Pages

Memaparkan catatan dengan label Omar Abdullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Omar Abdullah. Papar semua catatan

Khamis, 27 Julai 2017

Ilmu Awaluddin Makrifatullah

BELAJAR dah bertahun-tahun ..dah faham dah Ilmu Awaluddin Makrifatullah ini..TETAPI kita belum juga kenal kenal akan DIRI kita itu...apa lagi yang wajar kita lakukan ????

Mungkin ramai diantara kita dalam perjalanan menuju Makrifatullah, telah mendalami dan mengamalkan Ilmu Syariat, Tariqat hingga keperingkat Samaniah, telah berzikir, berwirid serta menjaga Tauhid…..TETAPI MASIH BELUM DAPAT MERASAI – MENGALAMI ERTI MAKRIFAH YANG SEBENAR.

Jika kita berpegang kepada Ajaran Tasauf Sunni Al-Ghazali, maka caranya hanyalah dengan cara cara Tariqat yang kita anuti dan diajar oleh Murshid kita.

Kita akan kecewa kerana dizaman kita ini tersangatlah susah untuk mencari MURSHID.

Namun begitu haruslah kita ingat akan kenyataan Saidina Ali rda : BAHAWA UNTUK KENAL ALLAH MESTILAH DENGAN ALLAH JUA dan Ingatan Ulamak bahawa UNTUK MENEMUI YANG MAHA GHAIB MESTILAH DENGAN YANG GHAIB JUA.

Dalam perkara ini kita sudahpun faham akan maksudnya.

Allah berfirman bahawa pengetahuan manusia tentang Ruh adalah sedikit. Sedikit pada Allah melimpahruah pada kita. Jika kita faham apa yang dikatakan YANG SEDIKIT itu dan faham pula akan JALAN-NYA untuk MENEMUI RUH TUHAN yakni NYAWA kita …maka berkemungkinan besar …

JALAN MAKRIFATULLAH kita sudah terbuka……maka katakanlah ALHAMDULILLAH.

TETAPI ….ya TETAPI …kita masih lagi belum nampak jalan ..bagaimana caranya untuk …MENEMUI DIRI itu…belum lagi dapat jalan untuk mengenal dan bertemu dengan LAPISAN LUAR yakni RUH RUHANI ..apatah lagi …RAHSIA ALLAH yakni….RUH Al-QUDSI

Dalam keadaan sebegini ..adalah normal jika kita berasa susah hati kerana kita tidak tahu dimanakah boleh kita temui guru untuk belajar tentang cara caranya. Kalau pun kita ketemui guru yang sedemikian, kita hendaklah pasti bahawa guru yang mengajar kita itu TELAHPUN bertemu dengan DIRI-nya sebab pada peringkat ini kita tidak lagi mahu berkisar dalam lautan ilmu. Ianya hal praktikal.

Ahad, 18 Januari 2015

manuskrip bbm... BAB 14 KETAHUILAH DIRIMU

manuskrip bbm...

BAB 14

KETAHUILAH DIRIMU


Ketahuilah bahawa tiap tiap orang, tiap tiap kita da itu ANUGERAH AGUNG, Kurnia Tuhan yang terrahsia letaknya pada kita. Dan selain terrahsia dia banyak mengandung rahsia.

Masing masing kita MENGANDUNGNYA. Supaya kita puas menjalankan kehidupan, maka lahirkanlah kandunan itu. Dengan kelahirannya maka terbukalah sudah Rahsianya. Hnya sedikit tetapi amat besar ertinya bagi kita, kerana DIA hidup dan menghidupkan kita.

Dan itulah DIA Yang Sedikit, RUHKU Firman Allah, sewaktu meniupkannya kedalam batangb tubuh ADAM. Bagi orang yang telah mengenlnya Tuhankah itu ? Tentu tidak. Dan bagi orang yang mengetahui kedatangannya dari Tuhan anak Tuhankah itu. Tentu bukan.

Dari itu kami yang telah menemuinya dan telah menjadikan diri kami DIA menamakan DIA yang telah berada bersama kita itu KETUHANAN. Orang mengatakan : Kenali DIRImu kerana siapa mengenal DIRINYA mengenal TUHANNYA dengan sendirinya.

Untuk mengenal DIRI secara positif, lahirkanlah kandungan masing masing. Dan setelah tahu diDIRI yang sebenarnya, akan tahulah kita bahawa kesalahan besar yang telah kita lakukan dalam membawa jalannya kehidupan. Suatu pandangan hidup yang salah, kerana Yang Mati dianggap hidup, sedang Yang Sebenarnya Hidup tidak diperdulikan.

Lahirlah,lahirlah manusia baru didunia. Semua orang semua umat semua manusia dimana mana didunia menunggu kedatangannya, kelahirannya.InsyaAllah.

Bagiku setelahmenemui JALANNYA aku pelajari DIA isinya serta Rahsianya. Maka tahulah aku akan DIA sebenarnya. Aku telah menemuinya DIRIKU yang sebenarnya. Dan dengannya, pada jalannya aku MENEMUI TUHAN Yang Maha Esa, ALLAH. Dan bagaimana caranya aku bertemu dengan ALLAH, tidaklah dapat aku menceritakannya, kerana perjalananku dengannya, DIRIKU yang berasal dari SANA ialah :

DARI ADA KE TIADA
TIADA KE TIDAK ADA


Di TIDAK ADA itu, aku tidak dapat mengatakannya lagi, kerana segala apa yang ada padaku sudah tidak ada lagi, jadi apa yang akan aku katakan.

Dan dalam perjalanan kembali :
DARI TIDAK ADA kepada TIADA
DARI TIADA kepada ADA


Pengalaman perjalanan yang berulang-ulang memberi keyakinan disaat saat itu aku sudah di SANA pulalah aku didalam TIDAK ADA itu timbul menjadi ADA guna untk mengadakan PENGAKUAN dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah berulang ulang tiga kali.

Dan itulah aku sekarang yang tadinya dilahirkan telah melahirkan pula. Dilahirkan aku sebagai manusia dan aku melahirkan kandunganku yang penuh Rahsia. Aku dudukkan Diriku ditempatnya. Dudukku duduk menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin. Dan penyelesaian segala sesuatu yang mendatangi aku itu, kuselesaikan dengan ilmuku yangterrahsia itu dan kesimpulannya penyelesaiannya ialah tahu mendudukkannya pula pada tempatnya.

Dan adalah aku hidup seperti musafir yang sentiasa dalam pengembaraan, dalam perjalanan kerana perjalananku belum sampai dibatasnya.

Aku duduk tetapi berjalan. Perjalanan lahir yang bolih dilihat orang dan perjalanan yang tidak bolih diketahui dan dilihat orang iaitu perjalanan dengan memegang Rahsia Yang Sedikit.

