Pages

Rabu, 2 April 2014

Pasangan Al-Quran Zahir ialah Al-Furqan atau Al-Quran Batin

AL-QURAN BATIN.
SEJARAH DILUPA JANGAN...SEMACAM "BADAR" DAN "UHUD"...AL-QURAAN ITULAH SEJARAH..."DAKWAT DAH TUMPAH, PENA DAH PATAH...SEJARAHNYE TERLAKON DEK NYATA DI HADAPAN LAUH MAHFUZ...HANYE BAGI YG "KHATAM" 30 JUZUQ DI"BACA"..


BARU FAHAM "MAKNA" YG MANA, JIN, SYAITAN, MANUSIA...
MUHAMMADLAH MENYEMPURNAKAN PENYUCIAN SERTA HANYE "DIA" LAH PENGHULU DAN RASUL YG NYATA DARI KALANGAN KAUM MASING-MASING YG MEMBERI KETERANGAN YG TERANG DAN JELAS MENURUT BAHASA KAUMNYE DGN MUDAH....(TAK FAHAM2 JUGAK)..."DIA"LAH YANG MEMATAHKAN GEROMBOLAN-GEROMBOLAN SYAITAN YG MEMBAWA MANUSIA KE NERAKA LALU SEGERA MEMIMPIN MANUSIA KE SYURGA

Hanya orang yang berpegang kepada Ilmu Tasauf sahaja membicarakan tentang Al-Quran Batin. Pada orang yang hanya belajar Ilmu Syariat , ianya satu BID’AH.

Didalam Al-Quran Allah SWT menegaskan bahawa setiap benda yang diciptakanNya, diciptakan secara berpasangan. 

Contohnya ada lahir ada yang ghaib, ada yang zahir ada yang batin, ada lelaki ada perempuan, ada Adam ada Hawa, ada Zat pasangannya Sifat. Ada Baitullah pasangannya ialah Baitillah.

Pasangan Al-Quran Zahir ialah Al-Furqan atau Al-Quran Batin kerana tanpa batin maka yang zahir tidak akan dapat wujud atau nyata.

MANA DIA AL-QURAN BATIN / AL-FURQAN ?

Al-Quran ialah Firman Allah disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Jibrael, kemudian dikumpul oleh para sahabat menjadi 30 juz terdiri dari 6,666 ayat,kemudiannya dicetak. Sekarang ini terdapat dirumah anda. Ini dikenali sebagai Al-Quran Zahir.

Dimana pula Al-Furqan ? Tentulah ianya ghaib dan tidak dapat ditunjukkan secara nyata. Untuk mengetahui Yang Batin kenalah merujuk pada yang Zahir.

Sila anda rujuk kepada awal awal Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah iaitu ALIF LAM MIN.

ALIF = Allah
LAM = Jibrael
MIM = Muhammad

Allah Berfirman kepada Jibrael, Jibrael sampaikan kepada Muhammad
Penyampaian ayat ayat Allah dinamakan RASUL.

Perhatikan huruf huruf LAM & MIM bersambung erat membawa makna tentang hubungan Malaikat & Muhammad kekal selama-lamanya diatas Kehendak ALIF iaitu Allah.

Pengertian Ilmu Hakikat ialah :-

Yang sebenar-benarnya dikatakan Al-Furqan itu ialah DIRI BATIN MANUSIA iaitu RUH yang bernama MUHAMMAD MUSTAFA RASULLULLAH yakni RUHUL QUDDUS.

Makam Rohul Quddus ialah di JANTUNG manusia dikenali sebagai QALBU MUKMIN BAITILLAH iaitu pasangan kepada KAABAH zahir di Makkah.

Ada juga ahli sufi yang mengatakan Al-Quran itu adalah Kata Kata Allah manakala Al-Furqan itu ialah Allah Berkata-kata.

Sempena Hari Raya Eid Al Adha atau dlm Bahasa Malaysia Aidil Adha. 

"Menerangkan Maksud Haji pada Syariat dan Hakikat..."

Maksud pada Syariat :
Mengunjungi / Menziarahi Baitullah Al-haram di Makkah kerana mengerjakan Ibadat tertentu pada masa tertentu dan syarat-syarat tertentu. (yg telah di syariatkan di dlm Al-quran) 
*Wajib ! Yang berkemampuan sahaja... 

Maksud pada Hakikat :
Bilamana seseorang itu kembali semua kpd Baitullah dgn mematikan diri (berserah diri).. lalu mahkota / tahta Azazil di bersihkan dan di buang.. maka Haji lah seseorang itu.
*Wajib ! Lebih penting. Sesiapa saja, semua boleh lakukan..

Cara caranya...

