapa syarikat yang maju boleh bankrap, kenapa kerjaya yang cemerlang boleh turun pangkat ?, itulah tandanya segala pemerentahan kerajaan dunia ini, sesungguhnya dan sebenarnya adalah kerajaan pemerintahan Allah.

Pulangkanlah kembali kepada Allah, barulah hidup kita beroleh tenang, bahagia, aman, tidak risau, ragu, bimbang, khuatir dan tidak keluh kesah ( resah gelisah ). Baik buruk itu, datangnya dari Allah Ta'ala belaka. Itulah pengertian gerak rohani.

Jika kita mendakwa kita yang berkuasa, kenapa orang kaya yang berkuasa dan pintar, ada yang jatuh miskin, jatuh sakit dan jatuh bankrap. Kenapa kuasa kepintaran yang ada ditangannya, tidak digunakan untuk bertahan supaya terus sihat atau terus kaya !. Ada orang yang berpangkat menteri atau mufti, jika rakyat tidak suka, kenapa tidak boleh terus mempertahankan kuasa atau jawatan mereka !. Itulah tandanya segala gerak itu, adalah datang dan telah ditentukan oleh Allah Ta'ala.

Jika Allah menghendaki kita jatuh bankrap, miskin, melarat dan hina, tidak ada siapa yang mampu mengubah atau yang mampu untuk menolak gerak takdir ciptaan Allah.

Sebab apa yang kita rasa yang makanan itu sedap, manis atau tawar ?. Sebabnya adalah kerana Allah telah menggerakkan deria rasa lidah kita, supaya merasai sedapnya. Jika gerak rasa lidah itu ditarik Allah, apapun yang kita makan, kita tidak akan merasai manis, masin atau pahitnya sesuatu makanan. Itu menunjukkan dan menggambar kan bahawa segala gerak itu, adalah datangnya dari Allah, bukannya datang dari gerak sendiri.

Begitu juga dengan gerak ikhtiar akal, kebanyakkan orang mengaku bahawa yang mengatur dan yang menentukan segala gerak akal (ikhtiar) adalah datangnya dari gerak dan kehendak diri sendiri (akal). Kita diberi otak ( diberi akal ) untuk berikhtiar, memilih yang mana baik dan yang mana buruk. Ada yang mendakwa bahawa sebagai manusia yang berakal kita ada kuasa memilih dan berikhtiar.

Tidak kurang pula ada yang mengatakan segalanya datang dari Allah!. Dalam kebingungan memilih, diantara dua pendapat yang berbeza itu, yang mana satu menjadi pertaruhan dan pikihan hati kita?.

Untuk menjawab persoalan diatas, cubalah kita lihat, perhati dan selidiki kepada daya penglihatan, pendengaran, daya tahu, daya ingat, daya perasaan, yang memberi daya kepada kita untuk berdiri solat, menggerakkan tangan untuk bertakbir. Cuba kita bertanya kepada diri kita sendiri dan ajukan soalan itu kepada akal!. Milik dan kepunyaan siapa itu semua ?. 

Sesungguhnya itu semua adalah milik Allah Ta'ala, segalanya. Kita sebagai hamba makhlok yang berakal lemah, beranggapan ianya seperti agak-agak atau seakan-akan semua itu milik kita.

Pada hakikat yang sebenarnya kita ini, tidak ada dan tidak memiliki apa-apa, melainkan Allahlah segala-galanya. Alkahlah yang mengalirkan segala gerakNya bagi menggerakkan akal ikhtiar kita. Seandainya kita faham bahawa hakikat gerak itu dari Allah, ianya boleh membawa kita kepada keadaan beribadah dengan lebih khusyuk. Jika kita tahu bahawa yang mendirikan kita waktu kita berdiri, menggerakkan kita sewaktu kita bertakbir dan yang menyelesaikan kita solat, dari mula sampi kepada selesai solat!. Jika tidak kerana pemberian gerak dari Allah !

Setaat dan sepatuh mana pun kita dalam beribadah, jika tidak digerakkan oleh Allah Ta'ala tidaklah kita dapat mengerjakan ibadah tersebut.

Bagi yang tahu, mengerti dan bagi yang faham persoalan gerak ini, mereka akan beranggapan bahawa dirinya telah tidak berdaya dan telah tidak berupaya apa-apa, segalanya gerak dirinya telah terjual kepadaNya ( laa khaula wala khuwa tailla billah ).

Yang menggerakkan kita berdiri, rokok, sujud dan menamatkan pekerjaan solat kita itu, adalah juga gerak Allah. Perkara taat atau perkara patuh tidak boleh menyelesaikan ibadah solat kita, melainkan kuasa dan kudrat dari Allah Ta'ala jua. Setaat mana dan sepatuh mana pun kita, jika tidak digerakkan oleh Allah Ta'ala, siapalah kita!.