Dia mengetahui yang tidak diketahui orang
Pahlawan aku bukan … pujanggapun bukan
Hanya musafir ………………..
Cacat tubuh beta – letih tidak berdaya
Tetapi tetap bekerja ………
Semuga sumbangsihku 
Menambah sari ilmu
Harum taman pertiwi ibu

Rabu, 31 Disember 2014

MELAHIRKAN SEMULA BAYI MAKNAWI - MEMULANGKAN AMANAH ALLAH - Syeikh Abd Qadir Al-Jailani

MELAHIRKAN SEMULA BAYI MAKNAWI - MEMULANGKAN AMANAH ALLAH - Syeikh Abd Qadir Al-Jailani
By Omar Abdullah ..dipetik dari laman BBM+T


Salam saudaraku sekalian....

Rata rata umat Islam seluruh dunia merujuk Syeikh Abdul Qadir Al- Jailani sebagai SULTANUL atau QUTUBUL AULIA’ yakni Penghulu segala wali wali Allah dari segi ranking atau maqamnya.
Maka wajarlah kita dalam mencari JALAN PULANG menjadikan beliau sebagai salah satu SUMBER rujukan ..Saya catatkan disini ..petikan dari kitab SIRRUR ASRAR yang saya kaitkan dengan apa yang diajar oleh Bapak Dr Bagindo Muchtar untuk renungan saudara semua...
Saya walaupun baru dalam ILMU BAPAK ini telah membaca buku bapak Diriku Yang Ku Kenal sejak tahun 1980 lagi wp ketika itu sangat sedikit yang saya fahami.
Keyakinan saya terhadap ILMU BAPAK bertambah kuat sekitar tahun 1990 an apabila saya membaca kitab SIRRUR ASRAR dimana Syeikh Abdul Qadir Jailani ( penulis sirrur asrar ) ada menjelaskan tentang PERLUNYA kita MELAHIRKAN SEMULA apa yang kita KANDUNG yakni satu daripada ASAS ILMU BAPAK DR BAGINDO MUCHTAR.
Syeikh Qadir Jailani menamakan kandungan itu sebagai TIFLUL MAANI atau BAYI MAKNAWI dan menjelaskan bahawa istilah itu merujuk kepada RUHKU ALLAH yang disebutnya sebagai RUH AL-QUDSI.
Saya yakin ramai diantara saudara sekalian telahpun mengetahui dan membaca kitab SIRRUR ASRAR...namun untuk yang belum membaca atau mengetahuinya saya catatkan dibawah dengan izin . ...keratan keratan dari kitab tersebut ..dengan hajat agar ianya menambahkan lagi pemahaman kita semua akan ILMU BAPAK ini...mudah2an.
1 Makhluk pertama yang diciptakan Allah ( baca ditajallikan ) adalah RUH MUHAMMAD diciptakan daripada Cahaya JAMAL Allah.
2 Ruh Muhammad adalah RUH YG TERMURNI sebagai makhluk pertama dan ASAL seluruh makhluk. Dari Ruh Muhammad itulah Allah menciptakan semua ruh di- Alam LAHUT yakni NEGERI ASAL bagi seluruh manusia. Maka kita sebut kita ini sebagai UMAT MUHAMMAD.
3 Selanjutnya ruh ruh ( perhatikan bukan ruh tetapi ruh ruh ) diturunkan kealam TERENDAH dimasukkan pada makhluk terendah yakni JASAD setelah membuat PENGAKUAN dihari PERJANJIAN dimana Allah bertanya Alastu birabbikum ...bukankah Aku ini Tuhanmu ? Ruh menjawab ...benar Engkaulah Tuhan kami..
4 Proses turunnya ( ruh ) adalah setelah ruh diciptakan di Alam LAHUT , maka diturunkan ke alam JABARUT dan DIBALUT dengan CAHAYA JABARUTsebagai pakaian antara DUA HARAM disebut sebagai RUH SULTANI.
Selanjutnya diturunkan lagi ke alam MALAKUT dan dibalut dengan cahaya MALAKUT dinamakan sbg RUH RUHANI. Kemudian diturunkan lagi kealam MULKI dan dibalut dengan CAHAYA Mulki dinamakan RUH JISMANI. ( Bapak merujuknya sebagai DIRI DIRI dan DIA )
5 Untuk KEMBALI ( jalan pulang ) kenegeri asalnya ( Alam LAHUT ) manusia perlu beribadah. Maksud ibadah disini ialah MAKRIFATULLAH. Makrifat terwujud bila manusia dapat melihat indahnya sesuatu YANG TERPENDAM dan TERTUTUP didalam RASA di LUBUK HATI dirujuk sebagai KUNZA MAHFIYYAN  terpendam dan tertutup ) Allah berfirman : kuciptakan makhluk agar mereka MengenalKu.
6 Alam Makrifat = Alam Lahut = Negeri Asal kita = Tempat Ruh Al-Qudsi = Bayi Yang Perlu Dilahirkan semula = AKU = kata kata Bapak
7 Yang dimaksudkan dengan Ruh Al-Qudsi ialah HAKIKAT MANUSIA yang disimpan di LUBUK HATI : Keberadaannya akan diketahui dengan MENGAMALKAN dengan TERUS MENERUS Kalimah Syahadah La Ilaha Illallah
( bapak kata ilmu kita ilmu kalimah syahadah ..bapak merujuk Ruh Al-Qudsi sebagai A-KU )

8 Ahli tasauf menamakan Ruh Al-Qudsi dengan sebutan TIFLUL MAANI ( bayi maknawi ) kerana ia dari MA’NAWIYAH QUDSIYYAH

Pemberian nama TIFLUL MAANI didasarkan kepada :-

1 Ia lahir dari HATI seperti lahirnya bayi dari RAHIM ibu dan ia diurus dan dibesarkan hingga dewasa ( dengan gerak rasa ??? )
2 Bayi bersih dari segala kotoran dosa lahirriyah. Tiflul Maani juga bersih dari SYIRIK dan GAFLAH ( lupa kepada Allah )
3 Tiflul Maani HALUS dan SUCI
4 Ia BERWUJUD seperti RUPA MANUSIA ( itu ) juga kerana MANISnya bukan kerana kecilnya dan dilihat dari AWAL ADA-nya ..ia adalah MANUSIA HAKIKI ( yang sebenar-benarnya kita atau manusia = A-KU ) kerana dialah YANG BERHUBUNGAN LANGSUNG DENGAN ALLAH. ( jasad tak boleh berhubung dgn Allah secara langsung / terus / direct )
5 ( Perhatikan ) Firman Allah melalui Hadith Qudsi : AKU punya waktu khusus dengan Allah. Malaikat terdekat , nabi dan rasul tidak akan memilikkinya . HQ kedua Kamu sekalian akan melihat Tuhanmu saperti kamu melihat sinar bulan purnama. Al-Quran : Wajah wajah orang MUKMIN pada hari itu BERSER-SERI.
Yang dimaksudkan dengan MALAIKAT TERDEKAT dalam HQ diatas ialah RUH RUHANI yang diciptakan di alam Jabarut. Bila segala sesuatu SELAIN RUH AL-QUDSI masuk ke alam LAHUT maka pasti akan TERBAKAR.