Kembali / Pulang semua apa yg diberi olehNya, Diri sendiri dan keseluruhan nya, (apa yg kita nampak sprt manusia lain, haiwan, tumbuhan dll) " Dzat, Sifat, Asma' dan Af'al " kpd Allah secara total.. Dengan Cara mematikan diri (berserah diri), Jangan mengaku diri Wujud.. *

Kembali yg bagaimana? dgn cara **(Zikir) Ingat selalu DIA melalui Solat Daim (solat yg berkekalan).. Ingat 24jam.. bermula dari bangun tido hingga ke tido semula.. tanpa meninggalkan Syariat.. setiap tiap.. berterusan.. sehinggaLah DADA di belah dan Qalbu di sucikan oleh Nya melalui malaikat.. lalu Azazil di buang.. ( mengembalikan Mahkota / Tahta Azazil kpd Baitullah yg sebenar benarnya ) maka itulah yg dinamakan / dimaksudkan dgn Haji yg sebenar-benarnya. 

**(Zikir) Ingat yg bagaimana ? yg dimaksudkan dgn (Zikir) Ingat adalah ketika berjalan, bercakap, mendengar, melihat, dan perbuatan lain itulah (Zikir) Ingat yg dimaksudkan, siapa yg lakukan sebenarnya.. Allah. Ingat ! yang lakukan sebenarnya bukan kita tapi Allah.. dgn Qudrat (kuasaNya) dan Iradat (KehendakNya) serta atas Rahmat (kasih sayangNya).. maka dgn cara ini kita akan (Zikir) Ingat Allah selalu.

Di dlm gambar Qalbu itu, yg berada di bawah sekali, kecil warna hitam itu adalah Hakikat Azazil.. Azazil telah berada di dlm Qalbu Adam sejak peristiwa itu.. Jika tidak dibuang (menyucikan Qalbu dgn cara mengenal diri).. Azazil akan menguasai Baitullah ( Istana ) yg beraba di atas sekali dan keseluruhannya.. Apabila Azazil sudah menguasai maka makin jauh / terhijablah manusia.. sehingga tidak boleh menerima "Hakikat" yg dirinya sendiri tidak Wujud... dan seterusnya.

Di sbbkan itulah apabila ssorg menafikan Hakikat.. Dia Umpama Azazil.

Bukti jelas Qalbu di belah dan di sucikan (di bersihkan) oleh Nya melalui malaikat adalah peristiwa Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya (jasad) tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya (jasad). Daging yang dimaksudkan ini adalah **Qalbu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

*Jadi, persoalan yg selalu orang tanya.. "Bukan kah Nabi s.a.w. saja yg dibelah Dada nya ?"

Jawapan : Tidak... semua manusia yg Mengenal Diri boleh melalui peristiwa ini.. mengikut pengalaman yg di kaji dan di temui ada beberapa manusia yg sudah sampai ke tahap ini sprt Ulama Billah dan Wali Wali. Itu semua adalah atas RahmatNya.

Tapi mesti ingat ! belajar Ilmu mengenal Diri (Makrifatullah) bukan tujuan utk mahukan kelebihan atau kuasa sprt boleh Terbang, Badan jadi Kebal, Tembak tidak Lut, Mendapat belah Dada, Dapat berjalan atas air, Hilang, Kasyaf dan sebagainya.. Tujuan sebenar adalah menyuruh semua manusia, tidak kira siapa.. supaya kembali / pulang semua apa yg diberi olehNya (dlm tempoh yg DIA berikan).. dapat ke tak dapat kelebihan, itu semua atas RahmatNya.

**Yang dimaksudkan dgn Qalbu itu adalah ia tidak berada di luar dan tidak berada di dalam.. ia dekat tidak bersentuh / jauh tidak terpisah (tiada jarak).

*Bukan kah semua sudah di tulis / di tentukan oleh Allah di lauh Mahfuz ?

Jawapan : Ye... memang betul semua sudah di tentukan oleh Nya tapi mesti faham.. Usaha dan Dapat itu juga Allah sudah tentukan.. Jika tidak berjaya.. itu juga Allah sudah tentukan.. Maksudnya : Syariatnya buat saja Perlakuan, Hakikatnya menerima dgn Ikhlas, Redha dan Taat atas Keputusan atau Ketentuan yg di tentukan oleh Allah.

Mudah mudahan sahabat2 yg di sayangi dan di kasihi Nya mendapat kefahaman dan petunjuk dari Nya.

Jika ada terkasar bahasa atau kurang.. minta maaf dan sila perbetulkan / tunjukkan dgn Hikmah... 

SemuaNya adalah dari DIA.. Kita Tiada Ilmu.. tanpa DIA.. siapa lah Kita...

Dari DIA kepada DIA... 

Firman Allah :

"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam Syurga-Ku. (Al Fajr :27-30)

Fahami ayat di atas dengan mata hati nurani...

Wallahu'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.