Sekiranya kita tahu menilai betapa jauhnya kudrat dan irodat Allah diatas gerak diri kita, serasanya kita akan sujud, patuh dan tunduk kepada Allah, biar sampai kepala kita terbenam dan tenggelam kedalam tanah.

Sujud kita itu, biar sampi kepada tahap menenggelamkan kepala kita kedalam tanah, jika boleh dengan tubuh badan kita sekali. Sehingga ianya tidak lagi dapat diangkat ke alam maya ini.

Sekiranya kita diberi pilihan dan dibolehkan membuat pilihan, untuk menzahirkan tanda syukur kita kepada Allah itu, kita sanggup untuk menenggelamkan diri kita, bukan sahaja setakat kepala, tetapi memasukkan sekali tubuh badan kita ke dalam tanah, biar sampi berkubur dalam tanah.

Seandainya kita boleh zahirkan tanda syukur, tanda sujud dan tanda berterima kasihnya kita kepada Allah, kita rela dan kita sanggup untuk mati pada saat ini, hari ini, detik ini dan diketika ini juga, asal saja kita tidak lagi nampak gerak yang telah Allah zahirkan dan nyatakan atas diri kita. Aku tidak mahu, aku tidak sanggup dan aku tidak rela lagi melihat dan menanggung daya kudrat mu yang terzahir atas jasadku, ya Allah.

Kau cabut, lucut, tanggal dan putuskanlah dayamu atas diriku Ya Allah. Aku tidak lagi mahu memakai pakaianmu Ya Allah. Aku mahu bebas dari kudrat dan irodat kuasa mu atas diri ku, Ya Allah. Jadikanlah aku seorang yang bersyukur dan berterima kasih dengan melepaskan kudrat dan irodatmu, agar dapat ku kembalikan semula kepada Mu Ya Allah.

"Dan Aku tidak sanggup lagi menanggung cinta Mu yang teramat mendalam, agar dapat ku kembalikan semula cinta itu kepada Mu Ya Allah"

Daya gerak yang digerak, dianugerah, ditauliah dan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita itu, tidak terbawa, tertanggung dan tidak terpikul oleh kita. Serasa malu, malu yang teramat sangat malunya, untuk menanggung, memikul, membawa dan mengalas hak Allah Ta'ala. Jika dibolehkan dan jika diberikan pilihan, mahu rasanya ingin mematikan diri kita ini serta merta.

Agar dengan cara itu, dapat mengembalikan rahmat dan nikmat gerak Allah kembali semula kepada Allah, termasuk nyawa kita sekali. Tapi apakan daya, segalanya dari kehendak Allah Ta'ala jua.

Jika kita berdaya untuk menzahirkan gerak sendiri, mahu rasanya aku mati ketika ini dan sekarang juga. Agar sarung pakaian Allah yang menyelimuti jasad kita ini, dapat dikembalikan semula kepadanya. Barulah beban yang selama ini tertanggung atas bahu kita, terlerai dan terbayar. Untuk itu bayarlah dengan tunai, tunai itu adalah dengan mengembalikan diri kepada Allah.

Menzahirkan tanda syukur dan tanda berterima kasih kita kepada Allah itu, bukan satu perkara mudah. Yang menjadi mudah itu pada anggota bibir, manakala lafazan perkataan syukur pada anggota hati itu, belum tentu dari hati yang ikhlas. Keikhlasan itulah yang menjadi makanan orang makrifat 

Orang makrifat itu, bila menyebut nama Allah, maka lebur dan hancur terbakarlah diri zahir. Malahan yang menyebut itu juga bukan lagi dirinya. Yang boleh menyebut dan yang boleh melafazkan perkataan Allah itu, adalah hanya Allah ( setelah diri zahirnya telah lebur dan karam dalam wajah Allah )

Setelah karamnya diri kita dalam wajah Allah, maka itulah yang dimaksudkan dengan sebenar-benar mati. Sebenar-benar mati itu adalah setelah kembalinya diri kita kepada Allah (diwaktu nyawa masih terlekat di jasad). Matikan diri kita dalam kehidupan diri. Setelah diri mati dalam diri sendiri, maka timbul, zahir dan hidup kita kembali dalam alam wajah Allah. Bila kita kembali hidup dalam alam wajah Allah, di situlah kita akan menemui segala kesempurnaan dan kebesaran Allah Ta'ala.