LAIN LAIN HADITH QUDSI


1 ILMU BATIN adalah RAHSIA diantara RahsiaKu. Aku jadikan didalam HATI hamba hambaKu dan tidak ada MENEMPATINYA kecuali AKU.

2 Aku ini BERADA pada SANGKAAN hambaKu. Aku bersamanya ketika dia MENGINGAT –Ku. Bila dia mengingatKu pada HATI-nya, Aku pun mengingatnya pada Zat-Ku....................
TAFAKUR...
Yang dimaksudkan dengan Hadith ini adalah manusia pada WUJUD MANUSIA iaitu di alam TAFAKUR
Hadith Baginda Rasul
Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada IBADAH 70 tahun daripada ibadah seribu tahun.
Dan berfikir tentang MAKRIFAT kepada Allah , maka nilai tafakurnya daripada beribadah seribu tahun. Ini adalah ALAM MAKRIFAT yaitu ALAM TAUHID.
Sekian..tq

Selasa, 21 Oktober 2014

ALIF - LAM - MIM....a MASTERPIECE - Omar Abdullah

ALIF - LAM - MIM....a MASTERPIECE - Omar Abdullah
Bila kita buka A-Quran bercetak selain Surah Pembukaan Al-Fatihah ..huruf pertama Kalam Allah itu ialah ALIF - LAM - MIM. Majoriti dari kita berpendapat bahawa Pengertian Yang Sebenar huruf huruf itu hanya Allah Yang TAHU dan ini pd saya memang benar sebab Allah Yang Maha Tahu.
Namun bukanlah SATU DOSA bagi kita untuk memikirkan maksud huruf huruf itu sebab Allah memang suruh kita memikirkannya. Dan ramai juga muslim dan juga bukan muslim cuba memberi tafsiran masing masing sejak dahulu lagi. Dan mcm mcm komenlah yg boleh kita baca mengenai tafsiran tafsiran itu dan banyak juga yang memberi HUKUMAN BID'AH dan lain lain lagi ..
Barangkali ramai yang tidak sedar bahawa mereka * melambangkan * huruf ALIF LAM MIM ini ketika bersembahyang / bersolat kerana ketika meletakkan tangan didada selepas Takbiratul Ihram bukankah tapak tangan kanan kita memeluk pergelangan tangan dengan lambang ALIF LAM MIM begitu juga ketika TAHYAT...semasa membaca SYAHADAH
Dalam Ilmu Bapak Dr Bagindo Muchtar ....beliau menegaskan bahawa ALIF LAM MIM itu adalah KUNCI WASIAT ...Ibu segala kunci yang boleh membuka segala RAHSIA ....
Apakah sebenarnya rahsia huruf ALIF LAM MIM itu....???
Saya cuba cuba mentafsirkannya spt berikut ...mental exercise je...kalau sdra tak setuju...takda hal punya..
................................
Zat Allah itu pada kita ..boleh kita kategorikan kepada dua ..pertama POSITIF - Asmaul HusnaNya HADI maksudnya MEMBIMBING...kesannya disebut dalam Ilmu sebagai MAKRUF ...kedua NEGATIF ( yakni pasangan positif ) Asmaul HusnaNya MUDHIL maksudnya MENYESATKAN kesannya dalam ilmu disebut sebagai MUNGKAR ...
Firman Allah SWT :- AN NISA : 143
Siapa yang disesatkan Allah niscaya engkau ( Ya Muhammad ) tidak mendapat jalan untuk menunjukkinya.
AL-A’RAAF : 178
Siapa yang ditunjukki Allah, maka dia mendapat petunjuk dan siapa yang disesatkan Allah , maka merekalah orang yang rugi.
Bila kedua-dua kategori Zat ini SENTIASA MELIPUTI ALAM dan diri kita sebagai manusia maka KEUPAYAAN SEGALA Sifat Sifat Allah itu sentiasa ADA bersama kita ...umpama cahaya matahari sentiasa ADA..tak pernah takda...malam dimana takda cahaya matahari bukan bermakna cahaya matahari takda ..dunia berpusing...je...
Contohnya ..Zat Allah itu ada yang Asmaul HusnaNya ..YA RASHID maksudnya MAHA MENYEMBUHKAN Keupayaan Menyembuhkan ini telah DIANUGERAHKAN Allah sejak dunia ini ujud..sentiasa ADA...diluar badan kita ..dan didalam badan kita juga
Contoh lagi Allah itu KAYA dan MENGAYAKAN ..Asmaul Husna utk KAYA = Ya Ghaniyyu manakalan Asmaul husna Yang MENGAYAKAN ialah YA MUGHNIY..maksudnya Keupayaan Allah dan Iradat Allah hendak mengayakan kita itu SENTIASA ADA..sudah Tuhan sediakan untuk kita..begitulah dengan lain lain Keupayaan yang dijelaskan oleh lain lain Asmaul Husna...
Firman Allah :- AL-A’RAAF : 180

