Pages

Isnin, 20 Oktober 2014

Aku si terang menerangi si gelap

kata-kata bapak bagindha muchtar didalam bukunya yang berjudul diriku yangku kenal iaitu…

“ Aku si terang menerangi si gelap. Kalau Aku pergi, maka rumahku tak ada erti (ertinya mati). Maka adalah Aku hidup. Hidupku bagimu terbatas. Batasnya bukan Aku yang menetapkan. Yang Menentukan-nya Tuhan. Tuhan itu Allah. Allah Pengasih lagi Penyayang. Dia Memerintah seluruh alam”

Maka dengan ini dapatlah kita memahami bahawa SI TERANG itu adalah HIDUP iaitu HAYATULLAH atau ROHULLAH

,jika kita lihat dari kata-kata Bapak Bagindha Muchtar diatas maka saya berpendapat..
“Aku adalah hayatullah (hidup) menghidupkan badan.

Kalau aku tiada, maka badanku mati tidak bernafas. Maka adalah Aku inilah HAYATULLAH. HIDUP bagi badan adalah terbatas

Batasnya adalah takdir umur, Batasnya bukan hidup yang menentukan. Yang menetapkan masa dan waktu umur itu adalah tuhan dan tuhan itu adalah ALLAH.yang Maha Pngasih dan Penyayang. DIA lah yang memerintah sekalian alam”

SI TERANG-Aku
SI GELAP-Badanku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.