APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD
ALLAH MELIPUTI
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dirahmati Allah sekalian, sesudah sekian lama kita membicarakan soal mengenal,
memandang, menilik dan melilhat Allah Taala, ternyata kita masih lagi tidak
dapat untuk menyatakannya. Ramai lagi di luar sana yang masih lagi tidak dapat
untuk menghayati dan tidak dapat untuk memahami kaedah-kaedah atau cara-cara
bagaimana untuk memandang Allah.
Biarpun dikatakan Allah itu terang dan jelas,
namun itu hanya satu ungkapan istilah sahaja, pada realiti dan pada hakikatnya,
ramai di kalangan kita yang masih lagi tidak dapat untuk membenarkan ungkapan
bahawa Allah itu nyata, terang, hampir dan jelas. Sekali lagi dinyatakan di
sini bahawa terang cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah. Dekat atau
hampirnya antara mata hitam dengan mata putih ternyata dekat dan hampir lagi
Allah.
Persoalannya di sini, kenapa kita
masih lagi tidak terlihat atau terpandang Allah. Tidakkah kita semua tahu yang
bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam? Bilamana Allah meliputi sekalian
alam, kenapa masih lagi tidak terlihat, tertilik dan kenapa masih lagi tidak
terpandang Allah. Semua tahu dan semua mengaku yang bahawasanya Allah itu
meliputi sekalian alam tetapi kenapa, kenapa dan kenapa masih lagi tidak
terlihat Allah pada sekalian alam?
Tuan-tuan tahukah apa erti
meliputi? Meliputi itu, ertinya “semua sekali” iaitu bermaksud tidak ada lain
selainnya. Sekarang jika tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu Allah, masih mahu
kenal Allah, masih mahu lihat, pandang, tilik dan masih mahu tengok Allah,
sekarang saya minta tuan masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas kaca
(gelas yang cerah).
Sekarang berhenti membaca kitab
dan sila masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas (gelas cerah),
sebagaimana yang saya sarankan (jika benar tuan ingin mendapat barokah guru,
sila buat apa yang saya sarankan). Sesudah gelasnya diambil dan pegang gelas
itu dengan tangan tuan-tuan. Apakah sudah dipegang gelasnya? Jika sudah
dipegang diminta tuan-tuan tilik, tengok dan pandang betul-betul kepada gelas
kaca tersebut. Apakah gelas itu, kaca, besi, tanah atau gelas tembaga? Jika
benar-benar gelas itu gelas kaca, maka tiliklah baik-baik dengan mata hati.
Pastikan betul-betul bahawa gelas
yang dipegang itu, diperbuat dari kaca, tidak ada unsur lain selain kaca.
Sebagaimana yang kita tahu, gelas adalah diperbuat dari kaca manakala kacanya
pula tidak bercampur dengan besi, tidak bercampur dengan api, tidak bercampur
dengan batu dan tidak bercampur dengan selain kaca. Gelas itu adalah gelas yang
mutlaknya diperbuat sepenuhnya dari kaca. Kacalah yang meliputi gelas tersebut.
Saya mahu tuan-tuan ambil gelas yang benar-benar diperbuat dari kaca, yang
tidak sedikitpun bercampur unsur-unsur selain kaca.
Setelah ianya benar-benar gelas
kaca, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Ada atau tidak gelas itu
bercampur atau bersalut selain dari kaca? Jika jawapannya benar-benar diperbuat
dari kaca, bermakna di sini, gelas tersebut adalah “meliputi kaca sepenuhnya”.
Pertanyaan yang kedua, apakah
erti meliputi? Seumpama “meliputi”nya kaca pada gelas? Jika jawapannya kaca
meliputi gelas, bererti perkataan “meliputi” itu, adalah membawa maksud “semua
sekali”. Gelas itu, semua sekali adalah kaca (itulah maksud atau erti
meliputi). Bilamana semua sekali gelas itu “meliputi” kaca, bererti gelas itu
“semua sekali” kaca. Ambil pehatian kepada perkataan “meliputi” dan perkataan
“semua sekali”.