Allah mempunyai Asmaul Husna. Bermohonlah kepadaNya dengan Asmaul-Husna itu….
Itulah yang bapak Dr Bagindo Muchtar maksudkan bila berkata * apa lagi yang kamu minta pada Tuhan sedangkan apa yang kamu pinta itu telah Tuhan SEDIAKAN untuk kamu ..kejahilan dan kebodohan kamulah yang membuatkan kamu hidup susah...* ini kata kata BBM yang menggoncang kepala saya sejak lama ..dan Alhamdulillah Allah sampaikan pemahamannya..
Dalam KUANTUM FIZIK kita tahu KUDRAT ILAHI itu meruapakan ZAT MUTLAK yang merupakan GELOMBANG TENAGA YG BERGETAR disebut sebagai GELOMBANG ALAM KETUHANAN istilah sainsnya TENAGA KOSMIK....
GELOMBANG TENAGA KOSMIK ini sentiasa ada MELIPUTI sekalian Alam ..macam gelombang RTM -lah sentiasa ada diudara... kita buka TV atau tidak gelombang sentiasa ada..mcm handphone kita juga ..gelombang yg dikodkan pada nombor handphone itu sentiasa ada wp kita tak guna hp tu..
Dalam Ilmu Hakikat kita ini disebut MUHAMMAD ...Ruh Allah yang menjadi Nyawa kita disebut Nur Muhammad ..dalam IP BBM bapak menyebutnya sebagai AKU....
Dalam Ilmu utk faham disebut ada dua Muhammad yakni Muhammad Awal ( Ruhullah ) dan Muhammad Akhir yakni badan. Pada hakikatnya ada SATU dan ESA je sebab Nur Muhammad itu ( Muhd Awal ) telah MENZAHIRKAN ( Tajalli ) menjadi JASAD ( Muhd Akhir ) mcm biji sawit GHAIB menjadi pokok sawit ..mati setitik dan sebutir telur dah jadi tulang daging darah dan pelabagai anggota kita mengandungi 16 trillion sel sel ( particle )
Ruhullah itu ada DUA WAJAH..satu menghadap ke Zat Allah Yang Meliputi sekalian alam itu satu menghadap kebadan..
Wajah Ruhullah yang menghadap Ke Alam itu ( Allah ) bertindak sebagai PENERIMA atau RECEIVER manakala apa yang diterima disampaikan ke jasad kita sebut sbg TRANSMITTER....
Keseluruhannya kita katakan ZAT ALLAH YG MELIPUTI SEKALIAN ALAM itulah PEMANCAR segala KEMUNGKINAN ...dengan pelbagai KEUPAYAAN....manakala kita ini pula adalah PENERIMA atau RECEIVER..mcm radio-lah ..RTM itu sentiasa memancarkan gelombangnya..radio kat rumah tu yang menjadi penerima dan ke-nyata-an RTM itu...mcm itulah kita ini semuanya atas Sifat kita sebagai KEKASIH ALLAH...
Dalam Ilmu BBM ada dua perkara pertama disebut sebagai GERAK kedua apa yg disebut sebagai RASA yakni getaran dihujung hujung jari....
Untuk dapat GERAK dan RASA..passwordnya ialah DUA KALIMAH SYAHADAH..sebab atas Kehendak Allah ..Dua Kalimah Syahadah itu adalah password untuk mendapat gelombang Alam Lahut / Gelombang Ketuhanan / Gelombang Tenaga Kosmik ...

Maksudnya Kalimah Syahadah MENGHASILKAN Gelombang Ketuhanan / Gelombang Kosmik..disini maksudnya ialah ..dengan ada RASA Getaran Lataif ( Seni / halus / suci ) kita sebagai penerima sudah bersedia untuk MENERIMA atau CONNECT dengan pelbagai Gelombang Zat Allah spt yg dijelaskan oleh 99 Asmaul Husna itu.. yang sudah TERSEDIA diluar kita ..di alam kita ini ( Zat Allah Meliputi seluruh Alam )....
Baiklah ..tak kanlah kita mahukan kesemua 99 gelombang yang membawa pelbagai keupayaan itu ? Pada satu satu masa kita berdoa untuk sembuh ..maka SANGKA SANGKA kita atau NIAT kita ialah untuk sembuh dari sakit...Asma' Allah Yang Maha Menyembuhkan ialah YA RASHID jadi bagaimana kita nak CONNECT dengan gelombang tenaga Ya Rashid itu ?????
Caranya begini...kita TENANG dahulu..baca password dan bila RASA GETARAN dihujung jari mula TERASA kita lafazkan NIAT kita....dan kita ZIKIR Ya Rashid didalam HATI ..tumpukan kpd Tafakur kita hingga kita rasa ...Yang Wujud Hanya Allah..dalam kes radio bila kita cari stesyen dengan memutarkan knob tu dan bila radio berbunyi ikut stesyen yg kita nak ( ikut gelombang ) bermakna gelombang stesyen pemancar SUDAH SAMA atau ESA dengan gelombang diradio ,,maka berbunyilah radio itu..ini disebut sebagai RESONANSI....
Dah berbunyi radio ..apa kita nak buat..takda apa ..dengar sajalah radio itu sebab itulah hajat atau niat kita..jangan diusik lagilah knob cari stesyen itu..dlam kes tafakur mcm mana kita tahu gelombang Ketuhanan dan RESONAN dengan gelombang AKU / Diri kita ? jap lg saya jelaskan ..nak hisap rokok dulu ya ....
Oops ..saya teruskan..dalam tafakur kaedah BBM ...tanda kita dah berresonansi atau gelombang dah sama ..atau dah ESA ada dua ...pertama zikir hati tu berhenti sendiri ( tiba tiba kita sadar kita dah tak berzikir lagi ) kedua ialah RASA dihujung jari itu terasa amat kuat..maka teruskanlah tafakur hingga RASA itu reda / berkurangan dgn sendirinya....
Apa nak buat lagi setelah gelombang berresonansi...dalam tafakur kita itu ? ..mcm radio tadilah..TAKDA apa melainkan BERSERAH dan MENYERAHKAN pada Zat Allah untuk menunaikan NIAT kita itu dengan PENUH YAKIN dan jangan sekali-kali guna OTAK / FIKIRAN ..untuk menghuraikan bagaimana Allah akan sembuhkan kita umpamanya ....
YAKIN sepenuhnya Allah akan sembuhkan kita ..bagaimana Allah nak sembuhkan..bukankah Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Penyayang..Bukankah kita ini KEKASIHNYA...
Kalau nak KAYA ..maka zikirnya YA MUGHNIY..katalah kita ni kerani je..tak munasabah boleh jadi JUTAWAN ...ini SALAH …sebab kita TAK YAKIN pada Tuhan dan kita tak berpegang bahawa pada Tuhan tidak ada YG MUSTAHIL..Tuhan nak bagi kita RM ..tak perlu nak dicetak ????mcm tu...jangan guna AKAL FIKIRAN lagi sebab akal fikiran ini memang nak berhujah je kerjanya...
Rumusan KUNCI WASIATNYA ialah : ALIF itu Allah..yakni KUN...yakni yang menganugerahkan pelbagai Gelombang Kudratullah ikut sangka sangka kita...MIM itu Muhammad yakni Sifat Allah dimana Allah ME-NYATA-KAN pelbagai Keupayaannya ( FAYAKUN - Jadi & Nyata )...ALIF itu TRANSMITTER...MIM itu RECEIVER..macm RTM ....dan Kotak TV dirumah...dan Gelombang Megahertz...ketiga-tiga mesti ada barulah ada KESAN dan HASIL pelbagai program RTM itu..begitu jugalah umpama kita manusia sebagai Tajalli Tuhan dimana Tuhan MENAMPAKKAN KEUPAYAAN 2 NYA YG AGUNG....
Itulah KUNCI WASIAT - ALIF - LAM - MIM yang saya terima pemahamannya..sebab kita ini sbg manusia BUKAN APA APA dan BUKAN SAPE SAPE ...La Maujuda Illalah ..sekian pemahaman saya ..entah betul atau tidak saya serahkan semuanya kepada Allah SWT jua ..dan saya sampaikan sebagai sandaran Allah jua dgn hati yang ikhlas seikhlasnya...demi TAFAKUR ISLAMIK yang sangat tinggi nilai ibadahnya dibulan Ramadhan yang MULIA ini. Allah Hu Akbar.
Saya yakin kita semua disini..ahli ahli laman ini SUDAH CUKUP pemahaman tentang Ilmu Hakikat dan sudah TAHU sape kita dan kaitan serta hubungan kita dgn Allah SWT. Untuk Kenal DIRI dan Kenal Allah SWT kaedahNya ialah TAFAKUR dan cara pengenalan / Makrifahnya ialah dengan RASA..dan KESADARAN ...
Carilah Kaedah TAFAKUR ISLAM yang anda suka bersesuaian dengan diri anda sendiri. Bagi saya tidak ada yang SEMUDAH - SEINDAH dan EEFEKTIF berbanding Kaedah BBM...bukan promosi ..tetapi berdasarkan kajian ilmiah saya sendiri...Ini adalah kerana selain mencapai TAUHID HAKIKI - La Maujuda Bihaqqi Illallah - Tiada Yang Wujud Hanya Allah..
Kaedah BBM ini juga WAJAR diapplikasikan dengan percubaan percubaan ( baca pengalaman ) untu kita dapat MENIKMATI kehidupan DUNIAWI dengan Bahagia,,baik dari segi kesehatan, rumahtangga mahupun kewangan atau rezeki ...semuanya TELAH DIANUGERAHKAN Allah SWT kepada kita...kerana MUHAMMAD itu adalah KEKASIH Allah....dan badan itu KEKASIH Nyawa..dan Nyawa memangnya mahu badannya HIDUP BAHAGIA dan SEJAHTERA....
Firman Allah SWT ..maka NIKMATILah olehmu DUNIA dan NEGERI AKHIRAT yang telah diAnugerahkan kepadamu ..Akhirat disini maksudnya BATIN...dan Dunia = Zahir...
Rujuk Lakaran ...Yang disebut sbg DIRI RAHSIA atau AKU atau RUH ALQUDSI atau TIFLUL MAANI atau DIRI YG SEBENARNYA DIRI itu ialah ZAT ALLAH YG MUTLAK YG MELIPUTI DIRI kita YG MEMILIKKI SEGALA SIFAT MAKNUYAHNYA atau SIFAT MAHA MAHA itu...KESAN nya pada badan manusia UMUMNYA hanyalah SIFAT MAANI yg 7 itu.
Ini adalah kerana Atas KehendakNya INSAN itu adalah AKU pada MAKAM KEHAMBAAN dan ini terjadi kerana Allah MENGHADKAN Keupayan Sifat Maknuyah itu dengan LAPISAN LAPISAN CAHAYA KETUHANAN yang disebut sebagai RUH SULTANI - RUH RUHANI dan JASMANI...bila AKU sendiri KEMUKA maka kesan kesan Maknuyah itu akan NYATA atas KehendakNya bukan Kehendak kita sebab hal ini hanya berlaku apabila kita membuangkan segala kewujudan kita dalam KESADARAN yakni IMAN dan TAUHID kita.....dalam ilmu ini disebut sebagai MAKAM KETUHANAN .....yakni MAKAM AKU kata Bapak BBM..