Sebagaimana duduknya sifat salbiah dalam sifat dua puloh, sebegitulah duduknya sifat kita sebagai makhlok (hamba). Bilamana kita hayati betul-betul sifat sifat salbiah dalam sifat dua puluh, begitulah keadaan kita di alam wajah Allah. 

Bila ilmu kita sudah sampi dan bilamana kita sudah duduk pada tahap mati dalam wajah Allah, kita sudah tidak lagi sanggup melihat kepada diri kita sendiri. Kita sudah tidak layak dan tidak lagi sanggup untuk terus hidup dalam dunia kepura-puraan, seumpama sekarang, hari ini. Dengan memakai sarong Allah, persalinan Allah dan tidak lagi sanggup memakai pakaian gerak Allah. Biarlah Allah sendiri yang menggerakkan seluruh anggota tubuhku.

Aku mahu telanjang, mahu tidur, dan mahu melupakan diri aku yang zahir ini. Biar aku jadi Dia dan Dia itu aku ( Dia aku, aku Dia)Aku mahu fana', aku mahu boqo' dan aku mahu karam dalam wajah Allah. Aku bukan lagi aku dan aku inilah sebenar-benar kenyaraan Allah. Aku, kita, kamu, dia dan mereka itu, semuanya bukan lagi bersifat geraknya makhlok.

Melainkan aku bukan Dia tetapi tidak lain dari Dia jua. Kita dengan Allah, bersatu tidak, bercerai tiada. Allah bukan aku dan aku bukan Allah, tetapi tidak lain dari Allah jua.

Itulah maksud hidup dalam alam wajah Allah, alam fana' alam boqo' dan alam kesempurnaan Allah. Untuk menzahir dan menghadirkan Allah dan untuk menzahirkan tanda syukur kita kepada Allah bukan perkara mudah. bukan semudah lafazan bibir. Jika kita mampu untuk menggambarkan menzahirkan dan menyatakan yang kita ini bersyukur kepada Allah, ingin rasanya kita benamkan kepala kita kedalam tanah diketika kita sujud solat bagi menzahirkan kesyukuran kita.

Serasa tidak mahu berjalan dengan berdiri megah, jika boleh hendak berjalan dengan cara merayap seumpama ular yang tidak berkaki, bagi menggambarkan kita ini tunduk, patuh dan sujud kepada Allah. Serasa tidak layak untuk mendongak atau mengangkat kepala ke langit, jika boleh hendak ku tunduk tanpa mendongak sedikit pun ke langit. 

Bersujud diketika solat, ingin ku selam benamkan muka dan kepalaku kedalam tanah, agar lebih rendah dari bumi, tanda merendah diri, tunduk, patuh dan sujud kepada Mu Ya Allah. Tuhanku Robbul 'Alamin. Serasanya aku ini lambat mati, jika boleh mahu mati sekarang, kerana tidak sanggup menanggung nikmat yang telah engkau beri kepada diriku Ya Allah. Rinduku kepada Mu yang teramat mulia Allah. Rasanya tidak lagi dapat ku pikul nama dan asma' Mu, afa'al atau perbuatan gerak Mu, sifat dan zat Mu Ya Allah.

Wahai sidang pembaca yang budiman sekalian, kita menyeru kepada kalian, mengakulah bahawa segala gerak itu, adalah gerak dari Allah. Yang sebenar-benar menggerakkan kita itu, adalah kuasa dari gerak Allah, yang dialirkan ke dalam tubuh kita melalui akal, iaitu melalui roh, dengan menggunakan roh (zat) Allah sendiri sedari azali. Roh dengan roh tidak ada perantara dan tidak ada hijab, bagi yang dapat menghilangkan hijab atau dinding pemisah antara roh dengan Allah, maka itulah orang yang mengenal diri dan mengenal gerak roh.

Orang yang mengenal diri, adalah orang yang mengenal gerak roh dan gerak dari Allah. Diantara roh kita dengan Allah itu, tidak ada hijab dan tidak ada tembok pemisah diantaranya. Roh dan Allah tidak bercerai dan tidak berpisah. Setelah mengenal Roh (diri), maka kenallah pula, kita kepada Allah, setelah mengenal Allah, maka mengenallah pula kita kepada gerak kudrat dan irodat Allah Ta'ala.

Cuba kitta hayati betul-betul sifat 20. Dengan terang menyatakan bahawa sifat kudrat (kuasa) dan irodat ( berkehendak ) itu sifat Allah. Sifat kita sebagai insan makhlok itu adalah tidak berupaya dan tidak berhajat! ( Laa haulawala khuwa tailla billah) Bermaknanya disini bahawa segala yang berlaku itu, adalah perlakuan Allah dan kehendak afa'al Allah Ta'ala.