Erti, makna atau maksud meliputi di sini, adalah merujuk kepada
maksud “semua sekali”. Semua sekali gelas itu, adalah kaca, iaitu kaca yang
tidak ada sedikitpun bercampur dengan yang lain selain kaca. Apakah benar semua
sekali gelas itu kaca? Sila jawab? Jika benar dengan apa yang dikata itu, mari
kita ikuti langkah selanjutnya.
Setelah benar-benar kaca meliputi
sekalian gelas, bererti tidak ada lain gelas itu adalah kaca, iaitu kaca
sepenuhnya yang tidak sedikitpun bercampur dengan yang lain selain kaca. Apakah
maksud meliputi? Adapun erti atau makna perkataan “meliputi” di situ adalah
membawa maksud “semua sekali”. Meliputi itu bermaksud “semua sekali”. Ertinya
gelas itu semua sekalinya kaca.
Berbalik kita kepada perkara
percaya kepada Allah Taala. Untuk menentukan keyakinan dan untuk menentukan
kepercayaan kita, kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa perkataan
meliputinya Allah itu adalah bermaksud semua sekali Allah.
Allah Taala itu meliputi sekalian
alam (meliputi ertinya semua sekali). Jika meliputi itu bererti semua sekali,
berertinya di sini semua sekalian alam ini adalah meliputi Allah (semua sekali
Allah). Allah meliputi sekalian alam, bererti “semua sekali alam ini adalah
Allah” (Allah semua sekali). Meliputi di sini bermaksud Allah semua sekali.
Kaca meliputi gelas ertinya gelas itu semua sekali adalah kaca. Allah meliputi
alam, ertinya alam itu semua sekali Allah. Tidak ada ruang di alam ini untuk
tidak ada Allah (inilah erti meliputi).
GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR
LUKISAN ORANG
Cuba tuan-tuan perhatikan kiasan
gambaran di atas baik-baik dengan penglihatan yang jernih. Semua gelas itu
adalah diliputi, diselimuti atau meliputinya kaca (semua sekali kaca) dan
kemudian saya minta tuan-tuan lihat pula kepada gambar manusia. Tidakkah
manusia itu diliputi, diselimuti atau yang meliputinya Allah (semua sekali
Allah). Cuba perhatikan, di manakah di atas diri kita itu, yang tidak ada
Allah, cuba jawab? Allah telah dikatakan meliputi diri kita. Seluruh jasad kita
telah Allah liputi, setelah Allah meliputi diri kita, bermakna di sini, tubuh
kita itu, tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Di dalam jasad, di luar jasad,
di kiri kanan jasad, di atas bawah jasad dan di tengah tepi jasad kita itu,
adalah telah meliputi Allah. Tidak ada ruang untuk adanya jasad diri kita
melainkan yang ada itu, itulah Allah.
Bilamana Allah meliputi diri
kita, sudah tentu sifat makhluk itu pasti binasa. Dalam kulit dan di luar
kulit, di dalam daging dan di luar daging kita itu, telah meliputinya Allah.
Sehingga tidak ada ruangan untuk adanya kulit, tidak ada ruang untuk adanya
daging, tidak ada ruang untuk adanya diri kita, melainkan Allahlah yang
meliputi segalanya. (Allahlah segala-galanya atau Allahlah semua sekali). Jika
Allah sudah menyelimuti atau meliputi diri kita, sudah tentu tidak ada ruang
untuk adanya sifat-sifat yang lain, selain Allah Taala.