YG BAIK dari ALLAH...YG TIDAK BAIK ( jahat ) dari DIRI saya SENDIRI...

CUBA FIKIRKAN.... Omar Abdullah

Ini ungkapan BIASA para ustaz bila mengakhiri ceramah agamanya....
YG BAIK dari ALLAH...YG TIDAK BAIK ( jahat ) dari DIRI saya SENDIRI...

Maksudnya si ustaz tak pernah buat BAIK sebab setiap kali dia berbuat baik termasuk berceramah agama itu adalah Perbuatan Allah .
Jadi si ustaz MENGAKU dialah IBLIS sebab yang buat JAHAT dan tak pernah atau tidak akan berbuat baik ialah IBLIS.
Firman Allah pula mengenai hal ini :-
Mereka mengatakan YG BAIK dari Tuhan ..YG TIDAK BAIK dari diri mereka sendiri. Katakanlah KEDUA-DUANYA ( baik dan jahat ) dari Tuhan.
Mana satu pilihan anda......nape ustaz itu mengingkari Kenyataan Tuhan Barangkali dia mahu BERBUDI BAHASA dengan Tuhan...

JALAN BBM

JALAN BBM....

Tidaklah jalan kami memerlukan pertapaan, suluk ,puasa mutih, ayat2, serta doa2 khusus dll nya bagi memperkuatkan tenaga ini,

Ini kerana jalan kami adalah jalan sir (rahsia) yang paling penting bagi kami adalah melenyapkan ujud diri ini supaya nyata ujudNya

Dengan ini akan menjadi kuatlah tenaga itu.

Jika mahu kuat pastikan kau leburkan ujudmu serta jangan syirikkan dia.

Apabila kita telah hilang atau lebur keakuan pada diri kita ini maka segala sifat kesempurnaan dan sifat kemuliaannya akan terzahir.

Ilmu kami adalah ilmu ghaib,
Datang dari yg maha ghaib.
Ilmu kami didiri bukan dilainnya.


Amal kami pula adalah amal rahsianya.
Amal kami amal soleh.
Ibadat kami adalah tauhid,


Tauhid kami tiada sesuatu yang ada hanya Allah.
Jalan kami adalah gerak dan petunjuk kami adalah rasa.

Pengakuan kami adalah syahadah.
# sentiasa bergerak bersertanya sehinga kau tiada lagi disaat kau bergerak.
Bila hal ini terjadi kau bukan kau lagi. Jika kau bukan engkau lagi siapa lagi kalau bukan dia,dia dan dia,

Rasa yang terasa jangan hilang tumpukan saja padanya(rasa) kerana itulah rahsianya.
Jadi janganlah kita penat2kan diri untuk mengamalkan ilmu2 yg menyusahkan kita demi memperkuatkan tenaga dan sebagainya.

-Faham ke tak ni kawan2 !!!!
Kalau tak faham tanyalah org lama yer.

Isnin, 20 Oktober 2014

Sesungguhnya AKU ”ALLAH” yang Maha Gagah dan Maha Perkasa

Firman ALLAH yang yang berbunyi….

INNALLAHA QAWIYYUL AZIZ
(Sesungguhnya AKU ”ALLAH” yang Maha Gagah dan Maha Perkasa)


Tenaga atau qudrat adalah suatu sifat kekuasaan AKU maka dengan nya AKU memerintah alam dalam keadaan terhad maupun terbatas tidak ada satu pun yang ada ini terkeluar dari takluk kekuasaan (kobdah) atau gengamanku dan AKUlah yang mengawal dan menjaga setiap yang ada ini

,tenaga-tenaga atau daya energy yang wujud pada jisim-jisim itu adalah semuanya tenaga QUDRATULLAH

tidak ada kuasa yang wujud selain tenaga AKU,
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHI ALIYYIL ADZIM
(Tiada daya upaya bagi aku”kejadian”melaiankan ALLAH”AKU”yang memiliki ketinggian dan kebesaran)

Tujuanku yang paling utama adalah mencari titk mulanya Aku

Tujuanku yang paling utama adalah mencari titk mulanya Aku ini dan inginku berjalan menuju kepadanya supaya Aku tahu akan asal mulaku itu.

