Pages

Isnin, 20 Oktober 2014

AKU YANG TERKURUNG

AKU YANG TERKURUNG

Aku yang datang dari tuhan kini telah berbadan dalam keadaan terkurung dan terkunci didalam badan diri dan ditutupi oleh roma dan kulit
.Aku sekadar menjalani kehidupan secara sendiri sahaja.

Kata Bapak Bagindha Muchtar…
“Aku adalah ibarat burung dalam sangkar. Dari tempatku Aku hanya dapat melihat, dapat mengetahui apa yang akan mendatang dan tak dapat berbuat apa-apa kerana mata lepas badan terkurung.Apa dayaku? Aku tak kuasa. Kekuasaanku hanya di dalam sahaja”

Pandangan saya mengenai perumpamaan diatas.
Aku (hayatullah) itu berada didalam badan dari tempatku iaitu didalam badanku sendiri,hanya dapat berbuat pada tugas asalku iaitu sekadar mendatangkan kehidupan pada badan,kerana Aku tidak bebas berbuat kerana Aku tidak bebas.

Sesungguhnya Aku tidak pernah dihubungi dan diambil tahu oleh orang luar iaitu badan.maka duduklah Aku dengan keadaanku yang asal.badan yang memilik OTAK sebagai pusat daya fikir(microcosmos) tidak dapat berhubung dengan Aku.ini terjadi akibat dari tidak ada pembukaan dalam bidang ilmu ini.walaupun keupayaanku amat-amat kuat karana Aku berasal dari yang maha kuasa namun atas sebab-sebab tertentu ianya telah menjadi orang asing bagi badan sendiri.maka segala urusan dan tugasan menjadi terhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.