Semua dan malah boleh dikatakan
seluruh jasad kita ini, sesungguhnya telah di liputi Allah sehingga tidak ada
peluang langsung untuk tumbuh sifat-sifat daging, tulang, kulit, urat, jantung,
hati, darah malahan tidak ada ruang atau tidak peluang sama sekali untuk tumbuh
atau terbentuk diri kita. Tidak akan ada peluang untuk ada yang lain, bilamana
Allah sudah meliputi diri kita. Sebagaimana meliputinya kaca pada seluruh
gelas, sebegitulah meliputinya Allah pada seluruh jasad diri kita. Bila kaca
meliputi seluruh gelas, tentunya gelas sudah tidak kelihatan lagi, bilamana
Allah meiputi diri kita, diri kita tidak akan kelihatan lagi, melainkan kita
ini, hanya tinggal pada panggil-panggilan nama yang sesungguhnya tidak ada.
Saya mahu tuan-tuan pegang gelas,
sekarang sudah tuan-tuan pegang gelasnya? Jika gelas sudah dipegang, inginlah
saya ajukan satu pertanyaan kepada tuan-tuan, manakah yang dikatakan gelas?
Sekarang saya mahu tuan-tuan tunjuk, manakah yang dikatakan gelas? Sedangkan
yang tuan-tuan pegang itu, adalah “kaca”, yang tuan-tuan pegang itu, adalah
kaca, manakah yang dikatakan gelas? Jika tuan-tuan kata tuan-tuan pegang itu
gelas, cuba tunjuk, manakah yang dikatakan gelas. Cuba tunjuk, mana yang
dikatakan gelas? Yang dipegang itu, adalah kaca, yang ditunjuk itu, adalah kaca
dan yang dilihat itu, adalah kaca, mana yang dikatakan gelas? Inilah yang
dikatakan bahawa meliputinya kaca pada gelas, sehingga tidak lagi tertilik
gelas, setelah tidak lagi tertilik gelas, maka meliputilah kaca pada gelas itu.
Kemudian cuba alihkan perhatian
tuan kepada diri tuan-tuan sendiri. Sekarang cuba jawab pertanyaan saya.
Sekarang saya mahu tanya tuan-tuan dan harap tuan jawab, biarpun sekadar
jawapan di dalam hati. Siapakah nama tuan? Sekarang jawab. Seandainya diri
tuan-tuan bernama Abdullah, sekarang saya minta tunjukkan, mana yang dikatakan
Abdullah atas diri tuan-tuan. Yang tuan-tuan sebut itu mulut, yang tuan-tuan
tunjuk itu dada dan yang tuan-tuan angkat itu tangan, manakah yang dikatakan
Abdullah? Saya minta tunjukkan Abdullah di atas diri tuan-tuan itu di mana?
Cuba tunjuk, mana Abdullah? Inilah yang menggambarkan bahawa sebenar-benar diri
kita tidak ada. Yang bersifat dengan sifat ada itu, adalah hanya Allah Taala
(Allah Taala sahaja yang bersifat dengan sifat wujud atau yang bersifat dengan
sifat ada).
Dengan yang demikian, saya dengan
rasa rendah diri, memohon kepada sidang pembaca dan pendengar yang dirahmati
Allah sekalian, bermula dari hari ini, ketika ini, saat ini dan detik ini,
marilah kita semua sama-sama mengaku dengan sepenuh percaya dan dengan sepenuh
yakin, bahawa Allah itu meliputi sekalian alam dan sesungguhnya Allah itu
meliputi sekalian jasad diri kita. Oleh itu, bilamana Allah meliputi sekalian
alam dan meliputi sekalian jasad diri kita, bermakna leburlah sekalian jasad.
Setelah jasad terlebur, maka sesungguhnya yang terlihat itu, itulah Allah, yang
terpandang itu, itulah Allah, yang tertilik itu, itulah Allah Taala (dengan
syarat jangan sampai terlihat adanya diri), barulah boleh terlihat nyata adanya
Allah Taala.