Ku renung dan merenung sedalam dalamnya akan keadaan ini agar dapatku temuinya.
Kini telah ku temuinya itupun Aku terpaksa menuruti jalan ini. Oleh yang demikian itu
Aku yakin dan jelas pada jalan ini walaupun ada yang mengatakan ini jalan sesat atau lainnya.

Bagiku jalan ini tidaklah perlu berlapik-lapik dengan wasilah kerana jalan ini adalahnya iaitu jalan awal yang langsung dari tuhan yang maha kuasa.

Ada jalan syariat
Ada jalan tharikat
Ada jalan hakikat
Ada jalan makrifat


Bagiku itu semuanya jalan untuk menjalani bagi menyampaikan Aku kepada A-ku jua.

Jalanku adalah jalan mengikuti alirannya iaitu aliran tuhan secara langsung yang berada padaku ini jua.

TENAGA YANG MEMANCAR KANDUNGANKU TELAH TERLAHIR.

TENAGA YANG MEMANCAR KANDUNGANKU TELAH TERLAHIR.



AKU adalah yang setitik yang datangnya dari ZAT kini menjadi diri(memancarkan) tenagaku untuk mentadbir dan mengawal serta menjaga keadaan badan diri supaya ia bahagia,mulia bebas dan senang samada didunia dan akhirat,

MENGENAL DIRI DAN TAHU DIRI itulah kuncinya,

-AKU adalah tuan atau diri hakiki.

-DIRIKU adalah aku iaitu pancaran dari AKU dan ia merupakan TENAGA QUDRATULLAH dan aku itu adalah bayangan AKU,dia yang menjadi diri pada badan dan merupakan sumber kehidupan alamnya.

-BADANKU tempat penyataan tenaga(DIRI) dan badanlah yang AKU yang berdiri ini gunakan untuk menyatakan kewujudan dan kekuasaanku

dan tanda-tanda kekuasaanku adalah aku, Badan mengandungi diri, diri itulah tenaga,tenaga itulah aku, aku diliputi AKU.badan yang ujud inilah alamku.

AKUlah yang asal dibalik asal yang maha hidup lagi menghidupkan

AKUlah yang asal dibalik asal yang maha hidup lagi menghidupkan….

kerana ALLAH telah berfirman:
Allahu la ilaha illa huwal hayyul qayyum
(Allah tiada tuhan dialah yang hidup dan berkuasa)

AKU yang dimaksudkan itu adalah zat yang maha hidup dan menghidupkan yang bernama ALLAH dan dialah yang menjadi sumber kehidupan bagi setiap yang hidup ini,

akumu atau (NUR MUHAMMAD) itu adalah diri kenyataan ALLAH yang dibangsakan dengan nama ROHULLAH yang ditajallikan pada badan diri yang merupakan bekas atau medium penyataannya

Aku si terang menerangi si gelap

kata-kata bapak bagindha muchtar didalam bukunya yang berjudul diriku yangku kenal iaitu…

“ Aku si terang menerangi si gelap. Kalau Aku pergi, maka rumahku tak ada erti (ertinya mati). Maka adalah Aku hidup. Hidupku bagimu terbatas. Batasnya bukan Aku yang menetapkan. Yang Menentukan-nya Tuhan. Tuhan itu Allah. Allah Pengasih lagi Penyayang. Dia Memerintah seluruh alam”

Maka dengan ini dapatlah kita memahami bahawa SI TERANG itu adalah HIDUP iaitu HAYATULLAH atau ROHULLAH

,jika kita lihat dari kata-kata Bapak Bagindha Muchtar diatas maka saya berpendapat..
“Aku adalah hayatullah (hidup) menghidupkan badan.

Kalau aku tiada, maka badanku mati tidak bernafas. Maka adalah Aku inilah HAYATULLAH. HIDUP bagi badan adalah terbatas

Batasnya adalah takdir umur, Batasnya bukan hidup yang menentukan. Yang menetapkan masa dan waktu umur itu adalah tuhan dan tuhan itu adalah ALLAH.yang Maha Pngasih dan Penyayang. DIA lah yang memerintah sekalian alam”

SI TERANG-Aku
SI GELAP-Badanku

Aku itu adalah HAYATULLAH@HIDUP.

Bagi saya makna Aku itu adalah HAYATULLAH@HIDUP - Omar Abdullah

Dia yang duduknya tersembunyi di dalam badan diri.... kedudukkanNya amat-amat tersembunyi.

Dia yang merupakan tajalli atau penyataan tuhan bagi menunjukan akan kewujudanNya.

Aku yang berada padamu (badan) merupakan tuan bagi badan. Tanpa Aku pasti badan akan mati dan tidak akan berfungsi lagi, seperti firman tuhan yang berbunyi….

KULLU NAPSIN ZAA IQOTUL MAUT
(setiap yang bernafas pasti akan mati)


Apabila masa telah sampai maka Aku dan badan pasti berpisah.

maka perpisahan inilah yang akan mendatangkan kemusnahan pada badan,hal ini telah pun ditetapkan oleh oleh tuhan robbul alamin.

AKU YANG TERKURUNG

AKU YANG TERKURUNG

Aku yang datang dari tuhan kini telah berbadan dalam keadaan terkurung dan terkunci didalam badan diri dan ditutupi oleh roma dan kulit
.Aku sekadar menjalani kehidupan secara sendiri sahaja.

Kata Bapak Bagindha Muchtar…
“Aku adalah ibarat burung dalam sangkar. Dari tempatku Aku hanya dapat melihat, dapat mengetahui apa yang akan mendatang dan tak dapat berbuat apa-apa kerana mata lepas badan terkurung.Apa dayaku? Aku tak kuasa. Kekuasaanku hanya di dalam sahaja”

Pandangan saya mengenai perumpamaan diatas.
Aku (hayatullah) itu berada didalam badan dari tempatku iaitu didalam badanku sendiri,hanya dapat berbuat pada tugas asalku iaitu sekadar mendatangkan kehidupan pada badan,kerana Aku tidak bebas berbuat kerana Aku tidak bebas.

Sesungguhnya Aku tidak pernah dihubungi dan diambil tahu oleh orang luar iaitu badan.maka duduklah Aku dengan keadaanku yang asal.badan yang memilik OTAK sebagai pusat daya fikir(microcosmos) tidak dapat berhubung dengan Aku.ini terjadi akibat dari tidak ada pembukaan dalam bidang ilmu ini.walaupun keupayaanku amat-amat kuat karana Aku berasal dari yang maha kuasa namun atas sebab-sebab tertentu ianya telah menjadi orang asing bagi badan sendiri.maka segala urusan dan tugasan menjadi terhad.