Lihat gelas sekali lagi,
sesungguhnya gelas itu adalah kaca dan alihkan pandangan tuan-tuan kepada diri
tuan-tuan sekali lagi, sesungguhnya diri tuan-tuan itu, sesungguh dan
sebenar-benarnya tidak ada. Sebenar-benar diri pada hakikanya adalah tidak ada,
yang bersifat dengan sifat ada (wujud) itu, adalah hanya Allah Taala.
Cuba lihat di atas langit,
sekarang saya mahu tuan-tuan dongak muka kalian ke arah langit. Benar atau
tidak yang Allah itu meliputi langit. Bererti Allah di atas langit dan Allah
juga di bawah langit, kerana Allah itu meliputi. Lihat pula bumi yang kalian
pijak ini, benar atau tidak yang Allah itu di dalam bumi dan Allah juga di luar
bumi?
Cuba pula tuan-tuan dan puan-puan
tilik kepada diri tuan-tuan sendiri. Cuba lihat betul-betul. Benar atau tidak
yang Allah itu meliputi diri kita? Cuba tuan-tuan cari di manakah dalam diri
kita ini yang tidak ada Allah? Cari tempat yang tidak ada Allah dalam diri
kita. Melainkan Allahlah yang meliputi diri kita, yang sehinggakan tidak ada
ruang di dalam atau di luar diri kita yang tidak ada Allah (melainkan Allah itu
meliputi sekalilan alam).
Cari di dalam diri kita
masing-masing, manakah tempatnya yang tidak ada Allah! Di dalam lidah dan di
luar lidah, wujud dan ada Allah. Di dalam mulut dan di luar mulut, wujud dan
ada Allah. Di dalam tangan dan di luar tangan, wujud dan ada Allah. Di dalam
kepala dan di luar kepala, wujud dan ada Allah. Di luar jasad dan di dalam
jasad, wujud dan ada Allah. Di dalam darah dan di luar darah, wujud dan ada
Allah. Di dalam daging dan di luar daging, ada Allah. Tidak ada ruang di dalam
diri kita yang tidak ada Allah Taala. Tidakkah Allah itu meliputi sekalian alam
dan meliputi sekalian diri kita. Di dalam dan di luar diri kita itu diliputi
dan dipenuhi oleh Allah sehingga tidak ada unsur lain selain Allah yang
meliputi diri kita. Malahan keseluruhan (semua sekali) diri kita ini, diliputi
dan dipenuhi oleh Allah Taala.
Bilamana Allah Taala sudah
meliputi, memenuhi, merangkumi dan menepati sekalian alam diri kita, bererti
diri kita ini semuanya dipenuhi Allah. Bilamana Allah sudah memenuhi dan sudah
meliputi diri kita sepenuhnya, apakah tuan-tuan masih lagi tidak tertilik dan
tidak mempercayai wujudnya Allah? Bilamana Allah sudah memenuhi atau sudah
meliputi sekalian ruang, segala masa, segala rongga, segala tempat, segala
jarak dan segala waktu, apakah masih terlihat lagi selain Allah?
Memenuhi itu ertinya meliputi dan
meliputi itu pula adalah bererti memenuhi. Meliputi dan memenuhi Allah itu,
akan segala waktu, segala tempat, segala ruang dan segala jarak. Sesudah
meliputinya Allah pada sekalian alam dan pada sekalian diri, apakah masih lagi
terlihat selain Allah? Sebagaimana perumpamaan kaca yang meliputi gelas,
begitulah meliputinya Allah Taala atas diri kita. Meliputinya Allah itu,
sehingga tidak ada yang lain lagi selain Allah. Sebagaimana kaca meliputi
gelas, begitulah meliputinya Allah atas diri kita sehingga tidak terpandang
lagi kepada yang lain selain kaca pada gelas dan sebegitu jugalah tidak
tertilik lagi penglihatan kita kepada diri, melainkan terpandang, tertilik,
terlihat dan ternampak Allah.
Perhatikan sekali lagi terhadap
sifat gelas, semua sekali gelas itu, adalah bersifat dengan sifat kaca.
Perumpamaan gelas kaca itu, hendaklah tuan-tuan kiaskan kepada diri tuan-tuan.
Bilamana semua sekali gelas meliputi kaca, begitu jugalah diri kita. Diri kita
itu, sesungguhnya meliputinya Allah (Allah semua sekali). Bila semua sekali
Allah, ertinya diri kita hanyalah sekadar nama sebut-sebutan sebagai sebutan
nama gelas. Meliputi itu bererti semua sekali. Bila Allah meliputi diri kita
ertinya Allahlah semua sekali. Bilamana Allah meliputi alam, bererti Allahlah
semua sekali alam (semua sekali diri kita dan semua sekali alam itu, adalah
Allah meliputinya), itulah ertinya Allah itu meliputi sekalian alam.
Dalam kita melihat, memandang
atau menilik Allah, hendaklah memandang, melihat dan menilik dengan yakin dan
dengan percaya. Percaya dan yakinlah yang Allah itu meliputi sekalian alam
(semua sekali Allah). FirmanNya:
“Barang ke mana kamu hadapkan
mukamu, di situlah wajah Aku”
Firman di atas, sudah memang
jelas sejelas-jelasnya bahawa Allah Taala itu meliputi (semua sekali). Tidak
ada arah yang tidak tertilik Allah. Pandang dalam batang tubuh ada Allah dan
pandang di luar tubuh ada Allah, kenapa masih lagi tuan-tuan tidak ternampak
Allah? Tilik alam, tidakkah Allah itu meliputi (semua sekali), kenapa masih
lagi tidak tertilik Allah? Yakin dan percayalah bahawa sesungguhnya tidak ada
ruang yang tidak ada Allah, kenapa masih lagi tidak terlihat Allah.
Di alam ini, sesunguhnya tidak
ada tempat yang tidak ada Allah, kerana Allah memenuhi ruang, memenuhi waktu
dan memenuhi tempat, kenapa tuan-tuan masih lagi tidak terpandang Allah. Nak
nyata, nak terang dan nak jelas yang bagaimanakah lagi Allah itu? Sedangkan
terangnya cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah dan dekatnya di
antara mata putih dengan mata hitam, sesungguhnya dekat dan hampir lagi Allah,
kenapa sampai tuan tidak tertilik, tidak terlihat dan tuan-tuan tidak ternampak
Allah? Tambahan pula Allah itu meliputi sekalian alam, kenapa masih tidak
tertilik, kenapa masih tidak terlihat dan kenapa masih tidak terpandang Allah?
Cuba tuan-tuan tanya kepada diri sendiri kenapa, kenapa dan kenapa?
Pengajaran sudah sampai dengan
jelas dan dengan nyata di depan mata, sayangnya kenapa masih juga tidak
faham-faham? Apakah salah penyampaian ilmu atau salah kefahaman tuan-tuan? Saya
kira penyampaian ilmu oleh guru-guru terdahulu sudah lebih dari cukup dan
terang serta teramat-amat jelas. Untuk mendapat barokah kefahaman dalam bidang
ilmu makrifat itu, seharusnya tuan-tuan ikut saranan guru. Dalam menimba ilmu
Allah itu, harus ada adab dan kaedahnya yang tersendiri.
Untuk mendapat faham dalam bidang
ilmu makrifat itu, harus ada cara, jalan, kaedah dan adab. Adapun adab atau
caranya adalah, tuan-tuan mesti ikut dan patuh kepada saranan guru. Bilamana
guru suruh tuan-tuan masuk ke halaman dapur ambil gelas kaca, hendaklah tuan
ikut dan patuh. Bila guru suruh pegang gelas dan tilik, hendaklah tuan-tuan
benar-benar pegang gelas dan tilik, barulah ilmu guru itu menjadi barokah
(berkat) dan barulah kefahaman ilmu itu boleh meresap masuk ke dalam jantung
kalbu! Sayangnya, bila disuruh berbuat begitu, tuan tidak endah dan tidak patuh
kepada saranan guru, itulah makanya tuan-tuan tidak mendapat kefahaman dalam
menuntut. Allah tidak jauh dan Allah tidak terdinding (terhijab), kenapa masih
tidak percaya kepada Allah Taala?