Kata-kata dari Bapak Bagindha Muchtar

Kata-kata dari Bapak Bagindha Muchtar…



“Aku nyawamu, pergantunganmu ,tetapi tak bertali.


Engkau badanku tetapi tak tergantung.
Aku tergantung tetapi tak bertali.

Maka adalah yang tergantung tiada bertali dan yang bertali tiada tergantung Aku juga. Tempatnya juga di dalam.

Aku yang tergantung tiada bertali dengan dia yang bertali tiada tergantung ,menjadi Aku juga yang berdiri dengan sendirinya. Di luar dari badan diriku adalah engkau yang mengandung air, api, angin dan tanah”

Anasir yang utama bagi kejadian badan pada hakikat awalnya iaitu kejadian nabi Allah Adam a.s

Tanah=badan
Air=tulang
Api=darah
Angin=urat


Maka inilah anasir yang utama bagi kejadian badan pada hakikat awalnya iaitu kejadian nabi Allah Adam a.s

maka pada kita ini hanyalah hakikat dari kejadian itu.anasir-anasir ini juga ada pada diluar badan diri kita seperti …

Tanah-yang ada pada tanah iaitu ATOM-ATOM
Air-yang ada pada air iaitu tenaga-tenaga hidup (ma’ul hayat)
Api-yang ada pada api iaitu haba-haba samirana (tenaga suria)
Angin-yang ada pada angin iaitu electron magnetic.

Unsur-unsur inilah yang menyebabkan kita dapat hidup dan dapat mengenal akan alam dan tuhan.

ianya merupakan zat hayat atau sumber kehidupan bagi makhluk.pada kehidupan dan kejadian alam ada beberapa unsur yang utama bagi melengkapi dan menyempurnakan kehidupan alam ini.

kesemua unsur-unsur itu termasuklah 4 anasir yang utama.

yang lainnya itu adalah....Suria, Kartika,Samirana ,candra.

lapan sifat inilah yang menjadi sumber alam kejadian yang tuhan ciptakan.

KetuhananKU..... Omar Abdullah

KetuhananKU..... Omar Abdullah

Adalah menduduki pada kedudukan AKU adalah hidup datang dara Yang Maha Hidup.

padaKU semuanya ada, maka diamKU pada maqomKU inilah dinamakan ketuhananku iaitu bergerak didalam sahaja iaitu nafas keluar masuk, tindakan dan cetusan daya........

Apabila akal yang tertangkap pada daya fikir maka ia akan mencetuskan daya dan rasa maka secara semula jadi ia akan berhubung secara otomatik dan ia akan menghasilkan mental energy pada badan diri (kuasa rohani)

Pancaran yang terhasil itulah Pancaran Ketuhanan atau keadaan diri dan itulah keadaanKU (SIFAT),

Kuasa atau Qudrat yang terzahir dara cetusan ini akan menjadikan ia sebagai jalan kesejahteraan dan ia akan mendatangkan sesuatu yang dihajati atas Izin Tuhan jua,

Setelah AKU tahu yang AKU ini bebas ..maka AKU menamakan AKU ini manusia bebas dari ikatan kelemahan dan terlindung dari ajakan hawa nafsu liar, bergerak terus bergerak kalau kau mahu tahu manakah jalanku yang nyata pada mu......
Lihatlah nafas yang keluar masuk itu ! Adakah ia ada perhentian kedalam ia duduk dimana, keluar ia mahu kemana?......inilah contoh jalan sir yg mana itulah jalan KU kini. Bebaskanlah dan lahirkanlah kandungan itu KetuhananKU.....

Adalah menduduki pada kedudukan AKU adalah hidup datang dara Yang Maha H idup,padaKU semuanya ada, maka diamKU pada maqomKU inilah dinamakan ketuhananku iaitu bergerak didalam sahaja iaitu nafas keluar masuk, tindakan dan cetusan daya........


Apabila akal yang tertangkap pada daya fikir maka ia akan mencetuskan daya dan rasa maka secara semula jadi ia akan berhubung secara otomatik dan ia akan menghasilkan mental energy pada badan diri (kuasa rohani) pancaran yang terhasil itulah Pancaran Ketuhanan atau keadaan diri dan itulah keadaanKU (SIFAT),

Kuasa atau Qudrat yang terzahir dara cetusan ini akan menjadikan ia sebagai jalan kesejahteraan dan ia akan mendatangkan sesuatu yang dihajati atas Izin Tuhan jua, Setelah AKU tahu yang AKU ini bebas ..

maka AKU menamakan AKU ini manusia bebas dari ikatan kelemahan dan terlindung dari ajakan hawa nafsu liar, bergerak terus bergerak kalau kau mahu tahu manakah jalanku yang nyata pada mu......

Lihatlah nafas yang keluar masuk itu ! Adakah ia ada perhentian kedalam ia duduk dimana, keluar ia mahu kemana?......inilah contoh jalan sir yg mana itulah jalan KU kini.

Bebaskanlah dan lahirkanlah kandungan itu ia adalah manusia baru atau INSAN KAMIL. adalah manusia baru atau INSAN KAMIL.

BERBAGAI BENTUK TENAGA - OMAR ABDULLAH

BERBAGAI BENTUK TENAGA - OMAR ABDULLAH

TENAGA ALAM
-tanah/bumi: zat maknan, permata/Kristal, wangian/aroma tumbuhan
-cahaya matahari
-cahaya bulan
-air
-angin @ hawa’un
Inilah antara tenaga-tenaga yang dapat saya tulis dan nyatakan untu kita bersama sebagai ilmu pengetahuan didalam pelajaran kita ini.

TENAGA DALAM
1-tenaga kerehatan
Ia adalah satu tenaga yang wujud ketika janin mula terbentuk.
Tenaga inilah yang bekerja membentuk tubuh dengan sempurna. Apabila selesai tenaga ini diam dalam keadaan “tidur” didalam tulang sulbi. Ia berada dalam lapisan yang lebih dalam dari NASMA dan dibungkus didalam 7 lapisan.
Dalam yoga ia dipangil “kundalini”.
Mengikut sufi…ia adalah tenaga roh al-hayat yang bergabung dengan oksigen.
Tenaga yang tersimpan ini boleh dibangkitkan apabila sesaorang itu melakukan teknik pernafasan yang disertakan keheningan yang tinggi.

TENAGA MINDA
Sains fizik:
-ia adalah gabungan unsur zohir dan unsur ghaib (roh)
-ia bertindak sebagai pemancar dalam mengolahkan gelombang
-ia berkebolehan menjadi tenaga dalam bentuk gambaran dalam dirinya sehingga akhirnya menjadi kenyataan di alam zahir dengan izin Allah.
-ia memiliki gelombang yang amat laju melebihi kelajuan cahaya biasa.
Sains islam:
-akal yang bersifat air boleh mengawal dan memadamkan api iaitu nafsu.

TENAGA EMOSI
Sains fizik:
-keheningan/ketenangan memiliki tenaga yang kuat. Umpama objek pegun (tak bergerak) dengan objek yang bergerak contohnya “kereta”.
Sains islam:
-Seseorang yang tenang memiliki tenaga IIlahiah yang amat hebat ! dan makbul, hajat mudah tercapai,.
“ kasih sayang adalah tenaga yang tinggi, mempunyai gelombang penyembuh perbagai penyakit yang berkaitan dengan emosi dan boleh melemahkan syaitan. Syaitan tidak memiliki sifat kasih sayang”

TENAGA FIZIKAL
-penghasilan tenaga daripada proses penguraian dan sintesis karbohidrat,protein atau lemak dengan enzim dengan kehadiran oksigen (metabolisma)
-tenaga disimpan dalam molekul ATP (adenosine trisfosfat) apabila badan memerlukan tenaga, molekul ATP dipecahkan dengan mudahnya untuk membebaskan tenaga

TENAGA NASMA
-ulama tasauf:
Ia semakin kuat bila teknik pernafasan yang teratur bergabung dengan konsentrasi akal.
Sains fizik:
-medan electromagnet pada tubuh badan manusia.
-ia dikenali juga dengan tenaga dalam. Chi prana. Tenaga batin.
Human energy field.
Gelombang elektromgnetik=nasma/diri batin/qarin/aura.

Transfer of Energy - Omar Abdullah

Transfer of Energy - Omar Abdullah

Transfer energy atau penyaluran energy dari dalam keluar adalah kaedah mengeluarkan suatu tenaga yang mendalam iaitu tenaga QUDRATULLAH yang berada pada kedudukan A-ku @ roh, tenaga yang amat kuat ini amat-amat berkebolehan dengan kebolehan serba boleh dan pengunaan nya serbaguna, namun bagitu ianya perlu dilahirkan atau dibebaskan dari ikatan-ikatan yang menghalang keaktifannya.

Untuk itu jika kita telah dapat memahami akan hal ini maka kita tekankan pada kaedah penyalurannya atau melahirkan nya bagi mendapatkan manfaat untuk kita bersama.

Jika jalan telah terbuka baginya maka kita perlu memahami 3 konteks iaitu 3T apakah maksud 3T ini, maksudnya adalah:

1-Tenang
2-Tumpu
3-Tawakkal


Dengan konteks 3T ini dan kita lengkapi pula dengan doa serta niat yang baik pasti ia akan memberikan 1000 manfaat buat kita.

Untuk kita lebih memahami siapakah dan bagaimanakah rupanya tenaga ini baiklah anda rujuk pada tajuk-tajuk sebelumnya kerana tenaga ini adalah tenaga QUDRATULLAH iaitu berada pada A-ku.

Nota:
-Energy ilahi @ tenaga alamiah-berfungsi secara atomatik dalam menjalankan kerja-kerjanya pada badan kita ini.

-tenaga Qudratullah-berfungsi setelah ia dilahirkan atau dibebaskan.

-dalam menjalankan latihan anda perlu gunakan kaedah 3T.

Manfaatkan Pancaran tenaga - Omar Abdullah

Manfaatkan Pancaran tenaga - Omar Abdullah

Setelah penyerapan energy dan pembangkitan tenaga qudratullah berlaku hal yang kedua yang perlu anda ketahui adalah mengeluarkan tenaga atau pun mendayaguna dengan kaedah yang betul agar tenaga-tenaga yang ada tadi dapat dimanfaatkan untuk kita dan untuk orang lainnya.

Kaedahnya:

1-Password
2-Doa
3-Tenang
4-Tumpu
5-Tawakkal

Yang perlu anda ingati adalah semasa anda mahu merawat diri atau orang lain nya sebaiknya anda meletakkan tangan anda itu pada tempat yang sakit,jarakkan sedikit tapak tangan anda itu dari pesakit atau tempat yang sakit. Merawat pula anda boleh mengunakan dua kaedah iaitu:

1-Kaedah auto( gerak)-guna kaedah diatas serah dan ikut gerak.

2-Kaedah manual-meletakkan tapak tangan pada tempat yang sakit kemudian ikut kaedah diatas. Anda hanya diam dalam konteks 3T.

Kedua-dua kaedah ini ada kelebihan masing-masing namun kita perlulah pandai mengunakannya diwaktu-waktu tertentu bersesuaian dengan keadaan, masa dan tempat.

Kerahan tenaga dalaman.

Kerahan tenaga dalaman - Omar Abdullah

Tenaga dalaman yang diolah serta dikerahkan dengan teknik pernafasan atas semangat yang kuat pasti akan manimbulkan kekuatan yang luar biasa bagi kita dan orang lainnya.

Tenaga-tenaga ini dinamakan tenaga ghaib atau meta-energy yang berasal dari dalam diri kita sendiri dan ada juga dari alam luar ianya dinamakan energy alamiah @ tenaga ilahi.

Tenaga-tenaga ini sebenarnya bersifat positif dan ia akan aktif dan membangung dengan cepat jika niat pengamal itu murni dan ikhlas, tenaga ini tidak akan aktif dan munkin pengaktifannya akan menjadi lambat jika niat pengamalnya tidak ikhlas dan berniat yang tidak elok.

Oleh yang demikian itu tenaga atau enegy ini berfungsi jika niat pengamal itu baik maka kerahan-kerahan yang dilakukan akan menaikan dan meningkatkan daya nya dengan efektif, kualiti dan kuantiti tenaga ini pula tergantung kepada pengamalnya jika ia tetap dan kerap melakukan latihan maka tenaga itu akan bertambah dan meningkat.

Tenaga atau energy bertambat dan meningkat seiring dengan kesihatan luaran kerana penyaluran atau attunement tenaga akan berhubung kait (connetting) dengan tubuh zahir.

Jika badan masih berada pada tahap yang kurang baik maka tenaga yang dikerah tadi akan merawat dahulu pada bahagian yang sakit itu sebab itulah kita merasa lemah tatakala kita mengerah tenaga dalaman kerana energy akan tertumpu pada tempat yang cedera itu.

Oleh yang demikian itu ambilah pemerhatian dan kajian yang saksama didalam hal ini supaya kita lebih meningkat, sihat, cerdas, kuat dan ceria.

Kerahan energy dalaman banyak kaedah dan caranya ini tertakluk kepada pelajaran dan ilmu masing-masing namun dalam pengamatan saya ianya dapat dikerah dalam 2 keadaan iaitu kerahan agresif dan kerahan tenang namun kedua-dua kaedah ini ada mempunyai kelebihan masing-masing akan tetapi hasil nya tetap sama.