Meliputinya Allah itu, seumpama
kiasan kepada ombak, kepada gelora atau kepada buih di lautan. Seandainya
tuan-tuan dan puan-puan mempunyai kelapangan masa di hujung minggu, sambil
berjalan bersama keluarga, anak isteri, sudi kiranya mampir buat seketika ke tepi
pantai. Untuk mempercayai Allah, untuk menyakini Allah, lepaskan pandangan ke
arah lautan yang luas. Di situ, hendaklah tumpukan pandangan ke arah gelombang
lautan itu, lepaskan pandangan ke arah ombak dan lepaskan pandangan ke arah
buih-buih di lautan. Dengan melihat tanda ombak dan buih, yakinlah, di dalam
hati masing-masing bahawasanya ombak, gelombang dan buih itu, sesungguhnya
hanyalah zahir pada panggilan nama ataupun zahir pada tanggapan akal.
Sesungguhnya, gelombang, ombak dan buih itu, pada hakikatnya adalah lautan AIR.
Begitulah, meliputinya lautan air
pada ombak dan gelombang, pada pandangan mata kasar kelihatan seumpama ombak,
sesungguhnya pada pandangan hakiki ianya adalah lautan AIR. Tandanya di sini
bahawasanya meliputinya air laut di dalam ombak, meliputinya air laut di dalam
gelombang dan meliputi air di dalam buih, itulah tandanya gelombang tidak ada,
gelora tidak ada. Ombak tidak ada, buih tidak ada, yang ada hanyalah lautan
AIR.
Begitulah hendaknya kita semua
insaf dan ambillah iktibar daripada lautan air itu, ditafsirkan meliputinya
Allah itu atas diri kita dan meliputinya Allah pada sekalian alam. Bilamana
meliputi air laut pada ombak, meliputinya air laut pada gelombang, begitulah
meliputinya Allah pada diri kita sendiri iaitu meliputinya Allah pada tangan,
meliputinya Allah pada mata, meliputinya Allah pada seluruh tubuh, meliputinya
Allah pada diri sendiri dan meliputinya Allah pada seru sekalian alam.
Tidak ada ruang pada ombak untuk
tidak adanya air laut. Tidak ada ruang pada gelombang untuk tidak adanya air
laut dan tidak adanya ruang pada buih untuk tiadanya air laut. Begitu juga
tidak ada ruang pada tangan untuk tidak adanya Allah. Tidak ada ruang pada kaki
untuk tidak adanya Allah. Begitulah juga seluruh anggota jasad diri kita dan
seluruh 7 petala langit, 7 petala bumi alam ini. Allah itu meliputi sekalian
alam dan meliputi diri kita. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada
tempat yang tidak ada Allah. Tidak ada masa yang tidak ada Allah. Tidak ada
ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada penjuru yang tidak ada Allah. Tidak ada
sudut yang tidak ada Allah. Allah meliputi setiap ruang, setiap sudut, setiap
masa, setiap detik, setiap saat, setiap segala sesuatu.
Oleh itu, percayalah, yakinlah,
bilamana tuan-tuan melihat tempat. Sesungguhnya bukan tempat yang tuan-tuan
lihat. Sepatutnya Allahlah yang tuan-tuan lihat pada tempat. Allahlah yang
tuan—tuan lihat pada masa. Allahlah sepatutnya tuan-tuan lihat pada penjuru.
Allahlah yang tuan-tuan lihat pada sekalian Allah. Allahlah seru sekalian Alah.
Sebegitulah tuan-tuan melihat sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada
gelombang, sebegitulah tuan-tuan melihat Allah pada seluruh jasad anggota diri
dan seluruh seru sekalian alam.
Pada hari ini, pada masa ini dan
pada saat ini, saya menyeru kepada tuan-tuan dan menyeru kepada diri saya
sendiri, bilamana melihat tempat, sesungguhnya tempat itulah Allah. Bilamana
tuan-tuan melihat masa, sesungguhnya masa itulah Allah. Bilamana tuan-tuan
melihat bentuk, bentuk itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat ruang, ruang
itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat penjuru, sudut atau ruang, maka sudut,
penjuru dan ruang itulah Allah. Itulah tandanya meliputinya Allah itu pada seru
sekalian Allah. Tempat bukan Allah. Penjuru, sudut, masa bukan Allah. Ruangan
bukan Allah tetapi itu tanda meliputinya Allah pada sekalian yang wujud dan
pada sekalian yang ujud dan pada sekalian yang maujud.
Kepada para sahabat, dan kepada
sidang pembaca yang budiman, seandainya ada kelapangan waktu, sudilah kiranya
bawa diri tuan-tuan ke tepi pantai. Lihatlah, tengoklah, tiliklah lautan.
Lautan di tepi pantai dan lepaskanlah pandangan tuan ke arah persisiran pantai.
Dengan penghayatan mata hati, insyaalah kehadiran tuan-tuan untuk melihat
lautan, mudah-mudahan tafsiran atau kiasan lautan itu boleh dibawa dan boleh
dikiaskan pula pada diri kita sendiri. Ingat, ingat dan ingatlah, sesungguhnya,
sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang dan buih itu,
sebegitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri.
Oleh itu, mulai pada hari ini,
pada jam ini, pada saat ini, leburlah tanganmu, leburlah kakimu, leburlah
dirimu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kerana meliputinya Allah atas
dirimu. Sesunguhnya dirimu itu tidak ada. Yang ada hanya Allah (itulah ertinya
Allah itu meliputi).
Sungguhnya Allah itu terang,
nyata dan jelas, melata di semerata pelusuk alam dan itulah ertinya meliputi
(meliputi Allah itu, di sekalian alam). Lihat masa akan terpandang Allah. Lihat
tempat, akan tertilik Allah dan pandang ruang akan ternampak Allah. Tidak ada
ruang yang tidak ada Allah, tidak ada tempat yang tidak ada Allah dan tidak ada
masa yang tidak ada Allah. Meliputi dan memenuhinya Allah pada segenap ruang,
pada segenap tempat dan segenap masa. Allah memenuhi dan Allah meliputi langit
dan bumi. Kenapa tuan-tuan masih lagi tidak terlihat, terpandang dan kenapa
masih lagi tidak tertilik Allah?
Allah itu kenyataan sekalian
alam, kenapa masih tidak terpandang Allah? (Dengan kata lain, kenyataan alam
inilah Allah). Kenapa kita masih tidak nampak Allah? Untuk mempercayai Allah
dan untuk meyakini Alllah, terlebih dahulu hendaklah Allah itu dikenal dan
nyata, barulah kita benar-benar boleh percaya dan yakin kepada Allah.
Kenal dan ingat Allah itu, bukan
hanya setakat cerita perkhabaran atau cerita ilusi atau angan-angan khayalan
akal. Kenal dan lihat Allah itu hendaklah dengan kenyataan sebenar-benar nyata.
Kenal dengan cara dilihat, dipandang dan kenal dengan cara ditilik dengan
sebenar-benar penglihatan yang jelas. Barulah Allah itu boleh dan dapat
dipercayai dan diyakini dengan sungguh-sungguh. Sungguhpun Allah itu bukan
sesuatu tetapi sesungguhnya Allah itu sebenar-benar nyata pada tiap sesuatu
(Allah bukan sesuatu tetapi nyata pada tiap sesuatu).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.